18 January 2011

KESH-KESH HOTA HEY

(Surinderpal Singh menunjukkan rambut anaknya yang dipotong oleh mereka yang tidak diketahui di kem PLKN)

Salam 2 all.

Teman terkejut juga dengan kenyataan Surinderpal Singh yang kesal rambut anak lelakinya (nama dirahsiakan) dipotong oleh mereka yang tidak diketahui semasa mengikuti kem PLKN baru-baru ini.

Teman sendiri pun berasa kesal dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Walaupun kita tidak mengetahui siapa yang melakukannya, teman berharap tidak ada pihak yang menangguk di air keruh dan cuba mempolitikkan isu ini. Kemungkinan besar ianya adalah "gurauan bodoh" sesama mereka.

Perkara saperti ini bukan sahaja berlaku di PLKN, malah di sekolah-sekolah asrama penuh ianya satu "budaya" dan kebiasaan bagi bebudak bertindak diluar batasan. Malah ada yang sehingga melakukan perbuatan jenayah saperti mendera, memukul, mencuri dan macam-macam lagi. Pada teman bukan bermakna kita mesti menerima apa yang berlaku, tetapi sesuatu perlu dilakukan supaya imej PLKN dan lain-lain institusi tidak tercemar.

Begitu juga kita berharap tiada pihak akan memainkan insiden ini sebagai isu politik perkauman. Hanya kerana yang terlibat adalah anak Punjabi. Kerana ianya bukan soal Punjabi, atau kaum-kaum lain. Ramai juga anak Melayu yang terkena. Malah pernah ada anak Melayu yang menjadi mangsa rogol dan lain-lain.

Yang teman tertarik ialah kenyataan Surinderpal Singh mengenai perbuatan memotong rambut anaknya itu adalah sangat bertentangan dengan agama Sikh. Kata beliau, "memotong rambut, atau disebut kesh adalah dilarang didalam agama Sikh". Bila mendengar Mr. Surinderpal bercakap begitu, teman teringat pulak kat Karpal Singh. Agaknya apa hukum agama Sikh kepada Karpal yang bukan sahaja tidak berturban, malah memotong rambutnya? Agaknya Karpal Singh punya tidak suka dengan PAS, sampai dia tidak mau berturban macam Tok Guru Nik Aziz kot? Bayangkanlah kalau Tok Guru dengan Karpal Singh dok bersebelahan, seorang serban, seorang turban..hehehe.. itu satu mimpi ngeri kerana Karpal dah kata "over my dead body. Apa pun, nanti jumpa Karpal teman nak tanya dia kerana ini pertama kali teman tahu rupanya "berdosa besar" bagi seorang punjabi memotong rambut. Kia karo hey..

Adios amigos..kuch kuch hota hey!!

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Safar 1432
18 Januari 2011



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada media pro-Anwar MalaysiaKini hari ini 18.01.2011)

Ibu bapa seorang remaja Sikh yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berang apabila anaknya sedar dari tidur pada Ahad lalu dan mendapati rambutnya yang sepanjang hampir semeter telah dikacip. Mengikut agama Sikh, memotong rambut atau disebut “kesh” dengan tegasnya dilarang. Bapa kepada remaja itu, Surinderpal Singh, 47, berkata dia dan isterinya menjadi ntidak keruan dan kini tidak mahu anaknya itu menyambung latihan berkenaan. "Dia trauma dengan kejadian itu. Esok, perkara lebih buruk mungkin berlaku,” kata Surinderpal ketika dihubungi oleh Malaysiakini. national service weapons training 160905 detailsAnaknya, yang namanya dirahsiakan oleh ibu-bapa berkenaan berkata kejadian berkenaan berlaaku pada Sabtu lalu ketika mereka berlatih sepanjang hari. Akibat kepenatan, dia begitu lena sepanjang malam tersebut. Menurut laporan polis, remaja itu, beliau menyedari sesuatu tidaak kena apabila pada sebelah pagi, ketika menyikat rambutnya dan dengan segera menghubungi bapanya. "Dia sedar, dia tidak lagi boleh membuat simpul,” kata Surinderpal, yang kebetulan adalah sami di sebuah kuil Sikh di Jalan Gurdwara, Ipoh. Rambut budak itu pada asalnya mencecah sehingga paras punggung tetapi kini hanya pada paras dadanya. Dia juga tidak tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan gagal menjumpai sebarang rambutnya yang dipotong itu mahupun alat yang digunakan bagi mengacipnya.

Keberatan benarkan cuti

Menurut Surinderpal dia dan isterinya terus bergegas ke kem latihan Seri Impian di Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk berjumpa dengan anak mereka pada hari yang sama. Di kem itu, mereka menunggu hampir sejam untuk berjumpa dengan komanden yang tidak berada di lokasi tersebut memandangkan Ahad adalah hari rehatnya. Semasa perjumpaan itu, komandan berkenaan dilaporkan berkata semua pelatih dilarang membawa gunting atau pemetik kuku. Katanya kemungkinan peralatan yang digunakan bagi memotong rambut remaja tersebut dibawa oleh ibu bapa mereka pada pertemuan dengan anak-anak mereka pada pertemuan hujung minggu. Komanden itu berjanji akan menyiasat tetapi hanya membenarkan remaja itu bercuti sehingga 23 Januari ini, walaupun pada awalnya beliau agak keberatan memberikan kebenaran. Surinderpal berkata apa yang dialami anaknya itu ibarat mimpi ngeri dan mahu jaminan keselamatan jika remaja itu dikendaki pulang semula untuk latihannya. "Saya hilang keyakinan dengan pihak berkuasa kem. Saya bimbang anak saya akan dicederakan pula... Rambut anak saaya disimpan 18 tahun. Dalam dua minggu, semuanya hilang. "Beliau amat terkejut. Kita sebagai ibu bapa juga terkejut, Kita dalam dilema sekarang. "Hari ini, ia berlaku ke atas anak saya. Ia boleh berlaku lagi ke atas anak-anak berlainan agama. Bolehkah pihak berkuasa yakinkan ibu bapa bahawa kem latihan ini selamat?” soalnya.

1 comment:

  1. assalamualaikum
    salam sejahtera

    tentang keselamatan, insyaAllah kem PLKN adalah selamat. umumnya ramai tidak mengetahui pahit getir yang dihadapi oleh kakitangan kem PLKN dalam menjayakan hasrat murni kwujudan PLKN. Janganlah kerana kejadian seperti ini mengheret semua 80 kem PLKN. Kalau nak tuduh kakitangan kem, warga kem memang sedar dan tahu biasanya pganut Sikh dikecualikan daripada memotong rambut. Saya beranggapan kes ini seperti kes-kes nakal di sekolah. Kebetulan ia berlaku di kem PLKN. Memang la tidak patut perkara ini terjadi. (Tak nak la nak tuduh sesapa...)
    Pelatih PLKN adalah golongan remaja yang datang dr berbeza latarbelakang. Alhamdulillah melalui pengalaman sendiri, bersama dengan para pelatih PLKN adalah satu pengalaman yang amat bahagia. Kepada warga kakitangan kem PLKN,Yang penting sebagai kakitangan kem PLKN, kerja yang dilakukan hendaklah betul dan ikhlas. Siang dan malam rasa sama ja kan??? :) Tempoh 3 bulan bukan masa yang panjang sebenarnya dan juga 3 bulan adalah terlalu singkat untuk mengubah seseorang.Namun teruskan perjuangan kalian. :)

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.