04 January 2011

SANDIWARA SYAITAN: KHINZIR DISEBALIK YONG TAU FOO!

(Appaa..itu kedai Yong Tau FOO ada jual tauFOO khinzir kah?!)

Salam 2 all.

Apabila teman melihat gelagat dan sandiwara Kerajaan pembangkang di Selangor hendak meminda Perlembagaan & Undang-Undang Tubuh Kerajaan di Selangor, konon nak "memperkasakan kuasa Sultan", teman nak tergelak pun ye, nak muntah pun ye. Samada mereka terlalu bodoh, ataupun sedang bermain sandiwara yang sangat merbahaya!

Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan" konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan "kuasa Sultan", kecuali jika ada "khinzir disebalik Yong Tau FOO"! Kalau benar mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan", "memperkasa kedaulatan Raja", teman cabar mereka supaya mengembalikan semula "kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor" dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut:

1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.

Sebenarnya "kuasa Sultan" yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri. Walaupun berselindung disebalik "kuasa Sultan", tetapi peruntukan mengenai "Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar" tidak dimansuhkan.

Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar "menasihatkan" atau "mencadangkan" sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana "wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar". Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!!

Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas.

Dan orang yang paling kuat menggunakan peruntukkan ini ialah Karpal Singh. Dia nak saman Sultan Perak. Dia ancam nak heret Sultan Selangor. Dan inilah loyar yang kini membela kes liwat Anwar terhadap Saiful, kakitangannya sendiri, sedangkan dia yang mendedahkan dalam Parlimen pada 22.10.1997 dan di Federal Hotel bahawa dia punya bukti Anwar peliwat & homoseks!! Dan hari ni mereka nak bercakap tentang mengembalikan kuasa Sultan..pigi poodaaah lah yop!

Sebenarnya "kekecohan isu SUK Selangor" ini sengaja diada-adakan. Semuanya sandiwara politik untuk satu matlamat dan agenda yang lebih besar..dan yang lebih merbahaya. Kini mereka menggunakan isu "kekecohan SUK ini" untuk meminda Perlembagaan Negeri & Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dan pindaan itu akan memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Besar! Tetapi apa agenda besarnya?

Saudara-saudari, jangan terpedaya dengan sandiwara ini. Ini semua adalah mainan politik kotor dan jijik politikus yang rasis lagi cauvinis. Sebenarnya mereka sedang "test-water", untuk sesuatu yang lebih besar! Apa dia agenda itu? Apa dia rancangan itu? Bagaimana mereka mahu melaksanakannya? Apa game-plan sebenarnya? Ini semua sebenarnya saperti kata pepatah orang Mexico..ada khinzir disebalik Yong Tau FOO! Semua itu akan teman dedahkan insyallah dalam tajuk "Pakatan Syaitan II" tidak lama lagi! Sabor yop sabor..pegi makan mee kat kedai Yong Tau FOO dulu!! Tak tahu kat mana? Pegi tanya anak laki Kitsiang tu, dia tau!!

Adios amigos..grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
29 Muharram 1432
04 Januari 2011

8 comments:

  1. syabas pejuang islam. anda memang layak menjadi ahli parlimen.saya gelarkan anda Zul Kulim tokoh islam tersohor

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr Zul

    Well said!

    Keep it up, teruskan perjuangan anda

    wass
    satD

    ReplyDelete
  3. Salam YB,

    Tidak pernah begitu dahsyat sekali Raja melayu itu di hina dan diperlekehkan setelah DAP berkuasa dibantu oleh pengkhianat melayu sejak PRU lepas.Strategi Permainan politik merbahaya kepada survival bangsa melayu dan islam ini masih belum disedari oleh sebilangan besar orang melayu sendiri sehinggakan ada antara mereka sanggup menjadi talibarut dan pengkhianat hanya untuk bersama-sama ditampuk kuasa.

    ReplyDelete
  4. Salaam YB'
    Tak sabar menanti artikal YB bertajuk "Pakatan Syaitan"wslm

    ReplyDelete
  5. ulasan YB pasti tak terlepas selitkan isu liwat & karpal singh.. hehe.. mesti pedih karpal baca sbb mmg dia pun dulu yg "open table" liwat ni.. kui

    ReplyDelete
  6. YB!
    Bergego bibir teman baca. Dalam teman tau sikit-sikit sekarang ni lagi terang dan semakin nampak.

    Yang teman tau selama ini Sultan/Raja mempunyai kuasa esklusif memperkenankan atau tidak memperkenankan sahaja. tapi kalau gitu gayenye, memang patut sidang tergempar dun diadakan segera.

    Bila rakyat lupa pindaan perlembagaan sebelum ini untuk memudahkan pentadbiran kerajaan maka memang sepatutnya "KEMBALIKAN KUASA MUTLAK SULTAN!" yang ni teman sokong 100%

    Aku yang Bingai
    Politik: Apa yang ko merepek ni MB oiiii!!!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum saudara zulkifli.Sedikit pendapat mengenai kemelut suk selangor.Yang paling menarik perhatian ialah tindakan adun sri muda,suhaimi shafiei yang mengeluarkan artikel di blognya yang mencetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat malaysia khususnya orang melayu.Pada saya la,suhaimi ni tidak perlu berdolak dalih dengan menuduh pihak media memanipulasi isu suk selangor ni dan mengatakan kenyataannya bukan ditujukan kepada sultan selangor padahal suhaimi sendri yang menulis didalam blognya.Dan hari ni suhaimi sedia meminta maaf kepada sultan selangor berhubung artikelnya yang menyinggung perasaan sultan selangor.Pada saya suhaimi ni takde pendirian sebagai orang melayu tulen.Kalau benar la suhaimi mengatakan yang artikelnya bukan ditujukan kepada sultan selangor,kenapa perlu pula minta maaf dengan sultan selangor?Sebenarnya suhaimi ni dah macam anjing tersepit.Dah kena sound dengan sultan dan banyak lapuran polis dibuat terhadapnya,mula la tak senang duduk.Orang macam suhaimi tu memang patut sangat diambil tindakan.Tak kira la tindakan macamana sekalipun.Tak sangka sungguh dengan suhaimi tu,nama saja melayu tapi perangai tak macam orang melayu.Sanggup nak perlekeh dan pertikai sultan sendiri.Harap la hal ini jadi teladan yang berguna kepada bangsa melayu supaya menjaga kedaulatan sultan dan bangsa melayu itu sendiri.Ingat la..SEKIAN.

    ReplyDelete
  8. As-Salam YB,

    Saya melihat isu pengembalikan "Hak Mutlak Sultan" ini dari pelbagai sudut.

    Dari sudut

    Positif
    Negatif
    Propaganda
    Tipu Muslihat

    Pepatah sinis "Ada Khinzir di sebalik Yong Tau Foo" itu sendiri sudah memberi gambaran sebenar motif MB Selangor.

    Saya akui kagum dengan pemerintahan beliau, tetapi kurang kagum dengan sikap dengar cakap dan telunjuk sesetengah pihak..terlampau ingin menjaga hati sesetengah kaum sedangkan sesetengah kaum itu yang tidak pernah kenal erti hormat-menghormati....

    Kembalikanlah kuasa mutlak raja2 kalau MB berani....dan memang ikhlas

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.