Salam 2 all.
Alhamdulillah kempen anti-murtad yang diadakan secara impromptu semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Walaupun tempoh notis yang diberi kurang 48jam, namun para jemaah menunjukkan komitmen yang hebat dan sanggup berjemur bersama dengan para penceramah ditengah terik panas tengahari dibulan Ramadhan penuh keberkatan ini.
Apa sangatlah panas itu berbanding dengan pengorbanan sahabat dan Rasulullah saw berjihad dalam perang Badar dibulan Ramadhan juga. Perang dikala umat Islam berdepan dengan cabaran terhadap survival dan aqidah Islam. Walaupun serba kekurangan, walaupun mendapat cemuhan mereka yang mencemuh, namun semangat Badar meniup jiwa para jemaah yang hadir! ALLAH hu akbar!
Teman diberi amanah dan kesempatan untuk menyampaikan sedikit tazkirah mengenai gejala murtad yang kembali melanda negera. Berikut sedutan ucapan teman (yang di edit untuk memperbaiki gaya bahasa untuk tujuan penulisan tanpa menganggu intipati ucapan. Kepada sahabat yang membuat penulisan ucapan ini di ucapkan jazakallah khairon, moga ALLAH memberkati).
PETIKAN UCAPAN ANTI MURTAD OLEH ZULKIFLI BIN NOORDIN
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM
JUMA'AT 12 RAMADHAN 1432 / 12 OGOS 2011
Alhamdulillah hillazi arsalarosuulahu bil huda wadeenil haq, liyuz hiro hu 'aladdih ni kullih, walau karihal musyrikun. La ila hailallah huwalana'budu iyya humukhliseen nalahuddeen, walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun, walau karihal munaafiqub!
Assalammu'alaikum para jemaah sekelian.
Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi agama kita, demi aqidah kita.
Saya terkejut bila hari ini, pagi tadi, membaca mengenai rintihan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.
Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.
Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.
Ada segelintir dikalangan orang Melayu yang sudah pekak, bisu & buta mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.
Saya terlibat secara aktif dengan kes-kes murtad berbelas tahun dah. Tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, dimana penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian jelas dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.
Kes pertama memurtadkan orang Melayu melibatkan gereja berlaku pada tahun 1987, bilamana seorang paderi berbangsa yang pertama dinegara ini dilantik, iaitu disebuah gereja di Petaling Jaya. Nama Melayu paderi itu ialah Jamaluddin Osman. Beliau telah dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku saperti di gereja Damansara Utama; memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin Osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.
Sampai hari ini, beliau masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya. Kita lihat bagaimana pihak polis cuba mengambil tindakan dengan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.
Hari ini, Father Joshua Jamaluddin, muka macam kita, warna kulit macam kita, mungkin bersongkok,berbaju Melayu, tapi kerjanya dok mengkristiankan anak-anak Melayu.
Pada tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan dan bersembunyi disebuah gereja di Jalan Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Saya sendiri terlibat secara langsung dengan kes itu.
Keluarga Aishah mendapat maklumat bahawa dia bersembunyi di gereja itu, lalu mereka pergi hendak menyelamatkannya. Sekali lagi kita melihat para kafirun dan NGO-NGO kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari. Namun berkat usaha yang bersungguh, keluarga Aishah berjaya mendapatkan Aishah semula, tetapi hanya sementara sahaja.
Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid Taman Rimba Terjun, sekumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.
Mereka berjaya membawa Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang, menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus terbang ke Australia, sehingga ke hari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia.
Pada tahun 1998, secara terbuka dan dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, semakin lama semakin melampau, makin kurang ajar pihak kristian ini. Gereja Church of our Lady Fatima di Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu bernama Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.
Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya. Mereka dengan penuh berani mengeluarkan sijil baptism Azlina, dan kita tidak mampu bertindak apa-apa!
Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau. Apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church sebenarnya adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.
Aktiviti ini sudah berlangsung lama, namun kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku, maka pihak JAIS berjaya mengambil tindakan menyiasat dan mengenal pasti agenda dakyah kristian itu.
Pihak JAIS sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.
Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke beberapa kawasan tumpuan awam saperti KLCC dan terjumpa risalah-risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategik, supaya mudah orang ambil.
Saya pernah tanya anak-anak kecil apa risalah ini, mereka jawab dengan peniuh kepastian ianya komik kartun,. Ianya sebenarnya ialah Al-Kitab yang dikomikkan, penuh dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH, dalam tu ada 72 perkataan Allah yang disalahgunakan. Ianya penuh dakyah yang cuba memesongkan aqidah anak-anak Melayu, kerana komik itu berbahasa Melayu!
Di gunakan bahasa, lakaran dan gambar yang anak-anak Melayu Muslim akan tertarik. Mereka makin biaDAP, makin kurang ajar,
Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah Islam.
Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh. Begitu istime dan tinggi agama Islam diletakkan didalam Perlembagaan, sehinggakan kalau darurat diisytiharkan, Parlimen digantung dan undang-undang lain dimansuhkan, tetapi jelas disebut agama Islam tidak boleh disentuh!
Para jemaah sekelian, isu ini bukan isu politik, ia bukan isu kepartian, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, tetapi ia ada kena mengena dengan kita orang Islam. Ini isu umat Islam, tak kira apa fahaman atau parti politik yang dianutinya.
Ini isu kita! Isu umat! Yakinlah, jika kita umat Islam tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan membayar dengan harga yang mahal terhadap serangan aqidah dan cubaan memurtadkan umat Islam ini. Jangan terkejut kalau ahli kelaurga, anak isteri saudara yang terbabit kelak! Ayah Aishah, Haji Bkhori; ayah Azlina, Haji Jailani; ayah Jamaludin, Haji Osman, tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka satu hari nanti anak mereka akan murtad.
Tetapi hakikatnya anak-anak mereka telah murtad, keluar daripada agama Islam, dan memeluk Kristian. Ini adalah kerja terkutuk gerakan missionary kristian la'natullah yang makin melampau akibat kedayusan dan kelesuan kita sendiri. Ayah Aishah membayar harga yang mahal! Ayah Azlina membayar harga yang mahal! Ayah Jamaluddin membayar dengan harga yang mahal! Apakah saudara semua bersedia untuk membayar dengan harga yang sama!!!
Saudara para jemaah sekelian. Kaum kafir ini sedang mengambil kesempatan atas perpecahan umat Islam dalam negara hari ini. Pernah satu pepatah kafir menyebut, "pecahkan mereka, dan kamu akan berkuasa dan menguasai!". Saudara para jemaah, kaum kafir ini tidak memahami bahasa diplomasi, mereka tidak mengerti bahasa tolak ansur. Mereka perlu diajar dengan bahasa yang mereka faham, bahasa yang mereka takut lagi kecut: bahasa jihad fi-sabilillah! Marilah kita bangkit berjihad. Mari kita jadikan diri kita tentera ALLAH. Dan kita mulakan dengan bersatu padu diatas tali ALLAH.
Sebab itu saudara-saudara, ambillah keberkatan bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadan ini, bulan berlakunya Badar, bulan di mana umat Islam dulu sanggup berperang untuk mempertahankan aqidah. Marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik, assobiyah kepartian. Marilah kita bersatu berjuang mempertahankan aqidah Islam.
Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat.
ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Ramadhan 1432
13 Ogos 2011
Salam
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati perjuangmu YB..:)
SALAM YB. MENGAPA YA AL GHARIB X PULAK MEMANGGIL YB SEBAGAI SAKSI PENDAKWA SPT YG DI KENAKAN KEPADA PM DAN ISTERI SERTA YG LAIN...
ReplyDeleteAllahuakbar kita bersama mu YB...
ReplyDeleteterbaik Dato'...
ReplyDeletepembetulan sikit
ReplyDeletePada tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan dan bersembunyi disebuah gereja di Jalan Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan.
Nor Aisyah disembunyikan di Taman Panchor Jaya (area rumah den) dan dikristiankan di gereja di Jalan Rasah Jaya, Seremban.
Kaum kafir ni memang biadap.
Bila YB nak tulis pasal patern 13 mei tu? Den tak sabar-sabar nak baca sebab fail tu belum pernah didedahkan.
Barakallahufikum ya akhi.
ReplyDeleteSalam, bro.
ReplyDeleteKalau ada butang FB share lagi molek..
Semoga Allah membuka hati mereka yang buta dan gilakan kuasa yang sanggup bersekongkol dengan BiaDAP. Saya sedih mengapa puak Berserban Besar ni yang dulu kononnya memperjuangkan Agama kini sanggup menjual Agamanya dan bersatu dengan puak Kafir demi gilakan kuasa ke Putrajaya. Allah maha kaya, sekarang telah ditunjukkan kebenarannya yang mana dulu peganggan mereka seperti AMANAT HAJI HADI yang mengkafirkan orang Islam yang menyokong UMNO kerana berkerjasama dengan MCA, MIC dan GERAKAN yang menjadikan perpecahan umat Islam di Malaysia. Saya sentiasa berjuang dibelakang YB.
ReplyDeleteHarapan berkecai
ReplyDeleteDulu kita menaruh harapan kpd Pas untuk berjuang menegakkan islam di bumi malaysia ini.
Kita merelakan Umno meneruskan perjuangan untuk mempertahankan hak2 melayu di bumi tanah melayu ini.
Pas untuk islam, Umno untuk melayu .. tapi akhirnya kita semakin rasa keciwa.
Pas dah lupa negara islam .. dah lupa Hudud. Semuanya kerana mereka hendak menjaga hati DAP, takut DAP menendang keluar Pas daripada PR.
Umno pulak walau pun berkuasa, tapi nampak seperti sebiji bateri yang lemah. Kerana mengejar undi bukan melayu .. banyak hak melayu diambil untuk beri kepada bukan melayu. MCA tak menang pilihanraya, MIC tak menang pilihanraya dan Gerakan tak menang pilihanraya .. namun masih mampu menjadi menteri penuh dalam kabinet BN.
Apa maknanya semua ini ? Adakah kalau Umno kalah Umno akan diberikan jawatan dalam kabinet BN ? Kalau begitu baik semua orang melayu beri saja undi kepada Pas, biarkan Umno kalah kerana kalah pun jawatan dalam kabinet tak hilang, Najib masih PM dan Mahyudin masih juga TPM.
Salam YB,
ReplyDeleteMeremang bulu roma baca perkara macam ni. PAS ni kalau ambik kesempatan memang la pandai. Perjuangan hampeh. Sedarlah wahai saudara seislamku. Bangkitlah menentang kemungkaran yang terang.
selamat berjuang! :)
ReplyDeleteAdvance Cash
Terima Kasih YB..teruskan perjuangna mu..kami akan sentiasa dibelakang YB..
ReplyDeleteAllahuakbar.semoga perjuangan anta diredhai.kami muslimin menyokong perjuangan menegakkan aqidah.
ReplyDeletesmoga semua umat islam di negara ni bersatu..lupakan sengketa politik kerana agama perlu diutamakan..sengketa politik menyebabkan sengketa dalaman agama islam x boleh diselesaikan...
ReplyDeletesalam yb..saya sebenarnya ada pelbagai persoalan untuk ditanyakan kepada yb mengenai isu murtad ini...saya telah memilih isu murtad ini bagi kertas projek saya dan saya ingin bertanya serba sedikit mengenai masalah yang semakin menjadi2 di negara ni..walaupun ramai yang mengatakan mengenai isu ini tetapi isu ini diibarat sebagai bermusim kerana kadang2 ada yang terlupa terus hakikat ini sehingga wujud isu ini yang dihebahkan oleh media..saya berharap yb dapat membantu saya..bantuan yb amat saya hargai
ReplyDeletePAS lebih hudoh dari UMNO.
ReplyDeleteUMNO tak kata perjuangkan Islam. Komited sampai sekarang, jaga Melayu, jaga Islam.
PAS kata perjuangakan Islam. Islam jadi e-seram, tah ke mana, melayu pun entah ke mana (ada ke ahli PAS bukan melayu? Tak ke parti melayu namanya).
PAS umpama sependa berkurap. Dipakai huduh, dibuang sayang.
YBZul: maintain YB! Moga Allah mudahkan urusan dun-ya wal akhiroh.
Syabas YB...kita umat Islam Msia mesti ikot langkah Sultan Salahuden Al Ayubi..beliau berjaya mengambil balik Baitulmaqqadis dari Kaum Salib kerana takwa nya kepada Allah & beliau berpegang dengan janji ALLAH...untuk berjaya bebaskan Masjid AlAqsa..beliau hanya memilih pengikut yang beragama Islam mutlak..untuk berjihad...mana2 pembesar Islam yang bersekutu dengan Kuffar dibunuhnya.kerana mereka ini mudah dibeli oleh Kuffar...moga2 Allah turunkan semangat jihad Sultan Salahuden kepada YB...tidak mudah dibeli& menjual agama oleh kaum KUFFAR..di Msia...
ReplyDeleteMurtad, hukumnya bunuh...
ReplyDeleteYB. semoga Allah beri YB kesihatan yang baik dan kekuatan untuk kembalikan semua yang haq
ReplyDeletesaya suka komen dan hujah tuan, ianya begitu tersusun dan mantap sekali. keberanian tuan yb jarang ada pada ahli politik lain. di saat mereka bacul tuan ke depan. terima kasih tuan.
ReplyDeleteBagaimana kita nak membukakan mata dan fikiran orang2 di luar sana ttg dakyah kristian ni? Hanya Allah yang tahu segalanya. Segala ada hayat marilah kita berjuang.
ReplyDeletemoga Allah melindungi kita semua! Allahuakbar! well done YB..
ReplyDeletetahniah bro! support!
ReplyDeletekenapa kita UMNO yang perintah negara tak guna kuasa kita ada perangi murtad??????????????????????
ReplyDeletejalan terus bro.
ReplyDeletestedy.
...amat2 terharu...hampir2 mengalirkan airmata bila baca entri ni... sedih dgn umat Melayu yang berpecah belah...dulu2 saya harapkan PAS untuk memperjuangkan Islam di Malaysia, tetapi tidak lagi sekarang...
ReplyDeleteassalam YB... truskan tegakkan kebenaran...skali skala mai la melawat kmi di bandar baharu ni...
ReplyDelete