01 November 2011

KEBEBASAN SEKS SONGSANG!

(Paderi Gereja Protestant dari Malaysia, Pastor Ou Yang Weng Feng mengadakan upacara perkahwinan dengan pasangan gay pilihannya di New York pada 31.08.2011)

Salam 2 all.

Kalipah kaum Anwarinas dalam himpunan haram 09 Julai yang juga penganjur penubuhan IFC iaitu Ambeega Sreenavasan akan melancarkan satu program himpunan untuk tujuan KEBEBASAN SEKSUALITI pada 09 November ini di Annexe Gallery bersebelahan Bangunan Bar Council, Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Himpunan ini diberi tajuk "Queer Without Fear".

Projek himpunan Kebebasan Seksualiti ini disokong antaranya oleh Bar Council, Suaram, Women Aids Organisation dan beberapa lagi NGO dan individu (saperti yang tercatat dibawah). Dan kalau mike perhatikan yop, ada antara kumpulan atau NGO-NGO yang tersenarai dibawah ini turut sama terlibat samada didalam perancangan menubuhkan IFC, himpunan haram 09 Julai dan lain-lain. Dan merekalah menjadi penyokong dan pendokong kuat kepada kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya!

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid & maknyah!

Adalah jelas 'amalan yang hendak dipromosikan oleh program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI yang akan dilancarkan oleh kalipah kaum Anwarinas Ambeega Sreenavasan ini bercanggah sama sekali dengan amalan dan norma kehidupan manusia bertamadun, apatah lagi dengan Islam!

Pada teman, ini adalah satu lagi sikap biaDAP dan kurang ajar puak-puak ini yang tidak putus-putus mencari helah untuk menimbulkan suasana provokatif terhadap rakyat Malaysia termasuk umat Islam!

Apakah tujuan mereka mahu membuat himpunan Kebebasan Seksualiti ini dalam suasana umat Islam sedang menjalani 'ibadah haji di Makkah dan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut 'Eidul Adha pada 06 November 2011.

Adakah kaum ini mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain.

Dan yang lebih memeranjatkan teman, ada kaum yang sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura!

Seksyen 377A-D adalah peruntukkan dimana 'amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti seks melalui dubur, samada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri), samada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang dipandang serius dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan!

DAN INILAH SEKSYEN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIKENAKAN PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR (1998) DAN PEMBANTU PEJABATNYA SAIFUL BUKHORI AZLAN (2008)!!

Teman mengutuk keras program KEBEBASAN SEKSUALITI yang mahu dianjurkan ini. Pada teman, program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI ini wajib ditentang dan dibantah habis-habisan. Malahan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan mengharamkan himpunan ini.

Selain cuba untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e, kaum ini juga bercadang untuk memansuhkan peruntukkan undang-undang yang menjadikan amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 377 A-D Kanun Keseksaan dimansuhkan.

Kita sekarang sudah ada paderi gay. Seorang paderi Gereja Protestant di Malaysia, Pastor Ou Yang Weng Feng baru-baru ini telah menggemparkan negara apabila melangsungkan perkahwinan gay dengan pasangan homoseksnya di pejabat City Clerk of New York. Dan yang lebih kurang ajar, pastor gay ini memilih tarikh kemerdekaan negara, 31.08.2011 sebagai tarikh perkahwinan homo beliau. Dan yang paling biaDAP, beliau mahu mengadakan majlis perkahwinan gay nya itu di Malaysia!

Teman berharap kita tidak sampai ke peringkat saperti yang berlaku kepada Presiden Obama yang menerima tekanan politik yang hebat daripada kaum ini yang akhirnya tunduk kepada kehendak mereka, sehingga kaum lesbian dan gay kini boleh menjalankan 'amalan seks songsang dan bebas didalam Angkatan Tentera Amerika, na'uzubillah min zalik!

Sebab itu teman bersetuju sangat dengan kenyataan YBhg Tan Sri Abdul Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang semasa merasmikan Perhimpunan Agong PERKASA pada hari Rabu 28 ZulQaedah 1432/ 26 Oktober 2011 menyatakan bahawa sebagaimana fahaman komunis menjadi "virus agama baru" yang menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan pada awal abad 20, maka sekarang sudah muncul fahaman hak asasi kemanusiaan sebagai "virus agama baru" yang bukan sahaja menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan, malah akan menghancurkan sejarah keujudan dan kesinambungan kemanusiaan ini.

Yang paling malang kata Tan Sri Rahim Nor, "virus agama komunisma" telah berjaya mempengaruhi orang Melayu beragama Islam, sehingga muncullah orang saperti Abdullah CD, Shamsiaf Fakeh, termasuk Mat Indera yang menjadi idola kaum Anwarinas sekarang. Dan melihat kepada senario keadaan semasa, "virus agama hak asasi manusia" juga sudah mula mempengaruhi segelintir orang Melayu beragama Islam, malah lebih malang virus ini juga berjaya merasuk segelintir kaum yang mendabik dada mengaku pejuang Islam.

Sehingga atas nama hak asasi manusia, mereka bukan sahaja membuang perjuangan mereka, malah mereka sanggup memartabat dan mengangkat kaum kafir harbi sebagai kalipah mengetuai dan mengemudi mereka. Malah yang tersangat malang, atas nama hak asasi kemanusiaan, mereka mengangkat kaum yang sudah rosak akhlaknya dengan amalan homoseks, liwat dan zina sebagai pemimpin dan kalipah sembahan mereka! Dan mereka muncul sebagai lembu-lembu barua suruhan yang dicocok hidung kepada kaum kafir dan makhluk perosak ini!!!

Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada malapetaka dan ujian dan fitnah akhir zaman yang maha dahsyat ini. Ya ALLAH, peliharalah aqidah dan iman kami, peliharalah akhlak dan amalan kami. Ameen!

Adios amigos, grasias amigos.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
05 Zulhijjah 1432
01 Nov 2011

Antara pertubuhan yang menyokong himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI 2011

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals

No comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.