(Adakah persamaan logo hak asasi sedunia anjuran Yahudi dengan logo kempen pilihanraya Demi Rakyat PKR itu satu kebetulan atau sebenarnya satu acuan fikrah perjuangan?)
Salam 2 all.
Dimanakah kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominya kah? Pada kekuasaannya kah? Pada jumlahnya kah?
Sebenarnya
kekuatan bangsa Melayu terletak kepada huruf 'Mim'! Huruf pangkal dalam
perkataan 'Melayu' - 'Mim Lam Alif Ya Wau'! Tanpa 'Mim', dia akan jadi
'Lam Alif Ya Wau - Layu'! Dengan 'Mim' ia menjadi 'Melayu'!
Apa
itu 'Mim'? Ia bermakna 'Muslim'! Melayu itu Muslim. Melayui itu Islam!
Disitu lah letaknya kekuatan bangsa Melayu; iaitu pada agamanya - Islam!
Dan
itulah uniknya bangsa Melayu di Malaysia ni. Bangsa Melayu Malaysia
adalah satu-satunya bangsa didunia ini yang kewujudannya dikaitkan
dengan agama! Dan Melayu adalah satu-satunya bangsa didunia ini yang
ditakrifkan menurut undang-undang, dan diperuntukkan didalam
Perlembagaan sebagai wajib beragama Islam!
Tanpa Islam seseorang itu tidak boleh mengaku Melayu; malah akan gugur status Melayu nya!
Begitu
unik bangsa Melayu ini, hinggakan bangsa 'Arab, bangsa yang diturunkan
para anbiya, tidak mendapat keistimewaan dikaitkan kewujudannya dengan
Islam!
Maka
sebarang usaha untuk memberi kebebasan kepada bangsa Melayu untuk
memilih dan menukar agamanya kepada selain Islam adalah sebenarnya usaha
halus untuk menghapuskan bangsa Melayu! Ianya wajib ditentang
habis-habisan!
Mungkin
ada suara sumbang diluar sana akan mendakwa mengapa bangsa Melayu
didiskriminasikan hak untuk memilih agama! Mungkin juga ada suara
songsang diluar sana yang akan memfitnah bahawa hak Melayu memilih untuk
Islam atau tidak dibenarkan oleh Al Quran - la iqro hafiddin - kata suara sumbang dan songsang ini!
La iqro hafiddin - Al Baqarah 256: tiada
paksaan dalam beragama! Nah, bukankah begitu jelas kata para sumbangsat
dan songsangsat ini bahawa ALLAH sendiri yang memberi kebebasan untuk
bangsa Melayu memilih atau menukar agama selain Islam. Kata para
sumbangsat ini, orang Melayu tidak wajar dipaksa memilih atau kekal
sebagai Islam! Itu melanggar hak asasi, itu bercanggah dengan kebebasan
sejagat!
Kalau
kita menggunakan sedikit akal yang ALLAH beri, kita akan dapati hujah
itu jelas songsang dan sumbang! Rasionalnya? ALLAH menurunkan Al Quran
kepada Rasulullah saw untuk menyampaikan satu risalah tauhid; iaitu
memperbetulkan aqidah manusia yang sudah sesat daripada mensyirikkan dan
memberhalakan ALLAH kepada menyembah ALLAH Yang Maha Esa melalui agama
Islam!
Nah, agama apa selain Islam yang mentauhidkan ALLAH! Yang mengesakan ALLAH! Tidak ada agama lain selain Islam!
Jadi
dimana logiknya ALLAH yang menurunkan Al Quran supaya manusia
mentauhidkan ALLAH melalui agama Islam tiba-tiba memberi kebenaran
kepada manusia termasuk Melayu untuk memilih agama selain Islam! Agama
lain yang mensyirikkan ALLAH! Agama lain yang memberhalakan ALLAH! Agama
lain yang mematungkan ALLAH!
Langsung
tidak masuk akal! Langsung tidak logik! Langsung bercanggah dengan
fikiran yang waras! Yang jelasnya ia satu pandangan yang songsang dan
luar tabi'e! Yang hanya boleh difikirkan oleh manusia yang songsang dan
luar tabi'e!
Nah, agama apa selain Islam yang mentauhidkan ALLAH! Yang mengesakan ALLAH! Tidak ada agama lain selain Islam!
Jadi
dimana logiknya ALLAH yang menurunkan Al Quran supaya manusia
mentauhidkan ALLAH melalui agama Islam tiba-tiba memberi kebenaran
kepada manusia termasuk Melayu untuk memilih agama selain Islam! Agama
lain yang mensyirikkan ALLAH! Agama lain yang memberhalakan ALLAH! Agama
lain yang mematungkan ALLAH!
Langsung
tidak masuk akal! Langsung tidak logik! Langsung bercanggah dengan
fikiran yang waras! Yang jelasnya ia satu pandangan yang songsang dan
luar tabi'e! Yang hanya boleh difikirkan oleh manusia yang songsang dan
luar tabi'e!
Apa
pun, kita bangsa Melayu wajib bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan
kita bangsa Melayu ni'mat dan anugerah keistimewaan wajib beragama
Islam; sehingga diperuntukkan didalam Perlembagaan dan undang-undang!
Ni'mat dan keistimewaan yang tidak ALLAH beri kepada bangsa lain, hatta
bangsa 'Arab itu sendiri!
Sebab
itu wajib bagi orang Melayu menentang golongan yang cuba memperjuangkan
hak kebebasan bangsa Melayu untuk memilih agama selain Islam! Orang
Melayu wajib menghapuskan golongan songsang dan luar tabi'e ini! Orang
Melayu wajib mencegah golongan songsang dan sesat ini termasuk rakan
sekongkol dan sebantal mereka! Wajib!
Dan
peluang terbaik untuk orang Melayu menentang, menghapuskan dan mencegah
kaum songsang ini ialah dengan menolak mereka dalam PRU 13 nanti!
Satu undi untuk mereka bermakna keredhaan untuk Melayu dimurtadkan!
Satu undi untuk mereka bermakna persetujuan untuk Melayu dikafirkan!
Satu undi untuk mereka bermakna kesediaan melihat Melayu dihapuskan!
Hargai
lah undi mike yop! Jangan jadikan undi mike sebagai pembuka kunci
kepada kemurkaan ALLAH! Jangan jadikan undi mike sebagai alasan untuk
dila'nat ALLAH! Jangan jadikan undi mike sebagai jalan menuju ke neraka
ALLAH!
Yang baik datangnya daripada ALLAH; yang tidak datangnya daripada kelemahan teman sendiri yop!
Wallahua'lam & Wassalam!
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 Muharram 1434
30 Nov 2012
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.