(Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin mendedahkan Dikri Kristianisasi Malaysia di Jerusalem)
Salam 2 all.
Nampaknya semakin hari semakin jelas usaha dan agenda gerakan kristianisasi di Malaysia ini. Setelah terbongkarnya gerakan kristianisasi di Malaysia oleh Christian Broadcasting Network (yang teman kupas panjang didalam artikel sebelum ini), kepada "Forum Negara Islam: Yang Mana Satu" di dewan Gereja Tabernacle Subang Jaya dimana usul dibuat supaya orang Melayu-Muslim diberi kebeasan memilih agama selain Islam!
Kini terbaru, Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin, seorang peguam syarie dan pendakwah bebas yang sering muncul di rancangan televisyen samada berbentuk agama mahupun motivasi, yang juga seorang 'mutawwif Al Aqsa', sering membawa jemaah menziarahi Masjidil Aqsa, mendedahkan bagaimana beliau menjumpai satu Dikri Kristianisasi dipercayai dibawa oleh sekumpulan jemaah kristian daripada Malaysia yang turut menziarahi Jerusalem pada waktu yang sama dengan Ustaz Amin.
Baca kisah pendedahan beliau dibawah!
Didalam Dikri yang Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin temui itu dalam Ziarah Al Aqsa pada 26 Nov - 03 Dis 2012 lepas, antaranya tercatat:
Decree For Malaysia
“We
decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in sending
missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be
the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the
gospel here..”
Jelas agenda kristianisasi tersebut!
Teman cukop yakin kaum pasrasit yang mengalami "sindrom penafian - denial syndrome" akan segera membuat penafian; dan akan segera mengeluarkan patwa bahawa Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin mengalami 'under-siege mentality' dan mendesak supaya bukti kukoh dikemukakan!
Kaum ni, dah bagi bukti depan hidong pun dema akan buat tak nampak; videoklip yang satu dunia kata dah terang benderang bersuloh pula pun dema patwakan besi sejuk!
Teman tak tahulah apa lagi bukti yang kaum pasrasit dan kitol-kitolnya mahukan lagi! Dah macam-macam bukti dan keterangan ALLAH hantar! Bukan sahaja mereka nafikan, malah mereka patwakan bukti & keterangan ni sebagai besi sejuk, bahan fasik dan macam-macam patwa yang membuktikan kebenaran ayat ALLAH - mereka adalah kaum "summum bukmum 'umyum fahum-Pekak, Bisu & Buta"!!!
Maka sesungguhnya benar ayat ALLAH - Al Baqarah: 120 - sadaqollah hal 'adheem.
Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri!
Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Muharram 1434
07 Dis 2012
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(dari lamanweb www.ustazamin.com)
AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA TERBONGKAR DI JERUSALEM
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti
biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam
hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk
mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa. Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut;
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?”
tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya,
agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang
perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan
sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang
anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka
ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu
sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama
berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang
rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk
di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya
tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap
malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati
mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya
hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal
Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama
pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia
menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya
menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada
tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin
seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi:
Decree For Malaysia
“We
decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding
missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be
the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the
gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika
di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian,
dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya
kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi
pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha
dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh
buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada
yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1.
Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah
Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan
orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di
Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2.
Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong
tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai
pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau
orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap
dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di
Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan
popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita
damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun.
Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang
hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita
hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat
dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk
menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan
berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat
Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
5.
Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang
dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan.
Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah
diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk
menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama
anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam
terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang
bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah
tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua,
semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi
inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari,
yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir,
renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia
agar terpelihara dari agenda global orang kafir.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
6 Disember 2012 jam 1.15 pagi
Patah
sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan
tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan
berputih mata!
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.