(Mike percaya Anwar tak kenai Datuk Eskay yop? Berapa lama nak kena kencing dar!)
Salam 2 all.
"You can lie to some of the people some of the time, you can lie to all the people some of the time, you can lie to some of the people all the time, but you can't lie to all the people all the time" - George Washington, bekas Presiden Amerika Syarikat.
Itulah ungkapan yang terbaik boleh diberikan kepada pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS. Survival politik mereka sentiasa berdasarkan pembohongan, penipuan, putar belit, cakap tak serupa bikin: semuanya dek kerana satu matlamat - kerakusan mahu bertakhta di mahkota Putrajaya.
Masih ingat lagi pembohongan 16 Sept?
Masih ingat lagi pembohongan Kg. Buah Pala?
Masih ingat lagi pembohongan Lynas?
Masih ingat lagi pembohongan konon pengerusi SPR ahli UMNO?
Masih ingat lagi pembohongan mereka terhadap YDP Agong berkaitan himpunan haram?
Masih ingat lagi pembohongan pendidikan percuma?
Masih ingat lagi pembohongan air percuma?
Masih ingat lagi pembohongan Felda bankrap?
Masih ingat lagi pembohongan China-Doll?
Masih ingat lagi pembohongan sakit belakang?
Masih ingat lagi pembohongan kapala selam KD Razak tak boleh menyelam?
Bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu...
Itulah zikir ratib pakatan haram pembangkang! Hidup dan survival politik mereka tak habis-habis dengan pembohongan dan penipuan terhadap umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!
Soalnya, berapa lama umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia mahu terus hidup ditipu dan dibohongi oleh pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini!!!
Terbaru, mereka cuba menipu dan berbohong lagi mengenai projek pembangunan RAPID di Pengerang, Johor. Projek yang akan membawa rahmat dan pembangunan besar bukan sahaja kepada penduduk Pengerang dan Johor, malah kepada negara!
Projek yang akan memberi saingan hebat kepada Singapura!
Ahhh...Singapura terancam dengan projek RAPID Pengerang? Adakah tangan-tangan ghaib yang kotor sedang mendalangi isu terakhir ini? Adakah pakatan luar tabi'e DAP-PKR-PAS menjadi barua dan balaci kepada tangan-tangan kotor ini?
Apa pun, mike baca sendiri lapuran khas oleh wartawan media portal Agenda Daily yang telah pergi sendiri ke Pengerang dan membuat pemantauan, siasatan, kajian dan penelitian! Jelas ada satu macam konspirasi untuk memastikan projek RAPID Pengerang gagal!
Mike kena kencing dengan pakatan songsang & luar tabi'e lagi yop! Takkan nak biar je yop? Apa lagi, pastikan mereka tumbang bungkus dalam PRU 13! Wajib!!!
Undi pembangkang maknanya undi pembohongan!
Undi pembangkang maknanya undi penipuan!
Undi pembangkang maknanya undi putar-belit!
Undi pembangkang maknanya undi cakap tak serupa bikin!
Undi pembangkang maknanya undi kebatilan & kemungkaran!
Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
09 Safar 1434
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada laman www.agendadaily.com bertarikh 21 Dis 2012)
Oh... Inikah sebab pembangkang kempen sakan tolak RAPID Pengerang
LAPORAN KHAS
Oleh HELME HANAFI
www.agendadaily.com
Jumaat 21 Disember 2012
Jika anda di Pengerang, dan berkereta di laluan pesisir pantai antara
Teluk Ramunia hingga ke Tanjung Pergelih, anda akan dapati deretan kapal
kargo berlabuh di perairan tersebut menunggu giliran masuk ke Komplek
Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.
Ratusan kapal itu, ada yang berlabuh berbulan-bulan di situ berikutan
kadar caj yang murah, RM0.20 sen setan, berbanding SD2 di Singapura.
Rata-ratanya menunggu 'job' sebelum berlayar ke destinasi seterusnya.
Sejak Komplek Petrokimia di Jurong Singapura siap pada awal tahun
70-an. Deretan kapal tersebut merupakan pemandangan biasa bagi penduduk
Pengerang, kawasan hujung paling Selatan Semenanjung Malaysia.
Ketika Malaysia hanya menikmati caj murah dari ratusan kapal yang
menunggu giliran membeli dan mengangkut minyak dari Jurong Singapura,
beberapa tahun lagi semuanya akan berubah.
Malaysia akan membina sendiri Komplek Hab Penapisan Minyak dan
Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Pengerang dan mengikut Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak ia merupakan sebahagian daripada Program
Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelaburan paling besar.
Angka pelaburan meningkat dari hari ke hari, yang terakhir pada 17
Disember lalu RM170 bilion. Tiga hari Agendadaily di kawasan tersebut
dalam misi khas mencari jawapan kenapa pembangkang bertelagah sesama
sendiri dalam soal pelaburan besar kerajaan di Pengerang.
Jika dalam kes-kes lain pembangkang sepakat menentang, tapi di
Pengerang, jika ikut Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jung Men
mula-mula kenyataannya Pakatan Rakyat (PR) akan hapuskan projek
Pengerang jika berjaya tawan Putrajaya dalam PRU-13.
Tak berapa lama, bos Chua, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata pembangkang
bukan nak hapuskan tetapi tangguhkan perlaksanaannya, yang kemudian
ditambah oleh Chua Jung Men dengan kata hendak pindah projek tersebut ke
Kerteh Terengganu.
Hu-ha pembangkang tidak selesai di situ sahaja, ketika PKR dan DAP
seperti sepakat hendak hapus, tangguh atau pindah lokasi projek
tersebut, tiba-tiba Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang juga anak
Johor, keluar kenyataan tidak akan pindah projek itu dari negerinya.
Kecelaruan kenyataan pemimpin PR itu buat ramai orang tertanya-tanya,
projek apa sebenarnya yang dirancang kerajaan di Pengerang.
Projek tersebut, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi sumber kekayaan baru negara.
"Apabila ia siap sepenuhnya kelak, 40 peratus dari KDNK negara adalah dari perlaburan di Pengerang,"katanya kepada Agendadaily.
Bukan itu sahaja, pelaburan dengan nilai ratusan bilion sudah tentu
akan membawa rahmat kepada penduduk Pengerang bayangkan dalam proses
pembinaannya RAPID akan menawarkan 40,000 pekerjaan yang menurut
Azalina,"Anak-anak muda Pengerang tidak perlu berhijrah lagi untuk
mencari rezeki."
Dan sudah tentu kehadiran tenaga kerja bagi menjayakan projek itu
bakal membawa limpahan ekonomi kepada pelbagai sektor perkhidmatan, yang
boleh dimanfaatkan penduduk dan syarikat tempatan.
Bayangkan begini, Pembangunan yang dirancang PETRONAS di Pengerang
ini adalah pada skala lebih besar daripada yang sudah dilaksanakan di
Tangga Batu, Melaka; Kerteh, Terengganu atau Gebeng, Pahang dihimpunkan
sekali.
RAPID dijangka siap pada 2016, akan lebih besar, moden, canggih, dan
strategik dari Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.
Komplek Petrokimia di Jurong itu dibina pada awal tahun 70-an, dan
kekal menjadi salah satu pendapatan teras negara tanpa hasil bumi itu.
Lebih 40 peratus pendapatan eksport perlabuhan Singapura adalah dari
hasil minyak dan gas berasal dari industri yang dibangunkan oleh
republik tersebut sejak 40 tahun lalu.
Ketika itu, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada mengurus dan
menjual hasil bumi yang terdapat di perairan negara dengan mewujudkan
PETRONAS pada 1974.
Kini, seiring dengan pembangunan negara, kerajaan perlu memikirkan
pelaburan baru berimpak tinggi, seperti fasa kedua, selepas PETRONAS
mampu bersaing di peringkat global sebagai pengeluar minyak utama dunia.
Kerajaan pimpinan Najib, ingin mengulangi, kecemerlangan ayahandanya,
Tun Abdul Razak (pencetus idea PETRONAS) untuk membawa negara ke tahap
yang lebih gemilang.
Mencipta pelaburan berskala besar dan peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020.
Untuk tujuan tersebut, fasa pertama, projek ratusan bilion ini
dibangunkan oleh Dialog Group Bhd, adalah tempat simpanan minyak atau
nama lengkapnya Terminal Tangki Laut Dalam Bebas.
Proses
pembinaannya sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 2014 yang
digambarkan secara mudah oleh Pengerusi Pengerang Independent Terminal
Sdn Bhd, Ngau Boon Keat (gambar kiri) mereka sedang membina Singapura
kedua di Pengerang.
"Jika mereka boleh membinanya, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?"
ujar individu awal yang pernah bekerja dengan PETRONAS ketika awal
penubuhannya dulu.
Menurut beliau, industri minyak dan gas merupakan pelaburan strategik
yang akan mewujudkan peluang perkerjaan dengan gaji lumayan yang sudah
pasti akan menarik minat 'the best brain' ke Malaysia seperti 'the best
brain' ini beramai-ramai ke Singapura pada tahun 70-an.
"Sekarang ini pun, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai, Qatar
ataupun Arab Saudi di mana terdapat pekerjaan dalam industri minyak dan
gas yang memberikan pendapatan lumayan,"kata tokoh industri minyak dan
gas yang cukup berpengalaman itu.
Betapa ruginya Malaysia, jika hanya menjual minyak sahaja tanpa
mengambil kesempatan untuk mencipta pelaburan dan peluang pekerjaan
bergaji lumayan di dalam industri ini.
Lihat saja deretan kapal-kapal yang menunggu giliran untuk masuk ke
Pelabuhan Jurong itu, bukan puluhan, bahkan ratusan setiap masa
sepanjang tahun.
Sebab itu dalam pertemuan dengan penduduk Pengerang Selasa lalu,
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan
kerajaan membina hub minyak dan gas di Pengerang adalah satu rahmat.
"Kebetulan tidak ada tempat lain yang lebih sesuai dan strategik dari
Pengerang untuk Malaysia memulakan langkah menjadi pemain utama
industri hab minyak dan gas di Asia Pasifik kecuali di Pengerang.
"Ia anugerah Allah SWT kepada rakyat Pengerang, Johor dan Malaysia," kata Muhyiddin.
Rahmat itu bagi penduduk Pengerang, ada yang jangka pendek dan
panjang, jangka pendeknya, untuk proses pengambilan 22,000 hektar tanah
yang ditebus semula oleh kerajaan.
Setiap kaki persegi tanah yang sah pemiliknya, ada yang dibayar sehingga RM8.30 sekaki persegi bergantung kepada lokaliti.
"Saya tahu ramai depan saja ini Orang Kaya Baru," gurau Muhyiddin,
ketika berucap di hadapan kira-kira 5000 penduduk Pengerang di Dataran
Sungai Rengit -tempat yang sama pembangkang buat himpunan Hijau bantah
RAPID September lalu.
Ketika himpunan Hijau itu kehadiran 1500, dengan 80 peratusnya, kata sumber keselamatan, adalah orang luar.
Juak-juak pembangkang tidak ada isu untuk bangkitkan di Pengerang,
mereka gunakan penyokong taksub untuk berkempen atas nama HIJAU iaitu
takut projek tersebut menjejaskan alam sekitar.
"Mereka kena tipu... Komplek Petrokimia di Jurong Singapura itu
dibuat ditengah-tengah bandar, pernah kita dengar soal pencemaran?" soal
Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman ketika berucap bersama TPM di
Sungai Rengit.
Ada sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek berskala besar ini.
Selain kedudukan yang strategik iaitu laluan laut paling sibuk di Selat
Melaka.
Perairan di Pengerang juga antara yang paling dalam, 24 meter, (tidak
ada pelabuhan lain di Malaysia sedalam itu) membolehkan ratusan kapal
berlabuh hanya pada jarak 2 kilometer dari dataran.
Di Jurong, kedudukannya 8 kilometer dari daratan dengan kedalaman 18 meter.
Kedalaman perairan dan jarak dengan dataran adalah penting ketika
bercakap tentang pembinaan Terminal Tangki Laut Dalam Bebas bagi
industri simpanan minyak mentah.
Lebih dalam perairan dan lebih dekat jarak dengan dataran adalah
lebih strategik ketika proses pengisian minyak dan gas ke kapal-kapal
yang berlabuh.
"Pengerang mempunyai ciri-ciri semula jadi sebagai pelabuhan
terlindung dengan kemudahan jeti sepanjang 1.9 kilometer dengan
kedalaman 24 meter yang berupaya menampung Very Large Crude Carriers
(VLCCs) atau Ultra Large Crude Carrierss (ULCCSs).
"Apabila siap sepenuhnya pada 2014, kawasan itu akan berubah wajah
seperti Perlabuhan Rotterdam di Belanda, sekaligus mampu beroperasi
sebagai Rotterdam Asia,"kata Ngau Boon Keat.-21/12/2012
Siri pertama dari lima siri berhubung pembangunan berkepentingan
nasional di Pengerang. Wartawan Helme Hanafi ke sana pada 16 hingga 18
Disember bagi mengumpul maklumat mengenai projek tersebut yang akan
disiarkan setiap minggu oleh Agendadaily. Siri kedua akan menjawab
segala tohmahan pembangkang mengenai aspek kesihatan, keselamatan,
sekuriti dan alam sekitar (HSSE).
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.