05 February 2013

KAMI BERSAMAMU GAZA

(Bersama YAB Dato' Sri Najib & His Excellency Ismael Haniyeh, PM Gaza-Palestin dalam lawatan bersejarah ke bumi Gaza-Palestin hari Rabu 11 Rabi'ul Awal 1434/ 23 Januari 2013)



KAMI BERSAMA MU GAZA*

Gaza
Bumi para anbiya
Kelahiran para ulama
Tanah yang diberkati
Langit yang menjadi saksi
Mukjizat Rasul & Nabi

Gaza
Bumi mu berdarah
Peluru dimuntah
Umat dimamah
Tanah merekah merah
Di baham zionis haram jadah

Gaza
Bumi mu menangis,
Angkara zionis,
Anak-anak mu ditumis
Tanah mu berkudis
Umat mu habis di gilis

Mana saudara se-kiblat mu?
Mana jiran se-kitab mu?
Mana pembela se-aqidah mu?
Mana warisan ‘Umar Al Khattab?
Mana warisan Ali Abi Tolib?
Mana warisan Salahudin Al Ayyubi?
Mana warisan Muhammad Al-Fateh?
Dimana mereka…..Gaza
Dimana?

Aduhai Gaza
Kau bersendirian
Sekadar batu dan lastik
Sekadar doa dan semangat
Kau bangkit berjihad
Intifadah menjadi pengubat

Jiran mu yang buih berjuta
Saudara mu yang qorun-raya
Sekadar mampu menghantar doa
Diiringi baju selimut gebar
Hanya mampu mengutuk zionis
Sambil memuntah asap rokok Yahudis!

Aduhai Gaza
Kau jadi cermin umat masakini
Dayus, bacul menjubah diri
Ukhwah perpaduan diterajang ke-tepi
Angkara gila kuasa..gila kerusi
Terpukau perangkap
Barat Yahudi

Namun Gaza
Malam ini bumi ini meledak,
Langit terbelah
Gelombang umat yang marak
Berang lasykar  terbakar ke puncak
Bukan  sekadar menjadi penyalak
Sekadar muffler melilit tengkok

Umat kini sudah tidak gentar
Pada peluru zionis yang ketar
Kami mendengarmu Gaza
Dan kami tetap akur mendengar

Intifadah..intifadah..intifadah !!!

Kesetiap penjuru tak bertepi
Kami bukan sekadar pandir
Mengiya fitnah parasit hanyir
Penyujud na’am zionis kafir

Kerana kami lasykar Yang Maha Esa
Kerana kami sol-jah Maha Pencipta
Umat yang mengenal si-kitol derhaka
Antara parasit berserban lilit
Antara pak yangoat berjubah meleret

Nanti waris kami bersoaltanya
Di atas kuburan merah menyala

Mengapa Gaza di biar sendirian
Tanpa pembelaan
tanpa penentangan

Sedang umat bak buih dilautan
Sekadar ramai bertakbir sakan
Tapi berpecah tanpa sempadan

Mengejar kilauan kalkatu kerakusan
Yang batil yang palsu menjadi idaman

Namun intifadah itu mutlak
Akan menjadi keramat yang hak
Biar disekat biar dihambat
Parasit zionis kalkatus keparat

Kami bersama mu Gaza
Dan kami adalah lasykar
Kami adalah sol-jah
Bersama mu menegakkan

Intifadah..intifadah..intifadah..!!!

Biar dipagar tembok dan besi
Zionis yang makin menikus
Dikelilingi parasit yang rakus

Menentang arus hangat semangat jihad
Jiwa umat yang lama tersekat
Pasti bangkit menentang keparat

Mahkamah ALLAH menjadi penyukat
Menghakimi antara pejuang dan petualang
Antara lasykar dan parasit
Antara mujahat dan mujahid
Antara sol-jah dan penderhaka
Antara yang betul dengan si-kitol

Kami mendengar mu Gaza
Kami bersama mu Gaza

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

**************************************

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
24 Rabi'ul Awal 1434
05 Januari 2013


*Sajak ini dicipta dengan sumber inspirasi dan panduan daripada sahabat teman sdr Mohd. Fudzail Mohd. Nor, Dubai

No comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.