30 May 2013

EXTREMIS RASIS!

 Ah Foo, itu malai sulah lupa itu 13 Mei kah? Aiya Ah Cheng, lu luluk liam-liam la. Lia tuhan pun sulah kasi jual, lu lagi mau tanya itu malai-si kah?

Salam 2 all.

Teman mengutuk keras kenyataan biaDap Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mempertikaikan perlantikan YB Senator Paul Low Seng Kwan (Transparensi International) dan YB Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS-Tawau yang juga Pengerusi Lembaga Sekolah-Sekolah Mubaligh) sebagai anggota jemaah kabinet Kerajaan Malaysia.

Alasan yang digunakan oleh Don Zong adalah kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Mandarin dan tidak mengikuti sepenuhnya sistem persekolahan Cina; oleh itu kedua-dua mereka adalah tidak layak mewakili kaum Cina didalam kabinet!

Ini jelas adalah satu kenyataan yang sangat rasis daripada kumpulan radikal yang mengamalkan sikap ekstremis perkauman yang melampau, sempit lagi jumud!

Dong Zong dan kaum pelampau perkauman yang sewaktu dengan mereka harus faham bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan perlantikan menggangotai jemaah kabinet adalah budibicara mutlak Perdana Menteri Malaysia.

YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah diberi mandat jelas oleh rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional didalam PRU-13. Sebagai Perdana Menteri, adalah hak mutlak Dato' Sri Najib untuk menentukan siapa yang layak menggangotai jemaah kabinetnya dengan mengambil kira pelbagai faktor mengikut budibicara beliau.

Dong Zong harus faham bahawa fasih dalam bahasa Cina bukan dan tidak pernah menjadi pra-syarat untuk menjadi anggota jemaah kabinet Kerajaan Malaysia!

Mereka wajib faham dan disedarkan bahawa ini adalah negara Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu! Menurut Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Oleh itu adalah menjadi pra-syarat untuk mana-mana anggota jemaah kabinet wajib fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu!

Sebab itu saya mengambil kesempatan ini mendesak supaya Kerajaan mewajibkan bukan sahaja anggota jemaah kabinet, malahan semua wakil rakyat, samada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Senator wajib fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu sabagai pra-syarat kelayakan. Jika perlu Kerajaan hendaklah mengadakan ujian saringan kelulusan bertutur/ menulis dalam Bahasa Melayu bagi mereka!

Satu perkara yang Dong Zong dan kumpulan ektremis pelampau perkauman yang lain perlu faham ialah anggota jemaah kabinet dilantik untuk kepentingan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Paul Tan dan Mary Yap bukan mewakili kaum Cina sahaja walaupun mereka berbangsa Cina. Mereka adalah Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia yang wajib menjaga kepentingan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia; bukan sahaja kaum Cina!

Kedua, Dong Zong perlu faham tindakan kaum cauvinis, rasis, ektremis dan pelampau perkauman menolak calon-calon Barisan Nasional terutamanya daripada MCA dan Gerakan telah menghasilkan satu Kerajaan Melayu-Bumiputra dalam PRU-13!

Inilah padah yang kaum cauvinis, rasis, ektremis dan pelampau perkauman perlu terima. Kamu tidak boleh mengimpikan mahu kedua-duanya -  you shouldn't dream to have the best of both world.

Kamu telah secara sedar melaksanakan hak demokrasi kamu dengan membuat pemilihan berdasarkan warna kulit dan sifat perkauman; maka kamu perlu bayar harga hak demokrasi kamu itu.

Tidak ada sesiapa yang memaksa kamu menggunakan hak kamu mengikut warna kulit dan perkauman. Malah Kerajaan BN dibawah pimpinan Dato' Sri Najib telah berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada kamu, sehingga kadang-kadang menyebabkan kemarahan kaum lain dalam negara ini.

Tetapi kebaikan Kerajaan BN kamu balas dengan tuba. Sekarang masa untuk kamu merasa tuba yang kamu tabur itu pula!

Kepada Kerajaan Barisan Nasional, terutama YAB Dato' Sri Najib; jangan layan karenah kaum cauvinis, rasis, ekstremis dan pelampau perkauman ini. Kita telah terlalu banyak berlembut dan bertolak ansur dengan mereka.

Berilah tumpuan kepada rakyat yang tahu mengenang budi. Jagalah kepentingan dan kebajikan rakyat yang tahu menilai beza diantara kaca dan permata. Janganlah kerana terlalu melayan karenah puak-puak ni, akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
20 Rejab 1434
30 Mei 2013

No comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.