27 September 2013

ARE YOU SERIOUS MR. PRESIDENT?

Asma Al-Assad, seorang sunni kelahiran Britain
Salam 2 all.

Saya mengikuti dengan teliti petikan ucapan Presiden Barack Hussein Obama, Presiden Amerika Syarikat dalam Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 69) pada hari Rabu 25 Sept 2013 lepas.

Dalam ucapan dihadapan pemimpin dunia itu, Obama menceritakan senario di Syria dan memberikan hujah mengapa tindakan keras dan tegas wajib diambil terhadap Syria, maksudnya Kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.

Antara justifikasi yang digunakan oleh Obama adalah berdasarkan lapuran penyiasat PBB yang dihantar ke Syria yang mengesahkan konon bahan kimia sarin telah digunakan dan menyebabkan kematian beberapa orang rakyat Syria. Lapuran itu jelas tidak menamakan siapa yang menggunakan bahan kimia tersebut, dan tidak ada bukti tentera Kerajaan Syria (yang sedang berjaya memerangi pemberontak yang ditaja dan dibiaya oleh Barat) yang menggunakannya.

Namun Obama dengan penuh sardin, selamba dan tanpa sebarang bukti menuduh tentera Kerajaan Bashar yang telah menembak bahan kimia tersebut. Antara alasannya ialah konon tembakan itu datang daripada kawasan yang dikuasai Kerajaan Syria!

Itu saja. Tanpa bukti; tanpa keterangan, tanpa apa-apa pun! Hanya sekadar bermodalkan airliur, Obama mahu dunia mengambil tindakan terhadap Kerajaan sah Presiden Bashar Al-Assad.

Obama seolah-olah lupa bahawa dunia pernah ditipu oleh Amerika menggunakan modal airliur yang sama.

1. Amerika menuduh Kerajaan Iraq dibawah pimpinan Presiden Saddam Hussein mempunyai "WMD - Weapon of Mass Destruction". Kononnya stok senjata itu terlalu banyak disimpan dan boleh menggugat keamanan dan kestabilan dunia. Tanpa bukti, tanpa keterangan; hanya bermodalkan airliur, Amerika mahu Iraq diserang dan Saddam dijatuhkan. Dunia tertipu dengan mainan Amerika, akhirnya Iraq diserang, Kerajaan Saddam ditumbangkan, Presiden Saddam Hussein dibunuh, Iraq berpecah, kontraktor Amerika makin kaya memunggah harta kekayaan Iraq, dan sehingga ke hari ini Iraq masih huru-hara!

2. Amerika menuduh Al-Qaeda dan Usamah Laden sebagai dalang serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia WTC New York yang menyebabkan ribuan terkorban pada 11 Sep 2011. Satu serangan dramatik dua buah kapalterbang United Airlines yang begitu pelik kerana dapat dirakam dari pelbagai sudut dengan gambaran yang cukup mengerikan. Berbekalkan modal airliur tanpa sebarang bukti, Amerika menyerang Afghanistan. Negara yang langsung tidak ada kena mengena dengan serangan itu akhirnya menjadi mangsa. Kerajaan Mullah 'Umar daripada Taliban ditumbangkan, kerajaan boneka pimpinan talibarut barat Hamid Karzai dilantik; dan sehingga hari ini Afghanistan yang aman damai setelah berjaya menghalau penjajah Soviet Union (yang kemudiannya hancur tumbang selepas itu) berubah menjadi neraka bagi umat Islam yang tinggal disana!
 
Saya boleh bariskan lagi beberapa siri penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Amerika untuk menghalalkan tindakan ketenteraan sehingga memusnahkan negara lain tanpa sebarang bukti atau keterangan; sekadar bermodalkan airliur sahaja.

Dan dalam penggunaan senjata kimia atau senjata pemusnah besar-besaran termasuk nuklear dan lain-lain, Amerika adalah negara paling terakhir yang mempunyai sebarang alasan mahupun justifikasi untuk menuduh orang lain.

"You the United States of America has no legal, moral or political ground to accuse others, what more to attack others and topple their government, based on unfounded allegations of using chemical or weapon of mass destructions".

Kamu Amerika tidak ada sebarang hak samada dari segi undang-undang, moral mahupun politikal untuk menuduh orang lain, apatah lagi menyerang negara lain dan menjatuhkan kerajaannya yang sah, berdasarkan dakwaan tanpa  bukti penggunaan senjata kimia atau senjata pemusnah besar-besaran!

Dunia telah menyaksikan sendiri dengan bukti terpampang depan mata bahawa Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang bukan sahaja memiliki, malah pernah menggunakan senjata kimia dan senjata pemusnah termasuk bom nuklear:

Mangsa Agent Orange di Vietnam
1. lihat sahaja dalam Perang Vietnam. Dunia menyaksikan bagaimana tentera Amerika Syarikat yang terlibat dalam Perang Vietnam pada tahun 1960an dan 1970an, negara yang langsung tidak ada kena mengena dengan US, menggunakan senjata kimia. Peristiwa penggunaan senjata kimia Agent Orange keatas rakyat Vietnam terutama Vietnam Utara (tenteranya pada masa itu dikenali sebagai Vietcong) terbukti dengan jelas. Belum pernah dalam sejarah tamadun kemanusiaan senjata kimia digunakan dengan begitu berleluasa.

Akibat serangan senjata kimia Agent Orange oleh US itu, ramai rakyat Vietnam telah menerima akibatnya. Kesannya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Ramai bayi-bayi Vietnam yang tidak berdosa lahir dalam keadaan cacat dan tidak sempurna, kesihatan yang terancam dengan pelbagai penyakit pelik seperti kanser dan lain-lain. Sehingga ke hari ini Amerika bukan sahaja tidak mengakui kesalahan dan memberikan pampasan, malah meminta maaf kepada rakyat Vietnam pun tidak;

2. lihat sahaja dalam Perang Dunia Kedua, tidak ada manusia boleh lupa penggunaan senjata pemusnah nuklear keatas bandaraya Nagasaki dan Hiroshima di Jepun pada 06 Ogos 1945. Senjata pemusnah itu telah menghancurkan dua buah bandaraya Jepun, dan mengakibatkan puluhan ribu rakyat Jepun mati bergelimpangan dalam keadaan yang sangat ngeri; ada yang daging tercabut dan rentung, ada yang tinggal rangka dan macam-macam lagi. Ada yang hidup tetapi merana dengan pelbagai penyakit. Dan ada bayi yang dilahirkan cacat dan tidak sempurna.
Jadi apa justifikasi dan alasan untuk Presiden Obama membuat tuduhan liar tanpa bukti keatas Kerajaan Syria dan Presiden Bashar Al-Assad!

Sedangkan tangan Amerika sendiri kotor berlumuran dengan darah dan nyawa rakyat dipelbagai negara angkara penggunaan senjata kimia dan nuklear tanpa sebarang alasan penggunaannya. Dan sehingga hari ini, Amerika Syarikat adalah antara negara paling banyak menyimpan stok senjata nuklear!

Bandaraya Hiroshima musnah akibat bom nuklear US
So Mr President, I dont think you have any moral, legal or political justification to call upon the world to take stern action, or to attack Syria base on your unfounded and baseless allegations against the Syrian Government. In fact if you look into the mirror carefully, you would find that your country, yes United States of America is gulity and should be punished for its atrocities in using chemical weapon and weapon of mass destructions against innocent people in country that has nothing to do with you.

At the very least, you should apologize to the world for those atrocities, and compensate those that needs to be compensated. And you should show your sincerity by destroying your own stock of chemical weapon and weapon of mass destruction. And maybe you should ask your beloved friendly ally the zionist State of Israel to follow your example.

Then, and only then, you may have the moral, legal and political ground to call or condemn others. Otherwise, you would be what the saying says 'kettle calling the pot black'.

That is why I begin by asking you this question: are you serious asking in us to believe your unfounded and unproven allegations against Syria and its President Bashar Al-Assad, and are you serious in calling upon the world to take stern action against Syria?

Sebenarnya umat Islam seluruh dunia meletakkan harapan agak tinggi apabila Obama memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat.

Bukan sahaja kerana Obama orang kulit hitam pertama menjadi Presiden, tetapi kerana ayahnya seorang professor beragama Islam daripada Kenya. Sebab itu nama tengah beliau Hussein. Tidak cukup dengan itu, Obama pernah membesar di Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia. Malah sehingga hari ini Obama mempunyai keluarga dan adik beradik tiri yang masih beragama Islam dan menetap di Indonesia.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja memenangi jawatan Presiden Amerika, Obama dalam beberapa siri ucapannya memberi gambaran akan mengambil pendekatan lebih berhemah dan berdiplomasi dengan negara-negara Islam, sesuatu yang tidak pernah mana-mana Presiden Amerika lakukan. Ucapan beliau di Kaherah, menawarkan olive leaf kepada dunia Islam membuka lembaran baru hubungan AS dan dunia Islam.

Tetapi akhir-akhir ini Obama yang diharapkan itu rupanya tidak ada perbezaan dengan yang lain. Persepsi umat Islam kini ialah Obama turut tunduk kepada lobi dan kehendak zionis. Beliau yang diberi anugerah 'Hadiah Nobel Keamanan' rupanya lebih berminat untuk menyelesaikan masalah Surya melalui peperangan. Walaupun Surya tidak ada kena mengena dengan hal ehwal Amerika Syarikat, namun beliau tetap berkeras.

Obama hanya mula kendur apabila Parlimen Britain menolak sebarang penglibatan tentera British di Surya; dan apabila Russia dan Presidennya Vladimir Putin mengambil sikap lebih professional mempersoalkan kesahihan dakwaan Amerika dan sekutunya terhadap Surya dan Presiden Bashar. Malah Russia memberi jalan keluar lebih diplomatik dengan menawarkna Surya untuk menyerah apa juga senjata kimia yang mereka ada untuk dimusnahkan.

Hanya selepas itu baru Obama kelihatan mengurangkan nada paluan perang terhadap Surya.

Pada saya, umat Islam tidak lagi boleh meletakkan harapan kepada Obama, apatah lagi Amerika Syarikat. Kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Sebagaimana firman ALLAH swt dan pesan Rasulullah saw, kita wajib memperlengkapkan diri demi untuk mempertahankan agama, ummah dan negara daripada terus dibuli atau dicabul oleh negara lain.

Mr. President sir, you have simply let us down.

Wallahua'alam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
21 ZulQaedah 1434
27 Sept 2013

No comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.