24 September 2013

SALUTE UNTUK PDRM!

Lihat bagaimana 'beruk-beruk' pembangkang 'melayan' pasukan polis!
Dato' Sri Najib bersama ahli keluarga anggota VAT-69 yang terkorban di Lahad Datu sedang menanti ketibaan jenazah di Pengkalan TUDM Subang*

Salam 2 all.

Pembunuhan Kpl. Zal-Azri Abdul Somad dalam kejadian pencegahan jenayah pagi semalam 23 Sep 2013 di Taman Teknologi & Industri Cheng, Melaka membuktikan betapa tugas dan tanggungjawab pasukan polis sangat berisiko tinggi. Penjenayah-penjenayah tersebut sedang dalam cubaan mencuri besi buruk di salah sebuah kilang disitu.

Apabila berhadapan dengan penjenayah, risiko yang dihadapi oleh anggota polis sangat tinggi. Sudah menjadi lumrah dan sifat penjenayah, apabila berhadapan dengan kemungkinan ditangkap dan dihukum, samada penjara atau gantung, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri, termasuk mencederakan anggota polis, malah membunuh pun mereka sanggup walaupun kekadang kesalahan yang dilakukan kecil sahaja.

Contohnya kita tengok berapa ramai anggota polis yang terbunuh, ataupun cedera parah sehingga kekadang cacat sepanjang hayat hanya kerana dirempuh oleh syaitan rempit yang cuba mengelak ditahan hanya kerana kemungkinan kesalahan trafik sahaja!

Saya sendiri pernah berpengalaman melihat bagaimana seorang penjenayah yang ditangkap hanya kerana mencuri kasut di Masjid Jame' Kuala Lumpur sanggup menggigit tangan anggota polis yang menahannya sehingga luka berdarah. Senjata dia hanya gigi dia sahaja!

Saya menulis ini kerana ada sesetengah pihak tidak faham, atau sengaja buat-buat tidak faham risiko yang dihadapi oleh pihak polis apabila berhadapan dengan penjenayah. Mereka mendesak pihak polis bersopan santun dan bertindak dengan sabar apabila berhadapan dengan suasana kritikal.

Agaknya mereka mahu pihak polis memberi salam kepada penjenayah yang sedang mengacu senjata untuk menembak polis, kemudian baru polis boleh bertindak terhadap penjenayah itu!!!

"Assalammu'alaikum tuan, apa khabar. Kami minta izin untuk menembak tuan barang dua tiga das untuk menangkap tuan yang sedang mengacu pistol kepada kami, mohon dizinkan tuan?", agaknya itu yang dikehendaki oleh segelintir pihak yang mendabik dada sebagai pejuang hak asasi manusia tanpa batas. Kita pun tahu belum sempat bagi salam mungkin sebutir peluru dah hinggap di kepala anggota polis tersebut!

Baru-baru ini apabila polis bertindak menembak mati beberapa penjenayah bersenjata yang sedang bersembunyi didalam sebuah rumah, mereka dikutuk dan dicaci maki konon tidak mematuhi prosedur dan menghormati hak penjenayah-penjenayah tersebut!

Hak penjenayah tersebut? Penjenayah yang lengkap bersenjata dan bersedia untuk menembak polis bila-bila masa ada hak lagi?

Apa yang saya pelik ialah setiap kali pihak polis bertindak terhadap penjenayah, dengan segera para pejuang hak asasi tanpa batas ini akan berkokok dan melalak menghentam dan memaki hamun polis. Siap bagi khidmat guaman dan konon membela para penjenayah ini!

Dan yang lebih saya pelik masih lagi ada segelintir dikalangan anggota keselamatan yang menyokong dan mengundi pembangkang, malah ada yang menyertai pembangkang terutama selepas pencen walaupun rakan mereka dicemuh, dikutuk dan ada yang sampai diludah, disepak terajang, malah ada yang sampai terbunuh!!!

Agaknya mereka lupa diri! Yang lebih teruk dok makan pencen, malah hidup selesa hasil bantuan dan pertolongan kerajaan tapi tak habis-habis dok maki hamun konon kerajaan tidak adil kepada mereka.

Saya tidaklah bermaksud untuk meminta atau memaksa mereka menyokong kerajaan, atau mengundi Barisan Nasional. Tetapi sekurang-kurangnya janganlah sokong pembangkang. Tak mau undi BN pun tak apa, tetapi jangan cemarkan jari itu dengan menyokong dan mengundi pembangkang!

Kepada mereka ini, saya ingatkan beberapa peristiwa yang jelas membuktikan sikap dan pendirian pembangkang yang tidak sedikitpun tidak menghormati pengorbanan anggota keselamatan termasuk polis:

1. Cuba tengok dalam isu Chin Peng. Lihat betapa pembangkang beriya-iya mahu membawa balik mayat atau abu Chin Peng. Malah ada yang mendesak Chin Peng diberi penghormatan sebagai pejuang kemerdekaan! Ada yang mendesak kamu melupakan sejarah hitam Chin Peng, "let bygone be bygone. Yang lepas tu sudah-sudahlah!".

Kamu lupa kah Chin Peng adalah kepala anasir pengganas subversif komunis PKM yang telah membunuh, mencederakan dan mencacatkan ribuan anggota keselamatan dan menjandakan serta meyatim-piatukan ribuan ahli keluarga pasukan keselamatan. Malah sehingga Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim juga dibunuh dengan zalim. Mendiang Ketua Polis Perak Datuk Khoo Chong Kong juga dibunuh kejam.

Ada pernah kamu dengar anggota keselamatan dan keluarga mereka ini mendapat pembelaan daripada pembangkang ini? Dan kamu masih nak cemarkan harga diri kamu dengan menyokong dan mengundi pembangkang?

2. Cuba kamu tengok peristiwa Lahad Datu! Apabila Allahyarham ASP Zulkifli Mamat dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin daripada Pasukan Komando VAT 69 terkorban angkara penjenayah Kiram II, pembangkang dengan cepat dan tangkas menuduh ianya satu lakonan semata-mata. Sedikitpun mereka tidak menghormati anggota polis yang terkorban mempertahankan negara. Malah ada maklumat menyatakan pencerobohan penjenayah Kiram II itu didalangi oleh pembangkang!

Ada pernah kamu dengar anggota keselamatan dan keluarga mereka ini mendapat pembelaan daripada pembangkang ini? Dan kamu masih nak cemarkan harga diri kamu dengan menyokong dan mengundi pembangkang?

3. Cuba kamu ingat semula peristiwa himpunan haram 'Kotor-2', tengok bagaimana pembangkang melayan pasukan polis yang cuba menjaga keamanan dan keselamatan masa itu. Ingat bagaimana kenderaan rakan kamu diterbalikkan, motosikal anggota trafik disepak hingga jatuh, anggota polis dipukul, disepak terajang, dipijak kepala, malah ada yang diludah! Bab maki hamun jangan cakap lah!

Sampai ada anggota polis yang cedera dan dimasukkan ke hospital!

Ada pernah kamu dengar anggota keselamatan dan keluarga mereka ini mendapat pembelaan daripada pembangkang ini? Dan kamu masih nak cemarkan harga diri kamu dengan menyokong dan mengundi pembangkang?

Sebenarnya kalau kamu menggunakan sedikit akal dan berfikir dengan waras, kamu akan dapati bukana sahaja pembangkang ini tidak layak disokong dan diberikan undi; malahan pembangkang ini wajib kamu 'perangi' dan 'hapuskan' daripada mukabumi negara Malaysia yang aman damai ini.

Saya tidak kata kamu patut angkat senjata menentang mereka. Cukup dengan kamu tidak menyokong atau memberikan undi kepada mereka.

Saya sedar ramai anggota polis dan tentera tidak mengundi atau menyokong pembangkang semasa PRU-13 tempoh hari. Tahniah bagi mereka.

Namun disana masih ada lagi sekelumit dan segelintir yang masih tegar dan enggan melihat kemungkaran dan kemusnahan yang dilakukan oleh pembangkang terhadap pasukan keselamatan. Mereka ini yang patut kamu ajar dengan memberi peringatan kepada mereka.

Menyokong dan mengundi pembangkang bermakna mengkhianati pasukan keselamatan. Menyokong dan mengundi pembangkang bermakna mengkhianati rakan seperjuangan yang telah terkorban! Menyokong dan mengundi pembangkang umpama kamu kencing diatas perkuburan sahabat dan rakan kamu sendiri!

Tepuk dada tanyalah hati masing-masing!

Apapun, kepada para pegawai dan anggota pasukan keselamatan, saya ucapkan tahniah yang tidak terhingga atas dedikasi, komitmen, pengorbanan dan perjuangan kamu dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan negara ini. Saya sedar dan insaf tanpa pengorbanan kamu semua, tidak mungkin saya dan rakyat negara ini boleh hidup selesa dan aman, dan menjalani kehidupan dengan penuh harmoni.

Teruskan usaha kamu menghapuskan penjenayah dan pengkhianat rakyat dan negara ini. Jangan kamu khuatir dan gusar dengan tohmahan, fitnah, makihamun dan cercaan segelintir pembangkang yang tidak sedar diri itu.

Ingatlah majoriti rakyat bersama dengan kamu.

Kami rakyat Malaysia mengangkat tabik kepada kamu. We salute you!

Kepada pegawai dan anggota keselamatan yang beragama Islam yang telah terkorban, saya mohon doa kepada ALLAH swt agar memberikan rahmat dan keampunan kepada kamu, dan meletakkan kamu dalam golongan siddiqin dan syuhada; dan memberi kesabaran kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Ameen ya rabbal 'alamin!

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia menimbang perkara-perkara berikut:

1. setiap pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang terkorban, waris dan ahli keluarganya wajib diberikan perumahan yang selesa dan segera kerana saya melihat kebanyakan mereka menghadapi masalah perumahan dan tempat tinggal. Sekiranya mereka sudah mengambil pinjaman perumahan, pinjaman itu hendaklah dilupuskan serta merta. Jika ahli keluarga ingin membina rumah di kampung halaman dan menetap disana, Kerajaan wajar memberikan bantuan kewangan untuk mereka membina rumah tersebut;

2. setiap anak anggota keselamatan yang terkorban hendaklah secara otomatik diberi bantuan pengajian dan pendidikan sepenuhnya samada pembiayaan pembelajaran, keperluan logistik pengajian sehingga mereka tamat pengajian sepenuhnya;

3. isteri anggota keselamatan yang terkorban dan masih bekerja hendaklah diberi keutamaan sekiranya mereka mahu berpindah ke tempat pekerjaan yang lain, atau ditawarkan pekerjaan yang bersesuaian jika mereka layak tetapi tidak mempunyai pekerjaan;

4. anak-anak anggota keselamatan yang telah terkorban dan layak bekerja hendaklah diberi keutamaan dalam mencari pekerjaan terutama dalam sektor perkhidmatan awam, badan berkanun ataupun mana-mana GLC; dan jika mereka layak dan berminat menyertai pasukan keselamatan, mereka hendaklah terus diberikan tempat dalam perkhidmatan keselamatan samada polis atau tentera;

5.  satu skim pelaburan yang dikendalikan oleh PNB hendaklah diberikan secara otomatik kepada isteri dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban ini samada dalam bentuk pelaburan seperti pelaburan Amanah Saham. Malah saya cadangkan ditubuhkan sebuah tabung unit Amanah Saham Perwira kepada semua anggota keselamatan dan keluarga mereka dengan bantuan dana seperti Amanah Ikhtiar, dan bagi anggota yang terkorban, tiap isteri dan anak-anak yang layak diberikan dana pelaburan otomatik sebanyak RM5,000-00 bagi isteri dan RM1,000-00 bagi tiap anak atau waris (atau satu jumlah lain yang berpatutan) sebagai pelaburan percuma buat mereka dalam Amanah Saham Perwira ini;

6. Saya cadangkan juga bagi anggota keselamatan beragama Islam yang terkorban, dicadangkan supaya warisnya yang layak diberi keutamaan untuk mengerjakan ibadah haji badal untuk mereka dengan pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh sesuatu badan seperti 1MDB (sebagaimana 1MDB menanggung dan membiayai sepenuhnya ibadah haji bagi imam/ pengerusi JKKK yang belum pernah mengerjakan haji);

7. Akhirnya, saya cadangkan juga satu skim penempatan seperti Felda ditubuhkan untuk semua anggota pasukan keselamatan dimana mereka yang pencen, atau keluarga anggota yang terkorban, boleh menyertai skim ini jika mereka mahu. Ini kerana banyak anggota keselamatan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan selepas berpencen atau selepas suami masing-masing terkorban. Kebanyakan mereka yang sudah biasa tinggal di berek sudah biasa dengan kehidupan berkelompok; maka skim seumpama penempatan Felda sangat bersesuaian dengan mereka.

Demikianlah sedikit cadangan daripada saya sebagai menzahirkan penghargaan kita kepada pasukan keselamatan terutama yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menjaga keamanan dan kemakmuran tanah air tercinta ini.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
18 ZulQaedah 1434
24 Sep 2013

* Gambar eksklusif ini di ambil semasa YAB PM dan ahli keluarga Komando VAT-69 berada didalam Bilik Tetamu Khas menunggu ketibaan jenazah Allahyarham ASP Zulkifli Mamat dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin yang terkorban dalam peristiwa Lahad Datu di Pengakalan Udara TUDM Subang.

No comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.