Ah Cheng, mana pigi itu 851 olang, tatak mali undi? Syyy Ah Foo, liam-liam ma! |
Salam 2 all.
Lapan ratus lima puluh satu tidak hadir atau tidak mengundi!!!
Itulah jumlah delegasi yang gagal hadir atau tidak hadir atau tidak mengundi dalam sidang khas pemilihan semula CEC parti DAP yang diadakan Ahad 29 Sept 2013 lepas yang diadakan di One World Hotel, Kuala Lumpur.
Teman agak musykil dengan jumlah begitu besar yang tidak hadir atau tidak mengundi ini!
Mengikut statistik Kongres Nasional DAP ke 16, delegasi yang layak hadir ke sidang khas pemilihan itu sepatutnya ialah 2,576 orang. Tetapi anya 1,725 sahaja yang membuang undi. Maknanya 851 delegasi telah tidak hadir atau tidak membuang undi!
Bermakna hampir 33%, atau hampir 1/3 delegasi tidak hadir atau tidak mengundi!
Persoalannya mengapa mereka tidak hadir atau tidak mengundi?
Semasa pemilihan CEC dalam Kongres Nasional DAP ke 16 yang dibuat pada 15 Disember 2012 lepas di Penang International Sports Arena (PISA), daripada 2,576 delegasi yang layak, hanya 1,823 delegasi yang hadir. Manakala sebanyak 753 delegasi telah tidak hadir. Kebanyakkannya mengadu mereka tidak menerima notis menghadiri kongres pemilihan tersebut.
Berdasarkan aduan yang dibuat sendiri oleh ahli DAP kerana tidak berpuashati dengan perjalanan kongres nasional dan pemilihan CEC itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengadakan siasatan dan mendapati ada asas kepada aduan tersebut.
Berdasarkan itu, ROS telah mengarahkan DAP supaya mengadakan semula kongres nasional untuk pemilihan semula CEC. Walaupun pelbagai taktik digunakan oleh DAP untuk menekan ROS, akhirnya mereka akur dan mengadakan sidang khas Ahad lepas.
Samada sidang khas itu menepati kehendak Perlembagaan DAP atau tidak bukan persoalan yang mahu dibangkitkan disini; walaupun ada isu menyatakan sidang khas pemilihan itu gagal mematuhi syarat mengadakan suatu kongres nasional yang memerlukan notis 10 hari diberikan kepada delegasi. Isu itu kita bincang kemudian.
Tetapi buat masa ini, isu ketidakhadiran 851 delegasi menimbulkan satu persoalan dan kemusykilan yang wajib dijawab dan diberi penjelasan oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng!
Apakah sebab hampir 1/3 atau 33% delegasi tidak hadir?
Yang pasti jika mereka hadir, jumlah undi sebanyak 851 boleh memberi kesan berbeza kepada pemilihan CEC kali ini.
Kalau melihat tabulasi pengundian CEC lepas adalah seperti berikut:
2. Lim Kit Siang - 1,436 (1st)
3. Karpal Singh - 1,421 (3rd)
4. Gobind Singh - 1,409 (7th)
5. Lim Guan Eng - 1,304 (2nd)
6. Chong Chieng Jen - 1,294 (4th)
7. Anthony Loke Siew Fook - 1,263 (5th)
8. Chow Kon Yeow - 1,203 (13th)
9. Fong Kui Lun - 1,193 (10th)
10. Teng Chang Khim - 1,164 (9th)
11. Tony Pua - 1,158 (8th)
12. Zairil Khir Johari - 1,132 (20th)
13. Teresa Kok - 1,127 (17th)
14. Chong Eng - 1,111 (12th)
15. M. Kulasegaran - 1,088 (15th)
16. Tan Kok Wai - 1,088 (6th)
17. Teo Nie Ching - 1,081 (18th)
18. Boo Cheng Hau - 961 (16th)
19. Nga Kor Ming - 956 (11th)
20. Ngeh Koo Ham - 809 (19th)
Sejumlah 1,725 undi telah dibuang dengan 62 undi rosak.
Jadi kita dapat melihat bagaimana jika 851 delegasi itu hadir, corak pengundian mungkin akan menjadi sangat berbeza. Cuba bayang calon ke 20 Ngeh Koo Ham yang mendapat 805 undi; jika kesemua 851 undi itu mengundi beliau, Ngeh akan mendapat jumlah 1,656 undi.
Ini bermakna beliau boleh melompat terus daripada nombor corot 20 ke nombor satu kerana pemenang nombor satu Liew Chin Tong hanya mendapat 1,438 undi.
Kita berhak mendesak penjelasan daripada Lim Guan Eng kerana sebelum daripada ini, ketidak hadiran 753 delegasi turut dipersoalkan sehingga menyebabkan ROS mengarahkan pemilihan semula CEC.
Juga DAP dalam satu respon pernah menyatakan bahawa mereka mempunyai 500 surat daripada delegasi yang tidak hadir kononnya memberikan sebab ketidakhadiran mereka. Tetapi sehingga ke hari ini, DAP masih gagal mengemukakan surat tersebut walaupun telah diminta oleh ROS.
Apapun, kita mendesak Lim Guan Eng tampil kedepan memberi penjelasan mana perginya 851 delegasi tersebut; dan kenapa mereka tidak hadir atau tidak mengundi!
Sekiranya gagal, DAP tidak boleh mempersoalkan jika rakyat akan mendapat persepsi seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan proses pemilihan dan pengundian CEC kali ini.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
25 ZulQaedah 1434
01 Oktober 2013
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.