Tuntutan pendakyah kristian untuk hak menterjemahkan perkataan 'God' kepada 'Allah' adalah satu pencabulan kepada hak kebebasan beragama umat Islam menurut Artikel 3 dan 11 Perlembagaan |
Salam 2 all.
Malaysia adalah antara satu-satunya negara didunia yang meletakkan Islam sebagai agama bagi negara. Ini tercatat dengan jelas didalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan’.
Malaysia adalah antara satu-satunya negara didunia yang meletakkan Islam sebagai agama bagi negara. Ini tercatat dengan jelas didalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan’.
Sesuai dengan prinsip ‘laa
ikro hafiddiin - tiada paksaan dalam Islam’ didalam Surah Al-Baqarah 2:256,
Artikel 3 menyebut ‘tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan’.
Dan bagi memastikan kebebasan beragama bagi penganut agama
lain didalam negara umat Islam ini, Artikel 11 (1) memperuntukkan bahawa ‘tiap-tiap orang berhak menganut dan
mengamalkan agamanya’.
Bagaimanapun sesuai dengan status Islam sebagai agama
Persekutuan, maka sekatan dikenakan dalam soal pengembangan mana-mana agama
selain Islam bilamana Artikel 11 (1) menyatakan hak menganut dan mengamal agama
itu ‘termasuk mengembangkannya tertakluk
kepada Fasal 11(4)’.
Fasal 11(4) menetapkan bahawa ‘undang-undang negeri, dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan, undang-undang
Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama
Islam’.
Kesimpulannya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang memberikan kebebasan kepada penganut
mana-mana agama lain untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan
masing-masing, tetapi dilarang mengembangkannya kepada umat Islam.
Dalam konteks inilah kita perlu menilai kenyataan oleh Paderi
Andrew Lawrence dan pendakyah kristian yang menuntut hak pengggunaan kalimah Allah didalam bentuk triniti sebagai hak
yang dijamin oleh Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Persoalan pertama yang perlu kita tanya ialah adakah
penggunaan kalimah Allah termasuk didalam menganut
dan mengamal agama kristian yang dijamin kebebasannya oleh Perlembagaan?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu bertanya satu soalan
pokok, apakah maksud penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama kristian?
Adakah ianya berkaitan dengan persoalan agama, ketuhanan, iktikad, kepercayaan
atau aqidah mereka? Atau ianya sekadar persoalan linguistik, soal penterjemahan
perkataan?
Perkara asas yang kita perlu faham ialah apa maksud ‘agama’ dalam konteks Perlembagaan
tersebut?
Didalam Kamus Dewan (Edisi Keempat 2007) mukasurat 14, ‘agama’ bermaksud ‘kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan
penerimaan ajaran dan perintahNya’.
Beragama bermakna
bertuhan.
Jadi persoalannya, adakah penganut agama kristian didalam negara ini dilarang atau dicegah atau disekat kebebasan daripada beragama, iaitu bertuhankan kepada Tuhan mereka?
Ini sekaligus membawa kita kepada persoalan, siapakah Tuhan penganut agama kristian?
Jika kita bertanya kepada mana-mana penganut agama kristian apakah
asas kepercayaan dan iktikad agama mereka, jawapan umum yang kita akan terima
ialah ‘Kepercayaan kepada Jesus sebagai anak Tuhan Bapak melalui perantaraan
Ruh Suci’.
Sebenarnya Jesus adalah seorang Yahudi Arami yang menggunakan
bahasa Hebrew. Dalam bahasa Hebrew, namanya disebut sebagai Eeso. Tetapi bila ditulis dalam huruf romani, ianya ditulis sebagai
Yesoa. Nama ini kemudian diterjemah
ke bahasa Greek sebagai Ieosus, dalam
Bahasa Inggeris lama sebagai Yesus,
kemudiannya menjadi Jesus dalam
Bahasa Inggeris moden. Didalam bible bahasa ‘Arab, ianya disebut ‘Yasu’.
Menurut iktikad dan kepercayaan kristian, Jesus adalah anak
kepada Tuhan Bapak yang dicipta melalui perantaraan suatu Ruh Suci; lalu
muncullah konsep ketuhanan triniti didalam agama, iktikad dan kepercayaan
penganut kristian dipanggil Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci.
Konsep triniti inilah yang dipanggil ‘God’ oleh penganut
kristian. Didalam bible bahasa Hebrew, perkataan ‘God’ ini disebut sebagai ‘Adonai’, ‘Eli’, ‘Eloi’ atau ‘Elohim’.
Contohnya didalam Bible bahasa Hebrew, Jesus dikatakan
merintih diatas salib semasa dipasung menyatakan ‘Eli, Eli, lamma sabachthani’ (Matthew 27:46). Ini diterjemahkan
didalam Bahasa Inggeris sebagai ‘My God,
My God, why have thy forsaken me’.
Dalam konteks itu, sudah tentu jika mahu diterjemahkan
kedalam Bahasa Melayu, ianya sepatutnya berbunyi, ‘Tuhanku, Tuhanku, mengapa Kau tinggalkan aku’.
Namun sebaliknya yang berlaku. Pihak pendakyah kristian telah
menterjemahkan kalimah ‘God’ itu kedalam Bahasa Melayu dengan perkataan
‘Allah’! Maka jadilah ia berbunyi, ‘Allahku,
Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku’.
Persoalannya sekarang ialah adakah terjemahan itu betul dalam
konteks Bahasa Melayu?
Jawapannya jelas; terjemahan perkataan ‘God’ kepada ‘Allah’
dalam Bahasa Melayu tidak betul; kerana dalam Bahasa Melayu ada perkataan lebih
tepat iaitu ‘Tuhan’. Sebab itu Rukunegara Pertama berbunyi ‘Kepercayaan kepada Tuhan’, bukannya ‘Kepercayaan kepada Allah’.
Ini berasaskan kepada prinsip Artikel 3 dan 11 tadi iaitu
tiap orang diberi jaminan kebebasan menganut dan mengamalkan agama
masing-masing. Konsep ketuhanan kepada Allah adalah iktikad dan aqidah
kepercayaan penganut Islam; manakala penganut agama lain mempunyai iktikad dan
kepercayaan kepada konsep ketuhanan yang berbeza namanya mengikut kepercayaan
masing-masing.
Oleh itu, isu
berkaitan penggunaan perkataan atau kalimah Allah oleh penganut agama kristian,
samada didalam bible, penerbitan dan lain-lain bukannya persoalan agama,
iktikad, kepercayaan atau aqidah mereka; ianya hanyalah soal penterjemahan
perkataan ‘God’ daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu! Itu sahaja!
Dalam konteks itu,
peruntukkan Artikel 3 dan 11 (1) yang memberi jaminan kebebasan menganut dan mengamal agama mereka
kristian tidak terpakai dalam isu penterjemahan perkataan ‘God’ kepada
perkataan ‘Allah’.
Ini adalah kerana
pelarangan penggunaan perkataan atau kalimah Allah terhadap kristian tidak
menjejas atau menyekat kebebasan mereka untuk menganut dan mengamal agama, iktikad
dan kepercayaan mereka kepada konsep ketuhanan triniti Jesus sebagai anak Tuhan
Bapak melalui perantaraan Ruh Suci.
Sebaliknya penterjemahan perkataan ‘God’ kepada perkataan
‘Allah’ mencabul dan menjejaskan agama, aqidah, iktikad dan kepercayaan umat
Islam yang mempercayai konsep ketuhanan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa –
Maha Satu.
Dalam konteks itu, pelarangan penggunaan perkataan atau
kalimah ‘Allah’ selain daripada yang dimaksudkan oleh Islam seperti terkandung
didalam Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah
bersesuaian dan sejajar dengan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan.
Rumusannya, penggunaan atau penterjemahan perkataan atau
kalimah Allah oleh pendakyah kristian di Malaysia ini adalah sekadar untuk
menterjemah perkataan ‘God’ dalam Bahasa Inggeris. Ianya tidak ada kena-mengena
langsung dengan soal agama, iktikad atau kepercayaan mereka kepada konsep ketuhanan
triniti.
Oleh itu, tidak timbul isu kononnya pelarangan penggunaan
atau penterjemahan perkataan God kepada perkataan Allah keatas umat kristian adalah
menyekat mereka daripada beragama, iaitu menganut dan mengamalkan agama
kristian berdasarkan iktikad, kepercayaan kepada konsep ketuhanan triniti Jesus sebagai anak Tuhan Bapak melalui perantaraan Roh Suci.
Penterjemahan perkataan ‘God’
kepada ‘Allah’ bukan sebahagian daripada agama, iktikad atau kepercayaan penganut kristian. Sebaliknya mereka kekal bebas beragama kristian dengan menganut dan
mengamalkan iktikad dan kepercayaan mereka bahawa Jesus adalah Anak kepada
Tuhan Bapak melalui perantaraan Ruh Suci. Dan iktikad dan kepercayaan beragama
kristian ini tetap dijamin oleh Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan dan tidak dilarang atau dihalang sama sekali oleh mana-mana undang-undang atau mana-mana pihak.
Sebaliknya, penterjemahan perkataan 'God' yang difahami dalam bentuk triniti oleh penganut agama kristian kepada 'Allah' dalam Bahasa Melayu merupakan satu pencabulan dan pencemaran kepada kalimah ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa, Maha Satu didalam aqidah, iktikad dan kepercayaan dalam agama Islam.
Malah penterjemahan perkataan God kepada perkataan Allah seperti yang dilakukan oleh pendakyah kristian ini sebenarnyalah yang mencabuli hak kebebasan beragama bagi penganut agama Islam untuk menganut dan mengamalkan agama Islam dalam keadaan aman dan damai. Ianya mencabul dan melanggar peruntukkan Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
09 Rabi’ul Akhir 1435
09 Februari 2014
*Artikel ini disiarkan di Majalah Al-Islam terbitan bulan Februari 2014 di mukasurat 29-31.
*Artikel ini disiarkan di Majalah Al-Islam terbitan bulan Februari 2014 di mukasurat 29-31.
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.