Kalimah Allah dihina didalam Gereja Holy Family Church Kajang?* |
Salam 2 all.
Saya mengecam keras kenyataan Anwar dan tindakan Gereja Holy Family (GHF) Kajang pada hari Ahad 16 Februari lepas di Gereja Holy Family Kajang (GHF) selepas upacara keagamaan mereka yang menyentuh isu kalimah Allah, yang pada saya adalah sangatlah biadap lagi kurang ajar.
1. Pertama yang saya paling hairan ialah bagaimana pihak pentadbiran GHF Kajang boleh membenarkan kegiatan politiking kepartian dilakukan didalam gereja? Adakah ini bermakna pendedahan saudara Razali Abdul Rahman, bekas aktivis veteran DAP ujudnya konspirasi gereja dan pendakyah kristian dalam politik negara dengan tujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian benar?
Sudah tentu pihak GHF sedar bahawa Anwar telah mewawarkan dirinya sebagai calon untuk bertanding dalam PRK N.25 Kajang pada 23 Mac 2014 ini. Bermakna pihak gereja secara langsung terlibat dalam kempen Anwar untuk meraih undi dan sokongan bagi PRK N.25 nanti.
Cuba bayangkan kalau sebuah Masjid di Kajang memanggil pemimpin UMNO untuk berucap atau berkempen selepas solat Jumaat. Saya cukup pasti puak-puak pembangkang dan sekutu sekongkolnya akan memekak melalak sampai ke Bangsa-Bangs Bersatu!
Cuba bayangkan kalau sebuah Masjid di Kajang memanggil pemimpin UMNO untuk berucap atau berkempen selepas solat Jumaat. Saya cukup pasti puak-puak pembangkang dan sekutu sekongkolnya akan memekak melalak sampai ke Bangsa-Bangs Bersatu!
Selanjutnya, adakah pihak GHF akan membenarkan pihak lain termasuk daripada UMNO, Perkasa, PPIM, ISMA dan lain-lain untuk menyampaikan ceramah didalam Gereja tersebut dihadapan penganut kristian selepas upacara keagamaan mereka?
Mungkin elok UMNO, Perkasa atau Ibrahim Ali meminta pihak GHF ruang untuk berbuat sedemikian dalam masa terdekat ini, dan kita lihat apa respon mereka nanti! Adakah mereka pengamal politik hipokrit atau benar-benar melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara secara adil dan saksama.
Mungkin elok UMNO, Perkasa atau Ibrahim Ali meminta pihak GHF ruang untuk berbuat sedemikian dalam masa terdekat ini, dan kita lihat apa respon mereka nanti! Adakah mereka pengamal politik hipokrit atau benar-benar melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara secara adil dan saksama.
Apapun, kalau niat dan tujuan pihak GHF adalah untuk melibatkan diri secara langsung dalam politik kepartian, saya tiada pilihan melainkan mengutuk keras tindakan GHF yang mencampuri urusan politik kepartian dan pilihanraya negara.
Bermakna pendedahan oleh Ustaz Muhamad Al-Amin mengenai penglibatan gereja secara langsung dalam politik kepartian terutama pembangkang seperti yang terkandung dalam risalah Rainbow Nation yang ditemui beliau di Jerusalem adalah benar! (sila rujuk www.ustazamin.com)
Bermakna pendedahan oleh Ustaz Muhamad Al-Amin mengenai penglibatan gereja secara langsung dalam politik kepartian terutama pembangkang seperti yang terkandung dalam risalah Rainbow Nation yang ditemui beliau di Jerusalem adalah benar! (sila rujuk www.ustazamin.com)
2. Kedua, kenyataan Anwar bahawa akibat pelarangan penggunaan kalimah Allah terhadap kristian, maka kaum kristian tidak boleh menyebut alhamdulillah tetapi alhamduliLord. Kenyataan ini adalah bukti betapa dangkal dan jahilnya Anwar dalam perkara ini. Samada kenyataan ini menunjukkan satu tahap kebodohan melampau atau pengamalan pendirian politiking matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan Machiavelli sendiri menangis terkejut!
3. Ketiga, kenyataan Anwar ini jelas memperlekeh titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah kecuali melalui cara yang dibenarkan Islam, iaitu Allah itu Satu, Maha Esa! Rasanya Tuanku Sultan Selangor telah mengeluarkan titah yang sangat jelas dalam isu ini. Perlakuan Anwar ini dengan sengaja melanggar titah Tuanku Sultan.
Apatah lagi Tuanku Yang DiPertuan Agong sendiri telah mengeluarkan titah yang sama melarang penggunaan kalimah Allah selain daripada Islam!
4. Keempat, tindakan Anwar dan GHF ini jelas melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988. Ianya menggalakkan penganut kristian untuk melakukan kesalahan jenayah!
5. Kelima, kenyataan Anwar berkaitan penggunaan kalimah Allah ini juga berbaur hasutan kerana menghasut penganut kristian melanggar undang-undang negara, tidak menghormati titah Tuanku Sultan Selangor, bercanggah dengan roh dan semangat Rukunegara, dan membelakangkan keputusan Mahkamah Rayuan.
6. Keenam, kenyataan Anwar mempertahankan tuntutan pendakyah kristian untuk menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam bibel versi bahasa Melayu jelas bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS dan pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr. Haron Din dan mantan Ketua Dewan Ulama' PAS Allahyarham Datuk Harun Taib. Ini adalah satu penghinaan kepada rakan sekongkol yang banyak membantu Anwar selepas dipecat daripada UMNO atas pertuduhan meliwat dan amalan seks bebas!
7. Ketujuh, tindakan biadap Anwar ini dan penglibatan pihak GHF pasti akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam. Ini adalah kerana isu ini membabitkan aqidah umat Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan; satu pendirian yang turut dikongsi oleh Majlis Syura' PAS dan para ulama didalam PAS. Sudah pasti jika tidak dicegah dan dibendung, ianya boleh membawa kepada konflik keagamaan yang serius yang boleh menjejaskan dan mengancam keharmonian antara agama dan keselamatan negara!
Saya berasa hairan mengapa Anwar masih beriya-iya mahu mempertahankan tuntutan pendakyah krsitian disini mahu menterjemahkan perkataan God kepada Allah sedangkan seorang penganut tegar kristian, Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri Air, Tenaga & Teknologi Hijau menyatakan sebaliknya.
Akhbar Daily Express, 7 Feb 2014, melaporkan bahawa Maximus “became
the first Christian Minister in the Federal Cabinet to openly distance
himself from the church action of seeking a court solution on the use of
the word “Allah” in Christian worship”.
Maximus laporkan berkata:
“… if ‘Allah’ is critical in my prayers, then I can understand the sentiment. But if other words carry the same meaning (in addressing God), then I will not want to hurt others whose views are different from mine …”
“Besides Allah, I can always address God as Bapa Syurga in Bahasa, my native dialect ‘Kinorohingan’ Bapa Syruga, or Latin/Hebrew Jehovah, Yahweh and Trinity God in English. Using such terms does not in any way affect the quality of my worship.”
Kata-kata sebegini datangnya dari seorang yang beragama Kristian yang
memperakui bahawa nama suci Allah itu bukan suatu istilah yang
“KRITIKAL” dalam upacara keagamaan Kristian. Inilah juga yang disebut
dalam penghakiman yang dibuat oleh Hakim Zawawi Haji Salleh dalam rayuan
kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan tahun lalu, bahawa penggunaan nama
suci Allah itu bukan suatu yang integral yang dimestikan penggunaannya
dalam ajaran Kristian" (sila rujuk http://akarimomar.wordpress.com/2014/02/17/perspektif-berbeza-dari-dua-pejuang-untuk-orang-kristian/)."
Begitu juga apabila pihak media antarabangsa menyiarkan lapuran mempertikaikan tindakan Pope Benedict kononnya menggunakan kalimah Allah semasa berucap di dataran St. Peters pada 10.10.2012 merupakan penyebaran syiar Islam, pihak Vatican dengan segera menafikannya.
Pope Benedict pula sebagai ketua tertinggi Kristian tersebut bertegas
membetulkan laporan media antarabangsa yang memetik ucapannya di
dataran St. Peters pada 10 Okt 2012.
Sebuah media antarabangsa
melaporkan bahawa Pope Benedict menyebut nama suci Allah dalam ucapannya
tersebut seolah-olah telah menaikkan syiar Islam di pusat pentadbiran
Vatican.
Laporan tersebut telah membuat pihak Vatican segera membantah serta
membetulkan laporan tersebut bahawa Pope tidak menyebut Allah tetapi
menyebut Al-Rabb apabila memetik satu ayat didalam bahasa 'arab. Kenapa perlunya Pope betulkan laporan yang mengatakan
beliau menyebut Allah kalau benar dakwaan kristian berhak mengguna-pakai kalimah Allah? Pendirian ini jelas bercanggah dengan tuntutan ekstremis Kristian di Malaysia ini
bersungguh-sungguh mahu menggunakan nama suci Allah? (sila rujuk www.akarimomar.wordpress.com)."
Oleh itu, saya mendesak pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim dan pihak pengurusan dan pentadbiran Gereja Holy Family Kajang berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988, dan/ atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dan/ atau Akta Hasutan, dan/ atau mana-mana peruntukkan undang-undang lain yang berkaitan.
Mutakhir ini kita dilihat terlalu berlembut dan bertolak ansur dalam isu membabitkan penghinaan terhadap Islam dan bangsa Melayu. Setakat ini belum ada sebarang tindakan tegas dan konkrit diambil terhadap mereka-mereka dan mana-mana pihak yang secara jelas dan terang melanggar dan mencabul undang-undang negara, terutama dalam kes membabitkan penghinaan dan pencabulan terhadap Islam.
Sampai bila umat Islam mahu disuruh bersabar? Adakah sehingga nasi sudah menjadi bubur? Adakah sehingga umat Islam mengambil tindakan sendiri kerana sudah hilang keyakinan kepada pihak berkuasa?
Janganlah sampai keadaan sudah tidak boleh terkawal baru kita terhegeh-hegeh mahu mengambil tindakan. Kerajaan wajib meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan daripada populariti dan sindrom ketagihan undi!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 Rabi'ul Akhir 1435
19 Feb 2014
* gambar ihsan www.bigdogdotcom.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.