Salam 2 all.
Datin
Seri Wan Azizah, calon PKR bagi PRK Kajang adalah Presiden PKR, juga isteri
kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Bermakna hubungan mereka bukan sekadar
politikal tetapi juga hubungan peribadi dan kekeluargaan. Apa juga tindak-tanduk
Anwar dan Nurul Izzah adalah mengikat Wan Azizah samada dari segi politik mahupun kekeluargaan
Pada
16.02.2014, Anwar dalam kapasitinya sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua
Pembangkang membuat kenyataan didalam Gereja Holy Family, Kajang bahawa
kristian boleh dan dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini mengulangi pendirian Anwar yang disebut pada 08.01.2013 bersama Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit
Siang yang menyokong desakan Lim Guan Eng pada 25.1.2012 agar kristian
dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
Bermakna
ini bukan sahaja pendirian peribadi Anwar, malah pendirian rasmi PKR dan
pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.
Sebaliknya
Majlis Syura Ulamak PAS telah pada 13.01.2013 membuat ketetapan jelas bahawa ‘kristian tidak dibenarkan menggunakan
kalimah Allah kerana ini bukan soal politik tetapi soal aqidah’.
Ketetapan
Majlis Syura Ulamak PAS ini memperkaui kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS
Dato’ Dr. Haron Din yang menegaskan bahawa ‘barangsiapa
yang setuju atau redha dengan kristian untuk menggunakan kalimah Allah maka ia
termasuk dalam perlakuan syirik’.
Ini
bermakna pendirian Anwar dan PKR adalah bercanggah dengan pendirian Majlis
Syura Ulamak PAS.
Percanggahan
Antara Majlis Syura Ulamak PAS dan Anwar-PKR
Dalam
keadaan itu, saya lontarkan pertanyaan kepada ahli dan penyokong PAS, pendirian
mana yang kamu akan patuh dan ikut.
Sudah
tentu sebagai ahli PAS, jelas disebut didalam Fasal 7 (3) bahawa ‘Majlis Syura
Ulamak diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:
- menghuraikan, menjelaskan dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukkan didalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya;
- mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan didalam PAS dan mengawasi serta memelihara suoaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS;
Adalah
jelas bahawa ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS wajib dipatuhi dan dilaksanakan
oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.
Persoalannya
sekarang, mengapa masih terdapat ahli dan pemimpin PAS yang bertungkus-lumus
menyokong dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang; sedangkan jelas
pendirian PKR dalam isu kalimah Allah yang asas dan fundamental membabitkan aqidah sangat
bercanggah dengan pendirian dan ketetapan Majlsi Syura Ulamak PAS?
Menyokong
dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang bermakna menyokong dan menerima
pendirian PKR bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh kristian, satu pendirian
bercanggah bukan sahaja dengan syara’, malah bertentangan dengan Majlis Syura
Ulamak PAS!
Menyokong
dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang termasuk membuka bilik gerakan,
menjalankan culaan, menampal poster, memacakkan bendera, menyebarkan risalah dan
bahan cetak, meraih undi, memakai t-shirt, mengibar bendera PKR, memberi ruang di markaz dan penempatan PAS dan apa
juga perlakuan, perbuatan, perkataan dan lain-lain yang boleh membantu Wan
Azizah mendapatkan undi dan sokongan pengundi DUN N.25 untuk memenangi kerusi
DUN Kajang!
Sekiranya
ada mana-mana ahli dan penyokong PAS membuat sedemikian, bermakna mereka telah
membelakangkan dan menghina institusi tertinggi dalam PAS iaitu Majlis Syura
Ulamak!
Dan
kalau diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din,
bermakna menyokong dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang dengan pengetahuan
penuh bahawa PKR menyokong kristian mengguna-pakai kalimah Allah boleh
menjerumuskan seseorang itu ke kancah kesyirikan!
PENGHINAAN
TERHADAP DATUK SERI HADI AWANG OLEH PKR
Malahan
pada saya ahli-ahli dan penyokong PAS sepatutnya sedar bahawa menyokong dan
membantu Wan Azizah seumpama menghina Presiden mereka sendiri iaitu Datuk Seri
Hadi Awang.
Ini
kerana Shamsul Mat Amin, seorang pemimpin PKR negeri Trengganu, yang merupakan
calon PKR bagi DUN Bukit Besi didalam PRU-13 telah menyaman Datuk Seri Hadi
Awang dan memperolehi penghakiman sebanyak RM2 juta atas dakwaan Hadi
menghinanya dengan tuduhan sebagai pengedar pil kuda, menyebabkan PAS
memutuskan untuk meletakkan calon menentang beliau dan calon BN di DUN Bukit
Besi.
Sehingga
hari ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh Wan Azizah mahupun PKR terhadap
Shamsul Mat Amin. Malahan sikap membisu Wan Azizah memberi gambaran beliau
tidak menghormati langsung Datuk Seri Hadi Awang, sedangkan beliau adalah
Presiden PKR dan ketua kepada Shamsul Mat Amin.
10
DALIL MENOLAK WAN AZIZAH DAN PKR
Dan
ahli-ahli PAS wajib mendesak Wan Azizah memberikan penjelasan tentang pendirian
beliau samada sebagai isteri Anwar Ibrahim atau ibu kepada Nurul Izzah atau dalam kedudukan beliau sebagai
Presiden PKR dalam isu-isu fundamental berikut:
1. KALIMAH ALLAH – apakah pendirian Wan
Azizah dalam isu kristian mahu mengguna-pakai kalimah Allah? Adakah Wan Azizah
berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Umum PKR seperti yang
dinyatakan didalam Gereja Holy Family Church, Kajang pada 16.02.2014 bahawa
kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah; sedangkan pendirian ini bercanggah
dengan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS yang dibaut pada 13.01.2013?
2. SAMAN DATUK SERI HADI AWANG – apakah pendirian
Wan Azizah dalam kes saman dan penghakiman RM2 juta yang dibuat oleh pemimpin
PKR Trengganu dan calon PKR Bukit Besi Shamsul Mat Amin? Jika Wan Azizah
bersetuju, ini satu penghinaan terhadap Prseiden PAS dan pengkhianatan terhadap
kerjasama politik PAS-PKR. Jika tidak bersetuju, apakah tindakan Wan Azizah
terhadap Shamsul Mat Amin; adakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin
termasuk dipecat atau di arah menarik balik saman terhadap Datuk Seri Hadi
Awang?
3. PLURALISMA - apakah pendirian Wan Azizah
dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat di London School of Ecnomics London yang membawa maksud bahawa
semua agama adalah sama; apa yang disebut oleh Allahyarham Prof Dr. Uthman
El-Muhammaddy sebagai fahaman pluralisma
yang boleh merosakkan aqidah. Adakah Wan Azizah bersama sependapat dan
sependirian dengan Anwar dalam isu ini?
4. MURTAD LINA JOY - apakah pendirian Wan
Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa ‘Lina Joy (Azlina Jailani) memang patut
diberi kebenaran untuk menukar agamanya (daripada Islam ke kristian). Itu
adalah haknya’. Ringkasnya Azlina
Jailani patut dibenarkan murtad. Persoalannya, adakah Wan Azizah bersama satu
pendirian dengan Anwar dalam isu ini iaitu membenarkan murtad dikalangan umat Islam?
5. NURUL IZZAH DAN MELAYU MURTAD - apakah
pendirian Wan Azizah dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR yang
juga anak sulongnya Nurul Izzah Anwar pada 03 Nov 2011 di premis Gereja
Tabernacle USJ yang membawa maksud orang Melayu wajar diberi kebenaran untuk
menukar agamanya sebagaimana kaum lain. Ringkasnya orang Melayu wajar
dibenarkan murtad. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian Naib Presiden
PKR yang juga anak kandungnya sendiri?
6. MURTADNYA NOR AZMAN - apakah pendirian
Wan Azizah apabila ahlinya bernama Nor Azman Abdullah menukar agama daripada
Islam kepada kristian. Nor Azman adalah saksi bagi Anwar dalam kes liwat
terhadap Azizan Abu Bakar. Beliau juga adalah calon PKR bagi Parlimen Kapit
dalam PRU-11 dan calon PKR bagi DUN Engkili dalam PRN Sarawak 2001. Beliau
dilapurkan telah menukar agama dan memakai nama Beginda Anak Minda. Anak
Beginda juga terlibat dalam kontroversi membawa sosej babi ke sekolah.
Persoalannya, apakah pendirian Wan Azizah dalam isu ini, adakah beliau
bersetuju atau sebaliknya?
7. MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL - apakah
pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat kepada akhbar
Wall Street Journal bahawa ‘saya
menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel’. Adakah
Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini dan berkongsi pendirian dengan
suaminya yang juga Ketua Uum PKR?
8. BAR COUNCIL & LIWAT SUKA SAMA SUKA - apakah
pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam
Malaysia yang mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 07 Mac 2014 mensabitkan
Anwar dengan pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan
menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara; bilamana Christopher menyatakan bahawa ini
adalah kes ‘liwat suka sama suka’. Adakah Wan Azizah
bersetuju dengan pendirian ini? Jika ya, adakah Wan Azizah bersetuju dengan
amalan seks bebas LGBT? Jika tidak bersetuju, adakah Wan Azizah akan menyaman
atau menegur Presiden Majlis Peguam ini?
9. SAKSI ALIBI - Wan Azizah juga wajib
memperjelaskan mengapa beliau tidak hadir sebagai saksi alibi dalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap
pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah kerana didalam Notis Alibi kepada
Mahkamah, peguam Anwar Ibrahim menyenaraikan Wan Azizah sebagai saksi. Namun
Wan Azizah, dan saksi-saksi alibi yang
lain telah tidak hadir memberi keterangan ke Mahkamah; menyebabkan pembelaan alibi Anwar gagal dikemukakan. Jadi Wan
Azizah bertanggungjawab memperjelaskan kepada ahli PAS dan pengundi DUN Kajang
mengapa beliau tidak hadir memberi keterangan dalam kes melibatkan Ketua Umum
PKR yang juga suaminya sendiri?
10. JAM OMEGA - Wan Azizah juga wajib
memperjelaskan dimana jam Omega yang didedahkan oleh Datuk Eskay Shazryl.
Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Anwar Ibrahim menyatakan jam Omega itu
ada dalam simpanan Wan Azizah, dan ini diperakui oleh Wan Azizah sendiri
didalam satu sidang media. Namun Datuk Eskay telah mengeluarkan satu videoklip
menunjukkan jam Omega itu ada dalam simpanannya, dan beliau telah menyerahkan
kepada pihak Polis yang menjalankan siasatan. Isu jam Omega ini bukan satu
isu kecil, tetapi melibatkan isu kredibiliti dan kewibawaan; samada Wan Azizah
dan Anwar berbohong atau Datuk Eskay yang berbohong. Maka wajib bagi Wan Azizah
memberikan penjelasan tentang perkara ini.
RUMUSAN
Berdasarkan
fakta-fakta diatas, maka semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan pengundi
Kajang umumnya wajib menilai semula dan bertanya satu soalan fundamental: adakah
wajar untuk terus menyokong dan memberikan undi kepada Wan Azizah sebagai calon
PKR dalam PRK DUN N.25 Kajang ini.
Adakah
wajar memebri amanah kepimpinan dan perwakilan kepada Wan Azizah dalam keadaan
ada sepuluh (10) dalil yang boleh mempertikaikan kredibiliti dan kewibawaan Wan
Azizah sebagai Presiden PKR, sebagai isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar
Ibrahim, dan sebagai ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar!
Ingatlah
firman Allah swt, ‘janganlah kamu condong
kepada sesuatu kezaliman, kelak nanti kamu akan disambar oleh api neraka’.
Pisau
ditangan kamu, mentimun ditangan kamu, kamulah yang membuat pilihan. Cuma
ingat, kamu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah terhadap apa juga
perlakuan, perbuatan dan pendirian kamu; walau sebesar zahrah sekalipun.
Dan
jangan kamu nanti dihadapan Allah menyatakan ‘saya tidak tahu; kerana kamu telah diperingatkan’
Inilah
tazkirah saya buat kamu semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan umat
Melayu-Islam umumnya.
Wallahua’lam
dan Wassalam.
Adios amigos, grasias!
Zulkifli
Bin Noordin
Jumaat
19
Jamadil Awal 1435
21
Mac 2014
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.