Kecoh Sabtu 12 April lepas apabila Anwar Ibrahim tidak menarik balik borang pencalonan untuk jawatan Presiden PKR menentang rakan sekelambunya Wan Azizah. Maka berkokoklah para pencacai konon ini bukti hebatnya proses demokrasi dalam PKR; sampai laki-bini pun boleh bertanding jawatan Presiden.
Pada saya, ini hanya sebahagian daripada skrip drama yang sedang dimainkan. Kita kena faham bahawa Anwar bukan jenis yang akan mengikut amalan politik biasa - dia sentiasa dengan amalan politik luar biasa, atau politik luar tabi'e.
Saya cukup yakin antara sebab Anwar tidak menarik diri peringkat ini kerana ROS dan KDN tidak mengambil sebarang tindakan menghalang beliau daripada bertanding.
Setelah berjaya membuat check-mate terhadap Azmin daripada bertanding jawatan Presiden mencabar isteri dia Wan Azizah, kini Anwar perlu mencari jalan keluar yang hebat dan gah - dan bagi politik Anwar, ia akan jadi hebat dan gah kalau pihak Kerajaan yang menghalang.
Sama seperti Konspirasi Kajang. Setelah menyedari kesilapan, terutamanya setelah Tan Sri Khalid berkeras menyatakan dia tidak akan sama-sekali meletak jawatan sebagai MB, dan setelah rakan pembangkang terutama PAS membantah rancangan Anwar mahu menjadi MB Selangor, maka PKR terpaksa mencari jalan keluar yang tidak menjatuhkan air-muka mereka.
Keputusan Mahkamah Rayuan pada 07 September 2014, empat hari sebelum penamaan calon PRK Kajang, mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah god-send jalan keluar untuk Anwar.
Maka bergegak-gempitalah mereka menyebarkan tohmahan menyalahkan Najib dan UMNO mempergunakan Mahkamah untuk menghalang Anwar bertanding, kerana kononnya setelah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara, dia tidak lagi boleh bertanding.
Tetapi yang peliknya, Seksyen 9 Akta Pertubuhan memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang pernah atau telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah dan dihukum denda tidak kurang RM2,000-00 atau penjara tidak kurang 2 tahun tidak boleh bertanding atau menyandang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.
Kerana Seksyen 9 inilah Karpal membuat pengumuman menggantung diri sendiri daripada jawatan Pengerusi DAP, walaupun jawatan itu dan perlantikan keseluruhan CEC DAP tidak diiktiraf oleh ROS.
Jadi pelik mengapa Anwar, yang menarik didir daripada bertanding sebagai calon dalam PRK Kajang, tiba-tiba menawarkan diri sebagai calon untuk jawatan Presiden PKR menentang isteri dia sendiri?
Apa tujuan Anwar berbuat sedemikian?
Saya telah sebut sebelum ini bahawa ianya bertujuan untuk menghalang Azmin daripada mencabar Wan Azizah. Bila itu berjaya dilaksanakan, sekarang tiba masa untuk mencari jalan keluar.
Saya cukop yakin kalau ROS membuat kenyataan Anwar tidak layak bertanding, sudah pasti akan dijadikan isu dan diputar-belit semaksimum mungkin untuk menyalahkan Kerajaan; konon Najib dan UMNO mempergunakan ROS untuk menghalang Anwar.
Tengok sahaja gelagat pembangkang pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat Khamis 10 April lepas. Hanya kerana Tan Sri Speaker mengarahkan mereka supaya berbincang dengan Menteri Datuk Seri Shaidan Kassim untuk membolehkan usul mereka mengecam Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan yang menghukum Anwar dibahaskan dalam Dewan, mereka bertindak menjadikan Dewan Rakyat seperti pasar dan zoo.
Sebab itu saya cukup yakin Anwar dan para pencacainya sedang mencari jalan untuk mendapatkan timing yang paling baik dan tepat untuk menarik diri.
Anwar tahu dia tidak boleh bertanding jawatan Presiden PKR. Anwar tahu Seksyen 9 menghalang dia daripada bertanding. Anwar tahu lawyer dia sendiri yang pernah menuduh dia sebagai peliwat Karpal Singh telah menggantung diri sebagai Pengerusi DAP kerana Seksyen 9. Anwar tahu jika dia bertanding dan menang, PKR boleh diharamkan.
Dalam keadaan semua itu, Anwar masih mahu mencalonkan diri untuk menentang isteri sendiri untuk jawatan Presiden - satu sarkis demokrasi yang tidak pernah disaksikan oleh dunia. Jangankan didunia barat yang mengamal demokrasi tanpa batas, di Zimbabwe pun tak berlaku sarkis seumpama ini.
Sebab itu nasihat saya kepada ROS, biarkan Anwar dan PKR terjun dengan labu-labinya.
Jangan termakan dengan mainan politik mereka. Biarkan. Menawarkan diri untuk bertanding tidak salah. Memfailkan borang pencalonan tidak salah. Berkempen untuk jadi calon pun tidak salah. Jadi biarkan mereka dengan sandiwara sarkis demokrasi ini.
Kita tengok nanti bagaimana mereka akan jadi terdesak untuk mencari jalan keluar.
Tanggunjawab ROS hanya bermula jika pertandingan berlaku dan Anwar menjadi Presiden. Waktu itu bolehlah ROS bertindak; itupun kalau ada aduan daripada mana-mana ahli PKR.
Kalau tidak ada aduan, biarkan dunia lihat bagaimana parti politik yang begitu terdesak ini begitu gabrah sehingga sudah tidak ada orang lain yang ada untuk menjadi pemimpin mereka selain seorang penjenayah yang sudah disabitkan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan dan bakal menjadi banduan menghuni di Penjara Kajang!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias!
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
13 Jamadil Akhir 1435
13 April 2014
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.