Adakah Datuk Nik Aziz memohon maaf atas kesalahan menyatakan tidak perlu sambut Mauliddrosul kerana kononnya kelahiran Nabi Muhammad saw sama macam Mat-Mat kampung? |
Adakah Datuk Nik Aziz memohon maaf atas segala kesalahan dilakukan terhadap Tun Mahathir? |
Adakah Datuk Nik Aziz meminta maaf kerana mendoakan supaya Dato' Sri Najib pecah perut? |
Adakah Datuk Nik Aziz meminta maaf kerana melabel pemberi &penerima bantuan BR1M sebagai haiwan? |
Dunia politik Melayu Malaysia dikejutkan dengan lapuran media mengenai Datuk Nik Aziz Nik Mat, mantan MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan selama memerintah Kelantan.
Media melapurkan permohonan maaf itu dibuat didalam satu kuliah suboh di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu yang terletak bersebelahan rumah beliau pada hari Jumaat 26 Jamadil Awal 1435 bersamaan 28 Mac 2014
Saya melihat betapa besarnya jiwa dan akhlak umat Melayu-Islam yang dengan segera dan tanpa sebarang soal menerima permohonan maaf Datuk Nik Aziz tersebut, termasuk akhbar Utusan Malaysia yang pernah dilabel pembangkang sebagai suratkhabar syaitan turut memberi lapuran penuh berserta dengan ruangan Editorial menerima permohonan maaf itu.
Let's forgive and forget - kata editorial Utusan Melayu. Begitu besar jiwa dan akhlak mereka.
Saya sendiri tidak ada masalah dengan konsep memaafkan orang yang mengaku membuat kesilapan. Cuma kita perlu bertanya diri kita dengan ikhlas, permohonan maaf apa yang sebenarnya diminta oleh Datuk Nik Aziz?
Berikut saya siarkan lapuran yang memetik permohonan maaf itu:
Bekas MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan bergenang airmata hari ini memohon maaf atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri Kelantan. Malah beliau yang juga Mursyidul Am PAS menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah kifarat atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini. 'Maafkan segala kesilapan saya sealam saya memimpin Kelantan'. 'Ini sakit mungkin Allah nak kifarahkan saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan'. Nik Aziz mendedahkan bahawa dia kini menghadapi masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya - sila rujuk Facebook Datuk Nik Aziz untuk kenyataan penuh.
Apa yang jelas ialah Datuk Nik Aziz yang sedang sakit sehingga terpaksa menghurong air najis beliau sendiri didalam beg plastik, dan terpaksa menggunakan bateri untuk jantungnya meminta maaf atas kesalahan selama memimpin (atau menjadi menteri Besar) Kelantan selama 23 tahun!
Datuk Nik Aziz tidak spesifik tentang kemaafan untuk kesalahan apa yang dilakukan selama memerintah Kelantan, tetapi merangkumkannya secara am.
Adakah ia masalah bekalan air yang tidak pernah dilaksanakan, atau masalah tidak melaksanakan hudud walaupun sudah dijanjikan ratusan atau mungkin ribuan kali; atau masalah perampasan tanah penerokaan rakyat; atau masalah pembalakan haram di Kelantan; atau masalah perlantikan menantunya sebagai CEO , atau banyak lagi masalah negeri Kelantan yang lain.
Dan yang lebih penting, Datuk Nik Aziz tidak meminta maaf atas kesalahan lain yang telah dia lakukan selama ini samada sebagai ahli PAS, pemimpin PAS, Mursyidul Am PAS, sebagai Ahli Parlimen PAS, sebagai ADUN PAS; dan yang paling penting, sebagai seorang Melayu-Islam!
Juga Datuk Nik Aziz tidak menyatakan kekesalan dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan; cuma dia memohon maaf kerana dia sakit; dan menganggap sakit itu sebagai kifarah dosa dia di Kelantan!
Datuk Nik Aziz juga tidak menyatakan dia berjanji tidak akan mengulangi lagi segala kesalahan dan kesilapan itu.
Dan yang maha penting, Datuk Nik Aziz tidak berjanji akan memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan itu.
Bermakna kesemua ciri taubat tidak ada dalam permohanan maaf Datuk Nik Aziz!
Dan bagaimana dengan segala kesalahan dan kesilapan Datuk Nik Aziz yang menyebabkan umat Melayu-Islam menghadapi krisis aqidah, syariat, ukhwah, persaudaraan, perpaduan dan akhlak yang serius sehingga hari ini; sehingga boleh menyebabkan umat Melayu-Islam hancur merempat dalam negara sendiri?
Adakah Datuk Nik Aziz juga memohon maaf, mengakui kesilapan, berjanji tidak akan mengulanginya dan berjanji akan memperbetulkannya?
Saya khuatir Datuk Nik Aziz kelak nanti bila sihat, dan ditanya tentang permohonan maaf ini akan membuat kenyataan lain pula.
Dan saya juga khuatir kerana Datuk Nik Aziz dalam membuat permohonan maaf atas kesilapan selama memerintah Kelantan menyatakan mungkin Allah sudah kifarahkan kesalahan-kesalahan itu!
Kifarah bermakna penebusan dosa; iaitu kesalahan dan kesilapan itu dikira setel dengan sakit yang ditimpakan. Adakah ini bermakna Datuk Nik Aziz merasakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama memerintah Kelantan sudah dikira setel dengan kifarah yang diturunkan?
Dan saya juga khuatir kerana Datuk Nik Aziz dalam membuat permohonan maaf atas kesilapan selama memerintah Kelantan menyatakan mungkin Allah sudah kifarahkan kesalahan-kesalahan itu!
Kifarah bermakna penebusan dosa; iaitu kesalahan dan kesilapan itu dikira setel dengan sakit yang ditimpakan. Adakah ini bermakna Datuk Nik Aziz merasakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama memerintah Kelantan sudah dikira setel dengan kifarah yang diturunkan?
Saya berharap bukan itu yang dimaksudkan oleh Datuk Nik Aziz.
Apa pun bak kata rakan sejawat Datuk Nik Aziz iaitu Mursyidul Am Angkatan TIBAI Sheikh Zahid Al-Ghafari bahawa Nik Aziz ni seorang politikus, dan dia terkenal sebagai seorang politikus yang bertindak seperti ramalan cuaca. Kita tidak pernah boleh meramal apa yang boleh beliau lakukan. Kalau hari ini dia bercakap A, mungkin esok dia tukar menjadi B!
Pada saya, apa yang penting untuk Datuk Nik Aziz lakukan hari ini sebagai bukti beliau benar-benar ikhlas mengakui kesilapan dan memohon maaf ialah dengan segera membuat perkara-perkara berikut:
1. mengakui kesalahan dan kesilapan kenyataan-kenyataan, tindakan dan perbuatan beliau yang selama ini menyebabkan umat Melayu-Islam menghadapi krisis aqidah, syariat, akhlak, ukhwah, keasatuan dan perpaduan yang serius;
2. menarik balik semua kenyataan-kenyataan itu dengan penuh kekesalan;
3. berjanji tidak akan mengulanginya lagi;
4. mengambil tindakan segera memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan tersebut, termasuk berjumpa dengan semua individu yang mana dirasakan pernah dilakukan kesalahan dan kesilapan;
5. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib membawa PAS supaya kembali kepangkal jalan dengan berpolitik benar-benar mengikut Al-Quran dan Sunnah dan kembali kepada perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas & takzir;
6. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan Datuk Seri Hadi Awang supaya menarik balik apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981 dan sekaligus menasihatkan semua ahli dan penyokong PAS yang masih berpegang kepada ideologi mengkafirkan orang Melayu-Islam lain yang tidak sealiran pandangan politik dengan PAS supaya menarik balik tuduhan kafir-mengkafir ini;
5. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib membawa PAS supaya kembali kepangkal jalan dengan berpolitik benar-benar mengikut Al-Quran dan Sunnah dan kembali kepada perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas & takzir;
6. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan Datuk Seri Hadi Awang supaya menarik balik apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981 dan sekaligus menasihatkan semua ahli dan penyokong PAS yang masih berpegang kepada ideologi mengkafirkan orang Melayu-Islam lain yang tidak sealiran pandangan politik dengan PAS supaya menarik balik tuduhan kafir-mengkafir ini;
7. sebagai Mursyidul Am, beliau wajib menasihatkan PAS supaya bermufaraqah dengan Anwar Ibrahim dan PKR;
8. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan membatalkan semua kerjasama dan pakatan politik dalam apa bentuk sekalipun dengan DAP samada peringkat parti mahupun peribadi;
9. sebagai Mursyidul Am PAS, segera mengadakan kerjasama politik dengan UMNO dan mengujudkan ukhwah, kesatuan dan perpaduan dengan UMNO dan semua NGO dan gerakan Melayu-Islam lain.
Buat masa ini, saya tiada apa-apa komen dengan permohonan maaf Datuk Nik Aziz, kerana dia memohon maaf atas kesilapan dia selama memerintah Kelantan; dan saya tidak pernah menjadi dan bukan seorang rakyat Kelantan, walaupun saya cukup suka dengan orang Kelantan dan punya ramai kerabat, sahabat, rakan dan taulan di Kelantan!
Apa pun, saya mendoakan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan sempurna kepada Datuk Nik Aziz, menyembohkan beliau dengan segera, dan memberi kekuatan iman dan jiwa kepada beliau untuk memperbetulkan apa yang perlu diperbetulkan!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
03 Jamadil Akhir 1435
03 Apr 2014
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Saya berminat dengan petikan daripada www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com yang
memberikan komentar mengenai permohonan maaf Datuk Nik Aziz, dengan mendesak Datuk Nik Aziz
menyatakan pendirian tentang banyak isu yang dikatakan sebagai kesalahan dan
kesilapan Datuk Nik Aziz selama ini; antaranya:
MOHON MAAF DI ATAS KESALAHAN MANA SATU NI POK NIK ?
1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana
mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak
mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999;
2. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu
menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik
Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999;
3. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita
dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
4. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau
mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi
terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan
Malaysia, 28 April 1999 ketika mengulas buku Shit karya bekas ahli PAS Professor Datuk Shahnon Ahmad yang memaki
Tun Mahathir dengan perkataan carut “P…M..”;
5. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
6. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir
untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS
Kelantan, Ogos 1963.
7. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan
mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia
sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April
1999.
8. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan
sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh
diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga
keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia,
26 November 1994.
9. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz
Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
10. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri,
tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan
Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
11. “Para imam hendaklah
faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah
politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik
Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
12. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi
bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik
Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
13. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana
perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid
Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
14. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang
menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat,
Harakah, 23 April 1994.
15. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat,
sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”.
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia,
27 April 1995.
16. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang
wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya
mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” –
Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
17. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya
tidak merujuk Al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari
1999.
18. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam
yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat
palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh
bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur.
Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang
pada 17 Ogos 2009.
19. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian
dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga
sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
20. “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada
kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi
ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat…
tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan)
dengan padang
mahsyar. Di padang
mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah
Subhanahuwataala. Ada
lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah
Subhanahuwataala. Ada
lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama
Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul
Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng.
Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga
(dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng
pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun
di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih
jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo
kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang
sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu
Allah Samseng, Utusan Malaysia,
31 Julai 2002.
21. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa
seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan
Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan
Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil
Permatang Pasir.
22. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang
Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12
Ogos 2009
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.