Kata Datuk Nik Aziz, PAS bukan sahaja bersedia bekerjasama dengan DAP, kalau dengan syaitan pun PAS sanggup asalkan UMNO dijatuhkan dari pemerintahan negara! |
Salam 2 all.
Saya telah berkali-kali mengulangi pendirian bahawa tiada mana-mana orang Islam yang mempunyai walau sedikit keimanan akan menolak perlaksanaan syariat Islam termasuk undang-undang jenayah seperti hudud. Saya istiqomah dalam isu ini.
Malahan YAB Dato' Sri Najib sendiri telah menegaskan bahawa UMNO tidak menolak hudud, dan bersedia bekerjasama dengan PAS untuk perlaksanaannya supaya matlamat keadilan Islam itu tercapai - tetapi hudud Islam, bukan hudud ciptaan manusia!
Berdasarkan itulah apabila PAS memainkan senitmen perlaksanaan hudud, umat Melayu-Islam senang termakan. Dan sesiapa yang mempertikai akan mudah dilabel sebagai penentang Islam, malah sampai dikafirkan!
Bagaimanapun, apa yang kita mahu persoalkan ialah nawaitu dan tujuan sebenar PAS dalam mempelopori isu hudud ini? Adakah mereka benar-benar ikhlas, atau sekadar pemanis mulut politiking sahaja?
Dalam konteks itu, saya merujuk kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang
mempersoalkan keikhlasan PAS untuk melaksanakan hudud berikutan daripada
pendedahan oleh Teresa Kok bahawa pimpinan PAS memaklumkan kepada DAP tujuan PAS nak bentangkan usul persendirian perlaksanaan hudud di
Kelantan adalah untuk meraih sokongan orang Melayu.
Saya menyokong kenyataan Datuk Seri Zahid tersebut dan mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas samada benar atau tidak dakwaan Teresa Kok itu?
Apabila menghadapi bantahan dan tentangan keras daripada rakan sekongkol mereka DAP-PKR dalam usaha nak membentangkan usul persendirian bagi perlaksanaan hudud di Kelantan, PAS menadah tangan mohon simpati dan sokongan UMNO yang mereka jadikan musuh dan pernah dikafirkan.
Dalam keadaan itu, yang peliknya PAS masih bersekongkol dgn DAP-PKR untuk menyerang UMNO. Bukti terbaru ialah himpunan haram Khamis lepas dimana hampir 90% yang hadir ialah ahli dan penyokong PAS.
Malah kawalan keselamatan disediakan oleh Unit Amal PAS. Bukan itu sahaja, pimpinan tertinggi PAS termasuk Timb Pres Mat Sabu, Hatta Ramli dan lain-lain turut hadir dalam himpunan tersebut.
Himpunan yang dijubahkan dengan slogan anti-GST telah diputar-belitkan oleh pembangkang sebagai medan 'UMNO-bashing' dan 'balun-Najib', termasuk mempertikai sabitan kes liwat Anwar terhadap pemabntunya Saiful dan memaki hamun Kerajaan UMNO termasuk YAB Dato' Sri Najib sendiri, dimana ada insiden gambar PM dipijak penyokong himpunan tersebut.

Tangan kanan meminta, tangan kanan menikam! |
Yang lebih menyedihkan, ada penyokong himpunan ini tidak tahu apa benda pun pasal GST. Bila ditanya apa mereka faham mengenai GST yang konon dibantah, mereka jawab 'wa tak tau, wa tau nak datang berhimpun'. Dan ada antara mereka penuh bangga menunjukkan resit seperti McDonald atau Parking yang tertera perkataan GST. Nampak sangat mereka benar-benar buta tidak tahu beza GST - Goods & Sales Tax dan GST - Government Service Tax (yang telah lama dilaksanakan oleh Jabatan Kastam DiRaja).
Apa pun, pada saya kelakuan PAS menyertai, malah meramaikan himpunan haram ini satu sikap hipokrit politik yang tidak sepatutnya berlaku.
Diwaktu tangan kanan PAS menagih simpati dan sokongan UMNO, tetapi tangan kiri pula cuba menikam UMNO dari belakang.
Diwaktu tangan kanan PAS menagih simpati dan sokongan UMNO, tetapi tangan kiri pula cuba menikam UMNO dari belakang.
Kalau
begini sikap PAS yang penuh dengan politik kepura-puraan, saya
menyarankan kepada UMNO supaya menggantung dan mengkaji semula sebarang cadangan mengadakan apa
juga kerjasama politik dengan PAS dalam apa juga perkara termasuk perlaksanaan hudud
PAS yang konon nak dilaksanakan di Kelantan.
Mungkinkah ada kebenaran pendedahan Teresa Kok itu, bahawa retorik hudud ini hanya sekadar sandiwara politik PAS bertujuan meraih sokongan dan undi orang Melayu yang sudah muak dan meluat dengan politiking melampau mereka dan menghukum PAS dalam PRU-13 lepas?
Saya khuatir UMNO akan terperangkap dengan mainan politik PAS ini, dan lebih parah akan menyebabkan rakan komponen UMNO terutamanya MCA, Gerakan dan rakan-rakan komponen Sabah & Sarawak berasa sangsi dan mempunyai persepsi yang salah terhadap UMNO.
Dalam apa keadaan pun, terbukti MCA, Gerakan dan lain-lain komponen lebih setia kepada UMNO dan boleh dipercayai berbanding dengan PAS yang sentiasa sahaja memusuhi dan seronok mendalangi apa jua usaha untuk menjatuhkan pimpinan Kerajaan UMNO.

Bak kata pepatah barat, 'better the devil you know, then the angel that you don't know'. Bak kata Datuk Nik Aziz, 'berkawan dengan syaitan pun kawe sanggup'.
Apa pun pendirian UMNO sangat jelas - UMNO tidak menolak hudud. Dan yang penting ialah UMNO wajib memastikan hudud yang diperintahkan Allah yang dilaksanakan, bukan hudud ciptaan manusia!
Adios amigos, grasias!
Zulkifli Noordin
Sabtu
3 Rejab 1435
3 Mei 2014
Zulkifli Noordin
Sabtu
3 Rejab 1435
3 Mei 2014
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.