Salam 2 all.
Saya mengutuk keras kenyataan P.Ramasamy, pemimpin DAP yang mencabar
supaya orang Melayu membawa kembali peristiwa 13 Mei kerana katanya "MCA mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MIC mungkin takut, tetapi DAP
tidak takut".
Kenyataan ini sebagai respon beliau terhadap
peringatan YAB TPM bahawa tidak mustahil peristiwa rusuhan kaum (seperti 13 Mei) boleh kembali jika
isu-isu agama dan perkauman terus dipermainkan oleh puak cauvinis perkauman dan
ekstremis keagamaan.
Saya menyelar keras Ramasamy dengan mengingatkan beliau bahawa peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku antara Melayu dan Cina adalah akibat permainan politik perkauman dan cauvinisma yang diamalkan oleh DAP dan pelampau perkauman pada masa itu.
Anasir cauvinis cina dan pelampau perkauman telah mempersoalkan dan mencabar hak istimewa orang Melayu dibawah Artikel 153 dan kedudukan Raja-Raja Melayu dengan menggunakan slogan Malai-Si (Mati-Melayu) dan ucapan2 berbentuk hasutan dan menghina seperti 'lancau polis Melayu', 'Melayu masuk hutan', 'ini negeri Cina sudah control' dan banyak lagi telah mengapi-apikan orang Melayu menyebabkan berlakunya rusuhan.

Pembunuhan beberapa orang Melayu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur termasuk Pak Kassim, pelakon terkenal Mak Minah dan lain-lain menyebabkan peristiwa berdarah yang mencatat sejarah hitam negara! Perincian peristiwa hitam ini boleh dibaca didalam buku "13 Mei:Sebelum & Selepas" karya Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Lapuran Mageran bertarikh 06 Oktober 1969.
Amaran dan peringatan yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sangat bertepatan dengan masanya.
Ini adalah kerana pelakuan anasir cauvinis dan pelampau masakini semakin kronik dan menjadi-jadi apabila mereka bukan
sahaja mencabar hak dan keistimewaan orang Melayu dan. Raja-Raja; malah
mereka kini mencabar, mempertikai dan mempersenda agama Islam samada
dalam bentuk ketuhanan, kenabian, syariah mahupun akhlak Islamiyyah.
Daripada isu kalimah Allah, menghina Nabi saw, mempersenda hukum hakam Islam, memperlekeh amalan budaya Islam dan lain-lain dalam bentuk yang sangat provokatif dan melampau.

Qul huwallah hu ahad! |
Contohnya, walaupun Mahkamah Persekutuan telah
membuat keputusan melarang pelampau kristian daripada terus menyalah-guna kalimah Allah, mereka tetap tidak menghormati malah menghina dan
memperlekeh keputusan Mahkamah tertinggi negara hanya kerana tidak
menyebelahi mereka.
Tindak-tanduk dan perlakuan provokatif oleh anasir cauvinis dan pelampau agama ini sudah pasti akan mencetuskan rasa tidak puas hati kepada umat Melayu-Islam.
Setakat ini anasir cauvinis ini bernasib baik kerana umat Melayu-Islam masih lagi bersabar dan bertolak ansur sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan keamanan dan perpaduan.
Tetapi sampai bila umat Melayu-Islam boleh bersabar melihat agama, bangsa, negara dan Raja-Raja dihina, diperlekeh, dibangsatkan dan dimaki-hamun sebegitu rupa tanpa sebarang tindakan tegas dan jelas terhadap mereka yang terlibat!
Saya menyokong penuh peringatan YAB TPM yang khuatir peristiwa berdarah 13 Mei 1969 mungkin berulang melihat kepada tindak tanduk dan gelagat anasir extremis dan pelampau agama dan perkauman akhir-akhir ini.
Saya juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap P.Ramasamy yang pada pandangan saya mengandungi unsur-unsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Saya juga mendesak pihak berkuasa terutamanya SKMM dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam mengekang dan mennguatkuasakan undang-undang bagi mengheret para anasir extremis dan pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan!
Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Noordin
Selasa
10 Ramadhan 1435
08 Julai 2014
Selasa
10 Ramadhan 1435
08 Julai 2014
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.