DOA KU BERSAMA MU GAZA
Gaza
Bumi para
anbiya
Kelahiran
para ulama
Tanah yang
diberkati
Langit
yang menjadi saksi
Mukjizat
Rasul & Nabi
Gaza
Bumi mu
berdarah
Peluru
dimuntah
Umat
dimamah
Tanah
merekah merah
Di baham
zionis haram jadah
Gaza
Bumi mu
menangis,
Angkara
zionis
Anak-anak
mu ditumis
Tanah mu
berkudis
Umat mu habis
di gilis
Mana
saudara se-kiblat mu?
Mana jiran
se-kitab mu?
Mana
pembela se-aqidah mu?
Mana pengganti
‘Umar Al Khattab?
Mana
pengganti Ali Abi Tolib?
Mana pengganti
Salahudin Al Ayyubi?
Mana pengganti
Muhammad Al-Fateh?
Dimana
mereka Gaza?
Aduhai Gaza
Kau
bersendirian
Sekadar
batu dan lastik
Sekadar
doa dan semangat
Kau
bangkit berjihad
Intifadah menjadi pengubat
Jiran mu yang
semut berjuta
Saudara mu
yang qorun-raya
Sekadar
mampu menghantar doa
Diiringi
baju selimut gebar
Hanya
mampu mengutuk zionis
Sambil
memuntah asap rokok Yahudis!
Aduhai Gaza
Kau cermin
umat masakini
Dayus,
bacul menjubah diri
Ukhwah
perpaduan diterajang ke-tepi
Angkara
gila kuasa..gila kerusi
Terpukau
perangkap
Barat
Yahudi
Namun Gaza
Malam ini jiwa
ku meledak,
Langit terbelah
Dibanjiri tsunami
syahid yang marak
Berang ku terbakar
ke puncak
Bukan sekadar menjadi penyalak
Atau
sekadar muffler melilit tengkok
Kerana aku
sudah tidak gentar
Pada
peluru zionis yang ketar
Aku
mendengarmu Gaza
Dan aku tetap
akur mendengar
Intifadah…intifadah…intifadah…
Kesetiap
penjuru tak bertepi
Aku bukan
sekadar pandir
Mengiya
fitnah parasit hanyir
Penyujud
na’am zionis kafir
Kerana aku
lasykar Yang Maha Esa
Kerana aku
soldadu Maha Pencipta
Jiwa yang
mengenal si-kitol derhaka
Antara
parasit berserban lilit
Antara pak
yangoat berjubah meleret
Nanti waris
bersoaltanya
Di atas
kuburan merah menyala
Mengapa Gaza
di biar sendirian
Tanpa
pembelaan
tanpa
penentangan
Sedang
umat bak buih dilautan
Sekadar
ramai bertakbir sakan
Tapi
berpecah tanpa sempadan
Mengejar
kilauan kalkatu kerakusan
Yang batil
yang palsu menjadi idaman
Namun intifadah itu mutlak
Akan
menjadi keramat yang hak
Biar
disekat biar dihambat
Parasit zionis
kalkatus keparat
Aku
bersama mu Gaza
Dan aku aalah
lasykar
Aku adalah
soljar
Bersama mu
menegakkan
Intifadah..intifadah..intifadah..!!!
Biar
dipagar tembok dan besi
Zionis
yang makin menikus
Dikelilingi
parasit yang rakus
Menentang
arus hangat semangat jihad
Jiwa syahid
yang lama tersekat
Pasti
bangkit menentang keparat
Mahkamah
ALLAH menjadi penyukat
Menghakimi
antara pejuang dan petualang
Antara
lasykar dan parasit
Antara
penjahat dan mujahid
Antara soljar
dan penderhaka
Antara
yang betul dengan si-kitol
Aku
mendengar mu Gaza
Aku
bersama mu Gaza
Aku doakan mu Gaza
Aku doakan mu Gaza
ALLAH hu
akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
13 Ramadhan 1435
11 Julai 2014
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
13 Ramadhan 1435
11 Julai 2014
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.