Slogan Malai-Si, Mati-Malayu menyelebungi peristiwa berdarah 13 Mei 1969 |
Salam
2 all.
Kaum
cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama kerap memukul canang
mengingatkan umat Melayu-Islam Malaysia mengenai kontrak sosial – dengan menuntut hak persamaan dan penghapusan hak
istimewa Melayu, kedudukan Islam dan semua perundangan berkaitan dengannya,
serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Saya
tidak bercadang untuk mengupas tuntutan kaum cauvinis, pelampau perkauman dan
extremis agama ini.
Tetapi saya mahu memperingatkan mereka apa yang pernah disebut dan
diungkap oleh para pemimpin generasi awal terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India – tok nenek kita sebelum kemerdekaan tahun 1957!
Petikan kata-kata daripada tokoh kaum Cina, mendiang
Tun Tan Siew Sin yang telah menyatakan pada
30 April 1969*:
Orang
Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang
kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka,
90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana
ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan
warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.
Mengambil
kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan
istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah
masyarakat lain.
Petikan kata-kata daripada tokoh kaum India, mendiang Tun VT
Sambanthan yang telah menyatakan pada 01 Jun 1965*:
Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan
majoriti yang sangat besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh
dua tahun. Dalam tempoh itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan
beberapa perkara lain. Dan apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita
bercakap mengenai soal perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang
Melayu? Mereka mendapat sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan
mengenai soal kewarganegaraan?
Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia
Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri
Lanka, tidak diterima di Myanmar.
Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di
Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara
ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India
dihalau keluar; di Sri Lanka
mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu,
dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini
kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu
sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal
di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara".
Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa
(Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi
warganegara.
Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib
baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa
Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu
boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum
immigran? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini
adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya
hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini.
Petikan kata-kata daripada tokoh umat
Melayu-Islam, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah menyatakan pada 15 April
1969*:
Sekiranya DAP berterusan mempertikaikan dan
mencabar Artikel 153 (berkaitan hak istimewa orang Melayu & bumiputra),
maka kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan
hancur!
Jadi kepada kaum cauvinis, pelampau
perkauman dan extremis agama, adakah perlu untuk saya komen lagi? Res ipsa
loquitur – sudah terang lagi bersuluh!!!
Kita semua sepatutnya berterima kasih dan
bersyukur. Ini adalah kerana budaya orang Melayu yang berasaskan kepada agama
Islam mengajar kami untuk sentiasa bertolak ansur dan memberi ruang kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan. Atas sebab itulah generasi awal orang Melayu
menerima kaum Cina dan India
sebagai rakan-warga dan memberi peluang sepenuhnya untuk mereka meneroka
potensi yang ada dengan tujuan untuk membangunkan negara tercinta yang dikenali
sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Dan umat Melayu-Islam tidak ada masalah menerima
keadaan itu sekarang. Malah saya berani menegaskan bahawa sesiapa yang
mempersoalkan status kewarganegaraan kamu sekarang akan dianggap sebagai musuh bagi umat Melayu-Islam!
Dan apa yang umat Melayu-Islam harapkan ialah
kamu tidak mempersoalkan, mencabar atau menyerang kesahihan dan keabsahan hak
istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa agama Islam dan segala peruntukkan
perundangan berkaitannya, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu!
Selain daripada itu, untuk segala maksud dan
tujuan, kita adalah bersaudara, dan warganegara kepada negara hebat Malaysia ini!
Marilah kita berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan memberi sumbangan kearah pembangunan negara ini dalam menuju
kearah status negara maju menjelang tahun 2020!
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 57!
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA -
KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
05 Zul-Qaedah 1435
31 Ogos 2014
*
Petikan ucapan-ucapan ini telah di kaji selidik oleh Tuan Haji Abdul Karim
Bin Omar, Setiausaha Agong Pertubuhan Muafakat yang boleh dilayari di laman
sesawang www.akarimomar.wordpress.com. Tahniah kepada Tuan Haji Abdul Karim
Omar atas kaji selidik yang hebat ini!
* sila rujuk juga
www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0531&pub=utusanmalaysia&sec=Rencana&pg=re.htm&arc=hive
*Saya bersedia diperbetulkan atas petikan ini. Sila
hubungi saya sekiranya ada apa-apa salah-petikan atau salah rujukan atas
kenyataan kedua-dua tokoh hebat ini.
** Sila rujuk lapuran Mageran bertarikh 06 Okt 1969;
*** Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran
mengkaji semula pembelajaran sejarah Malaysia denganmenambah-baik matapelajaran
Tata-Negara dengan mendedahkan pelajar kepada kenyataan-kenyataan pimpinan terdahulu
dan juga kisah-kisah hitam negara seperti tragedi 13 Mei 1969, pemerintahan Bintang-Tiga,
peristiwa Bukit Kepong dan lain-lain supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada
generasi muda hari ini dan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.