Penjara Sg. Buloh mengalu-alukan kemungkinan kembalinya pendatang veteran ke Blok Tengah Penjara Sg. Buloh pada 29 Oktober 2014 ini! |
Salam 2 all.
Saya mengutuk keras kenyataan
perwakilan di persidangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) yang dibuat didalam Persidangan PGRM semalam 19.10.2014
yang mendakwa konon orang Melayu juga adalah kaum pendatang di Malaya
ini sama seperti kaum Cina dan India.
Dakwaan seperti ini lahir mungkin kerana kebodohan mereka mengenai sejarah nusantara Melayu dan Malaya ataupun kejahilan mereka dalam geo-politik dan geo-budaya Melayu di nusantara.
Mendakwa konon bangsa Melayu datang daripada Indonesia dan kemudian berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kejahilan mereka.
Bangsa Melayu sudah menduduki dan mendiami arkipelago nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Brunei, sebahagian Kampuchea termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.
Dakwaan seperti ini lahir mungkin kerana kebodohan mereka mengenai sejarah nusantara Melayu dan Malaya ataupun kejahilan mereka dalam geo-politik dan geo-budaya Melayu di nusantara.
Mendakwa konon bangsa Melayu datang daripada Indonesia dan kemudian berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kejahilan mereka.
Bangsa Melayu sudah menduduki dan mendiami arkipelago nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Brunei, sebahagian Kampuchea termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.
Memandangkan keseluruhan arkipelago ini adalah nusantara Melayu, maka bangsa Melayu bebas bergerak dalam wilayah ini tanpa keperluan kepada paspot atau apa juga sekatan politik atau geografi.
Namun kuasa penjajah barat British dan Belanda telah memecah-belahkan geo-politik dan geo-grafi nusantara Melayu pada tahun 1824.
Pada tahun 1822, British dan Belanda telah mengadakan kerjasama ketenteraan untuk menentang pemerintah Perancis Napoleon Bonaparte. Setelah kejayaan kerjasama itu, pada tahun 1824 British dan Belanda mengadakan persefahaman membahagi-bahagikan wilayah jajahan mereka menurut sempadan imaginari mereka sehingga akhirnya menyebabkan wilayah arkipelago nusantara Melayu berpecah-belah; antaranya kawasan barat Selat Melaka dibawah Belanda dan timur Selat Melaka kepada British.
Bermula daripada tahun 1824, bangsa Melayu yang sebelum itu bergerak bebas didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu terpaksa menggunakan paspot untuk memasuki wilayah yang dipisah-pisahkan ini.
Oleh itu, pergerakan bangsa Melayu didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu sebelum tahun 1824 ini tidak boleh disamakan dengan perpindahan kaum Cina dan India ke sini. Mendakwa pergerakan itu sebagai "pendatang" samalah seperti mendakwa mereka yang datang daripada wilayah Canton ke Shanghai sebagai pendatang!
Pergerakan bangsa Melayu didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu sebelum tahun 1824 adalah pergerakan biasa bagi mana-mana bangsa didunia ini yang mendiami wilayah sendiri.
Sebaliknya sejarah mencatatkan nenek moyang kaum Cina datangnya daripada benua Cina; manakala nenek moyang kaum India datang daripada benua India. Itulah hakikat sejarah yang kita tidak boleh nafikan!
Kedua-dua benua ini tidak termasuk dalam arkipelago nusantara Melayu - sebab itu nenek moyang mereka yang datang ke wilayah nusantara Melayu dipanggil pendatang, atau imigran, sebab mereka melakukan perpindahan benua. Mereka juga tiada pertalian dengan bangsa Melayu samada dari segi agama, bahasa mahupun geo-politik dan geo-budaya!
Oleh itu mendakwa pergerakan bangsa Melayu didalam nusantara Melayu sama seperti perpindahan kaum Cina daripada benua Cina dan perpindahan kaum India daripada India ke nusantara Melayu adalah satu putar-belit fakta dan sejarah.
Apa pun, pada saya isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan apatah lagi oleh parti komponen BN yang sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu seperti ini. Adakah mereka mahu menjadi lebih cauvinis daripada DAP - apakah ini cara mereka mahu meraih populariti politik yang sudah merudum sehingga mengorbankan persefahaman yang telah dibina sekian lama?
Persoalan status anak watan bangsa Melayu dalam negara ini; ataupun persoalan kewarganegaraan kaum Cina dan India; atau pun status pendatang nenek moyang kaum Cina dan India dalam negara ini tidak sepatutnya lagi dibangkitkan atau dijadikan bahan politik murahan mana-mana pihak semata-mata untuk meraih undi dan populariti!
Kita perlu menerima hakikat bahawa kini bangsa Melayu, Cina dan India kini adalah warganegara Malaysia yang terikat dengan persefahaman, aspirasi, semangat dan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara Malaysia ini kearah negara maju demi kemakumaran dan kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.
Kita sekarang, Melayu Cina dan India, adalah rakyat dan warganegara Malaysia! Period!
Selagi kita menghormati Perlembagaan Persekutuan, dan cuba sedaya upaya untuk hidup berdasarkan persefahaman, aspirasi, semangat dan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial, saya percaya kita akan berjaya membina dan membangunkan negara Malaysia tercinta ini setaraf dan mungkin mengatasi negara-negara maju lain didunia ini!
Dan kita mesti menolak sebarang amalan atau fahaman extrimism, fanatik, rasis, cauvinis dan pelampau samada perkauman atau keagamaan!
Oleh itu, saya mendesak tindakan keras dibawah Akta Hasutan diambil terhadap perwakilan tersebut kerana ucapan seperti itu adalah berbaur hasutan dan menghina bangsa Melayu.
Malahan ucapan seperti ini perlu dihentikan serta merta kerana ini bukan pertama kali wakil PGRM membuat dakwaan seperti ini. Sebelum ini saya percaya ada pimpinan PGRM juga pernah membuat dakwaan yang sama.
Oleh itu saya juga mendesak Presiden PGRM, Datuk Mah Siew Kong supaya mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas termasuk dipecat sebagai ahli terhadap mana-mana pimpinan atau perwakilan kerana memainkan isu perkauman seperti ini.
Kita berharap kesemua pihak termasuk ahli dan pemimpin PGRM menghayati saranan YAB PM semasa merasmikan Persidangan PGRM semalam yang menyeru supaya semua bentuk fanatik dan extremism agama dan perkauman hendaklah ditolak!
Wallahua'lam dan Wassalam..
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
25 Zul-Hijjah 1435
20 Oktober 2014
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.