Tabik spring kat hang Jah! Hang hebat, Bang Non yang disabit meliwat Saiful, hang pulak yang mohon keampunan! Mana Jam Omega Jah ooiii? |
Salam 2 all.
Saya agak pelik kenapa beberapa pemimpin Kerajaan
kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara
sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan
bermula pada 09 Mac ini.
Pelbagai kenyataan
dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam
Negara'.
Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang
kronik.
Pada saya desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung!
Adakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat?
Habis lepas ini CEO syarikat akan minta hadir mesyuarat Lembaga Pengarah, pengerusi PIBG akan minta hadir mesyuarat PIBG, presiden kelab bola akan minta hadir final bolasepak kelabnya...dan lagi...dan lagi...dan lagi!!!
Jadi bahan lawak senario lah kita! Mr Bean pun mungkin menangis tengok sarkis ini!
HILANG KELAYAKAN & HAK HADIR SIDANG DUA PERKARA BERBEZA!
Desakan sumbang ini
dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula
dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil
Istana Negara liwat petang Isnin 24 Feb.
Sejurus selepas
media pro pembangkang memainkan isu ini, kenyataan dikeluarkan oleh pejabat
Tan Sri Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga
keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.
Atas dasar itu,
timbul suara-suara sumbang dikalangan pembangkang mendesak Anwar dibenarkan
hadir sidang Dewan Rakyat konon kerana statusnya sebagai Ahli Parlimen
Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.
Untuk menjawab
desakan bodoh ini, saya berikan satu perumpamaan.
Katalah seorang
Presiden sebuah syarikat konglomerat disabit dengan kesalahan merogol
setiausahanya dan dihukum 5 tahun penjara. Dan Mahkamah Persekutuan telah
mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen itu. Lalu dia memfailkan
petisyen rayuan pengampunan.
Namun sementara itu,
mungkin kerana kehebatannya, pihak syarikat konglomerat itu masih mengekalkan
beliau sebagai Presiden dan beliau dianggap masih sebagai Presiden syarikat!
Adakah pihak syarikat boleh memohon kepada pihak penjara supaya membenarkan dia keluar daripada tahanan dan menghantar dia bekerja dan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah
atas alasan proses rayuan pengampunan sedang berjalan; jadi sebagai Presiden syarikat dia berhak terus
pergi ke pejabat tiap hari dan hadir mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga proses pengampunan itu selesai?
Budak Tadika pun
tahu jawapannya tidak boleh!
STATUS BANDUAN KEKAL
Kenapa? Kerana
statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan
pengampunan.
Proses pendakwaan, perundangan dan kehakiman telah selesai dan muktamad apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 MENSABITKAN Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan dijatuhkan HUKUMAN penjara 5 tahun berkuatkuasa serta merta.
Berkuatkuasa mulai 10.02.2015, status Anwar ialah seorang BANDUAN yang telah DISABIT dengan kesalahan jenayah dan DIHUKUM dengan penjara 5 tahun. Tempat dia menjalani hukuman mulai 10.02.2015 ialah di Penjara Sg. Buloh!
Walaupun proses pengampunan dikatakan sudah bermula pada 24.02.2015 lalu, ini tidak membatalkan statusnya sebagai BANDUAN. Dan memandangkan dia belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana proses pengampunan itu, dia adalah YB BANDUAN!!!
PERKARA 48 HANYA MENYENTUH SOAL HILANG KELAYAKAN AHLI PARLIMEN
Perkara 48 (1) (e) bercakap tentang keadaan dimana seseorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen - bukan tentang hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen!
Antaranya, Perkara 48 (1) (e) memperuntukkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen jika dia
telah
a. "disabit"
dengan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah; dan
b. "dihukum" penjara
selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau denda tidak kurang RM2,000-00;
dan
c. ia tidak mendapat
ampun.
Dalam kes Anwar, dia
telah:
a. Disabit dengan
suatu kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari dibawah Seksyen 377B Kanun
Kesiksaan; dan
b. Dihukum penjara 5
tahun.
Jadi Anwar memenuhi
2 syarat untuk hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Namun isterinya Wan
Azizah dikatakan telah memfailkan petisyen untuk pengampunan. Oleh itu syarat
ketiga belum dipenuhi.
Apa maksudnya? Maksudnya Anwar kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen! Kerusi P-044 Permatang Pauh tidak boleh diisytiharkan kosong! SPR tidak boleh mengadakan suatu Pilihanraya Kecil untuk kerusi Permatang Pauh!
Itu sahaja kesan pemfailan petisyen bagi pengampunan dibawah Perkara 48 (1) (c)!
KEAMPUNAN HANYA PADA HUKUMAN BUKAN SABITAN KESALAHAN
Jadi kita pergi ke
syarat ketiga, "ia tidak mendapat ampun".
Apa maksud
"mendapat ampun"?
Untuk mengetahuinya,
kita kena baca Perkara 42 Perlembagaan.
Dibawah Perkara 42,
"YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN
mengenai segala kesalahan yang dilakukan...".
Ini bermakna kuasa dan bidangkuasa Tuanku YDP Agong untuk "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan
SABITAN KESALAHAN!
Ini kerana kuasa dan
bidangkuasa mensabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan jenayah adalah
dibawah MAHKAMAH yang disebut di Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan.
Maknanya, apa juga
status rayuan pengampunan Anwar, kedudukan beliau sebagai seorang yang telah
DISABITKAN DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH MELIWAT kekal, dan ini tiada kena mengena
dengan proses rayuan.
Bermakna dalam apa
keadaan pun, Anwar kekal SEORANG BANDUAN YANG TELAH DISABIT DENGAN SUATU
KESALAHAN MELIWAT!
HAK BANDUAN ADALAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG PEMENJARAAN
Dan sebagai Banduan,
undang-undang yang tertakluk keatas Anwar ialah Akta Penjara dan segala
peraturan yang dibuat dibawahnya.
Dan dibawah
undang-undang penjara, seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam
tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh
dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:
1. Jika dia perlu
dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh
Penjara;
2. Menghadiri
perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina
kehadiran;
3. Lain-lain keadaan
yang dibenarkan dibawah undang-undang Penjara.
Tapi ini tidak
termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun
sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat, apa lagi kalau
sekadar nak keluar untuk menonton Final Piala Malaysia walaupun dia mungkin
Presiden Kelab Bola Banduan!
HAK BANDUAN TIDAK TERMASUK MENGHADIRI SIDANG
Oleh itu, persoalan
samada Anwar berhak hadir atau tidak dalam sidang Dewan Rakyat tidak sepatutnya
timbul dan pihak Kementerian Dalam Negeri mahupun Parlimen sepatutnya tidak
melayan pun desakan bodoh ini.
Apa yang terhak
kepada Anwar selagi proses pengampunannya berjalan hanyalah hak menerima elaun
wakil rakyat, dan hak kerusinya kekal dan tiada Piliharaya Kecil boleh
diadakan.
Itu sahaja!
Saya berharap
penjelasan ini memberi gambaran jelas kedudukan isu sebenar.
Hakikatnya walaupun
Tuanku YDP Agong mempunyai kuasa dan bidangkuasa memberi pengampunan kepada
Anwar, ia hanyalah berkaitan soal HUKUMAN penjara 5 tahun itu sahaja. Itupun
hanya kuasa meremit, mengurang atau menggantung HUKUMAN!
Namun Tuanku YDP
Agong tiada kuasa dan bidangkuasa membatalkan SABITAN KESALAHAN MELIWAT dibawah
Seksyen 377B Kanun Kesiksaan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan!
Bermakna Anwar kekal
sebagai seorang BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH
meliwat pembantunya Saiful Bukhari di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!
Dan sebagai seorang
BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH, Anwar wajib kekal
menjalani hukuman penjara sehinggalah keputusan rayuannya diputuskan oleh
Tuanku YDP Agong, dan dia hendaklah tetap dilayan sebagai seorang BANDUAN yang
tertakluk kepada undang-undang penjara!
Wallahua'lam &
wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
08 Jamadil Awal 1436
27 Feb 2015
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.