Salam 2 all.
Seorang pembahas berbangsa India (dan bergama Hindu mungkin) bernama K.Subramaniam mewakili Angkatan Muda Keadilan semasa berbahas dalam Kongres Tahunan PKR semalam telah cuba membaca makna Ayat 190-191 Surah Ali Imran saperti berikut:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".
Sememangnya ucapan beliau itu tidak sepenuhnya mengikut terjemahan sebenar Surah Ali Imran 190-191 yang berbunyi saperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".
Sebenarnya saya tidak nampak dimana silapnya ucapan K.Subramaniam itu. Malahan pada saya, apa yang beliau kupas itu ada kebenarannya, iaitu ayat tersebut mengajar manusia agar minda kita diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun.Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah menasihatkan K. Subramaniam dan mereka yang masih taksub mengikut Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa beliau sepatutnya menggunakan akalnya untuk berfikir bahawa "adakah Anwar benar-benar melakarkan budaya sihat yang tidak songsang atau diluar tabi'i dan tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!?
Pertanyaan yang ingin saya lontarkan kepada Saudara K.Subramaniam ialah, apakah seorang yang sanggup menggadai nama Tuhannya sendiri untuk kepentingan politik, yang sedang berhadapan dengan pertuduhan meliwat Saiful Bukhori seorang kakitangan dia sendiri, dengan dua bekas kakitangannya sendiri Rahimi dan Rasid membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat surat akuan palsu untuk pembelaan Anwar dalam kes liwatnya; tidakkah Anwar sedang melakarkan satu budaya tidak sihat lagi songsang dan diluar tabi'i, dan cara kehidupan yang menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!
Sebab itu saudara K.Subramaniam, peringatan ALLAH didalam Al Quran didalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang saudara rujuk itu sangat relevan untuk mengingatkan saudara dan rakan-rakan supaya menggunakan akal untuk berfikir. Malahan saya beranggapan saudara K. Subramaniam adalah manusia terpilih kerana ALLAH memilih saudara seorang kafir untuk mengingatkan diri saudara dan bangsa Melayu beragama Islam didepan saudara itu supaya menggunakan akal yang diberi untuk melihat dengan jelas bahawa selagi saudara dan rakan-rakan taksub mengikut Anwar, selagi itu saudara sedang menghina akal fikiran yang ALLAH anugerahkan kepada saudara!!
Sebab itu saya menasihatkan saudara K. Subramaniam, bersyukurlah ALLAH masih mahu memberikan saudara peluang dan ruang untuk menggunakan akal saudara untuk mencari cahaya kebenaran. Kerana ada golongan yang walaupun Al Quran ada didepan batang hidung mereka, ditadarus dan dijadikan penghias almari, namun ditutup akal fikiran mereka oleh ALLAH sehingga bukan sahaja mereka buta terhadap kemungkaran dihadapan mereka, malah mereka mereka menganggap kemungkaran itu sebagai "anugerah yang dihantar ALLAH kepada mereka!!", na'uzubillah min zaaliq!
Sebagaimana kaum kafir musyrik yang melihat awan hitam bergulung menuju ke perkampungan mereka, kaum kafir muysrik itu bersorak gembira mendakwa ianya rahmat yang didatangkan ALLAH untuk mereka, sedangkan itulah awan la'nat yang didatangkan ALLAH hingga akhirnya awan la'nat itu memusnahkan mereka dan mencampakkan mereka ke azab ALLAH dineraka jahamanam abadan-abada!
Nasihat saya kepada saudara K. Subramaniam, janganlah ulangi kesilapan kaum terdahulu. Gunakanlah akal yang diberi ALLAH kepada saudara. Kembalilah kepada kebenaran, kembalilah kepada ketuhanan sebenar. Sembahlah ALLAH yang Satu, yang tiada sekutu bagiNya; tinggalkan kemungkaran dan serulah manusia kepada kebaikan, dan berimanlah kepada ALLAH. Kelak nanti saudara akan menjadi contoh ikutan manusia!
Sebab itu saudara K. Subramaniam, Rasulullah saw, Nabi junjungan mulia utusan ALLAH pembawa rahmat keseluruh alam, setiap kali waktu fajar sebelum mengerjakan solat Subuh akan membaca ayat 190 surah Ali Imran tersebut sambil melihat kelangit, untuk mengingatkan diri betapa besarnya anugerah akal fikiran yang ALLAH berikan kepada manusia!!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Zulhijjah 1431
29 November 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran media hari ini 29.11.2010)
Ayat suci al-Quran dimanipulasi ahli bukan Islam
PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.
Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."
Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.
Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.
Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.
Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.