Salam 2 all.
Teman angkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Ustadz Nasharuddin Tontawi yang menegaskan bahawa PAS tidak perlu berselindung dan malu untuk menyatakan perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dalam negara ini.
Berdasarkan ketegasan itu, teman menasihatkan Ustadz Nasharudin supaya membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri. Ini adalah kerana sudah jelas daripada Perjanjian Persefahaman Dasar Bersama yang telah dipersetujui oleh PAS-PKR-DAP bahawa berdasarkan kehendak dan tuntutan DAP, jika ditakdirkan Pakatan memenangi pilihanraya dan membentuk Kerajaan, negara Islam tidak akan didirikan dan undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan.
Kerana terdapat segelintir pak jangoat yang sudah gila kuasa dan mabuk Putrajaya, maka PAS telah diheret untuk bersetuju dengan Pakatan syaitan yang terang-terang menolak Islam. Maka habis rosak segala perjuangan PAS selama ini. Sehingga ada pak jangoat yang sanggup menggadaikan anakbini sebagai cagaran politik, menghalalkan hasil arak & judi, sampai nama ALLAH yang Maha Esa itu pun dibenarkan digunapakai secara syirik oleh kaafirun!! Teman berharap dan berdoa agar Ustadz Nasharudin diberi kekuatan dan istiqamah oleh ALLAH untuk melaksanakan ketegasan beliau itu. Berjuanglah atas nama ALLAH dan kerana ALLAH dan untuk ALLAH menurut acuan ALLAH, insyallah kita akan berjaya, dunia dan akhirat!
Ingatlah pesan ALLAH, "kalau kamu membantu agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu"; dan jika kamu benar-benar beriman dan bertaqwa "pasti ALLAH akan membuka pintu-pintu rezeki dari jalan yang kamu sendiri tidak ketahui".
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Zulhijjah 1431
28 Nov 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran media hari ini 28.11.2010)
Pas tak perlu apologetik perjuang Islam
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.
Selain itu katanya, beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi.
“Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.
“Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam.
“Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” tegasnya.
Beliau menegaskan demikian dalam blognya episod sebuah perjuangan.
Nasrudin turut mengingatkan, kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.
“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.
Beliau berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman.
“Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup.
“(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.