FI SABILUNA-INILAH CARAKU
Kini
tiba masanya
tirai keimanan
direntangkan
menjadi pembatasan
Sahabat dan taulan
aku pertegaskan
ku tetap pertahan
aqidah dan kebenaran
tanpa malu dan segan
walau berseorangan
Penjara duka telah ku lalui
keriangan pernah kutempuhi
pelbagai corak kehidupan diwarnai
dan lebih dari itu
aku melaluinya
fi sabiuna-dengan cara ku
Sekelumit kekesalan?
memang kedapatan
namun tidak ku ratapkan
tiada hibaan
Ku jalani kehidupan itu
fi sabiluna-menurut cara ku
ku lakukan apa yang perlu
tanpa sedikit keraguan
tetapi dengan keikhlasan
Ada tikanya
kalian mungkin merasakan
aku agak kelampauan
bertindak dengan ketegasan
namun selagi ada sandaran Al Quran
dan sunnah Nabi junjungan
aku tetap perjuangkan
istiqomahkan pendirian
fi sabiluna-dengan cara ku
Tawa dan tangis
pernah memenuhi
dunia perjuanganku
pernah ku ketakutan
pernah ku kekhuatiran
namun melihat putaran kehidupan
walau sukar dilalui
namun seronok dikisahi
Kini
dicelah debuan perjuangan
kegelapan harapan
kulihat cahaya masadepan
yang sangat bergemerlapan
janji mutma'innah, suatu ketenangan
Apalah nilai seorang insan
jika tiada jiwa perjuangan
tanpa kekentalan iman
ma'ruf yang tidak ditegakkan
kemungkaran yang diperjubahkan
tunduk sembah kepada keduniaan
maruahnya hanya saperti buih dilautan
Sirah perjuangan
membukti paparan
aku berusaha tidak tunduk
kepada telunjuk kefir'aunan
malah ku hadapi iblis syaitan
dengan keyakinan
fi sabiluna-dengan cara ku
Aku bukan Muslim terbaik
namun kuberikan yang terbaik
untuk Islam dan iman
fi sabiluna-dengan caraku
Dan inilah fi sabiluna
cara perjuangan ku
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
19 Rabi'ul Awal 1431
05 Mac 2010
16 comments:
Salam sejahtera YB Zulkifli
Alhamdulillah ....
Inilah pemimpin yang memperjuangkan Islam yang sebenar2nya Islam . Melalui sajak ini , membangkitkan semangat saya utk terus menhayati hakikat Kalimah Tauhid. Tahniah ...
Kami yang mencari kebenaran dlm kata-kata benar akan terus kental hakikat Kalimah Tauhid
Allahu Rabbuna!
Allah! Allah!
Allahu Ghayatuna!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Syukur dapat menghadapmu Ya Rabbi, sujud padaMu Ya Allah di hari Jumaat yang mulia ini.
cari jalan terbaik selesai masalah.cuma 1,jgn khianati mandat rakyat...
Salam,
Semoga Allah memudahkan urusan kita YB.. Kita nak cari redho Allah dan RasulNya, bukan populariti dunia..
Salam bro...
Tak jadi ke buat sidang akhbar yesterday sebelum masuk sidang j/kuasa disiplin tu? sabar bro...
Tapi ana setuju dgn pendekatan anta yg tidak mahu dibicarakan oleh non-muslim di atas isu agama..
keep up the stand bro...matlamat tidak menghalalkan cara..right?
zul, you one confused person
InsyaAllah YB, Allah akan bersama dengan orang yang membantu Nya.
Teruskn perjuangan YB.
Saya mungkin bukan orang dari parti yang sama tapi secara jujurnya memang kagum dan akan sentiasa menyokong tindakan YB.
Yakinlah dengan Allah. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan.
Semoga usaha YB diberkati Allah, Insya-Allah.
salam sdr zul
perdalamilah ilmu islam secara total
buang keegoan dan sikap self-centered
jangan melatah seolah kita sahaja yang benar
bergerak secara sendirian dalam perjuangan mungkin menemui jalan yang sesat
disebaliknya perjuangan harus bersama jemaah..
belajarlah bertolak ansur dalam jemaah..
islam perlu diperjuangkan secara kaedah saintifik
melihat kesan tindakan kita pada jemaah..
melainkan kalau kita sengaja untuk menghancurkan jemaah itu...
itulah kemunafikan namanya...
bahawa rasul menanamkan roh islam secara halus dan lama...dia tidak menentang terus dengan kasar dan menghukum terutama pada perkara-perkara yang furuk...carilah penyelesaian dulu secara jemaah..dengarlah hujah orang lain..bahawa kita tidak sempurna pada semua begitu juga orang lain...kita manusia memerlukan antara satu dengan yang lain...bagi menampung kekurangan...insaflah barangkali kesedaran kita ini tersilap...muhasabahlah..rujuklah ilmuan yang tersohor...dan ilmu perlu berguru...
dari sudut politik, saya melihat apa yang berlaku seolah satu gerombolan yang terancang oleh puak munafik untuk melumpuhkan perjuangan perubahan...dengan serangan secara besar-besaran ketika DSAI sedang menghadapi kesulitan dengan kes Fitnah di mahkamah..soalnya kalaunak menyuarakan perkara furuk mengapa sekarang? Saya melihat kesamsengan puak yang satu lagi begitu ketara dengan menguasai segala jentera baik secara haram atau halal...pada mereka semuanya halal..
kerajaan selangor tiada hak mengodit akaun YBK ..sementara Dato'pa dan geng ada hak untuk mengagihkan wang ihsan di kelantan...saya begitu celaru dengan pengertian hak itu...
fi sabilina
fi sabilina ler....rosak bahasa ler YB...
kalau 'inilah caraku/jalanku' = haza sabili
menarik sekali sajak Tuan..saya rasa ia petanda tuan akan meninggalkan pkr serta merta.
saya doakan dari dulu lagi tinggalkan saja anwar ibrahim dan pkr.
tuan boleh lakukannya.
salam.
fi sabilina yang btul kuttttt....
Rujuk sejarah Singapura, tahun 64, isu pertelingkahan kaum, botol dibaling ke arah org Melayu ketika perarakan Maulidur Rasul ..org melayu dipersalahkan ..oleh macai Lim kUAN Yew no 1 - Othman Wok.. Tahun 2002, Singapura haramkan pemakain tudung utk peljar sekolah rendah atas alasan integrasi kaum- Apa kata orang melayu? Mufti Singapura Isa Semait kata " Takpa lah belum baligh lagi, nanti kita rugi , tahap pendidikan Sigapura terbaik di dunia.."
Setiap kali terjadi apa2 yg merugikan org melayu/Islam, org melayu jugak yg mengiyakannya..Bila dah betul2 Pulau Pinang jadi carbon copy Singapura pun akan ade orang melayu jugak bertepuk tangan merestuinya .., rujuk Suparyop.
allahu akhbar~ sy menyokong yb ZN~
Post a Comment