30 September 2010
VIVA BOSNIA
Alhamdulillah setelah diizinkan ALLAH menjejak kaki di Ghozzah dan bersama umat Islam disana menyambut Ramadhan, teman diberi peluang sekali lagi oleh ALLAH untuk bersama dengan umat Islam Bosnia pula.
Insyallah teman akan bertolak ke Sarajevo, Bosnia hari ini melalui UK/Budapest. Bergantung kepada tugasan dan keadaan disana, insyallah teman akan berada disana sehingga 12 Okt 2010.
Jadi bagi tempoh dari 30 Sept hingga 12 Okt ini, kemungkinan teman tidak dapat updatekan blog. Namun jika ada kesempatan dan ruang akan teman usahakan, samada melalui blog, twitter atau facebook.
Ok lh yop, adios amigos. Grasias.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Syawal 1431
30 Sept 2010
TABLIGH!
Saya menerima email dibawah ini yang saya rasa sangat elok dikongsi bersama, khususnya bagi mereka yang beriya-iya berjuang untuk Islam. Setelah membaca kisah ini, cuba tanya diri kita satu soalan mudah tapi sangat besar ertinya: berapa orang non-Muslim pernah mendengar seruan da'wah daripada kita mengajak mereka kepada Islam, menyembah ALLAH Yang Satu!
Kekadang dalam kekalutan kita dengan kehidupan ini, kita terlupa itulah tugas utama Rasulullah; tabligh. Menyampaikan risalah tauhid ini. Dalam keghairahan mengejar kerusi dan kuasa politik, cuba kita tengok cermin bebaik. Pernahkah Chua Soi Lek, Samy Vellu, Koh Tsoo Koon, Bernard Dompok, Pairin Kitingan, Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua, Sivarasa dan ramai lagi politikus mendengar seruan da'wah dari kita? Bagaimana pula dengan Lee Kuan Yew, Aquino, Abhisit, Manmohan Singh, Gillard, Obama, Nentanyahu dan ramai lagi!
Saya pernah cuba buat seruan terbuka dihadapan mereka semua semasa sidang Parlimem semasa dalam ucapan perbahasan, saya pernah menghadiahkan sebahagian mereka terjemahan Al Quran bahasa Inggeris, pernah beberapa orang dari mereka saya seru secara bersemuka. Namun saya berasa usaha itu terlalu kecil, sebesar zahrah pun tak sampai.
Sebab itu saya sekarang menumpu kepada kerja-kerja NGO terutama dalam hal humanitarian, khususnya dalam bidang da'wah..atau apa yang disebut sebagai "Islamic outreach". Insyallah saya dan sahabat-sahabat sedang berusaha menubuhkan satu yayasan untuk tujuan itu, dan saya sangat bersyukur seorang tokoh korporat yang telah menyatakan minat mendalam beliau kepada usaha ini. Malahan saya sendiri sangat kagum dengan pengetahuan dan kebolehan tokoh korporat ini mengemukakan pandangan bernas terutamanya dalam isu perbandingan agama
Selain para alim ulama dan ilmuan islam, beliau adalah antara tokoh yang bukan sahaja meyakinkan kepada saya bahawa penggunaan nama "ALLAH" oleh golongan Kristian bukan sahaja salah, malahan bercanggah dengan kefahaman mereka sendiri berdasarkan kitab mereka sendiri! Bukan itu sahaja, malah kata beliau, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kesilapan mereka, dan yang lebih penting membawa mereka balik kepada aqidah yang betul, kepada mempertuhankan ALLAH Yang Maha Esa. Bukan kerja kita terus membiarkan mereka dalam kekufuran dan kesesatan yang nyata! Maka tercetuslah cadangan menubuhkan yayasan outreach tersebut. Insyallah.
Moga kisah dibawah ini akan membawa menafaat kepada kita semua. Dan kepada yang mengirimkannya kepada saya, tiada ucapan yang lebih berharga melainkan doa moga ALLAH memberkati usaha mulia ini. Dan kepada penulis kisah ini, siapa juga saudara atau saudari, moga pengalaman itu menjadi mutiara buat pencetus kepada usaha da'wah dan menghidupkan serta melaksanakan salah satu sifat Rasulullah: tabligh!
Wassalam.
Khamis
21 Syawal 1431
30 Sept 2010
###########################
Aku, Lim dan Islam
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!
26 September 2010
TERHINA LAGI!
Semasa pendedahan dibuat baru-baru ini bahawa ada kemungkinan program bantuan sumbangan wang tunai Warga Emas & Miskin tegar di Pulau Pinang menggunakan wang judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, anak lelaki Kitsiang beriya-iya menafikannya!
Tau-tau sepucuk surat dari pejabat anak lelaki Kitsiang mengucapkan terima kasih kepada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang atas sumbangan sebanyak RM500,000-00 didedahkan. Maka anak lelaki Kitsiang pun buat u-turn pulak..dakwa ada orang nak perbesarkan isu yang kecik.
Saya nak bagitahu anak Kitsiang ni, menyumbat mulut orang Islam dengan duit judi lumba kuda ini adalah HARAM. Lu kalu tak tau kalu pigi tanya lu punya kawan itu pak jangoat. Oh, apa macam lu mau tanya sama deorang, pasal deorang sudah angkat lu jadi kalipah.
Tapi kalau lu mau tau, kasi orang Islam makan duit judi bukan kecik punya isu. Ini isu halal haram, ini isu syurga neraka bagi orang Islam. Saya tak heran kalu anak laki Kitsiang ni dok buat perangai macam tu pase dia kapir. Dan depa ni pun memang jenis cauvinis, anti Melayu dan anti Islam. Yang agak malang ada orang Melayu keliling anak lelaki Kitsiang tak boleh nak menasihatkan dan menegur beliau, mereka hanya berjaya menjadi pak tunggul dan pak hangguk aje.
Saya mendesak pihak berkuasa segera menyiasat pendedahan berani yang dibuat ini. Tindakan tegas perlu diambil jika benar umat Islam diberikan wang hasil judi Kelab Lumba Kuda ini sebagai sumbangan Warga Emas & Miskin tegar. Jika ianya terbukti sengaja dibuat untuk menghina umat Islam, tindakan paling keras perlu di ambil supaya tiada pihak yang akan memperlekehkan umat Islam. Dan saya cadangkan supaya satu lapouran polis dibuat berdasarkan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Adios amigos, wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
17 Syawal 1431
26 Sept 2010
22 September 2010
BIOR BETOI YOP!
Teman agak terkejut membaca lapuran bahawa sebuah Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan mengadakan perancangan membawa 40 orang ustad untuk sembahyang di Masjidil Haram untuk mendapatkan royalti minyak daripada Petronas (lapuran penuh teman siarkan dibawah yop). Teman dah check dan double check lapuran tersebut untuk pastikan kesahihannya (pase teman tak mau jadi macam setengah pak-pak jangoat main rembat je apa pemfitnah dan pembohong sumbatkan ke kepala dema yop, peh tu ngembek sakan macam fitnah tu betoi, langsung tak check walaupun ALLAH suruh check dulu). Dan teman dapati memang lapuran tu betoi yop.
Sebenarnya tak salah buat sembahyang ni dan doa mintak pada ALLAH, tapi yang mengejutkan teman kos sembahyang di Mekah ini ialah RM400,000-00!! Dekat setengah juta yop!!
Isyk..isyk..isyk..tak boleh ke sembahyang hajat tu buat di Stadium Kota Bharu je yop! Atau kat Stadium Darul Aman Kedah ke, atau mana-mana masjid yang berlambak dalam negara ni.
RM400,000-00 kalau bagi orang miskin buat rumah RM25,000-00 sebijik dah lebih 15 rakyat miskin dapat rumah. Kalau bagi fakir buat haji, 45 orang susah dah selesai tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Banyak boleh buat dengan RM400,000-00 tu yop!!
Teman tak mau nak komen banyak sangat, nanti pak jangoat terkentut-kentut pulak. Tapi mengkome semua pikio sendiri lah yop. Naik riso juge teman dengan keghairahan dema mengejor royalti ni. Kalau pikio balik-balik yop, agaknya ada hikmahnya kot ALLAH tak bagi royalti ni. Tau ajelah yop, bab duit ni, jangankan ustad, adik beradik pun sanggup berbunuh yop!
Malahan Rasulullah saw sendiri pernah berpesan (lebih kurang mafhumnya), "aku tidak takut kamu (umat Islam) di uji dengan kemiskinan, tetapi aku lebih khuatir kamu dicuba dengan kesenangan!!". Berapa ramai yang dah tumbang apabila di uji dan dicuba dengan tiga "ta" ini..takhta..harta..wanita..!
Pada teman lah, daripada perabis dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya ALLAH berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita. Wallahua'lam.
Tepok dada tanya iman ajelah yop!
Adios amigos..grasias!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
13 Syawal 1431
22 Sept 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran di MalaysiaKini bertarikh 22.09.2010)
Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu
Abdul Rahim Sabri 22 Sep, 10 2:05pm
Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.
Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.
"Sejak dilancarkan pada 2 Syawal yang lalu, kita baru sahaja mendapat tidak sampai RM20 ribu... Kita akan bawa mereka selepas daripada musim haji. Sebaik sahaja visa umrah buka, kita akan pergi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Laman web rasminya www.munajatroyalti.com serta laman Facebook untuk kempen itu, Misi Munajat Royalti Rakyat melaporkan, kempen itu diwujudkan supaya semua rakyat dapat menyatakan sokongan terhadap usaha itu.
Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.
Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata, pihaknya kini sedang mengedarkan dan menjual 'kupon penajaan rakyat' untuk diedarkan kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai sokongan kepada tujuan tersebut.
"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.
Selain itu, katanya, usaha sekretariat tersebut telah mendapat sokongan daripada beberapa NGO antaranya, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti (Gegar) dan Persatuan Anak-anak Darul Naim (PERSADA).
Menurutnya, pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat dengan di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
"Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut," katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.
Menurut Md Zulaimi lagi, perlancaran tabung di Lembah Kelang dijadual pada 14 November nanti di Stadium Bangi, Selangor yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum ini dilaporkan tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini. Jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.
Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.
Berikutan itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu
21 September 2010
LEPAS GERAM?
Sekali lagi negara dikejutkan dengan penderaan terhadap seorang pembantu rumah dari Indonesia! Mangsa terbaru dikenali sebagai Winfaida mendakwa didera dan dirogol oleh majikannya yang dikenali sebagai Vellu dan isterinya (lapuran lanjut dibawah).
Difahamkan dalam kejadian yang berlaku beberapa kali itu, Winfaida dirogol oleh sang suami dengan kerjasama sang isteri. Dan Winfaida akan dipukul dan didera oleh sang isteri jika tidak memuaskan nafsu haiwan sang suami!
Kita masih lagi belum terkejut dengan kejadian penyiksaan dan penderaan terhadap Nirmala Bonet, seorang lagi gadis Indonesia yang mengalami penderaan kejam dan zalim oleh majikannya.
Apa yang ingin saya bangkitkan disini kelihatannya saperti ada satu trend penderaan dan penyiksaan terhadap pembantu rumah berbangsa Melayu daripada Indonesia. Dan kebiasaannya majikan yang terlibat adalah dari bukan Melayu. Dalam kes Nirmala Bonet, melibatkan majikan berbangsa Cina; dalam kes Winfaida melibatkan majikan berbangsa India.
Walaupun saya akui ada kes penderaan melibatkan majikan Melayu, tetapi ianya terpencil. Sebaliknya penderaan, penyiksaan dan penganiayaan terhadap pembantu rumah Melayu dari Indonesia kebanyakkannya berlaku dikalangan majikan bukan Melayu.
Ini belum lagi kita mengambil kira maklumat dan berita yang membabitkan penderaan, penganiyaan dan penyiksaan terhadap pekerja-pekerja Islam daripada Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan lain-lain.
Saya berpendapat pihak berkuasa perlu melakukan satu siasatan mendalam, serius dan menyeluruh untuk mengkaji isu ini. Apakah ianya satu trend tempat melepaskan geram terhadap pembantu rumah Melayu ini oleh majikan bukan Melayu? Kerana geram terhadap bangsa Melayu disini, maka bangsa Melayu disana menjadi habuan dera dan penyiksaan?
Kerana kita belum pernah mendengar kisah pembantu rumah lain, samada daripada Filipina, Cina, India dan lain-lain yang mengalami penderaan saperti yang dilalui oleh pembantu rumah berbangsa Melayu daripada Indonesia!
Saya sendiri telah beberapa kali mengemukakan usul ke Parlimen supaya diujudkan satu dasar dimana pembantu rumah beragama Islam (tidak kira dari negara mana) tidak dibenarkan sama sekali berkhidmat dirumah majikan bukan Islam. Kerana lebih banyak masalah yang timbul dari kebaikan, walaupun saya tidak nafikan ada kes-kes terpencil dimana pembantu rumah berbangsa Melayu dari Indonesia ini mempunyai hubungan sangat baik dengan majikan bukan Islamnya.
Apa pun, saya berharap pihak berkuasa memberi perhatian serius kepada isu ini. Saya tidak bercadang menyatakan ini membabitkan isu perkauman atau agama, tetapi apakah ianya satu kebetulan, ataupun sudah menjadi satu trend. Itu yang perlu dikaji dan disiasat oleh pihak berkuasa. Bertindaklah segera sebelum terlambat. Jangan nanti Kedutaan kita di Jakarta kena berak dan kencing lagi baru nak bertindak!!
Adios amigos. Grasias.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Syawal 1431
21 Sept 2010
#########################################
(Lapuran Berita Harian mengenai penderaan terhadap Winfaida pada 19.09.2010)
GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia disiram air panas dan diseterika di dada serta dirogol empat kali sejak beberapa bulan lalu sebelum ditinggalkan di kawasan ladang Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, minggu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Winfaida, 26, dari Jawa Timur, mendakwa didera majikannya sejak Mei lalu dengan memukulnya di kepala, diseterika di dada sehingga melecur, disiram air panas di bahagian belakang, dirogol serta tidak dibayar gaji sejak bekerja dengan pasangan itu pada Februari lalu. Berikutan penderaan secara fizikal dan seksual sejak empat bulan lalu di rumah majikannya di Jelutong di sini, beliau mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan. Wanita itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata perbuatan tidak berperikemanusiaan majikan itu terbongkar apabila dia membawa mangsa dengan sebuah kereta ke sebuah ladang di Nibong Tebal dan meninggalkannya kira-kira jam 9 malam pada 12 September lalu.
Mangsa yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 pagi keesokannya sebelum diserahkan kepada polis Seberang Prai Selatan (SPS).
Pada peringkat awal siasatan, polis sukar mengesan majikan mangsa kerana dia hanya memberitahu bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak di Jelutong. Bagaimanapun selepas hampir seminggu menyiasat, dan dengan bantuan awam, polis berjaya mengesan majikan mangsa.
Berikutan itu, polis menyerbu satu unit pangsapuri di Jalan Penawar Satu, Jelutong kira-kira jam 9.15 malam kelmarin dan menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan isterinya berumur 36 tahun.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku mendera mangsa termasuk merogol wanita itu beberapa kali dan pemeriksaan doktor juga mendapati ada koyakan di kemaluan mangsa. Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Kong Meng berkata, polis turut merampas sebuah seterika di rumah pasangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.
Turut dirampas satu tali pinggang, cadar dan cadar di bilik mangsa serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang digunakan untuk membawa mangsa ke Nibong Tebal. Semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah dan satu kes jenayah.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol.
19 September 2010
TAZKIRAH BUAT MELAYU!
Salam 2 all.
Saya tertarik dengan artikel tulisan Datuk Mohd. Ariff (bekas ADUN Pulau Manis) di www.sakmongkol.blogspot.com mengenai kedudukan dan keadaan bangsa Melayu hari ini.
Saya bersetuju sangat dengan pandangan beliau. Pada saya, tindakan UMNO baru-baru ini menolak sebarang hubungan atau kerjasama dengan Perkasa adalah satu tindakan menggali kubor sendiri. Kata omputeh, "it's a self destructive move!". UMNO dilihat sebagai Si Tanggang yang lupa asal usulnya. Bukan itu sahaja, UMNO kini dilihat sebagai Hang Tuah yang menggunakan keris Taming Sari membunuh sahabatnya sendiri Hang Jebat!!
UMNO perlu sedar bahawa ia adalah sebuah parti politik yang berteraskan Melayu. Tanpa Melayu tiada UMNO, tapi tidak semestinya tiada UMNO hilang Melayu. UMNO perlukan sokongan Melayu, disitulah power base bagi UMNO. Itu adalah sifir politik yang budak Tadika Kemas pun boleh nampak.
Sebagaimana PAS harus sedar bahawa ia adalah sebuah parti politik yang berteraskan Muslim. Tanpa Muslim tiada PAS, tetapi tidak semestinya tiada PAS hilang Muslim. PAS perlukan sokongan Muslim, disitulah power base bagi PAS. Itu adalah sifir politik yang budak Pasti pun boleh nampak.
Tetapi hari ini, UMNO mengenepikan Melayu demi mengejar undi Cina! PAS mengenepikan Muslim demi mengejar undi Cina!
UMNO - Melayu = Cina!
PAS - Muslim = Cina!
Yang rugi Melayu Muslim, yang untung jelas siapa dia!!
Berbalik kepada UMNO, adalah tidak logik dan bertentangan dengan aqal yang waras kalau UMNO bertindak menolak kerjasama dengan sebuah badan saperti Perkasa yang memperjuangkan hak dan kedudkan bangsa Melayu. Apatah lagi jika pendirian itu dibuat kerana tekanan dan kehendak parti bukan Melayu.
Perkasa adalah umpama Hang Jebat bagi orang Melayu Muslim hari ini. Ia cuba mempertahankan hak dan kedudukan Melayu Muslim, membela bangsa dan agama yang dikhianati oleh parti-parti politik Melayu Muslim. Sebaliknya perjuangan murni itu ditikam oleh keris pedang parti-parti politik Melayu Muslim yang begitu ketakutan kehilangan undi dan sokongan kaum Cina. Akhirnya nanti, kedua-duanya akan berputih mata! Yang dikejar tak dapat, yang dikendung akan berciciran!
Sepatutnya dalam keadaan sekarang, UMNO mengambil pendekatan merangkum dan menjalin hubungan dengan mana-mana pihak yang boleh menobatkan bangsa Melayu Muslim semula sebagai kuasa unggul Tanah Melayu ini. Samada ianya NGO, parti politik, atau mana-mana pertubuhan, gerakan dan lain-lain.
Pada saya sifir politiknya mudah. Power base di Malaysia ini terletak kepada kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu Muslim itu sendiri. Mana-mana pihak yang dilihat menguasai politik Melayu Muslim, maka pihak itulah yang akan berkuasa. Kerana kaum bukan Melayu Muslim ini umpama semut, mana letak gula disitulah dia akan pergi. Selama ini persepsi dikalangan bukan Melayu Muslim ialah kuasa Melayu Muslim terletak pada UMNO. Sebab itulah UMNO dihurungi.
Tetapi hari ini persepsi itu sudah berjaya dipecahkan, oleh orang Melayu Muslim sendiri. Kini mana-mana orang bukan Melayu Muslim tahu bahawa kuasa dominan politik Melayu Muslim sudah berpecah, hampir 50:50 kepada UMNO dan PAS/PKR. Dalam keadaan itu, mereka tahu power base Melayu Muslim sudah tiada. Kuasa tunggal Melayu Muslim di Tanah Melayu kini sudah jadi satu mitos.
Oleh itu, kaum bukan Melayu Muslim sudah dapat menghidu bahawa mitos Ketuanan Melayu Muslim sudah menjadi cerita dongeng. Mereka sudah nampak bahawa bukan sahaja pneguasaan ekonomi, kini penguasaan politik juga sudah hampir berada didalam genggaman. Dan ini diperburukkan lagi bukan sahaja oleh sikap segelintir Melayu Muslim yang bersedia menjadi barua, balaci dan sikitol, tetapi juga kerana UMNO sendiri tidak juga berubah.
Keangkuhan, kesombongan, rasuah, salahguna kuasa makin parah. Ditambah pula hari ini UMNO kelihatan makin lupa asal usul. Paksi kepada sumber kekuasaan UMNO iaitu bangsa Melayu Muslim sendiri diketepikan.
Kalau dahulu memang benar UMNO mewakili suara Melayu Muslim, atau lebih tepat lagi Melayu Muslim marhaen. Sebab itu Perhimpunan Agong UMNO dihadiri oleh perwakilan dari kalangan rakyat bawahan; petani, penoreh getah, peladang, pekebun, nelayan, pemandu teksi, termasuk khususnya guru-guru. Mereka ini adalah golongan yang tiada kepentingan, mereka benar-benar membawa suara rakyat bawahan, umat marhaen. Kepentingan mereka hanya untuk melihat Melayu Muslim marhaen dibela dan dipertahankan.
Maka muncullah dasar dan polisi yang menjaga kepentingan Melayu Muslim marhaen. Ujudlah Bank Bumiputera, Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat, Institut Teknologi MARA, Felda, Felcra, Risda, Bank Rakyat, Permodalan Nasional Berhad dengan segala skim amanahnya, dan banyak lagi institusi yang semuanya dilihat menjaga kebajikan dan kepentingan Melayu Muslim marhaen. Maka sokongan Melayu Muslim marhaen bulat kepada UMNO.
Tetapi hari ini Perhimpunan Agong UMNO dipenuhi dengan kereta mewah, perwakilannya para korporat dan teknokrat, yang suara dibawa bukan lagi suara Melayu Muslim marhaen, sebaliknya hanya untuk memastikan tembolok dan akaun bank mereka makin tebal. Muncul satu golongan baru dikenali sebagai Umnoputra; golongan yang jumlahnya sedikit tetapi mengaut keuntungan yang terlalu besar. Muncullah Renong Berhad, Fleet Group, UEM, 4 Budak Melayu, Budak Tingkat 4 dan banyak lagi kumpulan dan syarikat gergasi yang kantungnya berguni dengan duit subsidi dan kontrak projek!! Malah muncul Melayu penganggur paling kaya didunia dikalangan mereka. Kerja tiada tapi akaunnya tumbang dacing menimbangnya!!
Maka Melayu Muslim marhaen bangkit memberontak tidak berpuashati. Dan inilah isu yang dimainkan oleh pembangkang pun. Di Indonesia disebut "Kakane", KKN-Korupsi, Kulusi & Nepotis. Disamping itu pembangkang juga menakut-nakutkan golongan Melayu Muslim marhaen bahawa hak mereka juga sedang terhakis oleh golongan Umnoputra ini. Timbullah isu Felda bankrap, Felcra muflis, Mara nak bungkus, Bank Bumi sudah ghaib, baisiswa sudah hapus, dan banyak lagi isu yang menakutkan mereka. Dan saya yakin isu-isu saperti ini akan terus dipermainkan selagi UMNO tidak berubah.
Dalam keadaan itulah orang Melayu Muslim marhaen tercari-cari alternatif untuk mereka. Kalau waktu ini Parti Semangat Melayu 46 masih ujud, saya percaya UMNO sudah boleh ditalqinkan. Tetapi apa nak buat. Semangat 46 pun kubur tak tahu kat mane! Jadi orang Melayu Muslim marhaen meletak harapan kepada PAS. Namun PAS pula dilihat sebagai parti yang bukan sahaja bersedia menggadai bangsanya (sehingga ada yang tidak bangga jadi melayu), malah PAS dilihat sebagai sanggup mempermainkan dan menjual agamanya sendiri. Timbul isu talaq 3, kuil diizin bina kawasan Melayu Muslim, tempat sujud ruku' boleh diceroboh kafir tanpa tutup aurat, sehinggakan nama ALLAH pun jadi bahan politik kepartian!!
Dalam keadaan orang Melayu Muslim marhaen tercari-cari inilah munculnya kumpulan saperti Perkasa, yang dilihat benar-benar berusaha mahu mempertahankan hak orang Melayu Muslim marhaen samada dari segi agama Islamnya, mahupun kedudukan dan hak keistimewaannya. Maka tidak hairanlah orang-orang Melayu Muslim marhaen, termasuk dari kedua-dua parti politik besar melayu Umno & Pas, berbondong-bondong menyertai dan menyokong Perkasa. Dalam tempoh yang begitu singkat keahlian Perkasa kini sudah menuju ke setengah juta!!
Saya percaya fenomena ini berlaku bukan kerana kehebatan Perkasa, apatah lagi Datuk Ibrahim Ali. Saya ingat kalau atas nama Tok Him mau lari orang Melayu. Tetapi kerana orang Melayu Muslim marhaen sudah tidak nampak ada harapan kepada Umno mahupun Pas. Kedua-duanya kelihatan kuno dan melepas!
Sebab itu pada saya, adalah satu kesilapan besar bagi Umno untuk menolak Perkasa mentah-mentah. Malahan sebagai satu strategi politik yang bijak dan waras, Umno sepatutnya memberi ruang yang lebih kepada Perkasa, dan mana-mana Ngo dan pertubuhan yang mewakili akar umbi Melayu Muslim marhaen ini. Apatah lagi dengan kegagalan Pemuda Umno memainkan peranan yang sepatutnya. Pemuda yang dahulu terkenal dengan jolokan Singa Melayu, kini hanya menjadi kucing kurap yang lebih seronok menari gendang orang lain.
Saya lihat didalam Umno kini (termasuk juga Pas) memang ramai yang cerdik pandai, tetapi tidak bijak dan waras. Malah ada yang sudah mencecah kepada biol dan bahalul!
Sebab itu saya menyeru Umno (dan PAS) supaya balik ke pangkal jalan. Binalah semula kekuatannya sebagai "Malay-Muslim base party", yang mendapat sokongan mutlak bangsa Melayu-Muslim, terutama golongan marhaen dan bawahan. Lebih elok lagi kalau Umno dapat memperjuangkan dan memperkasakan Islam. Malah dalam kelesuan dan ketidakmayaan Pas hari ini, Umno sepatutnya merebut peluang untuk mengisi kekosongan perjuangan Islam yang ditinggalkan. Kerana tanpa Islam apa sangatlah bangsa Melayu ini. Kalau Umno boleh menukar strategi dan dasarnya sekarang, termasuk melakukan rebranding kepada beberapa slogannya yang kurang keislaman dan kemelayuannya, dan mengadakan lebih banyak dasar, polisi dan program yang lebih bersifat "Islamic & Malay Outreach", saya percaya ia boleh bangkit semula sebagai kuasa baru yang diterima oleh bukan sahaja oleh bangsa Melayu-Muslim, malah akan kembali dihurungi oleh kaum bukan melayu.
Jangan kita termasuk golongan yang disebut dalam peribahasa Melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". Terlalu mengejar sokongan dan undi bukan melayu, akhirnya sokongan dan undi Melayu-Muslim pun kehilangan.
Wassalam.
Zulkifli bin noordin
Selasa
12 Syawal 1431
21 Sept 2010
18 September 2010
PENEMPATAN ANAK YATIM
Salam 2 all.
Saya telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan beberapa rumah penempatan anak-anak yatim di sekitar Lembah Kelang bagi tujuan memberikan penempatan bagi anak-anak yatim daripada kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu.
Alhamdulilah beberapa rumah penempatan anak-anak yatim ini bersedia mengambil beberapa orang anak yatim daripada Kulim Bandar Bharu dengan syarat saperti berikut:
1. Keutamaan diberi kepada anak yatim piatu (yang kehilangan ibu bapa) walaupun mereka yang yatim boleh juga memohon;
2. Keutamaan juga diberi kepada anak yatim perempuan (walaupun yang lelaki boleh juga memohon);
3. Umur pemohon mestilah diantara 06-18 tahun;
4. Pemohon yang layak dan diterima masuk akan diberi kemudahan asrama tempat tinggal, makan minum dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya dan persekolahan disekolah-sekolah yang dikenalpasti (dengan perbelanjaan ditanggung penuh oleh penganjur);
5. Bagi yang kurang berkemampuan menghantar anak-anak yatim ini ke Kuala Lumpur, penganjur bersedia menyediakan pengangkutan untuk mengambil mereka dengan tanggungan penganjur sepenuhnya.
6. Pihak penganjur berharap anak-anak yatim ini dapat mendaftar dan masuk ke rumah penempatan ini secepat mungkin untuk membolehkan urusan persekolahan dilakukan segera bagi sesi persekolahan 2011.
Bagi yang berminat, sila hantarkan maklumat yang dperlukan iaitu nama, nombor pengenalan, alamat dan butir-butir keluarga serta pengesahan status samada daripada Ketua Kampung, pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim-Bandar Bharu, pejabat Pegawai Daerah Kulim atau Bandar Bharu, imam masjid kariah berdekatan atau YB Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim atau Bandar Bharu.
Maklumat yang telah lengkap hendaklah dihantar ke:
Zulkifli Bin Noordin
Tingkat 7, Wisma Yakin,
Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur
atau melalui email zul4kulim@gmail.com, atau melalui telefon 03-26936190 dan fax 03-26936255.
Semoga usaha yang sedikit ini akan dapat membantu golongan yang sangat diistimewakan oleh ALLAH dan Rasul saw ini.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
09 Syawal 1431
18 Sept 2010
ALFATIHAH BUAT M. RAJOLI
Salam 2 all.
Saya mengucapkan innalillah hi wainna ilai hiro ji'un dan takziah atas pemergian Allahyarham M. Rajoli @ Mohd. Rajoli bin Mohd Zin (65) yang meninggal semalam di Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham di sembahyangkan di Masjid Al Akram, Kg. Datuk Keramat pagi tadi dan dikebumikan di tanah perkuboran Kg. Datuk Keramat.
Allahyarham tinggal di taman perumahan berhampiran dengan rumah saya. Kadangkala terserempak juga dengan Allahyarham samada semasa beliau menunggang motor besarnya, ataupun pernah juga terserempak dengan Allahyarham diwarung makan Keramat. Walaupun terkenal, tetapi sifat ramah dan mudah berjenaka sangat jelas ada pada Allahyarham.
Saya diberitahu Allahyarham dahulu pernah menjadi seorang muazzin di Masjid Kg. Baru. Entah betul atau tidak saya pun tak pasti, tapi cerita member-member di Kg. Baru macam itulah.
Apapun, negara kehilangan seorang pelakon yang berbakat dan berkaliber. Semoga ALLAH memberikan rahmat keatas Allahyarham, meletakkan beliau didalam golongan yang soleh, dan memberikan keampunan dan maghfirah keatas Allahyarham. Moga ALLAH memberikan juga kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan.
Al Fatihah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
09 Syawal 1431
18 Sept 2010
14 September 2010
DAULAT TUANKU
Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas permasyhuran YTM TengKu Muhammad Faris Petra (42), Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda Tengku Ismail Petra berkuatkuasa hari ini Isnin 04 Ramadhan 1431 bersamaan 13 Sept 2010.
Pemasyhuran YTM Tengku Muhammad Faris Petra oleh YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan tengahari tadi menamatkan kemelut yang melanda Istana Kelantan sejak lebih setahun lalu apabila bekas Tuanku Sultan Kelantan kegeringan akibat serangan angin ahmar dan sakit jantung.
Saya berharap pemasyhuran Tuanku Faris akan membuka lembaran baru kepada pemerintahan di Kelantan yang akan menyaksikan hubungan lebih mantap diantara Istana dan Kerajaan Negeri. Umum mengetahui betapa sukarnya YAB To' Guru mentadbir Kerajaan Negeri apabila hubungan dengan istana dahulu dikatakan agak "sejuk" atas sebab-sebab yang tertentu.
Saya juga berdoa dan berharap rakyat Kelantan dan semua pihak berkaitan akan menghormati pemasyhuran Tuanku Faris kerana ianya dibuat menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan dan mematuhi semua peruntukkan undang-undang yang ada. Di Negeri Kelantan, sebagaimana negeri-negeri lain, pemasyhuran seseorang raja adalah hak mutlak Majlis Perajaan Negeri. Tiada mana-mana pihak boleh mempersoalkan pemasyhuran tersebut. Dan Majlis Perajaan Negeri Kelantan telahpun membuat keputusan. Menurut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, tiada mana-mana orang atau Mahkamah boleh mempersoalkan pemasyhuran dan pertabalan Tuanku Faris tersebut!
Inilah uniknya sistem beraja yang kita 'amalkan sekarang. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju, tetapi itu soal kedua. Pada saya, sistem perlantikan tersebut memastikan bahawa kedaulatan dan keutuhan institusi Raja-Raja Melayu akan kekal dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Apatah lagi dalam keadaan orang Melayu yang makin berpecah dan kuasa Melayu/Islam makin terhakis akibat politikng melampau oleh segelintir orang Melayu, maka tanggungjawab menjaga dan memelihara serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu menjadi semakin penting.
Kita dapat melihat dalam satu kes apabila ada cubaan menceroboh kuasa perlantikan ketua sebuah institusi Islam dengan cubaan melantik seorang balaci politik digagalkan atas kebijaksanaan dan kewibawaan seorang Raja Melayu yang bertindak mempertahankan kesucian Islam daripada menjadi mangsa kerakusan politik sempit.
Saya juga ingin menasihatkan mereka yang mempertikaikan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dengan ugutan ianya mungkin satu "contempt of Court" (kerana konon cerita ada kes sudah difail di Mahkamah); bahawa kamu sendiri mungkin boleh dikenakan tindakan penderhakaan kepada seorang Sultan yang telah ditabal dengan sah mengikut undang-undang. Ingat, mempertikaikan kedaulatan seorang Sultan sama dengan memerangi Tuanku. Dan Seksyen 121 Kanun Kesiksaan memperuntukkan hukuman mati kepada mereka yang memerangi mana-mana Raja Melayu!!
Saya ucapkan selamat bersemayam kepada Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra, semoga pemerintahan Tuanku diberi petunjuk dan kepimpinan oleh ALLAH, serta diberi keberkatan berpanjangan. Semoga Tuanku diberi kesihatan yang baik, dan mendapat hidayah ALLAH untuk membawa Kelantan kearah negeri yang toyyibah.
Daulat Tuanku!!!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
04 Syawal 1431
13 Sept 2010
13 September 2010
TAHNIAH PDRM
Seluruh negara terkejut apabila berita kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya baru-baru ini. Nama Datuk Sosilawati melonjak naik apabila perniagaan kosmetiknya muncul sebagai sebuah empayar. Nama produk Nouvelle Visages meniti dibibir semua pencinta produk kecantikan. Ianya sebuah kisah klasik; dari seorang yang hanya belajar setakat SPM, berkahwin dan punya 6 anak, diceraikan di usia 30, mengharungi kepahitan hidup sebagai janda menjual produk dari rumah ke rumah untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak yang kelaparan, dan berkat usahanya berjaya membina empayar perniagaan bernilai ratusan juta ringgit. Empayar yang dibina atas titik peluh & airmata.
Nama Allahyarham makin terkenal apabila berkahwin dengan rockers Nash yang terkenal dengan lagu "Ada Syurga di Wajah Mu". Namun "syurga" itu tidak berkekalan dan mereka berpisah hanya setelah lapan bulan bersama.
Dengan latarbelakang saperti itu, maka misteri kehilangan jutawan Datuk Sosilawati menjadi kes yang begitu high profil. Seluruh negara bertumpu kepada kes kehilangan beliau berserta peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim (32), pemandunya Kamarudin Shamsudin (44), dan banker beliau Noorhisham Mohammad (38). Mereka dikatakan sepatutnya berjumpa dengan seorang peguam di Bantoing pada 30 Ogos 2010 berkaitan urusan hartanah. Namun sejak hari itu, tiada berita diterima mengenai mereka.
Sebaik sahaja menerima lapuran kehilangan beliau yang dibuat di IPD Dang Wangi, pihak polis terus menubuhkan pasukan penyiasat dan terus "full swing". Dalam tempoh 48jam, pihak polis mendapat petunjuk dengan penemuan kereta BMW X5 kepunyaan Datuk Sosilawati dan kereta peguamnya. Diwaktu itu, mereka yang biasa dengan penyiasatan polis akan dapat menghidu apa yang terjadi kepada mereka (kebetulan saya banyak membuat kes jenayah sebagai peguam, dah mangli dengan siasatan polis, lagipun pengalaman ditahan ISA turut membantu).
Dan dalam tempoh tak berapa lama, polis berjaya menjejaki suspek-suspek dalam kes ini. Dan dalam tempoh yang singkat, misteri kehilangan Datuk Sosilawati terungkai dengan penemuan lokasi pembunuhan dan pembakaran mayat-mayat mereka di Ladang Gadong, Kuala Langat semalam Ahad 03 Syawal 1431/ 12 Sept 2010.
Bukan itu sahaja, diberitakan bahawa siasatan polis juga berjaya merungkai empat lagi kes misteri kehilangan empat ahli perniagaan setahun yang lalu. Mereka juga disyaki menjadi mangsa pembunuhan!!
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pasukan polis kita yang berjaya menyelesaikan kes berprofil tinggi ini dalam tempoh yang begitu singkat. Ini jelas membuktikan kualiti kepolisian kita adalah sangat membanggakan dan setaraf dengan, malah mungkin lebih hebat dari kebanyakan pasukan polis dinegara lain termasuk negara maju.
Kita sepatutnya berbangga dengan kehebatan pasukan polis kita. Kita akui didalam mana-mana pasukan akan ada "black-sheepnya", namun disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Apa yang malang ada pihak, yang menghadapi masalah peribadi mengambil kesempatan memburukkan imej pasukan polis semata-mata untuk menutup kelemahan nafsu serakahnya. Saya berharap rakyat tidak terpedaya dengan penipuan, pembohongan dan putarbelit yang dilakukan oleh golongan lemah aqal ini.
Sebab itu saya mengutuk keras tindakan seorang politikus murahan membuat kenyataan cuba mencemarkan nama baik Ketua Polis Negara yang baru dengan mendakwa beliau akan mulakan tugas baru dengan membuat beberapa tangkapan terhadap pembangkang. Ini adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dibuat oleh mereka yang muflis dan tidak bertamaddun. Bak kata seorang rakan blog saya, "ni jenis akai letak kat buntut"!!
Saya juga berharap tidak ada pihak yang akan memutarbelitkan kes pembunuha Datuk Sosilawati ini dengan mempolitikkannya, kerana ada segelintir makhluk di Malaysia ni yang takde kerja lain selain dari main politik 24jam sehari. Saya membuat kenyataan ini kerana sudah terdengar suara-suara sumbang nak mengaitkan Perdana Menteri & isteri dengan kes pembunuhan ini, sebagaimana mereka cuba lakukan dalam kes pembunuhan Altantuya.
Saya juga berharap tidak ada pihak yang akan memutarbelitkan kes ini kepada isu perkauman, walaupun kini kita ketahui suspek yang terlibaat disyaki berketurunan india dan mangsanya berbangsa melayu. Kes ini takde kena mengena dengan isu perkauman. Ianya adalah kes jenayah pembunuhan kejam! Itu sahaja.
Kejayaan pihak polis menyelelesaikan kes misteri kehilangan Datuk Sosilawati pada 12 Sept merupakan hadiah perpisahan terbaik buat mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, dan satu permulaan yang baik bagi KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar.
Sekarang menjadi tugas pasukan pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pula untuk memastikan pendakwaan yang terbaik dalam kes ini. Apatah lagi antara suspek kes ini dikatakan melibatkan peguam. Maka saya berharap pasukan pendakwaan akan membuat persediaan yang rapi dan teliti. Do not leave any stone unturned"! Diharap kecemerlangan pasukan PDRM akan diteruskan oleh pasukan Jabatan Peguam Negara.
Apa pun, tahniah & bravo kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia.
Adios amigos, grasias senor.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
04 Syawal 1431
12 Sept 2010
09 September 2010
HARI BAKAR AL QURAN ANTARABANGSA
Salam 2 all.
Saya mengutuk keras tindakan Father Terry Jones la'natullah daripada Gereja Dove World Outreach Center, Florida, Amerika Syarikat yang mengisytiharkan 11.09.2010 sebagai Hari Pembakaran Al Quran Antarabangsa. Pada hari tersebut beliau dan pengikutnya bercadang membakar Al Quran atas alasan bahawa "Al Quran bercanggah dengan Bible dan mengajar manusia kejahatan".
Tindakan beliau ini dibuat untuk kononnya memperingati kemusnahan bangunan World Trade Center dalam peristiwa 11 Sept 2001. Beliau mempersalahkan Islam dan Al Quran sebagai punca kejadian tersebut.
Sebenarnya gereja tersebut hanyalah sebuah gereja kecil dengan pengikut tak sampai pun 50 orang. Tetapi kita khuatir dengan tindak-tanduk beberapa orang paderi dan gereja yang akhir-akhir ini seolah-olah mencabar Islam dan tamaddun kemanusiaan. Di Malaysia sendiri kita sudah ada pader yang mengaku secara terbuka sebagai peliwat dan pengamal homoseks.
Yang peliknya kelihatan pihak berkuasa dan pihak kepimpinan gereja dan agama kristian seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa selain mengeluarkan kenyataan mengkritik dan mengutuk. Apakah benar mereka tidak boleh berbuat apa-apa, atau sengaja tidak mahu berbuat apa-apa.
Saya boleh bayangkan apa akan jadi jika seorang imam sebuah surau kecil di ceruk Baling sana membuat kenyataan akan membakar Bible. Saya pasti Bangsa-Bangsa Bersatu akan membuat sidang khas dan Majlis Keselamatan dan Nato akan menghantar tentera menyerang surau tersebut. Amerika jangan katalah, dia akan hantar bala tentera dan menceroboh serta menakluk Malaysia, dan mungkin meletakkan paderi peliwat dan homoseks itu sebagai Presiden Malaysia!!
Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton bahawa kerajaan Amerika tidak dapat berbuat apa-apa adalah sangat memalukan. Konon cerita First Amendment Perlembagaan Amerika menjamin hak kebebasan bersuara, oleh itu mereka tidak mampu menahan Terry Jones daripada membakar Al Quran tersebut kerana itu hak kebebasan bersuara!
Inilah padahnya kalau hak kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan dipertuhankan sangat, sehingga akhirnya kerajaan dan pemerintah serta rakyat menjadi mandul, dayus dan lumpuh bila berhadapan dengan puak-puak ini.
Saya kadang-kadang terfikir ada bagusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kita ada , kerana tindakan orang saperti Terry Jones itu sudah pasti akan membolehkan Kerajaan mengambil tindakan menahan beliau demi keselamatan negara.
Saya juga hairan sehingga kini tiada sebarang komen atau tindakan samada daripada Majlis Gereja Malaysia, Majlis Perunding Agama-Agama Bukan Islam, Majlis Peguam, DAP dan lain-lain. Selalunya mereka cepat membuat kenyataan mengutuk sana-sini, tambah kalau yang membuat kenyataan itu orang Islam/ Melayu, ataupun menyentuh hak Islam/ Melayu!
Sejarah membuktikan bahawa orang kafir ini apabila menyentuh perkara atau isu mengenai Islam, mereka akan bertindak secara zalim dan diluar batasan kemanusiaan. Lihat sahaja peristiwa yang berlaku di Iraq & Afghanistan. Kita masih ingat sejarah penyembelihan umat Islam Bosnia. Kita tidak lupa pembunuhan umat Islam di Granada, Sepanyol. Masih segar dalam ingatan kita penghapusan umat Islam di Jerusalem, Chechen, Kashmir, Selatan Thailand, Selatan Filipina, dan didepan mata kita umat Islam Falastin. Bukan sahaja pembunuhan dan penyembelihan, malah wanita Islam dirogol secara genocide, masjid dibakar dan diruntuh, Al Quran dibakar dan ada yang dikencing dan dibuang dalam tandas!!
Dan cuba lihat sejarah Islam. Tidak ada langsung catatan menyebut tentang kezaliman umat Islam terhadap penganut agama lain. Malah apabila Saidina 'Umar membuka Baitul Maqdis, bukan sahaja gereja dan synagogue dipelihara, beliau enggan bersolat didalamnya kerana khuatir akan menjejaskan rumah ibadah mereka. Akhlak yang sama ditunjuk oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi semasa membebaskan Al Aqsa. Dan dimana sahaja negara umat Islam memerintah, hak dan amalan kumpulan minoriti dari agama lain dijaga dan dipelihara. Tetapi kalau umat islam menjadi minoriti, tunggulah penyembelihan, pembunuhan, perakusan, perogolan, penganiayaan dan macam-macam lagi tindakan tidak bertamaddun yang akan dilakukan.
Sebab itu saya menyeru umat Islam, dimana sahaja kita berada, bersatulah kita dibawah tali ALLAH, berpegang kepada Al Quran & Sunnah. Siapa sahaja yang menyebut kalimah toyyibah La ila haillallah, mereka adalah saudara kita. Jangalah kita terjebak kepada apa yang telah Nabi saw sabdakan, "diakhir zaman nanti kamu hanya saperti buih yang langsung tidak punya sebarang harga, kerana ramai kamu tetapi boleh diratah oleh kafir yang bersatu. Ini berlaku kerana kamu tidak boleh nak bersatu dibawah Al Quran. Maka dicabut perasaan takut musuh kepada kamu, dan dicampak perasaan wahan kepada kamu, iaitu terlalu cintakan dunia dan takut mati!!".
Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Satu, kepada ALLAH kita ikhlas memperhambakan diri, walau kafir, musyrik dan munafik tidak menyukainya. Kerana ALLAH itu benar, dan ALLAH akan membantu kita dengan mengalahkan musuh Islam, dan meletakkan mereka dibawah tapak kaki kita".
Itulah maksud takbir raya yang akan kita kumandangkan dalam masa 4-5 jam lagi. Hayatilah maksud takbir tersebut. Insaflah wahai umat Islam. Sekiranya kita tidak memenuhi syarat-syarat untuk mendapat bantua ALLAH, maka ALLAH tidak akan memberikan narullah kepada kita. Dan syarat mendapat nasrullah & bantuan ALLAH ini ialah dengan kita kembali menjalani kehidupan benar-benar menurut Al Quran, mengimaninya, membacanya, mengamal & melaksanakannya, serta menyebar dan menyampaikannya keseluruh pelusuk kemanusiaan.
Jika tidak, ingatlah janji ALLAH, kita akan dihina dimana juga kita berada. Dan terbukti didepan mata kita, apabila sebuah gereja kecil hendaka membakar Al Quran, kita tidak mampu berbuat apa-apa! Apabila ada paderi peliwat & homoseks membuka gereja didalam negara kita, juga kita hanya sekadar boleh ttengok dan menggeleng kepala. Kita sebenarnya telah muncul menjadi umat yang dayus, lemah lagi hina, Dan itu semua kerana kesalahan kita sendiri!!
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
30 Ramadhan 1431
09 Sept 2010
*Gambar atas: Father Terry Jones la'natullah, Paderi Gereja Dove World Outreach Center di Florida yang hanya mempunyai pengikut tidak sampai 50 orang pun!
*Gambar 2 menunjukkan sebuah masjid yang pernah dibakar di United Kingdom;
*Gambar 3 menunjukkan sebuah masjid yang dibom dan dimusnahkan di Bosnia;
*Gambar 4 menunjukkan naskhah Al Quran yang dibakar di Iraq.
08 September 2010
BILA AZAN BERKUMANDANG
Saya menerima email ini dari sahabat saya Tuan Haji Mohd. Noor yang saya ingin kongsi bersama, moga-moga ianya memberi menafaat kepada kita semua insyallah.
"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...Allahu Akbar!!".
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras. Dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'. Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematianyang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin yarobbala'lamin'.
Sekian buat renungan kita bersama dibulan Ramadhan al mubarak ini.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
29 Ramadhan 1431
08 Sept 2010
SALAM 'EID
EIDUL TAQWA
Hari ni Rabu 29 Ramadhan 1431 (bersamaan 08.09.2010). Kalau takde aral, insyallah Ramadhan tinggal sehari sahaja lagi. Insyallah Jumaat kita menyambut 'eidulfitri.
Dalam kelam kabut kita membuat persiapan menyambut 'eidulfitri, dan mengharungi kesesakan trafik dalam perjalanan balik ke kampung, jom kita imbas kembali 'ibadah puasa yang kita lalui tahun 1431 hijrah ini.
Apa yang penting, kita perlu mengukur apakah kita sudah mencapai matlamat 'ibadah puasa itu sendiri. Selain daripada berlapar dahaga, selain daripada kehilangan beberapa kilo berat kita, selain daripada keletihan yang di alami, selain daripada turunnya kadar kolestrol, selain daripada berkurangannya kadar nikotin tembakau dalam peparu kita..selain daripada itu semua, apakah yang telah kita capai?
Sebab itu kita perlu tahu apakah tujuan dan matlamat 'ibadah puasa. ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 183, "diwajibkan keatas kamu (umat Islam) berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas umat terdahulu, semoga kamu beroleh ketaqwaan".
Yup, matlamat puasa yang difirmankan ALLAH ialah beroleh taqwa. Dan bagaimana kita mahu mengukur kita sudah mencapai taqwa itu. Dimana hendak dicari taqwa itu. Sekali lagi ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 2, "inilah kitab (Al Quran) yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya, menjadi petunjuk menuju ketaqwaan".
Bermakna pencapaian taqwa itu adalah menjalani kehidupan dengan berpandukan Al Quran. Sebab itulah ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 185, "dan dibulan Ramadhan itu diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, berserta keterangan jelas didalamnya, supaya ia menjadi pembeza (bagi kamu)".
Bermakna dengan menjalani kehidupan berdasarkan petunjuk Al Quran, kita akan dapat membezakan diantara yang halal & haram, dosa & pahala, adil & zalim, benar & palsu, hak & batil. Ringkasnya, kita akan dapat membezakan mana satu cara hidup Islam, dan yang mana kufur.
Sebab itu dipenghujung Ramadhan ini, saya menyeru diri saya dan saudara/i semua, kembalilah kepada kehidupan mengikut Al Quran (& sunnah Rasulullah saw). Insyallah kita akan dapat mencapai darjat ketaqwaan tersebut.
Dan kita berdoa kepada ALLAH, agar menerima 'ibadah puasa kita termasuk segala rempahratus yang bersamanya termasuk tarawih, tadarus, qiamulail, sedekah , umrah dan lain-lain. Dan kita mohon kepada ALLAH supaya mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan yang ada, samada yang kecil atau besar, yang kita ketahui atau tidak.
Dan kita berdoa kepada ALLAH mnesyukuri ni'mat dapat menjalani 'ibadah puasa tahun 1431 ini, dan kita berdoa moga ALLAH mnegurniakan kita ni'mat mengerjakan 'ibadah puasa ditahun-tahun akan datang.
Seperkara yang ingin saya peringatkan diri saya dan saudara/i semua, apabila menyambut 'eidulfitri nanti, selain mengucapkan salam raya kepada rakan dan tamu, jangan lupa ucapkan "taqobalallah minkum", iaitu suatu doa yang diamal Nabi diucapkan kepada sahabat dan tamu, dengan maksud semoga ALLAH menerima segala 'amal kamu (dibulan Ramadhan itu). Dan yang menerima doa itu jawablah, "minna waminkum taqobbal ya kareem" (semoga ALLAH menerima 'amal kamu juga.
Saya ambil peluang ini memohon kemaafan atas sebarang kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan, samada sengaja ataupun tidak, samada kecil dan yang besar, samada yang saya ketahui ataupun tidak.
Semoga selamat dalam perjalanan masing-masing pulang ke kampung. Bak kata hadis Melayu, biarlah kepulangan kita dira'ikan, bukan diratapi!!
2 all of you out there, salam 'eidul fitri & taqobbalallah minkum.
Adios amigos, grasias senor & senorita.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
29 Ramadhan 1431
08 Sept 2010
07 September 2010
MUSLIHAT JAHAT?
Saya melihat pembikinan dan penyiaran iklan "Sinari Lebaran" oleh TV3 sebagai satu perancangan yang teliti lagi halus, bertujuan menjerat umat Islam khususnya golongan muda dengan racun pemikiran yang sangat kreatif tetapi menyesatkan dan berniat jahat.
Dibawah saya perturunkan analisa yang telah dibuat mengenai iklan tersebut, "frame by frame", yang jelas membuktikan dakwaan bahawa iklan tersebut sebenarnya satu kesilapan yang tidak disengajakan dan di "overlook" serta sebenarnya berniat baik dan ikhlas adalah tidak benar.
Sebaliknya ia jelas membuktikan ada satu agenda jahat, satu perancangan halus, yang dibuat dengan segala niat dan tujuan yang telah difirmankan ALLAH didalam Al Quran surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Nasara itu tidak akan redha dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka. Katakanlah bahawa sesungguhnya petunjuk ALLAH itu sudah mencukupi bagi kami. Namun sekiranya kamu (wahai umat Islam) memilih untuk mengikuti golongan Yahudi & Nasara itu, setelah datang kepada kamu petunjuk (Al Quran) ini, maka ALLAH tidak akan membantu dan memimpin kamu"".
Saya berpendapat sekadar meminta maaf dan menarik balik iklan tersebut adalah tidak mencukupi. Kerana iklan tersebut sebenarnya hanya simptom kepada satu penyakit serius. Saya percaya ada penyakit yang kronik ujud didalam pengurusan dan pentadbiran serta editorial di TV 3, termasuk juga didalam syarikat Media Prima yang menguasai TV3 tersebut.
Oleh itu, saya mendesak supaya:
1. Pengurusan, pentadbiran dan editorial syarikat Media Prima dan TV3 yang terlibat secara langsung dengan iklan termasuk Ketua Pegawai Rksekutifnya hendaklah meletak jawatan dengan serta-merta;
2. Pihak berkuasa hendaklah melakukan siasatan menyeluruh keatas pengurusan, pentadbiran dan editorial syarikat Media Prima dan TV3 khususnya untuk mengetahui siapakah yang meluluskan penerbitan iklan tersebut. Pihak berkuasa juga harus mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan pengarah/penerbit iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan tersebut;
3. Sekiranya ujud elemen jenayah, maka pertuduhan sewajarnya dibawa terhadap mereka yang bertanggungjawab samada menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan ataupun mana-mana peruntukkan undang-undang yang ada;
4. Pihak berkuasa agama Islam perlu melakukan siasatan dan jika ujud unsur cubaan menyesatkan atau menghina Islam, maka tindakan menurut peruntukkan bersesuaian dibawah enakmen pentadbiran Islam yang berkaitan perlu diambil segera;
5. Satu rombakan besar-besaran dan penukaran pengurusan syarikat Media Prima dan TV3 perlu dilakukan segera demi memelihara dan membela maruah dan integriti Islam dan semua institusi Islam yang berkaitan.
Apa yang lebih parah ialah kelihatan ada pihak yang cuba menafsirkan konsep 1-Malaysia untuk melahirkan satu persepsi dan perspektif yang sangat membahayakan, iaitu menukar konsep 1-Malaysia ini kepada 1-Agama dan 1-Bangsa, dengan implikasinya membawa kepada penghapusan agama Islam dan bangsa Melayu!
Saya kira sudah tiba masanya kerajaan memperjelaskan apa sebenarnya maksud konsep gagasan 1-Malaysia ini kerana ia melahirkan lebih banyak kekeliruan dan salahguna daripada mencapai maksud yang dinyatakan. Sekiranya ada keperluan, saya kira tidak ada salahnya kerajaan mengkaji semula konsep 1-Malaysia ini dan membuat 're-branding' yang lebih bersesuaian dan tidak mengelirukan, dan jika perlu ianya dimansuhkan maka tidak ada salahnya kerajaan berlapang dada dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kerana pada saya, konsep 1-Malaysia yang bermula dengan niat baik dan ikhlas oleh kerajaan hari ini telah diputarbelitkan dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan sempit sehingga membawa kepada "floodgates" pelbagai tafsiran dan persepsi yang jika tidak dibendung segera boleh menghancurkan struktur fundamental negara ini berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan 1957.
Dan bukti jelas pendapat saya ini adalah iklan "Sinari Lebaran" yang disiarkan oleh TV3, sebuah syarikat yang dikuasai oleh Kerajaan sendiri!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
28 Ramadhan 1431
07 Sept 2010
Bukti Iklan TV3 Menyesatkan Umat Islam
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab
Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).
06 September 2010
SEJARAH BERULANG!!
Teman macam tak percaya pulak bila membaca lapuran media menyebut bahawa Ahli-Ahli Parlimen PKR membuat kenyataan memberikan sokongan penuh kepada YB Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi pemilihan tidak lama lagi.
Bukannya tak percaya apa, tapi teman teringat peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 1993 apabila semua Menteri Besar UMNO membuat kenyataan menyokong Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Maka berkuburlah Pak Gafar Baba menangis tak berlagu!
Hari ini skrip yang sama berulang. Bapak borek, anaknya rintik dong! Teman ingat nak kena baca balik buku "SHIT" tulisan Dato' Shahnon Ahmad @ Pak Shahnon, Sasterawan Negara.
Apapun, kata orang Melayu, dah terang bersuluh pula. Lagu sama, skrip sama..cuma watak dan pelakon sahaja yang berbeza. Teman ucapkan sayonara kepada Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan segala mereka yang berangan nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Sejarah adalah guru yang terbaik, dan nasihat saya kepada Zaid dan yang sewaktu dengannya, belajarlah daripada sejarah Pak Gafar. Lebih baik kita pegi Zoo Negara "ziarah kekawan berpose" disana lagi bagus :))
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Ramadhan 1431
06 Sept 2010
########################################
MALAYSIAKINI
06 Sept 2010 11.32am
Ahli Parlimen, Senator PKR ikrar sokong Azmin
Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka. Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.
Manakala dua senator itu Mustafa Kamal daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden. Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).
TALQIN BUAT ZAID!!
Zaid Ibrahim hari ini membuat kenyataan terbuka kekecewaan beliau dengan politiking melampau didalam PKR. Beliau mendakwa ada kemungkinan beliau akan "dikuburkan saperti Pak Gafar Baba"! Bak kata beliau, "12 bulan lepas saya di arak macam hero, hari ini saya dituduh sebagai pengacau!!" (sila baca lapuran penuh kenyataan beliau dibawah).
Dan semua itu kerana Zaid mengumumkan niat mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Dan saya cukup yakin dengan pengumuman itu, mereka sudah mula membaca talqin buat Zaid!
Saya tidak mahu komen panjang. Pertama Zaid perlu ingat apa yang dia sendiri lakukan semasa konspirasi nak memecat saya dari menjadi Ahli Parlimen PKR tidak lama dahulu.
Dan apabila saya menuntut Jawatankuasa Disiplin yang hendak membicarakan saya hendaklah terdiri dari ahli yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, Zaid langsung tidak membuat pendirian apa-apa. Sebaliknya PKR membariskan panel yang majoritinya bukan Islam (dua aktivis Kristian & seorang Hindu) untuk membicarakan saya. Apabila saya enggan mengiktiraf panel tersebut, saya dipecat atas alasan ingkar dan enggan mengiktiraf panel tersebut. Dimana Zaid pada masa itu?!
Saya berharap Zaid akan dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa budaya politiking kotor dan jijik yang didakwa dilakukan oleh UMNO/BN sebenarnya subur mekar didalam PKR. Kerana kebanyakan mereka sebenarnya adalah "ketul-ketul shit" yang ditendang daripada jamban UMNO (meminjam kata-kata Pak Shahnon Ahmad didalam buku "SHIT"). Zaid kena ingat, bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO pun dia kalah, inikan nak bertanding jawatan dalam parti yang UMNO pun tak mau!!
Saya cadangkan kepada Zaid kalau benar beliau mahu lakukan perubahan, sertai PAS. Saya cukup yakin PAS boleh menerima orang saperti Zaid. Kerana sejarah membuktikan Rasulullah saw sendiri pernah menerima orang saperti Saidina 'Umar r.a, Saidina Amr bin Asr r.a, Saidina Ikrimah Abu Jahal r.a dan lain-lain. Zaid perlu sedar bahawa PAS adalah parti yang benar-benar ikhlas mahu melakukan perubahan kearah kebaikan, iaitu kearah Islam.
Cuma segelintir dikalangan mereka berada dalam sedikit kekeliruan sekarang kerana terpengaruh dengan dakyah golongan Anwarinas dan yang sewaktu dengannya yang berkiblatkan orang lain sebagai pemimpin dengan gendang palsu ke Putrajaya. Orang saperti Zaid boleh menyedarkan PAS daripada "mimpi indah" mereka dalam persekongkolan dengan PR. Orang saperti Zaid boleh menceritakan kepada PAS tangan kotor mana yang "menguburkan Pak Gafar Baba", sebagaimana mereka sekarang cuba "menguburkan" Zaid!!
Sekiranya Zaid mahu kembali kepada perjuangan Islam yang sebenarnya, dan berubah menjadi seorang pejuang Islam, saya yakin Zaid boleh menjadi saperti Saidina 'Umar r.a atau Saidina Ikrimah r.a kepada perjuangan Rasulullah.
Semoga Zaid bertemu jalan kembali kepada perjuangan Islam. Dan kepada para ulama' dan pendakwah didalam PAS, cubalah jinak-jinakkan Zaid kepada perjuangan Islam sebenarnya. Tinggalkanlah persekongkolan dengan para kafir harbi yang akan merosakkan PAS kepada perjuangan Islam yang hakiki.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Ramadhan 1431
06 Sept 2010
*********************************************
MALAYSIAKINI.COM
Saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba?
06 Sept 210 7.10am
Sambil meluahkan rasa kecewanya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ketika diterima masuk PKR setahun lalu, beliau digelar sebagai wira, tetapi setahun kemudiannya "saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno".
Dalam satu kenyataannya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata sejak beliau mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini". "Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Zaid yang mengumumkan semalam hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden, bimbang selepas pemilihan parti nanti, beliau akan ditimpa nasib seperti yang dialami Tun Ghafar Baba pada 1993.
"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.
Katanya, jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
"Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi timbalan perdana menteri waktu itu.
"Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk," tegas Zaid.
Berikutan adalah kenyataan penuh Zaid: Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini. Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.Kesetiaan saya juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan. Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah. Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali. Saya dengar Presiden Wan Azizah juga akan diminta berundur. Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya. Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata. Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding; manalah tahu kalau ahli-ahli Keadilan terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim. Kita tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti kita sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang kita laungkan itu. Saya akan huraikan semasa berkempen nanti. Memang saya tidak setia membuta tuli. Saya menganggotai sebuah organsasi politik yang demokratik, sebuah parti yang terbuka untuk dikritik; bukan sebuah “cult organsation” yang sentiasa mendewakan pemimpin agung mereka. Saya sokong pemimpin yang benar dan bijak, dan saya sanggah pemimpin yang berpura-pura. Kalaulah ini bererti saya tidak setia saya rela dihukum oleh ahli-ahli nanti.
Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri. Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup. Semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu Anwar Ibrahim. Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan Bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk. Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah.