30 November 2010

MENDAULATKAN KETUANAN 3A?!

("Kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-mereka yang mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A)

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan titah Paduka Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu kini menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir petualang dan pengkhianat dikalangan bangsa Melayu sendiri!

Kebetulan semasa ucapan penutup Kongres PKR di Petaling Jaya Ahad lepas, Pakatan 3A iaitu Anwar, Azizah & Azmin berserta konco dan balaci mereka telah secara terbuka mempertikai institusi Ketuanan Melayu dan secara terbuka mengisytiharkan untuk memansuhkannya. Malahan Anwar dipetik oleh sebuah akhbar Cina tempatan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada ahlul cauvinis dan rasis Lim Kit Siang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum! Bertambah parah apabila Azizah mengisytiharkan Anwar sebagai "anugerah Tuhan untuk memimpin negara!!".

Pada teman ini adalah cakap-cakap orang yang sudah desperado, yang sudah hilang kewarasan akal fikiran; pendek kata mereka sudah gilakuasa! Dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur, dalam menutup kelemahan peribadi dan "penyakit politik" yang dihadapi, mereka bisa melakukan apa sahaja demi survival politik dan gilakuasa mereka! Putrajaya at all cost!! Menggunakan politik sumbang pembohongan dan cakap tidak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan diri ke Putrajaya!!

Pada teman, Pakatan 3A ini serta konco dan balaci mereka adalah orang yang paling tidak layak nak bercakap mempertikai institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu. Semasa dipuncak kuasa didalam UMNO, Anwarlah antara pelopor kepada konsep Ketuanan Melayu. Dialah juaranya, dialah championnya. Konsep Ketuanan Melayu dicanang dan dikompang sebegitu rupa, sehingga ianya menjadi agenda besar mereka semasa bersemayam dipuncak kuasa.

Dan dengan paluan gendang Ketuanan Melayu, ramai rakan, teman, kroni dan ahli keluarga yang telah meraih keuntungan dan menafaat yang yang tiada taranya. Kita masih ingat budaya "pink form" dizaman Anwar menjadi Menteri Kewangan UMNO dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri UMNO. Ramai rakan taulan, kroni dan teman Anwar yang menjadi kaya raya kerana anugerah "pink form" ini. Ini terbukti apabila meletusnya perang kroni pada tahun 1996-1997, dimana Anwar, yang sudah tidak sabar untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, menyerang Tun Mahathir menggunakan isu kroni & nepotisma, dan Tun Mahathir membalas dengan mendedahkan senarai rakan, teman dan kroni Anwar yang mendapat limpah rahmat agihan kekayaan negara dari dasar "pink form" yang dipelopori Anwar menggunakan slogan Ketuanan Melayu!

Malahan teman masih lagi menyimpan beberapa dokumen yang membuktikan betapa kaya dan mewahnya golongan rakan, teman dan kroni pada masa itu. Ada diantara mereka, yang walaupun gaji dan pendapatan hanya seciput, tetapi mampu membeli perabut kulit yang diimpot dengan harga dan nilai ratusan ribu untuk menghiasi rumah mewah yang tersergam indah!!

Dan ini golongan yang hari ini mempertikai dan memperlekeh institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu! Sesudah mereka membuncitkan tembolok dan memenuhkan kantung dengan kompang Ketuanan Melayu, hari ini mereka menjadi saperti "anjing yang dilepaskan dari tersepit, menggigit kembali orang yang melepaskannya!".

Tidak cukup dengan menghina dan memperlekeh institusi yang memperkayakan mereka, kini mereka menambah penghinaan itu dengan mahu melantik jantan paling cauvinis dan rasis untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jika mereka memerintah negara ini! Pengumuman Anwar bahawa Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah satu penghinaan besar kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Nama Tuan Guru langsung tidak pernah disebut sebagai pemimpin yang berkelayakan.

Teman tahu Anwar memang cukup fobia dengan ketrampilan Tuan Guru dengan serban dan jubahnya, dengan ayat Quran dan hadis yang tidak pernah lekang dari mulut. Ini politikus kekampungan bagi Anwar, tidak layak disebut pun untuk memimpin. Sungguh malang bagi Tuan Guru Haji Hadi yang dipandang hina begitu rupa. Dan lebih malang bagi Tuan Guru Haji Hadi kerana terdapat segelintir pak jangoat dikalangan beliau yang kiblat sujud mereka adalah kepada Anwar bukannya Tuan Guru. Golongan yang menjulang Anwar tetapi menendang Tuan Guru sendiri! Bertambah naiklah tocang Anwar dan Pakatan 3A. Lim Kit Siang dicanang sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri, Tuan Guru dan PAS ditunggang dan diperkuda tanpa penghormatan sama sekali!

Ada pengikut pemimpin "anugerah tuhan' ini berkata, mengapa isu ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dibangkitkan hari ini! Sedangkan dahulu institusi Raja-Raja Melayu dihina. Cuma teman nak peringatkan sikitol yang bercakap itu, siapa dia dalang UMNO pada masa itu yang menghina institusi Raja-Raja Melayu itu. Siapa dalang yang beriya-iya membawa keris UMNO mengamuk sakan semacam Hang Musibat untuk menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an! Padanlah Tun Mahathir kata "Melayu mudah lupa", kerana ada orang yang buat-buat gila lupa seolah-olah tidak ingat siapa dalang dan petualang itu! Kini sebaliknya cuba menuding satu jari kepada orang lain, sedang tiga jarinya menuding ke diri sendiri!!

Bagi teman, kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini. Mereka adalah orang yang paling tidak layak untuk terus bermuka-muka dan bermegah-megah dengan darjah kebesaran yang dianugerah oleh Raja-Raja Melayu, tetapi diwaktu yang sama memaki hamun dan memperlekeh insitusi Ketuanan Melayu.

Janganlah jadi saperti anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan! Kalau ada maruah, kalau ada harga diri, teman cabar mereka supaya serahkan kembali anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu itu. Dan kesemua macai dan balaci Pakatan 3A ini juga sepatutnya melakukan perkara yang sama. Kalau kamu semua mahu bersekongkol dengan Pakatan 3A ini mempertikaikan insititusi Ketuanan Melayu, memperkeleh institusi Raja-Raja Melayu, maka kembalikan semua anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu kepada kamu!

Malahan Anwar lebih-lebih lagi sepatutnya memulangkan darjah kebesaran yang diberi Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau. Sebagai seorang bekas banduan, yang pernah dihukum penjara atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar sepatutnya sedar diri bahawa untuk dia terus bermegah dengan darjah kebesaran anugerah Raja-Raja Melayu itu adalah satu penghinaan besar kepada institusi Ketuanan Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu. Darjah kebesaran Raja-Raja Melayu tidak sepatutnya digunapakai oleh golongan saperti ini. Apatah lagi kini Anwar sedang berdepan dengan pertuduhan meliwat kakitangan beliau sendiri. Pekerja yang beliau bayar gajinya mengadu diliwat oleh Anwar.

Ditambah pula dengan dua orang bekas pembantu khas Anwar yang membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk digunakan oleh Anwar dalam pembelaan kesnya meliwat staf dia sendiri Saiful Bukhori. Akuan Sumpah palsu yang antara lain cuba memalukan YAB Perdana Menteri dan isteri. Kini semuanya terbongkar! Kalau Anwar seorang yang ada maruah, kalau Anwar seorang yang ada harga diri, teman cabar Anwar supaya kembalikan pingat dan darjah kebesaran yang diberi oleh Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau! Janganlah insitusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu terus dihina dengan permasalahan peribadi yang beliau hadapi!

Dan kepada pengikut taksub Pakatan 3A ini, teman ingin memetik peringatan wakil AMK saudara K.Subramaniam semasa berucap dalam Kongres PKR Sabtu lepas, "sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".

Jadi kepada mereka yang masih taksub mengikut Pakatan 3A ini, teman berseru gunakanlah akal yang dianugerah ALLAH, berfikirlah dengan waras, apakah kepimpinan Pakatan 3A ini benar-benar "anugerah tuhan untuk memimpin kamu", apakah mereka sedang melakar budaya sihat yang tidak songsang dan diluar tabi'i, dan adakah cara kehidupan dan politiking mereka tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!

Persoalan pokok yang kamu para macai dan balaci wajib tanya ialah, "adakah Pakatan 3A ini mempertikaikan Ketuanan Melayu kerana mereka mahu mengujudkan Ketuanan 3A dinegara ini!!". Dari apa yang teman lihat, itulah yang diimpikan oleh Pakatan 3A ini, itulah cita-cita mereka, mereka mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A!! Sebab itu teman membuat seruan, "kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-orang yang bercita-cita mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan diganti dengan Ketuanan 3A !!".

Tepuk dada tanyalah keimanan masing-masing.

Wassalam, adios amigos. Grasias & jazakallah.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Zulhijjah 1431
30 November 2010

29 November 2010

AL QURAN DIPUTAR?


(Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal-Ali Imran 190)

Salam 2 all.

Seorang pembahas berbangsa India (dan bergama Hindu mungkin) bernama K.Subramaniam mewakili Angkatan Muda Keadilan semasa berbahas dalam Kongres Tahunan PKR semalam telah cuba membaca makna Ayat 190-191 Surah Ali Imran saperti berikut:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".

Sememangnya ucapan beliau itu tidak sepenuhnya mengikut terjemahan sebenar Surah Ali Imran 190-191 yang berbunyi saperti berikut:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".

Sebenarnya saya tidak nampak dimana silapnya ucapan K.Subramaniam itu. Malahan pada saya, apa yang beliau kupas itu ada kebenarannya, iaitu ayat tersebut mengajar manusia agar minda kita diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun.

Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah menasihatkan K. Subramaniam dan mereka yang masih taksub mengikut Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa beliau sepatutnya menggunakan akalnya untuk berfikir bahawa "adakah Anwar benar-benar melakarkan budaya sihat yang tidak songsang atau diluar tabi'i dan tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!?

Pertanyaan yang ingin saya lontarkan kepada Saudara K.Subramaniam ialah, apakah seorang yang sanggup menggadai nama Tuhannya sendiri untuk kepentingan politik, yang sedang berhadapan dengan pertuduhan meliwat Saiful Bukhori seorang kakitangan dia sendiri, dengan dua bekas kakitangannya sendiri Rahimi dan Rasid membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat surat akuan palsu untuk pembelaan Anwar dalam kes liwatnya; tidakkah Anwar sedang melakarkan satu budaya tidak sihat lagi songsang dan diluar tabi'i, dan cara kehidupan yang menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!

Sebab itu saudara K.Subramaniam, peringatan ALLAH didalam Al Quran didalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang saudara rujuk itu sangat relevan untuk mengingatkan saudara dan rakan-rakan supaya menggunakan akal untuk berfikir. Malahan saya beranggapan saudara K. Subramaniam adalah manusia terpilih kerana ALLAH memilih saudara seorang kafir untuk mengingatkan diri saudara dan bangsa Melayu beragama Islam didepan saudara itu supaya menggunakan akal yang diberi untuk melihat dengan jelas bahawa selagi saudara dan rakan-rakan taksub mengikut Anwar, selagi itu saudara sedang menghina akal fikiran yang ALLAH anugerahkan kepada saudara!!

Sebab itu saya menasihatkan saudara K. Subramaniam, bersyukurlah ALLAH masih mahu memberikan saudara peluang dan ruang untuk menggunakan akal saudara untuk mencari cahaya kebenaran. Kerana ada golongan yang walaupun Al Quran ada didepan batang hidung mereka, ditadarus dan dijadikan penghias almari, namun ditutup akal fikiran mereka oleh ALLAH sehingga bukan sahaja mereka buta terhadap kemungkaran dihadapan mereka, malah mereka mereka menganggap kemungkaran itu sebagai "anugerah yang dihantar ALLAH kepada mereka!!", na'uzubillah min zaaliq!

Sebagaimana kaum kafir musyrik yang melihat awan hitam bergulung menuju ke perkampungan mereka, kaum kafir muysrik itu bersorak gembira mendakwa ianya rahmat yang didatangkan ALLAH untuk mereka, sedangkan itulah awan la'nat yang didatangkan ALLAH hingga akhirnya awan la'nat itu memusnahkan mereka dan mencampakkan mereka ke azab ALLAH dineraka jahamanam abadan-abada!

Nasihat saya kepada saudara K. Subramaniam, janganlah ulangi kesilapan kaum terdahulu. Gunakanlah akal yang diberi ALLAH kepada saudara. Kembalilah kepada kebenaran, kembalilah kepada ketuhanan sebenar. Sembahlah ALLAH yang Satu, yang tiada sekutu bagiNya; tinggalkan kemungkaran dan serulah manusia kepada kebaikan, dan berimanlah kepada ALLAH. Kelak nanti saudara akan menjadi contoh ikutan manusia!

Sebab itu saudara K. Subramaniam, Rasulullah saw, Nabi junjungan mulia utusan ALLAH pembawa rahmat keseluruh alam, setiap kali waktu fajar sebelum mengerjakan solat Subuh akan membaca ayat 190 surah Ali Imran tersebut sambil melihat kelangit, untuk mengingatkan diri betapa besarnya anugerah akal fikiran yang ALLAH berikan kepada manusia!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Zulhijjah 1431
29 November 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran media hari ini 29.11.2010)

Ayat suci al-Quran dimanipulasi ahli bukan Islam

PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.

Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.

Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.

28 November 2010

MALU DENGAN ISLAM?

(Wan Azizah dakwa Anwar dihantar tuhan untuk memimpin Pakatan)

Salam 2 all.

Teman angkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Ustadz Nasharuddin Tontawi yang menegaskan bahawa PAS tidak perlu berselindung dan malu untuk menyatakan perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dalam negara ini.

Berdasarkan ketegasan itu, teman menasihatkan Ustadz Nasharudin supaya membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri. Ini adalah kerana sudah jelas daripada Perjanjian Persefahaman Dasar Bersama yang telah dipersetujui oleh PAS-PKR-DAP bahawa berdasarkan kehendak dan tuntutan DAP, jika ditakdirkan Pakatan memenangi pilihanraya dan membentuk Kerajaan, negara Islam tidak akan didirikan dan undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan.

Kerana terdapat segelintir pak jangoat yang sudah gila kuasa dan mabuk Putrajaya, maka PAS telah diheret untuk bersetuju dengan Pakatan syaitan yang terang-terang menolak Islam. Maka habis rosak segala perjuangan PAS selama ini. Sehingga ada pak jangoat yang sanggup menggadaikan anakbini sebagai cagaran politik, menghalalkan hasil arak & judi, sampai nama ALLAH yang Maha Esa itu pun dibenarkan digunapakai secara syirik oleh kaafirun!! Teman berharap dan berdoa agar Ustadz Nasharudin diberi kekuatan dan istiqamah oleh ALLAH untuk melaksanakan ketegasan beliau itu. Berjuanglah atas nama ALLAH dan kerana ALLAH dan untuk ALLAH menurut acuan ALLAH, insyallah kita akan berjaya, dunia dan akhirat!

Ingatlah pesan ALLAH, "kalau kamu membantu agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu"; dan jika kamu benar-benar beriman dan bertaqwa "pasti ALLAH akan membuka pintu-pintu rezeki dari jalan yang kamu sendiri tidak ketahui".

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Zulhijjah 1431
28 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran media hari ini 28.11.2010)

Pas tak perlu apologetik perjuang Islam

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.

Selain itu katanya, beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi.

“Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.

“Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam.

“Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” tegasnya.

Beliau menegaskan demikian dalam blognya episod sebuah perjuangan.

Nasrudin turut mengingatkan, kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.

“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman.

“Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup.

“(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya.

SHEIKH YUSUF ISLAM

(Sheikh Dr. Yusuf sedang menyampaikan tazkirah di Masjid UIA dengan kehadiran ribuan jemaah termasuk teman yang duduk sebelah kanan Sheikh Yusuf)

Salam 2 all.

Alhamdulillah lawatan singkat Sheikh Dr. Yusuf Islam ke Kuala Lumpur (24-27 Nov 2010) telah dapat disempurnakan dengan beberapa program yang diatur khas. Ketibaan Sheikh Yusuf bersama isteri Puan Fawzia Mubarak Ali pada pagi Rabu 17 Zulhijjah 1431/ 24.11.2010 di KLIA disambut oleh YBhg Datuk Yeop Adlan Che Rose (Pengerusi Peace Train Malaysian Chapter), Sdr. Fudzail Mohd. Nor (Pengurus) dan teman sendiri yang diamanahkan menjadi hos lawatan Sheikh Yusuf. Turut sama ialah Sdr Rusdi Shamsudin bertindak sebagai pengiring.

Alhamdulillah Sheikh Yusuf dan isteri telah berkesempatan mengadap YDP Agong Tuanku Mizan dan Permaisuri Tuanku Nur Zahirah pada hari Khamis 25.11.2010. Pertemuan lebih sejam itu membawa satu lembaran baru bagi Sheikh Yusuf dan isteri. Kami baru tahu rupanya lagu "I Look I See" yang terkenal itu dicipta oleh Sheikh Yusuf semasa melawat Trengganu beberapa tahun lepas. Pada sebelah malamnya kami sempat mengadakan rakaman untuk Sheikh Yusuf ditemubual oleh pihak TV3 bagi rancangan MHI yang disiarkan pada pagi Jumaat.

Sheikh Yusuf juga sempat mengadakan kunjungan hormat ke YAB Dato' Sri Najib dan isteri YABhg Datin Sri Rosmah Mansur pada hari Jumaat. Dalam kunjungan di Seri Perdana itu, Sheikh Yusuf dan isteri telah bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama umat Islam.

Sebelum itu Sheikh Yusuf sempat mendirikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah UIA, dan sempat menyampaikan tazkirah ringkas mengenai soal Islam & Keamanan. Teman diamanahkan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dimana teman mengingatkan para jemaah antara lain satu perikan kata-kata Sheikh Yusuf yang sangat bermakna iaitu "manusia tanpa 'ilmu adalah manusia yang sangat berbahaya".

Sheikh Yusuf dan isteri telah berlepas ke Melbourne Australia pada pagi semalam dengan diiringi oleh Datuk Yeop Adlan, Datin Mimi, Sdr. Fudzail, Sdr. Rusdi dan teman sendiri. Kata Sheikh Yusuf dan isteri mereka sangat gembira dan berterimakasih dengan layanan baik dan mesra yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sepanjang berada di Kuala Lumpur. Walaupun singkat namun ianya membawa kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Teman bertanya kepada Sheikh Yusuf samada beliau ada memikirkan untuk menjadikan Malaysia tempat tinggalnya. Beliau dan isteri membalas dengan memberi senyuman yang sangat bermakna. Insyallah jika tiada aral kami telah bercadang untuk mengadakan satu Konsert Tribute untuk Sheikh Yusuf di Kuala Lumpur pada tahun depan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Zulhijjah 1431
28 November 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran akhbar Berita Harian 27.11.2010)

Konsep keamanan, kedamaian perlu dilihat secara mendalam

KUALA LUMPUR: Aktivis kemanusiaan yang juga pendakwah antarabangsa, Dr Yusof Islam, berkata konsep keamanan dan kedamaian adalah perkara yang perlu dilihat secara mendalam dan menyeluruh kerana menjadi matlamat kesejahteraan kehidupan manusia.

Sambil merujuk dirinya, bekas penyanyi popular Britain pada 1970-an dan lebih dikenali sebagai Cat Stevens sebelum memeluk Islam, berkata demi mencari perdamaian, beliau memilih jalan dakwah kerana melaluinya persepsi yang salah terhadap Islam, khususnya yang dilemparkan Barat, dapat diperbetulkan.

“Pandangan serong itu perlu diperbetulkan. Ada lagi yang berpandangan Islam adalah musuh kepada agama lain kerana persepsi salah yang sengaja digembar-gemburkan.
“Justeru, bagi saya dakwah adalah senjata bagi menangkis tohmahan itu. Dakwah juga sebahagian daripada Islam kerana kita mengajak manusia ke arah kebaikan. Mesej Islam adalah benar dan ajarannya cukup harmoni.

“Tetapi apabila berdakwah kita perlu bercakap kepada masyarakat Islam terlebih dulu sebelum mengajak yang lain kerana itu menjadi keutamaan kerana ia akan menggalakkan perkongsian ilmu dan interaksi sesama Muslim,” katanya ketika menyampaikan tazkirah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dekat sini, semalam.

Yusof bersama isteri, Fauzia Mubarak Ali juga berkesempatan bertemu Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, kelmarin, selain turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Putrajaya, semalam.

Terdahulu ketika ditemuramah pada program Malaysia Hari Ini yang disiarkan stesen TV3 pagi semalam, Yusof turut memberikan pandangan beliau mengenai konsep hiburan mengikut perspektif dalam medium dakwah.
Katanya, muzik itu adalah sesuatu yang cukup harmoni dan ia membentuk kedamaian dan keindahan hidup di dunia ini kalau digunakan dengan cara yang betul.

“Ketika ini masyarakat dunia sudah mulai bosan dengan peperangan dan bosan dengan isu politik dan untuk itu nilai muzik yang harmoni perlu ada,” katanya.

23 November 2010

DR. SHEIKH YUSUF ISLAM

Salam 2 all.

Alhamdulillah Dr. Sheikh Yusuf Islam telah sudi untuk melawat Malaysia minggu ini. Dalam lawatan singkat tersebut, Sheikh Yusuf dijadualkan mengadap DYMM Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Sultan Zainal Abdidin & DYMM Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan YABhg Datin Sri Rosmah Mansur. Dr. Sheikh Yusuf juga dijangka muncul di TV3dalam satu program yang telah dirancang.

Lawatan singkat Dr. Sheikh Yusuf tersebut yang dikendalikan oleh Peace Train Community Malaysian Chapter yang dipengerusikan oleh YBhg Ambassador Datuk Yeop Adlan Rose dan di urus oleh Sdr. Fudzail Md. Nor.

Semoga lawatan singkat Dr. Sheikh Yusuf akan membawa menafaat kepada misi dakwah dan pembangunan pendidikan di negara ini insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Zulhijjah 1431
23 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KENYATAAN AKHBAR
KUNJUNGAN SHEIKH YUSUF ISLAM KE MALAYSIA
25 DAN 26 NOVEMBER 2010

Muallaf yang paling terkenal di dunia pada hari ini, Dr Sheikh Yusuf Islam, atau sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens, dan isterinya akan berada di Malaysia untuk kunjungan singkat.

Sheikh Yusuf sudah banyak kali mengunjungi Malaysia. Begitupun, kunjungan kali ini signifikan dan istimewa kerana pertama kalinya beliau berkesempatan untuk mengadap DYMM Yang Di Pertuan Agung Malaysia, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, serta bertemu dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sheikh Yusuf, sama ada sebagai Cat Stevens atau Yusuf Islam mempunyai pengikut dan peminat yang ramai di Malaysia, sebuah negara majmuk dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya. Di iktiraf diperingakt dunia, Sheikh Yusuf telah menggunakan anugerah Allah SWT kepadanya sebaik-baiknya.

Sumbangan beliau secara aktif dan berterusan untuk bantuan kemanusiaan di Timur dan Barat telah lama didokumentasikan selengkapnya. Walaupun melodi indah beliau telah menjadi antem sejarah buat generasi terdahulu, mereka terus menjadi pengikut dan peminat, sesungguhnya kata-kata dan nasyid yang penuh inspirasi secara semula jadinya merentas masa dan sempadan buat generasi-generasi masa depan. Sheikh Yusuf adalah ikon yang menjadi idola contoh untuk generasi kontemporari untuk apa yang beliau lakukan dan tegakkan di atas nama Islam dan Keamanan dunia. Beliau adalah tokoh berpengaruh yang sesuai berperanan sepanjang masa dan semua negara di muka bumi.

Kita berasa amat bertuah kerana kesudian Sheikh Yusuf untuk menerima jemputan sebagai tetamu khas kerana beliau sendiri memang sukakan keindahan dan kesejahteraan Malaysia. Biarpun sibuk dengan urusan rasmi, beliau sudi untuk meluangkan masa dalam jadual kunjungan singkat ini untuk melancarkan single nashid terbaru, “Wind East and West’ dan melancarkan inisiatif beliau untuk keamanan dunia, “Peace Train Community” dalam mempromosikan dunia yang lebih aman, sejahtera melalui rangkaian dan interaksi, dengan bantuan golongan siswa di Malaysia.

Sheikh Yusuf juga terkenal dalam usaha mempelopori dunia pendidikan. Bersama dengan para ilmuan seluruh dunia, Sheikh Yusuf bekerja keras lebih dua dekad dalam membangunkan sebuah Silibus Antarabangsa, berusaha dalam mencari formula dan perlaksanaan silibus pendidikan Islam yang bersepadu dan komprehensif dari peringkat pra- sekolah, sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah. Silibus ini sedang digunakan secara sepenuhnya atau sebahagian di sekolah Islam berbahasa Inggeris di United Kingdom, Afrika Selatan, Nigeria dan Amerika Syarikat. Ini adalah satu aspek untuk kerjasama erat dengan Sheikh Yusuf dalam menawarkan pendidikan Islam alternatif untuk generasi muda Malaysia.

Lawatan singkat Sheikh Yusuf ini memang dirancangkan untuk fasilitasi projek-projek bersama di masa terdekat. Dengan lawatan yang ekspres ini, kita gembira dengan kemungkinan untuk kembali menyambut kedatangan Sheikh Yusuf tahun depan dalam rangka siri konsert ‘world tour’ beliau, dimana seperti yang di maklumkan, Malaysia termasuk dalam senarai tempat singgah. Ini memberi peluang kepada kita untuk memberi penghargaan, ‘tribute’ kepada Sheikh Yusuf sebagai ‘Man of Peace’ yang telah banyak menyumbang dalam pelbagai bentuk kepada kemanusiaan sejagat.

Kedudukan tinggi peringakt globalnya sebagai artis dan aktivitis kemanusiaan telah menjadi testimoni hebat yang tidak perlu diragukan lagi. Begitupun, kita amat berbangga sekiranya dapat turut sama memainkan peranan, apa sahaja peranan sesuai dalam menambah baik atau menrealisasikan misi Sheikh Yusuf setakat ini, yang juga bertepatan dan selari dengan misi negara Malaysia; pembelajaran Islam yang betul dan tepat, pemahaman yang lebih luas mengenai Islam sebagai agama yang menekankan keamanan, menekankan kebajikan dan kesejahteraan sosial untuk mereka yang memerlukan, juga mempromosikan keamanan dan keharmonian untuk setiap makhluk Allah.

Sesungguhnya kehidupan kita adalah anugerah Allah yang berharga. Syukur Alhamdulillah kerana Sheikh Yusuf yang dianugerahkan kelebihan telah ikhlas menyumbang berganda-ganda dalam pelbagai bentuk. Kita doakan beliau dan keluarga beliau kesejahteraan di dunia dan di akhirat, dan kita doakan segala yang telah beliau korbankan dan sumbangkan akan mendapat keredhaan Ilahi.

Kunjungan Sheikh Yusuf Islam dan isterinya ke Malaysia diuruskan sepenuhnya oleh The Peace Train Community, Malaysian Chapter yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ambassador Datuk Yeop Adlan Rose.

BIODATA DR. SHEIKH YUSUF ISLAM
BIOGRAPHY (Malaysia November 2010)

Born Steven Demetre Georgiou, the son of a Greek Cypriot father and Swedish mother, Yusuf Islam grew up in the heart of London’s theatre district. From 1968-1979, he
performed as Cat Stevens and was one of the biggest solo artists of his generation,
penning such classics as Matthew & Son, Moonshadow, Wild World and Father & Son and selling in excess of 60 million albums.

Following a bout of tuberculosis early on in his career, he undertook an ongoing search for peace and spiritual truth. It was during a travels that he first discovered numerology and later, the works of Jalaluddin Rumi – a moment that he now acknowledges as having had a profound effect on his life to come. A few years later, after almost drowning in the Pacific Ocean at Malibu, he received a translation of the Qur'an from his elder brother, David. His quest for answers was fulfilled and he embraced Islam in 1977. He changed his name to Yusuf Islam and walked away from the music business to start a new life and raise a family.

As one of the world’s most famous converts to Islam he went on to become an
energetic supporter of Islamic education in UK, his pioneering work in education and
humanitarian relief is recognized all over the world. His efforts helped secure the first Muslim School supported by the British Government in 1998. Yusuf is also the original founder of Muslim Aid UK.

In 2003 Yusuf Islam received the ‘World Social Award’, the ‘Man for Peace’ award
(2004) and holds honorary doctorates from the universities of Gloucestershire and
Exeter. In 2009, Yusuf was named an Honorary Laureate at the German Sustainability Awards. Small Kindness, the U.N affiliated NGO which he founded in 2000, is a wellrespected charity actively operating in some of the poorest parts of the world including Indonesia, Iraq, Bosnia + Herzegovina and Kosova.

A pioneering English Islamic Nasheed artist and producer. His record company, Mountain of Light , has producer some of the most popular recordings for children, including A is for Allah and I Look, I See. Recently, he has turned his attention to Dawah through the mainstream media and recordings. Since his return to music in 2006, Yusuf has released two albums (An Other Cup and Roadsinger) to widespread critical acclaim. In winter 2009, he completed his first full concert tour of the UK, Ireland and Australia in over three decades, which was enthusiastically received by both press and fans alike. Yusuf is now back in the public spotlight after an absence of nearly four decades, and for many millions of fans all over the world, it is a most welcome return.

ANAK MEMALI DIANIAYA!?

Salam 2 all.

Dalam keghairahan beberapa pihak untuk mempolitikkan isu Memali, mengutip derma atas simpati orang ramai terhadap mangsa Memali, malah ada yang "menunggang" atas kesyahidan 14 penduduk kampung Memali termasuk Assyahid Ustadz Ibrahim Libya, namun keluarga mangsa Memali sendiri diketepikan, malah dianiaya dan dianaktirikan.

Sala seorang anggota keluarga mangsa Memali, Cikgu Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama penanya CN Al Afghan telah melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap tindak-tanduk segelintir pihak yang menafikan hak dan kebajikan keluarga mangsa Memali, termasuk berkaitan dengan isu Tabung Memali (untuk kupasan saya sila rujuk kembali artikel bertajuk "Memali" bertarikh 19.11.2010).

Cikgu Zainon turut ditemani oleh anak Allahyarham Ustadz Ibrahim Libya iaitu Mohd. Irsyad Zamani Bin Ibrahim dan beberapa orang ahli PAS semasa membuat kenyataan tersebut (lapuran penuh kenyataan beliau sila rujuk lampiran dibawah). Cikgu Zainon adalah bekas tahanan ISA, dan berkahwin dengan salah seorang mangsa Memali. Beliau adalah antara mujahidin Melayu yang terlibat dalam Perang Afghanistan melawan Rusia.

Sebenarnya isu Tabung Memali dan lain-lain isu kebajikan keluarga Memali telah lama timbul. Malah sehingga ada lapuran polis dibuat mengenainya. Saya difahamkan pihak berkuasa meminta pihak-pihak menyelesaikannya secara baik.

Saya menasihatkan pihak kepimpinan PAS supaya menyelesaikan perkara ini secara baik sebelum ianya terdedah dan mendatangkan aib dan memalukan pihak PAS. Saya sendiri pernah didatangi beberapa orang mangsa Tabung Memali semasa pulang ke kampung di Baling meminta pandangan dan nasihat untuk membawa isu ini ketengah. Mereka membawa dokumen dan bukti yang cukup jelas. Buat masa ini saya tidak bercadang mengambil tindakan selanjutnya, tetapi jika pihak tersebut tidak mahu menyelesaikannya secara baik, mungkin pihak mangsa tiada pilihan melainkan membawa perkara ini ke peringkat selanjutnya.

Sebenarnya ada beberapa isu yang lain berkaitan kewangan yang perlu diselesaikan oleh kepimpinan PAS, termasuk isu Tabung Kohilal. Beberapa ahli yang menabung di Kohilal telah merujuk kes mereka kepada saya untuk meminta nasihat guaman. Saya cuma sekadar menjawab bahawa saya pernah terlibat dengan kes Kohilal dan saya tahu beberapa kepincangan yang berlaku. Saya tidak bercadang mendedahkan apa-apa buat masa ini, tetapi saya menasihatkan pihak berkaitan supaya jangan memandang remeh isu ini. Ramai ahli dan penabung yang tertanya-tanya apa jadi dengan pelaburan dan saham mereka. Ada antara mereka orang kampung, yang sanggup bersengkang mata mengikat perut untuk menabung dan melabur didalam Kohilal, dengan tujuan bukan sahaja sebagai simpanan hari tua, tetapi beranggapan mereka sedang membantu perjuangan membawa mereka ke syurga. Kasihanilah orang-orang kampung yang miskin ini.

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Yakinlah kita akan berjumpa dengan ALLAH dan dipertanggungjawabkan dengan urusan kita didunia ini. Kamu boleh berselindung disebalik janggut kita, atau serban jubah kamu, kamu boleh bersembunyi dibalik takbeer sehingga pecah kerongkong, kamu boleh membelit ayat-ayat ALLAH dan sirah Nabawi, tetapi percaya dan yakinlah, ALLAH Maha Mengetahui!!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Zulhijjah 1431
23 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

BALING 22 Nov. - Penulis buku "Air Mata di Bumi Memali" kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.

Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.

"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.

Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.

Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.

''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.

"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.

Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.

Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.

Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.

22 November 2010

SALAH-TU-DIN!

(Solat 'Eidul Adha di Masjidil Haram pada hari Selasa 10 Zulhijjah 1431 manakala di Malaysia pada Rabu 10 Zulhijjah 1431)

Salam 2 all.

Saya agak terkejut dan dan macam tak percaya pulak bila membaca lapuran yang disiar oleh media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010 yang memetik kenyataan YB Salahudin Ayub bertajuk "PAS dakwa tarikh 'Eidul Adha sangat pelik". Salehudin memilih mengecam pihak berkuasa agama yang didakwa beliau saperti tidak tahu mengurus dan mentadbir perkara sekecil ini! Alasan yang diguna beliau untuk kepelikan itu ialah tarikh 'Aidil Adha di Malaysia "yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di 'Arab Saudi"?! Teman rasa yang kelirunya ialah Salahudin bukannya pihak berkuasa agama Islam! Yang peliknya perkiraan Salahudin dan bukan pihak berkuasa agama!

Pertama teman tidak pasti samada benar kenyataan lapuran tersebut yang mendakwa ianya mewakili PAS. Kadang-kadang ada media yang suka menggunakan tajuk yang mengelirukan. Mungkin kenyataan itu adalah pandangan peribadi Salahudin dan bukan PAS. Tambahan bila saya bertanya dengan beberapa rakan-rakan PAS mereka tidak tahu menahu mengenainya. Malahan ada yang kata "takkanlah kami ni kurang cerdik tak tahu nak kira sampai nak buat dakwaan terhadap pihak berkuasa agama macam tu!".

Apa yang peliknya kerana lapuran itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Sa'udi! Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat takde siapa yang keliru, apatah lagi ragu, kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Sa'udi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan 'Eidul Adha!! Semua orang tahu ada beza diantara wuquf dengan 'Aidil Adha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bilamana jemaah haji berkumpul di Arafah. 'Eidul Adha pula, atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di 'Arab Saudi, wuquf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di 'Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah 1431 di 'Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Manakala di Malaysia 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010. Maknanya perbezaan sambutan 'Eidul Adha antara 'Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu (1) hari, bukannya dua (2) hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan saperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Dimana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?!

Berdasarkan itu, tiada kekeliruan bagi perkiraan hari tasyriq. Di Sa'udi ianya dari hari Rabu, Kahmis & Juma'at. Manakala bagi Malaysia hari tasyriq ialah Khamis, Juma'at & Sabtu. Kat mana yang pelik dan kelirunya YB!? Sehingga meragukan! Teman pulak menjadi ragu dengan tahap ilmu dan pengetahuan Salahudin dalam isu perkiraan falaq ini! Dan Salahudin ialah Naib Presiden PAS yop, bukan Ketua Cawangan di Ulu Tembeling nun!

Takkanlah Salahudin tidak tahu beza antara hari wuquf dan 'Eidul Adha? Dan hari tasyriq adalah tiga hari selepas 'Eidul Adha, iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah. Di Malaysia ianya jatuh pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu; sedangkan di 'Arab Saudi dari hari Rabu, Khamis & Jumaat. Dan mengambil kira perbezaan kita dengan Sa'udi adalah 5 jam, maka perbezaan 'Eidul Adha hakikatnya kurang daripada 24 jam! Jadi kat mana peliknya sambutan 'Eidul Adha dan hari tasyriq di Malaysia berbanding Sa'udi? Apatah lagi Indonesia, Singapura dan Brunei juga menyambutnya sama dengan Malaysia. Jadi adakah mereka semua pun pelik, atau perkiraan Salahudin yang pelik?

Kata beberapa sahabat teman ulama' muda PAS, lapuran kenyataan Salahudin itu memberi gambaran seolah-olah PAS mengira ''Eidul Adha daripada hari wuquf?! Disitulah keluar kenyataan mereka "takkanlah ustadz-ustadz PAS tak cerdik langsung sampai tak tahu nak kira?". Ringkasannya mereka kata kenyataan itu tidak mungkin pendirian PAS, ianya mungkin perkiraan Salehudin sendiri. Wallahua'lam, teman pun tak pasti. Tapi yang pentingnya, PAS mesti menyatakan pendirian adakah kenyataan Salahudin dan tindakan beliau nak membawa usul tergempar di Parlimen mengenai tarikh 'Eidul Adha itu adalah pendirian PAS, atau hanya salahkira Salahudin seorang sahaja.

Ini adalah kerana membawa satu usul khas ke Parlimen untuk mempertikai sesuatu yang jelas akan memberi persepsi negatif kepada PAS sebagai sebuah parti beralaskan Islam. Teman cukup yakin ramai para ulama' dan ustadz didalam PAS yang cukup 'arif dengan persoalan falak dan perkiraan wuquf dan 'Eidul Adha itu. Dan sudah pasti mereka akan lihat kesilapan Salahudin dalam perkiraan dan tindakannya membawa usul khas tersebut. Untuk tujuan pengesahan, teman lampirkan dibawah kenyataan Ketua Pengarah JAKIM Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang jelas penerangannya.

Cadangan teman kepada Salahudin supaya menarik balik kenyataan beliau tersebut dan meminta maaf kepada pihak berkuasa agama atas kecaman yang beliau buat terhadap mereka dan akhirnya menarik balik usul khas yang telah beliau failkan tersebut. Nasihat teman kepada Salahudin, di masa hadapan kalau ada permasalahan saperti itu eloklah bawa berbincang dengan pihak berkuasa atau mereka yang arif terlebih dahulu, kerana bak kata orang lebih baik kita diam daripada bercakap, sebab bila kita buka je mulut orang tahu ketidakcerdikan kita nanti. Tapi Salahudin jangan risau, sebab kata seorang kawan Salahudin, ketidakcerdikan itu bukan satu jenayah! Cuma orang kapior gelak sakan lah tengok kita yop kerana isu remeh macam ni pun nak dibawa sebagai usul khas ke Parlimen oleh Naib Presiden pulak tu! Takkan soal raya pun jadi bahan politik kepartian yop!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
14 Zulhijjah 1431
21 Nov 2010

*Nota: ini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Sekiranya pandangan saya ini didapati bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah maka pandangan saya ini adalah terbatal dengan sendirinya dan Al Quran & Sunnah itu lah yang hendak diterima. Wallahua'lam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan lapuran media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010)

PAS DAKWA TARIKH 'AIDIL ADHA SANGAT PELIK

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan Ketua Pengarah Jakim Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz)

Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korbanyang timbul baru-baru ini.

JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korbansehingga Sabtu, iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant ersebut disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin".

Dari kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin mengatakan bahawa: "Maka diganjari ibadah korbanyang dilaksana pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas" (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).

Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbanitu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H, iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.

Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korbanpada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.

Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).

Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.

Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.

Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari aya korban pada 17 November 2010.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.

20 November 2010

PAKU TERAKHIR!

Salam 2 all.

Apabila mendengar Anwar & Azmin membelasah Zaid sampai rapat ke lantai termasuk dalam 'Rapat Umum' semalam di Dewan MBSA, teman dapat melihat betapa desperadonya mereka sekarang. Sebenarnya mereka tahu hari-hari akhir mereka makin dekat. Tindakan Zaid mengumumkan keluar secara rasmi dari PKR dan cadangan menubuhkan sebuah parti baru adalah paku-paku terakhir kepada keranda PKR. PKR sekarang berhadapan dengan krisis keyakinan kepimpinan yang serius. Krisis yang akan membawa kepada berkuburnya PKR! Apatah lagi daripada 3 bateri AAA, kini yang berfungsi hanya Bateri 2A, sebiji lagi sekadar Bateri Penghias aje!

Kenyataan Tuan Guru Haji Hadi baru-baru ini bahawa PAS perlu berdiri dan membina kekuatan dalaman adalah satu isyarat kehilangan keyakinan kepada halatuju dan kepimpinan Anwar. Teman tahu tidak semua kepimpinan PAS boleh menerima kepimpinan Azmin.

Kritikan dan teguran terbuka oleh penyokong tegar, terutama dikalangan blogger saperti Raja Petra, Hishamuddin Rais, Haris Ibrahim dan lain-lain membuktikan trend sokongan terhadap kepimpinan Anwar mula dipersoalkan. Mereka sudah nampak apa yang teman sudah nampak. Bahawa PKR ini adalah kuda tunggangan Anwar berpaksikan kepada politik pembohongan dan cakap tak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan Anwar sebagai Perdana Menteri!!

Teman nampak PKR akan ghaibul-ghuyub tak lama lagi. Yang tinggal hanyalah tulang-tulang dinasour politikus yang rakus. Jeneral tanpa lasykarnya. Sekadar pal hangguk dan pak turut yang masih keliru dengan perjuangan reformasi. Demokrasi yang sebenarnya demokerusi! Penuh dengan penipuan, pembohongan, putar belit dan penyelewengan!

Cuma dalam semua kemelut yang berlaku ini, teman heran dimana suara Sang Presiden Dato' Seri Wan Azizah (atau lebih teman kenal dengan panggilan Kak Zah). Adakah Kak Zah sudah terpinggir atau dipinggirkan. Sepatutnya seorang Presiden yang menang tanpa bertanding akan menjadi suara yang sangat perkasa, digeruni dan dihormati. Namun Kak Zah langsung tidak kedengaran, malah langsung tidak kelihatan.

Teman masih ingat diperingkat awal gerakan reformasi. Semasa Anwar sudah disumbat kedalam penjara. Peranan Kak Zah sangat jelas. Kalau bukan kerana penglibatan secara langsung Kak Zah dalam gerakan reformasi, teman percaya ianya tidak akan menjadi sebuah gerakan yang efektif. Reformasi tanpa Kak Zah mengetuainya akan hilang ghaib. Suara Kak Zah melaung-laungkan reformasi disegala pelusuk negara, membelah ibukota telah mencetuskan satu fenomena yang tidak pernah dilihat negara.

Teman masih ingat kata-kata Kak Zah, "kini cacing dah jadi naga!". Keberanian dan kelantangan Kak Zah menjadikan beliau serikandi reformasi. Kak Zah menjadi kiblat penyokong dan pendokong reformis. Tapi kini naga itu seolah-olah sudah kembali menjadi cacing. Bukan sahaja cacing, malah menjadi umpan untuk dimakan ikan-ikan rakus yang dibutakan dengan sandiwara demokerusi yang jijik, kotor dan makiavelian!

Teman teringat kata-kata Kak Zah dahulu. "Agaknya nanti bile Bang Non bebas, adakah dia akan buat untuk Kak Zah apa yang Kak Zah buat untuk dia?".

Jawapan dia jelas Kak Zah. Bang Non bukan sahaja tidak membela dan mempertahankan Kak Zah, kedudukan Kak Zah sebagai Presiden pun dia tidak hormati. Zaid Ibrahim yang cuba membela Kak Zah, memartabatkan jawatan Kak Zah sebagai Presiden dihamput keluar macam anjing kurap, dan hari ini bintang sinaran reformasi itu dilayang saperti taik bintang. Dari hero ke zero. Dulu dikompang kini dilempang!

Sekurang-kurangnya Kak Zah berani juga bertanding dan menang jawatan Presiden. Bang Non bukan sahaja tidak bertanding, malah dia mahu berkuasa tanpa bertanding. Dia mau jawatan yang tak ada pun dalam Perlembagaan, dan yang siapa pun tidak boleh cabar. Jawatan yang entah siapa bagi kat Bang Non kita pun tak tahu? Dan Bang Non kini sibuk hendak memahkotakan adinda kesayangannya Azmin sebagai pengganti untuk Kak Zah nanti!

Kak Zah sendiri pun tahu selepas daripada ini, semua keputusan penting akan hanya dibuat oleh Ketua Umum dan Timbalan Presiden. Kak Zah akan hanya menjadi pengumum keputusan-keputusan itu. Pendekkata, mereka sedang menukar Kak Zah balik kepada cacing umpanan, sekadar menjadi penghias majalah PKR.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Kak Zah, perbetulkanlah kemungkaran yang sedang berlaku. Saya tahu Kak Zah tahu apa yang saya tahu. Masih belum terlambat untuk Kak Zah bertindak. Saya tidak mintak Kak Zah tinggalkan Anwar, kerana Kak Zah adalah isteri Anwar. Tetapi nasihatkanlah Anwar. Sudah-sudahlah tu. Selesaikanlah masaah peribadi yang dia hadapi tanpa perlu mengorbankan kebajikan rakyat dan kepentingan negara, sehingga negara asing didesak mencampuri urusan negara hanya untuk kepentingan peribadi Anwar. Kak Zah seorang yang berjiwa luhur. Kak Zah begitu menjaga hukum ALLAH, sehingga Kak Zah memastikan ketika bersalaman dengan lelaki ajnabi pun aurat Kak Zah terjaga dengan ciptaan sarung tangan ala Michael Jackson itu. Itu membuktikan Kak Zah takutkan hukum ALLAH. Dan Kak Zah boleh buktikan ketaqwaan itu dengan menterjemahkannya kepada hal-hal politik Anwar & Azmin yang semakin membahayakan umat dan rakyat.

Ingatlah firman ALLAH Kak Zah, "kamu akan menjadi contoh ikutan manusia bilamana kamu menyeru manusia kepada ma'ruf,mencegah kemungkaran, dan beriman dengan sebenarnya kepada ALLAH". Pada saya, Kak Zah boleh menjadi smula naga yang hebat. Pada saya, Kak Zah boleh menjadi paku terakhir untuk mencegah kemungkaran politik yang sedang berlaku sekarang. Dihari tasyriq terakhir ini, lontarkanlah batu-batu keadilan kepada jamrah-jamrah kemungkaran, dan ucapkanlah Labbaikallah hummalabbaik, aku datang kepada Mu ya ALLAH, aku datang kepada Mu ya ALLAH.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Zulhijjah 1431
20 Nov 2010

19 November 2010

MENDEWAKAN WARISAN ASING!

Salam 2 all.

Saya tidak faham dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang cuba mendewa-dewakan pemimpin negara luar dalam keadaan kita punya tokoh sejarah tempatan yang lebih patut dikenang dan ditonjolkan. Yang saya maksudkan ialah cadangan mengujudkan "Sun Yat Sen Heritage Trail" di Pulau Pinang. Apa rasional membina "Laluan Warisan Sun Yat Seng" di negara Malaysia ini pun saya tidak faham?

Saya tidak bermaksud mempetikaikan Dr. Sun Yat Seng. Beliau adalah pemimpin revolusi tanah besar China, yang menggulingkan pemerintahan emperor menjadikan tanah besar China sebuah republik. Rakyat tanah besar China berhak mengagungkan pemimpin mereka. Tetapi apa kena mengena dengan sejarah kita di Malaysia ini. Hanya kerana Sun Yat Seng pernah menjejak kaki ke negara ini, maka adakah itu memberi satu kewajaran kita mengenang pemimpin tanah besar negara China ini, sehingga perlu membina "Laluan Warisan Sun Yat Seng?".

Mungkin nanti timbul pula idea nak ujudkan "Gandhi Heritage Trail", "Nehru Heritage Trail", "Mandela Heritage Trail", "Mao Zedong Heritage Trail", "Kuan Yew Heritage Trail" dan segala macam "Laluan Warisan".

Pada saya kita punya banyak tokoh tempatan yang boleh kita ingati, dan mungkin mengujudkan "Laluan Warisan" mereka. Antaranya Tan Cheng Lok, Yuen Yuet Leng, Yap Ah Loy, Yap Ah Shak, Seenivasagam, Manickavasagam, dan ramai lagi yang telah menyumbang jasa kepada pembinaan sejarah negara ini.

Mengapa perlu kita dewa-dewakan sejarah dan tokoh asing? Saya hairan dengan golongan ni yang sejarah negara sendiri pun mereka kabur, dok sibuk dengan sejarah orang lain. Sedang kita punya khazanah sejarah yang tidak kurang hebat, malah mungkin lebih hebat dari orang lain. Berbanggalah dengan sejarah kita, berbanggalah menjadi rakyat Malaysia. Cintai warisan sendiri, walaupun itu tidak melarang kita mempelajari warisan orang lain. Cuma tidak perlulah kita mendewa-dewakan orang lain. Kelak nanti kera dihutan disusukan, sejarah sendiri mati beragan!

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Zulhijjah 1431
20 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran akhbar The Star hari ini 19.11.2010)

Friday November 19, 2010

Sun Yat Sen Heritage Trail to be launched


Blazing the trail: Lim Gaik Siang outside the old Shih Chung Branch School at 11, Northam Road.

GEORGE TOWN: Little is known about the crucial time that Dr Sun Yat Sen spent in Penang although much has been chronicled about his journeys elsewhere.

The Penang Heritage Trust has embarked on an ambitious project to mark a trail of 17 historic and important buildings associated with Dr Sun, known as the Father of Modern China, and his followers.

The project, which started in 2002, will be realised this Saturday with the launch of the Sun Yat Sen Heritage Trail.

Treasurer Lim Gaik Siang said the sites included the bases for the Tongmenghui, Dr Sun’s secret society, the original site of Kwong Wah Jit Poh, which started out as the society’s organ, the Penang Chinese Town Hall, and the old Shih Chung Branch School at 11, Northam Road, a former bungalow sold off to finance revolutionary activities.

MEMALI


(Assyahid Ustadz Ibrahim Libya)

Salam 2 all.

Pagi 19 Nov 1985, di sebuah perkampungan kecil di panggil Memali, Baling, berlaku satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. 14 orang awam penduduk kampung ditembak mati oleh pasukan keselamatan. Empat anggota FRU turut terkorban. Banyak versi yang kita dengar, dan banyak cerita yang disampaikan, tetapi hakikatnya ia satu peristiwa yang boleh dielakkan.

Saya sendiri semasa itu baru sahaja tamat pengajian dari Victoria University Wellington. Sebaik mendapat berita dan maklumat mengenai kejadian tersebut, saya telah membuat satu komen mengenainya, dan disiarkan disebuah akhbar di Wellington, tidak silap saya akhbar The Herald. Kebetulan semasa kejadian saya sedang bersiap-siap untuk pulang ketanah air. Sebaik tiba, saya terus pulang ke kampung yang terletak tidak jauh daripada Kg. Memali. Saya sempat melihat kesan-kesan insiden tersebut, dan saya sempat ke perkuburan syuhada yang terletak tidak jauh daripada bulatan Parit Panjang.

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa itu. Setakat yang saya tahu, kejadian bermula kononnya kerana Kerajaan pada masa itu berpendapat Assyahid Ustadz Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Ustadz Ibrahim Libya (atau nama betulnya Ustadz Ibrahim Bin Mahmud) adalah seorang lulusan Universiti Tripoli, Libya (itu sebab beliau dipanggil Ustadz Ibrahim Libya). Beliau pada mulanya bertugas sebagai pegawai pendakwah dan penceramah bagi Bahagian Hal Ehwal Islam JPM (BAHEIS-sekarang Jakim).

Namun semangat menyebarkan dakwah menyebabkan beliau membuat keputusan pulang ke kampung halaman dan membuka sebuah madrasah dipanggil Madrasah Islahiah Ad Diniah. Disitu pengaruh Ustadz Ibrahim Libya makin kuat dan Assyahid menyertai PAS dan bertanding dalam beberapa pilihanraya (dimana walaupun tewas tetapi dengan majoriti yang kecil sahaja). Saya masih teringat satu tulisan terpampang dirumah Assyahid dengan ayat "perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata". Itu adalah "tagline" Assyahid yang cukup terkenal terutama bagi kami orang Baling.

Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustadz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.

Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!

Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!

Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali!!

Apa yang menjadi kekhuatiran saya ialah peristiwa Memali ini dipolitikkan untuk kepentingan sempit puak-puak tertentu. Tetapi kebajikan dan kepentingan keluarga dan mangsa Memali tidak diberi keutamaan. Saya tahu secara peribadi ramai ahli keluarga dan mangsa yang merungut tentang isu Tabung Kebajikan Memali. Mana pergi kutipan dan sumbangan yang dibuat? Mana akaunnya, mana auditnya. Siapa yang mendapat habuan dan menafaat? Setahu saya ada kalangan anak-anak Memali terpaksa memohon ihsan pihak lain untuk mendapat bantuan pengajian contohnya. Malahan ada lapuran polis dibuat mengenai isu ini. Apa statusnya kita pun tidak tahu. Yang saya tahu setiap kali menziarahi keluarga Memali, sudah pasti isu ini akan ditimbulkan. Wallahua'lam.

Apa pun, peristiwa yang berlaku 25 tahun lepas itu wajar dijadikan iktibar oleh kita. Pihak keselamatan contohnya sepatutnya bertindak dengan lebih berhemah dan mesra rakyat. Pada saya, tindakan gopoh pihak keselamatan, dan kekaburan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri pada masa itu Tan Sri Musa Hitam (yang memangku jawatan Perdana Menteri kerana Tun Mahathir ke negara China pada masa itu) merumitkan keadaan.

Pada saya arahan yang diberi kepada pihak polis supaya menembak orang kampung adalah satu arahan yang tidak sewajarnya dibuat. Banyak lagi alternatif yang boleh diambil pada masa itu, contohnya mengepung kawasan yang begitu kecil. Menggunakan kereta perisai untuk berdepan dengan orang kampung yang hanya ada parang dan sabit, dengan gabungan polis, pasukan Senoi Praq, PPH, FRU dan UTK bersenjata lengkap hanya memberi gambaran ada pihak mahu menghapuskan Assyahid Ustadz Ibrahim Libya. Malahan operasi hari itu dinamakan sebagai "Ops Angkara!".

Hari ini kerajaan yang terlibat dengan peristiwa Memali dah tiada. Ada pemimpin yang terlibat kehilangan anak dalam peristiwa keruntuhan bangunan. Seorang anggota kabinet telah dipecat dalam keadaan yang mengaibkan. Kerajaan BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Adakah mereka membayar harga Memali? Wallahua'lam, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Namun kematian Assyahid Ustadz Ibrahim Libya serta 13 lagi anak murid beliau telah difatwakan sebagai syahid. Malahan Kebawah Duli Tuanku Kedah telah memperkenan Duli melawat kubur Memali dan menziarahi mereka yang terlibat. Saya masih ingat ketegasan Tuanku pada masa itu, "mereka juga adalah rakyat Beta!".

Kubur para syuhada terus diziarahi bertali arus. Kawasan semak sekeliling kubur sudah membangun. Masjid berdekatan sudah tersergam indah. Kampung Memali makin membangun. Jalanraya ke Memali sedang dibesarkan oleh Kerajaan. Pembangunan pelancungan air panas Legong makin terkenal. Anak-anak syuhada ada yang sudahpun menuntut di universiti, termasuk di Al Azhar dan lain-lain.

Pada saya, Kerajaan pada hari ini sepatutnya mengambil inisiatif untuk membantu keluarga dan mangsa Memali, termasuk anak-anak mereka. Adalah wajar Kerajaan memohon maaf atas insiden yang tidak sepatutnya berlaku. Dan berikanlah kepada mangsa dan keluarga keadilan yang telah lama dinafikan kepada mereka.

Semoga roh mereka yang terlibat, termsuk 14 orang penduduk kampung dan 4 anggota polis yang turut terbunuh diberikan rahmat oleh ALLAH, dimasukkan dalam golongan soleh dan diberi kelapangan barzakh, dan dimasukkan kedalam syurga ALLAH.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
12 Zulhijjah 1431
19 Nov 2010

16 November 2010

SALAM 'EIDUL ADHA


Bicara 'Eidul Adha

Labbaikallah humma malabbaik
Labbaikallah syari kala kalab baik
innal hamda
wanni' mata
lakawalmulk
laa syarii kalak

Hamba Mu datang menyahut pangglian Mu ya ALLAH
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu ya ALLAH
Yang tidak ada sekutu bagi Mu
Sesungguhnya segala pujian
dan segala ni'mat
dan pemerintahan 
adalah kepunyaan Mu
yang tidak ada sekutu bagi Mu

Tazkirah buat umat Melayu
kita punya satu Tuhan
kita punya satu Rasul
kita punya satu Kitab
kita punya satu kiblat
kita punya satu matlamat

Satu wajah pelbagai wadah
kita bangsa yang berpecah
umpama buih yang diratah
kafir harbi dok satu sejadah
sesama muslim kita haramjadah
hilang ghaib segala hibbah
tinggal tunggul untuk dibelasah

Ambil iktibar kesatuan Arafah
kesatuan tawaf di Ka'bah
kesatuan sa'ie Safa Marwah
kesatuan lontaran di jamrah
kesatuan umat di Muzdalifah
kesatuan saf Imam Makkah

Bersatulah wahai ummah
dibawah naungan Al Quran & Sunnah

Salam 'eidul adha

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Zulhijjah 1431
16 Nov 2010

*Alhamdulillah tahun ini teman dapat melaksanakan 'ibadah qurban di tiga tempat dengan hibah 3 ekor lembu iaitu di Masjid Bandar Bharu, Kampung Terap dan Taman Jati Kulim. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan, termasuk tidak mendapat sebarang agihan lembu Kerajaan PAS Kedah, namun ALLAH memberi jalan rezeki untuk teman menyumbang 3 ekor lembu bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, termasuk sumbangan untuk qurban di Gaza dan Sarajevo. Moga ALLAH memberi keampunan dan keberkatan. Wassalam.

KAU PERGI JUA!!


(Pak Jangoat sedang berehat didalam lori ke Putrajaya)


Salam 2 all.

Pengumunan Zaid Ibrahim bahawa beliau akan meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara yang dimainkan kepimpinan PKR selama ini. Kecundangnya Zaid sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas telah dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun-Firaun Kecil yang mendokong falsafah politik "matlamat menghalalkan cara, "Putrajaya at all cost", menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.

Dengan pengunduran Zaid, kita sudah boleh membaca susunan kepimpinan PKR akan datang yang jelas membuktikan amalan "Kakane-KKN" (dalam bahasa Jakarta pak), iaitu "kronisma, korupsi & nepotisma" yang cukup hebat:

Ketua Umum - Anwar Ibrahim. Suami Presiden dan bapak kepada bakal Naib Presiden! Inilah dia "mujahiddin demokrasi" yang begitu "taksub" kononnya kepada amalan demokrasi barat, tetapi mahukan jawatan yang bukan sahaja tak payah bertanding dan tidak boleh ditandingi, tetapi tak ujud pun dalam perlembagaan PKR. Entah siapa lantik Anwar jadi Ketua Umum pun teman tak tau, sebab tidak pernah ada mesyurat perwakilan yang buat keputusan. Lagipun jawatan yang takde dalam perlembagaan, macam mane perwakilan nak buat keputusan!

Presiden - Wan Azizah. Isteri Ketua Umum dan mak bakal Naib Presiden. Jawatan yang kata Zaid Ibrahim sekadar penghias majalah. Tanpa kuasa dan tanpa martabat. Dan bila Zaid membuka manifestonya antara lain untuk mengembalikan maruah dan martabat kepada jawatan Presiden, Zaid pula yang kena musibat!

Timbalan Presiden - Azmin Ali. Bekas Setiausaha Sulit Anwar zaman sebagai Timbalan Perdana Menteri UMNO. Dari kecik sampai tua Azmin sentiasa melekat dengan Anwar, yang Nallakarupan kata mereka berdua ini punya hubungan yang sangat istimewa. Zaid kata Anwar-Azmin punca kepada segala penyakit dalam PKR. Anwar bertungkus lumus bekerja keras memastikan Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden sehingga hero hindustan PKR Zaid Ibrahim pun kena tendang keluar. Dan untuk memastikan warna demokrasi kekal, Mustafa Kamil Ayub dipujuk supaya jangan menarik diri. Apa yang dijanjikan kepada Mus teman pun tak tahu. Mus yang pada satu ketika cukup garang macam rimau lapar, bersama dengan Zaid memberi ultimatum dan kata dua kepada PKR, tiba-tiba jadi macam kucing sakit gigi. Bayang yop kalau Mus tarik diri, malulah kat Azmin menang free pulak!!

Naib Presiden 1 - Nurul Izzah. Semua orang tau dia anak Ketua Umum dengan Presiden. Dengar cerita nak buat pact dengan Zaid, tau-tau tak jadi. Papa hebat kata Nurul, dipetik dimuka hadapan akhbar Sinar Harian! Anak bapak yop..anak bapak!

Naib Presiden 2 - Tian Chua. Mamat sorang ni ketaksuban dia kepada Anwar hingga sanggup dok bawah lori FRU. Sehingga sanggup mereka foto palsu PM bersama Altantuya, dan sikit pun tak rasa malu atau bersalah dengan perangai hodoh tu. Disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menggigit polis!!

Naib Presiden 3 - Mansor Othman. Bekas Setiausaha Sulit Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan. Sekarang jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Bertanding pilihanraya dahulu semua kalah, kemudian entah macam mane dema pusing tau-tau Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairuz kena tendang dan Mansor ambil alih kerusi Penanti dan bertanding sorang-sorang sebab UMNO malas nak layan politik sempit PKR. Lepas menang ambil tempat Fairuz, jadi TKM dan dah pun dapat Datuk!

Ketua AMK - Shamsul Iskandar Akin. Mula-mula patut bertanding jawatan Naib Presiden. tetapi bila calun pilihan Anwar mendapat jumlah pencalunan yang sangat memalukan, kalah kepada Chegu Bard, Shamsul tetiba buat u-turn dan bertanding jawatan Ketua AMK. Kerana Anwar tidak boleh kontrol orang macam Chegu Bard. Chegu Bard ni walaupun kawin dengan anak sedara Anwar, tetapi otak dia macam Zaid, Anwar tak boleh nak kontrol. Dia ni ada pendirian sendiri dan sangat berani. Kiblat Chegu Bard kepada Reformasi bukan kepada Anwar. Jadi Anwar akan gerun kalau sayap muda dikuasai oleh orang yang dia tak boleh kontrol.

Ketua Wanita - Zuraida. Walaupun Zuraida ni jenis mengaji kat ustad dan bertudung lipat, dan cukup rajin mengikut kelas Dr. Asri, tetapi ketaksuban dia kepada Anwar cukup hebat. Walaupun saingan beliau Puan Anima Ferer membuat pelbagai aduan salahlaku dan penipuan serta manipulasi didalam perebutan jawatan Ketua Wanita, malah Anima minta pemilihan digantung, namun suara Anima jadi macam suara Zaid aje, walaupun Anima adalah pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR!

Macam tu lah lebih kurang barisan kepimpinan kakane yang akan ujud dalam PKR tidak lama lagi. Cuma yang teman kesal sedikit ialah tindakan terburu-buru Zaid untuk keluar PKR dan mengumumkan kemungkinan menubuhkan parti politik lain.

Pada teman Zaid sepatutnya meneruskan perjuangan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun Zaid merasakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan sekadar menjadi tunggul untuk "calun impian Anwar", walaupun Zaid melihat banyak penipuan, pembohongan, putar belit dan lain-lain semasa proses pemilihan, beliau tdiak sepatutnya menarik diri dan keluar PKR.

Sebaliknya dengan meneruskan pertandingan dan kekal didalam PKR, Zaid akan dapat mendedahkan lebih banyak kepalsuan dan kepincangan didalam PKR.

Itu yang teman buat semasa dikenakan tekanan supaya keluar daripada mewakili PKR sebagai Ahli Parlimen. Teman tau puak-puak Firaun Kecil didalam PKR sudah tidak sabar melihat teman meninggalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen PKR. Kerana suara Islam, perjuangan Islam yang teman bawa sebagai MP PKR sangat dibenci oleh DAP dan yang sewaktu dengannya. Dan para Firaun Kecil dan sekutunya DAP merasakan perjuangan Islam itu akan menggagalkan impian mereka ke Putrajaya. Maka mereka lakukan pelbagai perkara untuk memaksa teman keluar.

Tetapi teman bertekad, walaupun teman tahu pada masa itu teman sedang menongkah arus mungkar yang deras, bahawa teman perlu bertahan untuk terus membongkar topeng kepalsuan didalam PKR. Sehingga mereka memberi tekanan kepada teman dengan melantik panel jawatankuasa disiplin kafir untuk membicarakan teman dalam isu kalimah ALLAH. Satu penghinaan besar kepada Islam. Dan alhamdulillah umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya dapat melihat kepalsuan perjuangan mereka.

Kepada Zaid, nasihat teman ialah jangan berganjak. Biarkan mereka pecat. Mike pun tahu Firaun-Firaun Kecil yang ada dalam PKR akan cari jalan memecat mike. Jangan beri mereka bola percuma. Let them pay for their "crime", so to speak! Biar rakyat dapat melihat kepalsuan dan kepura-puraan mereka. Teruskan pendedahan, bongkarkan kepalsuan mereka.

Tindakan Zaid untuk menubuhkan parti baru akan hanya memberi mereka bola tanggung. Mereka akan canangkan mike sebagai orang gila kuasa dan kedudukan. Mereka akan kata tak dapat jadi presiden PKR dia pegi buka parti baru dan jadi presiden! Masuk bakul angkat sendiri! Dengan sejarah mike yang pernah melompat dari UMNO dan merajuk bila kalah pertandingan Ketua Bahagian di Kota Bharu, ruang untuk mereka serang mike terbuka luas. Mike nanti akan disamatarafkan dengan Ibrahim Ali. Begitu cara mereka akan perlekekhkan mike.

Dan Zaid, bila mike memilih untuk melawan mereka, bersedialah dengan segala macam maki hamun, caci maki, fitnah, pembohongan, putarbelit, penipuan dan lain-lain cacamerba. Ni belum mike bagi surat rasmi pun dema dah tuduh mike dah siap dengan parti baru sebenarnya. Nanti mike akan dituduh sebagai barua BN didalam PKR, sebagai Trojan horse UMNO. Jangan terkejut kalau mike dituduh taik judi, kaki botol, kaki betina! Malah teman tak terkejut kalau mike didakwa sebagai punca kekalahan PKR di PRK Hulu Selangor. Semua jentera dan balatentera balaci mereka, termasuk akhbar, media portal, dan para penceramah akan diguna untuk mengganyang mike. Malah mike akan diperkartunkan nanti. Teman dah boleh bayang gambar kartun mike di MalaysiaKini, Suara Keadilan dan MalaysiaKini. Apa boleh buat yop, memang itu cara dema!

Namun jika mike rasa sudah tiada pilihan, dah terlajak kata nak keluar, teman nasihatkan mike menerima tawaran yang disebut oleh Husam Musa semalam bahawa PAS bersedia menerima mike. Pintu PAS sudah terbuka untuk mike. Eloklah mike pertimbangkan tawaran Husam itu. Cuma nasihat teman jangan mike terima terus, cume kata akan pertimbangkan. Sebab badut ingusan Anwar masih ada didalam PAS. Pak-pak jangoat ini akan segera mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran Husam itu bersifat peribadi, ataupun lebih teruk mereka akan kata akhbar misquote Husam.

Mereka akan lakukan sedaya upaya menghalang mike daripada menyertai PAS, sebab paduka tuanku Anwar yang mereka sembah akan murka. Dan pak jangoat takkan biarkan kemurkaan Anwar, kerana mereka dah terliur nak ke Putrajaya jadi menteri, macam mike pernah rase. Bukan senang yop dari budak jual cendol tau-tau dapat pakai kot & tai, tiba-tiba pulak jadi menteri dengan siren sana sini. Dah lama dema ngidam tu yop. Jadi daripada mereka jatuh pokok kelapa tengah sedap berangan nak ke Putrajaya, baik dema terajang mike dulu yop. So be tactful, but maintain your fight.

Last but not least, teman ucap selamat pada mike Zaid. Moga mike berjaya mengharungi onak duri yang akan makin tebal dihadapan nanti.

Adios amigos. Grasias senor.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Zulhijjah 1431
16 Nov 2010

15 November 2010

POLITIK DUALAM!?


(Pak Jangoat sedang merenung mahligai Putrajaya)

Salam 2 all.

Teman terbaca artikel ini daripada lamanweb Free Malaysia Today, tulisan Raja Petra Kamruddin. Kita tidak lupa bahawa RPK (atau dikalangan kekawan kami kenali sebagai Pet) adalah penyokong kuat Anwar dahulu. Dengan 'tragedi' yang menimpa Zaid Ibrahim, saya dapat melihat ada satu 'shift' dalam cara pemikiran RPK dan ramai lagi.

Moga ramai lagi yang akan sedar daripada buaian mimpi indah yang didenangkan Anwar & Gang. Kita jangan lupe inilah orangnya yang bila ditanya adakah dia akan mencabar Allahyarham Pak Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, dia kata "Pak Ghafar macam ayah saya, takkan saya nak lawan dia!". Tak sampai berapa hari dia kumpul habis semua geng-geng UMNO dia dan umum lawan Pak Ghafar. Kesian Pak Ghafar terkial-kial dibuatnya!

Senohong kerapu parpu kari, pembohong penipu nak jadi Perdana Menteri!!

Moga ALLAH selamatkan negara tercinta kita dari spesis saperti ini. Dan kepada para Pak Jangoat, ingatlah kepada satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!". Janganlah kerana seronok nak ke Putrajaya, akhirnya prinsip perjuangan campak dalam jamban je!! Kembalilah kepangkal jalan..kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah, tinggalkanlah segala jubah kemungkaran dan maksiat politik yang sedang menyelimuti impian kamu!! Insyallah masih belum terlambat, insyallah ALLAH akan membantu mereka yang membantu agama ALLAH.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

08 Zulhijjah 1431

15 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Dari laman web www.freemalaysiatoday.com artikel tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "About Being Too Early" entri bertarikh 14.11.2010)

In 1968, Anwar Ibrahim was a student activist, a leader of the ‘Third Force’, if you wish. In 1971, ABIM was formed, which soon enough emerged as a very powerful Third Force in Malaysia. Anwar, on the platform of ABIM, toured the country to speak in PAS organised ceramahs (political rallies) even though he was not a PAS member as such.

It was an accepted fact that one day Anwar would take over the presidency of PAS -- which was also the wish of the late President of PAS, Fadzil Noor (he personally told me this when we met in Mekah, Saudi Arabia, in 1982).

But that same year, in 1982, Anwar shocked us all by joining Umno (to prevent him from joining PAS, as Tun Dr Mahathir Mohamad himself admitted). We were devastated, as was Fadzil Noor -- who ‘confided’ in me by merely shaking his head and was utterly speechless when we discussed the matter.

This, however, is not the point of my article today. What I want to talk about is that in 1982 Anwar joined Umno and in that same year he challenged Suhaimi Kamaruddin for the position of Umno Youth Leader.

From the opposition, into Umno, and into the position of Umno Youth Leader, all in that same year.

Now, you must remember, the position of Umno Youth Leader was, at that time, the second most powerful position in Umno, even more powerful than the position of the deputy presidency of the party. In those days Umno Youth was a party within a party. It was a pressure group to the main Umno. And Umno feared its Youth Movement more than it feared the opposition.

The reason Anwar gave for challenging Suhaimi, although he was still too new in Umno, was that Umno Youth, under Suhaimi, had lost its bite. In fact, it had even lost its bark. No longer was Umno Youth the party within a party or the pressure group that it once was. So Suhaimi had to go and Anwar was going to take over the Youth leadership so that Umno Youth could be restored to what it once was.

Many people grumbled that Anwar was still too new in the party. He should be a member of Umno for at least five years before he takes on any party position or contest the general election (which he did in 1982 and was made a Cabinet minister soon after he won the Permatang Pauh seat in that general election).

Anwar’s father declared that Anwar was an Umno member for more than five years. He said he had secretly signed Anwar up as an Umno member without Anwar’s knowledge during the time Anwar was campaigning for PAS. Some say this was not true and that Anwar’s membership had been backdated to meet the five-year membership rule and therefore make him eligible to contest.

Nevertheless, officially, Anwar was eligible to contest and he did. But not many in Umno Youth would support him because of his opposition background and because he was too new in the party, had not proven himself yet, had not proven his loyalty to the cause, could be a Trojan Horse, was a spoiler, may cause a split in the party, and whatnot (exactly what they say about Zaid today).

So Anwar had to look outside the party for support. I was approached by Zainol Abdul Rahman, the Director of Arkib Negara Terengganu (and an Abim member as well as ex-Yayasan Anda lecturer), to help in Anwar’s campaign.

But we were all ‘outsiders’ (as Anwar said last week). We were not Umno members. In fact, we were staunch PAS supporters (although not card carrying members). Nevertheless, we campaigned for Anwar and he eventually won the Umno Youth leadership. And in the next round we did the same when Suhaimi challenged Anwar. And in the third round when Syed Hamid Albar tried to wrest the Umno Youth leadership from Anwar we again campaigned for him.

We campaigned for Anwar three times in a row, and each time he won, although most of us were non-Umno members and ‘outsiders’.

The issue that Anwar is too new in the party, has not proven himself yet, has not proven his loyalty to the cause, could be a Trojan Horse, is a spoiler, may cause a split in the party, and whatnot, were not issues then. The issue of whether Anwar is really a five-year member of Umno or his membership had been backdated was not even raised.

Suhaimi was not effective and therefore he should be replaced with someone more aggressive was the only thing that mattered.

So I do not buy all those reasons why Zaid should not contest the second most important post in PKR -- although I do agree that he should not contest, but for another reason. If these are valid reasons then Anwar too should not have contested the second most important position in Umno -- the Umno Youth leadership.

(Of course, today, the Umno Youth leadership is not what it used to be like back in the 1970s and 1980s when the ‘Lion of Umno’, Syed Jaafar Albar, and Harun Idris of May 13 ‘fame’ held that post)

No, we can’t ‘fix the rules’ as and when it suits us and change them again when they no longer suit us. And let me remind Anwar that it was the ‘outsiders’ like us who helped his meteoric rise in Umno. If left to the Umno members they would have kicked him out because Anwar was considered too new in the party, had not proven himself yet, had not proven his loyalty to the cause, could be a Trojan Horse, was a spoiler, may cause a split in the party, and whatnot.