25 June 2013

PENDEDAHAN JUSUF KALLA

 
Wawancara eksklusif mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Ketua Editor Merdeka-Online di Jakarta pada 01 Jun 2013 lepas

 Salam 2 all.

Teman begitu tertarik dengan wawancara eksklusif antara mantan Wakil Presiden (Wapres) atau Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) dengan Ketua Editor Merdeka-Online (MO) saperti yang disiarkan di laman web www.merdeka-online.com pada 01 Jun 2013.

Selain mendedahkan sikap Anwar yang mengkhianati perjanjian yang ditandatangani dengan Jusuf Kalla untuk menerima keputusan PRU-13 secara baik, ada beberapa perkara yang didedahkan oleh Jusuf Kalla yang perlu diberi perhatian serius.

Pendedahan itu bukan sahaja mengenai pengkhianatan perjanjian damai oleh Anwar dengan Jusuf Kalla, malah yang lebih serius ialah elemen sabotaj, pengkhianatan, penderhakaan dan pencabulan terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara ini!

1. Jusuf Kalla mendedahkan bagaimana "dalam pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar saperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu. Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan Kerajaan Malaysia, dimana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa Kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut";

2. Jusuf Kalla juga mendedahkan bagaimana "baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari 'Polis Washington' supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini".

Kedua-dua fakta diatas mendedahkan sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan 'sabotaj, pengkhianatan, penderhakaan dan pencabulan' terhadap negara kita Malaysia!!!

Oleh itu teman mendesak supaya pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terperinci mengenai pendedahan oleh Jusuf Kalla. Beliau bukan sebarang orang. Beliau adalah rakan baik Anwar Ibrahim; beliau adalah bekas Naib Presiden Indonesia.

Pendedahan beliau tidak patut diambil ringan oleh pihak berkuasa Malaysia!

Ya ALLAH selamatkanlah negara kami Malaysia daripada pengkhianatan dan penderhakaan oleh Si-Kitol Puaka Durjana!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Sya'ban 1434
25 Jun 2013

******************************************
Petikan wawancara saperti yang disiarkan oleh lamanweb www.merdeka-online.com
 
Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK:  Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.
Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.
Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.  Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.
 
ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU


JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.


Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.


MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

 
Jakarta, Indonesia, 
1 Jun 2013

24 June 2013

PELIWAT DEMOCRAZY

Oppocot..sesumpah angkat sumpah jugak? Baik teman layan tidor lagi baguih yop!

Salam 2 all.

Hari ni Isnin 15 Sya'ban 1434, bersamaan dengan 24 Jun 2013. Hari ini istimewa kerana disambut oleh sebahagian umat Islam sebagai hari Nisfu-Sya'ban, sempena setengah bulan Sya'ban. Bermakna lagi 15 hari kita akan masuk Ramadhan.

Hari ini juga istimewa kerana hari sidang Dewan Rakyat Penggal ke 13 bermula dengan proses angkat sumpah oleh 222 Ahli Dewan Rakyat yang terpilih dalam PRU-13 pada 05.05.2013 lepas.

Sebagaimana biasa, teman akan melalui Jalan Tun Razak dalam perjalanan pergi-balik ke pejabat di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Inilah rutin regular teman sejak awal 1990an. Antara jalan yang teman akan tempoh dalam rutin harian ini ialah Jalan Parlimen melalui Padang Merbok.

Malam semalam teman ada nampak beberapa buah khemah didirikan di Padang Merbok. Teman diberitahu itu adalah khemah para demonstran Blackout 505. Pagi tadi semasa melalui jalan yang sama, teman terlihat beberapa orang demonstran dari Padang Merbok ini sedang bersiap sedia nak ke Bangunan Parlimen.

Mereka sanggup bermalam di Padang Merbok dalam keadaan tidak teratur, entah ke mandi ataupun tidak, jangan-jangan gosok gigi pun tak. Kena pulak dengan keadaan jerebu yang begitu kronik. Bacaan IPU pun sudah melebihi tahap bahaya.

Begitu bersemangat para demonstran yang seciput ini sanggup berkorban. Agaknya dema terbaca patwa terbaru ular-semak dema yang kalau mati dalam menyertai himpunan haram ini dianggap mati syahit. Ekspress terus ke sorga!

Mereka begitu yakin perjuangan mereka benar kerana kata para pemimpin mereka sepatutnya mereka yang menang PRU-13 baru-baru ini. Kekalahan mereka kerana penipuan SPR-kononnya berlaku blackout dibeberapa tempat semasa pengiraan undi. Dan ada 40,000 pengundi Bangla telah dibawa masuk oleh SPR untuk menjadi pengundi hantu. Dan dakwat yang diguna oleh SPR tidak kekal, boleh dibasuh dengan sabun cap kapak je!

Dan yang lebih hebat, pemimpin mereka mendakwa sebenarnya mereka menang kerana mendapat undi popular lebih 50%, sedangkan BN dapat undi popular tidak sampai 50%. Walaupun hakikatnya BN mendapat 133 kerusi, sedangkan dema hanya mendapat 89 kerusi!

Dengan pembohongan dan putarbelit itu, para pemimpin mereka mengajak mereka supaya mengadakan himpunan haram, dan pemimpin mereka berjanji akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat konon atas prinsip kerana membantah pilihanraya konon dicabuli!

Sedangkan kalau ditanya dema mana bukti ada berlaku blackout semasa PRU-13, dema pun akan terkedu tak boleh nak jawab. Malah yang mendakwa berlaku blackout pun dah mengaku itu cerita rekaan!

Kalau ditanya mana bukti 40,000 Bangla datang mengundi, mana bukti Boeing 747 sebanyak 100 buah terbang keluar masuk daripada Dhakka-KLIA untuk bawa masuk 40,000 Bangla ni; dema pun akan geleng kepala tahu itu adalah sesuatu yang mustahil!

Kalau ditanya dema mana bukti yang dakwat kekal itu boleh dicuci; mana bukti pengundi yang berjaya menyuci dakwat itu boleh mengundi semula; dema sendiri pun tahu bukti itu tidak ada!

Walaupun tahu dakwaan berlaku blackout, 40,000 pengundi Bangla dibawa masuk, pengundi dakwat kekal boleh mengundi semula semuanya adalah dakwaan palsu dan tidak boleh dibuktikan, penyokong tegar dan taksub ini tetap gagal menggunakan otak mereka dan kekal berada dalam keadaan saperti kaldai dicucuk hidung percaya bulat-bulat apa yang didakwa oleh para Peliwat Democrazy dema!

Malah, para pengikut yang taksub dan tegar ini begitu yakin dengan tipudaya, pembohongan dan putarbelit pemimpin mereka sehingga mereka sanggup mengharungi susah payah datang ke KL, bermalam di padang yang penuh ulat, unggas dan nyamuk, menghirup udara jerebu yang mengancam kesihatan!

Sudah tentu kaum taksub dan tegar ini menjangka pemimpin mereka juga akan datang bersama mereka mengadakan bantahan diluar pintu Parlimen. Sudah senang mesti bersama. Itu namanya esprit-de-corp. Semangat berpasukan, semangat kekitaan.

Tau-tau pemimpin mereka datang berduyun-duyun ke Dewan Rakyat pagi ini menaiki kereta mewah dan hebat, segar bugar didalam kenderaan yang ber'air-cond'! Siap baju Melayu bersongkok dengan sampin songket sulaman Terengganu yang ada antaranya punya harga yang bisa boleh pergi ke haji di Mekah! Ada yang datang dengan kot-tie mengalahkan Brad Pitt!

Malah para pemimpin mereka turut sama dalam proses angkat sumpah. Begitu segak bergaya mereka melafazkan keta'atan mempertahankan Perlembagaan dan institusi Parlimen. Mereka berdiri tegak dalam pancaran siaran langsung ditonton jutaan rakyat melalui kaca televisyen.

Mengangkat sumpah bermakna mereka mengiktiraf keputusan PRU-13. Mengangkat sumpah bermakna mereka mengiktiraf kemenangan mereka yang diisytiharkan SPR. Mengangkat sumpah bermakna mereka kini layak mendapat elaun bulanan REM13,000-00 ++ tidak termasuk tuntutan dan lain-lain.

Apa maknanya?

Maknanya dalam keadaan pengikut taksub dan tegar mereka bersusah payah mengharungi badai berjerebu untuk mendapat syahit ekspress kasorga; pemimpin mereka bersenang lenang didalam dewan air-cond berpakaian segak mengutip elaun bulanan yang menebalkan poket!

Kalau ini tidak dipanggil hipokrit paling besar, teman tak tau lah apa label lagi nak diberi!

Sebab itu teman memberi mereka label PELIWAT DEMOCRAZY!

Mereka telah meliwat otak pengikut taksub dab tegar mereka sampai pengikut kaldai-jadian ini sudah hilang keupayaan berfikir secara waras dan rasional. Pengiktu tegar dan taksub mereka boleh sampai ke peringkat robotik - summum bukmum 'umyum fahuum - Pekak, Bisu & Buta terhadap yang hak dan kebenaran!

Kepada pengikut tegar dan taksub para Peliwat Democrazy ini, tanyalah diri kamu sendiri. Berapa lama kamu nak kena kencing? Berapa lama kamu nak kena tipu? Berapa lama kamu nak hidup dalam sindrom penafian terhadap perkara hak dan kebenaran?

Janganlah kamu khianati anugerah aqal fikiran yang ALLAH berikan. Jangan kamu hina tahap pemikiran kamu sampai ke peringkat kehaiwanan - malah lebih rendah daripada haiwan!

DON'T INSULT YOUR INTELLIGENCE!

Teman terdengar tadi lawak senario yang boleh menyebabkan Saiful Apek  mati terkekeh!

Ada para Peliwat Democrazy mengusulkan supaya Speaker atau Timbalan Speaker dilantim dikalangan mereka yang dicalonkan pembangkang. Maknanya calon yang sudah pasti akan menyokong pembangkang. Konon dakwa Peliwat Democrazy ini adalah salah satu tanda amalan demokrasi yang sihat.

Inilah yang teman sebut berulang kali amalan 'politik dualam' - politik putar belit dan cakap tak serupa bikin yang menjadi teras amalan para Peliwat Democrazy ini!

Kalau benar lah dakwaan mereka, kenapa kita tidak mendengar langsung para Peliwat Democrazy ini membenarkan UMNO/BN mencadangkan calon Speaker bagi DUN Selangor atau Pulau Pinang?

Teman tak dengar sepatah haram pun dari Peliwat Democrazy ini? Jangan kata calon Speaker daripada UMNO/BN; calon Exco untuk Kerajaan Pulau Pinang daripada PAS rakan komponen mereka pun teman tak nampak!

Apa lagi nak dipanggil puak-puak ni yop? Dah tak cukup ayat dalam kamus nak bagi. Apa yang jelas, inilah sikap politik sesumpah, politik dualam; politik putar belit dan cakap tak serupa bikin.

Dan teman cukup yakin sidang Dewan Rakyat Penggal Ke 13 ini akan menjadi gelanggang sarkas kalau para Peliwat Democrazy ini tidak dibendung. Teman kenal bebenor ramai antara Peliwat Democrazy ni yop. Kebanyakannya jenis mulut takde insurans. Teman cukup yakin perangai dan akhlak yang mereka pertontonkan nanti akan memalukan sedara-mara dema di Zoo Negara!

Apa pun, selamat menonton sarkis yang bakal dipertontonkan kepada kita oleh para Peliwat Democrazy pengamal politik dualam - putarbelit dan cakap tak serupa bikin!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
15 Sya'ban 1434
24 Jun 2013

20 June 2013

MENDAULATKAN BAHASA MELAYU

KebiaDapan kaum cauvinis makin melampau-lampau! Apa yang mereka tidak dapat perolehi melalui pilihanraya, kini mereka mahu gunakan melalui jalanraya!

Salam 2 all.

Teman cukup tertarik dengan artikel tulisan Dato' Mohd. Noor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia yang mengupas tentang isu kedudukan dan martabat Bahasa Melayu didalam Perlembagaan. Rasanya ini kali pertama seorang bekas Hakim Mahkamah menulis artikel yang begitu substantif mengenai Bahasa Melayu dalam konteks Perlembagaan*.

Secara prinsipnya, Artikel 152 Perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa negara.  Walaupun asalnya tulisan asal bagi Bahasa Melayu ialah ialah tulisan Jawi, namun untuk membolehkan ianya dibaca oleh semua orang, maka tulisan Bahasa Melayu telah dirumikan.

Ini suatu kehebatan Bahasa Melayu; boleh ditulis dan difahami dalam dua bentuk tulisan; Jawi dan Rumi!

Sebagai prinsip Perlembagaan, bermakna apa juga bahan komunikasi didalam negara yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ini mestilah dalam Bahasa Melayu.

Samada urusan Kerajaan, sekolah, IPT, badan berkanun, GLC dan semua urusan rasmi - wajib menggunakan Bahasa Melayu!

Dalam konteks itu, kalau kita benar-benar menghayati Perlembagaan, tidak timbul soal mahukan sekolah aliran selain Bahasa Melayu. Semua sekolah yang dibiaya menggunakan wang negara wajib menggunakan aliran Bahasa Melayu.

Mana-mana sekolah yang mahu kekal menggunakan bahasa selain Bahasa Melayu, maka mereka tidak boleh dibiaya menggunakan wang negara. Mereka sepatutnya kekal status sebagai sekolah persendirian dengan pembiayaan persendirian.

Idea yang dilontarkan oleh Dato' Mohd Noor Abdullah sangatlah menarik. Persoalannya ialah adakah dasar kerajaan sekarang memberi pembiayaan dan peruntukkan besar kepada sekolah vernakular aliran selain Bahasa Melayu bercanggah dengan Perlembagaan?

Ini persoalan yang wajib dijawab oleh pihak berkuasa. Kalau begitu, mengapa peruntukkan dan pembiayaan tidak diberikan kepada sekolah aliran Iban, Dayak, Dusun, Kadazan, Jakun dan lain-lain. Mereka lebih layak kerana mereka adalah penduduk kaum asli negara ini!

Bermakna rakyat Malaysia keturunan Cina dan India sepatutnya bersyukur dan berterimakasih banyak-banyak kepada Kerajaan Barisan Nasional yang sanggup mengenepikan peruntukkan Perlembagaan semata-mata untuk membantu mereka.

Tetapi budi ditabur, tuba dibalas. Ternyata komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional ditolak mentah-mentah oleh golongan cauvinis apabila berlaku 'tsunami Cina' didalam PRU-13 menentang Barisan Nasional.

Persoalannya, adakah Kerajaan Barisan Nasional masih mahu memberi muka kepada golongan cauvinis ini? Sebenarnya masih ada kaum Cina dan India yang menginsafi dan menghargai pengorbanan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada mereka selama ini.

Dan masih ada kaum Cina dan India yang sedar bahawa demi integrasi nasional dan perpaduan kaum pelbagai agama dinegara ini, peruntukkan Perlembagaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa komunikasi harus diterapkan dan dilaksanakan tanpa sebarang kompromi lagi.

Persoalannya, adakah Kerajaan Barisan Nasional mempunyai ketahanan politik untuk melaksanakan salah satu Rukun Negara ini - keluhuran Perlembagaan?

Soalan itu mike jawablah yop.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Sya'ban 1434
20 Jun 2013

*Artikel dibawah ini ditulis oleh Dato' Mohd Noor Abdullah dalam versi bahasa inggeris kerana sasaran audiens beliau ialah mereka yang tidak faham Bahasa Melayu.

***********************************************



NATIONAL LANGUAGE

152 (1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide:

Provided that:

(a)  no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purpose), or from teaching or learning any other languages;

(b)  nothing in the clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any community in the Federation.

REPHRASED AS FOLLOWS:

The national language
-        shall be the Malay language AND
-        shall be in such script as Parliament may by law provide

Provided that:

(a)  no person shall be prohibited or prevented
-        from using (otherwise than for official purpose) or
-        ‘from teaching or learning any other language; and

(b)  nothing in the clause shall prejudice the right
-        of the Federal Government
-        of any State Government

(c)  to
-        preserve and,
-        sustain

(d)  the
-        use and,
-        study

of the language of any other community in the Federation.

My interpretation of the above expression are as follows:

1.     ‘National language’ means the common language of all the communities in the Federation that moulds together to form a nation. And there is no national language if and where every community speaks and writes in the language of that community without any common language being used (speak and write) by all and each and everyone of the communities.

2.     The Malay language since the advent of Islam to the Malay Archipelago in the early 1400s is in Jawi or Arabic script. The Constitution empowers Parliament to prescribe the script of the Malay language. The National Language Act 1963/67 prescribe Rumi or Roman script.

Please note that the Malays sacrificed their religious obligation to read, write and recite the Qur’an in the Jawi script  for the general good of all Malaysians, namely that all Malaysians be able to use, teach and learn the Malay language in Rumi. The use of Jawi script may be used.

3.     For all official purpose, only the Malay language must be used and none other. ‘Official purpose’ means any purpose of the Government, whether Federal or State and includes any purpose of a public authority.

4.     For all official purpose, the National Language Act 1963/67 may prohibit or restrict the use of any language other than the Malay language and may further provide that it is an offence to use (speak and write) any other language for official purpose and to provide the punishment or penalty thereof.

5.     No one neither any organization nor the Government has power to prohibit completely or prevent wholly or partly any person from teaching or learning any other language. It means anybody who desires to teach and learn and speak, for example, the Chinese language or Tamil or Telegu or any other, do so privately.

The Government cannot clamp it BUT the Government MUST NOT, nonetheless, encourage it by establishing or assisting in establishing and by providing funds and facilities. To do so is tantamount to prejudicingnor disfavouring the use of the Malay language to compete with each other. Article 152 of the Federal Constitution disallows such a policy.

6.     The Government may allow the use of the community language in designated areas, for example tourism enclave, warning signs at restricted areas or dangerous/hazardous spots or at entry and exits points etc. The Government may set up Language Laboratories or Department of Language Studies (Chinese or Indian language) in colleges or universities envisaged by Clause (1) (b).

7.     This Article is an enabling provision because it enables any person to teachand learn and use any language. A foreigner can likewise do so. It is NOT a right vested to anybody. It merely allows anyone to teach and learn the language NOT to teach and learn in the language.

Bluntly put, one cannot teach and learn Chinese history and literature or Indian Monkey God Masquerading the Polynesian Islands in 8th century in Chinese language or in any of the Indian languages in our schools. I must express that this point of view is contentious because Justice Youseffe Abdul Kadir said somewhat similar, obiter dicta, in Merdeka University case.

8.     Finally , the expression ‘using otherwise than the official purposes or from teaching or learning’ in Clause (1)(a) must mean differently from the expression ‘the use and study’ in Clause (1)(b).

9.     Let us look beyond Article 152 and to consider whether our Education Policy is consistent with or in contradiction with Article 8 in respect of equality and Article 12 in respect of discrimination.

Firstly Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) and Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) teach among other subjects Mandarin dan Tamil. Whereas the Government does not establish or assist in establishing Sekolah Jenis Kebangsaan (Telegu), (Malayalam), (Punjabi), (Urdu), (Siam) etc.

The Chinese and Tamil communities are the priviledges communities among other like communities. The Orang Asli should be more priviledged than all the communities. Chinese or Tamil school teachers, headmasters and staff are appointed and paid salaries with Government Funds, but not with other communities.

The Government acquired lands or allocate public money to these two communities but not to other communities. Moreover the discrimination is not just and equitable and is not excepted or exempted under the Constitution.

10.  Article 12 prohibits discrimination against citizens on the ground of race in the administration of public educational institutions or public institutions partly funded from Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) and (Tamil), unlike the privately funded Chinese or Tamil schools (if any), are discriminitory and abhorrent to the Constitution which declares imperatively that shall be no discrimination against citizens and on ground of race. Government funds cannot be selectively or discriminately allocated to one and denied to the other communities.

11.  Article 12(2) makes it lawful for the Government to establish and maintenance or otherwise assist Islamic institutions and to provide funds and expenditure as much as it may be necessary. BUT similar enabling provisions is no where found and according to the rules of interpretation the Constitution intentionally omits it and deny similar or  the same priviledges to all other religious communities.

12.  At this time after the 13th General Election, I refrain from commenting on the rights of Bumiputera Sabah and Sarawak in respect of education. Suffice it for me to say the least the Article 152 should be but is not amended to empower the State Government of Sabah and Sarawak to provide similar provisions under Article 12(2) in respect of Bumiputera languages.

13.  Finally, for the love of our blessed country, the prevailing continued enjoyment of peace and harmony among our communities and the future wellbeing, prosperity and brotherhood of our next generation and the next following and so forth. LET US ALL together urge the Government of the day to transform the Government Education Policy to one which admit all our pupils to study together in the same primary schools and our students in the same secondary schools and thereafter to the universities where our X-Y and Z-gen study together under the same roof, eat and drink in the same canteen and play, exercise and rejuvenate in the same field, court and gym.


May it be known publicly that this writer was a qualified Tamil Court Interpreter  and reads and writes Tamil and lived with the community at Sentul Railway Quarters form one year in 1960. The writer attended Further Education Class in Mandarin briefly when he served as a Majistrate in Penang in 1970. The writer also learnt Arabic from ‘Learn Arabic, Linguaphone Records’.

Researched and Presented by: Justice Dato’ Mohd Noor Abdullah, retired Court of Appeal Judge, Malaysia

18 June 2013

KETUANAN CAUVINIS?

Thursday, June 13, 2013

KETUANAN CINA DI SINGAPURA




UNTUK memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Pembaharuan pilihanraya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

Posted by sabahkini.net at 10:42 PM
http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/06/ketuanan-cina-di-singapura.html

*Nota: artikel ini teman terima melalui email seorang rakan dan teman rasa elok dikongsi dengan mike semua sekadar untuk renungan dan muhasabah. Mike dinasihatkan supaya membaca buku Dr. Lily yang dirujuk diatas dan layari lamanweb yang menyiarkan artikel ini. Adios amiogos.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Sya'ban 1434
18 Jun 2013

MENDAULATKAN SPR

Mamanda hulubelalang..ingat tau..singh is king, kata Karpal Singh!

Salam 2 all.

Sejak daripada PRU-10 khususnya, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan institusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Keadaan semakin parah apabila pembangkang tewas dalam PRU-12 (2008), apabila jari mula dituding kepada SPR sebagai punca utama kekalahan mereka.

SPR dijadikan kambing hitam. Pembangkang secara sistematik mula merancang mengenakan tekanan terhadap SPR. Himpunan haram yang dilabel Bersih-1, Bersih-2 dan Bersih-3 diadakan kononnya untuk mengenakan tekanan awam keatas SPR dengan pelbagai tuntutan.

Kejayaan pembangkang ialah apabila Parlimen menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) untuk Penambahbaikan Pilihanraya.

Hampir kesemua tuntutan pembangkang telah dipenuhi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ini, termasuk menggunapakai kaedah kuno ‘dakwat kekal’ untuk kononnya menghalang pengundian berganda, atau dalam istilah pembangkang, ‘pengundi hantu’.

Walaupun SPR mencadangkan penggunaan kaedah ‘biometrik’ yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beriya-iya menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal.

Namun apabila kaedah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU-13 baru-baru ini, pembangkang pula beriya-iya pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut.

Tidak pernah saya lihat dalam sejarah pilihanraya didunia ini termasuk dinegara ketiga dan mundur dimana pembangkang beriya-iya cuba ‘menghapuskan’ kesan dakwat kekal pada jari pengundi selepas mengundi.

Walaupun langsung tidak ada sebarang bukti yang sahih, dan langsung tidak ada bukti adanya pengundi yang telah dicalitkan dengan dakwat kekal boleh mengundi semula buat kali kedua, namun pembangkang terus memainkan sentimen ini untuk menimbulkan kebencian kepada SPR. Kesemua ini adalah dengan satu tujuan, untuk memperlekeh dan mempertikai kredibiliti SPR; dan sekali gus keputusan pilihanraya!

Sebenarnya masalah dinegara ini bukannya dengan sistem pilihanraya, atau institusi SPR. Masalahnya ialah Malaysia mempunyai pembangkang yang “demo-crazy”, langsung tidak bertamadun, yang kerjanya tidak lain hanya menyalak dan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri!

Sedangkan mereka sendiri saperti ayam yang gah berkokok, tetapi tahi penuh berselaput diekor!

Lihat sahaja cara “demokrasi” dilaksanakan di dalam PKR dan DAP! Sehingga ahli mereka sendiri mendedahkan konspirasi kotor dan jijik, pembohongan, penipuan, putar belit, amalan kronisma dan macam-macam lagi semasa pemilihan parti mereka!

Sejak kekalahan mereka dalam PRU-13, pembangkang tidak henti-henti menyalahkan SPR. Mereka mengadakan road-show, himpunan haram dan lain-lain untuk menekan SPR. Mereka memberi label “Blackout 505” -  kononnya berlaku penipuan dan pembohongan oleh SPR dalam mengendalikan PRU-13 dengan fitnah kononnya SPR mahu memenangkan Barisan Nasional!

Malah mereka sampai mahu mengadu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama kononnya berlaku penipuan termasuk oleh SPR sehingga menyebabkan mereka kalah dalam PRU-13. Saya cukup pasti Obama akan bersetuju dengan saya yang pembangkang Malaysia ini memang sahih demo-crazy!!!

Terbaru, pembangkang mendesak supaya kesemua anggota SPR, terutamanya Pengerusi, meletak jawatan. Malah mereka mendesak supaya SPR diletakkan dibawah penguasaan dan penyeliaan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan diketuai pembangkang.

Persoalannya ialah adakah tuntutan ini wajar? Dan adakah Kerajaan patut akur dan tunduk kepada desakan pembangkang ini?

Untuk mengupas isu ini, kita wajib melihat sumber penubuhan dan fungsi, kuasa dan kedudukan institusi SPR itu sendiri.

Peruntukkan berkenaan penubuhan SPR dan perkara berkaitan dengan keahliannya dan perjalanan pilihanraya umum di Malaysia terkandung didalam Bab 8 Perlembagaan Persekutuan dalam Bab Pilihanraya.

Secara khusus, perkara berkaitan SPR dan institusinya terkandung didalam Artikel 114. Soal perlantikan, penggajian dan penamatan ahli SPR semuanya disebut didalam Artikel 114 yang mengandungi tujuh perkara.

PERLANTIKAN

Fasal (1) dan (2) Artikel 114 menyentuh tentang soal perlantikan ahli SPR.

Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga ahli lain.

Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Yang DiPertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam.

Jelas daripada peruntukkan diatas bahawa kuasa melantik ahli SPR adalah kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja!

Langsung tidak disebut berkenaan kuasa Parlimen untuk melantik mana-mana ahli SPR!

Jadi cadangan pembangkang untuk memberi kuasa kepada Parlimen untuk menentukan perlantikan ahli SPR bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, malahan ianya suatu cubaan rampasan kuasa keatas kuasa dan bidangkuasa Tuanku Yang DiPertuan Agong

Dalam ertikata lain, ianya suatu penderhakaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

Mengapakah kuasa perlantikan ahli SPR diberi secara khusus dan mutlak kepada Yang DiPertuan Agong dengan konsultasi bersama Raja-Raja Melayu tanpa langsung merujuk kepada Perdana Menteri, Kerajaan mahupun Parlimen?

Ini adalah kerana SPR adalah institusi yang akan mengendali, menyelia dan menjalankan pilihanraya yang akan menentukan sebuah Kerajaan bagi Malaysia. Dan ianya adalah Kerajaan yang bernaung dibawah kuasa Raja-Raja Melayu; kerana negara ini adalah dahulunya dikuasai oleh Raja-Raja Melayu.

Sudah barang pastilah penentuan pembentukan mana-mana Kerajaan bagi negara ini mesti mendapat perkenan Tuanku Raja-Raja Melayu. Dan untuk memastikan itulah maka kuasa melantik ahli SPR diberi secara mutlak kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu yang lain!

Namanya pun KeRAJAan! Ianya adalah badan pentadbiran dibawah naungan dan kuasa RAJA. Ia bukan government saperti yang difahami barat -  iaitu sekadar govern – mentadbir.

Di Malaysia ianya disebut KERAJAAN – pentadbiran negara dibawah naungan dan kedaultan RAJA-RAJA MELAYU.

Sebab itu semua urusan Kerajaan dibuat atas nama dan bagi pihak SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG ataupun URUSAN SERI PADUKA BAGINDA!

PENAMATAN / PEMECATAN

Fasal (3), (4) dan (4A) Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukkan tentang penamatan khidmat atau pemecatan jawatan mana-mana ahli SPR.

Secara ringkasnya, seseorang ahli SPR hanya boleh tamat atau ditamatkan perkhidmatannya saperti berikut:

1. mencapai umur 65 tahun;

2. meletak jawatan dengan mengutus surat yang ditandatanganinya sendiri kepada Yang DiPertuan Agong;

3. hilang kelayakan dibawah fasal (4A) iaitu adalah seorang bankrap, bekerja makan gaji dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji diluar tugasnya, atau seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

4. secara khusus kepada Pengerusi SPR, beliau akan hilang kelayakan sebagai Pengerusi jika menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau badan, samada diperbadankan atau tidak, dan samada bergaji atau tidak (kecuali pertubuhan atau badan yang menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela yang berfaedah kepada masyarakat).

5. Dan tiada mana-mana ahli SPR boleh dipecat kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama saperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Maknanya dalam soal pemecatan seorang ahli SPR, ianya disamatarafkan dengan status seorang Hakim Mahkamah Persekutuan!

Alasan serta prosedur pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan diperuntukkan didalam Artikel 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna seseorang ahli SPR hanya boleh diambil tindakan untuk dipecat jika beliau tidak berkeupayaan disebabkan kelemahan otak atau tubuh untuk menjalankan tugas sebagai ahli SPR.

Dan untuk tujuan itu, sebuah tribunal khas mengandungi tidak kurang daripada lima (5) orang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi (termasuk Hakim daripada negara Komanwel) hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk membicarakan ahli SPR tersebut.

Dan Tribunal Khas tersebut, setelah menjalankan perbicaraan, hendaklah mengemukakan lapuran dan cadangan mereka kepada Yang DiPertuan Agong.

Dan hanya Yang DiPertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk menerima cadangan Tribunal itu dan memilih samada mahu memecat atau tidak ahli SPR tersebut!

Langsung tidak disebut kuasa Kerajaan atau Parlimen untuk menamatkan atau memecat mana-mana ahli SPR!

Sekali lagi kita bertanya persoalan mengapa dalam soal penamatan atau pemecatan mana-mana ahli SPR, ianya diberi khas kepada Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?

Kerana SPR adalah institusi dibawah naungan Raja-Raja Melayu!

Jadi cadangan pembangkang untuk memberikan kuasa penamatan dan pemecatan mana-mana ahli SPR diletakkan dibawah kuasa Parlimen adalah satu cubaan rampasan kuasa Yang DiPertuan Agong!

Ianya adalah satu penderhakaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

PENGGAJIAN DAN SARAAN

Berkaitan soal saraan hidup dan penggajian ahli SPR, ianya diperuntukkan dibawah Fasal (5) dan (6) Perlembagaan Persekutuan.

Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukkan bagi saraan ahli-ahli SPR, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang DiSatukan.

Saraan dan lain-lain syarat jawatan bagi seorang ahli SPR tidak boleh, selepas perlantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya.

Ini sahaja satu-satunya peruntukkan dalam Perlembagaan yang menyebut tentang kuasa Parlimen berkaitan ahli dan institusi SPR – iaitu menentukan gaji ahli SPR!

Itupun gaji dan syarat perlantikan ahli SPR tidak boleh dikurangkan oleh Parlimen!

Kalau gaji pun tidak boleh dikurangkan, adakah logik tuntutan pembangkang untuk Parlimen diberi kuasa menyelia dan menentukan perlantikan, kedudukan dan penamatan seseorang ahli SPR.

Jangan kata memecat ahli SPR, kurangkan gaji mereka pun Parlimen secara sarih dan jelas dilarang sama sekali melakukannya!

Apakah maksud ini semua?

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan mahu memastikan kedudukan dan status seseorang ahli SPR adalah bebas sama sekali daripada Parlimen.

Tidak masuk akal bagi sebuah badan yang menentukan perjalanan pemilihan seseorang Ahli Parlimen tiba-tiba terpaksa tunduk kepada badan ahli Parlimen tersebut!!!

RUMUSAN

Malaysia telah melalui sistem Pilihanraya Umum sebanyak 13 kali. Sistem pilihanraya first-past-the post sudah dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya berpuluh tahun tanpa sebarang masalah.

Malah, sistem yang sama, institusi yang sama yang telah dilalui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Daripada seorang politikus jalanan, sistem dan institusi yang sama menaikkan Anwar selama 16 tahun daripada jawatan Timbalan Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri!

Selama 16 tahun Anwar Ibrahim menikmati hidup sebagai pemimpin UMNO menjawat pelbagai jawatan kanan didalam Kerajaan Malaysia melalui sistem dan institusi yang sama. Tidak pernah kita mendengar selama 16 tahun itu sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai sistem pilihanraya mahupun institusi SPR!

Tetapi kenapa tiba-tiba, setelah dipecat oleh Tun Mahathir kerana akhlak rendah dan salahlaku seks luar tabi’e, dan setelah menyertai dan mengetuai pembangkang; tiba-tiba kedengaran suara sumbang mempertikai sistem pilihanraya kita dan institusi SPR?

Sebab itu saya ulangi sekali lagi.

Kita tidak ada masalah dengan sistem pilihanraya negara ini. Kita tidak ada masalah dengan institusi SPR yang mengendali dan melaksanakan pilihanraya kita selama ini.

Masalah sebenarnya ialah kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertamadun. Kita punya pembangkang yang demo-crazy!

Sebab itu saya berharap Kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan tekanan pembangkang untuk meletakkan SPR dibawah seliaan Parlimen.

Ini adalah kerana meletakkan SPR dibawah institusi Parlimen bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah ianya adalah satu penghinaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong! Ianya adalah satu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu!

Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:

1. mengklasifikasikan mana-mana orang atau pertubuhan yang terus-menerus mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan ahli SPR sama saperti mempertikai, memperlekeh dan menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong;

2. menjadikan tindakan atau perbuatan mana-mana orang atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan mana-mana ahli SPR sama saperti penghinaan terhadap Mahkamah atau contempt of Court, dan boleh dikenakan tindakan penghinaan atau contempt dihadapan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dengan hukuman berat!

3. mengenakan tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah, samada criminal defamation, hasutan jenayah atau dibawah mana-mana peruntukkan yang bersesuaian terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh atau menghina mana-mana ahli atau institusi SPR;

4. sekiranya individu yang terlibat adalah seorang anggota Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara), atau Ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri, maka perbuatan mempertikai, memperlekeh dan menghina SPR atau mana-mana ahlinya sudah mencukupi sebagai suatu alasan untuk suatu prosiding dan tindakan melucutkan keahlian mereka diambil dengan segera;

5. memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukkan yang jelas didalam suatu undang-undang yang akan melindungi institusi dan mana-mana ahli SPR daripada terus menerus dicemuh, dihina, dipertikai dan diperlekeh oleh mana-mana individu dan pertubuhan;

6. memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukkan undang-undang yang memberi imuniti dan kekebalan kepada institusi dan ahli SPR sama saperti imuniti dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan Ahli Majlis Parlimen;

7. menggubal suatu peruntukkan sama saperti Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa apa-apa isu samada kelakuan, perbuatan atau tindakan institusi dan ahli SPR tidak boleh dibincangkan atau dibahaskan dalam mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) atau mana-mana Majlis Dewan Undangan Negeri kecuali dengan suatu usul tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen atau DUN tersebut;

8. memperkasakan SPR dengan penambahan peruntukkan yang mencukupi berserta penambahan pegawai dan kakitangan untuk menghadapi cabaran masakini;

9. menjadikan institusi SPR sebuah badan yang diletak secara langsung dan terus dibawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu dengan suatu peruntukkan perundangan yang jelas.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Sya’ban 1434
16 Jun 2013