29 July 2011

TAZKIRAH AL-MUBARAK

(Kalimah ALLAH dilacurkan disebuah gereja dengan konsep triniti dan diredhai oleh segelintir umat yang mengaku Al Quran kitabnya!)

Salam 2 all.

Insyallah beberapa hari lagi kita akan mula memasuki bulan Ramadhan, bulan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa. Teman masih ingat lagi kata-kata guru agama semasa kecil dahulu, "puasa itu menurut syara' ialah menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara yang membatalkan puasa daripada terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari".

Persoalannya, adakah itu yang sebenarnya dikatakan puasa? Bagi mendapat jawapannya, kita rujuk semula kepada Al Quran, dimana ALLAH swt berfirman, "diwajibkan keatas kamu (umat Islam) berpuasa sebagaimana umat terdahulu, semoga kamu beroleh ketaqwaan" (Al Baqarah: 183).

Bermakna, matlamat daripada mengerjakan puasa ialah "memperolehi ketaqwaan". Tidak cukup sekadar tak makan, atau tak minum. Tak cukup kalau sekadar dihujung puasa pinggang kita makin ramping, size seluar sudah jatuh 3 inci, atau kadar kolestrol sudah turun! Itu bukan puasa, itu diet namanya! Puasa Ramadhan mestilah melahirkan kita umat Islam sebagai umat bertaqwa, individu bertaqwa.

Persoalan selanjutnya ialah, dimana kita mahu mencari ketaqwaan itu? Jawapannya berbalik kepada Al-Quran:2, "sesungguhnya Al Quran itu tiada sebarang keraguan padanya, menjadi petunjuk menuju ketaqwaan". Nah, itu dia, taqwa itu letaknya didalam Al Quran.

Al Quran bukan sekadar mushafnya disusun rapi dalam almari. Al Quran bukan sekadar ditilawahkan, ataupun dimusabaqahkan. Al Quran bukan sekadar menjadi poster penghias dinding!!!

Sebaliknya Al Quran itu ada peranannya. Sebab itu tiap individu umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap Al Quran. Pertama, ianya wajib ditilawahkan (atau dibaca). Kedua, ianya wajib pelajari hukum-hakam pembacaannya (ataupun ilmu tajwid). Ketiga, Al Quran wajib fahami maknaya. Keempat, ianya wajib diamalkan (atau dilaksanakan). Dan yang akhirnya, atau yang kelima, Al Quran wajib ditablighkan (atau disebar sampaikan).

Jika kesemua lima tanggungjawab itu benar-benar dilaksanakan dan dihayati, maka itulah sebenarnya maksud firma ALLAH swt dalam surah Al Baqarah: 185, "diturunkan Al Quran itu dibulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia, penuh dengan keterangan dan bukti, menjadi furqan (pembeza) bagi kamu".

Ini bermakna, apabila kita sudah membaca, mempelajari, memahami, mengamal dan menyampaikan Al Quran, maka ia akan menjadi pedoman dan petunjuk kepada kita meniti kehidupan ini dan tahu membazakan yang mana halal yang mana haram, yang mana haq yang mana batil, yang mana dosa yang mana pahala, yang mana benar yang mana palsu, yang Islam yang mana kufur!

Namun kalau kita melihat umat Islam hari ini, kehidupan mereka seolah-olah langsung tidak menggambarkan umat yang berpandukan Al Quran. Contohnya Al Quran dengan tegas menyebut bahawa "ALLAH hu Ahad - ALLAH itu Satu". Dan itulah yang diperjuangkan Nabi saw. Namun hari ini sudah ada umat Islam yang meredhai kafir la'natullah menggunakan kalimah ALLAH sebagai mewakili Tuhan 3-Dalam-1, tuhan triniti!

Al Quran menegaskan bahawa "sesungguhnya mereka yang berpegang kepada Al Quran (iaitu umat Islam) adalah saudara kamu". "Jangan kamu ambil kafir la'natullah sebagai wali pemimpin kamu". Namun hari ini ada segelintir umat Islam yang menjadikan kafir harbi yang menentang Islam sebagai saudara mereka, dan mengangkat kafir la'natullah yang memerangi Islam sebagai ketua mereka menentang pemerintah mereka. dan yang mahu "menyapu bersih" kerajaan umat Islam. Saudara yang satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat dan satu Saf dengan mereka menjadi musuh nombor satu mereka!

Al Quran mengajar kita bahawa kaum wanita itu adalah kaum yang dimuliakan. Syurga kita letaknya ditapak kaki seorang wanita, ibu kita. Malah ada sebuah surah khas dinamakan sempena wanita, surah An-Nisa'. Namun ada segelintir dikalangan umat Islam yang menggadaikanprinsip ini, sehingga menjadikan institusi perkahwinan dan anak bininya sebagai pertaruhan politik, sehingga sanggup menceraikan isteri dengan sumpah talaq tiga hanya untuk mempertahankan kerusi habuan duniawi!

Sebab itu Saidina 'Umar menyebut, bahawa taqwa itu saperti seorang buta yang berjalan dijalan penuh duri dimalam gelap tanpa cahaya. Sudah pasti jika tiada orang yang membimbing dan memberi petunjuk kepada sibuta itu, pasti dia akan cedera. Kemungkinan besar dia mungkin tidak sampai kematlamat yang dituju. Maka itulah Al Quran, ia menjadi pembimbing dan petunjuk untuk kita melalui khidupan diniawi yang penuh dengan ranjau duri ini. Jika kita menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupan, insyallah kita akan selamat sampai ke destinasi kita, iaitu keredhaan dan rahmat ALLAH swt dan dimasukkan kedalam syurga.

Jika kita ingkar enggan menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupan kita, sudah pasti kita pasti tergelincir daripada jalan yang kita tuju, dan kemungkinan besarya kita akan menerima kutukan dan dilaknat ALLAH swt; dan dihumban kedalam neraka ALLAH na'uzubillah minzalik.

Sebab itu Rasulullah saw berpesan didalam khutbatul wida', berpeganglah kamu kepada Al Quran dan Sunnah ku (seboleh-bolehnya saperti menggigit dengan geraham kamu), nescaya kamu tidak akan sesat.

Semoga ALLAH memberikan kita ni'mat dan rahmat dapat melalui Ramadhan dengan sempurna, dan memelihara kita dengan penuh sifat Rahman dan Rahim, dan memberikan kita ketaqwaan sebagai anugerah Ramadhan 1432 ini. Dan barulah diakhir Ramadhan nanti, kita boleh meraikan kembalinya kita kepada fitrah, iaitu hamba yang tunduk ta'at kepada ALLAH swt, dan layaklah kita menyambut 'Eidulfitri dengan penuh ketaqwaan.

Yang bauk datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
27 Sya'ban 1432
29 Julai 2011

27 July 2011

HARAMSANEE AL-KAZEEB

(Pak Yangoat sedang melakukan aksi pembersihan dibawah pimpinan dan bimbingan Mamangoat )

Salam 2 all.

09 Julai 2011 akan diingati dalam sejarah negara sebagai "Hari Haramsanee Al-Kazeeb", memperingati pembohongan besar yang dilakukan oleh golongan desperado yang ketagihan untuk merampok Putrajaya melalui jalan "pintu belakang".

Himpunan yang bercirikan dua haram-"himpunan haramsanee (sanee bermakna dua didalam bahasa 'arab)". Pertama kerana dianjurkan oleh kumpulan yang telah diisytiharkan haram oleh Pendaftar Petubuhan. Kedua kerana ianya himpunan yang mahu dibuat tanpa permit-satu perhimpunan haram!

Bukan sahaja ianya "himpunan haramsanee", malah ianya penuh dengan pembohongan dan putar belit.

Teman tersenyum melihat gelagat kaum desperado ini memutar kisah dongeng kononnya teman termasuk didalam senarai kumpulan "Bersih" didalam perintah larangan Mahkamah keatas 91 individu yang ditegah berada dibeberapa tempat di KL pada 09 Julai.

Samada pembawa cerita itu skrew kepalanya longgar, ataupun pembohong. Teman menafikan sekeras-kerasnya pembohongan ini; dan teman sedikit pun tidak pernah menyokong atau mendokong kaum politikus kotor yang mengaku diri mereka "Bersih" tetapi penuh kekotoran. Jelas pembohongan sudah sebati dengan kaum ini, dan itulah yang dibuktikan dalam himpunan haram kaum yang teman label sebagai "Himpunan Haramsanee Al-Kazeeb". Al-Kazeeb dalam bahasa 'arab bermakna pembohong!!!

Pembohongan pertama mereka ialah membohongi Tuanku YDP Agong. Mereka memberi akujanji kepada Tuanku YDP Agong bahawa mereka mahu mengadap dan memaklumkan pembatalan himpunan haram tersebut. Akujanji itu diberi setelah Tuanku bertitah melahirkan pendirian Tuanku mengenai himpunan haram tersebut. Namun akujanji dan jaminan himpunan haram dijalanraya tersebut bukan sahaja tidak dibatalkan, malahan cara ianya dilaksanakan jelas kelihatan ianya memang telah dirancang dengan teliti.

Jelas semasa mengadap Tuanku, memang mereka tidak berniat langsung untuk membatalkan himpunan haram itu. Sebaliknya kebenaran mengadap itu dijadikan alat sekadar untuk memberi "perasa halal" kepada himpunan haram oleh kumpulan yang haram. Mereka berjaya membohongi Tuanku YDP Agong yang telah dengan ikhlas menerima mereka masuk mengadap.

Dan majlis mengadap itu dijadikan alat propaganda untuk menghalakan tindakan haram mereka. Ini adalah satu penderhakaan dan pengkhianatan besar kepada Tuanku YDP Agong; mana-mana warganegara yang ta'at dan setia kepada Tuanku dan negara ini tidak akan berani lakukan! Kewarganegaraan kaum ini sepatutnya dikaji semula; dan mereka wajar dikenakan tindakan yang tegas tanpa ampun!

Mereka turut berbohong bila mendabik dada mengisytiharkan himpunan haram itu disertai oleh puluhan ribu orang, walaupun hakikat sebenarnya tidaklah seramai yang dicanangkan. Dan itulah sebenarnya mengapa mereka mengadakannya pada hari Sabtu tengahari. Sebab mereka tahu jumlah penyokong mereka tidak ramai. Mereka perlu lahirkan persepsi himpunan haramsanee itu mendapat sambutan. Kerana itu ianya wajib dibuat tengahari Sabtu.

Kerana itu adalah waktu puncak dimana ramai orang akan turun ke KL untuk bersantai, membeli-belah, ke pasar malam Jalan TAR atau sekadar berlibur samada di KLCC, Sogo, Masjid Jamek, Jalan TAR dan stesyen LRT saperti Stesyen Masjid Jamek dan Hentian Puduraya akan pasti menjadi tumpuan awam.

Dan sudah pasti bila berlaku himpunan haram, orang awam samada akan menjadi "curious onlooker" ataupun terperangkap sekali dengan mereka. Apa pun jumlah mereka akan kelihatan seolah-olah ramai. Apatah lagi kalau gambar dan rakaman video diambil dari susut tertentu; ianya mampu memberikan persepsi ianya ramai.

Tetapi tidaklah seramai yang mereka canangkan. Menurut sumber yang sahih, jumlah yang terlibat tidak melebihi 10,000 orang pun, jauh dari angka ratusan ribu yang mereka kompangkan akan turun!

Pembohongan berterusan apabila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu mendakwa dirempuh oleh landrover polis. Siap berkerusi roda lagi! Kitaran semula sebuah drama dahulukala! Ternyata ALLAH juga Maha Perancang. Paparan video CCTV jelas membuktikan segala pembohongan!

Apa yang menyedihkan ialah pimpinan sebuah parti yang menjubahkan diri dengan warna Islam boleh terjebak dengan gejala pembohongan yang sebelum ini menjadi monopoli dan kepakaran pihak tertentu. Virus "al-kazeeb" telah menular bagai kanker yang tiada batasan.

Pembohongan kaum haramsanee ini tidak mengenal batas apabila kematian juga mereka putarbohongkan. Pemergian Allahyarham Baharudin yang mati akibat serangan sakit jantung semasa menyertai himpunan haramsanee ini diputarbelitkan dan dikompangkan sebagai kezaliman pihak berkuasa dengan menyelitkan "drama kematian" Suhardi. Habis satu dunia dibohongi, sebagaimana pembohongan 16 Sept.

Videoklip kematian palsu itu diputar seantero dunia. Derma dikutip tanpa sekelumit kemaluan.

Pelik sungguh kaum haramsanee ini. Videoklip Mat CD @ Mat China-Doll yang begitu jelas mereka pertikaikan; sebaliknya videoklip penipuan "kematian palsu Suhardi" mereka telan dan terima bulat-bulat tanpa soal sikitpun. Terus di isytiharkan ianya sebagai "syahid", dan derma jihad dilancarkan yang kemungkinan besarnya akan berakhir saperti derma peristiwa Memali! Hilang ghaibul-ghuyub!

Dalam keriuhan himpunan haramasanee itu, tetiba tersebar pula berita dan gambar didunia cyber seorang yang kelihatan nazak didalam hospital. Siap dengan "kolar-tengkok"! Lalu diputar pusing dongeng kezaliman pihak berkuasa. Ternyata cerita lama berulang kembali. Pelik sungguh, dalam ramai-ramai kaum himpunan haramsanee ini, hanya seorang sahaja yang masuk hospital dan kelihatan nazak dengan kolar-tengkok siap terpasang! Oh ya, terlupa pula dengan kisah seorang lagi yang masuk hospital siap dengan kerusi roda setelah "dirempuh" dengan brutal dan ganas oleh landrover Polis DiRaja Malaysia!

Adengan pembohongan ini berterusan apabila ada pihak mendakwa Presiden PAS dikasari oleh pihak berkuasa. Sekali lagi cubaan untuk meraih simpati dan menimbulkan kebencian kepada pihak berkuasa. Alhamdulillah Presiden PAS, yang baru sahaja mengisytiharkan tiada negara Islam didalam Al Quran, masih mempunyai sedikit kewarasan dan membuat kenyataan menafikan beliau dikasari, malah menceritakan tentang layanan baik yang diterima, dengan kisah "saya dihantar polis sampai kerumah"!

Sebenarnya banyak lagi pembohongan dan penipuan yang telah dilakukan oleh kaum himpunan haramsanee ini. Pembohongan kepada umat Islam bahawa himpunan itu walau diketuai oleh seorang kafir harbi anti Islam telah mengelabukan segelintir kalkatoo yang terpedaya dengan kilauan cahaya mahkota kekuasaan; walaupun sebelum ini mereka pernah mengisytiharkan jihad dan sabil terhadap sikafir harbi itu!

Kita tidak menentang hak berhimpun. Kita tahu ianya dijamin oleh Perlembagaan. Yang kita tentang ialah demonstrasi jalanan. Yang kita lawan ialah perarakan dijalanan. Yang menyusahkan rakyat dan orang ramai. Yang kita bantah ialah politik jalanraya. Yang kita mahu cegah ialah politik berasakan pembohongan dan putarbelit; semuanya kerana nafsu serakah mahu merampok Putrajaya "at all cost".

Sehingga sampai keperingkat berani menipu dan membohongi Tuanku YDP Agong. Ini adalah penderhakaan dan pengkhianatan yang wajib ditentang dan diperangi oleh tiap individu rakyat dan warganegara yang ta'at kepada Tuanku YDP Agong dan cintakan keamanan, kedamaian dan keharmonian.

Kita rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa, dan dari semua lapisan mengutuk keras himpunan haramsanee ini. Kita mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas tanpa gentar dan takut. Ingatlah, "majoriti senyap" sedang memerhati langkah pihak kerajaan selanjutnya, janganlah sampai keperingkat rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian terpaksa mengambil tindakan sendiri demi memelihara dan memartabatkan kedaulatan dan keselamatan negara ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
25 Sya'ban 1432
27 Julai 2011

06 July 2011

BERSHIT-2 TETAP HARAM

(Isu himpunan haram 09.07.2011 cuba menenggelamkan masalah besar yang dihadapi Anwar dalam kes meliwat Saiful yang akan disambung bicara 16.07.2011)

Salam 2 all.

Teman menjunjung kasih dan angkat tabik kepada Tuanku YDP Agong atas keprihatinan Tuanku untuk memastikan keselamatan, keamanan dan keharmonian kehidupan rakyat akibat agenda jahat kaum yang mahu menganjurkan perhimpunan haram 09 Julai. Titah Tuanku sangat jelas, dan cukup bijak. Tuanku tidak melarang, tetapi menasihat dan memberi panduan. Nak buat boleh, tapi jangan sampai menyusahkan rakyat Tuanku. Buatlah di tempat yang terkepung dan terkawal, lebih kurang macam dalam zoo. Sebab yang beriya-iya nak berhimpun haram ni adalah golongan yang sedara-mara mereka kat zoo pun malu nak ngaku sedara yop! Sebab dema ni kaum yang sesama sejenis dema tak balun yop ;))

BERSHIT-2 TETAP HARAM

Perkara pertama yang perlu kita sedar ialah majlis perkenan mengadap oleh Tuanku YDP Agong bukan bermakna kaum ini sudah jadi sah. Kaum yang melabel diri mereka "Bersih-2" (tapi punya niat kotor ini) sebenarnya masih berstatus tidak sah @ haram. Kerana pihak Pendaftar Pertubuhan telah mengisytiharkan mereka haram menurut undang-undang. Jadi level mereka sama dengan komunis, sama dengan Kumpulan Ayah-Pin. Oleh itu sebarang aktiviti yang dibuat atas nama itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan.

Kedua, setelah mengadap Tuanku YDP Agong, kaum ini masih berkeras mahu mengadakan perhimpunan. Ambega Sreenavasan sebagai peguam patut tahu bahawa sebarang perhimpunan ditempat awam mesti mendapat permit polis berdasarkan peruntukkan Perlembagaan dan Akta Polis. Pihak polis, dan hanya pihak polis sahaja yang berhak memberi permit atau menolaknya jika didapati ianya memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

KESELAMATAN & KETENTERAMAN TIDAK TERJAMIN

Tuntutan mereka mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka bukan sahaja perbuatan biaDAP dan angkuh, malah tidak menghormati titah Tuanku YDP Agong. Yang menjadi keprihatinan Tuanku ialah keselamatan dan keharmonian rakyat dan negara. Adakah Ambega boleh memastikan itu? Mungkin perhimpunan didalam tempat tertutup dan terkepung saperti di stadium boleh dikawal, tetapi bagaimana dengan sebelum dan selepas, diluar kawasan stadium. Kita dapat melihat dalam himpunan aman dan pesta saperti bolasepak pun boleh berlaku rusuhan dan kekacauan. Bagaimana dengan pergerakan selepas perhimpunan, adakah Ambega boleh kawal?

Apatah lagi jika dibuat di Stadium Merdeka yang terletak didalam bandar, begitu hampir dengan tempat awam saperti Bus Stand Klang, China Town Petaling Street, Jalan Hang Kasturi, Puduraya, dan hanya beberap minit berjalan kaki ke Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, tempat dimana orang ramai akan turun dihujung minggu bersama keluarga dan lain-lain. Adakah Ambega boleh pastikan kaum himpunan ini tidak bertindak diluar batasan setelah mendengar ceramah maki hamun dan caci-maki didalam stadium? Pengalaman lampau membuktikan tidak. Sebab itu teman desak pihak polis supaya tidak memberikan kebenaran perhimpunan dibuat di Stadium Merdeka. Sebaliknya kalau nak buat juga, buatlah di Stadium Shah Alam. Menteri Besar sudah pun memberikan tawaran menggunakan Stadium Shah Alam. Itupun negeri pemerintahan pembangkang. Ianya jauh dari tempat orang ramai, dan tidak menganggu kegiatan dan aktiviti rakyat biasa.

PAS & AMBEGA

Apa pun, yang paling patut malu dengan majlis mengadap Tuanku YDP Agong oleh Ambega ialah PAS. Cuba bayang yop, Ambega sikit pun tak pandang kepada Timbalan setia dia Matsabu. Sepatutnya Ambega wajib bawa Matsabu bersama semasa mengadap Tuanku, kerana Matsabu tanpa rasa malu beriya-iya menjadi pembantu setia Ambega. Tetiba bila time glamer nak mengadap Tuanku, nama Matsabu pun Ambega tak sebut, jauh sekali nak bawa sekali. Tinggal Matsabu terkonteng-konteng sorang-sorang bersama kaumnya yang tak abis bertakbeer nak ngikut mama Ambega, tapi akhirnya kena koner je yop.

Takkanlah kaum Anwarinas tak nampak-nampak, masih terhegeh-hegeh nak membontoti si Ambega ni. Ni lah orangnya yang kaum Anwarinas dan kaum Kunyit-2 maki hamun dulu. Siap isytihar jihad. Orang yang mendalangi IFC, menyokong murtadnya Lina Joy, penganjur forum "masuk Islam" yang jelas menghina Islam. Kini dinobatkan oleh kaum Anwarinas dan Kunyit-2 sebagai kalipah dema yop, dengan diiringi gema takbeer yang membuatkan iblis pun menangis yop! Ni kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni.

Tapi nak kata apa lagi yop, bila dah gila nak berkuasa, kalkatu pun akhirnya musnah kepada api yang dikejarnya! Nasihat teman kepada kekawan kaum Kunyit-2 dan Anwarinas, hentikanlah tindakan memperbodohkan diri ini membontoti si Ambega ni. Dia ada agenda tersendiri, buat apa mike memperlembukan diri kepada agenda dia. Kalau nak sangat, buat himpunan sendiri. Kan mike semua dah biasa buat solat hajat dan himpunan dalam stadium. Tak perlu bergantung, apatah lagi nak membontoti orang lain, tambah-tambah kapior harbi laknatullah yop.

TIADA JUSTIFIKASI TERUSKAN HIMPUNAN

Apa pun, teman sudah tidak nampak apa rasional untuk himpunan haram mahu diteruskan lagi. Ambega dan kaumnya mendakwa himpunan haram itu dibuat untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Semalam mereka dah dibenarkan mengadap Tuanku sendiri. Siap dapat makan kuih minum teh lagi. Jadi apa rasional nak dibuat lagi perhimpunan haram tersebut. Tunggu sahaja lah langkah selanjutnya yang akan dititahkan oleh Tuanku kepada mana-mana pihak yang Tuanku pertimbang wajar.

Jadi rancangan Ambega untuk meneruskan himpunan haram di stadium, dengan mengheret sekali kaum Anwarinas dan Kunyit-2 yang mangalipahkan dia jelas adalah tindakan yang sangat biaDAP dan angkuh. Siap nak mintak buat kat Stadium Merdeka lagi. Stadium keramat tempat bergemanya laungan merdeka umat Melayu dan rakyat Malaysia. Pada teman, kaum Kunyit-2 sudah tidak adalah alasan dan justifikasi untuk meneruskan lagi himpunan haram tersebut. Teman mendesak pihak berkuasa supaya jangan melayan mereka ini. Sudah pasti mereka ada agenda lain; kerana maksud mahu berjumpa Tuanku sudahpun dipenuhi oleh Tuanku YDP Agong sendiri.

BIAYA OLEH GEORGE SOROS

Teman juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat mengapa Maureen Aung-Thwin, pegawai tinggi Open Society Foundation yang dikuasai penyangak matawang Yahudi George Soros yang dilapurkan berada di Kuala Lumpur 27.06.2011 - 02.07.2011 dan dikatakan menemui beberapa pemimpin pembangkang dan Bershit-2 baru-baru ini. Wanita ini adalah orang yang sama menemui kepimpinan PKR dalam tahun 1999 bagi maksud membiayai PKR untuk Pilihanraya Umum ke 10. Adakah George Soros turut terlibat membiayai himpunan haram ini? Ini sesuatu yang serius yang perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa; jangan dibiarkan anasir-anasir luar membiayai aktiviti untuk mengkhianati negara!

PEMANTAUAN AKTIVITI

Malahan teman rasa pihak polis elok teruskan pemantauan dan tindakan pencegahan dan preventif yang sedang diambil. Bukti jelas yang ditemui polis menunjukkan memang ada pihak cuba mengambil kesempatan daripada himpunan haram ini. Penemuan senjata saperti parang, bom botol dan molotov koktel jelas membuktikan niat jahat segelintir pihak yang terdesak.

Teman juga meminta pihak polis dan pihak berkuasa memantau semua masjid di dalam Kuala Lumpur dan Selangor khususnya Jumaat ini. Teman dimaklumkan ada segelintir kaum Anwarinas dan Kunyit-2 akan membuat porak peranda dengan mengadakan himpunan haram diperkarangan masjid-masjid selepas solat Jumaat untuk menyampaikan ceramah maki-hamun mereka. Mereka juga akan menyebarkan risalah dan bahan-bahan caci-maki kepimpinan dan sistem pemerintahan negara ini. Malah teman mendapat maklumat, ada pihak sedang mengusahakan khutbah di mimbar-mimbar masjid di Selangor Jumaat ini menyentuh tentang hak berhimpun dan hak memprotes. Teman berharap pihak berkuasa agama akan memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.

RUMUSAN

Apa pun, teman berpendapat isu sistem pilihanraya yang cuba dibangkitkan sebenarnya sengaja diada-adakan. Kita tidak menafikan ada beberapa perkara dalam perlaksanaan pilihanraya yang kita amalkan boleh diperbaiki lagi, sebagaimana juga dinegara-negara lain termasuk negara maju saperti Amerika, Britain, Turki dan lain-lain. Contohnya teman pernah mengusulkan didalam Dewan Rakyat supaya sistem undi pos ditambah-baik dengan membenarkan wakil calon hadir sewaktu pengiraan dan menandatangani Borang 14 sebelum dimasukkan dalam penjumlahan undi semasa hari mengundi. Teman juga pernah mengusulkan supaya amalan mengadakan pilihanraya kecil dihapuskan kerana sangat membazir dan menambahkan kegiatan politiking yang tidak berkesudahan dalam negara ini.

Tetapi semua ini boleh dibuat dengan cara yang lebih bertamaddun, tanpa perlu himpunan haram apatah rusuhan. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya sudah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan semua pihak untuk menambah baik sistem perlaksanaan pilihanraya. Jadi tidak ada sebab mengapa perlu mahu diadakan perhimpunan haram atau rusuhan yang akan menyusahkan semua rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Apa pun, kaum yang melabel diri mereka sebagai “Bersih-2” (tetapi yang berniat kotor ini) tetap haram. Himpunan yang mahu dibuat juga haram selagi tidak mendapat permit. Semua justifikasi untuk mengadakan perhimpunan itu sudah tiada apabila Tuanku YDP Agong berkenan menerima mereka mengadap semalam. Dan kita khuatir ada elemen dan pengaruh asing yang mendalangi dan membiayai himpunan haram oleh segelintir mereka yang gilakan kuasa ini yop. Saperti yang pernah teman sebut, kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak haling orang gila daripada berkuasa!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
04 Sya'ban 1432
06 Julai 2011