Krisis perebutan jawatan MB Selangor menyerlahkan kebijaksanaan, kearifan dan kedaulatan Baginda Tuanku Sultan Selangor! Daulat Tuanku! |
Salam 2 all.
Dalam kemelut jawatan MB Selangor yang dicipta Anwar, satu persoalan besar yang dicetuskan ialah kuasa Baginda Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan siapa yang akan menjadi MB.
Ada pihak yang mempertikaikan kuasa ini, konon tidak demokratik. Kononnya rakyat telah membuat pilihan melalui peti undi untuk pembangkang DAP-PKR-PAS menjadi Kerajaan, jadi patutnya terpulang kepada parti DAP-PKR-PAS untuk menentukan siapa yang jadi MB.
Mereka dakwa tugas Tuanku hanya sahkan sahaja - cakap kasarnya mereka mahu Tuanku sekadar menjadi royal rubber-stamp sahaja.

Malah ada yang lebih biaDap dan kurang ajar mempertikai kuasa mutlak Tuanku untuk menentukan siapa yang layak menjadi MB, dengan mencadangkan kuasa itu dihapuskan! Malah mendabik dada konon pakatan DAP-PKR-PAS ada dua-pertiga majoriti dalam DUN dan berkuasa melucutkan kuasa Tuanku itu bila-bila masa!
Memang sejak terhapusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA ini sifat kehaiwanan dan kebinatangan para cauvinis, extremis dan parasit makin bertambah-tambah!
Golongan pelampau dan extremis ini bukan sahaja biaDap dan kurang ajar, mereka adalah pengkhianat dan penderahaka yang layak dikenakan hukuman yang keras dan tegas! Mereka adalah golongan yang buta sejarah! Sejarah negara ini!
Sebelum 1957, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu gabungan sembilan buah negeri Melayu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak didalam negeri masing-masing. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah (dan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah), Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor-Riau, Pahang, Terengganu dan Kelantan (yang termasuk Selatan Siam).
Tuanku Raja-Raja Melayu adalah Kerajaan yang memerintah - sebab itu kita panggil keRAJAan - ianya duduk dibawah Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu itulah kerajaan. Bukan sahaja Kerajaan, malah semua tanah adalah milik mutlak Tuanku Raja-Raja Melayu; dan Bagindalah yang akan memberi kurnia tanah, kedudukan dan darjat kepada siapa sahaja yang Tuanku perkenan.
Sebab itu Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani oleh penjajah British dengan kesemua dan tiap seorang Raja-Raja Melayu. Sebabnya jelas. Kerana negeri-negeri Melayu ini adalah milik dan duduk dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu. Jika salah seorang tidak tandatangan dan bersetuju, Perjanjian itu tidak ada kesan! Begitu kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu pada masa itu.
Sebab itu gabungan kesemua negeri-negeri Melayu ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu - gabungan negeri-negeri Melayu yang dperintah secara mutlak oleh Raja-Raja Melayu ditanah takluk dan jajahan masing-masing.
Sebab itu bila rundingan dengan penjajah British dibuat, kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu ini dipastikan terus ada kesinambungan (selain kedudukan agama Islam dan orang Melayu).
Sebab itu uniknya Malaysia ini sehingga hari ini mempunyai sembilan orang Raja yang masih berkuasa dalam negeri masing-masing; dengan wakil Kebawah Duli Raja-Raja Melayu duduk bersemayam di peringkat Persekutuan mengambil gelaran DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.
Sebab itu sistem perundangan Malaysia ini unik, dimana peranan Tuanku Raja-Raja Melayu masih dikekalkan - bukan sekadar simbolik atau ceremonial sahaja. Tuanku Raja-Raja Melayu dikekalkan kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan mereka, terutama dalam soal pemerintahan, hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
Kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah real - mutlak.
Ini membawa kita kepada persoalan perlantikan Menteri Besar.
Apa yang berlaku sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu ini ialah Menteri Besar dilantik oleh Tuanku Sultan yang memerintah secara langsung. Baginda yang memilih siapa sahaja dikalangan rakyat jelata untuk menjadi Datuk Menteri Besar - dahulu dikenali sebagai Datuk Bendahara.
Walaupun kita telah memilih menerima pakai sistem demokrasi, dimana rakyat boleh memilih wakil mereka yang dipanggil wakil rakyat - namun dalam penentuan siapa yang akan mengetuai Kerajaan sebagai Datuk Bendahara atau Datuk Menteri Besar tetap terletak ditangan Baginda Tuanku Sultan secara mutlak.
Cuma bezanya kalau dahulu Tuanku boleh memilih siapa sahaja dikalangan rakyat untuk menjadi Datuk Bendahara, kini Tuanku mesti memilih daripada kalangan wakil rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri - yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN - dengan syarat calon itu mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Bermakna kuasa mutlak melantik Datuk Bendahara - kini dikenali sebagai Datuk Menteri Besar - masih kekal ditangan Tuanku Sultan, cuma bezanya pool calon yang layak hanya dikalangan ADUN yang memenuhi syarat berikut:
1. mesti mendapat sokongan majoriti ADUN;
2. mesti berbangsa Melayu;
3. mesti beragama Islam.
Jika memenuhi tiga syarat diatas, maka Baginda Tuanku Sultan yang mempunyai kuasa mutlak memilih siapa diantara mereka yang layak dilantik sebagai Datuk Menteri Besar.
Oleh itu, pihak yang mempertikaikan kuasa Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan siapa yang layak dilantik menjadi Datuk Menteri Besar bukan sahaja biaDap, kurang ajar dan buta sejarah; malah mereka tidak memahami peruntukkan undang-undang tubuh dan Perlembagaan Negeri Selangor serta kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan Tuanku Sultan.
Oleh itu, pendirian dan tindakan segelintir dikalangan mereka yang bukan sahaja mempersoalkan kuasa Tuanku, malah mendesak supaya kuasa Tuanku dihapuskan atau dihadkan setakat menjadi royal rubber-stamp adalah satu tindakan pengkhianatan dan penderhakaan yang wajib dikenakan tindakan tegas dengan hukuman yang keras!
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
02 Zul-Qaedah 1435
29 Ogos 2014