Ah Cheng, mana pigi itu 851 olang tatak mali undi? Aiya Ah Foo, lu piki makan Yong Tau Foo lar! |
Salam 2 all.
Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengiktiraf pemilihan CEC DAP yang diadakan dalam satu sidang khas pemilihan semula CEC yang diadakan pada 29 Sept 2013 lepas.
Malahan pimpinan DAP memberi amaran akan mengheret ROS ke Mahkamah untuk memaksa ROS mengiktiraf dan menerima keputusan pemilihan khas tersebut dan barisan CEC yang dilantik!
Tony Pua melabel ROS sebagai anjing UMNO!
Ini adalah jelas satu sikap dan amalan hipokrit demokrazi dan politiking talam-pelbagai-muka oleh kepimpinan DAP kerana:
1. BLACK 851 - Bagaimana ROS boleh dipaksa menerima dan mengiktiraf pemilihan semula tersebut kerana sehingga ke hari ini, penjelasan tentang ketidakhadiran 851 delegasi dalam sidang khas tersebut masih belum diberikan. Jumlah ini merupakan hampir 33% atau 1/3 delegasi. Jumlah yang besar ini boleh mengubah corak pengundian yang dilaksanakan.
Contohnya calon teratas sekali, Liew Chin Tong menerima 1,438 undi, manakala calon tercorot, Ngeh Koo Ham mendapat 809 undi. Cuba bayang kalau kesemua 851 delegasi yang tidak hadir itu mengundi Ngeh Koo Ham, beliau akan mendapat 1,656 undi, mengatasi calon yang teratas!
Jadi Gobind Singh wajib mencabar Lim Guan Eng memberi penjelasan tentang proses pemilihan dan pengundian luar biasa ini sebelum nak mencabar ROS!
2. BLACK 753 - Begitu juga Gobind Singh sepatutnya mencabar Lim Guan Eng memberi penjelasan mengapa 753 delegasi tidak hadir semasa Kongres Nasional DAP ke 16 pada 15.12.2012 yang menjadi antara sebab mengapa ROS membatalkan pemilihan dan mengarahkan pemilihan semula dilaksanakan.
Sehingga ke hari ini, Lim Guan Eng dan DAP gagal memberikan penjelasan yang menasabah. Malah dakwaan DAP konon mereka mempunyai surat daripada 500 ahli yang tidak hadir gagal dibuktikan!
3. BLACK 522 - Gobind Singh juga patut mencabar diri dia sendiri dengan bertanya mengapa 522 delegasi tidak hadir dalam mesyuarat pemilihan DAP peringkat negeri Selangor baru-baru ini. Daripada 1221 delegasi yang layak hadir, hanya 699 sahaja yang hadir dan mengundi. Mana pergi 522 delegasi lagi? Hampir 43% delegasi tidak hadir atau mengundi!!!
Saya mencabar Gobind Singh supaya mencerminkan muka sendiri kerana beliau sendiri menduduki tempat kedua dengan memperolehi hanya 491 undi. Manakala calon teratas hanya mendapat 495 undi. Bermakna jumlah delegasi yang tidak hadir mengatasi jumlah undi yang diperolehi oleh Gobind dan calon teratas!
Jadi Gobind wajib mencabar sekretariat DAP Selangor dan Lim Guan Eng untuk memberi penjelasan mana pergi 522 delegasi ini! Mengapa hampir 43% delegasi tidak hadir dan mengundi?
4. HIPOKRIT KARPAL SINGH - Saya mengingatkan Gobind supaya tidak mengambil sikap 'double standard' dan 'hipokrit' sebagaimana bapa beliau Karpal Singh. Pada 22 Okt 1997, Karpal Singh membuat dakwaan didalam Dewan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat, malah beliau mendakwa punya bukti dan keterangan. Tau-tau bila Anwar didakwa di Mahkamah tahun 2008 kerana meliwat stafnya Saiful Bukhori, Karpal Singh yang menjadi peguam membela Anwar!
Jelas ini satu sikap 'double standard' dan hipokrit oleh Karpal Singh. Adakah kerana tahun 1997 beliau mendakwa Anwar peliwat kerana duduk dalam UMNO, tetapi kerana sekarang sudah satu bantal dengan DAP beliau pulak menjadi peguam membela Anwar dalam kes liwat!
Gobind perlu ingat, sebelum nak persoal pendirian ROS yang tidak mengiktiraf dan menerima pemilihan CEC pada 29.09.2013 lepas, beliau perlu persoal pendirian dan sikap Lim Guan Eng sendiri yang gagal melaksanakan proses pemilihan mengikut lunas-lunas demokrasi dan mematuhi peraturan DAP sendiri!
5. CERMIN DIRI DAP - Akhirnya saya mencabar Gobind Singh anak lelaki kepada Karpal Singh supaya mencabar Lim Guan Eng dan kepimpinan DAP supaya sebelum nak menuding jari kepada SPR dan proses pilihanraya umum Malaysia, cerminkan dahulu diri DAP itu sendiri.
Sudah terlalu banyak pendedahan dan pembongkaran serta aduan dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri betapa tidak demokratik, tidak telus dan tidak transparennya DAP didalam amalan demokrasi termasuk dalam proses pemilihan parti mereka sendiri. Lihat sahaja kes bekas ADUN Teratai Janice Lee yang menjadi mangsa peliwatan demokrasi!
Gobind Singh harus ingat tindakan yang diambil oleh ROS adalah berdasarkan aduan oleh ahli-ahli DAP sendiri, dan mengikut lunas undang-undang dan peraturan sedia ada!
Sebelum terlupa, saya juga mencabar Gobind Singh Deo supaya mendesak Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS supaya menerima dan mengiktiraf keputusan PRU-13. Hakikatnya UMNO memperolehi 88 kerusi, BN mendapat majoriti 133 kerusi, kurang 15 kerusi untuk majoriti 2/3!
Sebelum kamu nak mencabar ROS supaya menerima dan mengiktiraf pemilihan CEC DAP, kamu sendiri wajib menerima dan mengiktiraf kemenangan UMNO dan BN. Kamu sendiri wajib menerima dan mengakui hakikat rakyat masih mahukan pemerintahan Kerajaan UMNO dan BN. Kamu sendiri wajib menerima dan mengakui bahawa rakyat menolak pembangkang DAP-PKR-PAS!
Sebelum terlupa, saya juga mencabar Gobind Singh Deo supaya mendesak Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS supaya menerima dan mengiktiraf keputusan PRU-13. Hakikatnya UMNO memperolehi 88 kerusi, BN mendapat majoriti 133 kerusi, kurang 15 kerusi untuk majoriti 2/3!
Sebelum kamu nak mencabar ROS supaya menerima dan mengiktiraf pemilihan CEC DAP, kamu sendiri wajib menerima dan mengiktiraf kemenangan UMNO dan BN. Kamu sendiri wajib menerima dan mengakui hakikat rakyat masih mahukan pemerintahan Kerajaan UMNO dan BN. Kamu sendiri wajib menerima dan mengakui bahawa rakyat menolak pembangkang DAP-PKR-PAS!
RUMUSAN
Pepatah Melayu ada menyebut, 'kata dulang paku serpih - mengata orang awak yang lebih'. Nasihat saya kepada Gobind Singh Deo, eloklah pergi belajar balik pepatah-pepatah Melayu ini kerana itulah gambaran sikap dan politiking DAP dan pembangkang!
DAP dan kepimpinan pembangkang yang sering sahaja mempersoalkan perlaksanaan tanggungjawab oleh ROS dan SPR, malah mempertikai perlaksanaan sistem pilihanraya dalam negara ini. Malah Tony Pua mengutuk ROS sebagai anjing UMNO!
Mereka ini benar-benar termasuk golongan yang diumpamakan dalam pepatah Melayu, 'ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang dengan taik'
Kalau kita melihat proses pemilihan mereka sendiri, samada Kongres DAP ke 16 pada 15.12.2012 yang dibatalkan, atau Pemilihan Semula pada 29.09.2013 lepas yang masih dipertikaikan sebahagian ahlinya sendiri, atau pemilihan DAP Selangor baru-baru ini jelas membuktikan kokokan demokrasi dan hak asasi yang dilaungkan oleh DAP hanya sekadar retorik politik dibibir sahaja.
Begitu juga kita melihat proses pemilihan PAS dan PKR sendiri!
Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil res ipsa loquitur - sudah terang bersuluh pula!
Saya berharap rakyat Malaysia dapat melihat dan menilai sendiri politik hipokrit dan cakap tak serupa bikin mainan pembangkang DAP-PKR-PAS ini!
Adakah kita berani mempertaruhkan masadepan negara dan generasi akan datang kepada golongan peliwat democrazy ini?
Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias!
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
18 Safar 1435
21 Dis 2013