|
Aiya Ah Foo...itu 13 Mei cauvinis otak kominis cakap malai-si kira hasutan ke? |
Salam 2 all.
Akhir akhir ini terdapat usaha gigih
lagi terancang oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman untuk menghapuskan
Akta Hasutan 1948. Bertopengkan perisai hak asasi kemanusiaan, mereka mendakwa
kononnya Akta Hasutan kononnya mengekang dan menyekat kebebasan bersuara
seperti yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan!
Apakah benar Akta Hasutan mengekang dan
menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan
Persekutuan?
Apakah perkara yang diperkatakan
sebenarnya oleh yang kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini yang dikatakan
menyekat kebebasan bersuara mereka?
Secara umumnya, kaum cauvinis dan pelampau
perkauman ini membangkitkan dan mempermainkan isu-isu berikut:
1. mempersoal, memperlekeh, dan
kekadang menghina kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; contohnya dalam
isu kalimah Allah, bible versi bahasa Melayu, isu cubaan pemurtadan umat Islam
oleh gereja, isu pembentukan kerajaan negeri Perak, kontroversi perlantikan MB
Selangor dan lain-lain;
2. mempersoal, memperlekeh, dan
kekadang menghina kedudukan dan keistimewaan Islam didalam negara ini seperti
peruntukkan untuk masjid-masjid dan institusi pendidikan Islam, kedudukan
Mahkamah Syariah, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan kuasa Mufti-Mufti dan
lain-lain;
3. mempersoal, memperlekeh, dan
kekadang menghina kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang
termaktub didalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub didalam Perkara 152 termasuk
kedudukan sekolah-sekolah vernakular; malahan sampai ke peringkat mempertikai
kedudukan Kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri dan peringkat
Persekutuan.
HASUTAN & PERLINDUNGAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Sebenarnya isu-isu yang dibangkitkan
dan dipermainkan oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini seperti yang
tercatat diatas dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dibawah Perkara 10 (2)
(a). Walaupun Perkara 10 umumnya memberikan hak kebebasan bersuara kepada
mana-mana warganegara, namun hak itu tertakluk kepada hak Parlimen
“mengenakan
apa-apa sekatan yang didapati perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan” dan dalam menentukan kepentingan keselamatan Persekutuan, Parlimen
boleh dibawah Perkara 10 (4)
“meluluskan
undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau
diperlindung oleh peruntukkan Bahagian 3, Perkara 152, 153 atau 181 berhubung
dengan apa-apa jua”.
Apakah perkara-perkara tersebut?
1. Bahagian 3 – perkara berkaitan
kewarganegaraan;
2. Perkara 152 – kedudukan bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa
orang Melayu termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan
sebagainya;
4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan,
kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu;
KONTRAK SOSIAL DAN AKTA HASUTAN
Sebenarnya kesemua empat perkara diatas
adalah asas kepada termetrainya apa yang disebut sebagai kontrak sosial.
Apakah dia yang dikatakan kontrak
sosial?
Kontrak sosial adalah persefahaman dan
perjanjian diantara bangsa pribumi Melayu dengan kaum imigran Cina dan India
yang dibawa penjajah British ke Persekutuan Tanah Melayu, atau lebih dikenali
sebagai Malaya sebelum kemerdekaan dicapai.
Sebelum penjajahan oleh barat termasuk
British, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sebenarnya adalah terdiri daripada 9
buah Negeri-Negeri Berdaulat yang diperintah secara mutlak oleh tiap seorang
Raja-Raja Melayu di negeri masing.
Negeri-negeri tersebut ialah Kedah
(Pulau Pinang dan Perlis termasuk didalamnya), Perak, Selangor, Melaka, Negeri
Sembilan, Johor-Riau-Singapura, Pahang, Trengganu dan Kelantan (termasuk Selatan Siam).
Apabila penjajah British menjajah
kesemua negeri-negeri Melayu berdaulat ini, dan setelah tumbangnya gagasan
Malayan Union, maka terbentuklah sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan
Tanah Melayu; namun tiap-tiap Raja Melayu masih berdaulat dan memerintah negeri
masing-masing dengan bangsa Melayu sebagai anak pribumi.
Semasa era penjajahan British, mereka
membawa masuk tenaga buruh daripada negara Cina dan benua India sebagai imigran untuk
membantu penjajah British dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan
getah serta aktiviti ekonomi yang berkaitan dengannya.
Imigran Cina dan India ini pada masa itu sebenarnya
adalah buruh ekonomi yang dibawa masuk oleh penjajah British tanpa sebarang
jaminan kerakyatan atau kewarganegaraan, malah terus menjadi anak jajah
British.
Apabila perundingan kemerdekaan sedang
dilakukan, timbul persoalan apa status kaum imigran Cina dan India yang dibawa masuk sebagai
tenaga buruh ekonomi British? Dan bagaimana pula kedudukan Raja-Raja Melayu,
agama Islam dan hak bangsa pribumi Melayu sendiri didalam Persekutuan Tanah
Melayu?
Pihak British enggan mengambil imigran
yang terdiri daripada kaum Cina dan India untuk menjadi rakyat dan
warganegara British! Sebaliknya British mencadangkan supaya Raja-Raja Melayu
dan pribumi bangsa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu ini menerima kaum imigran
Cina dan India ini sebagai warganegara dan rakyat Malaya!
7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Sebagai asas kepada rundingan ini, maka
Raja-Raja Melayu telah menggariskan perimeter perundingan dan perbincangan,
dengan mengeluarkan satu titah yang kini dikenali sebagai 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, iaitu:
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi
yang kamu pijak dan langit yang
kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu
dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga
nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak
cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain
untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan
Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah
negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan
ialah BAHASA MELAYU;
7.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian
ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
KONTRAK SOSIAL – QUID PRO
QUO
Hasil rundingan inilah lahirnya apa
yang disebut sebagai kontrak sosial –
perjanjian beri-memberi; iaitu quid pro-quo,
iaitu:
Kaum imigran Cina dan India diberikan hak kerakyatan dan
kewarganegaraan dan sebagai pulangan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan
istimewa Islam dan hak anak pribumi bangsa Melayu termasuk kedudukan bahasa
Melayu, tanah simpanan Melayu dan Rejimen Askar Melayu akan dimaktubkan didalam
Perlembagaan Persekutuan!
Mengambil iktibar peristiwa 13 Mei 1969, dan bagi menjamin keempat-empat perkara asas teras negara ini tidak dipertikaikan sampai
bila-bila oleh mana-mana pihak, maka Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948
digubal untuk memastikan keempat-empat perkara ini dilindungi!
Seksyen 3 (1) (f)
memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan
menghasut – seditious tendency itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba
mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan
atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu:
1. Bahagian 3 – perkara berkaitan
kewarganegaraan;
2. Perkara 152 – kedudukan bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa
orang Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak termasuk perezapan kuota mengenai
perkhidmatan, permit dan sebagainya;
4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan,
kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu.
PENGAKUAN TOKOH-TOKOH CINA
& INDIA
Tokoh-tokoh
dan pimpinan kaum Cina dan India
sangat terharu dan terkejut dengan sikap bertolak ansur yang tinggi dikalangan
bangsa Melayu; sehingga sanggup memberikan dan berkongsi kerakyatan dengan
mereka. Kita hanya perlu menilai kata-kata tokoh-tokoh tersebut untuk
menunjukkan betapa terharunya kaum Cina dan India menghargai pengorbanan besar
bangsa Melayu itu.
Petikan
kata-kata daripada tokoh kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin yang telah
menyatakan pada 30 April 1969:
“Orang Melayu,
melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang
kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka,
90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana
ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan
warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu
ini.
Mengambil
kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan
istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah
masyarakat lain”.
Manakala
ini adalah petikan kata-kata daripada tokoh kaum India, mendiang Tun VT Sambanthan
yang telah menyatakan pada 01 Jun 1965:
“Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan majoriti yang sangat
besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh
itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Dan
apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita bercakap mengenai soal
perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang Melayu? Mereka mendapat
sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan mengenai soal
kewarganegaraan?
Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita
akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima
di Myanmar.
Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di
Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara
ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India
dihalau keluar; di Sri Lanka
mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu,
dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati
kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara
kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami
ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara".
Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa
(Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi
warganegara.
Seperti
yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini.
Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan
dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang
sangat bermaruah untuk mana-mana kaum immigran? Dimana lagi didalam sejarah
dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang
akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara
ini. Tetapi saya sangat gembira disini”.
BUKTI PERLUNYA AKTA HASUTAN
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969
membuktikan betapa bahayanya apabila perkara-perkara yang disebut didalam 7
Wasiat Raja-Raja Melayu, kontrak sosial dan empat sendi teras negara dipertikaikan
atau dipersoalkan – sehingga membawa kepada rusuhan kaum yang belum pernah
terjadi didalam negara ini.
Didalam Lapuran Mageran bertarikh 06 Okt 1969, jelas disebut bagaimana
dalam kempen Pilihanraya 1969, kaum cauvinis yang menyusup didalam DAP dan
Gerakan telah memainkan isu perkauman antaranya:
1. mempertikai Perkara 153 Perlembagaan
berkaitan hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak;
2. mempertikai status bangsa Melayu
sebagai pribumi Tanah Melayu ini;
3. tohmahan bahawa bangsa Melayu
mendapat keistimewaan dan kaum Cina diketepikan, termasuk dalam sektor
perkhidmatan awam.
Malah dengan lebih biadap kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini telah melaung-laungkan slogan malai-si; mati-Melayu dan kata-kata Mao Tze Dhong hutang darah bayar darah.
Dan mereka akan memaki hamun bangsa Melayu dengan kata-kata mencarut, lucah dan melampau seperti Melayu sakai, pigi masuk hutan, Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa, sekarang kita cina kontrol, kita hentam lu sekarang kita ada kuasa, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau, buang sama polis Melayu, KL sekarang cina punya, semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis, butoh Melayu, ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua melayu, Melayu sudah jatuh MARA boleh keluar, Melayu balik kampung MARA kasi habis, apa polis Melayu boleh buat kita raja dan pelbagai lagi maki hamun terhadap bangsa Melayu (rujuk Lapuran Mageran 06.10.1969).
Malahan pada waktu itu, Almarhum Tunku
Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Tanah Melayu dan Bapa Kemerdekaan memberi
amaran kepada kaum cauvinis dan pelampau perkauman supaya tidak mempersoal
Perkara 153 Perlembagaan.
Malah
Almarhum Tunku menegaskan bahawa ‘jika
mereka terus mempertikai Perkara 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan
kemakmuran yang kita kecapi akan hancur’.
Dan kita dapat melihat dengan mata
kepala sendiri apa yang terjadi dalam perstiwa berdarah 13 Mei 1969!
Sebab itulah Akta Hasutan bukan sahaja
perlu dikekalkan, malah perlu ditambah baik dengan memasukkan peruntukkan
berkaitan melindungi dan memartabatkan agama Islam dan institusi berkaitan
dengannya!
KEDUDUKAN AKTA HASUTAN
MASAKINI
Ada pihak yang mempertikaikan kedudukan
Akta Hasutan kononnya sudah lapuk dan tidak digubal mengikut Perlembagaan – it’s unconstitutional dakwa mereka!
Hujah mereka mudah! Akta Hasutan
digubal tahun 1948; manakala Perlembagaan Persekutuan digubal pada tahun 1957!
Bermakna Akta Hasutan mendahului Perlembagaan!
Bagi mereka yang buta undang-undang,
ditambah mempunyai sikap prejudis dan daya kebodohan tahap tinggi, maka dengan
mudah mereka boleh diperdayakan dengan hujah sebegini!
Adakah dakwaan itu betul?
Seperti yang saya sebut diatas, kesahihan
dan keabsahan Akta Hasutan 1948 adalah terletak dibawah Perkara 10 (2) dan 10
(4) Perlembagaan Persekutuan. Malah ini telah disahkan dengan jelas oleh Mahkamah
didalam dua kes iaitu Madhavan Nair &
Anor –v- Pendakwaraya [1975] 2 MLJ 264 dan kes Pendakwaraya –v- Karpal Singh (mendiang).
Malahan dalam kes terbaru Mat Shuhaimi bin Shafiei –v- Pendakwaraya
(Mahkamah Rayuan Malaysia 2014), dimana kedudukan, kesahihan dan keabsahan
Akta Hasutan dipertikaikan, Mahkamah Rayuan dengan jelas menegaskan bahawa,
‘walaupun Akta Hasutan 1948 adalah
undang-undang pra-merdeka, namun ianya adalah sebuah undang-undang yang sah dan
kekal sah sehingga ke hari ini. Keabsahan Akta Hasutan 1948 terletak kepada
provisi Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa,
kesemua ‘undang-undang yang ada (sebelum
kemerdekaan termasuk Akta Hasutan) hendaklah, sehingga dimansuhkan oleh pihak
berkuasa yang berkuasa berbuat sedemikian itu dibawah Perlembagaan ini, terus berkuatkuasa pada dan hari selepas Hari Merdeka’.
Dan perlu diingatkan bahawa Seksyen 3
(1) (f) Akta Hasutan yang melindungi 4 teras tiang seri negara itu sebenarnya
digubal pada 10 Ogos 1970 melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) Ordinan
45, 1970 (P.U (A) 282/1970) atas usaha Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein,
Perdana Menteri kedua selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969!
Jadi tohmahan dan fitnah yang menyatakan perlindungan keatas empat tiang seri negara dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan sebagai peninggalan penjajah jelas membuktikan kejahilan dan kebodohan pihak yang membuat tohmahan tersebut!
RUMUSAN
Tindakan biadap segelintir
kaum cauvinis, pelampau perkauman dan kini ditambah dengan ekstremis agama
mutakhir ini membuktikan bukan sahaja Akta Hasutan wajib dikekalkan, malah
wajib diperkasakan dengan penambahbaikan beberapa peruntukkan.
Kita melihat bagaimana
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 meletus hanya kerana segelintir kaum cauvinis
dan pelampau perkauman mempertikaikan hak dan kedudukan istimewa bangsa Melayu
seperti yang diperuntukkan Perkara 153 Perlembagaan.
Kini kita melihat bukan
sahaja hak dan keistimewaan bangsa Melayu dipertikaikan, malah kedudukan Islam
dan kedaulatan Raja-Raja Melayu turut dipertikai, diperlekeh malah dihina antaranya
seperti berikut:
1. tuntutan pendakyah
kristian terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bentuk yang telah difatwakan
sebagai syirik menurut aqidah Islam. Pihak The
Herald telah mengemukakan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan
yang menolak tuntutan mereka dan akan didengar pada 21 Januari 2015, manakala
Sidang Injil Borneo telah diberi kebenaran oleh Mahkamah Rayuan pada 01 Okt
2014 untuk mencabar keputusan KDN melarang penggunaan kalimah Allah oleh
kristian dalam apa bentuk sekalipun;
2. mencabar kedudukan
Mahkamah Syariah melalui kaedah ‘pintu
belakang’ menggunakan peruntukkan sivil di mahkamah sivil termasuk dalam
kes rebutan jenazah, hak jagaan dan hadhanah anak-anak saudara baru, dan
mutakhir pada 07 Nov lepas mempertikai Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah
Negeri Sembilan yang memperuntukkan pelarangan terhadap maknyah, bapuk dan
pondan memakai pakaian seperti perempuan;
3. mempertikai dan
memperlekeh undang-undang melarang pemurtadan terhadap umat Islam, malah
menuntut supaya umat Islam dibenarkan murtad;
4. mencabar kedaulatan,
kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu termasuk dalam kes perampasan bible versi
bahasa Melayu yang mengandungi istilah dan kalimah yang dilarang oleh Enakmen
syariah negeri-negeri, isu pemurtadan umat Islam, kuasa dan bidangkuasa
Raja-Raja Melayu menentukan perlantikan Menteri Besar dan pembentukan Kerajaan
negeri;
5. mencabar kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan isu berkaitan kewujudan dan
penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa selain bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar;
6. mencabar dan mempertikai
hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak seperti yang
dimaktubkan didalam Perkara 153 Perlembagaan termasuk soal biasiswa, institusi
pengajian tinggi, kuota perjawatan, pelesenan, permit dan pelbagai lagi hak dan
keistimewaan bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak;
7. mencabar, memperlekeh
dan menghina secara konsisten dan terancang institusi teras dalam negara ini
seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa
Negeri-Negeri, Parlimen Malaysia termasuk Dewan Undangan Negeri, Rejimen Askar
Melayu DiRaja, Suruhanjaya Pilihanraya, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera
Malaysia, Mahkamah dan badan kehakiman negara, institusi Peguam Negara,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain institusi teraes lagi
sehingga menimbulkan kebencian rakyat dan orang ramai terhadap
institusi-institusi ini.
Sebenarnya banyak lagi
tindak-tanduk, kenyataan, perlakuan dan lain-lain tindakan yang dilakukan oleh
kaum cauvinis, pelampau perkauman dan ekstremis keagaaman yang bukan sahaja
berbentuk hasutan yang mencabar empat teras sendi negara yang dimaktubkan
didalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, kontrak sosial, Perlembagaan dan Akta
Hasutan, malah ianya boleh meruntuhkan sendi, teras dan warisan negara ini jika ianya
tidak dibendung segera.
CADANGAN PENAMBAH-BAIKAN AKTA HASUTAN
Sebab itu sekali lagi saya
mencadangkan bahawa bukan sahaja Akta Hasutan perlu dikekalkan, malah Akta
Keselamatan Dalam Negeri atau undang-undang preventif seumpamanya perlu
dikembalikan. Penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah menyebabkan
kepincangan ketara dalam penguatkuasaan dan pengukuhan keadaan keharmonian dan
ketenteraman awam dalam negara ini.
Penghapusan Akta Hasutan akan memperlengkapkan kehancuran
keharmonian antara agama dan kaum dalam negara ini.
Selain daripada
pengembalian semula ISA atau penggubalan undang-undang preventif seumpamanya,
saya mencadangkan penambah-baikan kepada Akta Hasutan dengan perkara berikut:
1. meminda Seksyen 3 (1)
(f) Akta Hasutan dengan memasukkan peruntukkan tambahan seperti berikut iaitu:
“Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious
tendency) itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara,
hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana
perkara berikut iaitu (kekalkan yang sedia ada) termasuk:
Perkara 3 (Islam agama Persekutuan), Perkara 8 (4) (c) (kedudukan orang asli), Perkara 8 (4) (f) (kedudukan Rejimen Askar Melayu DiRaja), Perkara 11 (4) (penyebaran agama bukan Islam),
Perkara 12 (peruntukkan dana bagi institusi Islam), Perkara 121 (1A) (bidangkuasa Mahkamah Syariah), Jadual 9 Senarai II (bidangkuasa Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam) , dan mana-mana undang-undang
atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;
2. meminda Seksyen 114 (g)
Akta Keterangan dengan peruntukkan ‘Mahkamah
hendaklah membuat andaian/rumusan bahawa adalah merupakan satu perbuatan menghasut
menurut peruntukkan dibawah Akta Hasutan jika ada mana-mana pihak yang cuba
mempersoal, mempertikai dan/atau menghina apa-apa perkara, hak, status,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif berkaitan Bahagian 3,
Perkara 152, Perkara 153, Perkara 181, Perkara 3, Perkara 8 (4) (c), Perkara 8
(4) (f), Perkara 11 (4), Perkara 12, Perkara 121 (1A) dan/atau Jadual 9 Senarai
II Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang
diperbuat dibawahnya”;
3. meminda hukuman bagi
sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan ‘hukuman
penjara mandatori tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 25 tahun' bagi sabitan
kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan.
Sekian terima kasih.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
02 Safar 1436
25 November 2014