29 March 2010

PKR MELETOP LAGI!!

Salam 2 all.

Saya terkejut mendengar ucapan YB Wangsa Maju dalam bahas titah diraja sebentar tadi, dimana beliau telah menghentam kepimpinan PKR sendiri, terutamanya golongan yang beliau panggil "Little Napoleon" (saya lampirkan dibawah sedutahn ucapan beliau yang kontroversial tersebut).

Perlu diingat bahawa YB Wee Choo Keong adalah Ahli Parlimen yang mewakili PKR. Beliau adalah seorang ahli politik veteran, yang sama batch dengan DSAI. Beliau juga adalah bekas kepimpinan DAP, sehingga menjawat jawatan Ketua Penerangan DAP Pusat. Pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang sehingga dibatalkan kemenangannya oleh Mahkamah pada tahu 1995. Pada tahun 2008, beliau bertanding atas tiket PKR di Parlimen Wangsa Maju walaupun sebenarnya beliau masih lagi Setiausaha Agong Parti Demokratik Malaysia (MDP).

Saya nak tengok apa tindakan yang akan diambil oleh PKR terhadap YB Wangsa Maju ini. Pada saya ucapan beliau tadi lebih keras daripada ucapan saya atau YB Bayan Baru. Kalau kami dikenakan tindakan disiplin atas dakwaan yang tidaklah seserius ini, bagaimana dengan tindakan YB Wangsa Maju. Ini adalah ucapan dalam Parlimen yang mempunyai rekod dan hansard.

Tapi saya percaya tiada tindakan akan diambil terhadap YB Wangsa Maju. Dalam isu berkaitan kritikan terhadap kepimpinan YAB Lim Guan Eng, YB Dato' Seri Zahrain, YB Tan Tee Beng dan saya dikenakan tindakan. Tetapi YB Wee Choo Keong yang turut mengkritik YAB Lim Guan Eng tidak dikenakan sebarang tindakan, walaupun kenyataan kepimpinan PKR untuk menyatakan dengan jelas bahawa tindakan disiplin akan dikenakan terhadap YB Wee Choo Keong. Apakah ini amalan double standard. Termasuk kononnya tindakan disiplin hendak dikenakan tehadap Dato' Zaid Ibrahim. Sampai hari ini habuk pun tarak.

Adios amigos.


Zulkifli Bin Noordin

Isnin

14 Rabi'ul Awal 1431

29 Mac 2010


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada sebahagian ucapan YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) semasa sesi bahas titah DiRaja hari ini Isnin 14 Rabi'ul Awal 1431/29 Mac 2010)


Datuk Yang di-Pertua,

FITNAH MENFITNAH   

Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". 

Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin.

Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan kerja ini pun di putar belitkan fakta untuk mencapai matlamat agenda poltitik orang dan kumpulan tertentu.

Fakta di forum CSIS adalah wartawan Malaysiakini dari San Francisco sahaja yang berada di forum CSIS pada hari tersebut tetapi laporan dengan putar belit fakta dengan serangan peribadi yang tidak berasas tidak diterbitkan di Malaysiakini tetapi di portal lain. Selepas sehari dua barulah terbitkan di dalam Malaysiakini lebih kurang sama dengan apa yang di laporkan di dalam portal tersebut tetapi tanpa serangan pribadi.

Lawatan kerja kami untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk memulihkan perhubungan antara USA dengan Malaysia dari segi diplomatik dan trade supaya Malaysia boleh memulakan better diplomatic and trading relationship dengan izin. YB Padang Regas tidak menfitnah sesiapapun dan semasa beliau menjawab soalan dengan fakta bila satu soalan ditimbulkan oleh representative Amesty International mengenai kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh.  YB Padang Regas menyatakan dengan terus terang bahawa YB Permatang Pauh adalah sahabat baik beliau dan conscience beliau tidak membenarkan beliau menfitnah sahabatnya dan kes ini adalah antara majikan dan perkerja, dan laporan polis telah dibuat oleh pekerja. Jikalau tiada tindakan diambil, maka pihak pekerja akan menuduh kerajaan tidak adil. 

 

Dalam fakta ini, saya amat kesal dengan tindakan yang tidak bertangungjawab dan untuk menjejaskan kepentingan negara dengan laporan tertentu.  Kemungkinan matlamat pihak tertentu mahu menjahanamkan negara. Saya minta maaf bahawa saya tidak boleh memainkan peranan senyap lagi dalam keadaan yang amat jelas dimana fakta-fakta diputar belitkan oleh spin doctor dengan izin dan membenarkan mereka mencemarkan imej negara dengan agenda sempit yang didorong oleh motif memengtingkan diri semata-mata. 

Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk mempertahankan kepentigan rakyat dan act as a check and balance against the government of the day in the interest of the people, dengan izin, dan bukan untuk memutar belit fakta untuk menjejaskan imej dan kepentingan negara tanpa mengambilkira samada peranaan YB Padang Regas adalah benar atau tidak.  Sebagai Ahli Parlimen saya mesti memihak kepada fakta dan bukan personaliti.   

Dato Yang DiPertua

The Little Napoleons

Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP.  Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.

Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.

September 16

Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons.  Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”.   You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons.  Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.     

Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin  dan politik cakap tak serupa bikin.

Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.                 

Terima kasih

YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

32 comments:

The One said...

Hello `Little Pharoah'

Seronok bekawan dgn para pelompat yg munafik pendokong `pigida'

Mcm mana sahabat mamak yg pakai rambut palsu ada mahligai di kulim serta adiknya.. makin erat.. masshhyuukk...

Khas utk mu `Little Pharoah' Selamat jadi munafik sehingga 2013

steelbos said...

Salam YB,
Little Napoleon & Firaun2 kecil.Ana nk jgk tau jika ada firaun2 kecil tentu ada FIRAUN BESAR!?Sape ler agaknya.....

Abi Qalam said...

Salam YB,

Nak kata apa lagi? Nak suruh pecat jugak ka?

Bungaraya said...

Saya tak heran YB. Both of you were chosen to rep. Malaysia. Masa saya baca tulisan u masa di us, saya pun ada rasa lain macam....dan akhirnya terbukti...tak heran

Art Pokon said...

Apa lagi YB. Duduk diam aje lah. YB tunggu PR 13 nie, YB hanya akan jadi satu sejarah saja dan hanya boleh bersuara di Blog YB saja.

Angkatan Muda Keadilan BATU said...

Bro ... jgn masuk campur urusan PKR .... hang sapa .... bebaskan ... malu lah sikit ... org pangkah hang pasai PKR .... kalau betui org suka kat hang ... aku cabar hang .... bertanding PRU 13 kat Parlimen yang sama .... org dah tau sapa hang di KULIM ..... org tau dah hang .... konon hang pejuanglah ........ pirahhhhhhhhhhhhhh

pak pandir 2020 said...

Saya rasa macam ni aje lah YB, buat kerja kita, laksanakan amanah dan kurangkan politicking.
Dah 2 tahun general election ke 12 ni, tak habis-habis politicking, apa nak lagi dia orang ni? Nak kan kedudukan sebagai YB baik Adun or MP dah dapat... tapi selagi tamak haloba tu tak dibuang selagi tu la tak selesai benda ni.

Just do your job, as what you were elected to do... as the same for all policitians...

Si Angkatan Muda tu.. biar la dia terjun dengan labu-labunya.

ag said...

ceh punyala tak malu kau
tapi aku rasa memang niat kau untuk sakit hatikan penyokong pakatan sekarang,mungkin kau berjaya.

tapi ingat kami semua tidak akan memaafkan kau, emm bila di fikirkan balik,kau peduli apa asalkan masuk,dosa pahala hanya mainan kata.
sesunguhnya tunggula balasan dari maha esa.

Supar Yop said...

Ha ha tak pe YB, teruskan utk dedahkan ceriter - ceriter panas ni.. memang ada pendengarnya..PKR takan nak dedahkan pekungnya sendiri! Ada blog2 lain pun yang dedahkan bisul dan nanah UMNO, diorang tak melatah pun..Kekuatan sesuatu parti adalah bagaimana dia menghadapi serangan spt ini dan bagaimana dia bangun utk hadapi serangan itu..dgn tenang dan tidak melatah tak tentu pasal

Lagi satu sy pelik, semakin ramai suara mendesak ZN meletak jawatan.. jgn pedulikan suara spt ini.Takde peruntukan Undang undang melarang MP/ADUN berbuat demikian.Bila org UMNO join PR, diorang tak bising pun, tapi bila PKR join UMNO macam2 sumpah seranah! Sampai PAS dah keluarkan semacam fatwa ( ingat saya tak kata fatwa betul2) PR masuk BN tak boleh pasal kalau depa masuk niat kerana habuan RM, BN masuk PR boleh pasal depa ikhlas berjuang.. Apa punya formula pun aku tak faham..Kalau betul depa dapat habuan, tunjukkan lah bukti - salinan cek ke?Selagi tak ada bukti itu kira fitnah tau!! Kalau nampak ZN lepas ni campak motor dia skrg tukaq pakai Harley Davidson 2000 cc ,habak mai kat aku.. bior aku terajang dia cukup2.Kesian PAS nak cross over pun tak boleh .. dah sign mati talak tiga nak buat macamana?

broooo... said...

hai yb k.t.k...

sronok samcam nampak bila member kena tikam blakang!

dinjawa said...

Zul,Hang ni macam ayam jantan yang berkokok,,tapi ekoq meleleh penuh taik,,

Bungaraya said...

YB. kata pakpandir 2020 tu ada baiknya. Elok YB jengah lah masjid masjd di kulim bandar baru, serdang,ayak putih ,junjung dan banyak lagi...bertaubatlah sebelum ajal datang menjemput.
http://www.youtube.com/watch?v=hSZILpmOD4Q
Semua peminat YB Zul dan yang benci elok buka link tu dan sama-sam hayati

MC_Shaharul said...

weiii zul hang ingat org x kenai hang ka..sbb tue la org x nk calonkn hang dlm pas dlu..sbb hang kaki kencing..munafik..org kulim kenai sgtla dgn hang zul...kuikuikui..xyah nk berlagak bgs laa..sepatah hang ckp 10 xleh caya..sbb hang mmg bapak munafik,sembang deraih tp habuk pn tarak..baik hang duk wat keja kt kulim nie laa..tp mgkin x lama la..lps nie kami di kulim nie nk bungkuihkn hang di kulim nie naaa..ehek ehek..lawakla tgk lu nie pak aji munafik,ahak..

Nasrul said...

YB

Kalo nak mengkritik saya tak kisah. Anwar Ibrahim pun tak kisah saya rase. Tapi YB sedar tak YB dikenakan tindakan displin oleh PKR bukan sebab pendirian YB mengenai isu Allah tapi disebabkan tindakan kurang ajar YB melaporkan YB Khalid Samad kepada polis dan juge menggelarkan YB Lim Guan Eng sbg komunis, satu tindakan yang tidak wajar. YB tak sedar kite dalam perjuangan pakatan rakyat ade misi besar untuk menyihatkan demokrasi dengan menjatuhkan UMNO yang telah berkuase dengan rakus selama berpuluh tahun. Janganlah saudara nak expect Anwar Ibrahim meletupkan pakatan rakyat semate2 nak manyokong YB mengenai isu Allah dan Lim Guan Eng yang saudara sendiri, bukan Anwar, yang salah. Salam Perjuangan

PS: Hari ni YB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal komputer untuk sekolah agama rakyat di Penang. Saudara yg berkopiah ni bila nak berhenti berpolitik dan berkhidmat untuk rakyat Kulim Bandar Baharu.

Unknown said...

YB Zul, saya sekadar ingin memberi pendapat peribadi...
Kebanyakan rakyat Malaysia ( orang Melayu terutamanya) terlalu rapuh pada perubahan (fragile), terlalu banyak juga tidak suka pada perubahan...mereka ini terlalu lambat untuk beradaptasi pada keperluan untuk berubah, apatah lagi untuk menerima atau bertindak untuk mencari perubahan biarpun untuk kebaikan....Jadi tidak hairanlah mereka 2 ini memberi tindakbalas spontan dan menolak perubahan yang berlaku sekarang .
Saya pasti lambat laun lebih ramai penyokong2 PR mahupun BN akan menerima fakta bahawa perlunya ada pihak ketiga iaitu pihak bebas untuk menjadi pelengkap dalam menseimbangkan politik dinegara kita...Salam...

Andalusia said...

Salam YB,

Jgn dok layan komen-komen haprak dari orang yang anti YB kat sini.. ini lah rupa sebenar penyokong PKR yang hanya pandai mengutuk tapi isi tarak. Yg ada cuma hampeh tapi depa perasan depa baguih.


Kepada "The One" - elok lah hang pi belajar menulis. Komen hang tu bengap sangat. Asyik-asyik tulis benda yg sama mesti ada "Little Pharaoh" .. "mahssyuuk ".. hang buat menyemak blog jer..

Unknown said...

Wei semua....cuba perhatikan komen SUPER YOP lihat betul betul GAYA PENULISANNYA tentu anda dapat melihat persamaan dengan si empunya blog Zulkipli Noordin Si putar alam tu,hahahah dah takde idea and tadak keje ke? sendiri create user kemudian sendiri comment....Pirahhhhhhhhh org buleh detect larrr wahai si peguam haprakkkkkkk lagi temberang.

mohd ali ismail said...

Saya hormat YB Wee Choo Keong mendedakan adanya Little Nepoleon dalam PKR tetapi mengapa tiada orang UMNO berani kehadapan membongkar siapa Phiraun dalam UMNO/BN sampaikan kehilangan Bumi shares berharga RM50billion tidak disadari.

Kay Du Lac said...

Pelik ke MP Wangsa Maju cakap camtu? Tak pelik pon.

Biasa la, penyokong PKR kata UMNO bayar, tak puas hati. Penyokong UMNO plak kata pekung dah terbuka.

Rileks la geng, politik maa. MP Wangsa Maju ada hak nak bersuara. Lantak dia la. Jangan melatah. Kalau melatah nampak cam salah nanti. Malu...

TheInsider said...

Rasulullah di saat kematiannya mengingati kita sambil menyebut

"umatku umatku umatku"

BUKANNYA

"celaka celaka celaka"

zakwan said...

Little Pharoahs
Little Napoleons
What would these frogs and would be frogs come up with next?

I haven't heard of any PKR leaders slamming YB Wee for tagging along 4 that trip 2 Washington with Nazri

In fact, PKR secretary general, YB Saifuddin Nasution has made it clear that the party has no problem with it because it's normal for opposition MPs to join a program or event involving the ruling coalition

PAS deputy president, Nasharuddin Mat Isa attended the launching of the Natrah book where the guest of honor is Muhyiddin
In the last century,YB Kit Siang was invited by UMNO to attend the opening of the UMNO headquarters at PWTC
All of them attended these events within their capacity as wakil rakyat

So, don't bother spreading lies that little napoleons are out to get you
BTW, rumors has it that YB Wee commit adultery and that lucky woman was impregnated
This has become UMNO's ammunition for you to lompat soon
Time to be honest and tell the truth, YB

hamsor said...

KUALA LUMPUR, March 30 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (picture) caused a stir in Parliament today when he claimed that APCO’s links with the Najib administration started well before the 1 Malaysia concept.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had previously stated that APCO’s engagement came after the inception of 1 Malaysia.

Today, Anwar said that leading figures within APCO were already working for the Malaysian government under the company Myteam Sdn Bhd.

“Before APCO existed in Kuala Lumpur, the government had appointed Myteam Sdb Bhd. This company, which had offices in KL, were led by key individuals who are also senior personnel within APCO.”

Paul Stranford who was the director of Myteam is now the CEO of APCO based in Kuala Lumpur and the other person, Margaret Kraus, is CEO of APCO Worldwide.

“Now the CEOs of APCO are key individuals involved in major accounts in Israel,” said Anwar.


'AAPKO' NEHI PYAR MOHABBAT ZINDAGI HEY??...MUAHAHHAHAHAHAHA

shake said...

si zul nie gila talak gamaknyer... meroyan tak tentu pasal .... dulu sy respect, skrg no more... islamik konon... mmmmm... lu pikir sendiri laaa...

Unknown said...

Assalamualaikum
Wahai saudara sesama Islam. Insaflah bila mengata orang. Cermin diri sendiri. Ikut suka hati aje panggil orang munafik & suruh orang taubat. Kita semua kena insaf sentiasa.
Tugas sesama muslim adalah mengingatkan bukan mencerca. Hangpa belajar agama kat mana? Apakah dlm PKR/PR semua maksum sampai tak boleh ditegur. Apakah yg menegur itu dibayar oleh UMNO atau pengkhianat? Kata demokrasi tapi bila ada yg tak setuju dgn hangpa, ikut sedap aje hangpa caci. Islam suruh buat gitu ke? Yg YB2 tu nyatakan perlu dibahas dlm dgn akal yg waras bukan macam ni. Ingat2 lah. Teruskan perjuangan YB Zul.......

Shairon said...

ape kecoh2 ni?

dalam UMNO bapak firaun sikit punye banyak,napoleon berlonggok2,lucifer dan anak didik baphomet pun banyak..

tak kecoh pong..

woi ZUL,kaw masuk la raja lawak..ganti PAK MAEL PUEK..
muka kaw pun dekat nak sama..

pencatat said...

confirm memang nak menyendeng pada kredibiliti dr Asri.... hang mcm apa ya nak banding ngan dia.

Asrul Putrajaya said...

salam..YB

Teruskan berjuang..
kata2 sinis ibarat habuk dan asap dijalanan.
Yang benar tetap benar..
walaupun kita kalah..
benar itu disisi Tuhan..
kalah pun tak mengapa..

kepada 'Angkatan Muda keadilan Batu' kamu juga akan seperti zulkifli nordin dan yg lain2..

MP parlimen batu itu terlebih tahu sifat, perangai dan tabii bossnya dan juga kamu. Dia juga akan berpatah arang dengan Bossnya suatu hari nanti..

Anonymous said...

Wow! Begini rupanya mentaliti penyokong PKR. Tak dapat terima hakikat rupanya. Kalau terkena batang hidung sendiri, habis semua dimaki-maki. Inilah bahana mimpi Kerajaan 16 September Anwar Ibrahim. Sampai Karpal Singh suruh Awar bertaubatlah. Kalaulah dulu Anwar tak canang2 lompat parti - lompat parti ni, pasti tak berlaku begini. Alahai mentaliti penyokong PKR. Alahai....

Unknown said...

Saya berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada YB dan juga YB-YB bebas yang lain.

rahimi said...

Tak sangka penyokong PR nie kaki emosi giler rupanya,dia bagi YB kaw2.Tapi tak apalah nak buat macam mana perjuangan tetap diteruskan.
Bagi saya semua yang terjadi adalah suratan dari ALLAH SWT,siapa kita untuk menyangkal perencanaan darinya.Sudah termaktub sejak azali begini kesudahannya jadi kita sebagai hambanya kenalah menerima dengan redha.Amin.

TAUBAT said...

Salam untuk semua..

Sudah sampai masanya kita semua muhasabah diri sendiri. Fahaman politik telah banyak memesongkan kita daripada fikiran yang waras yan telah dikurniakan.

Agak menghairankan dalam pada kita semua mahukan sebuah negara yang demokratik dan aman, kita kat dalam ni pun dah betekak macam nak rak.

Yang aku syak tu, aku pasti sangat kita ni semua MELAYU yang beragama ISLAM. Engkau orang tak boleh ke bawa befikir sikit, bertenang ke, timbang-timbang dulu apa nak tulis, baru tempat ni jadi wadah yang bagus untuk kita semua.

Tak kisah la apa pun fahaman politik yang kita pegang dan perjuangkan, paling utama ialah memastikan yang negara kita ini survive untuk anak cucu kita masa depan.

Aku paham la ada penyokong kuat DSAI, PR kat sini, ada juga penyokong kuat UMNO, BN.. Jangan gaduh-gaduh la, kita ni ada hak mengundi masing-masing, gunakan dengan sebaiknya. Kita hormati pendapat semua orang tak kira apapun fahaman politiknya, tapi aku pikir nak paksa semua orang terima tu tak layak la kan..

Dah la tu oii.. Orang lain tengok MELAYU ni senang sangat nak disabung macam ayam, nanti orang lain pula yang menang judi..

Unknown said...

Salam YB....semoga dgn izin Allah YB dapat meneruskan perjuangan yang sedang atau yang akan YB laksanakan kelak. Saya amat menyokong YB bagi menegakkan kebenaran...Harap YB tabah dan sabar diatas dugaan yang ditempohi kini. Biasalah setiap perjuangan pasti ada rintangan. Yang Penting YB tetap berada di pihak yang benar. Teruskan perjuangan. Semoga Allah memberkati kita semua. PERJUANGKAN SYIAR ISLAM!!! PERTAHANKAN MARUAH BANGSA MELAYU!!! Allah hu Akbar.....