Salam 2 all.
Saya agak kehairanan melihat kekecohan dan putar belit yang dibuat berkaitan ucapan saya membahas titah Baginda YDP Agong di Parlimen pada hari Rabu 08 Rabi'ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010 lepas. Ucapan saya sepanjang 30 minit menyentuh beberapa isu penting (sila lihat dibawah tajuk Bahas Titah DiRaja (1)-(6) dibawah) tetapi yang sibuk dibisingkan ialah kes Altantuya. Itupun hanya satu perenggan sahaja.
Saya menyentuh isu tersebut dibawah tajuk besar "budaya fitnah" yang sedang mekar didalam aktiviti politiking dinegara kita. Ini berdasarkan kekhuatiran Baginda Yang DiPertuan Agong dalam titah Tuanku pada hari Isnin 29 Rabi'ul Awal 1431 / 15 Mac 2010 dimana Baginda telah melahirkan "kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dimedia baru".
Saya sekadar memberikan contoh 4 kes untuk membuktikan apa yang Baginda sebutkan itu benar-benar berlaku; iaitu (1) kes fitnah terhadap DSAI, (2) kes fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz, (3) kes fitnah terhadap Dato' Seri Najib & isteri dan (4) kes fitnah terhadap Dato' Seri Nazri Aziz. Didalam keempat-empat kes diatas, jelas perbuatan "fitnah, pembohongan dan putar belit fakta" telah berlaku, yang menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.
Tidak ada pada mana-mana waktu saya menyebut nama sesiapa pun. Kerana tujuan saya bukan untuk mengaibkan sesiapa, atau mendedahkan keburukan sesiapa. Ini dilarang samasekali oleh Islam. Saya hanya menyebut kes-kes fitnah terhadap mereka-mereka itu untuk menjadi tauladan dan iktibar kepada kita semua supaya menginsafi teguran dan pandangan Baginda YDP Agong. Itu sahaja.
Saya tidak ada pada mana-mana peringkat menyebut nama sesiapa pun; samada nama Tun Abdullah, Tun Mahathir, Dato Seri Anwar, atau nama lain-lain ! Saya sekali lagi menafikan saya ada menyebut atau merujuk kepada nama sesiapa pun dengan tujuan untuk diaibkan atau dimalukan!
Malahan tidak ada keperluan untuk saya nak menyebut nama sesiapa pun. Itu bukan isunya. Persoalannya ialah budaya fitnah yang begitu kuat melanda. Dan ternyata cubaan memutarbelitkan ucapan saya itu membuktikan betapa parahnya budaya fitnah ini. Mengapa tidak diambil keseluruhan ucapan saya itu dan memahami dalam konteks apa ianya di timbulkan.
Saya juga tidak faham mengapa serangan secara peribadi perlu dibuat terhadap contohnya YB Dato' Seri Zahrain. Melabelkan beliau sebagai 'anjing salakan BN' dan lain-lain, siap nak buat solat hajat terhadap YB Mohsin lagi. Ini termasuk membuat kenyataan bahawa mereka yang meninggalkan PKR telah 'dibayar oleh BN'. Saya yang kena pecat pun dituduh jugak! Adakah masuk aqal orang kena pecat dibayar BN, maknanya apakah BN bayar PKR untuk pecat saya? Kan tak logik namanya tu! Apalah salahnya kita melihat ke cermin dan renung serta bermuhasabah terhadap diri sendiri, kan lebih baik?
Saya berharap kita semua mengambil iktibar dari teguran ALLAH sendiri saperti yang difirmankan didalam surah Al Hujurat: 12 , “walaa tajas sasu, walaa yagh tab ba’dhukum bagh dho- Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan fitnah-memfitnah diantara satu sama lain”. Malahan memfitnah ini disamakan dengan memakan daging saudaranya sendiri. Saya berharap kita hentikan semua fitnah-memfitnah ini, dan memberi fokus kepada menjaga, membela, dan memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Semoga ALLAH memberi perlindunganNya kepada kita semua.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1431
26 Mac 2010
57 comments:
buang gambar ko 4 orang ni yb zul...paling aku xsuka orang pakai kopiah tapi penipu...tok guru kata cakap kluk klek mcm ezam mat nor...berbulu siot
zahrain huhu..mohsin huhu..tan tee beng huhu..gni je kwn yg ko dapat bler kuar pkr????hahah lawak la ko ni...dah la berkhutbah,teruskan menyalak je
YB,
Terlajak PERAHU boleh undur ..
Terlajak Kata ???? Sendiri tanggung ..
Terlajak Taip boleh cari button DELETE ..
Bukankah berdiam diri lebih baik daripada bercakap sesuatu yang tidak berfaedah .
Hang kata aku ..
Aku kata kat hang ..
Hang kata balik ..
Sampai naik cemuih ..
YB-YB yang lain diam .. lebih dipandang elok daripada dok melalut tak ketahuan hala ..!!
Bila mau habis daa ...!!!
sbb buletin utama hanya tunjukkn video YB membela najib saja pdhal PR mahu najib disiasat dan dibicarakan sekali bukan menuduh najib membunuh..
video buletin utama x tunjukkan pun YB sentuh isu fitnah terhadap TG nik aziz dan DSAI..
itu yg berlaga jdnya tu..
salam alaik YB
saya masih pelajar dan akan habiskan usia persekolahan tak lama lagi
dari dulu kini dan saya tak mahu selamanya
malaysia masih lagi tak kering-kering kekotoran politik .
makin dikotor saban tahun tangan yang mengotor bertukar dan masih yang sama.
Ramai mengatakan , " kau muda lagi usah fikir politik tak sesuai."
langsung saya tak peduli kerana saya selalu ingat kata2 saidina ALI r.a . . .
YB, suka saya ingat kepada saya dan semua pembaca dan juga YB.
di bumi ALLAH janganlah kita buat kerosakan. kerana walau sebesar zarah sekali pun ia pasti dinilai walau seisi dunia tidak nampak akan ia.
salam bicara seorang pelajar ISLAM,
:) :) ISLAM is for ALL!
Salam YB, saya juga sebagi seorang Islam agak heran dengan sesetengah tukang komen yg seolah-olah tidak belajar beradab, tetapi sering memulakan dengan kalimah Allah setiap kali berbicara.....
Bagi saya, apa yg YB lakukan berdasarkan apa yg YB lalui serta menyedari akan kelemahan serta kesilapan....... sebagai pendengar, pemerhati serta penilai seseorang pemimpin atau kerajaan, kita harus meneliti dan memohon pertunjukNya dalam membuat keputusan supaya tidak bersikap buruksangka....
InsyaAllah keikhlasan YB akan dipertunjukkan Allah akan kebenarannya...
zul,lebih baik hang buang gambar ni..cadangan aku je la..
hang nak tunjuk sekurang2nye hang tak "keseorangan",kurang2 pun hang ada kawan,tak gila lagi,kepala hang waras lagi la dalam gambaq ni?..
ni gambar 3 lompat parti,sorang kene buang..
pendek kata 4 ahli bebas,tapi dalam kepala lain2 idelogi dan matlamat..ada 4 kepala lain
bak kata pepatah satu lembu,satu kambing,satu kerbau,satu rusa duduk dalam satu kandang..
bukan semua satu group duduk dalam satu tempat mcm PR dan BN..
sekarang nak bodek pulak la..
malu la zul,malu la..
semua paham la zul,hang ja ingat org tak paham..
salah satu sifat munafik ialah bila diberi amanah dia khianati. tuan dipilih oleh pengundi kerana tuan mewakili pkr. saya yakin klu tuan bertanding dlm pilihanraya lepas atas tiket bebas tuan akan kalah. fikir fikir lah.
semua pengundi kbb terasa telah dianiaya oleh tuan
YB zul saya nak sentuh la sikit pasal anwar ni pasal YB kata anwar di fitnah.
mula mula, tidak semestinya fitnah ke atas najib maka yang di tuduh ke atas anwar juga satu fitnah. ini bukan nak tegakkan kebenaran. ini hanya nak 'play safe'. kita tidak boleh ambik jalan tengah dalam isu isu tertentu. umpamanya kalau si penjenayah merompak seorang mangsa, takkan lah kita nak duk jalan tengah. kita mestilah berpihak kepada mangsa tersebut.
jadi dalam isu fitnah yang dok berleluasa sekarang ini, tidak semestinya kes fitnah ke atas najib maka segala tuduhan lain adalah fitnah juga.
saya ajak YB fikir tentang anwar ni. YB tak terasa kah tindak tanduk anwar ini lebih menjerumus ke arah yang tuduhan itu benar? sudahkah YB jumpa dengan saiful bukhari? sudahkah YB heart to heart dengan dia, tanya dia, tanya bapa dia, tanya pak sedara dia dan selami apa yang saiful alami? pernah tak? pernah tak YB jumpa sendiri umi hafilda, tun dr mahathir, atau mereka yang terpalit dengan kes anwar ni tentang tuduhan liwat ke atas anwar? pernah tak? kalau YB percaya ini satu fitnah dan rekaan, YB pernah tak jumpa najib dan tanya dia sendiri, betul ke dia reka semua konspirasi ini?
jadi sebelum YB kata ini semua satu fitnah, saya ajak YB jumpa dulu individu2 ini, bincang dengan mereka dari hati ke hati. tanya betul betul. pandang mata mereka. adakah mereka berbohong, atau mereka bercakap benda BENAR.
YB. kamon la. kes anwar ni, kalau YB lihat dari cara anwar berhadapan dengan kes ni, kita dah boleh agak anwar terjerumus ke arah itu. saya nak tanya la. buat apa kerajaan begitu bodoh melepaskan anwar, kemudian buat satu konspirasi baru yang SAMA untuk pekenakan anwar balik? kalau kerajaan nak kena kan anwar, alahai, kacang aje YB, tak payah isu liwat. anwar dulu dalam kerajaan kan, buat aje satu surat palsu kaitkan anwar dengan pecah amanah ke, rasuah ke, apa ke. lagi SENANG dari nak tuduh meliwat. buat apa kerajaan begitu bodoh nak tuduh liwat kemduian terpaksa buktikan di mahkamah dengan pembuktian yang paling susah sekali?
YB pon kena faham, YB kata ini semua fitnah, tapi perbicaraan belum pon bermula. saiful belum pon di soal balas. dah la di tangguh kes dia macam bola sepak. apa YB tak pernah terfikir ke kalau benda ni betul betul berlaku, apa perasaan mangsa macam saiful? saiful bukan orang politik, bukan dia boleh buat roadshow macam anwar. saiful tak boleh jumpa estrada, john kerry, michael darnby, paul wolfowitz, james rubin, wolfehanson, camdessus, william cohen, madeline albright untuk paksa negara asing tekan anwar untuk hadiri perbicaraan kes. saiful ni hanya rakyat BIASA. pernah YB terfikir? apakah anwar dengan segala sumber ekwangan dan jentera politik yang dia ada dan status VVIP mempunyai prvilege yang begitu besar sekali bandingkan dengan rakyat kerdil macam saiful? habeh kes dia tu nak drop sahaja atau refer kat mahkamah syariah? hari tu saya dah tulis, kes LIWAT tak sama dengan KES ZINA.
sekali lagi, saya ajak YB, hati ke hati lah dengan orang yang menuduh anwar meliwat ni. kalau susah sangat ,pi jumpa tun dr mahathir. ingat tun mahathir suka suka ke nak pecat anwar lepas tu tuduh anwar meliwat? meh jumpa tun.
Salam YB(Yang Berlompat-lompat)
ko memang kena pecat bukan sebab PKR nak pecat ko sgt.ko kena pecat sebab ko pilih jln tu supaya ko kena pecat dr PKR.ko sebenarnya nak masuk PAS tapi lastly PAS pun xnak tima ko.tu skang ni kenyataan ko 'melompat-lompat'.kononnya ko tak setuju pasal kalimah ALLAH dengan PKR,then mengharap sekerat pemimpin PAS terima ko.hakikatnya,takde sape pun stuju ngn ko.kalo ko tak caye,ko g tnya sendri pemimpin2 PAS,saper stuju ngan ko??
Zul...sudahlah jangan dok berlakon la..aku kenai hang la sejak dari New Zealand lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! The Truth konon! Pejuang agama! Islam! Podah. Eloklah lepas ni pakat2 la pi Hulu Selangor jadi balaci BN...janji masyuuukk!!!!
kes Fitnah terhadap Zahrain, pasai apa hang tak sebut sekali dalam perbahasan hang tu...kesian kat Zahrian...tunggu 2-3 tahun lagi baru nak sebut kot!!!!
Terima kasih YB Zul saya menyokong perjuangan anda dikala ini, bongkarkan segala pembohongan PKR,
persetankan apa yang mereka nak kata, kerana mereka hanya akan menyokong perbuatan mungkar sahaja..
Insyallah YB Zul di jalan yang benar dan Allah sentiasa bersama-sama kita
biarkalah saudara Zul...rakyat sekarang bukanya bodoh lagi...semua boleh berfikir dan menilai sendiri...usah takut=takut lagi...sebut jer nama dengan jelas...cakaplah benar walaupun pahit
ONG..KEDEK KEDEK ONG.. ONG..ADA ONG...KEDEK KEDEK KEDEK...ONG..ONG..ONG...ONG...ONG.. ONG....
yang gambi..
"sesetengah tukang komen yg seolah-olah tidak belajar beradab, tetapi sering memulakan dengan kalimah Allah setiap kali berbicara....."
namapun penyokong anwar,
mana ada adab sopan,
jalanan tmpat perjumpaan mereka.
TQ
Assalamualaikum YB.
Biasalah kalau hati dah gelap lagi kematu susah nak ditiupkan fakta masuk dlm kepala otak depa. Apa yg terjadi sekarang ialah orang lain yg tak bersetuju dgn depa adalah baruah BN. demokratik ke tu?
Depa dok sibuk laungkan demokrasi tapi orang lain tak boleh beri pandangan yg bertentangan, itu khianat namanya. Depa saja yg betul. Minta tolonglah ada sesiapa yg boleh sekolahkan dungu2 tu...
Aku tak sokong mana2 parti tapi aku akan menyokong apa yg aku yakin boleh memberi manfaat pd ummah kerana itu dituntut oleh agama kita.
Salam, merujuk kepada -
(1) kes fitnah terhadap DSAI,
Setuju, tuduhan terhadap Anwar hanyalah fitnah semata-mata kerana Anwar sendiri telah pun bersumpah dengan nama Allah swt yang dia tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti liwat meliwat terhadap/dengan sesiapa jua pun.
(2) kes fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz,
Setuju. Tuduhan yang mengatakan Tok Guru nak pergi haji dengan duit sponsor hanyalah rekaan semata-mata tanpa bukti dan pengakuan tuan empunya diri. Tok Guru mampu pergi haji dengan layanan VVIP lebih RM65K kerana pendapatan beliau sebulan sudah melebihi RM20K.
(3) kes fitnah terhadap Dato' Seri Najib & isteri
Ini perkara betul kerana Najib sendiri tidak berani bersumpah di mana-mana berbanding sikap yang terpuji berani bersumpah dengan nama Allah oleh Anwar.
(4) kes fitnah terhadap Dato' Seri Nazri Aziz.
Kalau ada yang membuat fitnah itu, pergilah mohon maaf kepada kepada dia. Jangan lupa pula memohon ampun dari Allah swt.
Paling senang la..baik umno atau pkr,klu iklas nak berjuang letak je jawatan,tak payah pakai parti pun leh berjuang
klu dah letak jawatan maka kita dah matikan fitnah2 dari mana2 pihak.
salam yb,
saya sentiasa menyokong perjuangan yb.
saya juga tidak faham dengan pemberi komen yang sanggup mencaci padahal berlagak dengan perjuangan yg baik kononnya.
pedulikan sahaja tohmahan2 yg diberikan.
sesungguhnya kata-kata melambangkan peribadi.
terlalu banyak kekotoran dalam politik kita.
semoga semua pihak menyedar kesilapan sendiri dan berubah untuk menjadi yang lebih baik.
wallauhalam
Zul,
Gua cabar lu ngan benda nih..
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008,
Bahagian IV, Fasal 25.
Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan
25.
(1) Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan,apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz0jJWj0muY
nak tanya soklan ni.. benarkah yb zul noor menerima bayaran dari pihak tertentu utk memfitnah najib, rosamh dan ank nazri... tak sangka berwatakkan seorang islam kerjanya memfitnah.. kalau betul lah ini kerja yb.. mmmg yb tergolong dlm golongn org2 y fasik.. yb umpama tahu agama tapi sebenarnya taaka boleh tolak perkara2 mungkar.. mujor yb dah kene pecat..
Saya harap YB Zul berfikiran dulu sebelum bertindak atau bercakap sesuatu... sebab diakhir zaman yang penuh dengan fitnah ini sksn ditafsirkan oleh mereka dengan tafsiran mereka sendiri...berhati hati la....
yang gambi
kamu perlu belajar lagi.
tanya kepada sesiapa yg kenal zul sebelum memberi sokongan kepada dia,takut nanti kamu menyokong org yg salah.
Jangan cakap banyak sangat lah YB. Kenapa masa dalam PKR dulu YB tak dedah semua ni.
Kalau betul ada campurtangan 'pihak ketiga' dalam kes Altantuya, dedahkan nama-nama pihak ketiga tersebut.
Jangan banyak bermain dengan kata-kata. Takut nanti menjerat diri sendiri.
Masyarakat Malaysia tidak pernah memfitnah PM dan isterinya membunuh Altantuya atau ada kaitan dengannya. Rakyat Malaysia cuma bertanya apa kaitan Altantuya dengan Najib.
YB seorang peguam. Mengapa YB tidak mengkaji pengakuan anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya dalam mahkamah. Mereka mengaku yang mereka adalah 'kambing hitam', pelengkap kepada perancangan yang sudah di atur.
Tidakkah pelik, dalam 28 juta rakyat Malaysia mengapa hanya PM dan isterinya yang dikaitkan dengan Altantuya?
Mengapa bukan Rahim Tamby Chik, Dato'JJ dan YB sendiri?
Tepuk dada tanya iman YB.
Oh yer, apa dosa orang yang mengkhianati amanah?. Boleh buat tajuk khutbah tu YB.
bro,
macam mana explosives boleh keluar dari kawalan bro
kena ada banyak orang tandatangan...
kalau gua jaga, biar mati sekali pun gua takkan lepas kan...
kenapa bro
malaysia ni ada jual explosives tepi jalan ke
mercun pun haram!!!
sapa nak di kaitkan??
ha ha ha
Thanks,YB (Yang Berlompat) Zul , 4 reminding Malaysians of Najib's link with Altantuya which already been swept under rug for like....ages
Najib should be cursing you in his prayers now that the name Altantuya once again echoes in Parliament
Salam Yb Zul
Semoga Sihat disamping keluarga tersayang
Saya kira Yb boleh digolongkan sebagai pejuang terulung ketika ini
Saya minta kepada pengomen2 sekalian , gunakan bahasa dengan penuh kesopanan bagi mengambarkan yang orang Islam penuh adab dan sopan
Saya nampak YB berhati mulia , ini kerana walaupun Yb ditendang keluar oleh parti pkr , tapi Yb masih membela nuar brahim dengan mengesa kerjaan supaya menggugurkan dakwaan keatas nuar tu , tapi sayang sekali ianya tidak langsung dihargai oleh balaci2 banjingan pkr...
sekurang2nya Yb Zul masih ada lagi perasaan , tidak adakah lansung ruang buat Yb Zul yang selama ini bertungkus lumus untuk pkr dan juga nuar , inilah kita namakan seperti melepas anjing tersepit , kacang lupakan kulit , setelah Yb Zul bersusah payah membela nuar sampai dia bebas , apa dia dapat , ditendang keluar macam anjing kurap.
Saya harap Yb terus berjuang demi agama Islam dan bangsa melayu kita
biarkan balaci bajingan serta firaun 2 malaun menyalak ...
Takbir .....
pelik la,kenapa ramai sangat orang mengatakan kat sini yang memaki adalah orang2 PAS?..
tak faham dengan pemikiran sempit penuduh..sedangkan mayb kami orang yang mengisi borang UMNO..
bagi saya kenyataan paling jumud adalah tentang "Najib altantuya" ni..sedangkan Zul ni tak tau apa pun dicakap dan diteksnya,mayb tengah lalok..
Tup-tup TV,suratkhabar melayu mengguna kata2 Zul,taw pulak hang nak terkejut..
sebab Zul orang pertama mengatakan najib tidak terlibat dan ini sebagai satu fitnah,wow @@@@ ni mengalahkan ahli UMNO dalam membela najib secara tiba2..
org UMNO pun geli ketiak..eu
dalam Blog ZUL ni tak payahla pelawat nak berbudi bahasa semasa berbicara..tak ade gune pun..
dulu sembang lain...sekarang sembang lain...apebende ni yb???
baik xyah jadi yb...
mymoksha > Kenapa Najib menjadi mangsa fitnah dalam kalangan 28 juta umat??? jawapan senang la wei, sebab Najib PM. Kalau perancang tu fitnah hang, dia dapat apa? Hang apa jawatan?
Stop komen orang. Komen paling tidak realistik!
Kenapa semua yang mmberi komen, respect la YB ni. Kamu pun tidak tahu mana benar bukan? Menuduh orang memfitnah sedangkan kita tidak sedar kita yang sedang memfitnah!
Salam YB,
"Salam YB, saya juga sebagi seorang Islam agak heran dengan sesetengah tukang komen yg seolah-olah tidak belajar beradab, tetapi sering memulakan dengan kalimah Allah setiap kali berbicara....."
saya setuju dengan pendapat saudara. berfikirlah kita secara waras dan rasionalisme bukannya berdasarkan emosi.
sesuai dengan seat BEBAS YB Zul skrg, segala kenyataan YB dilihat sbg seimbang.
tetapi mungkin dengan menyebut nama-nama yang terlibat bukanlah dianggap sebagai mengaibkan sesiapa jika dengan berbuat demikian mampu menyelesaikan permasalahan dan membongkar segala perkara yang mungkar bagi menjadikan keadaan yang lebih baik dan bersih.
Mungkin jika kata-kata teguran YB masih tidak berkesan, maka wajarlah YB
menegur dengan "tindakan-tindakan" yang sewajarnya.
Salam.
"Qulil haqqu walauka namurron"
- Katakan yang benar walaupun pahit -
yb zul adalah yb MUNAFIK ANTARTUK....
Greetings of the Almighty be upon YB and your family.
Reading comments left on your blog leaves me wondering, ?? Do you seriously take the comments seriously?? You seem to be either on self-detruction mode or trying to stamp your mark for the next GE....so many times you have mention little firauns and now you reveal that you have been approach to "link" others.....Fitnah??? you talk about fitnah?? without revealing who, when and how.....
Sad to said, my opinion, is that you have now shifted from being a Muslim to an UMNO Muslim.....
May God continue to bless and guide YB
saya mintak YB bandingkan komen2 penyokong pakatan rakyat dan UMNO...mana lebih ISLAMIK?...kalau dah kaki2 yg mendokong pakatan pun dan rupe itu... yg atas2 tu lagi teruk ler sebab yg bawah2 ni yg pilih atas2 tu
Salam YB..fokuskan pada masalah rakyat.Ini kewjipan YB,bab yg lain kembalilah pada jalan Allah.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)
Rasulullah juga bersabda: “Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain.” Dan baginda bersabda: “Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat.”
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”(Surah an-Nur 24: 19)
Ahaaiii....tak tahulah apa lagi nak cakap dengan YB Zul yang satu nii..apa kata kita bukak balik Arkip lama posting dan kenyataan beliau dalam blog ni...tengok siapa yg banyak fitnah dan yang membukak pintu kearah fitnah itu sendiri...berapa beriman dan berperinsipnya YB Zul kita nii...
Kepada Kadiology yang komen panjang-lebor diatas tuu...Kalau lah hukum Islam mengariskan nak tahu orang tu cakap betul ke tidak dengan ajak jumpa dengan si penuduh tanya dia betul-betul..cakap dari hati ke hati body ke body pandang mata dia maka kebenaran akan terserlah...kan Best camtu takpayah pening2....hooii hang belajaq kat mana nii..nak bagi umat lain ketawa kat kita.. siap nak bawak YB Zul jumpa Tun...
( Shahruk Khan pun suruh Kajol pandang mata dia utk butikan yg dia benar2 jujur masa ucapkan aku cinta kamu...real beb..)
Assalamualikum W.B.H...
Zul..dulu panggil YB Zul,
Kalau nak sembang bab Islam, la ni letak jawatan MP KPP tu dulu, Elaun MP yang hang dok makankedarah tu sebenarnya hak orang lain dah.. adakah hang faham halal haram ambik hak orang lain? Lepas tu masuk je Be End terus.Sudah terang lagi bersuluh.Apa yang hang nak cakap, cakaplah..
Samarkand,
Kulim Kedah D.A.
Kenapa ramai tukang komen yang kata yb Zul ni katak sedangkan Pak Nuar yang pecat YB? Kan itu satu penerbalikan (Irony)?
salam yb,
teruskan apa yg yb buat kerana banyak orang melayu yg diam menyokong yb, teruskan..dont worry be happy.
salam, sudahlah YB ZUL, tidak perlulah tuan merasa hairan dgn apa2 kekecohan dan putar alam yang berlaku samada didalam parlimen mahupun dunia politik,,ini kerana tidak sedikit insan juga merasa hairan dan terpinga2 dgn telatah dan gelagat YB Zul and the geng spt dlm gambar yang tuan paparkan sendiri.
Ya, org politik terlalu banyak permainan silap matanya. Tapi, ramai ilmuan yg sedar bahawa hati manusia alim dan baik bagaimana sekalipun ianya adalah dianatara jari Allah, Allahlah yang membolak balikkannya spt yang kehendakinya.
sbb itu nabi berdoa; "wahai yang membolak balikkan hati, gerakkanlah hati kami kepada agama kamu, dan kearah ketaatan kepadaMU dengan rahmatMU wahai tuhan yang paling besar Rahmatnya".
Disarankan Yb zul bertafakkur dan banyak solat2 sunat serta berdoa dlm sujudnya, adakah tingkah lakunya mendapat taufik Allah? adakah hatinya benar2 berjuang utk islam? Semoga anda mendapat taufik. Amin.
Salam YB,
Saya hairan ada sesetengah pembaca blog ni membuat ulasan dengan mencerca YB hanya kerana YB membuka tembelang pemimpin mereka. walaubagaimanapun saya amat yakin jika tembelang itu berkaitan dengan pihak yang satu lagi (kerajaan), puak-puak pembaca blog yang mencerca YB ini jugalah yang akan bersorak keriangan hingga menjilat jari.
Tahniah YB Zul. Komen2 dari pelajar2 yang masih suci hatinya patut dijadikan ikhtibar oleh yang lebih dewasa. Jangan taksub dengan fitnah-mehnah yang dijaja oleh orang politik demi kepentingan parti politik mereka.
Reformis, cucilah hati kau yang dah berdaki tu. Malu kat budak2 sekolah.
aku kira
kau ke sana
sibok merangka
akta-akta
untuk kami
rupa-rupanya
kau asyik
mendendangkan auta-auta
untuk media
makan dan minum kamu
kami yang bayar
apakah aku perlu redho dengan kamu?
Salam..
YB Zul @ Abang Zul, yang kebetulan merupakan wakil rakyat saya. Selepas melihat kebanyakan komen yg disiarkan di sini barulah saya faham betapa ramai orang mengherdik dan mengutuk abang Zul.
Mungkin mereka merasakan bahawa kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin pembangkang itu mungkin akan bergoyah atau mungkin mereka masih tidak mahu menerima hakikat perpecahan berlaku di dalam PKR/PR.
Saya tidak mahu mengatakan siapa benar/salah tapi apa yang saya nampak di sini ialah perasaan benci mengatasi perasaan rasional.
Abang Zul, kalau abang Zul merasakan apa yang berlaku (kebobrokan di dalam parti PKR/PR) perlu didedahkan, teruskan.
Cuma saya harap, pendirian untuk mencari kebenaran perlulah mengatasi perasaan benci.
HESMEL FAZNEE FAISAL
Kebanyakan pemberi komen disini lebih rela menjadi pak turut daripada menegakkan kebenaran dan keadilan.
Cakap tentang Islam bukan main. Tapi bila YB Zul berdiri menegakkan Islam, semua rasa resah.
Kalian semua sama seperti negara-negara Arab. Lebih rela jadi pak turut kafir daripada bangun menyuarakan rasa tidak puas hati.
Orang kafir takkan puas hati kalau orang Islam tak ikut cara mereka atau paling kurang mendiamkan diri apabila kezaliman berlaku. Bila orang Palestin dibunuh, negara Arab mana yang berani bersuara? Setakat cakap tak puas hati je apa yang boleh berubah? You have to act!
YB Zul deserves respest for what he has done.
Beliau tidak menyimpan perasaan marah dalam hati, tetapi beliau bertindak!
YB Zul, Allah akan melindungi YB!
Salam YB,
Kata mari kita cari makna apa kata Sufyan al-Thauri
"Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14343&postdays=0&postorder=asc&start=0
sabar YB zul , berani kerana benar .Saudara seorang yng berjiwa besar berbanding dengan org yg komen mengutuk dlm blog ni .Diaorg ni cakap dlm blog je berani , cuba letak diri mereka dlm situasi yb zul , confirm menggeletar nak hadapi cabaran,
Taktau nak kata apa, samada YB Zul tersalah percaturan atau ada rahsia lain hanya YB Zul saja yang tau. Tapi rasa ralat sangat dengan langkah YB Zul sekarang ni. Yang terbaik tak usah sentuh bab lain, fokus je pasal khalimah Allah tu. Sebab yang tu aje yang YB Zul perjuangkan sampai kena pecat. Kalau buka bab-bab lain macam lepas geram pulak. Nampak sangat macam ada agenda lain. Entahla.. YB Zul baca ke tak komen saya ni!
wajah-wajah wira bangsa..
Yaaa aku dah tahu,
Rupa2nya YB Zul main wayang.
Dia hantam PR kuat2, kena pecat oleh Pak Anwar, jadi bebas.
Bila dah nama bebas, bebaslah bercakap apa saja.
Termasuklah nak mengaitkan PM dan isteri dengan Altantuya....kononnya pasal SD lah, tapi sebenarnya nanti akan terbukalah kes ni balik. Mungkin kena buka siasatan ke atas SD itu dan kebenaran/kepalsuan kandungannya.
Syabas YB Zul, hang memang otak geliga. Rupanya hang ni akan jadi agent provocateur (ie penjolok sarang tebuan)...aku sokong 100%. BN dah tertipu
Lepas ni bila hang dah ready, keluarkan la pulak cerita komision kapal selam, enjit jet hilang dsbnya tu.
Jangan lupa bila mengingatkan umat Islam itu supaya mempertahankan kalimah Allah, ingatkanlah depa semua juga supaya mempertahankan syariat Allah...habag kat Kak Ros tu, menutup aurat tu wajib.
Usah meracau saudara YB Zul. Apa yang keluar dari mulut sdra. sudah berupa kata kata seorang desperado. Bak seorang yang talak tiga denagn isterinya. dan cuba mengakkan benang basah untuk meyakinkan orang bahawa yang bersalah dalam perkahwinan itu ialah isterinya semata mata. yang saya paling kesali, sdra mempergunakan kalimat Allah dan ugama dalam mempertahankan tindakan sdra yang membelot itu. kalau sdra benar benar jantan, bertandinglah semula di kerusi itu atas nama sendiri, dan dengan izin Allah, sdra akan hilang wang pertaruhan. seperti saranan Karpal Singh, ini boleh dilakukan jika sdra tidak hadir sidang parlimen utnuk sesuatu tempoh, dan memaksa pilihanraya kecil dijalankan. Ada telur kah utnuk menyambut cabaran karpal?
Agaknya orang PKR berasap bila YB ZN kata "Saya yang kena pecat pun dituduh jugak! Adakah masuk aqal orang kena pecat dibayar BN, maknanya apakah BN bayar PKR untuk pecat saya? Kan tak logik namanya tu! Apalah salahnya kita melihat ke cermin dan renung serta bermuhasabah terhadap diri sendiri, kan lebih baik?"
Kalau YB betul kena beli kita tengok perkembangannya kemudian.Bagaimanapun, ayat terakhir itu wajar direnungi lebih mendalam kpd yg menuduh
Salam YB...bila nak adakan perjumpaan YB2 bebas .... sila announce dlm blog ni kalau ada .... kalau boleh saya nak cadangkan supaya ditubuhkan club penyokong YB bebas atau yang seumpamanya. Saya nak tawarkan diri jadi free lance penyokong club ni...timbang-timbangkanlah.. Lagi satu mungkin sekarang masanya utk YB Zul utk pakat2 dgn YB dari mana2 komponen BN yg nak lompat parti , join je club YB bebas. Klau sekadar transit pun tak pee.. . kalau ada lg YB2 dari PKR nak join, Alhamdullillah....(tapi kalau ada dr PAS pulak kena berhati2,..ada byk talam yg jual tiket Islam mengikut tafsiran sendiri).
Kalau paling bagus lagi saya cadangkan buat modul atau standard guidance untuk mana2 YB yg nak melompat parti agar membolehkan mereka join club ni.. Jangan Melompat Parti! Join Kelab Bebas!( biarpun tujuan transit), Taklah nanti dah meludah nak jilat balik...
Tukar pada cerita2 sblm ini; iaitu mcm2 teori diperkatakan kenapa YB Zul dikeluarkan dari PKR...saya mempunyai pengamatan saya sendiri, (pasti amat bercanggah dgn pandangan YB ) Kesilapan paling besar yg YB lakukan semasa berjuang bersama DSAI... YB tidak dapat menerima ciri2 "naluri semulajadi" yg ada pada DSAI, YB hanya menjeling hujung mata sahaja pada geng2 yang 'same species' dgn DSAI..., padahal saya pasti tidak banyak sedikit ..mesti terdetik dihati YB ada kelainan antara kejadian normal dan sebaliknya...hanya YB yg ada jawapan ini. Bukan mudah untuk YB bersikap lebih jujur pada penyokong YB sendiri...silakan..
Salam YB Zul
Anda tak keseorangan. anda sebut Little Napoleon. Kelmarin di Dewan Rakyat YB Wee Choo Keong juga sebut yang sama. Choo Keong juga cabar mereka jangan paksa dia mendedahkan politik kotor mereka.
Anuar Ibrahim. dulu dia idola saya. dulu saya percaya dia mangsa politik Dr Mahathir. tapi bila budak Saiful tu sangggup sumpah junjung quran dalam isu 'main pungkork'yg terbaru. tapi bila Anuar tak mau sahut cabaran Saiful supaya sumpah junjung quran juga.
Maka disaat itu. trus trang saya kata. saya lebih mempercayai Lim Kiat Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh daripada mempercayai Anuar. sebab mereka bertiga ini tak pakai topeng. lalu kita tahu dan kenal siapa mereka. justeru kita tahu dan sedar halatuju perjuangan mereka. tapi Anuar adalah patung yang dipakaikan topeng oleh mereka2 ini. ini lagi bahaya YB.
So YB. elok sangatlah bila anda buat keputusan keluar dari kandang Anuar. Hendaknya dengan tindakan itu anda mampu memainkan peranan menyelamatkan negara, ketuanan bangsa dan agama daripada dihancurkan oleh bangsa melayu sendiri.
YB Zul.
Pilihanraya kecil Ulu Selangor sudah pasti akan belaku. memang tak boleh nak elak. so kita tunggu dan lihat apa yg akan berlaku disana nanti.
BN pun duk tengah pening nak tetapkan calon. MIC kata tu kawasan taradisi dia. UMNO pula dihimpit oleh desakan grass root.
PR. tak tau lagi. dari segi tradisi itu kawasan PKR. tapi PAS pun nampaknya duk pasang angan2.
Apa2 pun itu adalah kawasan majoriti melayu. calon yg menang nanti akan memberikan gambaran tentang polar pengundian oleh orang2 melayu disitu. undi cina dan india adalah penentu.
Saya percaya hasil di PRK Ulu Selangor itu akan diguna oleh BN dan PR dalam menghadapi PRU 13 ini.
Hendaknya PRK itu berjalan dengan adil dan aman (tak mau gaduh2, maki2, carut mencarut, kutuk mengutuk dan dedah mendedah aib seseorang)
Post a Comment