(Stesyen Keretapi Kuala Lumpur)
Salam 2 all.
Alhamdulillah saya memanjatkan syukur banyak-banyak kepada ALLAH swt kerana satu lagi Usul yang saya kemukakan telah diterima dan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ini ialah usul berkaitan koc khas "Wanita" yang telah saya kemukakan beberapa kali dalam sidang Parlimen termasuk dalam bahas, soalan kepada Menteri dan lain-lain, termasuk lah berbincang dengan Menteri Pembangunan Wanita YB (Senator) Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Pengerusi baru KTMB YB Dato' Seri Ir. Mohd. Zin (BN - MP Sepang). Dalam mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke 12 yang sedang berlangsung sekarang, saya sekali lagi memasukkan usul tersebut iaitu:
"No. 43: PR-1231-U36992
Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri
Pengangkutan supaya diadakan koc-koc dan gerabak-gerabak khas di
perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (termasuk komuter, perkhidmatan
antarabandar) dan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra) bagi
Wanita Sahaja; ini adalah untuk memberi pilihan kepada penumpang
wanita membuat pilihan untuk menaiki koc dan gerabak khas untuk wanita
sahaja termasuk bagi koc berkatil kerana banyak aduan diterima di mana
penumpang wanita di perkhidmatan KTMB dan LRT mengadu mereka
diraba, dicabul dan diganggu dengan gangguan seksual semasa
menggunakan perkhidmatan ini terutama di waktu puncak. Oleh itu untuk
keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, Dewan mencadangkan
kepada Kementerian Pengangkutan supaya segera mengkaji dengan
tujuan melaksanakan skim koc dan gerabak Khas Untuk Wanita sahaja
bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (termasuk komuter,
perkhidmatan antara bandar) dan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR
dan Putra)."
(Menteri Pengangkutan)
Alhamdulillah menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden KTMB Dr. Aminuddin Adnan, KTMB akan melaksanakan koc khas bagi "Wanita" sahaja ini tidak lama lagi (sila lihat kenyataan KTMB yang disiar dibawah).
Perlu saya tegaskan disini usul tersebut bukan bermaksud untuk mendiskriminasikan kaum wanita. Tetapi adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada mereka. Tetapi mereka boleh memilih untuk menggunakan koc khas "Wanita" sahaja, ataupun menaiki koc bercampur, itu hak mereka dan terpulang kepada mereka.
Cuma pada saya, cuba bayangkan isteri atau anak-anak perempuan kita menaiki koc bercampur terutama diwaktu puncak. Terlalu banyak aduan yang saya terima mengenai keresahan penumpang wanita yang terdedah kepada gangguan seksual ini.
Saya berharap sistem pengangkutan awam yang lain akan mencontohi keberanian KTMB ini, khususnya LRT (Star & Putra), bas-bas awam saperti RapidKL dan lain-lain.
Semoga ALLAH memberkati apa juga usaha yang kita cuba lakukan demi Islam, dan mengira ia sebagai sebahagian dari 'amal kecil kita.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
17 Rabi'ul Awal 1431
02 April 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada kenyataan Presiden KTMB yang disiarkan hari ini Jumaat 17 Rabi'ul Akhir 1431/ 02 April 2010)
KUALA LUMPUR — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.
Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.
Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Customer Service Star Award 2009” dan program Ikhlas Dari Hati di sini hari ini.
Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.
Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan komuter KTMB akan mendapat 38 set gerabak unit gandaan elektrik (EMU) yang baru dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.
Beliau berkata KTMB juga akan membaiki 15 set EMU yang lama dan usaha ini diharapkan dapat mengatasi masalah keretapi lambat tiba serta isu perjalanan dibatalkan.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila KTMB akan mendapat gerabak EMU baru itu, yang mampu meningkatkan jarak masa ketibaan antara satu komuter dengan satu komuter yang lain selama 7.5 minit.
Penambahan gerabak itu adalah untuk menampung pertambahan penumpang komuter yang dijangka meningkat kepada 300,000 penumpang setiap hari, katanya.
Mengenai program Ikhlas Daripada Hati itu ia merupakan program KTMB yang memberi penekanan kepada tiga nilai perkhidmatan cemerlang iaitu empati, mesra dan ikhlas (EMI) yang akan diamalkan oleh kakitangan KTMB bermula esok hingga 31 Mei ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB, katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh program itu, seluruh kakitangan KTMB akan memakai butang lencana “Ikhlas Daripada Hati” sebagai tanda komitmen dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan. — Bernama
11 comments:
Salam again YB,
This is what I call good progress. You put the community above all else that is what I like about you.
Inilah yang dinamakan (antara lainnya) perkhidmatan bernas untuk masyarakat. walaupun kadangkala dan kebanyakannya tidak nampak perkara ini sebagai isu yang penting, malah tidak menamakan perkara ini sebagai isu yang harus dibincangkan.
Namun YB berfikiran lebih baik daripada itu, kepentingan yang YB keutarakan memberi manfaat kepada semua.
Syabas sekali lagi.
Salam wahai YB,
YB bukannya pencadang pertama usul sebegini. Dari segi praktikal, ia sudah diamalkan di negeri Kelantan, dan dari segi cadangan di Parlimen, ia sudah diketengahkan oleh Sri Gading 3 tahun lepas.
Seperti biasa, sumber tentangan terhadap usul ini ketika dibentangkan sama ada 3 tahun lepas ataupun 10 tahun lepas datangnya dari 'Ikatan Wanita Kosmopolitan' (IWK) dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.
Berikut adalah sedikit komentar mereka semasa cadangan diketengahkan oleh Sri Gading (klik di sini kalau nak baca artikel penuh dari laman web mereka):
Women’s Development Collective executive director Maria Chin Abdullah said sexual harassment will not stop with segregation.
“Sexual harassment can take place anywhere. Segregation should be the last resort,” said Chin.
“At the end of the day, it comes back to education on gender sensitivity.
Loh-Koh hopes the Government and RapidKL will seek alternative steps to combat the problem.
“In the long run, the society needs to be educated,” she said.
Sisters In Islam programme manager Norhayati Kaprawi said segregation will just create more problems.
“It is perplexing how segregation can solve the problem. If sexual harassment is an issue, we urge policymakers to ensure that awareness on gender and sexual harassment issues be carried out in schools,” she said.
Tapi kat Jepun boleh pulak. Takde pulak kutuk orang Jepun kolotlah, jumudlah bila buat segregation bukan setakat dalam LRT tapi kat restoran dan macam-macam tempat (Kalau pandai baca tulisan Jepun, sila baca signboard ini). Takde pulak orang Jepun suruh lelaki 'to be reeducated', 'learn to control urges' dan macam-macam lagi yang puak2 IWK ni suruh laki2 kat Malaysia ni buat.
Saya menanti komen2 terkini dari:
-IWK et al
-orang kafir yang fobia sangat dengan langkah2 yang berbentuk 'Islamization'
lagi ...bas dalam bandar, LRT, monorail ? masukkan kedalam senarai.
Keep up the gd work YB. Teruskan perjuangan. Syaitan pasti tidak duduk diam melihat apa yg YB usahakan.
Kalu YB tu lagi setan dari setan, manalah setan tak atkut dengan dia.
Janganlah terlampau gembira yang usul Yb diterima KTM. Ini semata mata kerana YB berpaling tadah....
Astaghfirullahaladzim. Wahai saudara zulkifli, bukan YB Zul, banyak2 mengucap. ikut sedap mulut hang aje panggil orang setan. Cerminlah diri tu. Berbahaslah secara ilmiah bukan emosi. Hangpa terlalu emosi tapi kosong di dalam. Agama apa kau hang anuti ni?
Betul ke hang ni kaki putar alam ?
Syukur alhamdulillah. Syabas. Tahniah YB. Kalaulah benda ini dilaksanakan semasa zaman saya menaiki kenderaan semasa baru bekerja dulu alangkah eloknya. Saya pernah mengalami gangguan dari orang lelaki semasa berada di dalam bas. Betapa benci dan sakitnya hati dengan situasi sebegitu. Beruntunglah gadis dan wanita zaman sekarang sekiranya tidak perlu melalui berhimpit-himpit dan berasak-asak dengan kaum lelaki. Perkara ini sudah sepatutnya terlaksana 20 tahun yang lalu.
tidak dapat dinafikan semakin kes gangguan seksual yang berlaku sejak kebelakangan ini. saya setuju dengan cadangan beliau, kita boleh membahagikan koc tersebut kepada 2. malahnya, siapa yang dapat dengar suara hati kita. jika terdengar pula,bila nak menjalankan projek tersebut?
Jazakallahu khairan kathiran. Semoga Allah SWT memberkati tuan sekeluarga.
Saya sebagai pengguna komuter amat gembira dengan perkembangan ini.
Syabas tuan!
Saya bg kaum wanita sangat berterima kasih dengan YB. akan tetapi sayangnye selama ini apabila koc wanita telah diperkenalkan, ramai yg merungut dan juga bermasalah kerana ada segelintir lelaki memasuki koc wanita tanpa rasa malu dan bersalah.
adakah disebabkan mereka tidak sedar ataupun ada yang terpaksa masuk disebabkan koc penuh dan juga masa. kami hanya dapt berdiam diri sahaja kerana bilangan lelaki masuk adalah ramai dan sangat membimbangkan kami wanita yang keliru dengan sikap mereka. walaubagaimanapun kami tetap berterima kasih dengan tuan.
Post a Comment