Salam 2 all.
Saya mengutuk keras kebiadapan DAP yang angkuh mempermainkan isu kalimah ALLAH dalam kempen pilihanraya kecil Sibu walaupun larangan telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini jelas satu sikap kurang ajar yang mencabar bukan sahaja pihak berkuasa, tetapi juga umat Islam.Adalah jelas DAP langsung tidak menghormati aqidah dan sensiviti umat Islam. Keangkuhan dan kebiadapan DAP ini sudah sampai keperingkat yang mereka merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh disentuh langsung!
Mereka mendesak secara terbuka supaya Kerajaan menarik balik rayuan yang dibuat ke Mahkamah Rayuan dan membenarkan pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti yang ALLAH punya anak! Dan untuk menghalalkan tindakan dan tuntutan mereka, DAP telah membawa masuk PAS sebagai penyokong mereka.
Dalam satu majlis "Christian Fellowship of Pakatan Rakyat" di Sibu semalam, calun DAP Wong Ho Leng menyatakan "PAS boleh mengisytiharkan bahawa langsung tidak ada apa-apa larangan didalam Al Quran yang melarang penggunaan kalimah (ALLAH ini oleh golongan Kristian)..." (sila lihat lapuran dibawah).
Saya sangat sedih melihat parti yang dahulunya dikenali dengan perjuangan Islam yang jelas, dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan Negara Islam dan Daulah Islamiyyah, boleh bersekongkol dengan perkara saperti ini.
Sudahlah di pilihanraya kecil Hulu Selangor calun yang pernah mempertikaikan perlaksanaan enakmen hudud, qisas dan ta'zir diberi sokongan penuh oleh kepimpinan PAS!
Persoalan besarnya ialah, apa nak jadi dengan PAS?! Saya menyeru kepada ahli akar umbi PAS yang saya yakin sangat komited dengan perjuangan Islam, saya menyeru kepada pendakwah dan pejuang Islam didalam PAS yang sangat ikhlas dalam perjuangan mereka, saya menyeru para 'ulama dan 'ilmuan Islam yang jujur yang masih ada didalam PAS, marilah selamatkan PAS daripada terus hanyut dalam buaian mimpi indah duniawi ini yang akan menghancur dan merosakkan PAS.
Marilah kita bawa balik PAS k2epada perjuangan Islam yang sebenarnya, berjuang diatas landasan Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita persia-siakan pengorbanan Almarhum Dr. Burhanuddin Helmi, Almarhum Ustadz Zulkifli Mohamed, Asyahid Ustadz Ibrahim Libya dan ramai lagi yang telah berkorban harta dan nyawa untuk perjuangan Islam.
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahua'lam. Moga ALLAH memberikan kita hidayah dan keimanan didalam fitnah aqidah yang melanda umat masakini, dan moga ALLAH memberikan keampunan kepada semua mereka yang masih mahu mempertahankan iman masing-masing. Memang kita sebenarnya sudah berada di akhir zaman, zaman fitan, zaman fitnah yang telahpun disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita dapat melihat dengan jelas DAP langsung tidak menghormati Mahkamah yang sedang dalam proses mendengar rayuan bersabit isu ini. Ini adalah satu penghinaan kepada Mahkamah. Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil sub-judis yang boleh dikenakan tindakan komital oleh Mahkamah.
Inilah golongan yang bila orang lain membuat komen kepada kes Mahkamah, mereka akan melalak kononnya kita tidak menghormati dan menghina Mahkamah. Contohnya dalam kes liwat yang sedang berlaku sekarang, langsung tak boleh nak komen. Sampai ada akhbar menyiarkan gambar katil tempat Saiful diliwat pun dia bising satu dunia, sampai nak penjarakan orang. Bila Dato Seri Nazri melabel pakar forensik mereka sebagai penipu kerana tidak mahu datang Mahkamah dalam kes Teoh Beng Hock, segera mereka melalak nak ambil tindakan menghina Mahkamah dan nak memenjarakan Dato' Seri Nazri.
Tapi bila mereka sendiri secara terang-terang menghina Mahkamah dengan memainkan isu kalimah ALLAH, itu didakwa kononnya sebagai hak demokrasi, hak bersuara.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
28 Jamadil Awal 1431
12 Mei 2010
#################################
(Petikan lapuran daripada akhbar The Star hari ini Rabu 12 Mei 2010)
DAP to go on Allah issue
SIBU: The DAP will go ahead with the “Allah” issue in its campaign, ignoring police warning to all political parties that they can be detained under the Sedition Act and Internal Security Act.
Its candidate for the by-election, Wong Ho Leng, said nothing would deter him and other Pakatan Rakyat leaders from conveying the truth to the people on the matter.
“The facts must be made known,” he told a press conference here yesterday.
Wong said the Home Ministry must withdraw its appeal against the High Court's decision which had overruled the government prohibition on the use of the word “Allah”.
“PAS is able to declare that there is absolutely nothing in the Quran which forbids the use of the term and has been steadfast in the rights to freedom of religion of non-Muslims,” he said.
On Monday night, Christian leaders from Pakatan held a fellowship to share their political calling.
Dr Tan Kee Kwong, a PKR central committee member, called on Christians in Sibu to use their conscience in picking a clean and incorruptible elected representative.
Dr Tan urged them to vote for Wong if they loved the country and children.
“If Sibu can change, the whole of Sarawak can change,” he said.
Wong invited the audience to query former Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, who was present, on PAS leadership and the allegations made against the party by Barisan Nasional leaders.
“Nizar is here, so ask him whatever question you have about PAS. Satisfy yourself before you go home tonight,” he said.
He refuted the allegation by Sarawak United People's Party that a vote for DAP was a vote for PAS.
54 comments:
YB, SAYA RASA BAIK YB TANYA YB NIZAR DULU APA YANG DICAKAPKAN, JGN. MEMBUAT KOMEN SEMBORONO AMBIL TERUS DARI PAPEER. INI SILAP YB CEPAT SGT BUAT KEPUTUSAN..
tQ Yb Zul kerana posting ni.. ntah ar, saya pun mula hilang HORMAT pada TGNA.. demi KUASA!!! Presiden & Timbalan nak TUTUP juga ke PEKONG?? bau BANGKAI nanti...
Subjek yang allah saja yang tahu.. kalau musykil jangan layan subjek sampai jadi PHD. Silence is golden.
yb zul,
1.apa yang tuan hamba melalak ni..bukan kah kerajaan dah bagi izin guna kalimat Allah untuk sabah dan sarawak?
2.stetment yg mengatakan Allah untuk tuhan sekalian alam tu betul...sepatutnya tuan mengajak rakan-rakan non muslim mencari "ALLAH" yg sebenarnya..barulah namanya dakwah bilhikmah.
3.Yb juga sebenarnya tiada kredibiliti untuk bercakap agama.background yb ttg agama pun tak clear..kalau ceramah kat selangor ni,bolih ambil tindakan.
4.Diam-diam lah yb,yb dah banyak duit..yb dah jual beli soal perjuangan dengan meyokong apco-umno.
5.bila nak bagi ulasan ttg apco-umno?
DUA SAJA NAK TANYA
1. ADAKAH MALAYSIA NEGARA ISLAM
2. APA HUKUM KALAU TEMPAT KERJA DI KULIM TAPI TAK PERNAH BALIK JENGUK ATAU KALAU BALIK SEKEJAP... CONTOH KALAU DIA KERJA DI PEJABAT PEJABAT AGAMA KULIM TAPI ASYIK ADA DI KUALA LUMPUR.....
TU SAJA NAK TANYA..
terima kasih atas penyiaran atikel ni...saya rasa amat sedih dengan PAS yg mempergunakan Islam atas matlamat perjuangannya tapi hanya untuk mendapat keuntungan yang sedikit dari Allah taala.
Sememangnya mereka menjual hukum2 Allah atas kepentingan dunia semata2
Dan setelah datang kepada mereka Al Qur'an dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu.
Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, karena dengki bahwa Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Karena itu mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir siksaan yang menghinakan.[2.89-90]
sudah2la YB, naper YB tk melalak bila kerajaan meluluskan lesen judi. Kalau dah judi tu hukumnya HARAM, ia tetap HARAM, buat pe nak bagi lesen lagi? nak bagi rakyat malaysia ni mengketadarah hasil judi ke? tk cukup lagi ke lesen judi n arak yang diberi sebelum ni.. Naper YB mendiamkan diri dalam isu ni? YB pun nk mengketadarah duit hasil judi gak ke?
Salam,
saya memang setuju dengan pandangan YB mengenai PAS sekarang tidak lagi pejuangkan agama, sebaliknya agama hanya menjadi modal politik mereka... makin dah tak tentu haluan PAS ni sejak jadi kawan baik kafir harbi ni. Kelab penyokong PAS pun dah mula menuntut macam-macam... saya rasa lagi PAS akan membina kuil ddan tokong pulak, lebih dari membuat masjid
Yang Bohong Zul...udahlah. Bandingkan wakil rakyat DAP dengan mike macam langit dan bumi. Menyalak di KL ikut telunjuk UMNO...orang KBB hang abaikan. Podah...
Sdr Zul,
Sudah lah tu. Kenapa membisu bila isu menghalalkan judi bola? Islam yang you anuti dan kononnya perjuangkan menghalalkan judi ke? Atau saudara hanyalah seorang munafiq? Tak usah lah nak berkokok seluruh kampung mengaku pejuang islam, mengaku diri muslim first, kalau dalam hal ni kelu aje. Kalau saudara di jalan yang benar sudah tentu saudara tahu judi itu haram kan? Ke baca quran yang lain?
YA.. MUNGKIN KETULINAN PAS SUDAH HILANG... TAPI KALAU HATI DAN MINDA DAH TERIKAT PAYAH LAH..KITA PATUTNYA TAK TERUS MEMBESARKAN SUBJEK SPERTI INI...KALU DAP MENANG BENDA TU TETAP KENA IKUT MAHKAMAH. KESIAN ANAK-ANAK KITA ... DEPA KELIRU
Judi bola sudah diluluskan oleh kerajaan...judi memang jelas HARAM dalam Quran dan tidak ada khilaf dalam semua mazhab Islam yang terkenal..tak berapa sure dengan mazhab UMNO...mintak hang tolong jelaskan pendirian hang...
aku nak tarik balik kenyataan aku yang awal pasal judi...aku tak baca pendirian hang mengenai judi sebelum ini..aku dengan ikhlas MINTA MAAF BANYAK2.
Agama Islam telah dijadikan alat oleh ahli ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri saja.....saya hanya geling kepala saja bila ahli politik nak buat penterjemahan tenetang agama Islam....
SEMUA TAK BOLH PAKAI....
Kalau itu state Wong Ho Leng dan sudah pastinya dia dapat dari Fatwa "Rabbi" di dalam PAS, bagaimana pula kedudukan ayat di bawah ini dalam surah an Nisa'?
An Nisaa’ ayat 171
"Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya)"
Jelas Allah melarang ahli kitab (mrk yg di Sabah dan Sarawak bukan ahli kitab.. ok) dari menyamakan-Nya dengan konsep Trinity dan mempunyai anak..
Semoga Allah memberikan hidayat kepada kumpulan PAS supaya sedar apa yang mereka lakukan selama ini adalah salah.. Amin
saya tak faham la apa sebenarnya hala tuju PAS sekarang. Islam atau politik??
perlu ke Allah mintak bantuan manusia utk mempertahankan namaNya?
ntah la YB... perkara Allah nie banyak ruang utk diperdebatkan.. sedangkan Ahmad Deedat sendiri sering menunjukkan persamaan Allah sebagai tuhan bagi umat islam dan kristian dlm kempen dakwahnya... tapi soal judi yg mmg jelas haram (tho' saya tahu YB ada menulis artikel membidas tindakan tersebut) tp masih jua YB beria2 kini mempertahankan kerajaan yg menghalalkan judi... soalan saya kini... apakah prinsip YB terhadap kerajaan BN sekarang?
Salam
Terima Kasih kerana Yb menyiarkan artikel ini , cukup memeranjatkan kita semua , saya rasa kalau Almarhum Ustaz Fadhil Noor masih ada , perkara ini tidak akan terjadi.
Inilah harga yang kita bayar kalau bersekongkol dengan dap laknat.
Saya nampak pemimpin Pas yang bukan dari aliran agama macam hamlun malaun nizar dan juga khalid samad dia punya pemikiran memang ke laut perginya , tak macam Ustaz haron Din dan juga Dato Hassan Ali ,Ustaz Nasha serta Haji Hadi , Tapi sayang suara mereka tidak kedengaran dek kerana takutkan ada suara sumbang yang akan menyangggah sesiapa yang tak sependapat dengan beliau
Saya rasa ramai ahli Pas kurang setuju dengan cara menangani isu kalimah Allah , tetapi mereka takut nak bersuara kerana takut akan dilabel agen umno.Buktinya apabila dibuat survey , hanya 10.3 % setuju puak kapir harbi guna 40.7 % tak setuju manakala lagi 40 % setuju dengan syarat , hello ....kalau dah bagi , mau ke puak2 kapir harbi ikut syarat , lebih baik jangan bagi lebih selamat anak 2 cucu kita .
Saya sependapat dengan Yb agar semua ilmuan serta Ulamak2 dalam Pas mencari jalan penyelesain dalam isu ini , kalau nak harapkan khalid samad sama nizar memang Pas akan rosak .
Wassalam..Takbirrrrrr
Ini pulak isu yang dimain BN di sarawak..
"kalau anda undi DAP,bererti anda setuju dengan negara ISLAM"..pukulan maut buat DAP di Sibu
tujuannya adalah untuk menakut-nakutkan pengundi..Mana kewibawaan UMNO nak jawab bahan kempen komponen mereka ini?..bererti mereka percaya Umno tidak membawa Islam,ini barulah musuh Islam namanya..Tapi Umno apa mau bikin??..
yb,janganlah terlampau hipokrit,saya faham orang politik,kadang2 terpaksa membuat kenyataan di blog demi sesuap nasi dan masa depan karier politik..
Yb masih terdesak untuk mencari teman dalam politik,dan terpaksa mengikut rentak AMENO,supaya tampak pemikiran Yb masih relevan..
kalau saya jadi seperti Yb sekarang saya juga akan melakukan benda yang sama,kita manusia yang masih lemah Imannya..
ya allah sikit pun kau tak malu dengan allah ke,tak takut dengan seksaan allah ke? takkan sikit pun kau tidak rasa takut,walaupun sudah dibeli tapi saya yakin ilmu agama yg ada pada kamu sedikit sebanyak dapat buat kamu diam.
isu apco diam,isu lulus judi awang adek diam dan banyak lagi.
saya memohon kepada allah supaya kamu segera bertaubat.
tak siar pun taapa.saya faham hanya unutk kamu zul,kawan lama aku dulu.zul u know what i,m talking about.please stop and get to your senses.just be quite and enjoy what u get from them.
Yang jelas HARAM adalah JUDI. Hari ini confirm Kerajaan BN-UMNO !Malaysia kebanggaan YB mengumumkan pengHALALan JUDI bola dan bagi lesen kepada Berjaya. Ini jelas hukumnya - mengapa tak tempelak Najib atau Awang Adek (yang pura-pura buat cadangan asal). Hal tak jelas diperbesar-besarkan, hal yang dah jelas HARAM di senyapkan... inikah erti perjuangan? Ingat YB, Islam bukan untuk Melayu Malaysia dan Allah juga bukan untuk Melayu. Islam itu rahmat bagi sekelian ALam, bukan rahmat bagi Melayu atau Umno semata.
jangan jadi macam wau terputus tali ye YB
apa komen YB tentang ini (Malaysia Insider)...
Independent MP Zulkifli Noordin today advised “a certain Pakatan Rakyat state government” to quickly seek a dissolution of its assembly, warning that a second “Perak” was on the cards.
His warning came after he confirmed with The Malaysian Insider this afternoon that two PKR MPs and one state assemblyman would soon leave the party, possibly triggering the collapse of a government similar to the PR government in Perak in Feb 2009.
Without naming them, Zulkifli (picture) said the three are now biding time because they fear for their safety if they leave the PKR.
“I cannot reveal who they are but I can confirm that they will leave soon... very soon. They are just afraid of what would happen to them once they leave so they called me up to seek my advice,” he said when contacted.
Zulkifli noted that he had urged them to act based on their own principles and not to allow themselves to be swayed by others.
“One particular person told me that he was angry that his grievances were not addressed, that the party leadership never listened to the grassroots.
Isu nama Allah ini terlalu akademik untuk dibahas oleh YB Katak macam ko Zul weh..
Cuba lah berjuang menentang LESEN JUDI, RASUAH, ARAK, DADAH, APCO yang terang-terang menjahamkan melayu dan islam.
Cepat-cepat laa insaf Zul, dunia ni tak panjang mana sangat pun.
Sabenar nya YB mereka semua tu sudah pun di laknat allah cuma mereka tidak sedar nauzubillah,mereka semakin di pesongkan dan dibiarkan hanyut oleh allah,Subhanallah.Umpama anjing menyalak bukit kalau kita renungkan sikap mereka itu.Allah menunjukkan kepada kita janjinya akan memelihara Agama dan kitabnya,usahlah di fikir mereka yang semakin hanyut tu.Bagi yang sedar apa yang tersirat tu cepat2lah bertaubat hendaknya.'Inalillah hiwainaillahiraji'un'.wasalam.
YB, saya pernah terdengar sasaorang berkata " Kecacatan sasaorang tu ...bermula bila dia merasakan dirinya sempurna " inilah yang sedang terjadi dikalangan umat islam masakini.Yang dipertikaikan dan cuba di ingatkan oleh YB,orang2 islam yang mengucapkan kalimah syahadah disini TETAPI sayang rata2 mereka merasakan ilmu yang ada pada mereka ni dah cukup banyak sehingga mempertikaikan ilmu orang lain.
Lupakah mereka kata2 jangan melihat sapa yang bercakap tapi dengar apa yang diucapkan.Nauzubillah..Tak cukup keSURAH AL KAFIRUN BAGI MEREKA.Yang di kesalkan disini ialah sikap umat islam nape lak disibukkan dengan masaalah kerajaan yang terdiri dari kesatuan bebrpa parti dan golongan.HAK mereka tidaklah kita bole ketepikan.
Sedarllah saudara2 islam ku yg di ingatkan dan dikesalkan oleh YB DAN kita ADALAH orang2 yang mengaku Isalm dan mukmin.tang al kafiruun tu lantaklah sebab yang jelas mereka tu akan menjadi bahan bakar pada kita di akhirat.Kenapa mesti butakan hati juga ..kalau mata dah buta.Nauzubillah.
Selamat memperjuangkan kebenaran semoga dirahmati allah...dan utk yang menyalah gunakan kedelapan anggota tu...pulang lah ke pangkal jalan...Ilmu walau sedikit jika diamalkan berterusan lebih baik dari kitab dan sarban yang seluas dunia ni...
jangan la amik komen dari utusna meloya..apa la bro nie, kalau betul nak kepastian, pergi jumpa dgn Tuan guru, pandangan bro tak mantap la bro...soal judi bola pun bro tak nampak bersungguh, setakat komen blog apa jadah??....pi la report polis macam bro buat aritu.dpt publisiti skit...ada berani??
salam YB songkok,
Lesen JUDI SUDAH LULUS...Apo sonyap ja.....mana Islam kamu?
Zul...nape hang sanggup jadi Barua kepada BN...apa hang tak ingat ke apa NAZRI AZIZ cakap Ari tu ...Lu ni bangang atau BARUA...kamu ingat kamu tu pejuang sangat ke ...nanti aku siar gammar lu nak ???rhsia lu gua ada
woi zol..
kau nie suka melalak tak tentu pasal la..
sendiri mo cermin la brader...
KERAJAAN LULUS JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA – harakah daily
Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.
Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.
MANA DIA ZUL NORDIN…. PEJUANG ISLAM TERUNGGUL ...
MANA ZUL NORDIN.... PERWARIS PEJUANG ISLAM TERSYUMUK....
woit... MANA DIA ZUL NORDIN... PEJUANG ISLAM TERKINCHIT... .
woit… MANA DIA PERKASAM…..
woit… MANA DIA HARRRUL SONNY AL FTWA AL FATWI..… ..
woit… MANA DIA PUKIPM… …
woit…. MANA DIA GST – GENG SONGKOK TINGGI….
BILA NAK BAKAR PATONG VINCENT TAN....
PELIK…. BERITA INI HANYA KELUAR SURAT KHABAR CHINA…
PASAI APA AKHBAR MELAYU TAK LAPOR….
PASAL NAK TIPU ORANG MELAYU....
zol...kenapa ko tak melalak pon?
kenapa ko diam seribu bahasa?
Itu DAP memang tak tahu pasal islam la ngok..
tapi yang SUPP dok hina hukum islam ko diam, tak pulak melalak kan?
tak kan dapat pergi USA tu dah lupa perjuangan...
aku dah tak respek kau lah zul..
Zul,
Recently, a non muslim friend of mine wanted to borrow my Quran since there was something that he needs to refer to. I seek advice from my Ustaz on whether this is okay. My Ustazsays, the Quran and every single verse and word tthat you can find ion the Quran (including the word "Allah" is not exclusive for Muslims but it is universal meaning it is for everyone to read, regardless. So, he says, go ahead and lend it to your friend but just cautioned your friend that since this is a holy book, treat it with upmost respect and do not abuse it.
trhen, I remembered how in those days , when I was still a kid and my Chinese neighbours would scold me if I did something wrong. They would say that "Tuan Allah" would not be please for the bad things that had done and I know, they are actually referring it to my Allah. Did I became a buddhist after that? No, instead I felt happy that my Chinese neighbour do acknowledged that there is a word called "Allah" and by just the word itself, quite a number of my Chinese friends had actually converted to Islam triggered by the word "Allah".
Salam, The sad thing about this affair is that there are muslim such as Khalid Samad, Nizar, Zuariadah, Nik Aziz and Anwar is saying the word Allah can be used by all???? The worst that has just happen in Sibu that Khalid, Nizar and a Lady in Tudung laboh giving their views and saying bad thing about other Muslim in An Evening with Parkatan Christian Leaders, what is happening here???? This is a very sad day for Muslim in the world today, It's not the other religion that is against muslim but its muslim against muslim. Look like the end is really very near!!!!
DAP,BN..janganla bawak politik angpa ke Sarawak.Situasi, senario di Sarawak amat berbeza.
Jgnla kecohkan masyarakat yg sebenar-benarnya mengamalkan kehidupan majmuk dan hormat-menhormati antara kaum dan agama.
sudah2la YB, naper YB tk melalak bila kerajaan meluluskan lesen judi. Kalau dah judi tu hukumnya HARAM, ia tetap HARAM, buat pe nak bagi lesen lagi? nak bagi rakyat malaysia ni mengketadarah hasil judi ke? tk cukup lagi ke lesen judi n arak yang diberi sebelum ni.. Naper YB mendiamkan diri dalam isu ni? YB pun nk mengketadarah duit hasil judi gak ke..
Sorry ambil komen orang lain..
Hang memang dah macam biul Zul..Tapi hang masih saudara Islam aku..
Camna pulak dgn UMNO laknatullah? Meluluskan judi bola Piala Dunia? Ko tak nampak ke? kalu DAP laknatullah kau tka heran sebab dia tka beriman kepada Allah SWT.Tapi bagaimana UMNO?
yb sendiri pon tau macam mana akhbar dan media perdana sentiasa menyembunyikan fakta yg benar ttg pembangkang, sy tak kata putar belit tau.
kenapa yb sendiri tak siasat perkara ini dgn tuan punya diri dulu. yb sendiri nampaknya telah kabur mata juga sejak akhir-2 ini.
Aik? Kata org kuat dia dulu "Langkah mayat saya dulu" kalau nak jadikan Malaysia negara Islam. Tapi bila nak ngampu undi, ada "exceptional rule" pulak?
Nampaknya Tok Gurunya dah tak boleh control anak buahnya lagi. Samada beliau tidak mengetahui perbuatan anak buahnya atau telah memberi green light, wallahualam. Presiden memang tak boleh buat apa-apa, kena ikut Tok Guru.
Memang parti ini semakin hilang kredibilitinya bila bergabung dalam Pakatan. Mr. Delay and the gang (little pharaoh) lagi nampak menyerlah. Parti KIASU memang kuat dengan puak KIASUnya. Tapi PAS? Macam jadi kuda aje..
Saya mengharapkan agar PAS keluar dari PR dan stand alone. Saya percaya bahawa akan ramai 'saudara baru' yang telah lama 'muak' dengan UMNO tapi kekal kerana faktor 'Mr. Delay' akan menyokong PAS. 'Saudara baru' dari kalangan PR pun akan berpindah arah jugak. PAS kena jadi parti dominan, samada perpaduan atau stand alone. Kalau stay lagi, macam sekarang nilah jadinya. "Pak Sanggup".
Mintak2 tidak dicop mengkritik agama kerana mengkritik parti PAS.
Saya rasa YB Zul dengan jelas dan keras menentang judi bola (bagi mereka yang tak baca pendirian YB, sila minta maaf)..
DAP memanglah LAKNATULLAH... Jangan PAS tak sedar diri..jadi LAKNATULLAH pulak.
naik moto besar konon....gua kenal sangat hang tu sapa...gua kenal lu sejak kat new zealand lagi...sudah lah zul
Salam YB..
Kasi tekan balik isu judi bola yang telah diluluskan.. Seru lah buat demonstrasi ke macam isu bahasa inggeris hari tu.. Kalo bab ilmu bole plak nak demo, nie judi nape x bole ugut camtu gak.. Yang lain melalak dalam komen tu pun kasi gerak aktif la setup demo wei, jgn dok nak kutuk sesama sendiri yea.. Bahas tolong jaga skit, kita semua pun bkn sempurna, tapi bila kita join together barulah cantik..kalo asyik nak keji mengeji sesama sendiri, bertepuk tangan la bangsa2 lain tu kat kita..
Memang HamPAS la...
YB, kenapa ramai sangat penyokong PAS sakit hati bila YB hentam DAP. betullah anggapan saya bahawa PAS dan penyokong-penyokongnya tak lebih dari kuda tungangan DAP. Mereka heboh fasal kerajaan melulusan judi. kenapa tak tengok di negeri Selangor di mana PAS sama-sama memerentah. Judi, pelacuran bertambah banyak semenjak PR ambil alih. Tanyalah orag-orang PAS, kalau DAP berkuasa, mereka akan mengharamkan judi ke?. DAP akan menegakkan negara Islam ke ? PAS sudah jauh terpesong YB. Syukur YB tinggalkan parti laknatullah tu.
Alhamdulillahirabil'alamin
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Ada sesiapa boleh kupas maksud ayat di atas?
salam utk YB Zul dan semua pembaca.
Saya merasa hairan kenapa bila bab Kalimah ALLAH yang hendak digunakan oleh kristian ... yang ramai menyokong DAP orang melayu yg kononnya agama Islam . Kalau nk sgt sokong kalimah ALLAH utk orang kafir. Kau org yang sokong DAP tu .. Boleh tak kau org nafikan kalimah Tauhid. Dah jelas bermaksud AKU NAIK SAKSI BAHAWA SANYA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW PESURUH ALLAH ..
Dan aku juga nak tanya dalam kitab-kitab kristian ada tak digunakan ALLAH utk mengakui sebagai tuhan mereka. Kalau tak ada yg kau org nk sokong sgt tu nape. Sedangkan dalam AL QURAN jelas dan nyata KALIMAH ALLAH banyak digunakan...
Kalau kau org nk bantu juga .. kan baik kau org bantu ISLAM kan org kristian ni .. kalau dah ISLam nk guna kalimah ALLAH lagi besar ganjaran yg kau org dapat.. Maaf kalau tersinggung ...
Sedangkan akhlak orang melayu Islam semakin rosak yg perlu bimbingan dari kau org yg kononnya hebat dlm ISLAM .
Maaf jika aku tersilap kata.
wasalam ...
Salam,
PAS - DAP bersatu akibat sifat2 keji mengata, mengumpat, memaki yg merupakan sifat2 'terpuji pendakwah' PAS sebelumnya terhadap org2 Islam yg lain. Bukan sahaja kepada UMNO dia kata kafir, tapi org2 tidak mengikut kefahamannya (non-partisan) dikatakan munafik. Ia adalah balasan Allah swt dan disatukan hati mereka dgn org2 kafir kerana sifat2 terpuji mereka.
Nampaknya YB dah jauh, malas nak komen lebih, saya dah cakap apa yang patut terpulang sekarang.
Semoga berjaya dalam hidup. Salam
bai.. parti umno/bn luluskan lesen judi piala dunia!! lu taknak komen ka?? apa hukum judi tu bai?? jgn laa jadi munafik! takkan nak sokong judi pulak!!
Boleh komen sikit tentang article dibawah.
"Zul agreed to the deal and Najib instructed Aziz to withdraw the election petition. Aziz was mad as hell (he knew Zul was dead meat) but he had no choice in the matter. He reluctantly withdrew the election petition and Zul was saved. But now Zul works for Umno, no longer for Pakatan Rakyat.
THE CORRIDORS PF POWER
Raja Petra Kamarudin
The issue is simple, really. Every candidate who contests the state and parliamentary elections is supposed to file a copy of his or her statement of accounts or statement of expenditure with the Elections Commission. This to ensure that no one violates the Election Offences Act by spending more than RM100,000 for a state seat and RM200,000 for a parliament seat.
Now, if you fail to file your statement of accounts/expenditure or your statement shows you have spent more than the allowed figure or your statement is in error, such as many expenses are missing from your statement, then the Elections Commission can disqualify you.
In short, you lose your seat.
Zulkifli Noordin, the PKR candidate who won the Kulim parliament seat in the 2008 general election, did not submit his statement of expenditure for the 2004 general election. And the Umno candidate who lost, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, had proof of this. So Aziz filed an election petition to ask the court to disqualify Zul. (Remember Aziz, the man who wanted to burn down the Selangor Chinese Assembly Hall about ten years ago?)
Zul panicked. So he quickly doctored a set of accounts with forged documents and bills to buttress his case in court. Unfortunately, Zul got caught. Now it is no longer a simple case of failing to file your statement of accounts, which is a mere disqualification. It is now a case of fraud, which is a criminal offence that attracts a jail sentence.
The Prime Minister saw a golden opportunity in Zul’s predicament. Zul has been caught with his pants down. So the PM summoned Zul for a meeting and told the latter that Umno will withdraw the election petition and help save his arse. But he must first agree to a deal. And the deal is: Zul need not go to jail, but he would have to ensure the return of Kedah to Barisan Nasional.
In short, Zul will act as Umno’s Trojan Horse in Pakatan Rakyat.
Zul agreed to the deal and the PM instructed Aziz to withdraw the election petition. Aziz was mad as hell (he knew Zul was dead meat) but he had no choice in the matter. He reluctantly withdrew the election petition and Zul was saved. But now Zul works for Umno, no longer for Pakatan Rakyat.
Now can you understand why Zul is doing the things he is doing? No doubt it appears odd that Zul is doing all sorts of things that is hurting the opposition. But that was the deal. And once Kedah falls then Zul would have paid his dues and he can then officially join Umno.
When you lie to cover a lie you eventually get caught. And Zul got caught. If he had not tried to cover his mistake by forging his statement of accounts then at worse he just loses his seat. But because he forged his statement of accounts it is now more than a simple disqualification. It is fraud. And the crime of fraud is more serious. You can go to jail.
Umno just loves criminals. Criminals can be used. And since Zul made the mistake of doing something criminal, Umno is able to use him. And use him Umno did, and still is."
Antara haram Dan syirik mana yang lebih baik.Ingat lah Tuhan.Rasul Dan kitab suci Al quran tu di turunkan kepada hambanya sebagai panduan untuk menjalani khendaknya di muka bumi nie. Tuhan tahu hamba2nya lemah …tapi ada yang berlagak alim Dan serba tahu [termasuklah saya tapi hakikatnya jahil lagi .Allah Dan rasulnya lebih ariff.] Kalu setengah2 komen kat sini oleh orng2 tertentu [golongan munafiq yg tidak sedar diri ] pasal judi bagaikan nak rak dunia nie. Sampai berkahak2 ….[tak yah lah camtu ..memalukan diri sendiri Dan boleh memburokan menyalahkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam. TU yang dah sah cuba memesongkan Dan menjerumuskan orang kepad kesyirikan tu harus di heret…. Sudah berlagak macam dajjal…..menghasut Dan memburok2kan lak sesame Islam. Sejak bila Allah Dan kat mana dalam alQURAN tu mengata2 Kristian tu agama yang di iktirafnya. Even Nabi Isa pun tak kata agama yang dia bawa tu Kritian.Buktinya dia akan di turunkan di akhir zaman [coming soon] membenarkan ajaran Muhammad dengan Imam Mahadi menjadi Imam semasa solatnya. Alim camna kalua benda yang dah sah nyata dinafikan..Bukan ke KUFUR tu …masyallah. Ada benarnya bila tuhan katakana…seburok2 manusia …lebih burok dari haiwan…Nah ini lah yang di depan mata lah nie.Jangan di permain2kan Dan cuba merosakan ayat2nya..natijahnya di tonjolkan untuk tuntonan Dan bagi yang mendapat rahmat Dan keredhaannya akan sedar lah Dan bagi yang sebaliknya …dilaknat dan teruskanlah dengan hanyut dalam dunia yang fana’nie….YB… saya sarankan dalam isu ini saudara2 yang tersasar Dan menyasau kat Sibu Dan Semenanjung yang lebih utama di sedarkan . Yang cuba menjahanamkan Akidah umat Islam dengan andaian Dan ilmu yang tak sebesar manapun.[sedarlah jangan terpedaya dengan Nikmat yang dikurniakan Allah azza wajallah. SYURGA DAJJAL sebenarnya Neraka..] Astaqfirrullah a’lazim .…Wallah wa’lam ………Bagi bani kafiruun tu lantak lah kalau diorang mendapat Hidayah insyallah mungkin akan lebih baik dari kita 2 nie.Kata Allah…dalami kitabnya Dan janji Allah pasti jadi.
YB ,dengan izin benarkan saya bertanaya pada zamani apa yang cuba di tonjolkan dia dengan ayat tersebut..Bukan apa sekadar nak tahu takut kot2 disalhkan ngertikan nya aje..kalu betu x pe lah,,,tapi kalu nak guna sebagai hujah mempertahan kesyirkinkan kaum nunafiq tu x payahlah....neraka tempatnya.
zamani said...
Alhamdulillahirabil'alamin
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Ada sesiapa boleh kupas maksud ayat di atas?
banyak sungguh mulut busuk cakap mengikut halwa nafsu...
To: ardzulna
Komen anda seperti mengugut...
Jaga-jaga saudara...
Terlajak perahu boleh kemudi...
Terlajak mulut binasa kemari...
Kami faham apa yang merunsingkan YB. Tapi nak buat macam mana lagi. PR sudah tidak boleh dikritik. Barang siapa yang mengkritik adalah UMNO atau askar upahannya. Apalah daya kita YB, bila otak sudah taksub dengan politik kepartian, cakaplah apa saje pasti akan dituduh mengarut.
SALAM
KENAPA KECOH KERAJAAN LULUSKAN JUDI BOLA?
BUKANKAH ITU UNTUK ORANG BUKAN ISLAM?????
BUKAN KAH NIK AZIZ PERNAH BERKATA ITU HAK2 ORANG BUKAN ISLAM,BIARLAH DIA NAK BERJUDI KE APA.
BEGITU JUGA TEMPAT IBADAH PALING BESAR DIKELANTAN,ITU HAK ORANG BUKAN ISLAN.
JADI KENAPA NAK KECOH!!!!!!!!
ADAKAH KERANA KERAJAAN BUAT JADI SALAH!!!!!!!!!!!!!!
KENAPA TIDAK TEMPAT JUDI,KILANG ARAK DI TUTUP DI SELANGOR,DAN NEGERI PEMBANGKANG???????
Post a Comment