Salam 2 all.
Saya mempertikaikan cubaan seorang peguam sekular bernama Victoria Jayaseele a/p Martin Jayaraj yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menerima beliau sebagai peguam syarie; dengan tujuan untuk beliau boleh mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Peguam Victoria Jayaseele a/p Martin Jayaraj adalah seorang bukan Islam. Beliau tidak pernah mempunyai aqidah mempertuhankan ALLAH Yang Maha Esa, beliau tidak meyakini Nabi Muhammad saw sebagai Rasulullah, beliau tidak beriman dengan Al Quran dan Hadis; pendek-kata beliau adalah seorang kafir dan bukan Islam! Bagaimana kafir dan bukan Islam saperti ini boleh diterima dan dibenarkan menjadi seorang peguam syarie dan menjalankan amalan guaman syariah di mana-mana Mahkamah Syariah yang undang-undangnya berteraskan Al Quran dan Hadis yang beliau sendiri tidak beriman dengannya!
1. Perlembagaan Persekutuan
Dalam sistem demokrasi berperlembagaan yang kita 'amalkan, kita meletakkan Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara. Semua kuasa dan bidangkuasa terkandung didalam Perlembagaan. Dari segi sistem kehakiman, adalah jelas Perlembagaan membezakan dua sistem kehakiman didalam negara ini, iaitu sistem kehakiman sekular dan sistem kehakiman syariah. Kedua-dua sistem ini adalah seiring dan setaraf. Itulah yang diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan didalam beberapa kes termasuk kes Azlina Jailani v MAIWP (cubaan untuk mengesahkan murtad dimana Mahkamah memutuskan penentuan murtad adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah). Ini bersesuaian dengan peruntukkan Artikel 121 (yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah sekular) dan Artikel 121 (1A) (yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah).
Dan adalah jelas dan muktamad Mahkamah sekular tidak boleh sama sekali mencampuri atau menceroboh ke bidangkuasa Mahkamah Syariah. Kedudukan ini sudah jelas dan muktamad. Dan saya tidak faham kalau masih ada lagi Mahkamah sekular yang merasakan mereka boleh mencampuri urusan dan bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Oleh itu saya berpendapat adalah suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan institusi Mahkamah Syariah untuk sesuatu kes dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah dibawa ke Mahkamah sekular untuk diputuskan!
2. Hak Perundangan & Bidangkuasa Samataraf
Kedua, hak dan bidangkuasa berkenaan dengan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal syariah adalah didalam bidangkuasa negeri dan Mahkamah Syariah masing-masing. Ini jelas diperuntukkan dibawah Artikel 74 (2) dan Jadual 9 Senarai ll Perlembagaan Persekutuan. Dan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Parlimen telah menggubal suatu akta dinamakan sebagai Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).
Berkenaan dengan kemasukan dan penerimaan seseorang peguam syarie untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah WP, Seksyen 59 memperuntukkan "MAIWP boleh, dengan kelulusan Yang Di Pertuan Agong, membuat kaedah untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fee-fee bagi penerimaan Peguam Syarie" dan "tiada seorang pun selain Peguam Syarie yang berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah (WP) bagi mana-mana pihak..".
Dan MAIWP telahpun membuat suatu kaedah bagi penerimaan seseorang Peguam Syarie bagi Mahkamah Syariah WP, dan diantaranya ialah syarat pemohon tersebut "hendaklah beragama Islam".
Adalah jelas bahawa soal penerimaan dan pendaftaran seseorang Peguam Syarie adalah didalam bidangkuasa MAIWP dan Mahkamah Syariah WP. Hak dan bidangkuasa mengenakan syarat kelayakan adalah hak dan bidangkuasa MAIWP dan Mahkamah Syariah. Dan ia mengenakan syarat seseorang pemohon itu mesti beragama Islam. Oleh itu, adalah salah bagi mana-mana Mahkamah sekular mencerobohi bidangkuasa tersebut, sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan saperti yang dinyatakan diatas.
Selanjutnya, hak dan bidangkuasa mengenakan syarat ini sepatutnya dihormati oleh semua pihak, walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengannya; kerana ini adalah undang-undang yang digubal oleh pihak yang berkuasa menggubalnya mengikut Perlembagaan.
3. Perbandingan dengan sistem perundangan lain
Contohnya, undang-undang memperuntukkan seseorang yang berhasrat menjalankan amalan guaman syarie di Malaysia perlu mendapatkan sijil kelayakan amalan guaman syarie daripada kesemua 13 Mahkamah Syariah negeri-negeri. Saya sendiri telah mengusulkan melalui Parlimen supaya syarat ini dipinda dan diselaraskan, namun selagi ianya masih undang-undang semua pihak harus menghormatinya.
Begitu juga bagi seseorang yang ingin mengamalkan khidmat guaman di Mahkamah sekular di Sabah/ Sarawak. Walaupun peguam saperti saya yang berkelayakan untuk menjalankan amalan guaman di Semenanjung, tetapi peraturan tambahan dikenakan untuk Sabah/ Sarawak dimana hanya mereka yang diterima dan didaftarkan di Mahkamah sekular Sabah/ Sarawak sahaja yang boleh berbuat sedemikian walaupun tiada beza dari segi kelulusan antara seorang peguam sivil di Semenanjung dengan Sabah/ Sarawak. Tetapi itu adalah hak Sabah/ Sarawak untuk mengenakan syarat sedemikian walaupun saya sendiri merasakan syarat itu bercanggah dengan semangat dan persefahaman kita sebagai sebuah negara yang satu. Tapi adakah kita berhak mencabar hak dan bidangkuasa Sabah/ Sarawak mengenakan syarat sedemikian. Sudah tentu tidak, melainkan masing-masing Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah/ Sarawak meminda undang-undang tersebut.
Samalah dengan syarat untuk seseorang peguam untuk menjalankan amalan guaman dinegara komanwel lain saperti Britain, India, Australia, Emirat Arab Bersatu, New Zealand dan lain-lain. Walaupun mempunyai kelulusan dan kelayakan yang sama iaitu ijazah LLB dan menjadi seorang Advocate & Solicitor, namun tiap negara berhak mengenakan syarat tambahan seseorang itu mestilah warganegaranya. Samada di Malaysia, Singapura, Australia, Britain, New Zealand, India dan lain-lain, semuanya mengenakan syarat yang sama. Apakah kita boleh mempertikaikan hak negara-negara tersebut mengenakan syarat sebegitu dan mencabarnya di Mahkamah Antarabangsa kononnya iainya suatu diskriminasi! Hanya mereka yang jahil sahaja yang akan berbuat sedemikian!
Rumusannya ialah hak dan bidangkuasa menentukan syarat penerimaan dan pendaftaran kelayakan sesorang untuk menjalankan 'amalan guaman dimana-mana Mahkamah, samada sekular atau sivil, Semenanjung atau Sabah/ Sarawak, Malaysia atau negara komanwel lain adalah hak institusi atau mahkamah tersebut. Samada sekatan kelayakan itu berbentuk akademik, etnik, kenegaraan atau agama; itu adalah hak perundangan institusi atau badan tersebut. Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan sebarang sekatan itu hendaklah berusaha meminda undang-undang tersebut samada di Parlimen atau mana-mana badan yang menggubal undang-undang; bukan dengan mencabar atau mempertikaikannya di Mahkamah.
4. Bidangkuasa Bersilang
Sebagai suatu perbandingan, seseorang yang ingin memohon menjadi seorang peguam di Mahkamah sekular hendaklah membuat permohonan tersebut di Mahkamah sekular tersebut. Di Malaysia, permohonan sedemikian hendaklah dibuat ke Mahkamah Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah/ Sarawak. Hanya Mahkamah tersebut sahaja yang berhak menentukan penerimaan sesorang peguam di Mahkamah sekular.
Maka meminta Mahkamah sekular memutuskan hak untuk diterima dan didaftar sebagai peguam syarie untuk menjalankan amalan guaman di Mahkamah Syariah samalah saperti mencampuri dan menceroboh bidangkuasa Mahkamah tersebut.
Persoalan yang perlu ditanya, kalau Mahkamah sekular boleh menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi peguam syarie di mana-mana Mahkamah Syariah, maka adakah Mahkamah Syariah berbidangkuasa untuk menentukan kelayakan seseorang untuk memohon menjadi seorang peguam di Mahkamah sekular. Bolehkah seseorang memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak menentukan kelayakan dia menjalankan 'amalan guaman di Mahkamah sekular? Jawapannya jelas, sudah tentu tidak! Jadi adalah tidak menasabah untuk sesebuah Mahkamah sekular menentukan kelayakan masuk seseorang peguam syarie untuk menjalankan 'amalan guaman di mana-mana Mahkamah Syariah!
5. Hukum syara'
Selanjutnya, bagaimanakah seorang bukan Islam mahu menjalankan amalan guaman syarie dan mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah; sedangkan teras kepada sistem perundangan di Mahkamah Syariah ialah Al Quran dan hadis? Apakah mereka mahu menafsir dan mengajar kita umat Islam tentang hal hukum hakam dan perundangan Islam. Bagimana mereka mahu menafsir Al Quran dan hadis Rasulullah.
Asas kepada hukum syara' ialah aqidah, tauhid! Keimanan dan keyakinan kepada hukum ALLAH. Bagaimana seorang kafir yang tidak sedikit pun percaya dan beriman kepada Al Quran dan hadis mahu mengamalkannya di Mahkamah Syariah?
Bagaimana pula dalam keadaan hukum syara' yang bercanggah dengan undang-undang sekular? Contohnya seorang lelaki yang pemabuk dan penjudi tidak layak mendapat hak penjagaan atau hadhanah anaknya, sedangkan dibawah undang-undang sekular, pemabuk dan penjudi tidak menjadi kriteria penentuan hak jagaan anak! Bagaimana wanita yang tidak menurut hukum syara', contohnya keluar rumah tanpa izin suami. Itu menjadi alasan untuk sabitan nusyuz dalam hukum syara', sedangkan ianya bukan isu pun didalam undang-undang sekular. Bagaimana keadaan pembahagian pusaka lelaki dan wanita, yang jelas dan qat'i didalam Al Quran satu bahagian wanita bersamaan dengan dua bahagian lelaki. Ini bertentangan dengan undang-undang sekular. Dan banyak lagi keadaan dimana hukum syara' bercanggah dengan
dan tidak sama dengan undang-undang sekular. Apakah peguam-peguam kafir yang tidak beriman ini akan membawa tafsiran baru kepada hukum syara'?
Saya tidak nampak rasional dan alasan yang menasabah untuk seseorang kafir dan bukan Islam untuk menjalankan 'amalan guaman syarie dan mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah yang menjadikan Al Quran dan hadis sebagai sumber perundangan; dalam keadaan asas keimanan dan keyakinan serta aqidah yang menjadi tunjang kepada hukum syara' tidak ada pada para peguam kafir dan bukan Islam ini!
6. Rumusan
Saya sebenarnya sangat hairan dan pelik dengan pendirian golongan kafir dan bukan Islam yang ada dalam negara ini. Mereka tidak pernah mengiktiraf Mahkamah Syariah. Sudah beberapa kali kes-kes yang membabitkan hukum syara' dan sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah mereka pertikaikan.
Contohnya kes murtadnya Azlina Jailani yang mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak mahu menukarkan butiran pendaftaran namanya daripada Azlina Jailani kepada Lina Joy kerana murtad selagi tidak mendapat kelulusan MAIWP dan Mahkamah Syariah. Kita menegaskan bahawa kes seumpama itu sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah untuk menentukan kesahihan murtadnya Azlina. Tetapi puak-puak kafir ini bertegas bahawa ianya patut dibicarakan di Mahkamah sekular!
Sebagaimana berlaku didalam kes Mohd. Moorthy Abdullah yang dikatakan meninggal dalam keadaan sudah memeluk agama Islam. Puak-puak bukan Islam bertegang urat menyatakan keluarga Allahyarham Mohd. Moorthy tidak boleh dibawa kehadapan Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah kononnya tidak mempunyai bidangkuasa terhadap non-Muslim!
Begitu jugalah didalam kes S. Shamala banyak lagi kes hak penjagaan anak-anak dimana pasangan masing-masing telah memeluk Islam; apabila ditegaskan isu itu sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah, golongan kafir mendakwa Mahkamah Syariah tidak berhak dan tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan bukan Islam!
Tetapi bila datang kepada isu untuk menjadi seorang peguam syarie, mereka menyatakan mereka berhak untuk didaftarkan dan diterima untuk menjalankan 'amalan guaman syarie di Mahkamah Syariah!! Tidakkah ini suatu sikap hipokrit, double standard?!
Sekiranya timbul sesuatu isu atau keperluan untuk seorang peguam sekular dan bukan Islam untuk hadir di Mahkamah Syariah untuk sesuatu kes atau mewakili kliennya, mereka boleh pada bila-bila masa melantik seorang Peguam Syarie yang bertauliah untuk mengendalikan isu atau kes itu di mana-mana Mahkamah Syariah. Sebagaimana yang berlaku di Mahkamah sekular dilain-lain tempat. Contohnya kalau seorang rakyat Malaysia mempunyai satu kes di Australia, beliau dan peguamnya di Malaysia boleh melantik dan mengarahkan seorang peguam yang mempunyai tauliah di Australia untuk mewakili mereka dan mengendalikan kes mereka dimana-mana Mahkamah di Australia. Ini masalah kecil, beribu Peguam Syarie yang bertauliah, berwibawa dan berkaliber yang mempunyai tauliah untuk menjalankan khidmat guaman syarie dan mengendalikan kes-kes syariah dimana-mana Mahkamah Syariah dalam negara ini.
7. Saranan & Penutup
Saya menegaskan bahawa Mahkamah sekular sepatutnya menolak permohonan untuk mencabar peruntukan perundangan syariah di Wilayah Persekutuan yang jelas meletakkan syarat seseorang itu mestilah beragama Islam sebelum boleh dipertimbangkan untuk emnjadi seorang peguam syarie. Peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara ini adalah jelas bahawa hak dan bidangkuasa penentuan kelayakan penerimaan seseorang sebagai peguam syarie adalah terletak dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Kedua, saya mencadangkan semua negeri yang belum meletakkan pra-syarat sebagai seorang Muslim untuk menjadi peguam syarie supaya segera menggubal undang-undang untuk meletakkan syarat tersebut dengan segera. Penyeragaman dan penyelarasan peruntukan ini disemua enakmen negeri perlu dilaksanakan segera.
Ketiga, saya berpendapat sudah tiba masanya peruntukan Perlembagaan dipinda dengan mengadakan suatu peruntukan yang jelas untuk membezakan bidangkuasa diantara Mahkamah Syariah dan Mahkamah sekular! Kelihatan walaupun Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan yang jelas, dan peruntukan Artikel 121 (1A) telah diadakan, namun masih ada pihak yang kelihatan masih kelabu dan mencabar institusi dan kedudukan Mahkamah Syariah.
Keempat, saya menyarankan supaya pihak badan kehakiman syariah dan sekular segera mengadakan satu dialog dan perbincangan untuk memperjelaskan kdudukan dan bidangkuasa masing-masing kerana masih lagi ada yang keliru dengan kedudukan dan perbezaan bidangkuasa kedua-dua institusi tersebut.
Kelima, saya menyarankan supaya Majlis Raja-Raja supaya memantau perkara pertindihan dan pertikaian saperti ini dan segera mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum keadaan menjadi berlarutan dan isu tersebut diputarbelitkan dan dipolitkkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
11 Jamadil Akhir 1431
25 Mei 2010
37 comments:
Hai, makin melampau dah ni..
Sorry YB, kali ni saya dah sedar. Kita kena bersatu menghadapi kafir-kafir harbi ni..
Mari bersatu sesiapa dikalangan PAS, UMNO bentuk parti baru..
Anwar dah sesat.
Salam Yb Zul
Terima kasih kerana menyiarkan artikel ini , saya kira ramai umat islam akan marah dengan kapir laknat kerana ini cuba mencampuri urusan mahkamah Syariah , saya kira dia meti mempunya agenda dan niat yang tersembunyi.
Saya harap Yb teruskan usaha menghalang malaun ini daripada mendapat tempat dalam Mahkamah Syariah
Saya musykil kenapa tiada bantahan dari pemimpin Pas ( maaf kalau saya tak dapat berita ) , saya rasa pemimpin Pas takut hendah memberi komen karana mahu menjaga hati rakan2 mereka dalam pakatan.
Saya rasa dalam isu ini kita hendaklah mengetepikan parti ,, tak kira parti mana , perjuangan dan kesucian Islam mesti dipertahankan
Takbir..
YB tahu siapa dalang?
Bekas mentor YB. :)
Dan his cohorts, and the gang.
Saya dah sedar, sebelum kita terlambat, mari kita bersatu dibawah panji Islam sebenar, walau UMNO kotor, tapi tak sampai macam ni sekali.
PAS tu tak rasuah ka? Kohilal? Balak di Perak? Tanah? Kelantan balak? Kedah?
Pasir diselangor? saya ADA BUKTI penglibatan orang "KUAT" PKR, dan PAS, termasuk DAP. Di selangor..
Mari kita fikir sejenak, kalau dua-dua rasuah, dan UMNO tak sampai hina islam macam PR? siapa yang patut kita sokong?
Salam YB KBB,
Saya amat berminat isu ini diketengahkan...
Sudah jelas di dalam undang2, Peguam Syarie haruslah beragama Islam.
Persoalan sekarang, apakah motif tersirat gadis ini...???
Dan adakah tindakan gadis ini disokong/di dokong oleh badan2 yang suka mencabar undang2 kehakiman di Malaysia di atas sifat mahu merosakkan imej negara...????
Sekiranya ada...saya mintak pihak2 yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap golongan ini. Tindakan undang2 harus di ambil secara tegas sekiranya terdapat unsur2 yang negatif.
Mintak YB KBB terus berjuang demi menjaga negara Malaysia yang tercinta.
Wassalam.
Nasib baik bukan Anwar jadi PM kalau idak sure pompuan nih bley jd Peguam Syarie.....
Assalamualaikum,
Selepas tentu ada golongan yang membela dia supaya dapat menjadi peguam syarie, golongan ini memang suka kes-kes macam ini, kerana kes seperti ini selalu mendapat tumpuan orang ramai.
Golongan ini yang akan menyokong sesuata perkara jika membawa kemenangan kepada mereka walaupun perkara itu salah atau betul.
lebih baik dari yg bersifat munafik dlm perjuangan
Orang luar negara pun tahu hormat nama Allah, hormat Islam..
yang PAS, PKR guna nama Allah untuk kepentingan Politik, lepas tu bila kes judi sibuk nak suruh orang tentang.
Nak tanya, judi bola yang tak libatkan islam selama ni penting lagi, atau NAMA ALLAH YANG LIBATKAN ISLAM, lagi penting?
Judi bola tu memang dah berlaku selama ni, hanya kerajaan baru nak bagi lesen. Yang terlibat sejak tak ada lesen pun memang dibuat..
Dah la YB, baik undi parti cap botol kicap
YB
1-Saya ingin mengucap tahniah kepada YP dengan hujah panjang lebar dalam perkara seperti ini. Ini adalah bidang YB dan saya harap YB lebih tumpukan isu-isu perundangan seperti ini. Kini tidak terdapat seseorang atau sesuatu kumpulan yang memperjuangkan hak umat-umat Islam dari segi perundangan. Ini mungkin tidak disiarkan oleh media utama disebabkan kurang berminat dengannya, walaupun ia sesuatu yang mungkin perkara sensasi, di mana pengamal-pengamal media termasuk media utama sangat berminat.
2-Agenda: Saya berpendapat secara peribadi bahawa, ada agenda untuk menghur-harakan negara melalui pertelingkahan agama. Mungkin pada mulanya ialah isu murtad dan kemudiannya diikuti dengan isu hak anak 'memilih' agama, apabila bapanya memeluk Islam. Dari sini mulalah secara terang-terang seorang paderi, yang duberi panggilan 'Tan Sri' oleh matan perdana menteri, memainkan isu penggunaan nama 'Allah'. Kini isu hak guaman Syar'ei dibangkitkan. Tidak heran jika isu-isu lain akan dimainkan hingga PRU13, terutama jika PAS telah tidak lagi besifat 'Islamik' seprti dahulu.
Salam YB;
Kesempatan diambil dari kelemahan dan kelalaian kita sebagai Umat Yg Satu (Ummatan Waahida). Samaada saya mati atau agama islam bersinar di muka bumi. Selamat berjuang.
yg penting hakim islam utk mempertahankan keputusan yg adil.yg peguam kafir tp selagi tindakan nya memnpertahankan anak guamnya tak bercanggah syarak apa yg nak salahnya?
salam YB,saya copy n paste sikit ayat YB...
""Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan & parti UMNO hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.""..
macam ni lah YB,lepas ni kalau YB buat isu saya akan cari dan copy n paste balik kenyataan YB dalam blog ni k??
Salam,
Pada pendapat saya, peguam adalah pihak yang dilantik oleh tertuduh sebagai wakilnya untuk melakukan pembelaan. Peguam bukan hakim yang memutuskan samaada yang tertuduh itu bersalah atau tidak.
Bermakna tidak timbul soal, memutarbelitkan nash sehingga keputusan menjadi salah kerana keputusan terletak pada hakim bukan peguam.
wassalam
YB Zul
Syukur kerana anda dah sedar sebelum terlambat. Tapi semua ini berlaku adalah kerana PKR. Mau atau tidak anda juga harus dipertanggung jawabkan atas kejadian ini. Kerana satu ketika dulu anda adalah merupakan seorang pejuang PKR iaitu sebuah pertubuhan yang diguna pakai oleh bukan melayu untuk menghancur melayu dan islam dinegara ini secara perlahan2 dengan bantuan dari orang melayu sendiri.
Dan hari ini perkara itu sudah berlaku. Raja2 melayu mereka hina. Hak2 melayu mereka cabar dan pertikai. Agama islam mereka persenda (penggunaan kalimah Allah dan terbaru bukan islam boleh menjadi peguam syarie).
Setuju atau tidak ? Sebelum ujud PKR keadaan ini tidak begitu menjadi2. Setuju atau tidak ? Sebelum Pas sanggup bersama mereka membentuk kerjaan PR bukan islam tak berapa berani menyentuh isu2 berkenaan agama islam.
Pada saya PKR dan Pas adalah pencetus kepada keadaan ini.
Doa saya, " ya Allah kau selamatkan lah kedua2 insan ini iaitu Anuar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat daripada terus membinasakan bangsa kami dan agama kami di negara malaysia ini "
YB... inilah tanda akhir zaman. bila umat islam mula berpecah dalam politik/kuasa/ekonomi. dalam sejarah dulu pun dah jadik, baik empayar umaiyah, abbasiyah dan uthmaniah. orang arab yang ramai pun tak boleh lawan israel. Melayu pun camtu jugak. Semua parti politik pun same aje bodoh.
Shairon: Jangan kamu salah mana-mana pihak atau parti, kamu harus bersikap matang dalam sesuatu perkara.
Saudara,
Apa komen saudara berkenaan dengan judi...isu terkini..
Memang apabila orang Islam berbalah berasaskan politik sempit partisan, maka orang lain akan segera mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi masyarakat Islam dan mengkucar kacirkan sistemnya, seperti kes orang bukan Islam mahu menjadi peguam syari'i. Syabas kepada YB yang memberi penjelasan yang baik, juga kepada Dato Dr Ismail Ibrahim yang turut memberikan pandangannya yang bernas di dalam blognya.
Salam....
Saya sokong Tok Garu
memang betul la apa dia kata tu...
Naasib baik Yb Zul insaf dan sedar dari terus hanyut kelaut daripada bayangan pkr.Harapan kami semoga ramai lagi pemimpin dan juga balaci banjingan pkr lain turut serta insaf dan sedar bahawa perjuangan pkr dah melencong dari sasaran asal
dalam isu ini saya masih menunggu reaksi serta pandangan dari pemimpin pakatan terutama pemimpin Pas dan pkr yang beragama Islam khususnya , dap jangan cerita la...
saya rasa mereka takut 2 nak komen isu ini sebab takut menguris hati sekutu mereka dari pakatan terutama kapir la.
Assalamu alaikum YB Zulkifli
Terima kasih dan syabas kerana mengetengahkan isu ini. Semoga umat Muslim Melayu Malaysia bingkas sedar akan perkembangan2 ini dan bangkit memperjuangkan hak2 yang telah digariskan oleh Perlembagaan.
Sekian dan Wassalam
Assalamualaikum YB Zul
Cantik sungguh, kupasan yang panjang lebar oleh YB. Saya tidak mahu tulis mengenai kandungan wacana YB Zul,kecuali mengeluh, para pengkomen lebih suka mengulas yang berbau politik, menyindir, keluar topik dan sebagainya.
Saya percaya banyak komen sedemikian yang tidak dilepaskan oleh YB Zul ke dalam ruang komen ini.
Benarlah dalam temuramah YB Zul tempoh hari oleh Malaysiakini, masyarakat kita ni ramai yang bermasalah mental (mentally sick) terutama semasa memikirkan hal ehwal politik.
Bagi saya 'candu' menyalahkan UMNO dan kerajaan itu sudah sebati dalam jiwa kita yang anti kerajaan.
Kepada pembaca, jangan ingat saya ini menyokong UMNO kerana seolah-olah tidak mahu menyalahkan kerajaan sekarang.
Bagi saya, sudah sampai masanya kita melakukan anjakan pemikiran politik, dengan meletakkan kepentingan Islam melebih mana-mana kepentingan seperti parti, kabilah dan sebagainya. Dan anjakan politik tersebut sudah tentunya menyedari bahawa demokrasi pilihanraya ala barat ini tidak boleh menjadi premis untuk mempertahankan, jauh sekali menaikkan atau mengukuhkan institusi Islam di Malaysia.
Walaupun SEOLAH-OLAH kita tidak ada pilihan lain untuk merubah kerajaan (walaupun menjatuhkan kerajaan UMNO ini bukan semestinya satu penyelesaian masalah umat Islam di Malaysia) kecuali melalui proses pilihanraya, jangan kita bekukan pemikiran kita dengan taksub kepartian.
Kesimpulannya saya harap YB Zul, dapat menggerakkan atau sekurang-kurangnya mengumpulkan suara ketiga (golongan tidak berparti Muslim yang sayangkan Islam) yang tidak cocok dengan nasionalisme UMNO, tetapi tidak dapat menyokong PAS kerana bersekongkol dengan golongan anti institusi Islam di Malaysia.
Saya tidak pasti apakah dengan menubuhkan parti atau NGO baru berkesan untuk membawa suara ini, adalah langkah bijak. Bagaimanapun YB Zul boleh menggunakan keahlian saudara dalam bidang perundangan untuk memberikan cadangan yang baik.
Akhir kata, kita perlu sedar tidak ada cara lain dengan individu Muslim dan bermula dengan keluarga terdekat kembali kepada Islam, dan menghumban jauh-jauh ideologi taksub kepartian atau kabilah serta taksubkan peti undi.
Wassalam
Salam YB.
Dalam hal ini yang menghairankan saya bukan kehendak Peguan tersebut kerana baik apa pun kita ingin lakukan mestilah berlandaskan hukum.Dan secara automatis peguam tersebut tahu keinginannya itu tidak memenuhi syarat2 syarat pemohonannya. Yang muskilnya Hakim yang membenarkan rayuannya tu..Saorang Melayu kalau menurut dari media.Bagaimana seorang penegak undang2 boleh mengenapikan undang2 dalam masa yang sama.. Melayu tu bukan bangsa Asing..Wallah wa'lam
salam,
apa pendapat saudara tentang lesen judi yang dihalalkan oleh pihak kerajaan?
YB walaupun kita berbeza dalam perjuangan di platform politik, tetapi kita bersatu didalam satu perjuangan yang sama iaitu islam, saya menyeru pada penyokong politik semua jangan terperangkap perjuangan poliyik sempit, dimana kita membenarkan yang salah tetapi menidakan yang benar,
Kesatuan Melayu dan orang-orang beragama Islam yang begitu rapuh di negara kita sekarang ini menjadikan bangsa dan agama ini begitu senang dipermainkan. Inilah akibat sengketa dan perpecahan ummah yang disebabkan oleh kerakusan manusia mengejar kuasa sehingga ada yang sanggup membelakangkan kesucian Islam demi mencapai cita-cita politik masing-masing. Kalau orang Melayu sesama Melayu yang rata-rata beragama Islam sendiri berbalah, jangan disalahkan orang kafir yang mengambil kesempatan. Hakikatnya orang Melayu dan agama Islam di negara ini berada di tahap yang paling rendah dan lemah. Saya tidak nampak kemampuan orang Melayu yang beragama Islam menyelamatkan maruah agama dan bangsa jika kelemahan kesatuan mereka masih kekal begini. Para pemimpin yang ada yang sepatutnya membina bangsa dan menjadi tiang yang kukuh kepada agama, tetapi nampaknya hanya akan terus menjadi pemusnah. Selagi tiada kesatuan ini, selagi itulah orang melayu dan agama Islam akan terus dipermainkan. Bersatulah.
hehehe nasib la negara kita ada dua sistem mahkamah. kalau tak haru dibuatnya yob. mungkin ada betul kata dr asri seperti dalam blog beliau mengenai isu ini. apa yg saya nampak ahli agama bercakap mengikut ilmu tapi ahli politik akan bercakap mengikut perlembagaan yg ditulis oleh manusia.
yb dah baca tulisan Dr.Asri lom? Dia bagi pendapat harus peguam bukan syarie dikalangan orang kafir. Pegi baca tulisan dia "Ulama UMNO Bakar Kapal".
Salam semua.Sebelum komen baca buku dulu,dengar pendapat ulama and etc.sila baca artikel drmaza tentang nie,kan YB kiter nie sahabat dia.tak kan x nak dengar ape kata sahabat.
Satu lagi lama dah nie judi bola di'halal'kan oleh UMNO-BN tapi YB kita nie dok diam saja,awat nie.Judi x haram ker?
Apa2 pun nak tgk YB cam dulu.......
Salam...
Tetiba la plak Anwar or PAS or PKR yg salah dalam hal nie... pendek kata.. semua masalah dlm negara nie berpunca dr puak2 nie jer... puak yg lagi satu tu kita tahap nabi la...
nway... kenapa takleh tgk perkara nie dari sudut positif... sedang kita berdekah soal dakwah... peluang yg ada depan mata kita anggap sebagai musibah... hmmmm... bukan ini peluang utk kita menerangkan kesucian, keindahan islam kepada non muslim... bukan kita yg carik diorg... tp diorg yg carik kita... ya.. mmg la mungkin ada niat yg lain... ttp jika kita yakin islam adalah yg terbaik, jika mereka mendalaminya, pasti mereka akan jumpa dgn keindahan tersebut... unless korang semua nie tak yakin dgn keindahan islam itu sendiri.. then, tak dapek la den nak nolong....
Salam YB ZN,dan semua blogger serta pembaca blog.
Saya sekadar ingin menyarankan saudara-saudari untuk turut membaca ulasan daripada Dr Asri Zainul Abidin, dalam memberi pendapat dai sudut yang berbeza, yang pada saya juga bersifat ilmiah dan tidak terlalu beremosi. Saudara-saudari boleh klik di URL ini:
http://drmaza.com/home/?p=1146
salam untuk umat islam malaysia...
kita berdoa bersama2 agar niat suci untuk membantu rakyat palestin yang kini di sekat israel d lindungi ALLAh.
Apa motif UIA buka kursus Diploma Undang-undang dan Amalan Syariah utk non-muslim?
Anwar lah yang mencetuskan budaya memijak-mijak kepala orang Melayu / Islam di negara ini. Apa yang saya nampak beliau akan berkata dan berbuat apa sahaja agar cita-citanya tercapai. He started it all.
Disebalik tentangan yang banyak tuan terima sekarang tuan bukalah jalan baru sebagai alternatif untuk perjuangan sekarang. Saya rasa orang lain tak akan sedar sebab sifat asabiyah dalam politik kita. Saya pesimis dengan jalan politik yang tuan ambil sekarang. Ia takkan menyedarkan sesiapa sebab kita buta dengan asabiyah. Ini cuma pendapat saya. Tinggalkan politik. Lebih banyak yang boleh tuan lakukan di luar.
apa yg nak dibanggakan dgn undang2 yg dilaksanakan oleh mahakamah syariah gaya 1malaysia ini...
lagi teruk dari mahakamah civil..
kat mahakamah civil aku lagi tabik sebab pengamal undang2 mahakamah civil mengimplimitasikan apa yg diorang belajar..tapi pengamal ondang2 syarie gaya malaysia tak ikut sepenuhnya (hampir buang semua) apa yg diorang blajaq.
LAKSANAKAN ISLAM SEGALANYA AKAN SMOOTHHHHH .....PERCAYALAHHH.
Askm YB,
Terima kasih kerana mambangkitkan isu ini. Moga2 ia berjaya.
Satu lagi yg YB boleh bangkitkan ialah, kalau kita pergi ke bank2 yg menjalankan sistemn perbankan Islam di Malaysia ni, tak kiralah Maybank ke, CIMB ke, RHB ke dll....kebanyakan pegawai2 bank yg mengendalikan urusan perbankan Islam seperti pinjaman perumahan, pembiayaan bisnes, kad2 kredit, adalah orang2 bukan Islam.
Macamana mereka nak faham akan ruh Islam disebalik perbankan Islam seperti konsep keadilan, kebajikan dan amanah, walhal mereka sendiri tidak beriman?
Yg mereka tahu hanyalah Islam mengharamkan riba'. Tu je, jadi kalau transaksi free of riba', maka sudah ok, padahal unsur kezaliman masih banyak dalam sistem tersebut.
Minta YB tolong panjangkan kepada pihak2 yg berkenaan supaya perbankan Islam diuruskan hanya oleh orang2 Islam sahaja.
Terima kasih.
soalan saya ...
adakah mahkamah syariah yg ada di malaysia ini melaksanakan hukum syarie yg sebenar (sepenuhnya)?
adakah tuan setuju sekeping kertas "bermaruah" seperti yg si kafir lahanat tu ada tidak memberi apa2 erti tanpa iman?
dia hanya peguam bro...kalau kita melaksanakan dustur Islamiah sebenar masallah ini tak kan timbul.
yg penting dustur Islamiah memayungi masyarakat, siapapun yg menerajuinya itu kurang penting asal saja Islam mendahului segalanya.
tapi kalaupun makamah syariah di dipenuhi pengamal dari kalangan orang Islang tetapi hukumnya tidak mengikut syarie sebenar itu lagi hancussss bro.
disiar atau tidak komen itu bukan masalah aku.
yg penting kita akan ditanya tentang keikhlasan kita didepan Allah nanti.
Post a Comment