02 January 2011

SUK SELANGOR: BERTINDAK TEGASLAH!

(Appa..ini malam kita piki makan itu Yong Tau FOO, ala itu sup lumbu malayu boloh punya, kita kasi habis makan ma!)

Salam 2 all.


Teman teringat kata-kata pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan sejak mengenal beliau dalam penjara lagi. “Everything must be politicize..semua hal kita mesti politikkan. Kalau boleh sakit perut pun mesti dipolitikkan”, dan tak lama lepas tu pemimpin anugerah tuhan itu terkena “racun arsenik”. Dan habislah satu dunia riuh pasal racun arsenik!!


Sengaja teman buka kisah ini kerana melihat gelagat politiking melampau mereka di Selangor, beriya-iya dan bermati-matian dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Perkara yang sebenarnya langsung tiada isu. Sehingga ada yang sampai biadap dan kurang ajar mengugut Sultan Selangor. Pada teman barua yang mengugut Sultan Selangor itu patut disumbat dalam tahanan sahaja, tak pun diharamkan daripada duduk dibumi Selangor.


Apa masalah sebenarnya? Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri. Begitu juga diperingkat negeri lain dan Persekutuan yang dibawah kuasa SPA, Menteri Besar langsung tiada kuasa melantik atau memecat SUK. Ianya bidangkuasa mutlak SPA.


Mengapa dibuat begitu? Kerana kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Kerana untuk mengasingkan kuasa politik dan pentadbiran kerajaan. Kakitangan Kerajaan adalah kakitangan Kerajaan. Mereka berkhidmat untuk Kerajaan, tidak kira siapa yang menjadi Kerajaan. Dengan DYMM YDP Agong atau Sultan negeri-negeri sebagai payung mereka. Sebab itu semua urusan dibuat atas nama YDP Agong.


Cuba tengok sampul surat, samada ianya ditulis “Urusan Kerajaan” atau “Urusan Seri Paduka Baginda”. Tak pernah ditulis “Urusan Perdana Menteri”, apatah lagi “Urusan Menteri Besar”. Sebab itu bila Kerajaan bertukar samada di Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan lain-lain, jentera Kerajaan tetap berjalan, kerana kakitangan Kerajaan adalah pentadbir kerajaan. Melaksanakan polisi Kerajaan, tidak kira siapa juga Kerajaan itu.


Begitu juga jawatan SUK Selangor. Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor sangat jelas dalam hal hal ini. Perlantikan dan pemecatan SUK adalah bidangkuasa SPA. Dan SPA tidak perlu merujuk kepada Perdana Menteri, apatah lagi Menteri Besar untuk kelulusan. Ini bukan perlantikan politik saperti Setpol MB, Pegawai Khas, Exco dan lain-lain. Jangankan kuasa, suara pun MB langsung tidak ada dalam soal perlantikan atau pemecatan SUK.


Kalau ikut logik kepala otak pembangkang, maka nanti perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ketua Polis Negeri, Pengarah SPR Negeri, Pengarah SPRM Negeri, Pengarah Imigresen Negeri, Pengarah Bomba Negeri, Pengarah Kastam Negeri dan banyak lagi jawatan lain perlu dirujuk kepada Menteri Besar. Maka nanti hilanglah prinsip pengasingan kuasa yang menjadi amalan pentadbiran kerajaan selama ini, samada kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.


Sebab itu pada teman isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai SUK Selangor sengaja dipolitikkan. Kerana mereka sudah ketandusan isu politik. Perkara yang tidak jadi isu pun boleh diputar-belitkan sebagai isu. Apatah lagi apabila PKR dan Pakatan pembangkang kini dalam kelemasan nak mampus tenggelam. Apa pun akan diredah sebagai isu. Walhal jangankan zaman Pakatan pembangkang, zaman BN memerintah pun Menteri Besar tidak pernah dirujuk oleh SPA untuk perlantikan SUK. Bukan sahaja di Selangor, disemua negeri yang dibawah bidangkuasa SPA, memang bukan dan tidak menjadi amalan untuk SPA merujuk kepada mana-mana MB untuk perlantikan SUK. Yang penting perkenan Tuanku Sultan sebagai Ketua Kerajaan Negeri.


Soal pokoknya ialah Kerajaan datang dan pergi. Menteri Besar datang dan pergi. Hari ini Pakatan pembangkang esok BN. Hari ini BN esok orang lain. Tetapi perkhidmatan kerajaan tetap berjalan, kerana perkhidmatan Kerajaan hanya mentadbir dan melaksanakan dasar mana-mana Kerajaan yang memerintah.


Kalau benar mereka begitu beriya-iya nak mengikut undang-undang, teman nak tanya dibawah undang-undang mana mereka melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor? Dengan membazirkan duit rakyat untuk menyiapkan pejabat, kakitangan dan peralatan logistik untuk pejabat beliau. Adakah wahyu tuhan dah turun merestui perlantikan itu? Apa menafaat rakyat Selangor dapat daripada perlantikan itu? Ekonomi Selangor dok macam tu juga. Perampokan pasir berleluasa tanpa ada kesudahan. Agensi-agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor habis dipolitikkan, dengan perlantikkan ahli-ahli politik kejawatan Pengerusi dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikat. Sekadar duduk memanaskan kerusi dan mengutip elaun bulanan? Sehingga bergaduh tarik janggut serban untuk berebut jawatan dalam syarikat!?


Sebenarnya yang menjadi dalang utama dalam memutarbelitkan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin ini ialah kepimpinan cauvinis DAP. Mereka melihat ketegasan Datuk Ahmad Khusrin sebagai penghalang perlaksanaan agenda jahat, cauvinis dan sempit mereka. Setelah berjaya memperlembukan beberapa ekor Melayu bodoh di Selangor, mereka merasakan bahawa agenda mereka untuk merampas Selangor sudah dalam genggaman, apatah lagi bila ada bangsat Melayu yang rela diperkudakan dan dibaruakan mereka.


Tiba-tiba muncul pula Datuk Ahmad Khusrin, yang mendapat restu Sultan Selangor, yang terbukti berjaya menghalang mereka daripada melaksanakan agenda sempit, rasis dan cauvinis mereka. Dan pemilihan Datuk Ahmad Khusrin sebagai SUK Selangor adalah amat tepat, kerana beliau masak betul dengan perangai DAP dan lembu-lembu mereka di Selangor. Dan DAP serta lembu-lembunya tahu bahawa Datuk Ahmad Khusrin akan menjadi penghalang agenda jahat mereka.


Pada teman, Kebawah Duli Sultan Selangor perlu bertegas dalam isu ini. Ianya adalah bidangkuasa mutlak SPA dan hanya memerlukan perkenan Tuanku. Soal mengangkat sumpah rahsia dihadapan Menteri Besar adalah soal protokol, ianya bukan mengangkat sumpah jawatan. Menteri Besar, tidak kira daripada parti mana-mana pun, tidak berhak dan tidak punya kuasa untuk menolak mana-mana perlantikan yang dibuat oleh SPA dan diperkenan oleh Tuanku Sultan. Jika mereka masih berkeras, teman cadangkan tindakan berikut diambil:


  1. Perlantikan Datuk Ahmad Khusrin hendaklah disempurnakan pada tarikh yang ditetapkan dengan upacara mengangkat sumpah jawatan dihadapan Kebawah Duli Sultan Selangor sambil dipersaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor dan Mufti Kerajaan Negeri Selangor;

  1. Sekiranya MB Tan Sri Khalid masih ingkar, teman cadangkan supaya Kebawah Duli Tuanku memecat MB Selangor Tan Sri Khalid kerana Tuanku ada kuasa mutlak memecat mana-mana Menteri Besar, dan memanggil YB Dato’ Hassan Ali daripada PAS untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru. Dengan majoriti ADUN Melayu beragama Islam yang menguasai Dewan Undangan Negeri Selangor, teman percaya satu kesepakatan boleh dicapai dan YB Dato’ Hassan Ali boleh dan akan mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN Melayu beragama Islam untuk menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri;

  1. Mana-mana individu yang biadap dan kurang ajar, mempertikaikan kuasa dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor hendaklah dikenakan tindakan segera dengan pertuduhan jenayah. Jangan dibiar mereka ini terus menerus memaki hamun dan mempertikai kedudukan Tuanku kerana kelak nanti ia akan menjadi satu precedent dan barah jika dibiarkan. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri dibawah kereta Sultan berulang lagi;

  1. Khusus bagi mereka yang mengugut Tuanku Sultan, teman cadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap mereka kerana pada teman perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor tersebut adalah “perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu” yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati. Atau sebagai alternatif hendaklah mereka dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 121 (1B) kerana “merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri” yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu sampai mati didalam penjara. Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat dinegeri Selangor khususnya melakukan perbuatan derhaka saperti itu. Bagi maksud ini, teman mencadangkan kepada mana-mana individu rakyat Selangor supaya segera membuat lapuran polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil;


  1. Jika keadaan masih juga sengaja ditegangkan, teman mencadangkan supaya Tuanku Sultan menitahkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor dan Menteri Besar serta Dewan Undangan Negeri yang ada hendaklah digantung, dan dilantik satu Majlis Gerakan Negeri untuk mentadbir Negeri Selangor sehingga Kerajaan baru yang mendapat mandat sah daripada rakyat dipilih semula melalui pilihanraya umum.

Sekali lagi teman mengingatkan bahawa sebenarnya soal perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bukannya satu isu. Sebaliknya ianya sengaja diada-adakan. Perkaranya jelas. Kuasa perlantikan dan pemecatan mana-mana SUK Negeri Selangor adalah terletak dibawah bidangkuasa mutlak Surahanjaya Perkhidmatan Awam dengan mendapat perkenan Tuanku Sultan sesuatu negeri. Sebenarnya isu ini sengaja digembar-gemburkan untuk menarik perhatian rakyat daripada masalah parah dan serius yang dihadapi oleh Pakatan pembangkang khususnya PKR. Apatah lagi dengan kata-dua yang diberi oleh YB Gobalakrishnan terhadap pemimpin anugerah tuhan dan adinda kesayanganya. Dengan terbongkarnya rahsia bagaimana kepimpinan DAP sebenarnya memperkudakan pemimpin anugerah tuhan ini untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis kepimpinan DAP. Dan banyak lagi isu dan masalah yang melanda, mereka sudah ketandusan isu, akhirnya mengheret institusi Raja-Raja Melayu.


Pada teman, ini sebenarnya agenda sempit dan cauvinis segelintir kepimpinan DAP dan lembu-lembu mereka, sengaja mencari alasan untuk menyerang institusi-institusi Kerajaan dengan menyerang individu-individu tertentu, dengan tujuan untuk melemahkan institusi tersebut. Mereka menyerang Pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan menyerang Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan. Mereka menyerang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia denagn memperkudakan isu Teoh Beng Hock. Mereka menyerang institusi Suruhanjaya Pilihanraya dengan menyerang Tan Sri Rashid. Mereka menyerang institusi kehakiman dengan menyerang Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi. Mereka menyerang institusi perundangan dengan tidak habis-habis menyerang Tan Sri Abdul Gani Patail. Mereka menyerang YDP Agong dengan mempertikai soal kontrak pembinaan Istana Negara. Mereka menyerang Kebawah Duli Sultan Selangor dengan mempetikai perlantikan SUK kononnya. Mereka ini adalah bangsa yang diberi betis mahukan peha. Mereka ini adalah bangsa mentadak naik kejunjung. Mereka ini tidak faham bahasa demokrasi atau bahasa diplomasi. Mereka hanya faham bahasa lain!!


Maka teman menyeru umat Islam bangsa Melayu supaya sedar daripada sandiwara yang sedang dipermainkan oleh puak cauvinis dan rasis ini. Lihat apa yang mereka perbuat di Singapura. Belajarlah daripada sejarah kejatuhan Negeri Melayu Singapura, yang hari ini sejarahnya pun sudah ditukar. Yang boleh dikagum oleh orang Melayu sana sekadar surau dan masjid. Tetapi maruah diri, jatidiri, dan negerinya sudah tiada!! Insaflah.


Wallahua’lam & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Ahad

27 Muharram 1432

02 Januari 2011

18 comments:

IPOH MALAY said...

setuju benor teman dengan pendapat miker ni

Ular Menyusur Akar said...

Wau, YB. Satu penjelasan tepat, padat dan berani. Penjelasan ini perlu di sebarkan seluas-luasnya kepada umum.

Saya mohon kebenaran article ini di linkkan ke blog saya.

agbr47: Mereka perlu di ajar.

Patek said...

Salam YB Zul,

Patek amat setuju dengan pandangan dan tulisan YB. Syabas.!

Kepada yang masih menafikan perlantikan SUK baru diharap dapat sdra/sdri memberi komen diruangan ini supaya dapat kita sama sama menilainya.

Daulat Tuaku.!

Saiful Nizam said...

assalamualaikum,
ulasan yang cukup panjang lebar dan penuh dgn pengisian untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya.. terima kasih..

cuma..
mentadak naik junjung tu peribahasa baru rasanya.. :) yang asal kaduk naik junjung kan?

wassalam..

AeminEdia said...

sedap bro ... tq

sallehfauzi said...

Negeri Selangor perlu dikenakan peristiharan dharurat serta merta jika kuasa sultan dan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi permainan politik yang melampau. Semua fakta dan dokumentasi perisytiharan itu boleh dikumpul bermula dari sekarang. Rakyat Selangor harus diselamatkan.

usabukata said...

tahniah YB,

ini adalah salah satu tulisan terbaik YB yang pernah saya baca.

1. saya setuju kalau sultan pecat khalid.
2. saya setuju hassan ali dilantik sebagai MB
3. memang benar ada bangsa yang dibagi betis mahu peha, selepas dapat peha nanti dia mahukan celah peha, masa tu dah telambat.
4. bangsa ini yang menjaja kesana-sini korupsi kerajaan, sedangkan bangsa merekalah yang paling korup.
5. akhir sekali saya bersyukur YB telah sedar siapa sebenarnya pemimpin 'anugerah tuhan', kerana saya telah sedar sejak 1993 lagi.

salam perjuangan

usabukata

Unknown said...

salam,
Sebenarnya Khalid Ibrahim tak tahu undang-undang, Ketua menteri bodoh

RBF Online said...

terima kasih yb zul diatas penjelasan yang panjang lebar dgn bahasa yang mudah difahami.

To Live Again said...

Tahniah YB!

Ketegasan YB benar2 membuatkan bulu roma saya terangkat!

Bingai @ Bangang said...

Terimakasih YB kerana info yang memberi lebih kefahaman. Teman rasa Khalid sasau tu nak setiausaha dia jadi SUK kot. Dapat ekstra memacam.

Aku Yang Bingai

Bolasepak - Kontrak Rajagopal bagai telur di hujung tanduk?

aaza said...

Satu penerangan yang jelas lengkap dan tepat.Terima kasih dalam isu SUK selangor ini.

Njah said...

Saya amat setuju dengan artikel saudara. Orang yang engkar dengan perintah sultan, halau sahaja keluar dari Selangor.

bzz said...

Good job YB!!!

have a nice new year... :)

Sekolah Bahagia said...

2 NGO BUAT LAPORAN POLIS MENGENAI BLOG HINA SULTAN – mStar

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6sini, Isnin.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… BANGANG BETUL GENG SONGKOK TINGGI NI…. kah kah kah..

kah kah kah… LUPA… SIAPA YANG PINDA PERLEMBAGAAN … kah kah kah…

kah kah kah….LUPA SIAPA HAPUSKAN KUASA RAJA?.... kah kah kah..

woit… TANGKAP LAH MALAOAN YNG HILANGKAN KUASA RAJA…. NAPA TAKUT?... kah kah kah..

kah kah kah... TAKUT PADA EEE MADEY?... kah kah kah..

kah kah kah… SULTAN SELANGOR SENDIRI KATA…. BETA TARAAK KUASA… kah kah kah..

kah kah kah… HINA MACAM MANA PULAK… MEMANG SULTAN TAK ADA KUASA… kah kah kah…

woit...DERHAKA KEPALA BANA APA PULAK?... kah kah kah..

woit… BIASANYA BODOH BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT…. kah kah kah..

kah kah kah… TAPI NAMPAKNYA VIRUS PEMBAWA BODOH INI ADA PADA SONGKOK TINGGI… kah kah kah

nota:
ada dua benggali yang betul betul
arif dalam hal perlembagaan
dan hak raja raja

satu nama karpal singh
satu lagi kavita singh

karpal singh pakar perlembagaan
kavita singh pakar hak raja raja
kah kah kah..

KAH..KAH..KAH AMACAM HANG ZUL.. ANY KOMEN. KHEEEE..

Unknown said...

Siri rampasan kuasa terbaru...

aswaswasa said...

teman sokong je apa yg kome cakap. Tak kira la betuiii ke idakkk nye.

Admin said...

pe kejadahnya deme semua ( pembangkang sel ) nak sokong khalid tuh, dia bukannya tahu pe.. tetiba jadi MB, dah tu tak pandai plak nak tadbir.

siot jer...blah2 ..kita pakat buat perubahan pd pilihanraya akan dtg

aku tengok dah banyak kerugian di alami org melayu sejak pkr pegang di selangor ni, tak sedar2 lagi ke?

http://wikileaksmalaysia.blogspot.com/