13 February 2011

BATALKAN KONSERT NAMJOO

(Mohsen Namjoo kini dipercayai menetap di Vienna, Austria. Dihukum 5 tahun penjara oleh Mahkamah Iran kerana menghina Al Quran. Namun beliau menjadi pujaan dan menerima pujian dari media Barat dan penganut fahaman liberal dikalangan Muslim yang melabel beliau sebagai "Bob Dylan" umat Islam di Iran)

Salam 2 all.

Teman mendapat maklumat selepas zohor tadi bahawa penyanyi kontroversial Iran, Mohsen Najmoo akan mengadakan konsert yang dijadualkan pada hari Jumaat 15 Rabi'ul Awal 1432/ 18 Februari 2011 di Pusat Konvensyen KLCC. Teman lalu membuat beberapa pemeriksaan dan mendapati maklumat itu sahih.

Teman terkejut kerana penyanyi ini, yang dipercayai beragama Islam, telah disabitkan dengan kesalahan oleh Mahkamah di Iran pada 09.06.2009 kerana "menghina kemuliaan, memperlekeh Al Quran dan tidak menghormati kitab suci umat Islam ini" melalui lagunya. Beliau dihukum dengan hukuman penjara selama 5 tahun. Hukuman tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana Mohsen Najmoo dipercayai berada di Vienna, Austria. (Bagi yang berminat untuk mengetahui kes ini dan butir-butir lanjut mengenai Mohsen Najmoo, sila layari Google dibawah nama "Mohsen Najmoo").

Berdasarkan itu, teman mengambil tindakan membuat lapuran polis di IPD Dang Wangi petang tadi. Lapuran tersebut (dilampirkan dibawah) Dang Wangi Repot No. 005965/11 bertarikh 13.02.2011. Teman juga telah membuat kenyataan akhbar dan disebarkan selepas membuat lapuran tersebut.

Kalau mike tengok, memang Mohsen Najmoo ini sering mendapat liputan luas oleh media barat, malah diberi puji-pujian yang melambong oleh mereka. Media Barat melabel Mohsen Najmo sebagai "Bob Dylan: bagi umat Islam di Iran. Malah penganut fahaman liberal dikalangan umat Islam juga menyanjungi Najmoo ini. Sama saperti yang dibuat oleh mereka terhadap Salman Rushdie, penulis buku "Satanic Verses" yang difatwakan dengan hukuman bunuh oleh Allahyarham Ayatullah Khomeini.

Yang paling teman tidak faham ialah bagaimana permit dan kelulusan itu boleh diberi. Adakah para pegawai kementerian dan agensi yang terlibat terlepas pandang, atau mereka cuai dalam menjalankan tugas mereka. Mereka sepatutnya golongan profesional yang lebih mengetahui atau patut mengetahui isu saperti ini. Siapa dikalangan orang seni yang tidak tahu tentang Mohsen Najmoo yang penuh kontroversi ini! Teman mendesak supaya pihak kemnetrian dan agensi terbabit menjalankan siasatan dalaman dan jika ternyata ada pegawai yang cuai, tindakan tegas perlu diambil untuk mengelak perkara saperti ini terus berulang. Sudah pasti rakyat, khususnya umat Islam akan menyalahkan Kerajaan dan Menteri yang bertanggungjawab jika tiada tindakan tegas diambil!

Kita umat Islam perlu berhati-hati. Ini kerana konsert tersebut dibuat selang beberapa hari kita menyambut Maulidur Rasul. Dan ianya bersamaan pula dengan sambutan Hari Valentine, perayaan yang membuka ruang kepada banyak gejala maksiat dan perzinaan berlaku, dan antara faktor penyumbang kepada kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian tidak akan redho dengan kamu sampai bila-bila sehingga kamu mengikut cara kehidupan mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk ALLAH itu adalah haq (benar). Namun jika kamu memilih untuk menurut cara kehidupan mereka, setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka tiadalah ALLAH sebagai pembantu dan penolong kamu".

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah, serta kekuatan iman dan istiqomah kepada umat Islam yang beriman.

Teman dengan ini mendesak Kerajaan supaya membatalkan permit konsert Mohsen Namjoo tersebut, dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang cuai dalam mengeluarkan permit tersebut.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Rabi'ul Awal 1432
13 Februari 2011

*****************************************

Balai : Jalan Dang Wangi
Daerah : Dang Wangi
Kontinjen : Kuala Lumpur
No. Repot: Dang Wangi/005965/11
Tarikh : 13.02.2011
Waktu : 1747 pm
Bahasa Diterima : B. Malaysia

Butir-butir penerima Repot:
Nama : L/Kpl Haslin Norwati Hasan (R135438)

Butir-butir Pengadu:
Nama : Zulkifli Bin Noordin

Pengadu menyatakan:

Pada 13.02.2011 selepas zohor jam lebihkurang 1400hrs semasa berada dipejabat saya di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 54200 Kuala Lumpur saya telah menerima maklumat bahawa satu permit telah dikeluarkan untuk seorang penyanyi dari Iran, Mohsen Namjoo dijadualkan mengadakan satu konsert pada hari Jumaat 15 Rabi'ul Awal 1432 bersamaan 18 Februari 2011 di Pusat Konvensyen KLCC. Saya telah memeriksa dan mendapati maklumat itu sahih.

Saya membantah keras permit dikeluarkan bagi penyanyi ini mengadakan konsert tersebut kerana saya percaya penyanyi ini tidak sepatutnya dibenarkan mengadakan sebarang konsert atau pertnjukkan awam didalam negara ini kerana lagu-lagu dan persembahannya dipercayai menghina dan memperlekeh Al Quran dan agama Islam.

Malahan saya percaya Mahkamah Iran telah pada 09.06.2009 menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun keatas beliau setekah disabitkan dengan kesalahan "menghina kemuliaan, memperlekeh Al Quran dan tidak menghormati kitab suci umat Islam tersebut".

Oleh itu saya mendesak pihak polis supaya menyiasat bagaimana penyanyi ini boleh diberikan permit dan kelulusan mengadakan konsert tersebut, apatah lagi dalam keadaan kita sedang mengadakan sambutan Maulidur Rasul.

Pada saya, tindakan membenarkan penyanyi ini mengadakan konsert tersebut adalah satu penghinaan kepada sambutan Maulidur Rasul dan kepada agama Islam.

Saya juga telah menghantar nota bantahan kepada YAB Perdana Menteri, YB Menteri Dalam Negeri, YB Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bhg Hal Ehwal Islam) untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Saya juga mendesak Kerajaan supaya membatalkan konsert tersebut.

Tandatangan Pengadu
Zulkifli Bin Noordin

Tandatangan Penerima Repot
L/Kpl R135438 Haslin Norwati Bt Hasan

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASE

AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Ahad: 10 Rabi'ul Awal 1432 / 13 Februari 2011


Hari ini saya telah membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kerana mendesak dibuat siasatan bagaimana permit boleh dikeluarkan untuk seorang penyanyi Iran, Mohsen Namjoo mengadakan satu konsert yang dijadualkan pada hari Jumaat 15 Rabi’ul Awal 1432 / 18 Februari di Pusat Konvensyen KLCC.


Saya percaya penyanyi ini tidak sepatutnya dibenarkan mengadakan sebarang konsert atau pertunjukkan didalam negara ini kerana lagu-lagunya yang saya percaya menghina dan memperlekehkan Al Quran dan agama Islam.


Malahan saya percaya Mahkamah di Republik Islam Iran telah pada 09 Jun 2009 menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatas beliau setelah disabitkan dengan kesalahan “menghina kemuliaan, memperlekeh Al Quran dan tidak menghormati kitab umat Islam tersebut”.


Oleh itu saya telah mendesak pihak polis untuk menyiasat bagaimana penyanyi ini boleh diberikan permit dan kelulusan untuk mengadakan konsert tersebut, apatah lagi dalam keadaan kita sedang mengadakan sambutan Maulidur Rasul.


Pada saya tindakan membenarkan penyanyi ini membuat konsert tersebut adalah jelas satu penghinaan kepada sambutan Maulidur Rasul tersebut.


Saya juga telah menghantar nota bantahan kepada YAB Perdana Menteri, YB Menteri Dalam Negeri, YB Menteri Penerangan , Komunikasi & Kebudayaan dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) untuk mengambil tindakan sewajarnya.


Saya dengan ini mendesak supaya Kerajaan membatalkan permit konsert Mohsen Namjoo ini.


Sekian.


Wallahua’lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Kulim Bandar Bharu


#####################################

(Versi Bahasa Inggeris)


I have today lodged a police report at Dang Wangi Police District Headquarters asking for an investigation to commence as to how a permit was issued to allow an Iranian singer Mohsen Namjoo to hold a concert scheduled on Friday 15 Rabi’ul Awal 1432 / 18 Februari at KLCC Convention Centre.


I believe this artiste should not have been allowed to hold any concert or public engagement in Malaysia as his songs are degrading and defamatory of the Al Quran and Islam.


I verily believed that he was convicted of similar offence by an Iranian Court on 09.06.2009 and sentenced to five (5) years imprisonment. The Judge has reportedly said that Mohsen Namjoo was convicted “for insulting sanctities, ridiculing the Al Quran and dishonoring the holy book of Muslims”.


I therefore urged the police to investigate how Mohsen Namjoo was issued a permit and clearance to hold the concert, especially when we are in the midst of celebrating Maulidur Rasul.

I strongly believe allowing this singer to hold such concert is an insult to the celebration of Maulidur Rasul and I do condemn it in the strongest term possible.


I have also sent protest note to YAB Prime Minister, YB Minister of Home Affairs, YB Minister of Information, Communication & Culture and YB Minister in the Prime Ministers Department (Islamic Affairs) to take necessary action.


I do hereby urged the Government to revoke and cancel the permit for Mohsen Namjoo's concert.


Thank you.


Wallahua’lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Kulim Bandar Bharu

4 comments:

azwandengkil said...

YB, Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun ada kata, sambut valentine tak salah. Jadi, pada hemat saya, mereka2 yg mengepalai kerajaan yg bertunjangkan BN dan UMNO bagaikan terlalu cetek tahap pemikiran agamanya. Namun begitu banyak juga ulama-ulama dalam kerajaan. Kenapa mereka tidak menegur. Saya amat kagum dgn asas perjuangan YB.

Njah said...

Kalau kita sudah mengetahui perangai orang Islam yang seperti ini yang memburukkan agama sendiri. Stop him from performing in the country or dont allow this nut to enter Malaysia

Kamalr Yusof Al-Paghity said...

TAHNIAH YB...TERNYATA USAHA-USAHA TUAN YANG TAK PERNAH KENAL PUTUS ASA SEJAK AWAL LAGI...SERING PASTI MEMBUAHKAN KEJAYAAN YANG MAHA HEBAT. ALHAMDULILLAH, TUAN SEMAKIN DISENANGI OLEH RAKYAT MARHAEN....

zack said...

bro siapa mangkuk yg organise penyanyi ini datang ke M'sia? Bro cuba selidik sikit and inform dlm blog bro nanti. Alhamdulilah ptg tadi baru Dato Sei Rais Yatim annouce konsert tu terbatal. BRAVO BRO