Teman berasa sangat sedih membaca lapuran mengenai kejadian bunuh diri yang berlaku semalam. Pelbagai persoalan mula timbul mengenai gejala ini. Apakah masyarakat di Malaysia mengalami penyakit jiwa atau mental yang sangat serius, sehingga mengambil tindakan drastik membunuh diri sendiri?!
Dalam kejadian pertama semalam, seorang ibu, Tan Lee Ying mengambil tindakan nekad membunuh anak kecilnya sendiri dengan mencampakkan anak tersebut dari Tingkat 6 Pangsapuri Aman, Jalan Sk6/1, Serdang. Mayat anak kecil berumur 5 tahun itu, Man Yee (gambar sebelah) dijumpai dengan kepalanya pecah dan tangannya hampir putus kerana tersangkut ditangki air sebelum terhempas kebawah. Selepas membunuh anaknya, Lee Ying kemudiannya pergi ke Tingkat 11 dan dipercayai membunuh diri dengan terjun kebawah. Mayatnya juga dijumpai dengan kepala yang pecah dan berlumuran darah.
Menurut lapuran yang diterima dan kenyataan suami Lee Ying, isterinya itu sememangnya menghidap penyakit kemurungan sejak sebelum berkahwin lagi dan terpaksa mengambil ubat. Beberapa minit sebelum itu, Lee Ying menangis apabila suaminya dikatakan enggan membawanya menemani bersama untuk menggantikan cermin kereta yang dikatakan rosak.
Dalam kes kedua, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, Air Leleh, Melaka telah membunuh diri dengan terjun daripada Tingkat 2 bangunan sekolah tersebut. Sally Lee Qian Chun, pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut dkatakan mengalami tekanan perasaan akibat perhubungan cinta yang gagal. Keluarga Sally dikatakan langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana semasa menyambut Gong Xi Fa Cai beberapa hari Sally dikatakan berada dalam keadaan ceria. Bagaimanapun apabila dilayari facebook Sally didapati beliau sudah memberi petanda akan membunuh diri dan meninggalkan pesanan kepada kawan-kawannya supaya meletakkan patung teddybear diatas kerandanya. Apa yang menyedihkan, ada kalangan warga facebook yang memberi respon menyuruh Sally meneruskan hasrat untuk membunuh diri itu.
Teman berasa bimbang melihat trend membunuh diri ini yang semakin kerap dan meningkat. Dan ianya sudah mula menular dikalangan orang Melayu yang beragama Islam, saperti yang berlaku dalam satu kes seorang bekas wakil rakyat yang membunuh pembantu khas wanitanya dan menembak kepalanya sendiri didalam sebuah kenderaan di lebuhraya berhampiran Bukit Beruntung. Kejadian yang menggemparkan negara kerana berlaku dibulan Ramadhan disaat menjelang 'eidulfitri.
Teman melihat peningkatan gejala bunuh diri ini sebagai gambaran bahawa rakyat negara ini sedang menghadapi krisis kejiwaan dan mental yang serius. Ramai diluar sana yang sedang mengidap penyakit ini tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang mengalami penyakit jiwa dan mental ini.
Persoalannya sekarang, bagaimana kita berhadapan dengan gejala ini? Krisis ini perlu ditangani dengan cara yang profesional dan berilmiah. Ini perlu kerana jika kita gagal menanganinya dengan baik, akibat dan kesannya adalah serius. Kita sudah mendengar beberapa kes anak menikam bapa sendiri sehingga mati, suami membunuh isteri sendiri, adik beradik bunuh membunuh dan banyak lagi insiden yang jika ditangani secara baik sebenarnya boleh dielakkan.
Terbaru hari ini seorang pemuda berusia 31 tahun yang disyaki mengidap penyakit mental terpaksa ditembak sehingga mati kerana menyerang seorang anggota polis di Taman Cempaka Bahau. Polis yang menerima lapuran daripada ibu mangsa mengenai tindakan agresif pemuda tersebut telah menghantar 4 anggota untuk menenangkan beliau. Setelah 3 jam mencuba ternyata ianya gagal, dan sebaik sahaja mahu melangkah keluar daripada rumah, pemuda tersebut tiba-tiba menyerang anggota berpangkat Sarjan tersebut dengan parang menyebabkan beliau cedera parah. Cubaan anggota lain menyekat tindakan pemuda tersebut dengan menggunakan tembakan kejutan elektrik Taser juga gagal, menyebabkan mereka tiada pilihan selain menembak mati pemuda tersebut.
Teman teringat kepada satu insiden di Perlis tidak lama dahulu bilamana seorang pemuda terpaksa ditembak mati kerana bertindak aggresif terhadap otang awam dan polis walaupun sudah digari. Semua insiden ini membuatkan teman berpendapat perlu ada pendidikan dan pendedahan kepada orang awam termasuk anggota polis mengenai penyakit mental ini.
Kekurangan maklumat dan ilmu mengenai penyakit ini menyebabkan kita tidak mengambil serius mengenai penyakit ini. Menurut pakar, kebiasaannya pesakit mental yang mempunyai kemiripan untuk membunuh diri atau bertindak ganas akan memberikan beberapa isyarat dan indikasi mengenainya. Ini jelas daripada kedua-dua kes wanita diatas. Lee Ying yang memang mempunyai sejarah kemurungan memberi indikasi jelas dengan menangis hanya kerana suami tidak mengajaknya menemani pergi membaiki cermin kereta. Ini sepatutnya memberi signal kepada si suami bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Dalam kes Sally pula, beliau telah pun menulisnya didalam Facebook. Sepatutnya warga Facebook lain yang menyedarinya memberikan respon positif dengan membantu atau menyalurkan maklumat kepada pihak berkaitan. Sebaliknya ada yang menggalakkan Sally supaya meneruskan hasrat membunuh diri tersebut!!
Menurut pakar, isyarat-isyarat yang diberikan oleh pesakit mental ini adalah cara mereka meminta pertolongan. Tetapi kerana kurang-faham dengan masalah penyakit ini, ramai dikalangan kita tidak mengambil sikap yang sewajarnya.
Kedua, teman berpendapat kekurangan pusat memberikan rawatan dan perkhidmatan kepada para pesakit mental ini juga merupakan faktor yang menyumbang. Contohnya dalam kes diatas, kalau orang awam mahu membantu pun mereka tidak tahu hendak merujuk kepada pihak mana? Paling tidak pun mereka akan menghubungi pihak polis, yang kekadang juga menghadapi masalah logistik dan teknikal untuk berhadapan dengan kes-kes seumpama ini. Oleh itu teman menyarankan agar Kerajaan supaya mengujudkan lebih banyak pusat-pusat perkhidmatan dan rawatan bagi menangani masalah ini.
Akhirnya, teman berpendapat bahawa masyarakat juga perlu dididik supaya tidak memandang serong dan negatif kepada para pesakit mental dan keluarga mereka. Sikap kita juga kekadang menjadi penyumbang utama penyakit ini tidak dapat ditangani secara efentif dan berkesan. Cuba bayang kalau sebut Tampoi atau Tg. Rambutan sahaja, kebanyakan kita akan tersengeh mengenang tempat orang gila. Stigma gila ini terlalu negatif dikalangan masyarakat kita. Apabila ada ahli keluarga mana-mana pihak mengidap penyakit ini, kebiasaannya mereka akan dipandang serong dan dilayan secara negatif. Akhirnya tinggallah keluarga malang itu terpaksa berhadapan dengan masalah itu sendirian.
Teman berpendapat, pihak Kerajaan dengan kerjasama pakar-pakar yang berkaitan perlu mengadakan perbincangan segera untuk menangani gejala penyakit jiwa dan mental ini untuk mencari jalan penyelesaian dan cara menanganinya dengan cara yang berkesan dan efektif. Semoga insiden bunuh diri dan dibunuh kerana punca penyakit mental dan jiwa ini dapat diatasi dengan segera.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
06 Rabi'ul Awal 1432
09 Februari 2011
Gambar kanan: Sally dan Chan Fook Hwa (suami Lee Ying) yang meratapi kematian anak dan isterinya dalam kejadian menyayat hati ini.
Gambar kiri: mayat Lee Ying yang pecah kepala dan berlumuran darah ditemui mati dibawah pangsapuri setelah terjun daripada Tingkat 11.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
PETALING JAYA: Two people commit suicide daily in Malaysia and experts believe the figure could be higher with the many undetermined deaths.
It is alarming that teenagers and young adults are taking their own lives in the face of mounting pressure in school, work, dealing with family issues and breakdown in relationships.
The National Suicide Registry Malaysia (NSRM) estimated that between January and August last year, a total of 425 people committed suicide, averaging 60 per month (including undetermined deaths.)
Universiti Kebangsaan Malaysia’s Professor of Psychology Dr T. Maniam said the country’s suicide rate was estimated at 10 to 13 per 100,000 people which nearly equalled that of the United States.
The Health Ministry has identified those aged between 16 and 25 as being “high risk.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
PETALING JAYA: Malaysia averaged two reported cases of suicide each day last year.
The actual figure could be much higher, said Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre Professor of Psychiatry Dr T. Maniam.
Based on the National Suicide Registry Malaysia (NSRM) figure between January and August last year, a total of 425 people committed suicide, averaging 60 per month.
“Our country’s suicide rate from 1990 to 2000 is estimated at 10 to 13 per 100,000 population based on the statistics, including those labelled as undetermined deaths,” Dr Maniam said, adding that the figure was still applicable today.
Dr Maniam, who is also the Malaysian National Representative on the Council of National Representatives of the International Association for Suicide Prevention, said Malaysia’s suicide rate stood at “mid-level, globally speaking.”
“We are at about the same rate as the United States,” he said.
Dr Maniam said he had not calculated the rate in recent years as accurate data was unavailable due to misclassification of most suicides as “undetermined deaths.”
He said figures provided by the registry might not reflect the true suicide rate, and even developed countries faced this problem with about 30% of suicide cases being classified wrongly.
He said some cases were probably classified as undetermined deaths because the deceased’s family did not want to deal with the stigma surrounding suicide victims.
He added that many families were reluctant to report suicide incidents because their religion forbade it, and under Malaysian law it was a crime even to attempt suicide.

3 comments:
Salam YB,
Setiap kejadian ada punca dan pencetusnya. Harap-harap tidak ada pihak yang akan menyalahkan ketinggian bagunan sebagai faktor pemula yakni sebagai pembuka laluan kepada gejala terjun bangunan.
Seminggu dua ni banyak sungguh kes kemurungan dan selanjutnya membunuh diri. Salah satu punca kemurungan ialah hypo-thyroid. Anggaran menyatakan hypo-thyroid dialami oleh hampir 50% masyarakat negara ini. ianya adalah penyakit yang diturunkan oleh si-ibu sewaktu mengandung.
Tidak ramai pakar hypo-thyroid dinegara ini. Hypo thyroid boleh dikenalpasti dengan ujian darah. Apabila umur meningkat, ia akan menjadi hyper thyroid dan menjadi nyanyuk, parkinson dsbnya. Ujian darah yang diambil sewaktu bayi lahir tidak melalui ujian hypo thyroid. Itu masalah di negara ini. ambik darah sebab nak check certain penyakit sahaja.
ikhlas,
http://reformasimindaguru.blogspot.com
salam kepada saudara zulkifli nordin
pada hemah saya,gejala membunuh diri ini berlaku di sebabkan tekanan atau pun stress yang melampau yang berlaku kebanyakkan bukan sahaja di kawasan bandar raya malah juga di kawasan kampung2.
mereka2 yang decide for suicide selalunya mereka yang beranggapan mereka sudah give up and there is no going back.terdapat juga beberapa kes terpencil misalanya paroi pada beberapa tahun lepas seorang anggota polis berjawatan AIO bertindak membunuh dirinya sendiri dengan tekanan kerja yang terlalu banyak dan di katakan juga turut di pengaruhi degan faktor keluarganya yang bermasalah.
kebanyakan mereka yang "bermasalah"(pesakit) ini selalunya tidak mahu untuk membincangkan perkara masalah mereka kepada orang luar dengan anggapan ini adalah memalukan dan tidak membawa kepada apa2 keputusan yang positif,sebagai contoh saya berani mengatakan kebanyakan mereka yang cenderung untuk membunuh diri pernah berbincang dengan mereka yang dirasakan dapat membantu mereka setelah perbicangan itu gagal mereka akan membuat keputusan untuk menamatkan masalah itu dengan membunuh diri.
saya juga berpendapat mereka yang bersikap murung dan juga cenderung untuk membunuh diri ini adalah "attention seeker" sebagai contoh daripada kedua2 kes yang saudara berikan daripada mereka yang murung hanya kerana hal2 yang kecil kepada merek yang putus cinta mereka ini tergolong dalam attention seeker
di Malaysia saya masih belum mendengar akan mana2 group atau ngo yang mengetengahkan akan permasalahan kecenderungan untuk membunuh diri,beberapa program seperti group talk,relief session,attention giver seharusnya mampu untuk memberikan mereka2 yang cenderung untuk membunuh diri ini sekurang2nya berfikir akan relevan dan kesan membunuh diri kepada komuniti di persekitaran mereka
Post a Comment