(Appa, itu malayu mau mikin demo mau ikut ar? Aiya Ah Cheng, kita belakang luluk sulah. Kita kasi biar itu malayu hantam sama malayu ma!)
Salam 2 all.
Himpunan haram "Bersih-2" yang dijadualkan pada 09 Julai nanti adalah satu perhimpunan dengan niat yang "Kotor-2". Konon cerita ianya dianjurkan oleh badan-badan NGO untuk menuntut pilihanraya umum yang bersih! Ianya sebenarnya Himpunan Bersih dengan niat kotor untuk sapu bersih negara ini daripada pemerintahan Islam-Melayu! Agenda jahat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam dengan cara haram - ala Dataran Tahrir!!
Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih, masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti Kerajaan hilang. Teman akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk Amerika dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah fitnah sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan. Contohnya undi pos. Bukan menghapuskan undi pos, tetapi memperkemaskannya, saperti membenarkan wakil calon hadir semasa pengiraan dan Borang 14 undi pos ditandatangani oleh semua wakil calon dan masing-masing menyimpan salinan sehingga pengiraan undi sepenuhnya. Ini akan memastikan ketelusan dan transparensi.
Teman tengok pilihanraya mereka sendiri pun tak bersih. Cuba tengok pilihanraya PKR. Ahlinya sendiri mengadu berlakunya penipuan, putar belit, penafian hak, ujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi. Calon Timbalan Presiden komplen kena buang terus yop. Calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayob membuat aduan berkajang-kajang langsung tak dilayan. Calon Ketua AMK Badrulhisham mengemukakan memorandum bantahan berkati-kati namun dibakulsampahkan. Cerminkan diri sendiri dululah yop.
Tengok pilihanraya haram masjid-masjid yang mahu dibuat di Pulau Pinang. Perkenan Tuanku YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam langsung tidak diperolehi. Suatu penderhakaan yang jelas. Dan paling teruk, daftar pengundi anak kariah masjid pun tidak ada!!! Habis siapa yang berhak mengundi. Kata barua biaDAP yang jahil muraqab, terpulang kepada Pengerusi Masjid dan AJK menentukan siapa boleh mengundi. Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata cerdik, cakap macam orang bodoh. Maknanya Pengerusi Masjid diberi ruang untuk manipulasi menentukan siapa boleh mengundi. Sudah pasti Pengerusi akan hanya benarkan mereka yang menyokongnya sahaja boleh mengundi. Anak kariah yang tak menyokong, pasti akan diketepikan. Maka akan berlaku kekecohan dan perpecahan dikalangan anak kariah. Dan yang pasti senyum khinzir ialah kaum kafir harbi juga! Tidak kah bodoh segelintir umat Islam yop?
Tetapi persoalan pokok sekarang ialah mengapa himpunan haram Bersih 2 dijalanraya mahu dibuat juga? Pertama mereka dakwa ini hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Benar Artikel 10 membenarkan hak berhimpun, tetapi ada had batasannya. Bukan hak sembrono boleh dibuat ikut nafsu sendiri. Bukannya pihak polis tidak beri berhimpun. Tetapi pihak polis benarkan, malah mencadangkan himpunan dibuat di stadium. Samada stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, malah Stadium Shah Alam pun boleh. Tetapi mereka menolak! Jadi persoalannya bukan hak berhimpun, tetapi niat jahat nak mencetuskan kekacauan dijalanan!!!
Kedua, mereka mendakwa tujuan himpunan haram itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Teman dah periksa dengan pihak istana, setakat ini tidak ada langsung temujanji dibuat dengan pihak Istana untuk mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum tersebut. Bermakna ini satu pembohongan dan putarbelit. Dan kalau setakat nak serah kepada Tuanku YDP Agong, sesudah mendapat perkenan Istana untuk mengadap, hantarlah wakil beberapa orang dan serahkan memorandum tersebut. Mengapa perlu nak buat himpunan haram ditengah bandaraya Kuala Lumpur?
Kalau sekadar nak tunjukkan rakyat menyokong, buat sahaja memorandum yang ditandatangani oleh para penyokong mereka. Ini yang kami Pertubuhan Pembela Islam buat semasa kes murtad Azlina Jailani tahun 2006. Beberapa orang kami yang mewakili badan-badan NGO memohon perkenan mengadap Tuanku YDP Agong membawa bersama kami 1,000,000 @ sejuta tandatangan umat Islam yang membantah kes itu. Dan itu pun kami tidak dapat mengadap Tuanku, hanya bertemu Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Tetapi tidak pulak kami marah melompat. Cuba bayang kalau kami mahu main kotor macam Bersih 2 ini, kami boleh minta sejuta umat yang menandatangani memorandum itu turun ramai-ramai. Tetapi kami tiada niat jahat, tujuan kami hanya untuk menyerahkan memorandum bantahan umat Islam kepada Tuanku YDP Agong. Dan matlamat kami tercapai alhamdulillah. Tiada kecoh, tiada rusuhan; ianya benar-benar proses yang aman.
Jadi rumusannya, niat golongan pelampau yang mahu mengadakan himpunan haram Bersih 2 pada 09 Julai ini sebenarnya adalah kotor; mempunyai niat jahat dan agenda kepentingan sendiri. Kalau nak berhimpun Polis benarkan buat di stadium. Kalau nak serah memorandum temujanji dengan pihak Istana pun tidak dibuat. Kalau nak buktikan ada penyokong, mereka boleh kemukakan memorandum dengan tandatangan tetapi langsung tidak dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya niat mereka?
Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. "Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini". "Jom sapu-bersih Be End 09 Julai". "Dataran Merdeka Dataran Tahrir". "Basahkan bumi KL dengan warna merah". "Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya". Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram.
Teman cukup yakin dalang-dalang disebalik himpunan haram ini mempunyai agenda mereka sendiri. Ambeega Sreenavasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam, badan yang terkenal anti Islam, sudah pasti mahukan kerajaan yang ada pada hari ini tumbang kerana "terlalu Islamik". Yang ini takkan rakan-rakan dalam PAS dah lupa. Dengar kata manusia yang ditabal bininya sendiri dah pukul kompang nak turun. Apa niat Majlis Peguam, terutamanya Ambiga Sreenavasan yang dilantik menjadi Pengerusi Himpunan Haram ini? Apa niat dan agenda Anwar dan kaum Anwarinas untuk mengadakan himpunan haram ini. Insyallah akan teman kupas dalam masa terdekat ini.
Jadi yop, janganlah jadi lembu bodoh yang dicucuk hidung. Teman tahu ramai rakan teman dikalangan ahli PAS mempunyai niat baik, mahukan pilihanraya yang adil dan sempurna. Tetapi adakah mereka lupa siapa dia Ambiga Sreenavasan dan Bar Council; yang kini mereka tabalkan sebagai ketua himpunan haram ini. Dan ramai rakan teman yang berhati suci putih bersih ini tidak mengenali Anwar. Mereka tidak sedar yang parti PAS sudah dikuasai oleh kaum Anwarinas yang menyembah Anwar. YB Datuk Hassan Ali pun boleh dibuang, YB Datuk Harun Taib pun boleh diketepikan; dan ini adalah antara tokoh Islam yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam dan menentang sebarang kemungkaran termasuk para peliwat dan pengenjut China-doll. Dan kini mereka tumbang.
Pada teman dan rakan yang masih cintakan Islam didalam PAS, teman ingatkan diri teman dan mike semua, bacalah Surah Al Baqarah: 7-18, Surah Yaasin 6-17, dan Surah Al Kahfi: 1-10. Jelas ALLAH berikan amaran kepada umat Islam, yang ada Al Quran ditangannya, tetapi menjadi kaum kalkatu PBB - Pekak, Bisu & Buta hanya kerana kilauan kekuasaan duniawi. Bangkitlah, dan jadilah umat contoh. Ta'muruu nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah- sadaqallah hal adheem.
Yang baik daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam & wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
BOIKOT BERSIH 2
TOLAK PEMIMPIN KOTOR
SOKONGLAH PARA ULAMA'
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Rejab 1432
14 Jun 2011

10 comments:
Satu pandangan yang sangat membuka mata. Harap orang-orang melayu jelas dan sedar akan situasi politik malaysia ketika ini.
tolong wawarkan laman facebook MALAYSIANS AGAINST BERSIH RALLY.
sy takut la YB dgn keadaan politik semasa ni..sy nak hdp dlm suasana aman damai..sy pon nak anak cucu sy hidup dalam aman dan damai kelak..knp kerana kuasa dan pangkat manusia sanggup ketepikan agama dan keamanan..ape yg kite dpt dengan berarak di jalan raya?kalau kene tangkap adakah penganjur atau pemimpin yg kita 'sanjungi' tu akan dtg dan bebaskan kita?sy berharap YB cube sedaya upaya utk sedarkan masyarakat MELAYU kita..mudah-mudahan terbuka hati mereka..Amin..
padu !!!
Negara kebajikan mesti BERSIH walau tak sesuci mana...
YB, kita dah nampak skrg niat kotor di sebalik perhimpunan BERSIH - 2 nie...BERSIH? Kalau cakap suh cermin diri kang dijawab, "We all are humans man, we can make mistake!" Ok la, satu justifikasi yg boleh diterima. Tapi niat mereka terserlah bila enggan mengadakan perhimpunan di tempat yang dikhaskan seperti stadium....takut jadi insiden cam Carburator Dung dulu ke?? Kalau org sendiri tak bole kawal camne nak kawal negara??? Sebagai seorang pemimpin "Anu Gerah Tuhan" takkan la nak mendahulukan kepentingan sendiri melampaui kepentingan rakyat? Rakyat kebanyakkan mahu hidup aman damai, mereka tak mahu ada kekacauan, kesesakan, kekalutan...Dia nak jadi PM, silakan! Saluran ada, gunakan! Tapi jangan ganggu hidup rakyat yang nak menjalani kehidupan aman damai.
knp nak berhimpun di tengah2 bandaraya KL. lalu lintas sesak..menggangu org yang kne pergi kerja dan belajar. menyusahkan org yang berniaga..nak berhimpun knp x buat kat stadium. yg pntg knp ade org melayu yang nak berdemostrasi jalanan..melayu dengan melayu bertikam..bangsa lain??? gelakkan??
t.ksih kerana memberi kesedaran. tapi masih ramai lgi xsdar.. moga d jauhkan segala malapetaka utk umat islam
amboo sokong tuan.himpunan bersih adalah sangat kotor.tangkap ketua ketua bersih ini dan masukan ke kemunting view. rendam mereka ini dalam clorox biar hilang kotoran nya.menteri kdn ada telorka.
alhamdulillah ///
Post a Comment