Showing posts with label God. Show all posts
Showing posts with label God. Show all posts

17 January 2014

AGENDA SALIBIAH - BHG II

Perang Salib Moden bermatlamatkan 3G - Gospel, Gold & Glory - Penyebaran risalah kristianisasi, merampok kekayaan umat Islam & kemenangan kristian atas Islam!
 (Agenda Salibiah Bahagian II - sambungan daripada Agenda Salibiah Bahagian I)


RUMUSAN

Jelas daripada perbincangan panjang lebar diatas, penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian hanyalah sekadar soal penterjemahan perkataan 'God' dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Ianya bukan soal agama, iktikad atau kepercayaan mereka.

Dalam konteks itu, jaminan kebebasan beragama yang diperuntukkan didalam Artikel 3 dan Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak relevan dan tidak terpakai langsung dalam kemelut penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian. Sebaliknya ianya hanyalah soal bahasa, soal linguistik.

Persoalannya ialah pendakyah kristian telah, samada secara sengaja atau dalam keadaan jahil, menterjemahkan perkataan God kepada Allah. Ini adalah satu kesalahan dan kesilapan penterjemahan. Perkataan atau istilah yang lebih tepat bagi perkataan God ialah Tuhan bukannya Allah.

Pendakyah kristian cuba menegakkan benang basah mempertahankan hak menterjemahkan secara salah perkataan God kepada Allah menggunakan pelbagai alasan dan helah. Antaranya kononnya orang arab kristian juga menggunakannya.

Kalaupun benar orang kristian arab menggunakannya, ia digunakan dalam bahasa arab. Kalau merea mahu gunakan perkataan Allah sebagaimana kristian arab, maka mereka perlu dan wajib menggunakan bahasa arab sepenuhnya, bukan hanya ambil cebis-cebis. Contohnya kristian arab menggunakan perkataan Yasu bila merujuk kepada Jesus. Mengapa pendakyah kristian disini tidak bertegas mahu guna perkataan YasuI dalam menterjemahkan perkataan Jesus ke bahasa Melayu? Mengapa hanya mahu terjemah perkataan God kepada Allah, tidak Jesus kepada Yasu?

Lagipun, perkataan God ada tercatat didalam kitab bible dalam bahasa asal Jesus iaitu Adonai, Eli, Eloi atau Elohim. Mengapa pendakyah kristian disini tidak mahu gunakan perkataan-perkataan ini bila menterjemah perkataan God ke bible versi bahasa Melayu?
Kedua, pendakyah kristian menghalalkan penterjemahan perkataan God secara salah kepada perkataan Allah kononnya atas alasan mereka telah lama menggunakannya. Konon cerita terjemahan secara salah perkataan God kepada Allah dalam versi bahasa Melayu bermula sejak abad ke 16>

Kita semua tahu bahawa abad ke 16 merupakan permulaan serangan dan penaklukan negara umat Islam oleh penjajah Eropah beragama kristian terutamanya daripada British, Sepanyol, Belanda dan Portugis. Mereka ini adalah negara yang membentuk pasukan tentera salib yang berperang dengan umat Islam selama hampir 300 tahun di abad ke 11, 12 dan 13 sehinggalah ditewaskan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Dendam kesumat tentera salibiah ini berkekalan sehinggalah mereka berjaya menumbangkan Kerajaan Islam Andalusia yang memerintah di bumi Sepanyol pada tahun 1492. Sejak tumbangnya Kerajaan Islam Andalusia dan lemahnya pemerintahan khilafiah akibat persengketaan dan perpecahan sesama sendiri, dan negara-negara umat Islam sudah hilang perlindungan Khalifah; maka bermulalah ekspedisi penyerangan dan penaklukan keatas bumi umat Islam.

Dan siri serangan dan penaklukan yang membawa kepada penjajahan ini didasarkan kepada Matlamat 3G - Gospel, Gold & Glory.

Gospel sebagai penyebaran agama kristian, Gold untuk mengaut hasil masyhul dan kekayaan umat Islam, dan Glory sebagai kemenangan keatas agama Islam dan umat Islam sebagai menebus kekalahan mereka dalam Perang Salib.

Pengakuan mangsa dakyah kristianisasi
Dalam konteks itulah kita perlu memahami strategi penggunaan istilah atau perkataan Allah daripada perkataan God bila menterjemahkan bible mereka ke bahasa Melayu. Kerana mereka tahu bangsa Melayu beragama Islam dan mempunyai iktiqad dan aqidah mempercayai ketuhanan ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa. Sebab itu penterjemahan perkataan God kepada perkataan Allah hanyalah kedalam bible versi bahasa Melayu, manakala didalam bible versi bahasa lain perkataan atau istilah Allah tidak digunakan.

Bermakna penterjemahan perkataan God kepada Allah dalam bible versi bahasa Melayu adalah satu strategi pendakyahan gerakan kristianisasi yang dilakukan secara unilateral semasa era penaklukan dan penjajahan kuasa kristian Eropah dalam mencapai matlamat 3G mereka!

Oleh itu, desakan pendakyah kristian dibumi Malaysia kini untuk hak menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam bahasa Melayu bukan sahaja tidak ada kena mengena dengan soal penganutan atau pengamalan agama kristian; bukan sahaja ianya adalah satu kesalahan penterjemahan dari segi bahasa dan linguistik; malah yang lebih besar, ianya sebenarnya merupakan satu agenda gerakan kristianisasi sebagai penerusan kepada Perang Salib yang bermatlamatkan 3G itu tadi.

Dan mereka tidak akan berhenti. Mereka akan gunakan Mahkamah, mereka akan gunakan forum antarabangsa, mereka akan gunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka akan gunakan forum Sidang Hak Asasi Kemanusiaan, mereka akan gunakan tekanan ekonomi dan perdagangan, mereka akan gunakan politik, mereka akan gunakan sistem demokrasi, dan mereka akan gunakan pelbagai cara dan helah untuk mencapai matlamat mereka memurtadkan umat Melayu-Islam.

Pendakyah-pendakyah kristian ini nampak kelemahan sistem pilihanraya berdemokrasi kita; iaitu kebergantungan parti-parti politik dan calon-calon kepada undi, termasuk undi daripada mereka dalam menentukan kemenangan dan membentuk Kerajaan. Dan mereka tahu jika mereka dapat menguasai parti yang menyokong atau mirip kepada tuntutan mereka, maka cita-cita mereka untuk bukan sahaja memurtadkan umat Melayu-Islam, malah menukar negara ini daripada negara Islam kepada negara kristian akan berjaya.

Sebab itu kita mendengar pendedahan oleh bekas aktivis kanan DAP saudara Razali Rahman bagaimana adanya upacara sumpah di Pulau Pinang melibatkan paderi-paderi dalam dan luar negara untuk menubuhkan sebuah negara kristian.

Sebab itu kita melihat sendiri bagaimana para pastor, paderi (dalam dan luar negara) dan gereja terlibat secara langsung dengan aktif dalam kempen Pilihanraya Negeri Sarawak dan dalam PRU-13 lepas.

Sebab itu kita mendengar kisah yang didedahkan oleh seorang pendakwah Melayu-Islam Ustaz Muhammad Al-Amin yang terjumpa Deklarasi Negara Pelangi yang ditinggalkan oleh rombongan penganut kristian daripada Malaysia yang menyentuh mengenai PRU-13 dan pembentukan kerajaan semasa beliau membawa rombongan menziarahi Masjid Al-Aqsa.

Saya percaya dan yakin para pendakyah kristian ini akan terus menerus mencetuskan pelbagai isu dan mehnah melibatkan penggunaan kalimah Allah dan lain-lain untuk memberi gambaran bahawa Kerajaan BN pimpinan UMNO ini sebagai zalim dan menganiaya kaum minoriti kristian di Malaysia; manakala pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS yang sudah duduk dibawah tapak kaki mereka sebagai alternatif terbaik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU-14 nanti.

Bagi mereka, strategi besar sekarang ialah govern those who govern. Mereka gagal menguasai atau mempengaruhi kerajaan dan pimpinan UMNO, maka pilihan terbaik mereka ialah menguasai dan mempengaruhi pembangkang DAP-PKR-PAS.

Sebab itu saya melihat senario ini dengan satu kegusaran. Kalau Kerajaan UMNO-BN hampir tumbang dalam PRU-13 akibat tsunai Cina, apakah Kerajaan UMNO-BN akan tumbang dalam PRU-14 akibat tsunami kristianisasi?

Na'uzubillah min zalik.

Namun kita umat Islam wajib ingat amaran Allah didalam Surah Al-Baqarah 2:120, 'sesungguhnya Yahudi dan Kristian adalah musuh kamu yang sekali-kali tidak akan redha dan setuju dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut kehendak dan cara kehidupan dan agama mereka'.

Tetapi Allah memberikan kita jalan keluar dengan meneruskan firman, 'katakanlah kepada kuffar ini bahawa cukup Al-Quran sebagai petunjuk yang benar bagi kami'. Maka kita wajib berpegang kepada Al-Quran, yang antara lain menyeru kita supaya 'wa' tasimu bihablillah hijami'aa, walaa tafarroquu - bersatulah kamu dengan berpegang kepada tali Allah (iaitu Al-Quran), dan janganlah kamu bercerai berai'.

Tetapi njika enggan dan ingkar, Allah memberikan amaranNya, 'jika kamu memilih untuk bersama dan mnuruti kuffar Yahudi dan Kristian ini, walaupun setelah datang kepada kamu peringatan daripada Al-Quran, maka perbuatlah sedemikian (iaitu turutilah kamu kuffar Yahudi dan Kristian ini), namun ingatlah Allah tidak akan lagi membimbing dan memimpin kamu'.

Ya Allah, persaksikanlah bahawa sesungguhnya aku telah pun menyampaikan amaran dan peringatan Mu. Peliharalah iman dan aqidah diriku, anak-anak dan isteriku, ibu ku, kaum keluargaku, dan seluruh umat Islam yang masih lagi beriman dan bertaqwa kepada Mu, yang masih mengharapkan belas ihsan, rahmat dan kasih sayang Mu, yang masih mendombakan petunjuk dan hidayah Mu. Masukkanlah kami kedalam golongan yang berjiwa tenang, masukkanlah kami dalam golongan yang meredhaiMu dan Kau meredhai kami, masukkanlah kami dalam golongan hambaMu, dan masukkanlah kami dalam SyurgaMu. Ameen ya robbal 'aalameen.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Rabi'ul Awal 1435
17 Januari 2014

30 October 2013

YASU AL-MASIH


Didalam Bible Kristian berbangsa arab, mereka memanggilnya dengan kalimah Yasu atau Al-Masih, tidak pernah mereka gunakan kalimah Allah atau Jesus!

Salam 2 all.

Kenapa kristian Malaysia tidak mahu menggunakan kalimah ‘Yasu’ untuk menterjemah perkataan ‘Jesus’ dalam Bible versi Bahasa Melayu?

Sebaliknya mereka berkeras mahu menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk menterjemah perkataan ‘God’ dalam Bible versi Bahasa Melayu!

Alasan mereka mahu menggunakan kalimah ‘Allah’ kerana kononnya kristian arab pun menggunakan kalimah ‘Allah’.

Kalau alasan mereka konon kristian arab dah memang pakai kalimah ‘Allah’, maka hujah yang sama patut digunakan untuk menterjemah kalimah ‘Jesus’ kepada kalimah ‘Yasu’ kerana kristian arab menggunakan kalimah ‘Yasu’ bukannya ‘Jesus’. 

Yasu adalah adalah terjemahan bahasa arab bagi kalimah Yeshua dalam bahasa Hebrew.

Kristian arab, samada didalam Bible mereka mahupun penggunaan harian, tidak pernah menggunakan kalimah ‘Jesus’, sebaliknya mereka menggunakan kalimah ‘Yasu’, atau diselang-gantikan dengan kalimah أَلْمَسِيح  -Al-Masih’ – tidak pernah Jesus!

Jadi mengikut logik pendakyah kristian disini, sepatutnya kalimah 'Jesus' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada kalimah 'Yasu' dalam bible versi Bahasa Melayu, sama seperti mereka menterjemahkan kalimah 'God' kepada 'Allah'.

Oleh itu, ini membawa kita kepada persoalan mengapa mereka hanya berminat dan beriya-iya mahu terjemahkan kalimah 'God' dengan kalimah ‘Allah’, tetapi terjemahan kalimah 'Jesus' dengan kalimah ‘Yasu’ langsung tidak kedengaran?

Jawapannya mudah – seperti yang disebut didalam majalah Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan

penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.


Maknanya mereka mahu mendedahkan, atau dalam perkataan lain, mendakyahkan fahaman kristianiti kepada umat Islam. Dan memandangkan umat Islam adalah umat yang bertuhankan ALLAH, maka kalimah ALLAH menjadi alat dakyah mereka untuk mengkufurkan umat Islam!

Rumusannya, pendakyah kristian ini mahu menggunakan kalimah ALLAH bukan kerana arab kristian menggunakannya, tetapi kerana orang Melayu yang menggunakannya.

Kerana kalau alasan mereka kristian arab menggunakan kalimah ‘Allah’, maka logiknya mereka wajar menterjemah nama Jesus kepada ‘Yasu’ kerana kristian arab menggunakan nama itu!

Sadaqallah hal ‘adheem – benarlah firman ALLAH bilamana ALLAH mengingatkan kita umat Islam didalam Surah Al-Baqarah:120, ‘sesungguhnya Yahudi dan Nasara tidak akan redha dengan kamu umat Islam selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut agama dan cara kehidupan mereka’.

Persoalannnya ialah kenapa ada dikalangan kita umat Islam begitu mudah terpedaya dengan mainan licik pendakyah-pendakyah kristian ini?

Sepatutnya dalam isu sebesar ini, isu yang membabitkan aqidah ini, kita umat Islam sepatutnya bersatu dan berdepan dengan kemungkaran ini dengan satu suara, satu nada – iaitu Al Quran.

Itulah pesan ALLAH kepada kita bila Ia menyambung ayat tersebut dengan ketegasan, ‘Katakanlah bahawa petnjuk Al-Quran itu adalah benar dan cukup bagi kami’.

Dan apa petunjuk Al Quran itu?

Wa’tasimuu bihablillah hijami'aa walaa tafarraquu – berpeganglah (bersatulah) kamu dengan tali ALLAH dan jangalah kamu bercerai berai. Ingatlah ni’mat ALLAH kepada kamu semasa kamu berpecah belah, hampir-hampir terjerumus kamu ke jurang api neraka. Atas ni’mat ALLAH maka disatukan Nya hati kamu!

Tetapi yang terjadi ialah sebaliknya. Ada antara kita memilih untuk bersekongkol dengan kafir harbi ini dan bertindak menikam saudara sebangsa dan seagamanya dari belakang – mereka memilih untuk meliwat agama dan bangsa mereka sendiri!

Kerana apa?

Hanya kerana gilakan kuasa! Gilakan Putrajaya! Gilakan jawatan, habuan dan kedudukan!

Kerana kuasa Kerajaan, Putrajaya, jawatan, habuan dan kedudkan itu hanya boleh diperolehi melalui undi, maka mereka melacurkan aqidah dan keimanan mereka atas nama tahaluf siyasi menubuhkan suatu pakatan syaitan yang akan menghancurkan agama dan bangsa mereka!

Persetankan agama! Persetankan bangsa! Yang penting Putrajaya!

Konon pakatan syaitan ini hanyalah alat untuk mereka mendapatkan kuasa. Nanti dapat kuasa kita tubuhkan Negara Islam, laksanakan hudud, qisas  & ta’zir. Sementara itu, kita bertopeng dan berlakon sahaja dengan kafir-kafir harbi dan peliwat-peliwat democrazy ini!

Inilah namanya konsep taqqiyyah – topeng agama yang digunakan oleh syi’ah yang terbukti telah menjahanamkan Islam sejak zaman Saidina Ali karamallah huwajhah.

Untuk mereka ALLAH telah memberi amaran, bila Ia menutup ayat 120 Al-Baqarah dengan suatu ketegasan, ‘namun jika kamu memilih untuk menerima agama dan cara kehidupan kafir-kafir ini, setelah datang kepada kamu petunjuk Al-Quran, maka ALLAH tidak akan lagi menjadi Pemberi Petunjuk dan Pembimbing dan Pembantu kamu’ – na’uzubillah!

Bermakna kepada golongan ini, ALLAH berjanji memutuskan hubungan dengan mereka. ALLAH bukan lagi wali mereka!

Jika ALLAH bukan lagi wali mereka, maka siapa pula yang akan menjadi wali bagi mereka?

Jawapannya mudah – mereka berwalikan syaitan dan iblis – na’uzubillah.

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing!

Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali.

Ya ALLAH , tetapkanlah iman dan aqidah kami. Berilah Petunjuk Mu kepada kami. Tetapkanlah kami didalam Islam. Dan matikanlah kami didalam Islam. Berikanlah kami anugerah istiqomah dalam menghadapi zaman fitan ini, zaman dimana memegang Islam sama seperti memegang bara api; zaman dimana mempertahankan Islam dianggap pelik, alien dan asing.

Aamantuu billah summastaqeem – kami beriman kepada ALLAH, dan kami beristiqomah!

Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
25 ZulHijjah 1434
30 Oktober 2013