Showing posts with label Majlis Peguam. Show all posts
Showing posts with label Majlis Peguam. Show all posts

12 November 2013

BANGKITLAH PEGUAM ISLAM!


Majlis Peguam menyokong tuntutan gereja kristian untuk mengguna-pakai kalimah ALLAH yang bercanggah dengan aqidah Islam; apakah kita peguam Melayu-Islam mahu terus berdiam diri membisu seribu bahasa?
Salam 2 all.

Mengikut statistik terkini, jumlah peguam yang bernaung dibawah Bar Malaysia (Malaysian Bar) dan berdaftar sebagai Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dalam negara ini ialah 15,519.

Walaupun tiada statistik yang sahih, namun lebih kurang 40% atau lebih 6,000 peguam berdaftar adalah berbangsa Melayu atau beragama Islam. Satu jumlah yang agak besar!

Persoalannya ialah, bagaimana mungkin badan eksekutif Bar Malaysia (Malaysian Bar) yang dikenali sebagai Majlis Peguam atau Bar Council, yang terdiri daripada 38 orang ahli Exco (atau 0.25% sahaja) boleh mengambil sikap atau pendirian yang kadang-kadang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam sedangkan jumlah peguam Melayu beragama Islam begitu besar?

Adakah Majlis Peguam atau Bar Council tidak sensitif kepada hal ehwal Islam? Atau tidak mempedulikan langsung sensitiviti peguam-peguam Melayu-Islam? Atau adakah Majlis Peguam sudah dikuasai oleh golongan anti Islam, atau liberal?

Saya masih ingat lagi tahun 2006 semasa rayuan kes permohonan pengesahan murtad melalui penukaran kad pengenalan oleh Azlina Jailani @ Lina Joy, Majlis Peguam (Bar Council) telah menghantar wakil peguam pemerhati dan mengambil pendirian menyokong tuntutan murtad Lina Joy tanpa langsung mengambil kira kesannya kepada para peguam Melayu-Islam!

Begitu juga dalam isu promosi dan perlaksanaan Festival Seks Bebas LGBT, Bar Council mengambil pendirian menganjurkan program tersebut; walaupun jelas amalan seks songsang dan luar tabi'e ini adalah sangat bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam!

Bar Council juga mengambil pendirian menyokong tuntutan pihak gereja Titular Biskop Kuala Lumpur yang menuntut hak penggunaan kalimah ALLAH dalam bentuk kefahaman triniti walaupun ianya bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

Terkini dalam isu tuntutan Pakatan NGO-NGO yang melabel diri mereka Comango yang membuat desakan di sidang Universal Periodic Review, Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva menuntut antara lain supaya diberi  hak kebebasan untuk murtad dan menukar agama termasuk oleh orang Islam, kebebasan orientasi seksual termasuk antara sesama jantina, pemansuhan semua enakmen syariah yang didakwa konon melanggar hak asasi individu (seperti khalwat, minum arak dll), dan pemansuhan Seksyen 377 Kanun Kesiksaan yang menjadikan liwat atau homoseks sebagai perlakuan jenayah dengan hukuman berat!

Persoalan pokoknya ialah mana pergi suara 40% peguam-peguam Melayu beragama Islam dalam mendepani pendirian Bar Council yang bercanggah dan bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam?

Malah bagi sesi 2012/2013 , daripada 38 ahli Exco Bar Council, ada 14 orang ahli Exco yang berbangsa Melayu atau beragama Islam! Hampir 40% Exco Bar Council adalah Melayu atau Muslim!

Dalam keadaan itu, ramai juga yang tertanya-tertanya; bagaimana dan mengapa Bar Council boleh mengambil pendirian dan sikap yang kelihatan anti-Islam, bercanggah dan bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam; dalam keadaan 40% peguam di Malaysian Bar adalah Melayu-Islam; dan hampir 40% menduduki jawatan Exco Bar Council?

Di Malaysia, semua peguam (kecuali Peguam Syarie) tertakluk kepada Akta Profesyen Guaman 1976 (Akta 166). Kesemua peguam diwajibkan berdaftar dengan Mahkamah Tinggi Malaya pada setiap tahun dan hanya yang berkelayakan akan diberikan Sijil Amalan Guaman.

Dan kesemua Peguam yang berdaftar dengan Mahkamah Tinggi Malaya akan diurus dan diselia dibawah satu badan dipanggil Bar Malaysia (atau Malaysian Bar). Ini adalah badan induk yang menaungi semua Peguam mengikut Akta 166.

Badan induk yang dikenali sebagai Bar Malaysia atau Malaysian Bar ini pula akan diurus oleh sebuah jawatankuasa eksekutif dipanggil Majlis Peguam atau Bar Council.

Dan semua Peguam yang berdaftar ini akan dibahagikan mengikut negeri tempat amalan guaman masing-masing, dimana tiap negeri pula akan ada Jawatankuasa Peguam Negeri (State Bar Committee) masing-masing.

Majlis Peguam atau Bar Council dan Jawatankuasa Peguam Negeri atau State Bar Committee ini dipilih melalui proses pengundian setiap dua tahun. Semua Peguam yang mempunyai Sijil Amalan Guaman daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan berdaftar dengan Bar Malaysia (Malaysian Bar) berhak mengundi untuk memilih anggota Exco Majlis Peguam atau Bar Council dan Jawatankuasa Peguam Negeri atau State Bar Committee ini.

Bagi tiap pemilihan, semua Peguam boleh memilih dan mengundi maksimum 12 orang sahaja bagi menganggotai Exco Majlis Peguam atau Bar Council ini. Manakala keanggotaan selebihnya adalah terdiri daripada Pengerusi tiap Jawatankuasa Peguam Negeri dan seorang wakil yang dipilih oleh negeri. Bermakna tiap negeri akan ada dua perwakilan iaitu Pengerusi dan seorang wakil dipilih.

Jumlah kesemuanya menjadi 38 orang yang akan membentuk barisan Exco Majlis Peguam atau Bar Council ini.

Dan anggota Majlis Peguam atau Bar Council ini pula akan bermesyuarat untuk memilih dan menentukan siapa yang akan menduduki jawatan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agong, Bendahari. Manakala Presiden sesi sebelumnya secara automatik akan menjadi anggota Exco Majlis Peguam bagi sesi berikutnya.

Pada setiap kali pemilihan, daripada lebih 15,000 peguam, saya melihat purata peguam yang mengundi untuk memilih keanggotaan Exco untuk Majlis Peguam ini sekitar 2,500 ke 3,000 orang sahaja. Maknanya lebih kurang 15-20% sahaja Peguam yang menjadi ahli Bar Malaysia atau Malaysian Bar yang mengundi. Hampir 80% lagi langsung tidak mengundi atau tidak menunjukkan minat untuk mengundi.

Sedangkan kalau kita mengambil jumlah ahli Bar Malaysia atau Malaysian Bar dari kalangan bangsa Melayu atau beragama Islam yang mencecah lebih 6,000 orang, bermakna Peguam berbangsa Melayu atau beragama Islam sudah boleh menguasai Majlis Peguam atau Bar Council dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri atau States Bar Committee.

Tetapi mengapa itu tidak terjadi? Mana pergi Peguam-Peguam Melayu atau yang beragama Islam ini? Tidakkah mereka berasa sangat penting untuk kita menguasai, atau setidak-tidaknya menentukan dasar, pendirian dan sikap Majlis Peguam atau Bar Council ini?

Ini adalah kerana seperti yang saya sebut didalam muqaddimah diatas, kadang-kadang ada pendirian, sikap dan tindak tanduk Majlis Peguam atau Bar Council ini boleh dipersoalkan, apatah lagi dalam isu yang membabitkan Melayu dan/atau Islam.

Sebagai contoh, saya sendiri pernah bertanding dan menduduki jawatan Exco Majlis Peguam atau Bar Council bagi sesi 2006/ 2007.

Pada masa itu, tercetus isu murtadnya Azlina Jailani yang dikristiankan dan dibaptiskan dengan nama Lina Joy oleh gereja Church of Our Lady Fatima, Brickfields.

Azlina Jailani atau Lina Joy telah membawa kes beliau ke Mahkamah untuk menuntut hak menukar nama dan status agama didalam kad pengenalan beliau daripada 'Azlina Jailani beragama Islam' kepada 'Lina Joy beragama kristian'.

Pada tahun 2006, kes itu dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Saya pada masa itu bertindak sebagai Peguam mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (pada masa itu dibawah pimpinan saudara Dr. Mohamed Yusri).

Saya terkejut pada masa perbicaraan, beberapa orang peguam bangun dan menmaklumkan kepada Mahkamah bahawa mereka mewakili Majlis Peguam atau Bar Council; dan mereka menyokong tuntutan Azlina Jailani atau Lina Joy bersesama dengan pertubuhan-pertubuhan keagamaan seperti Majlis Gereja Malaysia, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha, Sikh & Tao dan lain-lain NGO termasuk SiS Forum.

Saya lantas bangun didalam Mahkamah dan mempertikaikan kedudukan mereka; dan saya maklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa saya sebagai ahli Exco Bar Council sendiri tidak pernah mendengar atau bermesyuarat untuk mengambil mereka mewakili Bar Council dan mengambil pendirian menyokong tuntutan murtad Azlina Jailani.

Saya juga memberitahu Mahkamah mana mungkin Bar Council yang juga mewakili 40% peguam beragama Islam mengambil pendirian yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam iaitu dengan menyokong seorang Islam yang mahu murtad!

Apabila mesyuarat Exco Bar Council diadakah selepas daripada itu, saya membangkitkan isu ini dan megkritik keras pimpinan Bar Council waktu itu. Saya mendesak supaya Bar Council tidak mengambil pendirian partisan atau pendirian yang boleh memudaratkan ahlinya termasuk, dan terutama yang beragama Islam melainkan mendapat persetujuan daripada kesemua ahli atau peguam yang beragama Islam yang berdaftar dibawah Bar Malaysia.

Walaupun pendirian tegas dan keras saya itu tidak disukai oleh segelintir daripada ahli Exco Bar Council, namun selepas daripada itu dasar telah ditukar dengan pendekatan memaklumkan dan mendapatkan persetujuan mesyuarat Exco Majlis Peguam dahulu sebelum apa-apa pendirian atau sikap mahu diambil oleh Majlis Peguam.

Semasa saya menjawat jawatan Exco Bar Council, saya mengambil sikap meletakkan agama Islam sebagai prioriti dan keutmaan; seringkali saya menyebut bahawa 'I am a Muslim first, a lawyer second - saya seorang Muslim dahulu, sebagai peguam kemudian'.

Akhir-akhir ini, saya melihat pendirian dan sikap Majlis Peguam atau Bar Council ini semakin mirip dan senada dengan pembangkang; dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan/ atau undang-undang negara, malah melangkaui garis panduan aqidah dan syariat Islam.

Antaranya dalam isu kalimah ALLAH, Majlis Peguam mengambil pendirian menyokong tuntutan pihak Titular Archbishop Kuala Lumpur yang mendesak kristian dibenarkan mengguna-pakai kalimah ALLAH. Tuntutan yang sama telah dibuat oleh Lim Guan Eng daripada DAP dan disokong oleh pakatan pambangkang DAP-PKR-PAS.

Walaupun jelas sebenarnya tuntutan ini bercanggah dengan Artikel 3, Artikel 11 (4) dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan, bercanggah dengan titah Majlis Raja-Raja dan Tuanku Sultan Negeri-Negeri, bercanggah dengan fatwa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, bercanggah dengan fatwa Mufti-Mufti Negeri, bercanggah dengan Enakmen-Enakmen Syariah Negeri-Negeri; apatah lagi bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam menurut ijma' Mufti dan Ulama-Ulama Malaysia.

Saya tidak mempertikaikan hak mana-mana pihak mahu membawa apa-apa kes atau tuntutan ke Mahkamah. Itu hak yang dijamin Perlembagaan.

Apa yang saya pertikaikan ialah peranan, pendirian dan sikap Majlis Peguam (Bar Council) yang sepatutnya mengambil kira sensitiviti dan hak peguam beragama Islam sebelum mengambil apa-apa pendirian atau sikap partisan yang mungkin bercanggah dan bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam.

Contohnya kita melihat juga bagaimana pendirian Majlis Peguam (Bar Council) menyokong tuntutan perlaksanaan seks bebas LGBT - Lesbian Gay Bisexual & Transgender dengan cubaan menganjur Festival Seks Bebas LGBT yang jelas bercanggah dengan Islam dan bercanggah dengan peruntukkan undang-undang jenayah negara yang melarang perlakuan seks songsang dan luar tabi'e!

Kita juga melihat bagaimana Majlis Peguam (Bar Council) menyokong beberapa tuntutan Pakatan NGO-NGO yang dilabel dengan nama COMANGO yang membuat beberapa usul didalam sidang UPR-Universal Periodic Review on Human Rights oleh UNHRC - United Nations Human Rights Commission di Geneva, Switzerland baru-baru ini yang antara lain menuntut kebebasan untuk murtad dan menukar agama termasuk oleh orang Islam, kebebasan orientasi seksual termasuk antara sesama jantina, pemansuhan semua enakmen syariah yang didakwa kononnya melanggar hak asasi individu (seperti peminuman arak, khalwat, seks luar nikah dll), dan pemansuhan Seksyen 377 Kanun Kesiksaan yang menjadikan liwat atau homoseks sebagai perlakuan jenayah dengan hukuman berat!

Apa yang penting diperingatkan kepada para peguam beragama Islam, ada pendirian dan sikap Majlis Peguam (Bar Council) yang terang-terang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam; selain bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Kita perlu ingat dengan sabda Rasulullah saw, 'arridho bil kufr...kufr - keredhaan kepada kekufuran maka kamu kufur'. Ini bermakna 'arridho bil syirk...syirk - keredhaan kepada kesyirikan itu maka kamu pun turut syirik'.

Bermakna kalau kita peguam Melayu atau Islam mengambil sikap tidak peduli atau tidak ambil tahu mengenai pendirian Majlis Peguam (Bar Council) ini maka kita sedang berada di jurang krisis aqidah dan keimanan kita sebagai umat Islam.

Sebab itu saya menyeru semua peguam Melayu dan beragama Islam supaya bangkit mencegah kemungkaran besar ini. Jangan kita biarkan segelintir parasit guaman menentukan aqidah dan keimanan kita.

Anggap lah ia sebagai satu jihad memperbetulkan kemungkaran dan kemaksiatan kepada ALLAH!

Ini bukan bermakna kita anti non-Muslim! Ini bukan bermakna kita anti-kebebasan! Ini bukan bermakna kita anti-hak asasi kemanusiaan!

Malahan sebenarnya melalui Islam sahajalah kita dapat membuktikan bahawa hak, kepentingan dan kebajikan non-Muslim akan terjamin; bahawa hanya melalui Islam sahajalah kebebasan dan hak asasi kemanusiaan akan terjamin. Dan Islam telah membuktikannya sejak zaman Rasulullah saw, zaman pemerintahan Jerusalem, zaman pemerintahan Andalusia, zaman pemerintahan Konstatinopel/ Istanbul, malah Islam akan terus membuktikan prinsip dan amalan berteraskan keadilan dan kesaksamaan sehingga akhir zaman!

Oleh itu, saya mencadangkan beberapa pelan tindakan yang boleh kita ambil sebagai peguam:

1. pastikan kita hanya mengundi mereka yang kita percaya boleh dan akan memperkasa, memartabat dan membela Islam untuk duduk menganggotai Exco Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri;

2. Jika berkelayakan dan berkemampuan, masuklah bertanding sebagai calon untuk mendapatkan tempat dalam barisan Exco Majlis Peguam ataupun Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri;

3. hadir dalam Mesyuarat Agong Tahunan Bar Malaysia dan Peguam Negeri untuk membangkitkan isu-isu berkaitan Islam;

4. kemukakan Memorandum untuk membawa usul membincangkan pendirian dan sikap Majlis Peguam yang bercanggah dan bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam;

5. hantar nota atau email kepada tiap ahli Exco Majlis Peguam terutamanya yang beragama Islam (nama dan alamat mereka di laman sesawang www.malaysianbar.org) dan nyatakan kepada mereka supaya mengambil pendirian tegas dalam memperkasa, memartabat dan membela Islam;

6. sekiranya ada keperluan dan telah disepakati, semua peguam Melayu atau Islam boleh mengemukakan notis untuk Mesyuarat Agong Tergempar Bar Malaysia untuk membincangkan pendirian dan sikap Majlis Peguam yang bercanggah dan bertentangan dengan Islam;

7. sekiranya ada keperluan dan disepakati, kita boleh memfailkan petisyen atau usul ke Mahkamah Tinggi untuk perintah sewajarnya terhadap Majlis Peguam dalam isu yang bercanggah dan bertentangan dengan Islam;

8. sekiranya keadaan memaksa dan tiada pilihan, kita boleh mengusulkan kepada Kerajaan supaya menubuhkan sebuah lagi badan yang mempunyai kuasa dan bidangkuasa seperti Malaysian Bar dan Majlis Peguam seperti yang diamalkan dibeberapa negara lain termasuk negara maju dan negara Komanwel;

9. dan yang lebih penting, kita semua peguam Melayu dan Islam wajib bersatu dan berpadu dibawah ukhwah Islamiyyah dan bertindak dengan satu suara satu nada dalam memperkasa, memartabat dan membela Islam.

Saya mengakhiri seruan ini dengan memetik Surah Al-Maidah: 54-56 bilamana ALLAH berpesan kepada kita dengan suatu ketegasan:

'Wahai orang beriman (termasuk para peguam).Barang siapa diantara kamu berpaling (atau murtad) daripada Islam, maka kelak ALLAH akan lahirkan satu kumpulan:

1. yang ALLAH mencintai mereka dan mereka mencintai ALLAH;

2. mereka bersikap lemah lembut terhadap sesama Islam yang beriman;

3. tetapi mereka bersikap keras dan tegas terhadap kaum kafir;

4. dan mereka berjihad ke jalan ALLAH;

5. dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela;

Dan ketegasan ALLAH dalam ayat 57:

'Wahai orang beriman, janganlah kamu mengambil pemimpin bagi kamu orang yang membuat agamamu menjadi bahan ejekan dan permainan, iaitu diantara orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mu, dan orang-orang kafir musyrik. Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH jika kamu orang yang beriman!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Muharram 1435
12 Nov 2013

27 January 2011

BAR-ua COUNCIL?

Salam 2 all.

Teman sebenarnya sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan Ragunath Kesavan yang memegang jawatan Presiden Bar Council membuat kenyataan mempertahankan Karpal PooSingh mengenai kedudukan Karpal yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi dalam kes manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan menghadapi pertuduhan meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan.

Saperti yang telah berulanga kali teman sebut, Karpal PooSingh adalah orang yang mendedahkan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar semasa berucap di Parlimen pada 22.10.1997. Selepas itu beliau membuat pendedahan mengejut di Hotel Federal KL yang beliau punya bukti mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar. Beliua juga menjadi peguam menasihatkan Azizan (kakitangan Anwar yang mendakwa menjadi mangsa liwat Anwar). Beliau juga yang memberitahu kepimpinan PAS masa itu mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan mereka melabel "Anwar Al-Juburi". Beliau juga membuat kenyataan mendesak Anwar bertaubat dan berundur setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!

Dari segi perundangan, Karpal PooSingh adalah saksi yang relevan, dan keterangannya relevan dalam kes sekarang kerana dua faktor utama:

1. pertuduhan ini melibatkan seorang kakitangan iaitu Saiful Bukhori yang sama statusnya dengan Azizan dahulu;
2. ianya didakwa dilakukan oleh orang yang sama iaitu Anwar Ibrahim;

Keperluan memanggil Karpal sebagai saksi diperkuatkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang walaupun membebaskan Anwar (& Sukma) dalam kes meliwat Azizan, namun Mahkamah Persekutuan menegaskan "kami percaya kejadian liwat itu berlaku", tetapi disebabkan masalah teknikal Anwar dibebaskan.

Keterangan Karpal PooSingh penting untuk membuktikan "system & pattern", iaitu kegiatan meliwat kakitangan sendiri!! Dan ini konsisten dengan kenyataan Karpal PooSingh saperti yang teman sebut diatas.

Jadi atas alasan apa Ragunath Kesavan membuat rumusan Karpal tidak perlu dipanggil sebagai saksi. Malahan kenyataan Ragunath Kesavan boleh dipertikaikan kerana:

1. tiada sebarang aduan dibuat pun kepada Majlis Peguam mengenai salahlaku Karpal ini, jadi apa locus standi beliau mahu menggunakan platform Bar Council untuk membuat kenyataan menyebelahi Karpal Singh itu;

2. bila pula Majlis Peguam bermesyuarat untuk mengambil ketetapan pendirian yang dinyatakan oleh Ragunath Kesavan, sedangkan yang teman tahu tiada sebarang keputusan atau pendirian dibuat oleh satu mesyurata Majlis Peguam;

3. kalau ada pun salahlaku Karpal PooSingh, ianya terletak dibawah bidangkuasa Lembaga Disiplin (Disciplinary Board) yang perlu dibentuk untuk menyiasat sebarang aduan salahlaku mana-mana peguam;

4. soal samada seseorang wajar dipanggil sebagai saksi atau tidak adalah terletak kepada bidangkuasa Pendakwa Raya Malaysia yang mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan;

5. soal samada seorang itu layak memberi keterangan dan/ atau samada keterangannya relevan atau tidak adalah didalam bidangkuasa Hakim yang membicarakan kes.

Jadi teman langsung tidak nampak rasional tindakan Ragunath Kesavan membuat kenyataan membela Karpal PooSingh. Malahan teman mendesak Majlis Peguam membuat mesyuarat khas mencela Ragunath Kesavan kerana membuat kenyataan yang memberi bayangan seolah-olah semua peguam di negara ini mempunyai pendirian yang sama. Kegagalan Majlis Peguam membuat mengambil ketetapan mencela dan menyanggah kenyataan Ragunath Kesavan dikhuatiri akan memberi persepsi bahawa Bar Council bertindak saperti Bar-ua bagi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan!! Yang jelas, tidak semua peguam mengambil pendirian yang sama saperti Ragunath Kesavan!

Teman mengambil kesempatan ini menyeru pihak berkuasa supaya:

1. memanggil Karpal PooSingh dan mengambil kenyataan beliau dibawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan pengetahuan, maklumat, bukti & dokumen yang beliau ada mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim;

2. pernyataan Seksyen 112 itu hendaklah dihantar segera kepada Pendakwa Raya Malaysia untuk dikaji dan diselidik samada sesuai dan relevan digunapakai didalam prosiding pertuduhan Anwar meliwat Saiful saperti yang dikenakan sekarang;

3. Jika Pendakwa Raya Malaysia berpendapat ianya relevan, sesuai dan boleh digunapakai, satu sapina hendaklah dipohon untuk memanggil Karpal PooSingh sebagai saksi;

4. Mahkamah hendaklah mengeluarkan sapina tersebut dan memerintahkan Karpal PooSingh hadir sebagai saksi;

5. Dalam keadaan itu, Karpal PooSingh hendaklah menarik diri daripada terus mewakili Anwar Ibrahim kerana konflik kepentingan saperti yang diperuntukkan dibawah Peraturan Guaman;

6. Karpal PooSingh berhak mencabar sapina tersebut dengan membuat permohonan supaya ianya dibatalkan. Jika Mahkamah menerima bantahan tersebut, bolehlah Karpal terus mewakili Anwar. Jika Mahkamah menolak bantahan tersebut, maka Karpal tiada pilihan selain menarik diri daripada mewakili Anwar;

7. Sekiranya Pendakwa Raya Malaysia, atas sebab yang tertentu, tidak mahu memanggil Karpal sebagai saksi, maka Saiful Bukhori Azlan, melalui peguamnya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapinan memanggil Karpla sebagai saksi.

Secara ringkasnya, teman berpendapat kenyataan Ragunath Kesavan itu sangatlah tidak wajar dan sepatutnya menarik balik kenyataan tersebut. Lebih baik beliau mengambil sikap berdiam diri, tunggu 7 lihat. Beliau tidak sepatutnya mengheret lebih 13,000 peguam lain ke kancah percanggahan ini kerana tidak semua peguam bersetuju dengan beliau. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa ahli saperti Roger Tan (bekas Exco Majlis Peguam), YB Wee Choo Keong (seorang peguam kanan & veteran), Sdr. Zainul Rijal (Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia), Sdr. Hasnal Redzua Marican (peguam yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah) dan ramai lagi membuktikan bahawa tindakan Ragunath Kesavan itu sangat dicurigai dan kemungkinan mempunyai matlamat lain.

Teman bersetuju dengan kenyataan sebagaimana yang disebut oleh YB Wee Choo Keong, kalau Ragunath Kesavan berminat hendak menceburi bidang politik, tiada salahnya, Tetapi teman cabar Ragunath Kesavan supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden dan menyertai aman-mana parti politik pilihannya (jika berminat) dan bertanding di mana-mana kerusi semasa pilihanraya nanti. Jangan cetuskan persepsi bahawa BAR COUNCIL sebagai BAR-ua mana-mana pihak.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
20 Safar 1432
27 Januari 2011

08 January 2011

HELLO, ARE YOU MR. POO-SINGH?

(Allahhumma Ya ALLAH, berikanlah ke'adilan kepada mereka yang teraniaya, berikanlah yang haq kepada mereka yang dizalimi)

Salam 2 all.

Teman melihat gelagat Karpal Singh saperti cacing kepanasan dengan pendedahan bahawa beliau telah pada tahun 1997 mendedahkan tentang perlakuan homoseks dan liwat oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Akhirnya dalam kenyataan yang disiarkan oleh media portal FMT yang pro-pembangkang, Karpal mengaku memang beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai keterangan mengenai kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim, tetapi kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membebaskan Anwar menutup isu tersebut.

Samada Karpal dah pening, ataupun sengaja memutarbelit cakap beliau tidaklah teman tahu. Tetapi apa yang jelas, Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membuat keputusan saperti berikut:

YA Dato’ Abdul Hamid bin Hj Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempengerusikan sidang tersebut memutuskan bahawa:

"To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law
".

"Sebagai ringkasan penghakiman, setelah membaca rekod rayuan, kami mendapati ada keterangan yang boleh mengesahkan bahawa perayu (Anwar & Sukma) terlibat didalam kegiatan homoseks dan kami lebih mempercayai bahawa kejadian liwat di Tivolli Villa memang berlaku, namun Mahkamah ini, sebagai Mahkamah undang-undang, hanya boleh mensabitkan kesalahan keatas perayu jika Pendakwaraya berjaya membuktikan pertuduhan, melampaui keraguan menasabah, berdasarkan bukti dan keterangan yang boleh diterimapakai mengikut prinsip perundangan keterangan sedia ada".

Mana-mana peguam dan mereka yang biasa dengan sistem perundangan kita tahu bahawa kesimpulannya ialah pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan bukan kerana tiadanya kegiatan meliwat itu, tetapi adalah kerana sebab teknikal. Itulah kesimpulannya, tetapi hakikatnya Mahkamah Persekutuan percaya dan yakin kegiatan liwat itu berlaku!

Pokok pangkalnya, kenyataan Karpal menggunakan keputusan kes Mahkamah Persekutuan itu yang kononnya menutup kegiatan homoseks dan liwat Anwar terhadap Azizan dan lain-lain adalah langsung tidak menasabah. Malahan keputusan Mahkamah itu sebenarnya memperkuatkan lagi dakwaan Karpal Singh yang mendakwa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat. Mari kita ingat semula apa yang disebut oleh Karpal:

1. Pada 22.10.1997, Karpal Singh mengejutkan negara apabila mendedahkan didalam Parlimen bahawa beliau mempunyai dokumen dan bukti yang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin UMNO dan Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya. Karpal mendesak Kerajaan supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap dakwaannya;

2. Karpal Singh juga telah membuat ucapan didalam satu majlis anjuran DAP di Federal Hotel Kuala Lumpur mendedahkan sekali lagi bahawa beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya Azizan Abu Bakar;

3. Karpal Singh juga telah menemui Azizan dan Umi Hafilda dan telah memberikan nasihat kepada mereka mengenai aduan kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim yang dibuat mereka;

4. Karpal Singh juga telah memberitahu kepada beberapa pemimpin PAS mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan ada diantara mereka secara terbuka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi";

5. Karpal Singh juga membuat kenyataan mendesak Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, yang juga rakan sekelas beliau semasa pengajian undang-undang di Universiti Malaya Singapura, supaya mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim atas kegiatan homoseks & liwat terhadap pemandunya itu;

6. Kita jangan lupa pendedahan di WikiLeaks bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang kegiatan homoseksual & liwat Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu. Dan kita tahu Kuan Yew adalah mentor dan idola kepada Kitsiang, Anak Laki Kitsiang dan ramai pemimpin DAP yang lain;

7. Pada 08.02.2009, Karpal Singh mengherdik Anwar Ibrahim dan mendesak supaya manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini "bertaubat & berundur" setelah pembongkaran pembohongan isu 16 Sept didedahkan kepada umum.

Berdasarkan rentetan diatas, dan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, adalah jelas Karpal Singh sebenarnya mempunyai maklumat dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Malah kenyataan beliau semasa berucap di Hotel Federal tersebut sangat jelas, iaitu, "I have the evidence in my hand that the Deputy Prime Minister (Anwar Ibrahim) was involved in sodomy - saya ada didalam tangan saya keterangan bahawa Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) terlibat dengan meliwat".

Karpal Singh selalu mendabik dada menyatakan bahawa beliau akan "make sure of his facts before making any public statement - saya akan memastikan fakta saya sebelum membuat sebarang kenyataan umum!". Sudah pastilah mengikut rentetan diatas jelas bahawa Karpal Singh memang mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat!

Berdasarkan itu, adalah wajar sebagai seorang peguam veteran untuk Karpal Singh menawarkan diri kepada Pendakwaraya untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar Ibrahim meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan yang sedang dibicarakan sekarang.

Mungkin akan ada yang bertanya kes ini melibatkan pertuduhan Anwar meliwat Saiful, sedangkan Karpal bercakap tentang Anwar meliwat Azizan. Sebenarnya dari segi undang-undang, Pendakwaraya boleh dalam membuktikan sesuatu kes baru dengan mengemukakan karakter, latarbelakang, sejarah lampau dan lain-lain dengan tujuan membuktikan Orang Kena Tuduh mempunyai sikap atau "trend & pattern" yang sama dalam perlakuan jenayahnya, dan memanggil sebagai saksi orang yang mempunyai maklumat atau bukti dan keterangan sedemikian!

Contohnya Seksyen 8 (1) dan Seksyen 8 (2) Akta Keterangan untuk tujuan membuktikan motif, persediaan dan perlakuan lampau, maka keterangan mengenai perlakuan lalu seseorang itu, samada yang diketahui oleh dirinya atau agennya (saperti Karpal peguam Anwar) adalah relevan dan boleh dikemukakan. Ataupun Seksyen 9 Akta Keterangan yang memperuntukkan bahawa fakta yang diketahui oleh seseorang yang boleh memperjelaskan fakta lain (dalam kes ini perangai atau fe'el homoseks & meliwat) adalah relevan untuk dikemukakan untuk membutkikan pertuduhan meliwat itu sendiri.

Jadi didalam kes ini, pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim ialah melakukan kesalahan meliwat Saiful Bukhori Azlan, seorang kakitangan beliau sendiri, sama saperti Azizan pemandunya.

*Nota: fakta Saiful adalah kakitangan, pekerja dan staf Anwar Ibrahim ini sepatutnya secara langsung menolak dakwaan adanya konspirasi pihak lain terlibat termasuk Kerajaan kerana bagaimana mungkin Kerajaan berkonspirasi untuk membuat Anwar meliwat Saiful. Anwar yang interview Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja (sebagai pembantu am pejabat), Anwar yang bayar gajinya, malah ada keterangan Anwar pernah membawa Saiful ke beberapa destinasi luar negeri saperti Hong Kong, Bangkok & Singapura. Bukan Kerajaan yang bayar tambang dan duit hotel Saiful tetapi Anwar sendiri! Dan bagaimana Kerajaan hendak memaksa Anwar meliwat Saiful? Tidak masuk akal langsung! Dan WikiLeaks sendiri mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat. Jangan lupa Anwar pernah membawa Saiful ke Singapura. Tetapi apa "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Australia & Singapura itu teman pun tak tahu sebab mereka masih merahsiakannya! Adakah mereka akan menggunakannya dimasa hadapan wallahua'lam.

Jadi "trend & patternnya" sama. Keterangan dan bukti yang Karpal Singh tahu dan ada ialah Anwar meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Pertuduhan sekarang ialah Anwar meliwat kakitangannya Saiful Bukhori Azlan.

Atas dasar itu sahaja Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri menjadi saksi didalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful. Sekiranya enggan, maka Pendakwaraya wajib memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk hadir memberi keterangan sebagai saksi.

Sekiranya Karpal Singh menafikan mempunyai keterangan dan bukti mengenai kegiatan liwat & homoseks Anwar saperti yang didakwanya didalam Parlimen pada 22.10.1997, maka ternyata Karpal Singh berbohong dan tindakan "perjury" dan "contempt of Parliament" wajib diambil terhadap Karpal Singh. Jika beliau menyatakan beliau mempunyai bukti & keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat saperti yang didakwanya didalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi Peguam membela Anwar? Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua'lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri!

Seperkara yang perlu teman sebut juga disini ialah, mengikut Peraturan 3 (a) & (b) Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, seseorang peguam tidak sepatutnya menerima apa-apa arahan untuk membela seseorang jika ianya akan memalukan beliau. Memalukan itu bermakna keadaan bilamana Peguam tersebut mempunyai maklumat sulit berkaitan perkara yang sama kerana pernah menasihatkan mana-mana pihak lain".

Didalam kes ini, Karpal pernah memberikan khidmat guaman dengan menasihatkan Azizan Abu Bakar mengenai aduan beliau berkenaan kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim terhadap Azizan, dan hasil daripada itu Karpal memperolehi maklumat sulit mengenai kegiatan itu. Malahan Karpal Singh sendiri menyatakannya secara terbuka didalam Parlimen dan dalam ucapan-ucapan dan tindakan lainnya. Malah didalam kenyataan yang disiar melalui media portal pro-pembangkang FMT, Karpal mengakuinya. Maka Karpal Singh tidak sepatutnya menerima atau meneruskan kedudukan sebagai peguam membela Anwar Ibrahim didalam kes liwat terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan; kerana ini akan meletakkan Karpal dalam keadaan memalukan - very embarassing position!

Malahan Peraturan 28 Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, memperuntukkan bahawa, "seseorang Peguam tidak sepatutnya hadir di Mahkamah (mewakili seseorang tertuduh) sekiranya dia punya sebab mempercayai bahawa dia boleh menjadi saksi berkaitan sesuatu fakta yang material, dan jika semasa perbicaraan berlangsung, menjadi jelas kepada beliau bahawa beliau boleh menjadi saksi, beliau sepatutnya berhenti daripada terus mewakili seseorang itu didalam apa-apa prosiding jika ia boleh menarik diri tanpa menjejaskan kliennya".

Jadi adalah jelas bahawa Karpal sepatutnya menawarkan diri sebagai saksi bagi kes pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan dan tidak meneruskan untuk mewakili Anwar Ibrahim sebagai peguam. Dan jika itu berlaku ianya tidak akan menjejaskan pembelaan Anwar Ibrahim kerana beliau mempunyai pasukan peguam yang ramai. Cuma teman paling hairan kenapa Majlis Peguam, yang biasanya cukup kuat melalak dan memekak dalam kes-kes lain, mengambil sikap membisu terhadap tindak tanduk Karpal Singh dalam kes ini. Teman mengambil peluang ini mencabar Majlis Peguam untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu yang serius ini.

Dan dari segi politik, teman hairan mengapa Karpal Singh, Pengerusi DAP berkeras mahu terus mewakili Anwar dan bertindak sebagai peguam Anwar dalam keadaan fakta dan bukti yang jelas bahawa beliau sendiri yang bukan sahaja mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, tetapi juga mendakwa mempunyai bukti dan keterangan mengenainya. Sudah pasti rumusannya jelas, Karpal dan kepimpinan DAP mempunyai agenda politik yang licik. Tambahan pula mentor dan idola kepimpinan DAP saperti Kitsiang & Anak Laki Kitsiang iaitu Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar, malahan Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & meliwat itu.

Apakah mereka telah, sedang dan akan menggunakan maklumat dan keterangan itu untuk "memeras Anwar"? Adakah saperti kata orang Perak, dema dah pegang teloq Anwar? Kita tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi agenda mereka, tetapi kita khuatir kalau itu tujuan mereka, bayangkanlah betapa bahayanya keselamatan dan kedudukan negara ini jika manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan itu menjadi Perdana Menteri Malaysia!!

Dan teman juga hairan dengan sikap dan pendirian kepimpinan PAS. Dengan maklumat , bukti dan keterangan yang begini punya jelas dan terang, tidakkah mereka menyedari bahawa satu konspirasi dan pakatan syaitan yang jelas sedang berlaku. Pakatan Syaitan yang boleh menjahanamkan Islam, rakyat dan negara ini. Tidakkah mereka sedar inilah orang yang sama yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan negara Islam, over my dead body! Dan yang lebih menyedihkan, bagaiman boleh ada pemimpin PAS yang mengisytiharkan secara terbuka akan membela Karpal Singh sehingga mati!".

Tidakkah mereka sedar kesilapan besar yang dilakukan oleh para kuffar dan musyrik dizaman para Rasul dan Nabi termasuk zaman Rasulullah saw, ialah enggan menerima dan menginsafi kebenaran yang terbukti jelas dihadapan mereka; malah sebaliknya mengambil sikap menentang para Nabi & Rasul itu termasuk Rasulullah. Dan teman cukup yakin mereka tahu sebab para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS adalah ahlul-kitab belaka!

Teman menyeru kepada PAS supaya bangkitlah sebagaimana akan bangkitnya pejuang Islam yang tulis, serulah kepada yang ma'ruf dan cegahlah kemungkaran besar ini, dan berimanlah kepada ALLAH. Jika ada dikalangan segelintir para pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini menentang, maka hukumnya jelas. Cantaslah mereka, campakkan mereka jauh daripada wadah perjuangan Islam. Yakin dan percayalah firman ALLAH, "bantulah agama ALLAH, dan ALLAH pasti akan membantu kamu!".

Secara umum, berdasarkan pernyataan diatas, teman menegaskan bahawa:

1. Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar meliwat kakitanganya sendiri Saiful Bukhori Azlan;

2. Jika Karpal Singh enggan, hendaklah Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina memaksa Karpal menjadi saksi memberi keterangan dalam kes ini;

3. Saiful Azlan Bukhori, sebagai mangsa, boleh melalui peguam beliau juga membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk menjadi saksi, dan memberi keterangan dan mengemukakan dokumen dan/ atau bukti mengenai kenyataan beliau bahawa beliau mempunyai bukti & keterangan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat;

4. Jika Karpal memberi keterangan menafikan mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sebagaimana yang didakwanya di Parlimen pada 22.10.1997 (dan diperkuatkan dengan lain-lain ucapan dan tindakan beliau selepas daripada itu), tindakan menghina Parlimen hendaklah dikenakan terhadap Karpal Singh. Dan jika itu berlaku, maka akan terbongkarlah pembohongan Karpal Singh;

5. Jika Karpal Singh memberi keterangan mengaku mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar, dan memberikan butirannya kepada Mahkamah, maka beliau hendaklah berhenti daripada terus mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978;

6. Majlis Peguam hendaklah menyatakan pendiriannya secara terbuka mengenai status Karpal Singh ini dan teman mencabar Majlis Peguam supaya tidak mengamalkan sikap "talam dua muka" tetapi sebaliknya hendaklah tegas dan konsisten berdasarkan undang-undang sedia-ada; dan jika terbukti bahawa Karpal wajib menjadi saksi, maka teman cabar Majlis Peguam supaya mendesak Karpal Singh supaya memberikan keterangan dan bukti sebagai saksi didalam kes Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhori Azlan;

7. Teman berpendapat bahawa mana-mana rakyat dan warganegara boleh membuat lapuran polis mengenai kenyataan dan kedudukan Karpal Singh ini supaya boleh satu siasatan dibuat oleh pihak polis mengenai kesahihan dakwaan Karpal beliau mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Jika daripada siasatan itu didapati ada keterangan baru diperolehi mengenai kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar, maka Pendakwaraya perlu mengkaji dan mempertimbangkan untuk mengenakan pendakwaan baru terhadap Anwar sesuai dengan keputusan Mahkamah Persekutuan saperti yang dicatat diatas;

8. Kepada para ulama', 'ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, pertimbangkanlah dengan aqal yang waras dan jiwa yang tawaddhu' mengenai keadaan ini. ALLAH memberikan kita aqal, dan ALLAH memberikan kita Al Quran & Sunnah Rasulullah saw sebagai pedoman kita untuk menentukan samada sesuatu itu hak ataupun batil, Islam atau tidak. Dan pertimbangan berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw itulah yang benar, dan akan membawa kita kepada ketaqwaan;

9. Sesuai dengan sabda Rasullulah saw, "addeenul nasihah-agama itu nasihat", maka teman mengemukakan nasihat teman kepada para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, mufaraqahlah, berpisahlah daripada Pakatan Syaitan ini. Kembalilah kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan undang-undang Islam. Teman tidak meminta PAS bergabung dengan UMNO, ataupun mengujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Malahan teman sendiri secara peribadi tidak bersetuju, kerana untuk kebaikan dan kebajikan Islam dan umat Islam, PAS perlu bergerak bersendirian, dan UMNO perlu bergerak sebagaimana yang ia bergerak sekarang, tetapi didalam isu yang menjadi kepentingan umat dan agama, kita umat Islam yang mempunyai Satu Tuhan, Satu Rasul, Satu Kitab, Satu Qiblat, dan Satu Aqidah wajib dan mestilah bertindak dengan Satu suara, Satu nada!

10. Dan kepada Karpal Singh, janganlah poosingh-poosingh. Mr. Singh. Be courages, be a Singh! Singh is king, not poosingh-poosingh lah Mr. Karpal Singh!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
03 Safar 1432
08 Januari 2011