
Salam 2 all.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada YAB Tok Guru Nik Aziz yang mencabar Karpal Singh mengenai dasar penubuhan negara Islam.
Karpal Singh yang menyambut harijadi ke 70 dua hari lepas membuat kenyataan bahawa pemerintahan cara sekular adalah yang terbaik, dan menolak cita-cita PAS untuk mendirikan negara Islam. Kita tidak lupa Karpal Singh pernah membuat kenyataan kalau nak negara Islam, "over my dead body" ("langkah mayat aku dulu").
Sebenarnya kenyataan Karpal Singh itu adalah pendirian DAP. DAP tidak pernah bersetuju dan tidak sama sekali akan bersetuju gagasan penubuhan negara Islam. Semasa isu negara Islam timbul didalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini, DAP menjawab dengan menyatakan bahawa isu itu tidak timbul kerana "tidak mungkin PAS boleh menang dan memerintah didalam Pakatan Rakyat".
Disamping mengucapkan tahniah kepada ketegasan Tok Guru, saya juga ingin menyeru rakan dan sahabat pejuang Islam, marilah kita akui kebenaran pesanan ALLAH, bahawa kafir-kafir ini samasekali tidak akan redho dengan kita sampai bila-bila, sehinggalah kita mengikut cara mereka (Al Baqarah: 120).
Lihatlah apa jadi di Selangor. Sebenarnya kalau Pakatan Rakyat memerintah, itulah rupanya Kerajaan Persekutuan yang akan memerintah. Jangan kata tutup kilang arak, nak halang 7-11 jual arak pun kita tak mampu.
Sebab itu, marilah kita kemblai kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Biarpun kita terpaksa berjuang bersendirian, namun janji ALLAH pasti terlaksana. Sirah Nabawi membuktikan kebenaran perjuangan berlandaskan Islam, tanpa perlu bersekongkol dengan kafir, musyrik mahupun munafik. Islam itu mulia, marilah kita memuliakannya.
Pada pandangan saya, eloklah PAS keluar meninggalkan Pakatan Rakyat, dan kita berjuang atas nama ALLAH untuk mendaulatkan pemerintahan Islam yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Dan yakinlah ALLAH akan bersama dengan perjuanganNya..
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Rejab 1431
01 Julai 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran media semalam 30.06.2010)
Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam Pas salah
KOTA BHARU 30 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Kar pal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.
Nik Aziz berkata, Pas akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk DAP.
Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat Pas itu, ia merupakan pendapat peribadi.
"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar Pas itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri bukannya daripada DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu salah, kata Nik Aziz.
Bagaimanapun setakat ini Nik Aziz berkata, beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh Pas, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya.