Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

24 March 2015

KECUT HUDUD?

Bang Non, kita dok bantah hudud, tapi awat Bang Non mintak Saiful dikenakan hudud qazaf? Ini namanya politik kong-kalikong, cakap tak serupa bikin Bang Non! Fenin Jah...fenin!


KENAPA KECUT HUDUD?

Kenapa
bila dengar saja hudud
kau jadi kecut?

Laa ila ha illallah

Hudud hukum Allah
Kenapa kau bantah?

Hudud Syurb untuk pemabuk
Kenapa kau sibuk?

Hudud Zina untuk penzina
Kenapa kau hina?

Hudud Qazaf untuk pemfitnah
Kenapa kau gundah?

Hudud Sariqah untuk pencuri
Kenapa kau irihati?

Hudud Hirabah untuk perompak
Kenapa kau gempak?

Hudud Bughah untuk penderhaka
Kenapa kau mengata?

Hudud Riddah untuk si murtad
Jangan sampai kau sesat!

Adakah kau pemabuk?
Adakah kau penzina?

Adakah kau pemfitnah?
Adakah kau pencuri?

Adakah kau perompak?
Adakah kau penderhaka?

Adakah kau si murtad?
 
Sudah lupakah kau
janji kepada Ilahi

Sesungguhnya
Solatku, Ibadahku
Hidupku, Matiku

Hanyalah untuk Allah!


Zulkifli Bin Noordin
Isnin
02 Jamadil Akhir 1436
23 Mac 2015

26 May 2014

FITNAH HUDUD PAS?

Akan datang kelak suatu zaman dimana kamu akan terkena satu fitnah yang tidak kamu nampak, kerana datangnya seperti kepingan malam, seperti seekor semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap gelita. Iaitu kamu Islam waktu pagi, tetapi kamu kafir waktu petang; kamu Islam waktu petang, tetapi kamu kafir waktu pagi. Kamu mahu hudud bersama UMNO, tetapi kamu bersama DAP menolak hudud. Kamu terkena suatu penyakit dipanggil 'wahan' - hubbud duniya wakaro hiyatul maut, kamu terlalu cintakan dunia, jawatan, kedudukan dan habuan, dan kamu terlalu takut mati dan kehilangan jawatan, kedudukan dan habuan duniawi itu.
Salam 2 all.

Tahniah kepada kepimpinan PAS kerana berjaya membantu calon DAP Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan undi sebanyak 41,242 mengalahkan calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang mendapat 3,583 undi, dan dua calon bebas Mohamed Nabi Bux Bin Mohd. Nabi Sathar (ahli PAS) yang mendapat 799 undi dan Abu Backer Sidek Mohd. Zan yang mendapat 225 undi*.

Ini bermakna PAS berjaya memenangkan calon DAP menjadi Ahli Parlimen yang telah berjanji akan menolak dan menentang cadangan pembentangan RUU Hudud PAS Kelantan.

Eh...macam pelik pulak bunyinya. PAS membantu memenangkan calon yang akan menentang PAS untuk laksanakan hudud?

Dan itulah hakikat sebenarnya. PAS yang kononnya mahu membentang Rang Undang-Undang Perlaksanaan Hudud PAS Kelantan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang telah memenangkan musuh hudud PAS!

Ceritanya mudah sahaja. Untuk membolehkan RUU itu diluluskan, PAS memerlukan majoriti mudah iaitu 112 Ahli Parlimen menyokongnya.

PAS ada 21 Ahli Parlimen. Bermakna PAS memerlukan sokongan 91 lagi Ahli Parlimen.

Daripada mana PAS nak dapatkan 91 Ahli Parlimen ini?

Rakan sebantal PAS iaitu DAP telah mengisytiharkan penentangan, over my dead body kata mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP. Kata-kata penentangan yang masih dipegang oleh DAP.

Rakan sekatil PAS iaitu PKR telah menyatakan penolakan jelas. Kata pimpinan PKR yang sebangsa dan seagama dengan PAS, kami tetapi mengangkat Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda pembangkang.

Dalam keadaan penentangan dan penolakan rakan sekatil dan sebantal mereka, PAS menadah tangan mohon sokongan UMNO - parti Melayu-Islam yang mempunyai 88 Ahli Parlimen.

Alhamdulillah, kepimpinan UMNO termasuk Presidennya Dato' Sri Najib Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan UMNO tidak menolak hudud Islam sebagai hukum Allah, dan bersedia bekerjasama dengan PAS.

Bermakna PAS campur UMNO menjadi 109 Ahli Parlimen - kurang 3 untuk majoriti mudah.

Mana mahu cari 3 Ahli Parlimen ini?

Tiba-tiba Allah mengosongkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan Parlimen Teluk Intan. Dua kerusi Parlimen sudah terbentang depan mata PAS untuk ditambah sokongan.

Bermakna dengan 21 MP PAS, tambah 88 MP UMNO, ditambah 2 kerusi lagi menjadikan 111 kerusi. Hanya tinggal satu kerusi sahaja lagi untuk mendapat majoriti mudah, sesuatu yang hampir pasti boleh dicapai dengan izin Allah.

Dalam keadaan itu, sudah pasti akal waras manusia akan menjangkakan PAS akan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen itu, atau sekurang-kurangnya memastikan calon yang menang ialah calon yang akan sokong RUU Hudud PAS Kelantan.

Dan dalam keadaan itu, sudah pasti mana-mana umat Islam yang masih punya sekelumit iman akan menjangkakan PAS akan mengisytiharkan jihad untuk bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan!

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Rakan sekongkol PAS iaitu DAP meletakkan Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh sebagai calon Bukit Gelugor, dan Dyana Sofya Daud sebagai calon Teluk Intan.

DAN KEDUA-DUA CALON DENGAN JELAS, TERANG DAN NYATA MENGISYTIHARKAN MENOLAK HUDUD DAN AKAN MENENTANG PEMBENTANGAN RUU HUDUD PAS KELANTAN!

Dalam keadaan itu, akal waras manusia akan menjangkakan PAS bukan sahaja akan meletakkan calon sendiri, malah akan mengisytihar jihad menentang calon-calon DAP ini.

Tetapi sebaliknya yang berlaku!

Di Bukit Gelugor, PAS bukan sahaja menyokong dan membantu calon DAP yang menentang hudud, malah menentang dan mencemuh ahli PAS sendiri Mohamad Nabi Bux yang bertanding untuk menyokong RUU Hudud PAS Kelantan!

Di Teluk Intan, PAS bukan sahaja menyokong dan membantu calon DAP yang menentang hudud, malah pimpinan PAS turun berkempen untuk memenangkan calon DAP tersebut yang bukan sahaja menentang hudud, malah tidak bertudung pun!

MANA-MANA MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL WARAS AKAN KATA INI POLITIK TIGA-SUKU!

MANA-MANA UMAT ISLAM YANG BERIMAN AKAN BERKATA INI SIKAP HIPOKRIT POLITIK YANG SANGAT MEMUALKAN!

Tetapi hairan, masih ada penyokong dan pendokong PAS yang terus menerus taksub dengan retorik hudud yang dibawa PAS - mereka menjadi kaum yang Allah sebut sebagai PBB - Pekak, Bisa & Buta - summum bukmum 'umyum fahuum.

Mereka membaca Al-Quran, mereka tahu Allah telah memberi amaran tentang perkara ini. Tetapi mereka umpama kaldai yang memikul kitab yang banyak dibelakang tetapi tidak membawa sebarang menafaat kitab-kitab itu selain bebanan kepada mereka. 

Persoalannya, dalam suasana sebegini, adakah PAS masih mempunyai hak agama, moral dan politik untuk mendesak UMNO terus menyokong dan membantu mereka kononnya mahu membentangkan RUU Hudud PAS Kelantan?

Hanya orang bodoh dan jahil sahaja yang akan mengikut rentak politik tiga-suku PAS ini yang hanya mempermainkan agama untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Apa pun yang jelas ialah impian mendiang Karpal Singh sudah tercapai.

PAS bukan sahaja tidak berani 'melangkah mayat Karpal' untuk melaksanakan hudud, malah Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh yang turun berkempen dengan prinsip menentang hudud PAS berjaya 'melangkah mayat PAS' dengan memenangi kerusi Parlimen Gelugor dengan bantuan PAS.

Ya Allah, peliharalah aqidah dan keimanan kami, dan jauhkanlah kami daripada fitnah aqidah yang melanda umat ini, dan berilah kami kekuatan dan istiqomah, ameen!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Rejab 1435
26 Mei 2014

* Nota: kesemua calon iaitu Datuk Huang Cheng Guan (PCM), Mohamed Nabi Bux & Abu Backer hilang deposit. Ramkarpal memperolehi majoriti sebanyak 36,659 (89%) undi. Tetapi peratus turun pengundi terlalu sedikit iaitu 46,099 iaitu sebanyak 56.04% daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 82,431. Pecahan pengundi mengikut etnik di Parlimen Bukit Gelugor ialah 61,267 Cina (74.33%), Melayu 11,913 (14.45%), India 8,848 (10.73%) dan lain-lain kaum 403 (0.3%). Dalam PRU 13 pada 05.05.2013, mendiang Karpal Singh mendapat sebanyak 55,839 undi (iaitu majoriti 41,778 undi) daripada 82,042 (86%) pengundi yang turun. Calon BN masa itu Teh Beng Yeam (MCA) mendapat 14,061 undi. Bagaimanapun peratus majoriti yang diperolehi Ramkarpal adalah 89%, sedangkan mendiang Karpal ialah 79.1%.

21 May 2014

POLITIK 3-SUKU

Peluru musuh Islam tidak membezakan diantara UMNO atau PAS, Hamas atau Fatah! Bagi tiap jiwa yang mempersaksikan 'Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah' adalah musuh qati'e bagi Iblis, syaitan dan dikalangan manusia yang memusuhi Allah & Islam!
Salam 2 all.

Nak hudud cari UMNO, nak kerusi cari DAP? Nak Islam cari UMNO, nak politik cari DAP!

Adakah PAS menjadi pengamal POLSAS - politik suku agama suku?

Saya melihat PRK Bkt Gelugor & PRK Teluk Intan sebagai bukti amalan POLSAS ini.

Dalam keadaan PAS sibuk mendesak Ahli Parlimen UMNO menyokong usul hudud PAS Kelantan; tetapi diwaktu yang sama mereka menyokong dan mengundi calon-calon DAP bagi PRK Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menentang hudud PAS!

Malahan PAS cukup kuat mengutuk dan mengecam mana-mana wanita Melayu Islam yang tidak bertudung, tetapi mereka menyokong dan mengundi calon DAP PRK Teluk Intan yang bukan sahaja tidak bertudung malah menentang hudud PAS!

Sebab itu saya rasa iblis sendiri pun akan menangis melihat politiking hipokrit dan melampau PAS ini! Sebab jahat-jahat iblis pun dia berterus terang dengan pendirian dia depan Allah menolak Nabi Adam a.s, sedangkan PAS mempertopengkan agama Allah untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa seorang pemimpin kanan PAS yang juga seorang yang dikenali sebagai Ustaz. Malahan kekadang dia dikenali dan dipanggil sebagai ulamak walaupun bagi saya beliau hanya seorang penggemar nasi lemak.

Saya bertanya kepada Ustaz ini satu soalan;

"Enta desak Ahli Parlimen UMNO sokong hudud PAS, tetapi enta sokong calon DAP bagi Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menolak dan menentang hudud PAS! Bukankah ini paradoks politik dan sifat hipokrit yang sangat serius".

Jawab Ustaz ini, "hudud soal agama sheikh, PRK soal politik. Enta kena bezakan antara perlaksanaan hudud dan pilihanraya".

Saya menjawab dengan bertanya balik, "bukankah itu bermakna enta memisahkan antara agama dan politik. Hudud agama, pilihanraya politik. Ini bermakna amalan politik suku agama suku? Bukankah atas tuduhan politik suku agama suku inilah PAS mengkafirkan UMNO?".

Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Kalau benar perjuangan PAS berdasarkan Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang selalu dimomokkan kepada orang Melayu, sudah tentu mereka akan menentang calon DAP bagi PRK Bkt Gelugor dan Teluk Intan.

Tetapi yang pelik calon ahli PAS sendiri bagi PRK Bkt Gelugor Haji Mohamed Nabi Bux yang jelas perjuangan dia mahu membantu PAS melaksanakan hudud, bukan sahaja tidak disokong dan dibantu oleh PAS, malahan beliau dimaki dan dicaci nista.

Sampai ke peringkat PAS tidak mahu mengaku beliau sebagai ahli walaupun ada sijil keahlian yang ditandatangani sendiri oleh Almarhum Ust Fadil Nor, mantan Presiden PAS!

Sebaliknya PAS bermati-matian membantu dan menyokong Ramkarpal Singh yang terang-terang menyatakan jika dia menang menjadi Ahli Parlimen, dia tetap dengan pendirian mendiang bapanya sendiri Karpal Singh akan menentang RUU hudud PAS jika dibentangkan didalam Parlimen nanti!!!

Malah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang turut hadir menyambut Ramkarpal Singh dalam perarakan pada hari penamaan calon!

Didalam PRK Teluk Intan, secara jelas lagi sarih calon DAP yang tidak bertudung ini menegaskan bahawa jika dia menjadi Ahli Parlimen, dia sama sekali tidak akan menyokong usul RUU Hudud PAS Kelantan, malah akan menentangnya.

Sekali lagi PAS mengambil sikap menyokong dan membantu calon DAP ini untuk memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan. Malah pimpinan PAS turut sama berarak meraikan calon tidak bertudung penentang hudud ini pada hari penamaan calon!

Dan bila ditanya kepada kepimpinan PAS kenapa sokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud, pasti mereka akan menjawab membantu DAP adalah strategi politik tahalluf siasi, melaksanakan hudud adalah kewajipan syariah.

Bantu DAP siasah, buat hudud syariah!

Bukankah itu namanya politik suku agama suku?

Adakah PAS sudah lupa Amanat Hadi yang dibuat di Kg Banggol Pradong, Kuala Terenganu pada tahun 1981? Adakah PAS lupa bahawa, "PAS menentang UMNO kerana mengamalkan politik suku agama suku".

Atau adakah PAS sudah sampai ke peringkat politik tiga suku?

Kepada ahli-ahli PAS yang saya percaya cukup ikhlas mahukan Islam, sedar dan insaflah kalian semua daripada kesesatan politik yang sedang dibawa oleh kepimpinan kalian, terutama daripada kalangan parasit yang sudah meresap menguasai PAS yang berpendirian mempertuhankan kerusi dan demokrasi!

Bangkitlah melakukan jihad mengembalikan PAS kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan syariat Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, semoga kita semua diberi kekuatan dan sifat istiqomah dalam perjuangan in insya-Allah, ameen!

Aamantu billah summastaqeem - intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rejab 1435
21 Mei 2014

16 May 2014

PAS TOLAK NABI?

Sudah tiba masanya wajib bagi PAS memilih antara menjadikan Islam sebagai alat untuk politik atau menjadikan politik sebagai alat untuk Islam, antara menjadikan hudud sebagai alat mendapatkan undi atau menjadikan undi sebagai alat mendapatkan hudud.
Salam 2 all.

Adalah sesuatu yang sangat pelik lagi menghairankan apabila PAS beriya-iya mendesak UMNO membantu dan menyokong mereka untuk melaksanakan hudud, tetapi diwaktu yang sama langsung tidak mahu membantu dan menyokong, malah menentang ahlinya sendiri Haji Mohammed Nabi Bux sebagai calon PRK Bukit Gelugor yang mahu melaksanakan hudud!

Ini politik hipokrit namanya yop!

Saya merujuk kepada kenyataan beberapa pimpinan PAS yang melemparkan fitnah konon calon bebas bagi PRK Bkt Gelugor, Haji Mohammed Nabi Bux bukan ahli PAS, sebaliknya seorang ahli UMNO yang ditaja untuk menjadi calon.

Malahan sudah timbul desas-desus menyatakan bahawa Haji Mohammed Nabi Bux akan dipecat keahlian PAS!

Penolakan pimpinan PAS terhadap pencalonan Haji Mohammed Nabi Bux sangatlah dikesali.

Sedangkan Hj Nabi adalah seorang ahli PAS yang berdaftar dengan sijil pendaftaran keahlian ditandatangani sendiri oleh Allahyarham Datuk Fadhil Nor semasa beliau menjadi Presiden PAS.

Hj Mahammed Nabi dalam kenyataannya jelas bahawa tujuan beliau untuk bertanding adalah kerana mahu membantu PAS melaksanakan hudud.

Ini sudah tentu sinonim dengan perjuangan masakini PAS yang mahu membentangkan Rang Undang-Undang Private untuk Perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Tidakkah tambahan seorang lagi Ahli Parlimen akan menguatkan lagi kedudukan PAS dalam Dewan Rakyat daripada 21 ahli kepada 22?

Tidakkah ini akan memberikan PAS tambahan undi untuk membentangkan RUU Hudud itu?

Dengan 22 MP PAS, ditambah dengan sokongan UMNO sebanyak 88 kerusi, menjadikan jumlah 110, hanya kurang 2 sahaja lagi untuk majoriti mudah yang diperlukan?

Jadi adalah tidak menasabah untuk kepimpinan PAS menolak Hj Mohammed Nabi sebagai calon, sedangkan calon DAP Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh telah secara terang-terangan menyatakan akan menolak RUU Hudud PAS tersebut.

Adakah kepimpinan PAS menolak Hj Mohammed Nabi hanya untuk memuaskan hati rakan sekongkolnya DAP?

Sehingga PAS membuat kenyataan sanggup menangguhkan rancangan membentangkan RUU Hudud dalam sidang Parlimen Jun akan datang ini, adakah semata-mata untuk memastikan isu hudud tidak menganggu calon DAP dalam PRK Bukit Gelugor / PRK Teluk Intan?

Adakah tahap penjilatan politik kepimpinan PAS sudah sampai ke peringkat kronik sehingga sanggup menafikan keahlian ahli sendiri?

Persoalan lebih besar ialah adakah rancangan pembentangan RUU hudud PAS sekadar mainan dan retorik politik semata-mata?

Kerana kalau benar PAS ikhlas mahukan kerjasama Ahli Parlimen UMNO menyokong RUU Hudud PAS tersebut, bukankah kemenangan Hj Mohammed Nabi di Bukit Gelugor akan menambah kerusi sokongan untuk PAS?

Sepatutnya kepimpinan PAS mengerahkan seluruh jentera PAS membantu Hj Nabi untuk memastikan kemenangan beliau!

Sepatutnya PAS mengerah seluruh jentera pilihanraya mereka memastikan calon DAP Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh yang terang-terangan menolak RUU Hudud PAS tewas dalam PRK Bkt Gelugor ini.

Jadi agak kehairanan dengan sikap kepimpinan PAS yang bukan sahaja tidak mengaku Hj Mohammed Nabi sebagai ahlinya, malahan langsung tidak mahu membantu beliau sedangkan perjuangan Hj Mohammed Nabi jelas untuk melaksanakan hudud yang diimpikan oleh PAS!

Kalau PAS tidak sanggup membantu dan bekerjasama dengan ahlinya sendiri yang mahu melaksanakan hudud, adalah ironis dan menghairankan PAS berani mendesak UMNO membantu & berkerjasama dengan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan!

Ini sikap hipokrit politik yang kita tidak boleh terima dan menimbulkan persoalan keikhlasan PAS dan niat sebenar mereka konon mahu melaksanakan hudud di Kelantan!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 Rejab 1435
16 Mei 2014

11 May 2014

MCA TARIK DIRI?

MCA sepatutnya menggunakan medan PRK Bukit Gelugor untuk mendesak DAP supaya menasihatkan PAS melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap Anwar untuk membuktikan keikhlasan PAS mahu melaksanakan kanun jenayah syariah di negara ini!
Salam 2 all.

Saya tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agong MCA Ong Ka Chuan semalam yang mengumumkan bahawa MCA tidak akan meletakkan calon menentang Ramkarpal Singh dalam PRK Bkt Gelugor.

MCA memberikan alasan mahu menumpu kepada isu perlaksanaan hudud yang mahu dibentangkan oleh PAS sebagai krisis nasional yang perlu ditangani.

Pada saya alasan MCA itu hanyalah satu gimik dan retorik politik semata-mata, kerana mereka tahu calon MCA tidak boleh memenangi sebarang pertandingan menentang DAP.

Dan pada saya, MCA tidak mahu membuka pekong bahawa kaum pengundi Cina telah menolak mereka; dan mendedahkan sebarang ungkapan konon pengundi Cina sudah kembali kepada MCA adalah retorik politik semata-mata.

Ini terbukti didalam PRK Kajang baru-baru ini dimana calon hebat MCA, Naib Presidennya sendiri Chew Mei Fun tumbang ditangan calon PKR. Malahan jumlah undi yang diperolehi MCA semasa PRU-13 di Kajang semakin menurun didalam PRK Kajang!

Jadi meletakkan calon di kubu kuat DAP di Bkt Gelugor akan sekadar menjadi medan pembantaian kepada survival politik MCA. Silap-silap mahu hilang deposit calon MCA!

Pada saya adalah hak MCA untuk tidak mahu meletakkan calon dalam PRK Bkt Gelugor.

Tetapi MCA tidak ada hak untuk berselindung disebalik isu perlaksanaan hudud oleh PAS sebagai alasan tidak mahu bertanding!

Pada saya ini kenyataan paradox politik yang self-contradictory.

Sepatutnya DAP yang wajar khuatir dan risau dengan cadangan perlaksanaan hudud oleh PAS, kerana PAS adalah rakan sekongkol mereka.

Kalau menggunakan logik MCA, sepatutnya DAP lah yang tidak meletakkan calon dalam PRK Bkt Gelugor. Sepatutnya DAP lah yang sepatutnya menarik diri dan membuat kenyataan mahu menumpu dan fokus kepada menghalang PAS daripada melaksanakan hudud.

Malah MCA sepatutnya menggunakan sepenuhnya peluang didalam PRK Bkt Gelugor untuk menyerang DAP yang kelihatan tidak mampu mengekang rakan sekongkolnya PAS daripada melaksanakan hudud.

Kalau benar MCA mahu menentang perlaksanaan hudud oleh PAS, PRK Bkt Gelugor adalah medan tempur terbaik untuk MCA membelasah DAP; bukan dengan menarik diri daripada bertanding. MCA sepatutnya meyakinkan pengundi Cina bahawa kredibiliti dan kewibawaan DAP tercalar dan tercabar kerana membiarkan PAS melaksanakan hudud.

Malah tag-line politik yang terbaik bagi MCA di Bkt Gelugor ialah "DAP membiarkan PAS melangkah mayat Karpal!".

Jadi tidak masuk akal bagi MCA tidak mahu meletakkan calon dalam PRK Bkt Gelugor kononnya kerana mahu fokus kepada isu perlaksanaan hudud oleh PAS!

Adakah MCA takut dengan bayang-bayang sendiri?

Atau adakah MCA mempunyai agenda politik lain?

Apa pun, bagi saya MCA tidak ada hak untuk menuding jari kepada YAB Perdana Menteri dan kepimpinan Barisan Nasional dan menghalang BN daripada meletakkan calon bagi PRK Bkt Gelugor, kononnya itu adalah kerusi tradisi MCA!

Kalau MCA sendiri memungkiri tradisi BN dengan enggan mahu bertanding dalam satu PRK, maka MCA tidak ada hak untuk menghalang BN daripada memungkiri tradisi dengan meletakkan calon daripada parti komponen lain atau BN-Friendly untuk bertanding dalam PRK Bkt Gelugor - kerana adalah menjadi tradisi BN untuk meletakkan calon dalam mana-mana pilihanraya!

Dan dengan keadaan kesahihan pencalonan Ramkarpal Singh sebagai calon mewakili DAP boleh dicabar kerana kasahihan CEC DAP tidak diiktiraf oleh ROS, ada kemungkinan calon BN boleh menang tanpa bertanding dan merampas semula kerusi Bkt Gelugor.

Ini peluang BN memecah kerusi tradisi DAP; dan MCA tidak patut menghalang hanya kerana kononnya Bkt Gelugor adalah kerusi tradisi MCA.

Apapun, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke 68 kepada UMNO yang menyambut ulangtahun penubuhannya sejak 11 Mei 1946 hari ini.

Sempena ulangtahun ini, mungkin UMNO perlu mempertimbangkan untuk keluar daripada kepompong politik tradisi dengan meletakkan calon menentang Ramkarpal Singh.

Mana tahu berkat ulangtahun ke 68 ini, dan dengan niat jelas mahu bersama umat Islam melaksanakan hudud Islam sebagai mencari keredhaan Allah, mungkin kubu kuat DAP di Bkt Gelugor boleh bertukar menjadi kerusi UMNO, insya Allah!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

ZulkIfli bIN Noordin
Ahad
11 Rejab 1435
11 Mei 2014

09 May 2014

GENGGAM BARA API!

Alhamdulillah teman sempat mendirikan solat jenazah buat Allahyarham Pak Aziz Sattar di Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn pada hari Selasa 06 Rejab 1435 / 06 April 2014. Moga dicucuri rahmat & diberi keampunan, dan diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah!
Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda, 'akan datang suatu masa nanti dimana orang yang sabar berpegang teguh pada agamanya Islam), seperti mereka memegang bara api'.

Didalam satu lagi hadis, Nabi saw bersabda bahawa, 'sesungguhnya Islam itu pada masa mula datangnya asing (tidak dikenal), dan kelak nanti ia akan kembali asing. Maka berbahagialah orang yang termasuk dalam golongan asing ini, iaitu mereka yang memperbaiki apa yang dirosak manusia dari sunnah ku pada masa aku tiada nanti'.

Riwayat Turmidzi
Begitulah apa yang kita umat Islam lalui hari ini.

Ini jelas dapat kita lihat apa dengan apa yang sedang dilalui oleh Tuanku Sultan Brunei dan Kerajaan Brunei setelah pengumuman perlaksanaan Kanun Penal Syariah Brunei 1435-2014 yang antara lain mengandungi peruntukkan perlaksanaan hukum hudud dan pengharaman penggunaan sembilan belas kalimah terhadap non-Muslim termasuk kalimah Allah

Tuanku Sultan Brunei adalah antara manusia paling kaya dengan kurnia rezeki daripada Allah melalui limpahan minyak petrol yang mengalir dibumi Brunei.

Dengan kekayaan itu, Tuanku Sultan Brunei telah membeli banyak harta sebagai pelaburan negara, antaranya termasuk hotel-hotel mewah seperti Dochester House di tengah Kota London, dimana ramai golongan ternama termasuk artis terkenal barat suka mendiaminya.

Tuanku Sultan Brunei semasa mengumumkan perlaksanaan Kanun Penal Syariah menegaskan bahawa bagaimana kaya dan berkuasanya Baginda, namun Baginda masih kerdil dihadapan Allah. Baginda tetap hamba Allah yang tetap bertanggungjawab melaksanakan perintah Allah, apatah lagi Baginda diberi amanah kepimpinan diserta kekayan yang melimpah ruah.

Itulah sebabnya Baginda melaksanakan Kanun Penal Syariah. Baginda melaksanakannya bukan kerana kadar jenayah Brunei tinggi, bukan kerana kadar jenayah di Brunei sudah tidak boleh dikawal. Tidak!

Baginda melaksanakannya semata-mata kerana sami'na wa ato'na - aku dengar ya Allah, dan aku ta'at.

Namun segelintir mayarakat didunia ini yang kini hidup seperti dizaman kehaiwanan, dengan seks bebas diluar batasan; dengan kepercayaan kepada ketuhanan hampir luput; kadar jenayah yang sudah hampir diluar kawalan; dengan penipuan dan pembohongan melampau; dengan penyembahan kepada kehidupan material menyebabkan kadar jenayah kolar putih makin meningkat - manusia golongan kehaiwanan ini membantah keras perlaksanaan Kanun Penal Syariah Brunei.

Beberapa tokoh terkenal dunia material ini seperti Richard Bronson, tuanpunya Virgin Air, pengendali penerbangan tambah murah yang kini kaya raya membuat kenyataan akan memboikot semua hotel milik Brunei termasuk Dorchester House London. Malah beliau menyatakan tidak akan hadir apa juga acara dan program anjuran Kerajaan atau Tuanku Sultan Brunei.

Malahan, Kerajaan Amerika pimpinan Barack Hussein Obama menyatakan mereka prihatin dengan perlaksanaan Kanun Penal Syariah Brunei dan menganggap ia sebagai bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan masakini!

Saya sebenarnya tidak akan terkejut kalau golongan neo-jahiliyah ini akan mengambil tindakan lebih keras dan tegas terhadap Tuanku dan Kerajaan Brunei.

Kemungkinan sekatan ekonomi dan perdagangan akan dikenakan bukan sesuatu yang mustahil. Ataupun mereka akan bekukan semua aset dan harta termasuk akaun-akaun Tuanku dan Kerajaan Brunei. Malah mungkin juga mereka akan kenakan sekatan imigrasi dan penerbangan terhadap Tuanku Sultan dan pimpinan Kerajaan Brunei termasuk kerabat Di-Raja Brunei. Mungkin juga keanggotaan Brunei Darussalam dalam PBB atau beberapa pertubuhan antarabangsa lain akan digantung, malah mungkin dipecat!

Inilah yang Rasulullah saw maksudkan bilamana akan datang suatu masa nanti apabila seseorang Muslim itu mahu melaksanakan kehidupan mengikut syariat Islam, dia akan berhadapan dengan tentangan dan bantahan serta pembantaian daripada segala sudut; sehingga nanti dia merasakan seperti sedang mengenggam bara api. Malah dia akan menjalani kehidupan terasing - diasingkan dan terpaksa mengasingkan diri daripada kehidupan manusia lain yang sudah jatuh ketahap lebih teruk daripada kehidupan kehaiwanan.

Malah nanti sampai ke satu peringkat, pernah diriwayatkan akan datang suatu zaman nanti umat Islam yang mahu menjalani kehidupan berteraskan Al-Quran dan Sunnah akan melalui kawasan perkuburan dan berkata; alangkah baik kehidupan kamu disana!

Namun apa pun kita tetap yakin dengan janji Allah - bahawa kita yang menjalani kehidupan seperti orang asing ini, dan kita yang terpaksa mengenggam bara api dalam nak meghidupkan perintah Allah, akan tetap menjadi golongan yang dimenangkan Allah - samada didunia ataupun diakhirat insyallah.

Dan saya mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan dan petunjuk hidayah kepada Tuanku Sultan Brunei dan Kerajaan Brunei didalam menghadapi segala tribulasi dan mehnah kemanusiaan didalam melaksanakan perintah Allah ini - ameen.

Ya Allah, masukkan kami dalam golongan yang berjiwa tenang. Masukkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai dan kami meredhai Mu; Masukkanlah kami kedalam golongan hamba Mu, dan masukkanlah kami dalam syurga Mu - ameen!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Rejab 1435
09 Mei 2014

Nota: teman mengambil kesempatan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Datuk Aziz Satar @ Pak Aziz pada hari Selasa 06 Rejab 1435/06 Mei 2014 dan juga pemergian Allahyarham Pakcik Jamal Muhammad pada hari Rabu 07 Rejab 1435/07 Mei 2014. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan Nya kepada mereka, dan memasukkan mereka kedalam golongan soleh, ameen!

05 May 2014

KALIMAH HARAM DI BRUNEI!

Pada 16.02.2014 di Holy Family Chruch, Kajang,
Anwar menyatakan tiada halangan untuk
Kristian mengguna-pakai kalimah Allah! Na’uzubillah
Salam 2 all.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tahniah kepada Tuanku Baginda Sultan Brunei dan Kerajaan Brunei atas penggubalan undang-undang terbaru dikenali sebagai Kod Penal Syariah Brunei 1435/2014 yang antara lain mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim!

Perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya oleh non-Muslim didalam Kod Penal Syariah ini hampir sama dengan Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor dan lain-lain Enakmen yang ada didalam Malaysia.

Dibawah undang-undang baru ini, sesiapa yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda maksimum $4,000-00 (RM10,400-00) atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun!

Adakah mereka yang kononnya berjuang untuk hak kebebasan tanpa batas akan kutuk undang-undang ini sebagai menyekat hak asasi manusia, atau barbarik, atau ketinggalan zaman, atau jumud, atau tidak Islamik?

Selain kalimah Allah, undang-undang itu juga mengharamkan penggunaan 19 perkataan yang diperuntukkan iaitu:
 
1. Allah;
2. Masjid;
3. Azan;
4. Baitullah;
5. Al-Quran;
6. Fatwa;
7. Firman;
8. Hadis;
9. Haji;
10. Hukum Syarak;
11. Ilahi;
12. Kaabah;
13. Kalimah Syahadat;
14. Kiblat
15. Imam;
16. Mufti;
17. Mukmin;
18. Solat;
19. wali.
 
Jadi saya cabar Anwar Ibrahim dan para balacinya yang bersetuju bebenor kristian menyalah-guna kalimah Allah supaya menyatakan pendirian mereka! Tak berasa nak hentam Kerajaan Brunei ke yop?
 
Dan kepada Datuk Seri Hadi Awang dan kepimpinan PAS, saya cabar supaya segera menarik balik dan membatalkan perjanjian 08.01.2013 yang dibuat antara Lim Kit Siang, Anwar dan Datuk Seri Hadi menyatakan persetujuan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan desakan Lim Guan Eng pada 25.12.2012 supaya kristian dibenarkan menyalah-guna kalimah Allah!
 
Jangan lupa, kesalahan murtad adalah salah satu daripada kesalahan hudud yop!  

Wallahua'lam dan wassalam.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Adigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Rejab 1435
05 Mei 2014

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada www.sinarharian.com.my)

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.

Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan  atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.

SINARHARIAN

03 May 2014

POLITIK LABA-LABU



Kata Datuk Nik Aziz, PAS bukan sahaja bersedia bekerjasama dengan DAP, kalau dengan syaitan pun PAS sanggup asalkan UMNO dijatuhkan dari pemerintahan negara!
Salam 2 all.

Saya telah berkali-kali mengulangi pendirian bahawa tiada mana-mana orang Islam yang mempunyai walau sedikit keimanan akan menolak perlaksanaan syariat Islam termasuk undang-undang jenayah seperti hudud. Saya istiqomah dalam isu ini.

Malahan YAB Dato' Sri Najib sendiri telah menegaskan bahawa UMNO tidak menolak hudud, dan bersedia bekerjasama dengan PAS untuk perlaksanaannya supaya matlamat keadilan Islam itu tercapai - tetapi hudud Islam, bukan hudud ciptaan manusia!

Berdasarkan itulah apabila PAS memainkan senitmen perlaksanaan hudud, umat Melayu-Islam senang termakan. Dan sesiapa yang mempertikai akan mudah dilabel sebagai penentang Islam, malah sampai dikafirkan!

Bagaimanapun, apa yang kita mahu persoalkan ialah nawaitu dan tujuan sebenar PAS dalam mempelopori isu hudud ini? Adakah mereka benar-benar ikhlas, atau sekadar pemanis mulut politiking sahaja? 

Dalam konteks itu, saya merujuk kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan keikhlasan PAS untuk melaksanakan hudud berikutan daripada pendedahan oleh Teresa Kok bahawa pimpinan PAS memaklumkan kepada DAP tujuan PAS nak bentangkan usul persendirian perlaksanaan hudud di Kelantan adalah untuk meraih sokongan orang Melayu.

Saya menyokong kenyataan Datuk Seri Zahid tersebut dan mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas samada benar atau tidak dakwaan Teresa Kok itu?

Apabila menghadapi bantahan dan tentangan keras daripada rakan sekongkol mereka DAP-PKR dalam usaha nak membentangkan usul persendirian bagi perlaksanaan hudud di Kelantan, PAS menadah tangan mohon simpati dan sokongan UMNO yang mereka jadikan musuh dan pernah dikafirkan.

Dalam keadaan itu, yang peliknya PAS masih bersekongkol dgn DAP-PKR untuk menyerang UMNO. Bukti terbaru ialah himpunan haram Khamis lepas dimana hampir 90% yang hadir ialah ahli dan penyokong PAS.

Malah kawalan keselamatan disediakan oleh Unit Amal PAS. Bukan itu sahaja, pimpinan tertinggi PAS termasuk Timb Pres Mat Sabu, Hatta Ramli dan lain-lain turut hadir dalam himpunan tersebut.

Himpunan yang dijubahkan dengan slogan anti-GST telah diputar-belitkan oleh pembangkang sebagai medan 'UMNO-bashing' dan 'balun-Najib', termasuk mempertikai sabitan kes liwat Anwar terhadap pemabntunya Saiful dan memaki hamun Kerajaan UMNO termasuk YAB Dato' Sri Najib sendiri, dimana ada insiden gambar PM dipijak penyokong himpunan tersebut.

Tangan kanan meminta, tangan kanan menikam!
Yang lebih menyedihkan, ada penyokong himpunan ini tidak tahu apa benda pun pasal GST. Bila ditanya apa mereka faham mengenai GST yang konon dibantah, mereka jawab 'wa tak tau, wa tau nak datang berhimpun'. Dan ada antara mereka penuh bangga menunjukkan resit seperti McDonald atau Parking yang tertera perkataan GST. Nampak sangat mereka benar-benar buta tidak tahu beza GST - Goods & Sales Tax dan GST - Government Service Tax (yang telah lama dilaksanakan oleh Jabatan Kastam DiRaja).

Apa pun, pada saya kelakuan PAS menyertai, malah meramaikan himpunan haram ini satu sikap hipokrit politik yang tidak sepatutnya berlaku.

Diwaktu tangan kanan PAS menagih simpati dan sokongan UMNO, tetapi tangan kiri pula cuba menikam UMNO dari belakang. 

Kalau begini sikap PAS yang penuh dengan politik kepura-puraan, saya menyarankan kepada UMNO supaya menggantung dan mengkaji semula sebarang cadangan mengadakan apa juga kerjasama politik dengan PAS dalam apa juga perkara termasuk perlaksanaan hudud PAS yang konon nak dilaksanakan di Kelantan.

Mungkinkah ada kebenaran pendedahan Teresa Kok itu, bahawa retorik hudud ini hanya sekadar sandiwara politik PAS bertujuan meraih sokongan dan undi orang Melayu yang sudah muak dan meluat dengan politiking melampau mereka dan menghukum PAS dalam PRU-13 lepas?

Saya khuatir UMNO akan terperangkap dengan mainan politik PAS ini, dan lebih parah akan menyebabkan rakan komponen UMNO terutamanya MCA, Gerakan dan rakan-rakan komponen Sabah & Sarawak berasa sangsi dan mempunyai persepsi yang salah terhadap UMNO.

Dalam apa keadaan pun, terbukti MCA, Gerakan dan lain-lain komponen lebih setia kepada UMNO dan boleh dipercayai berbanding dengan PAS yang sentiasa sahaja memusuhi dan seronok mendalangi apa jua usaha untuk menjatuhkan pimpinan Kerajaan UMNO.

Bak kata pepatah barat, 'better the devil you know, then the angel that you don't know'. Bak kata Datuk Nik Aziz, 'berkawan dengan syaitan pun kawe sanggup'.

Apa pun pendirian UMNO sangat jelas - UMNO tidak menolak hudud. Dan yang penting ialah UMNO wajib memastikan hudud yang diperintahkan Allah yang dilaksanakan, bukan hudud ciptaan manusia!

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Noordin
Sabtu
3 Rejab 1435
3 Mei 2014

02 May 2014

HUDUD: SUATU KESEMPURNAAN

Adakah PAS benar-benar ikhlas mahu melaksanakan hudud untuk mencari keredhaan Allah atau hanya sebagai umpanan untuk mendapat political mileage dan undi umat Melayu-Islam?
Salam 2 all.

Artikel saya bertajuk "Keikhlasan PAS melaksanakan Hudud" baru sahaja disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini. Sila layari www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140502/re_05/Keikhlasan-PAS-melaksanakan-hudud.

Didalamnya saya mendedahkan 8 fakta sebagai sandaran untuk membuktikan nawaitu PAS dalam inisiatif untuk membentangkan Usul Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan boleh dipertikaikan. Saya juga menyarankan PAS supaya melakukan 7 perkara sebelum mahu meminta sokongan UMNO bagu usaha tersebut.

Bagaimanapun portal media pro-pembangkang MalaysiaKini melaporkan bahawa pimpinan PAS telah mengadakan pertemuan peringkat tertinggi dengan pimpinan DAP-PKR Rabu lepas di Ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.

Menurut Teresa Kok, salah seorang pemimpin DAP yang hadir dalam taklimat tersebut, PAS memaklumkan bahawa inisiatif Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud itu dibuat bagi mengelakkan kehilangan sokongan dan undi Melayu (lihat lapuran dibawah).

Kenyataan ini sekaligus menimbulkan persoalan serius mengenai tujuan dan nawaitu sebenar PAS dalam mahu melaksanakan hudud di Kelantan - adakah kerana mematuhi perintah Allah atau kerana politik kepartian?

PAS wajib mengeluarkan kenyataan mengenai pendedahan Teresa Kok ini supaya umat Melayu-Islam tidak terus terpedaya. Jika ianya benar, maka nawaitu PAS sangatlah diragui. Tetapi jika tidak benar, PAS wajib menyanggah kenyataan Teresa Kok dan mengambil tindakan menyelarnya.

Saya sendiri mengambil pendekatan yang diperintah Allah didalam Surah Al-Hujurat:6 yang menghendaki supaya kita memeriksa dahulu berita ini. Memandangkan berita ini bersumberkan daripada seorang kafir, maka kita harus mengesahkannya terlebih dahulu walaupun datang daripada media-portal yang tegar pembangkang!

Walau bagaiamanapun, saya semakin keliru dengan agenda politik hudud PAS ini kerana apabila meneliti kembali Enakmen Syariah (Hudud, Qisas & Ta'zir) yang dikemukakan oleh PAS, adalah jelas ianya tidak menepati undang-undang Islam sepenuhnya.

Antara perkara pokok yang terdapat percanggahan ketara ialah Seksyen 59 yang memperuntukkan Enakmen hudud ini hanya berkuatkuasa keatas orang Islam sahaja, dan orang bukan Islam ada pilihan untuk menerima atau tidak perlaksanaan hudud keatas mereka.

Ini jelas bercanggah dengan syara' dan kehendak qanun jinayat syariah sendiri yang mewajibkan perlaksanaan undang-undang jinayat keatas semua orang yang duduk dibawah pemerintahan sesuatu pemerintah yang melaksanakan undang-undang itu. Jika tidak, keadilan Islam yang mahu dicapai dengan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam tidak akan tercapai.

Contohnya kalau 2 orang lelaki mencuri, seorang Islam seorang bukan; maka yang Islam akan dihukum potong tangan jika sabit kesalahan, manakala yang bukan Islam hanya akan dipenjarakan mengikut Seksyen 379 Kanun Kesiksaan. Jadi bagaimana keadilan Islam hendak dicapai jika kita mendiskriminasi pesalah?

Bertambah serius kepincangan ini jika sepasang kekasih melakukan zina; jika wanitanya Islam dan lelakinya bukan Islam, maka hanya wanita itu sahaja yang akan dikenakan hudud, manakala lelakinya dibebaskan kerana zina bukan kesalahan jenayah dalam undang-undang sivil. Begitulah juga jika melakukan kesalahan meminum arak.

Jadi perlaksanaan undang-undang jinayat Islam seperti ini akan menimbulkan fitnah terhadap hukum Allah itu sendiri. Bukan sahaja keadilan Islam tidak akan tercapai, malah yang lebih serius qanun jinayat Islam akan menjadi bahan tertawa kepada bukan Islam!

Akhirnya bukan keredhaan Allah yang akan kita perolehi, sebaliknya murka dan la'nat Allah akan ditimpa kepada kita.

Sebab itu saya sarankan supaya PAS memperhalusi semula deraf undang-undang hudud yang dicadangkan. Terlalu banyak kecacatan yang ada yang akan meletakkan hudud sebagai bahan persenda orang ramai nanti.

Apa salahnya PAS bersabar, dan membuat sesuatu perkara secara bijaksana dan berhemah, dan bukan untuk mendapat political mileage.

Apa salahnya PAS membentangkan deraf undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan kepada semua stakeholder dan pakar perundangan dan guaman, samada syariah atau sivil, supaya ianya boleh diperhalusi dan dipastikan benar-benar syariah compliance.

Kita lihat bagaimana Brunei mengambil masa begitu lama (lebih 30 tahun) untuk akhirnya memperkenalkan undang-undang hudud.

Itupun setelah digubal sebagai undang-undang yang perlaksanaannya berkuatkuasa semalam 01 Mei 2014, tetapi dilaksanakan secara berperingkat melalui 3 Fasa; dengan Fasa pertama hanya membabitkan hukuman rotan/ penjara sahaja. Manakala hukuman hudud yang lain ditangguhkan sehingga rakyat bersedia.

Dan hudud di Brunei terpakai kepada semua samada Islam ataupun bukan!

Jadi saya berharap supaya kepimpinan PAS akan lebih rasional dan matang dalam isu perlaksanaan hudud ini. Saya telah menyarankan dalam artikel sebelum ini supaya PAS melakukan 7 perkara dahulu sebelum Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud di Kelantan mahu dibentangkan.

Dan saya ingin menambah satu lagi, supaya satu seminar peringkat antarabangsa dengan kehadiran ulama'-ulama' fiqh dan syariah samada daripada Malaysia mahupun daripada luar negara diadakan bagi menilai kewajaran dan kesesuaian melaksanakan hudud di Malaysia buat masa ini.

Jika ianya wajar dan bersesuaian, biarkan para ulama' dan pakar perundangan ini memperhalusi dengan teliti deraf Undang-Undang Hudud yang mahu dibentangkan supaya ianya benar-benar menepati syara'.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita untuk melaksanakan perintahNya, dan memberi kita kekuatan, istiqomah dan petunjuk hidayah dalam usaha kita ini insyallah.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin 
Jumaat
02 Rejab 1435
02 Mei 2014

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Petikan daripada www.malaysiakini.com/news/261420 bertarikh Selasa 29 April 2014

Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khusus tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Wakil PAS diketuai oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Ahmad Yaacob itu memberi penjelasan kepada pimpinan bukan Islam DAP dan PKR mengenai rancangan mereka.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang bersama dalam pertemuan itu berkata, penjelasan dibuat kerana rakan-rakan Pakatan Rakyat itu ingin tahu lanjut mengenai hasrat Kelantan membawanya ke Parlimen.

"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positiflah... mereka faham apa yang kerajaan Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormatilah,” katanya dipetik dari Harakahdaily.

Perjumpaan hampir dua jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur itu berlangsung hampir dua jam.

Sementara itu, Mohd Amar turut mengalu-alukan sesiapa sahaja pemimpin bukan Muslim lain untuk menemui mereka bagi mendapatkan penjelasan mereka.

“Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya.

Turut bersama dalam perbincangan itu dua Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota majlis pimpinan pusatnya Sivarasa Rasiah. Wakil DAP pula Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok

Liew yang ditemui berkata, pihaknya mengutarakan dalam perbincangan itu bahawa hudud bukan agenda bersama Pakatan.

Walaupun perbezaan pandangan, katanya, mereka akan mencari titik persamaan dan cuba mencari penyelesaian terbaik.

"Kita masih dalam perbincangan. Kita harap semua boleh memahami isu dan risiko politik dalam isu ini. Kita telah terangkan pendirian kita, dan kongsikan pandangan masing-masing," katanya.

Sementara itu Kok memberitahu Malaysiakini, PAS mengambil inisiatif melaksanakan hudud bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu.

"Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

"Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud.

“Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang," kata Teresa yang juga anggota parlimen Seputeh.

[Baca berita penuh]

29 April 2014

MADAH HUDUD BERHELAH?

Adakah PAS akan terus dibayangi dengan ketakutan kehilangan kerusi duniawi atau adakah PAS bersedia meletakkan perintah Allah menolak pakatan bersama DAP-PKR yang terang-terang menolak dan menentang perlaksanaan hudud dan meletakkan Perjanjian Persefahaman Pembangkang mengatasi Al-Quran?
Salam 2 all.

Sebelum meneruskan penulisan ini, satu perkara yang perlu saya perjelaskan ialah tidak ada orang Islam yang ada walau sedikit keimanan akan menolak perlaksanaan syariat Islam termasuk hudud. Dan saya konsisten tentang usaha perlaksanaan undang-undang jenayah Islam ini samada hudud, qisas mahupun ta'zir.

Malah saya antara satu-satunya Ahli Parlimen dalam Sidang Parlimen Penggal Ke 12 yang konsisten mengemukakan Usul Persendirian untuk perlaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud, qisas & ta'zir.. Rekod Parlimen membuktikan perkara ini.

Bagaimanapun, saya hairan melihat gelagat PAS yang mendesak supaya UMNO menyokong mereka dalam pembentangan usul persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Dalam isu hudud, pendirian UMNO sangat jelas seperti yang dinyatakan oleh Dato' Sri Najib pada 24 April 2014 lepas dalam Ijtima' Pondok Malaysia di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah, iaitu Kerajaan Persekutuan tidak menolak hudud dan bersedia berbincang dengan PAS untuk memperhalusi deraf hudud dan kerangka perlaksanaannya supaya matlamat untuk melaksanakan sistem keadilan Islam itu tercapai.

Bagaimanapun dari segi siasah, adalah tidak adil bagi PAS mendesak UMNO yang pernah dikafirkan untuk menyokongnya sedangkan parti sekutu PAS dalam pakatan pembangkang iaitu DAP-PKR bukan sahaja tidak bersetuju, malah menentang keras cadangan itu.

PAS mungkin lupa bahawa UMNO adalah tunjang Barisan Nasional manakala PAS adalah tunggangan DAP-PKR.

Oleh itu, sebelum mendesak UMNO, PAS wajib menyelesaikan masalah dalaman sesama mereka dahulu.

Pendirian DAP dalam isu ini sangat jelas. Mereka bukan sahaja menentang keras agenda PAS mahu melaksanakan hudud di Kelantan, malah mereka bersedia 'berperang' dengan PAS jika terus berdegil. Malahan sudah ada pimpinan DAP yang mendesak PAS supaya keluar daripada Pakatan Pembangkang jika berdegil mahu terus dengan usaha membentangkan Usul Persendirian bagi Perlaksanaan Hudud di Kelantan!

Kenyataan oleh pimpinan PKR juga sangat jelas. Walaupun ada antara mereka yang beragama Islam, tetapi mereka meletakkan Memorandum Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani semasa Konvensyen Pertama Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS pada 19 Disember 2009 di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam yang tidak meletakkan negara Islam dan hudud sebagai agenda sebagai keutamaan mengatasi agenda PAS.

Mereka menegaskan bahawa Memorandum Perjanjian ini telah diterjemahkan dalam bentuk Buku Jingga dan Manifesto PRU-13 dan dipersetujui oleh PAS!

Pendirian PKR dan DAP jelas; hudud bukan dan tidak pernah menjadi sebahagian daripada perjanjian pakatan mereka dengan PAS. Dan mereka mahu PAS menghormati dan menunaikan Perjanjian itu.

Dalam keadaan itu, sebelum mahu mendesak UMNO menyokong mereka, PAS wajib mendapatkan sokongan daripada rakan sekongkolan mereka DAP-PKR dahulu.

Tambahan pula pimpinan PAS sendiri bercelaru didalam komitmen mereka didalam soal perlaksanaan hudud.

1. Datuk Seri Hadi Awang sendiri pd 18.01.2003 semasa memegang jawatan MB Terengganu menyampaikan Amanat Pemangku Presiden PAS bertajuk 'PRU-11: Formula Kemenangan' menyatakan bahawa PAS perlu mengorbankan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud demi untuk menjaga maslahah siasah dan kerjasama politik dengan DAP-PKR.

2. Malah Datuk Seri Hadi dengan jelas menyebut peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini diperingkat Federal. Seandainya menang didalam pilihanraya akan datang, Barisan Alternatif akan menubuhkan Kerajaan demokratik dan adil diperingkat Federal yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada;

3. Ini ditambah dengan kenyataan Datuk Seri Hadi sendiri dalam Muktamar Agong PAS 2011 yang telah menggugurkan perjuangan Negara Islam (yang didalamnya sudah pasti termasuk perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir) kerana kononnya perjuangan Negara Islam tiada didalam Al-Quran;

4. Malah Datuk Seri Hadi, sewaktu menjadi MB Terengganu, apabila ditanya bilakah Kerajaan PAS Terengganu akan  melaksanakan hudud, telah menyatakan bahawa hudud walaupun satu kewajipan tetapi bukanlah suatu keutamaan, malah hudud katanya hanyalah 0.001% sahaja daripada Islam;

5. Datuk Seri Hadi sendiri pada 08 Mei 2008 menandatangani Deklarasi Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang antara lain menjunjung kedudukan Islam sebagaimana didalam Perlembagaan Persekutuan, dan Deklarasi itu tidak meletakkan penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas dan ta'zir sebagai agenda pembangkang sebaliknya cukup Islam sekadar yang diperuntukkan didalam Perlembagaan;

6. Selanjutnya, MB Kedah bagi PAS, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak apabila ditanya adakah Kerajaan PAS Kedah akan melaksanakan hudud menegaskan bahawa 'PAS Kedah bukan macam PAS Kelantan. PAS Kedah ada DAP, ada PKR'.

7. Malahan beberapa pimpinan kanan PAS pernah menegaskan bahawa PAS tidak boleh melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP-PKR.

8. Bukankah pimpinan PAS sendiri yang bersetuju dengan Buku Jingga dan Manifesto PRU-13 Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang tidak memasukkan penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda mereka?

Jadi didalam konteks itu, apa hak PAS untuk memaksa dan mendesak UMNO untuk menyokongnya dalam melaksanakan hudud di Kelantan sekiranya PAS sendiri bercelaru dan diwaktu yang sama menerima bantahan dan tentangan keras daripada rakan sekongkolnya sendiri!

Seperti yang saya sebut, pendirian UMNO jelas iaitu ia tidak menolak hudud.

Lagipun UMNO sebagai Kerajaan Pusat menyedari bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan diperingkat Persekutuan kerana perkara berkaitan Islam adalah hak DUN Negeri menurut Artikel 74(2) Perlembagaan dibaca dengan Jadual 9 Senarai II.

PAS sewajarnya mencerminkan diri mereka sendiri dan bertanya dengan ikhlas; adakah PAS benar-benar serius mahu melaksanakan hudud.

Jika PAS serius, mereka perlu mendapatkan sokongan rakan sekongkol mereka DAP-PKR mereka terlebih dahulu.

Jika sudah dapat persetujuan itu, barulah PAS boleh mendekati UMNO dan BN untuk mendapatkan sokongan tambahan; dan saya pasti akan UMNO akan membantu sedaya mungkin.

Malahan pimpinan UMNO termasuk Dato' Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin telah dengan terbuka menyatakan kesediaan UMNO berbincang dengan PAS. Menteri bagi Hal-Ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir didalam jawapan dalam penggulungan Bahas Titah DiRaja di Dewan Rakyat baru-baru ini menyatakan Kerajaan Persekutuan tidak menolak usaha perlaksanaan hudud, tetapi PAS perlu mendapatkan sokongan rakan sekongkolan mereka DAP-PKR terlebih dahulu sebelum ianya boleh dilaksanakan.

Cubaan PAS mahu mendapatkan sokongan UMNO yang dijadikan 'musuh politik yang pernah dikafirkan', tetapi diwaktu yang sama masih mahu berselimut sebantal dengan rakan sekongkolan DAP-PKR yang menolak dan menentang agenda hudud PAS adalah satu sikap politiking luar tabi'e! 

PAS perlu membuat pilihan. Kalau rakan sekongkolan mereka DAP-PKR masih menolak, PAS mempunyai dua pilihan iaitu:

1. Jika PAS masih sayangkan kerjasama politik dengan DAP-PKR, maka PAS eloklah menggugurkan agenda mahu melaksanakan hudud.

2. Tetapi jika PAS ikhlas mahu melaksanakan hudud, maka PAS tiada pilihan kecuali keluar dan bermufarakah daripada pakatan bersama DAP dan PKR.

Hanya setelah itu dibuat baru PAS boleh mendekati UMNO untuk berkerjasama dan menggembeling usaha untuk membentangkan Usul Persendirian melaksanakan hudud di Kelantan.

Dan hanya dalam keadaan PAS sudah keluar daripada persekongkolan dengan DAP-PKR barulah wajar untuk UMNO menimbang bekerjasama dengan PAS untuk membantu melaksanakan hudud di Kelantan.

Jika tidak, kita tidak mahu nanti PAS menyalahkan UMNO sebagai punca permasalahan mereka dengan DAP-PKR, dan timbul pula nanti tohmahan UMNO memerangkap PAS.

Sebenarnya PAS yang sedang cuba memerangkap UMNO dengan agenda hudud yang mereka gagal laksanakan walaupun telah memerintah Kelantan selama 24 tahun.

Kita tidak mahu UMNO terperangkap dengan sentimen agenda hudud PAS yang rakan sekongkol mereka sendiri DAP-PKR menolak dan menentangnya.

Adakah agenda hudud ini satu helah politik PAS untuk memastikan umat Melayu-Islam menyalahkan UMNO jika ianya gagal dilaksanakan dalam keadaan PAS tahu ianya tidak mendapat sokongan, malah ditentang keras oleh rakan sekongkol mereka DAP-PKR?

Kita tidak mahu PAS dilihat sebagai parti yang yang mengamalkan politik makan keliling dengan memaksa UMNO menyokong melaksanakan hudud, tetapi diwaktu masa yang sama masih mahu bersekongkol dengan DAP-PKR yang menentang hudud!

Oleh itu, saya mencadangkan UMNO supaya memastikan PAS mendapat sokongan daripada rakan sekongkol mereka dahulu sebelum membantu dan bekerjasama dengan PAS untuk membolehkan mereka memfailkan Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud di Parlimen.

UMNO memang sedar bahawa perlaksanaan hudud adalah sebahagian daripada tuntutan Islam. Sebab itu pendirian UMNO ialah tidak menolak hudud. Namun dari segi politik dan siasah, UMNO sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional perlu mengambil kira dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakan komponennya.

Diwaktu yang sama, sebelum Usul Persendirian untuk Perlaksanaan Hudud di Kelantan dibentangkan di Dewan Rakyat, saya menyarankan PAS supaya jangan terlalu gopoh, tetapi hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilakukan terlebih dahulu:

1. PAS sepatutnya mengambil kesempatan daripada pendirian UMNO dibawah pimpinan Dato' Sri Najib yang bersedia mengadakan kerjasama dan membantu PAS dalam membentangkan Usul Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam di Kelantan;

2. bagi maksud itu, PAS harus mengadakan satu Muktamar Agong Khas untuk pertamanya memperjelaskan kepada ahli dan perwakilan tentang pendirian sebenar kepimpinan PAS dan parti PAS dalam isu perlaksanaan hudud yang agak bercelaru pada masa ini, dan diwaktu yang sama mendapatkan mandat daripada ahli dan perwakilan untuk membentangkan Usul Persendirian di Dewan Rakyat bagi Perlaksanaan Hudud, Qisas &; Ta'zir di Kelantan;

3. Mukatamar Agong Khas itu juga harus memberi mandat jelas kepada kepimpinan PAS untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang bersama DAP-PKR dan memutuskan segala bentuk kerjasama politik sekiranya kedua-dua sekutu PAS itu masih menolak dan menentang perlaksanaan hudud di Kelantan;

4. Muktamar Khas itu juga wajar memberi mandat kepada kepimpinan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan UMNO untuk membolehkan Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud dibentangkan di Dewan Rakyat. Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa terjadi bilamana Dialog Perpaduan yang dilaksanakan oleh beliau mewakili PAS dengan UMNO dijadikan alasan mengenakan tindakan terhadap beliau walaupun ianya dibuat atas ketetapan Majlis Syura' PAS sendiri;

5. Setelah mendapat mandat sewajarnya daripada perwakilan Mukatamar Khas, PAS wajar membentuk satu Jawatankuasa Induk Perlaksanaan Hudud, Qisas & Ta'zir untuk mengadakan perbincangan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional. Dan diwaktu ini bolehlah UMNO juga menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk untuk duduk berbincang dengan PAS;

6. Setelah Jawatankuasa Induk UMNO-PAS mencapai kata sepakat tentang bentuk kerjasama yang diperlukan dan bersetuju dengan deraf Undang-Undang Hudud, Qisas & Ta'zir yang mahu dilaksanakan, barulah wajar kedua-dua pihak menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Hudud, Qisas & Ta'zir untuk memperhalusi deraf Undang-Undang Hudud itu untuk tujuan pembentangan supaya ianya benar-benar menepati dan mematuhi Al-Quran dan syariat Islam;

7. Diwaktu yang sama, sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan Hudud, Qisas & Ta'zir hendaklah ditubuhkan oleh kedua-dua pihak yang dianggotai oleh pakar-pakar yang berkaitan seperti Kehakiman & Perundangan, Jabatan Peguam Negara, Polis, Penjara, PBT, KDN, dan lain-lain untuk memastikan bilamana Hudud dilaksanakan di Kelantan ianya tidak terbantut. Kita tidak mahu apa yang berlaku di sebuah negara jiran berlaku kepada Hudud Kelantan, bilamana setelah pengumunan penggubalan hudud dibuat, bagaimanapun perlaksanaannya terpaksa digantung kerana beberapa masalah perlaksanaan dan penguatkuasaan;

Semoga usaha untuk melaksanakan syariat Islam dipermudahkan oleh Allah, dan diberi keberkatan. Moga juga semua pihak diberi kekuatan dan istiqomah dalam usaha mencari keredhaan Allah ini, insyallah. Amin.

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
29 Jamadil Akhir 1435
29 April 2014