Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

05 September 2014

POLITIK 69!

 
Ah Foo, betulkah cerita Tun Mahathir pecat Anwar sebab dia ingat Anwar mau lantik Jijah jadi TPM? Aiya ..lu dudok diam-diam lah. Lu sudah jadi Ketua Menteri kira sudah bagus!!!

Salam 2 all.

Parti suami lantik isteri jadi Menteri Besar!
Parti bapak lantik anak jadi Ketua Menteri!
Suami Ketum parti!
Bapak penasihat parti!
Isteri Presiden!
Anak Setiausaha Agong!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Agaknya kalau DAP dapat lagi satu negeri,
adakah Betty menantu Kitsiang jadi Ketua Menteri?

Eh...cuba cari didunia ni ada tak parti politik cacamerba macam ni - main celah-celah laki bini anak bapak? Kalau ini bukan nepotisma, tak tau nak bagi label apa lagi kat dema ni! Rasanya kalau Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup - mau ada filem komedi terbaru Politik 69!

Tetapi itulah hakikatnya! Rakyat Malaysia sedang melihat satu sejarah lawak yang akan menyebabkan Mr. Bean mati tercekik - menjadi negara pertama didunia yang ada parti politik anak beranak!

Nasib baiklah masih ada insan-insan waras didalam PAS!

Tetapi PAS lah menjadi bahan punching-bag kedua-dua parti DAP-PKR ini.

Dihina, diperlekeh, diperkaldaikan, disepak terajang, dipaksa pecat ahli sendiri yang tidak senang dipandang oleh kedua-dua pengkaldai ini.

Mana ada dalam dunia Presiden parti komponen disaman oleh rakan sekongkol. Tapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disaman RM2 juta oleh ahli PKR; dan langsung tidak ada sebarang tindakan oleh PKR terhadap ahli tersebut!

AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh disaman oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng; dan langsung tidak ada nasihat diberikan oleh Kitsiang bapak Guan Eng yang juga penasihat DAP supaya anaknya jangan saman rakan sekongkol.

Setelah dikencing sampai hancing, akhirnya golongan ustaz-ustaz dalam PAS telah membuat satu korner baring yang menyebabkan kedua-dua pengkaldai terkedu merah padam muka!

Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain yang dipercayai anggota Exconya sendiri untuk menjadi calon MB.

Alasan PAS mudah. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.

Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!

Bermakna sekarang dihadapan Tuanku sekarang ada 3 nama dikemukakan oleh PAS yang mempunyai 15 ADUN.

Sebaliknya hanya ada satu nama dihadapan Tuanku dikemukakan oleh PKR yang ada 13 ADUN.

Bermakna sekarang kedudukan 15 lawan 13.

Tetapi parti anak beranak Kitsiang menyokong PKR. Dan mereka ada 15 ADUN. Bermakna calon tunggal PKR sudah mendapat sokongan 28 ADUN.

Bermakna sekarang bergantung kepada ADUN BN dan Bebas. Mereka ada 12 BN dan 1 Bebas - menjadikan jumlah 13. Jika mereka menyokong calon PAS, bermakna calon PAS juga mendapat sokongan 28 ADUN!

Bermakna stalemate - 28 (ADUN PAS/BN/Bebas) melawan 28 (ADUN DAP-PKR)!

Kalau dibuat undi dalam Dewan, sudah pasti calon PKR akan bungkus - sebab salah seorang ADUN mereka terpaksa mempengerusikan mesyuarat sebagai Speaker, dan dia tidak boleh mengundi. Bermakna tinggal 27.

Kalau begini keadaannya, apa kemungkinan yang akan atau boleh berlaku?

1. Baginda Tuanku Sultan boleh meminta Tan Sri Khalid terus menjadi MB jika mendapat sokongan PAS-BN;

2. Baginda Tuanku Sultan boleh melantik mana-mana ADUN PAS menjadi Menteri Besar dengan syarat disokong oleh ADUN BN dan Bebas;

3. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuat ketetapan siapa ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi MB;

4. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan supaya Tan Sri Khalid datang mengadap, dan jika Tan Sri Khalid melihat keadaan stalemate ini maka bolehlah beliau menasihatkan Tuanku supaya membubarkan Dewan Undang Negeri dan diadakan Pilihanraya Negeri;

5. Baginda Tuanku Sultan sendiri menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan!

Kuasa mutlak dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor jelas memberikan kuasa penentuan ditangan Baginda Tuanku Sultan. Dan ralyat Selangor seharusnya bersyukur banyak-banyak kerana mempunyai seorang Sultan yang bukan sahaja arif, tetapi juga bijaksana!

Ini adalah perkembangan yang sangat-sangat menarik!

Apa pun keadaan, saya ingin memetik kata Bin Sarjan dalam Ali-Baba & 40 Penyamun, "mari kita tengok siapa yang kena"!!!.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Zul-Qaedah 1435
05 Sept 2014

25 April 2014

SIAPA SAHABAT SIAPA MUSUH?

Najib Tun Razak bersalaman dengan pelajar-pelajar pondok pada Majlis Penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014, di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah, semalam. 


KERAJAAN TIDAK MENOLAK PERLAKSANAAN HUDUD

ALOR SETAR 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Namun, kata beliau, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud itu dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
Sebab itulah kita memerlukan ulama di kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baru dalam menentukan perlaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika berucap di majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.
Sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.

Tambah beliau, pada masa yang sama, kerajaan istiqamah memartabatkan syiar serta syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.
Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah di dalam sistem pentadbiran negara dengan memberi keutamaan kepada prinsip menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. 

Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan,’’ katanya.


PERBANDINGAN KENYATAAN

1. Presiden PKR - Wan Azizah Wan Ismail pada hari Rabu 23 April 2014 dalam satu sidang media masih berdolak dalik mengenai pendirian PKR berhubung perlaksanaan hukum hudud yang kini ditimbulkan semula oleh sekutu rapat mereka PAS. Beliau menyatakan isu hudud sengaja dibangkitkan untuk memecah-belahkan parti pembangkang.

"Isu ini sering dimainkan oleh pihak musuh kerana mereka ingin lihat parti dalam Pakatan Pembangkang berpecah-belah" kata Wan Azizah dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Bandar Utama.

Sebelum ini SUA PKR Saifudin Nasution Ismail menyatakan bahawa PKR akan terus menghormati Perjanjian Persefahaman Pembangkang yang tidak meletakkan perlaksanaan hudud sebagai agenda pembangkang!

Anwar Ibrahim pula mengambil jalan selamat dengan membuat kenyataan bahawa "PAS harus memberi penerangan tentang model dan perlaksanaan hudud yang bakal diguna-pakai oleh Kerajaan Kelantan supaya rakan komponen memahaminya sebelum boleh pakatan pembangkang mengambil keputusan untuk mempersetujuinya".

Komen: siapa musuh yang dimaksudkan? Yang mengemukakan cadangan perlaksanaan hudud ialah Kerajaan PAS Kelantan. UMNO langsung tidak ada kena mengena dengan cadangan Kerajaan PAS Kelantan mahu membawa Rang Undang-Undang Persendirian Hudud di dalam sidang Dewan Rakyat akan datang. Jadi siapakah yang Wan Azizah maksudkan sebagai musuh yang mahu memecahbelahkan pembangkang?

Bayangkan kalau pemimpin UMNO yang berkata seperti Saifudin. Sudah pasti pemimpin UMNO akan dituduh meletakkan Perjanjian Persefahaman mengatasi Al-Quran. Tetapi pelik dalam hal ini pemimpin PAS senyap tidak membidas Wan Azizah mahupun Saifudin.

2. Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menegaskan bahawa 'DAP tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga Pakatan Pembangkang'. Menurut Guaneng, ketiga-tiga parti tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun Negara Islam.

"Pendirian pakatan pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud tidak berubah. Dibawah pakatan pembangkang, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar", tegas Guaneng.

Malahan Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Nga Kor Meng menyatakan PAS wajar memberi fokus kepada penubuhan Negara Berkebajikan. Ini katanya terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga, malah sudah diluluskan dalam Muktamar Agong PAS yang lalu.

"DAP memang tidak setuju dengan hasrat PAS menubuhkan Negara Islam serta perlaksanaan hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan Negara Kristian, Budha atau Hindu", tegas Nga Kor Meng.

"Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan".

Komen: tak payah komen lah. Mike boleh bayang apa yang akan berlaku jika yang bercakap tu ialah pemimpin UMNO atau BN!!!
 

RUMUSAN


Daripada petikan ucapan-ucapan dan pernyataan pendirian masing-masing dalam isu cadangan perlaksanaan hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan, adalah jelas siapa yang patut PAS jadikan sahabat dan siapa sebenarnya musuh PAS.

Wa'tasimu bihablillah hi jami'aa, walaa tafarroquu - berpeganglah kamu dengan tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai.

Tetapi...wallahua'lam dan wassalam!!!!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!!!

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
25 Jamadil Akhir 1435
25 April 2014

07 October 2013

DOGGY STYLE ANYBODY?

Karpal berkerusi roda dengan bulldog
Salam 2 all.

Media tempatan melaporkan Ketua Publisiti DAP Tony Pua membuat kenyataan menuduh 'Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'!

Saya mengutuk keras kenyataan Tony Pua ini dan menyelarnya dalam bahasa yang paling tegas dan jelas.

Kenyataan seperti ini bukan sahaja biadap dan kurang ajar, malah tidak sepatutnya datang daripada mereka yang konon mengamalkan dasar CAT - Competency, Accountability & Transparency.

Kenyataan seperti ini tidak menggambarkan seorang pemimpin dan politikus yang bertanggungjawab, telus, matang dan berhemah yang sering digembar-gemburkan oleh pembangkang

Adakah Tony Pua mahu dilabel sebagai 'anjing Guan Eng' dengan memaki hamun ROS dan media Utusan Malaysia atas kelemahan dan kesilapan Lim Guan Eng yang langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO?

Masalah yang disiasat oleh ROS bukan kerana Tony Pua, tetapi berpunca daripada daripada Lim Guan Eng, yang gagal menjalankan tanggungjawab mengendalikan Kongres Nasional DAP ke 16 sehingga mengakibatkan 753 perwakilan tidak dapat hadir atau mengundi, dan beberapa masalah lain yang berkaitan!

Tindakan ROS melakukan siasatan dan bertindak terhadap DAP adalah semata-mata berdasarkan kepada lapuran dan aduan yang dibuat oleh ahli DAP sendiri yang tidak berpuashati dengan perjalanan Kongres Nasional ke 16 DAP dan pemilihan CEC yang diadakan pada 16.12.2012 lepas di PISA. Langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO pun!

Daripada 2756 perwakilan yang berhak hadir, terdapat serama 753 perwakilan yang didapati tidak hadir dan mengundi. Ada yang membuat aduan kepada ROS bahawa mereka tidak menerima notis untuk menghadiri Kongres tersebut.

Setelah membuat siasatan keatas aduan tersebut dan beberapa aduan lain, ROS mendapati ada asas kepada aduan-aduan tersebut dan memberi peluang kepada Lim Guan dan DAP untuk memberikan penjelasan. Anthony Loke telah membuat kenyataan kononnya mereka telah menerima 500 surat daripada ahli yang tidak hadir kononnya memaklumkan mereka tidak dapat hadir.

Yang peliknya apabila ROS meminta surat-surat tersebut dikemukakan, Lim Guan Eng dan DAP gagal mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini.

ROS yang berpuashati terdapat pelanggaran kepada Perlembagaan dan peraturan DAP sendiri kemudian mengarahkan supaya diadakan semula pemilihan CEC DAP menurut peruntukkan Perlembagaan DAP.

Jadi atas alasan apa Tony Pua tiba-tiba mahu menyerang ROS yang sekadar menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka sebagai jabatan kerajaan yang berbidangkuasa dalam perihal tersebut?

Pada saya serangan berterusan dan bertali arus terhadap ROS adalah cubaan untuk menutup kelemahan dan kegagalan Lim Guan Eng bukan sahaja untuk mengurus Kongres dan proses pemilihan dengan baik, malah gagal mempamerkan sikap bertanggungjawab, telus, transparen dan akauntabiliti yang sering digembar-gemburkan oleh DAP.

Pada saya kegagalan Kongres Nasional ke 16 DAP membuktikan kegagalan Lim Guan Eng untuk mengamalkan Dasar CAT yang beliau laung-laungkan. Malahan ianya membuktikan sebaliknya, yang Lim Guan Eng tidak kompeten, tiada akauntabiliti dan tidak transparen.

Tindak-tanduk Lim Guan Eng terus-menerus menuding jari kepada ROS semakin hari semakin membenarkan kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Osman (PKR) yang menuduh beliau sebagai CAT - Cocky, Arrogant & Tokong!

Jadi Tony Pua kalau beriya sangat mahu membela Lim Guan Eng sepatutnya memperjelaskan kepada ahli DAP mana pergi 851 perwakilan yang sepatutnya hadir dan mengundi dalam sidang khas pemilihan semula DAP yang diadakan pada 27 Sept 2013 lepas?

Ahli DAP khasnya dan rakyat Malaysia amnya berhak tahu kemana pergi 851 perwakilan yang tidak hadir dalam sidang khas 27 Sept tersebut. Ini bukan satu jumlah kecil; ianya hampir satu pertiga atau 33% daripada keseluruhan perwakilan!

Dalam Kongres Nasional Disember lepas, ROS mengisytiharkan pemilihan sebagai tidak sah kerana ada diantara 753 perwakilan yang tidak hadir dalam Kongres ke 16 mengadu tidak menerima notis kehadiran!

Persoalannya adakah antara 851 perwakilan tersebut mengalami masalah yang sama?

Memaki hamun ROS tidak menyelesaikan masalah. Malahan DAP sepatutnya mengambil pengajaran daripada peristiwa pengharaman UMNO tahun 1988 dan mempelajari bagaimana UMNO memberi kerjasama yang baik kepada ROS dan mengadakan rundingan dan perbincangan bagaimana untuk membantu menghidupkan semula UMNO. Dengan nasihat dan tunjuk ajar daripada ROS, UMNO telah berjaya dipulihkan dan terus mantap dan gagah dipersada politik negara.

Tidak pernah kedengaran suara sumbang dalam UMNO menyalahkan Mahkamah maupun ROS dalam proses itu. UMNO berjaya bertindak secara bertanggungjawab, matang dan berhemah untuk menyelesaikan masalah dalaman parti. Banyak yang boleh dipelajari oleh Lim Guan Eng dan DAP daripada pengalaman UMNO itu.

Saya juga hairan bagaimana ada pemimpin DAP boleh mengeluarkan ugutan mahu mengambil tindakan terhadap ROS termasuk mengheret ROS ke Mahkamah; seolah-olah memaksa ROS untuk menerima proses pemilihan sidang khas yang diadakan 27 Sept lepas.

Pada saya ini seperti menghalang para pegawai ROS daripada menjalankan tugas mereka. Samada ianya menyalahi Seksyen 186 Kanun Kesiksaan perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk ROS.

Apa pun, saya mendesak Tony Pua supaya:

1. menarik balik kenyataan beliau melabelkan ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO';

2. memohon maaf secara terbuka kepada ROS, Utusan Malaysia dan UMNO;

3. memberi penjelasan mengapa 851 perwakilan telah tidak hadir atau gagal mengundi dalam pemilihan sidang khas 27 Sept lepas.


Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
02 Zulhijjah 1434
07 Okt 2013

02 October 2013

DAP - DINASTI ANAK-PAPA?

Ah Cheng, lu sulah yatuh nomor lima, amacam? Syyy..liam liam lah Ah Foo
Salam 2 all.

Lim Guan Eng sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agong DAP. Ini kerana beliau tidak mendapat undi yang tertinggi dalam pemilihan CEC baru-baru ini.

Mengikut tabulasi undian yang diperolehi, Lim Guan Eng hanya mendapat undi seperti berikut:

1. Liew Chin Tong - 1,438 (terdahulu 14th)
2. Lim Kit Siang - 1,436  (1st)
3. Karpal Singh - 1,421  (3rd)
4. Gobind Singh - 1,409  (7th)
5. Lim Guan Eng - 1,304  (2nd)


Semasa pengundian CEC dalam Kongres ke 16 bulan Disember lepas (yang telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan), Lim Guan Eng mendapat tempat kedua tertinggi dengan 1,576 undi dibelakang bapanya Lim Kit Siang yang menduduki tempat pertama.

Tetapi dalam pengundian CEC baru-baru ini, Lim Guan Eng hanya memperolehi tempat kelima dengan 1,304 undi, iaitu kurang 272 undi daripada pengundian lepas yang dibatalkan.

Jumlah delegasi yang layak hadir dan mengundi mengikut rekod Kongres ke 16 ialah 2,576 orang. Ini bermakna Lim Guan Eng hanya memperolehi 50% sahaja undi daripada jumlah yang layak hadir dan mengundi.

Manakala Liew Chin Tong, yang dalam pemilihan Kongres ke 16 mendapat tempat ke 14, tetapi kali ini mendapat tempat pertama dengan 1,438 undi. Iaitu lebih 55% daripada jumlah mereka yang layak mengundi.

Pendek cerita, Liew Chin Tong mendapat undi popular melebihi Lim Guan Eng! Liew Chin Tong dapat nombor satu; Lim Guan Eng dapat nombor lima.

Jangan lupa puak pembangkang ni juga yang dok memekak konon BN tidak layak jadi Kerajaan kerana kononnya tidak mendapat undi popular dalam PRU 13; walaupun hakikatnya BN mendapat hampir 60% (133 kerusi) daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Jadi dari segi logik pembangkang sendiri, sepatutnya Lim Guan Eng tidak layak memegang jawatan nombor satu DAP; sebaliknya Liew Chin Tong yang patut diberikan kedudukan jawatan nombor satu itu sebagai Setiausaha Agong DAP yang baru.

Berdasarkan itu, saya mencabar Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agong dan memberi laluan kepada Liew Chin Tong.

Lagipun, cuba bayang keluarga Lim Kit Siang -  Lim Guan Eng telah memegang jawatan Setiausaha Agong DAP selama 45 tahun, sejak 1968 sehingga 2013! 

DAP dah jadi parti warisan keluarga nampaknya - dah jadi Dinasti Anak-Papa!!!

Udah-udah lah tu yop! Bagi lah pada orang lain pulak!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
26 ZulQaedah 1434
02 Okt 2013

* Untuk analisa terkini isu ini, sila layari www.rbfonline.net bertajuk 'Calon Menang Besar Di Ketepikan" bertarikh 02.10.2013.

* Lim Kit Siang Bapak Kepada Lim Guan Eng memegang jawatan SUA DAP 1968-2004;
* Lim Guan Eng Anak Kepada Lim Kit Siang memegang jawatan SUA DAP 2004-2013;
* Selama 45 tahun kepimpinan DAP dipegang oleh bapak-anak Lim Kit Siang-Lim Guan Eng!