Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts

30 September 2013

SURYA BUMI KEHANCURAN!

Menara Putih, Masjid Umayyad, Dimasyq, Surya
Salam 2 all.

Hadith riwayat Bukhari & Muslim daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah saw bersabda; "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia bersatu datang mengerumuni dan membantai kamu (umat Islam) bagaikan orang yang hendak makan talam hidangan". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana jumlah kami sedikit Ya Rasulullah?".

"Tidak, bahkan kamu terlalu banyak. Tetapi kamu umpama buih dilautan. ALLAH akan mencabut perasaan takut dihati musuh terhadap kamu, dan ALLAH campakkan perasaan wahan didalam diri kamu".

Seorang sahabat bertanya, "apakah itu wahan Ya Rasulullah?"

"Hubbud dunya wakaro hiyatul maut - terlalu cintakan dunia dan terlalu takut mati!".

Sebenarnya itulah yang sedang dilalui oleh umat Islam seluruh dunia hari ini.

Negara paling kaya ialah umat Islam, dengan kekayaan emas hitam yang ALLAH anugerahkan, negara umat Islam menjadi terlalu kaya. Bangunan tertinggi didunia ialah di bumi umat Islam. Dahulu Menara Berkembar Petronas di Malaysia setinggi leboh kurang 800m, kemudian kini diikuti oleh Burj Al-Khalifa di Dubai setingga hampir 1000m atau 1km. Dan terbaru sedang rancak dibina di Jeddah melebihi satu kilometer!

Malah Masjidil Haram dan Baitullah menjadi kerdil dibayangi Menara Zam-Zam dan jam terbesar didunia!

Tetapi di bumi umat Islam lah keadaan yang paling bergelora dengan pembunuhan dan pergaduhan hampir tiap hari. Tidak dinamakan Pakistan kalau tidak keluar berita pengeboman di masjid dan tempat awam. Calon Perdana Menterinya sendiri Benazir Bhutto mati berkecai akibat dibom!

Afghanistan, Iraq, Libya, muncul berita mengenainya hampir tiap hari muka hadapan media dunia akibat persengketaan dan pembunuhan sesama sendiri.

Libya, Tunisia, Iraq, Afghanistan dan kini Mesir sudah hancur lebur. Manakala umat Islam di Selatan Thailand, Selatan Filipina menjadi mangsa rakusan kuffar hampir setiap hari.

Umat Islam Palestin, samada di Gaza, Tebing Barat, Hebron, termasuk Baitul Maqdis diperlakukan seperti haiwan oleh kuffar tanpa belas kasihan lagi.

Subhanallah! Sadaqa Rasulullah saw! Benar sabda Nabi saw bahawa kelak nanti umat Islam akan dilayan seperti haiwan!

Hari ini umat Islam memang dilayan seperti haiwan. Ada tempat dimana anjing dan haiwan lain boleh melalui pemeriksaan imigresen dan kastam dilayan dengan penuh kemuliaan, dijaga hak asasi haiwan-haiwan ini. Tetapi kalau membawa nama Islam, ada bin atau binti, bertudung, berserban, berjambang janggut, apatah lagi berjilbab; anjing pun akan sedih duka melihat cara umat Islam dilayan.

Ada yang dihalau keluar daripada sekolah dan pejabat, ada yang dipecat daripada pekerjaan, ada yang tempat kediamannya diselongkar, pergerakan dan kehidupan umat Islam dipantau dengan kamera CCTV, ada yang dibunuh dan dilonggok macam tin sardin sahaja, semuanya atas nama memerangi keganasan, terorisma.

Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Anas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda; "akan datang suatu masa nanti dimana seseorang mukmin itu lebih hina daripada domba".

Kita sedang melalui zaman itu sekarang. Tetapi malang terlalu ramai umat Islam yang tidak menyedarinya, samada kerana terlalu sibuk mengejar dunia, atau tidak mahu campurtangan, tidak mahu ambil tahu, kerana takut kehilangan kedudukan, jawatan dan nikmat duniawi yang sedang dikecapi!

Kuffar telah berjaya memusnahkan kesatuan, perpaduan dan persaudaraan umat Islam seluruh dunia. Ukhwah Islamiyyah hanya tinggal slogan menyambut maulid atau Ma'al Hijrah. Hakikatnya kita umat Islam yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat, Satu Aqidah; tetapi berpecah malah berbunuhan sesama sendiri sehingga membolehkan kuffar menyusup masuk ke negara umat Islam dan menundukkan mereka seperti haiwan!

Terkini, bumi anbiya' Syam, atau dikenali sebagai Surya sedang didalam proses untuk diterkam dan dihancurkan oleh kuffar, dengan dibantu samada secara langsung atau tidak langsung oleh umat Islam sendiri!

Maqam Nabi Zulkifli a.s, Dimasyq
Bumi Syam dikenali sebagai bumi anbiya', bumi para Nabi utusan ALLAH. Daripada Antokiah dan Halab di utara Syria, sehingga ke Dimasyq (Damsyik), sejarah peninggalan para Nabi begitu jelas. Kalau kita melalui perjalanan darat dengan kenderaan, sepanjang jalan kita akan dapat lihat perkuburan para Nabi ini melalui kubah-kubah hijau diatas perkuburan tersebut. Samada kubur anak Nabi Adam a.s di Pergunungan Ruknuddin, Maqam Nabi Zulkifli a.s di perkampungan Ruknudin, Maqam Nabi Yahya di dalam Masjid Umayyad dan ramai lagi.

Malah ahlul-bait, ahli keluarga Rasulullah saw dan para sahabat besar Baginda juga ramai disemadikan di bumi Surya. Termasuk kuburan sahabat yang dijamin syurga seperti Saidina Bilal Bin Rabbah r.a, Saidina Khalid Al-Walid Saifullah r.a.

Dan juga kubur para pejuang dan khalifah Islam seperti Sultan Salahudin Al-Ayubi yang dikebumikan diperkarangan Masjid Umayyad, Dimasyq.

Dan ketiga-tiga agama wahyu, iaitu Islam, Yahudi dan Nasara mempercayai bahawa diakhir zaman, Nabi Isa a.s akan diturunkan disebuah menara putih di sebuah masjid di Dimasyq. Ramai yang yakin dan percaya menara putih yang dimaksudkan itu ialah Menara 'Isa di Masjid Umayyad (gambar atas).

Umat Islam mempercayai Nabi Isa a.s akan diturunkan untuk memperbetulkan semula aqidah manusia yang rosak kerana mengangkat Baginda sebagai Anak ALLAH; dan memimpin tentera umat Islam dibawah Imam Mahdi untuk menghancurkan Dajjal dan tenteranya terdiri daripada kalangan Yahudi;

Umat Nasara mempercayai Nabi Isa akan diturunkan sebagai penyelamat, Messiah the Saviour untuk mereka, dan menghancurkan manusia yang menolak ketuhanan Salibiah!

Umat Yahudi pula mempercayai Nabi Isa akan diturunkan untuk menghancurkan mereka, kerana Yahudi lah yang telah 'membunuh' Nabi Isa a.s dengan menyalib Baginda mengikut iktikad dan kepercayaan Kristian.

Maknanya bagi kesemua penganut agama wahyu, bumi Surya adalah bumi penentu bagi nasib mereka. Masing-masing ada kepentingan iktikad dan keagamaan untuk memastikan bumi Surya duduk dibawah genggaman atau kekuasaan mereka.

Bermakna kesemuanya mempercayai pemerintah bumi Surya yang menguasai Dimasyq adalah penentu kepada halatuju tamadun kemanusiaan, dan bumi Syam ini adalah permulaan kepada aakhirul zaman - permulaan kepada tamatnya era kemanusiaan di muka bumi ini.

Itulah muqaddimah yang ingin saya sampaikan, supaya umat Islam memahami konflik ciptaan zionis dan barat yang sedang berlaku dihadapan mata kita di Surya, yang dikenali di barat sebagai Syria.

Modus operandi mereka sama sahaja sebagaimana yang mereka berjaya lakukan dengan jayanya dahulu di bumi umat Islam samada di Hijjaz, Usmaniah, Andalusia, India dan Melayu Nusantara. Bumi pemerintahan Islam itu kini sudah hancur dan terhapus daripada peta dunia.

Bumi Hijjaz berpecah menjadi Arab Saudi, Jordan, Emiriyah Arab, Mesir, Afrika dan lain-lain;

Bumi Usmaniah berpecah menjadi Turki, Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, Turkmenistan, Kurdistan, Bosnia-Herzgovina, Eropah Timur dan lain-lain!

Bumi India berpecah menjadi India dibawah pemerintahan penganut hindu, dan Pakistan, Bangladesh!

Bumi Melayu-Nusantara berpecah menjadi Tanah Melayu, Brunei, Indonesia tetapi kekal dibawah pemerintahan umat Islam. Tetapi umat Islam nusantara lain kini dibawah pemerintahan bukan Islam seperti di Thailand, Filipina, Singapura, Kampuchea; dan kebanyakkan mereka hidup dalam kezaliman atau penganiayaan!

Dalam dunia moden kini, mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam. Kini Libya sudah hancur, Iraq sudah musnah, Mesir sudah punah, Surya menunggu masa untuk diratah.

Dari dahulu sehingga kini, mereka memulakan gerakan kehancuran umat dengan melaga-lagakan umat Islam samada atas perbezaan mazhab, fahaman sunni-syiah, perbezaan fahaman politik atau berebut kedudukan, jawatan dan habuan. Dan apabila proses melaga-lagakan itu berjaya, mereka akan dengan mudah menyusup masuk atas alasan misi bantuan kemanusiaa, pasukan pengaman, penasihat keselamatan, pembawa modal pembangunan dan macam-macam lagi.

Akhir kalam umat Islam hancur, agamanya rosak, aqidahnya musnah, negaranya ranap!

Sebab itu saya berpesan kepada diri saya dan seluruh umat Islam seantero dunia, janganlah mudah terpedaya dengan mainan propaganda media barat yang mendakwa kononnya pertelingkahan di Syria adalah antara puak syiah dan sunni. Dan dakwaan konon Presiden Bashar adalah daripada syiah Alawiyyah yang mahu menghapuskan kaum sunni.

Sebenarnya ini adalah satu dakwaan yang ternyata satu penipuan dan penuh pembohongan!

Saya sendiri pernah berada di bumi Surya, termasuk di Dimasyq (Damsyik), Hom dan Halab (Aleppo). Saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri kehidupan umat Islam disana sangat aman dan harmoni.

Malah kita tidak berasa pun berada dibawah pemerintahan selain orang Islam. Masjid sunni, sebagaimana masjid syiah, masjid wali dan lain-lain bercambah begitu banyak di bumi Surya, bumi anbiya'. Malah masjid terbesar dan tertua di Dimasyq, Masjid Ummayad, yang disebut sebagai masjid keempat mulia dalam Islam (selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa) juga adalah masjid ahlus sunnah.

Perkuburan ahlul bait termasuk para sahabat utama Rasulullah seperti Saidina Bilal r.a dan Saidina Khalid Al-Walid bukan sahaja tidak dimusnahkan oleh Kerajaan Surya, malah dijaga begitu rapi.

Bersama para ulama Surya
Saya juga punya ramai sahabat disana terdiri termasuk seorang ulama sunni menjawat jawatan Mufti Dimasyq Sheikh Fatah Al-Bazim. Malahan ulama tersohor sunni Sheikh Wahbah Az-Zuhaili, pengarang kitab terkenal Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz' al Thalith menetap dan punya masjid dan pusat pengajian di Dimasyq.

Beribu pelajar Malaysia fahaman sunni yang telah dan sedang mengikuti pengajian di Surya. Malahan ada yang dibiaya oleh institusi-institusi di Surya. Saya tidak pernah dengar adanya pelajar Malaysia dianiaya atau dizalimi Kerajaan Surya samada semasa dibawah pemerintahan Allahyarham Presiden Hafiz Al-Assad, mahupun anaknya sekarang Presiden Bashar Al-Assad.

Malah isteri Presiden Bashar bernama Asma Akhras Al-Assad adalah seorang sunni. Asma dilahirkan daripada keluarga sunni warga Britain, dibesarkan di Britain dan lulusan Kings College London. Seorang ahli perbankan antarabangsa sebelum mengahwini Bashar!

Jadi dimana yang dikatakan Bashar zalim terhadap penganut sunni?

Ini semua mainan propaganda barat yang mahu melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya yang lemah nanti ialah negara Islam. Syria satu-satunya negara umat Islam yang menjadi ancaman kepada kewujudan negara haram zionis Israel. Syria mempunyai angkatan tentera yang boleh menggugat rejim haram Israel. Malahan sumber bekalan air yang utama bagi negara Israel datangnya dari bumi Syria yang mereka rampas di Bukit Golan.

Sudah-sudahlah tu. Berapa lama kita umat Islam mahu diperbdohkan oleh kuffar. Tengok bagaimana ada parasit-parasit yang berjaya dipekaldaikan oleh kuffar dalam negara kita; sehingga mereka sudah tidak tahu nak membezakan antara aqidah dan siasah, antara yang Islam dan kafir. Hingga mereka lebih rela bersahabat dan bersaudara dengan syaitan dan harbi semata-mata untuk mendapat undi dan memenangi kerusi. Sehingga sanggup meludah mana-mana umat Islam yang membawa agenda perpaduan dan ukhwah siasah syara'iah!

Saya tidak kata Syria tidak ada masalah. Saya tidak kata Presiden Bashar Al-Assad itu sempurna. Mereka mungkin ada masalah; mereka mungkin tidak sempurna. Tetapi itu adalah masalah dalaman mereka yang perlu mereka selesaikan secara muafakat dan husnul zan. Bukan dengan cara memberontak, apatah lagi mengangkat senjata.

Dan lebih malang kalau puak yang bertelingkah 'menjemput' pihak asing datang 'membantu'. Kita sendiri membuka pintu merobohkan kedaulatan negara. Akhirnya yang menerima bahananya ialah rakyat sendiri. Mana mungkin 'negara asing barat' mahu membantu secara percuma; tanpa sebarang kepentingan atau agenda mereka sendiri. Janganlah lupa amaran ALLAH dalam Surah Al-Baqarh:120!

Itulah punca runtuhnya Kerajaan Islam Andalusia. Itulah punca hancurnya Khilafah Uthmaniyah. Malah itulah punca kejatuhan Kesultanan Islam Melaka.

Akibat kejatuhan Andalusia, akhirnya menjadi negara kuffar Sepanyol dibawah pemerintahan raja kristian Ferdinand dan Isabella.

Diatas kehancuran Kerajaan Islam Usmaniyah, muncul negara sekular Turki dibawah pemerintahan pepatung Barat Mustafa Kamal Attarturk.

Akibat kehancuran Kerajaan Islam Melayu Nusantara, akhirnya penganut empayar kristian British menjadi pemerintah.

Bukalah mata, besarkan jiwa, segarkan minda; sejarah sudah tercatat bagaimana kita hancur oleh kerana tiadanya lagi ukhwah dan kesatuan umat. Kita bertelingkah dan bertengkar atas perkara furuq; malah sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan!

Semuanya atas nama demokrasi ciptaan zionis barat, atas nama kebebasan tanpa batas, atas nama hak asasi kemanusiaan bertunjangkan kehaiwanan. Kita mengejar habuan dunia, kedudukan, jawatan! Dan kita takut kehilangan semua itu.

Kita sudah menjadi umat hubbud dunya wakaro hiyatul maut. Dan ALLAH telah mencabut perasaan gerun dan takut musuh kita, malah kini musuh tanpa segan silu dan dengan berani dan secara terbuka meratah dan menjamah kita.

Walaupun negara umat Islam kaya-raya dengan hasil minyak bernilai trillion, walaupun umat Islam ramai dengan jumlah mencecah billion; tetapi kita sekadar menjadi buih pandiran memerhati saudara seagama dan satu aqidah dilayan seperti haiwan, dimamah dan diratah tanpa belas ihsan.

Bersatulah wahai umat Islam. Kembalilah kepada Al Quran. Sesiapa sahaja yang berpegang kepada lafaz La ila ha illallah - yang mengangkat syahadah dan mempersaksikan Tidak ada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, mereka adalah saudara kita dan wajib kita pertahankan mereka.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
24 ZulQaedah 1434
30 Sept 2013

27 September 2013

ARE YOU SERIOUS MR. PRESIDENT?

Asma Al-Assad, seorang sunni kelahiran Britain
Salam 2 all.

Saya mengikuti dengan teliti petikan ucapan Presiden Barack Hussein Obama, Presiden Amerika Syarikat dalam Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 69) pada hari Rabu 25 Sept 2013 lepas.

Dalam ucapan dihadapan pemimpin dunia itu, Obama menceritakan senario di Syria dan memberikan hujah mengapa tindakan keras dan tegas wajib diambil terhadap Syria, maksudnya Kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.

Antara justifikasi yang digunakan oleh Obama adalah berdasarkan lapuran penyiasat PBB yang dihantar ke Syria yang mengesahkan konon bahan kimia sarin telah digunakan dan menyebabkan kematian beberapa orang rakyat Syria. Lapuran itu jelas tidak menamakan siapa yang menggunakan bahan kimia tersebut, dan tidak ada bukti tentera Kerajaan Syria (yang sedang berjaya memerangi pemberontak yang ditaja dan dibiaya oleh Barat) yang menggunakannya.

Namun Obama dengan penuh sardin, selamba dan tanpa sebarang bukti menuduh tentera Kerajaan Bashar yang telah menembak bahan kimia tersebut. Antara alasannya ialah konon tembakan itu datang daripada kawasan yang dikuasai Kerajaan Syria!

Itu saja. Tanpa bukti; tanpa keterangan, tanpa apa-apa pun! Hanya sekadar bermodalkan airliur, Obama mahu dunia mengambil tindakan terhadap Kerajaan sah Presiden Bashar Al-Assad.

Obama seolah-olah lupa bahawa dunia pernah ditipu oleh Amerika menggunakan modal airliur yang sama.

1. Amerika menuduh Kerajaan Iraq dibawah pimpinan Presiden Saddam Hussein mempunyai "WMD - Weapon of Mass Destruction". Kononnya stok senjata itu terlalu banyak disimpan dan boleh menggugat keamanan dan kestabilan dunia. Tanpa bukti, tanpa keterangan; hanya bermodalkan airliur, Amerika mahu Iraq diserang dan Saddam dijatuhkan. Dunia tertipu dengan mainan Amerika, akhirnya Iraq diserang, Kerajaan Saddam ditumbangkan, Presiden Saddam Hussein dibunuh, Iraq berpecah, kontraktor Amerika makin kaya memunggah harta kekayaan Iraq, dan sehingga ke hari ini Iraq masih huru-hara!

2. Amerika menuduh Al-Qaeda dan Usamah Laden sebagai dalang serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia WTC New York yang menyebabkan ribuan terkorban pada 11 Sep 2011. Satu serangan dramatik dua buah kapalterbang United Airlines yang begitu pelik kerana dapat dirakam dari pelbagai sudut dengan gambaran yang cukup mengerikan. Berbekalkan modal airliur tanpa sebarang bukti, Amerika menyerang Afghanistan. Negara yang langsung tidak ada kena mengena dengan serangan itu akhirnya menjadi mangsa. Kerajaan Mullah 'Umar daripada Taliban ditumbangkan, kerajaan boneka pimpinan talibarut barat Hamid Karzai dilantik; dan sehingga hari ini Afghanistan yang aman damai setelah berjaya menghalau penjajah Soviet Union (yang kemudiannya hancur tumbang selepas itu) berubah menjadi neraka bagi umat Islam yang tinggal disana!
 
Saya boleh bariskan lagi beberapa siri penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Amerika untuk menghalalkan tindakan ketenteraan sehingga memusnahkan negara lain tanpa sebarang bukti atau keterangan; sekadar bermodalkan airliur sahaja.

Dan dalam penggunaan senjata kimia atau senjata pemusnah besar-besaran termasuk nuklear dan lain-lain, Amerika adalah negara paling terakhir yang mempunyai sebarang alasan mahupun justifikasi untuk menuduh orang lain.

"You the United States of America has no legal, moral or political ground to accuse others, what more to attack others and topple their government, based on unfounded allegations of using chemical or weapon of mass destructions".

Kamu Amerika tidak ada sebarang hak samada dari segi undang-undang, moral mahupun politikal untuk menuduh orang lain, apatah lagi menyerang negara lain dan menjatuhkan kerajaannya yang sah, berdasarkan dakwaan tanpa  bukti penggunaan senjata kimia atau senjata pemusnah besar-besaran!

Dunia telah menyaksikan sendiri dengan bukti terpampang depan mata bahawa Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang bukan sahaja memiliki, malah pernah menggunakan senjata kimia dan senjata pemusnah termasuk bom nuklear:

Mangsa Agent Orange di Vietnam
1. lihat sahaja dalam Perang Vietnam. Dunia menyaksikan bagaimana tentera Amerika Syarikat yang terlibat dalam Perang Vietnam pada tahun 1960an dan 1970an, negara yang langsung tidak ada kena mengena dengan US, menggunakan senjata kimia. Peristiwa penggunaan senjata kimia Agent Orange keatas rakyat Vietnam terutama Vietnam Utara (tenteranya pada masa itu dikenali sebagai Vietcong) terbukti dengan jelas. Belum pernah dalam sejarah tamadun kemanusiaan senjata kimia digunakan dengan begitu berleluasa.

Akibat serangan senjata kimia Agent Orange oleh US itu, ramai rakyat Vietnam telah menerima akibatnya. Kesannya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Ramai bayi-bayi Vietnam yang tidak berdosa lahir dalam keadaan cacat dan tidak sempurna, kesihatan yang terancam dengan pelbagai penyakit pelik seperti kanser dan lain-lain. Sehingga ke hari ini Amerika bukan sahaja tidak mengakui kesalahan dan memberikan pampasan, malah meminta maaf kepada rakyat Vietnam pun tidak;

2. lihat sahaja dalam Perang Dunia Kedua, tidak ada manusia boleh lupa penggunaan senjata pemusnah nuklear keatas bandaraya Nagasaki dan Hiroshima di Jepun pada 06 Ogos 1945. Senjata pemusnah itu telah menghancurkan dua buah bandaraya Jepun, dan mengakibatkan puluhan ribu rakyat Jepun mati bergelimpangan dalam keadaan yang sangat ngeri; ada yang daging tercabut dan rentung, ada yang tinggal rangka dan macam-macam lagi. Ada yang hidup tetapi merana dengan pelbagai penyakit. Dan ada bayi yang dilahirkan cacat dan tidak sempurna.
Jadi apa justifikasi dan alasan untuk Presiden Obama membuat tuduhan liar tanpa bukti keatas Kerajaan Syria dan Presiden Bashar Al-Assad!

Sedangkan tangan Amerika sendiri kotor berlumuran dengan darah dan nyawa rakyat dipelbagai negara angkara penggunaan senjata kimia dan nuklear tanpa sebarang alasan penggunaannya. Dan sehingga hari ini, Amerika Syarikat adalah antara negara paling banyak menyimpan stok senjata nuklear!

Bandaraya Hiroshima musnah akibat bom nuklear US
So Mr President, I dont think you have any moral, legal or political justification to call upon the world to take stern action, or to attack Syria base on your unfounded and baseless allegations against the Syrian Government. In fact if you look into the mirror carefully, you would find that your country, yes United States of America is gulity and should be punished for its atrocities in using chemical weapon and weapon of mass destructions against innocent people in country that has nothing to do with you.

At the very least, you should apologize to the world for those atrocities, and compensate those that needs to be compensated. And you should show your sincerity by destroying your own stock of chemical weapon and weapon of mass destruction. And maybe you should ask your beloved friendly ally the zionist State of Israel to follow your example.

Then, and only then, you may have the moral, legal and political ground to call or condemn others. Otherwise, you would be what the saying says 'kettle calling the pot black'.

That is why I begin by asking you this question: are you serious asking in us to believe your unfounded and unproven allegations against Syria and its President Bashar Al-Assad, and are you serious in calling upon the world to take stern action against Syria?

Sebenarnya umat Islam seluruh dunia meletakkan harapan agak tinggi apabila Obama memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat.

Bukan sahaja kerana Obama orang kulit hitam pertama menjadi Presiden, tetapi kerana ayahnya seorang professor beragama Islam daripada Kenya. Sebab itu nama tengah beliau Hussein. Tidak cukup dengan itu, Obama pernah membesar di Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia. Malah sehingga hari ini Obama mempunyai keluarga dan adik beradik tiri yang masih beragama Islam dan menetap di Indonesia.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja memenangi jawatan Presiden Amerika, Obama dalam beberapa siri ucapannya memberi gambaran akan mengambil pendekatan lebih berhemah dan berdiplomasi dengan negara-negara Islam, sesuatu yang tidak pernah mana-mana Presiden Amerika lakukan. Ucapan beliau di Kaherah, menawarkan olive leaf kepada dunia Islam membuka lembaran baru hubungan AS dan dunia Islam.

Tetapi akhir-akhir ini Obama yang diharapkan itu rupanya tidak ada perbezaan dengan yang lain. Persepsi umat Islam kini ialah Obama turut tunduk kepada lobi dan kehendak zionis. Beliau yang diberi anugerah 'Hadiah Nobel Keamanan' rupanya lebih berminat untuk menyelesaikan masalah Surya melalui peperangan. Walaupun Surya tidak ada kena mengena dengan hal ehwal Amerika Syarikat, namun beliau tetap berkeras.

Obama hanya mula kendur apabila Parlimen Britain menolak sebarang penglibatan tentera British di Surya; dan apabila Russia dan Presidennya Vladimir Putin mengambil sikap lebih professional mempersoalkan kesahihan dakwaan Amerika dan sekutunya terhadap Surya dan Presiden Bashar. Malah Russia memberi jalan keluar lebih diplomatik dengan menawarkna Surya untuk menyerah apa juga senjata kimia yang mereka ada untuk dimusnahkan.

Hanya selepas itu baru Obama kelihatan mengurangkan nada paluan perang terhadap Surya.

Pada saya, umat Islam tidak lagi boleh meletakkan harapan kepada Obama, apatah lagi Amerika Syarikat. Kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Sebagaimana firman ALLAH swt dan pesan Rasulullah saw, kita wajib memperlengkapkan diri demi untuk mempertahankan agama, ummah dan negara daripada terus dibuli atau dicabul oleh negara lain.

Mr. President sir, you have simply let us down.

Wallahua'alam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
21 ZulQaedah 1434
27 Sept 2013