Showing posts with label Mahkamah Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah Persekutuan. Show all posts

09 February 2015

FINAL COUNTDOWN!

Tanya sama Anwar, apa pasal goyang, nanti jawab Anwar, lokap nak datang, Tanya sama Anwar, apa pasal bimbang, nanti jawab Anwar...dah takde jawapan daarr!!! Fenin...fenin!!!
Salam 2 all.

Saya melihat penyakit meroyan dikalangan penyokong Anwar Ibrahim makin parah disaat-saat akhir sebelum penghakiman esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Ada yang mendakwa Anwar akan bebas sebab ada deal dengan Dato' Sri Najib. Konon dongeng yang dibawa Najib sedang menghadapi masalah dengan Tun M dan memerlukan Anwar untuk menyerang Tun M!

Ada pulak yang bawa cerita konon Najib dah tak boleh handle kepimpinan negara dengan pelbagai masalah yang direka seperti 1-MDB, ringgit jatuh, hasil minyak negara merudum, bajet dah lari alignment, dan macam-macam lagi kisah dongeng dikarang!

Lagi canggih, ada yang dakwa Najib takut hilang kuasa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, dia perlu berdepan dengan Tan Sri Muhyiddin dan kebangkitan penentangan dalam UMNO, jadi Najib perlukan Anwar untuk menjadi rakan-kongsi untuk mengekalkan kuasa dan jawatan!

Tak cukup dengan itu, ada yang bawak cerita konon kalau Anwar dipenjarakan, BN akan tewas dalam PRU-14, malah dinujumkan pakatan pembangkang songsang ini akan mendapat 60% sokongan rakyat untuk mendapat Putrajaya!

Apa yang saya nampak, Dato' Sri Najib cool dan tenang aje. Malah pada hari keputusan esok, PM ada majlis Himpunan Bersama Ulama-Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada jam 11 pagi. Hanya 1km je daripada Istana Kehakiman. Langsung tidak kelihatan Najib seperti gabra atau menggelabah.

Yang nampak gabra dan gelabah ialah Anwar dan penyokongnya!

Najib tidak perlukan sokongan Anwar. Najib mendapat sokongan solid daripada UMNO dan Barisan Nasional. Kepimpinan Najib lansgung tidak tercabar sikit pun!

Malah rakyat makin gembira kerana penurunan harga petrol banyak membantu meringankan beban rakyat. Dan perang harga yang diisytiharkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri, yang disokong oleh Najib, terhadap pemborong dan peniaga cauvinis yang enggan menurunkan harga barangan memberikan harapan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN memang prihatin dengan masalah dan kebajikan rakyat.

Jadi tidak ada sebab langsung untuk Najib berasa terancam atau gusar. Setakat yang saya tahu, hubungan Najib dengan Tun M sangat baik. Mereka masih kerap bertemu dan berbual mesra. Lawatan Presiden Jokowi baru-baru ini menyerlahkan lagi hubungan rapat Tun M dengan Najib.

Pada saya, orang yang paling ketaq lutut dan gusar ialah Anwar. Ini mungkin malam terakhir dia tidur di kamar nyaman Bukit Segambut. Kemungkinan besar malam esok dia akan memulakan semula kehidupan sebagai banduan di Bamboo River Inn!

Dan paling membimbangkan anasir pro-Anwarinas ini ialah ketegasan kepimpinan PAS yang enggan tunduk kepada kemahuan Anwar dan DAP.

Maklumat dalaman daripada pakatan songsang DAP-PKR-PAS menyatakan ada permintaan supaya PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya turun membanjiri perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya. Dengar ceritanya, kepimpinan PAS menegaskan bahawa ini adalah masalah peribadi Anwar, dia perlu selesaikan mengikut lunas undang-undang tanpa mengheret pakatan pembangkang!

Dan siri-siri road-show anasir pro-Anwarinas untuk menghasut rakyat dan orang ramai turun berdemonstrasi di Istana Kehakiman esok langsung tidak mendapat sambutan. Tidak seperti era Reformasi-1998, dimana rakyat yang turun sehingga tidak muat stadium dan padang. Kali ini, nak penuhkan Dewan Tadika pun payah!

Tersenyum saya mendengar komen seorang sahabat PAS bila mendengar dakwaan anasir pro-Anwarinas bahawa jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menghukum dia ke penjara, pasti pakatan pembangkang akan menang PRU-14 dengan sokongan 60% rakyat.

Dengan sinis dia berkata, 'kalau gitu kita pakat-pakat buat solat hajat malam ini mintak Anwar disumbat ke penjara, sebab tak payah kerja teruk dah, pasti menang PRU-14 nanti'!!!

Apa yang penting sebenarnya yang perlu kita ingat ialah, ini adalah kes jenayah seksual!

Ini adalah kes dimana seorang kakitangan mengadu dicabul kehormatan dengan cara diliwat oleh majikannya! Ini adalah kes dimana Saiful Bukhari, pembantu Anwar Ibrahim mengadu menjadi mangsa pencabulan seksual kerana diliwat oleh bos dia sendiri Anwar Ibrahim!

Saya cukup yakin panel lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan ini akan membuat penghakiman berdasarkan fakta dan undang-undang. Saya cukup yakin mereka tidak akan terpengaruh dengan mainan politik jijik dan kotor pembangkang untuk menekan mereka membebaskan Anwar.

Jangan lupa mangsa dalam kes ini ialah Saiful Bukhari, bukan Anwar! Mangsa ini perlukan hak, maruah dan kebenaran ditegakkan! Dan keadilan menuntut hak, maruah dan harga diri mangsa diberi keutamaan!

Kalau mengikut fakta dan undang-undang, saya tidak nampak ada ruang untuk tidak mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.

Mahkamah Tinggi sendiri langsung tidak mempertikai keterangan Saiful, walaupun digerudi selama sembilan hari oleh para peguam hebat Anwar termasuk mendiang Karpal Singh; Hakim Mahkamah Tinggi tetap menyatakan kredibiliti dan integriti keterangan Saiful tidak tercalar sikit pun.

Berbanding dengan Anwar yang langsung tidak berani memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah dihadapan Hakim; sekaligus menafikan hak Pendakwaraya untuk menyoal balas dan mencabar sebarang dakwaan atau keterangan beliau.

Bukan itu sahaja, kesemua saksi alibi Anwar tidak hadir. Bermakna pembelaan alibi Anwar sudah dicampak sendiri oleh Anwar ke longkang!

Dan yang paling tragis, langsung tidak ada sebarang jawapan bersumpah daripada Anwar didalam Mahkamah bagaimana DNA yang disahkan bersumber daripada airmani dia boleh berada didalam dubur Saiful sedalam 4 cm! Kalau ini bukan penetrasi liwat, saya tidak tahu nak panggil apa lagi benda ini!

Cuma malang para penaksub dan penyokong tegar Anwar gagal menggunakan akal waras untuk menimbang semua fakta ini! Mereka diserang virus taksub yang membutakan mata, hati dan fikiran mereka!

Saya cukup yakin Mahkamah Persekutuan akan menolak rayuan Anwar dan mensabitkan dia dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.

Dan hukuman maksimum dibawah Seskyen 377B ialah 20 tahun penjara!

Dalam kes pertama, mendiang YA Augustine Paul menghukum Anwar dengan hukuman penjara 6 tahun! Dalam kes kedua, Allahyarham YA Arifin Jaka menjatuhkan hukuman 9 tahun penjara keatas Anwar kerana meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu Wan Azizah!

Adakah kali ini, jika disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah Persekutuan akan menghukum lebih daripada 9 tahun penjara? Wallahua'lam.

Apa pun kita serahkan kepada panel Hakim Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan dan penghakimannya esok.

Kepada Anwar, sudah-sudah lah tu. Bawak-bawaklah bertaubat, sementara Allah masih beri peluang dengan umur yang sudah masuk waktu kubor kata mari, rumah kata pergi ini. Kenang-kenangkan alam barzakh, mampukah kamu berhadapan dengan Allah swt nanti!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
19 Rabi'ul Akhir 1436
09 Feb 2015

07 February 2015

D-DAY 10.02 - KEBENARAN ITU HAK!

Keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful! Dan yang lebih penting, keadilan untuk kebenaran itu adalah hak yang wajib dihormati dan dipertahankan!
Salam 2 all.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan Selasa 20 Rabi'ul Akhir 1436 bersamaan 10 Februari 2015 sebagai tarikh untuk mengumumkan keputusan penghakiman rayuan Anwar Ibrahim terhadap sabitan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 07 Mac 2014, Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan Pendakwa Raya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan atas dakwaan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Kesalahan meliwat itu didakwa berlaku di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Atas sabitan itu, Anwar dihukum penjara 5 tahun.

Sejak Mahkamah Persekutuan mengumumkan tarikh keputusan, kumpulan pro-pembangkang tidak henti-henti menyerang kredibiliti perbicaraan dan integriti Mahkamah, dengan umumnya mempertikaikan kes ini sebagai satu konspirasi Kerajaan untuk menjatuhkan Anwar.

Antara dakwaan mereka ialah tidak mungkin Saiful diliwat kerana selepas konon diliwat, Saiful masih pergi berjumpa Anwar, malah siap membancuh teh untuk Anwar. Juga mereka mempertikai kenapa Saiful tidak buang air besar selama 2 hari. Malah ada yang mendakwa Dato' Sri Najib yang mendalangi konspirasi Anwar meliwat Saiful ini.

Kumpulan pro-pembangkang sampai mengadakan siri-siri ceramah untuk menghasut orang ramai supaya berhimpun pada 10 Feb 2015 ini dahadapan Mahkamah Persekutuan untuk menyokong Anwar dan memberi tekanan kepada Mahkamah. Malah ada yang siap mengugut Malaysia akan berhadapan dengan keadaan huru-hara dan rusuhan jika Anwar disabit dengan kesalahan dan dipenjarakan!

Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengupas berkenaan Anwar ini, apatah lagi nak bercakap mengenai perlakuan liwat dan sodomi ini. Tetapi kerana ianya dijadikan isu untuk menghasut orang ramai terutama anak muda, mahasiswa dan golongan belia untuk mempertikai integriti dan kredibiliti Mahkamah Persekutuan dan institusi kehakiman negara, maka saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara ini.

Harapan saya ialah supaya anak-anak muda dan para mahasiswa yang tidak mengenali Anwar ini akan menggunakan akal fikiran yang waras dan berfikir secara matang dan tenang untuk memastikan mereka tidak mudah terjebak dengan politik licik dan jijik kumpulan pro-pembangkang ini. 

Gunakanlah akal kamu, jangan bertindak menggunakan emosi!

Saya adalah antara peguam utama Anwar selama 12 tahun, selain penyokong dan pendokong tegar beliau selama 12 tahun. Malah saya pernah ditahan dibawah ISA kerana mempertahankan Anwar.

Saya antara peguam utama yang terlibat secara langsung dengan kes pertama Anwar didakwa dibawah Ordinan 22 kerana salahguna kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa pemandu Wan Azizah bernama Azizan Abu Bakar (mangsa liwat Anwar) dan Umi Hafilda (yang membantu Azizan membuat lapuran) membuat Akuan Sumpah palsu menafikan Anwar meliwat Azizan (dimana Anwar dihukum 6 tahun penjara).

Saya juga terlibat sebagai antara peguam utama Anwar dalam kes kedua dimana Anwar dituduh bersama adik angkatnya Sukma Darmawan meliwat pemandu Wan Azizah bernama Azizan Abu Bakar di Kondominium Tivolli Villa (dimana Anwar dihukum 9 tahun penjara tetapi kemudian dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas kekurangan keterangan walaupun Mahkamah mengakui kejadian liwat berlaku).

Alhamdulillah Allah memberikan saya petunjuk dan hidayah untuk melihat kebenaran berdasarkan fakta dan dan hakikat, dan Allah memberikan saya kekuatan untuk bukan sahaja meninggalkan Anwar Ibrahim dan pembangkang, malah menentang kebatilan mereka dengan membongkarkan kepalsuan mereka dan mendedahkan kebenaran berdasarkan fakta dan bukti yang jelas.

Atas dasar itulah saya menyeru khususnya anak-anak muda, para mahasiswa dan para belia semua termasuk penyokong taksub pembangkang supaya menggunakan akal dengan waras dan matang untuk menilai sendiri fakta dan keterangan yang ada untuk melihat samada dakwaan kumpulan pro-pembangkang ini benar atau tidak.

Cuba nilai dan pertimbangkan fakta-fakta berikut:

1. ANWAR GAGAL BERI KETERANGAN

Kalau benar dakwaan pembangkang berkaitan konspirasi dan lain-lain, persoalan utama yang perlu saudara-saudari tanya pada diri sendiri ialah kenapa Anwar tidak menggunakan ruang dan peluang yang diberikan kepadanya semasa perbicaraan di Mahkamah? Anwar bukan berseorangan didalam Mahkamah; dia diwakili berbelas peguam hebat-hebat, diketuai oleh peguam veteran mendiang Karpal Singh yang membentuk pasukan peguam bukan sahaja daripada kalangan anak-anaknya Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh dan juga lain-lain peguam senior.

Bukan Mahkamah tidak memberi dia peluang. Malah Anwar diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri dengan mengemukakan segala bukti dan keterangan untuk membuktikan dakwaan dia. Kenapa Anwar hanya berani bercakap didalam ceramah atas pentas politik, tetapi tidak berani memberi keterangan secara bersumpah didalam Mahkamah?

Sedangkan Saiful Bukhari dengan berani memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah, dia digerudi oleh peguam Anwar dengan soal-balas dan soal-siat selama beberapa hari. Namun Saiful kekal istiqomah dan konsisten dengan keterangan dan bukti; malah Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakiman menyanjung integriti dan kredibiliti keterangan Saiful Bukhari!

Adakah Anwar takut disoal-balas oleh Pendakwaraya? Apakah yang beliau takutkan? Kalau dia bercakap benar, kalau dia punya bukti sahih bahawa semua ini adalah konspirasi kerajaan, kenapa Anwar tidak memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah didalam Mahkamah, dan membenarkan Pendakwaraya menyoal-balas dia!

Fakta ini sahaja sepatutnya sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dakwaan kumpulan pro-Anwar kononnya ada konspirasi! Sepatutnya anak-anak muda hari ini bertanya kepada Anwar, kenapa tidak memberi keterangan bersumpah dan mendedahkan semua dakwaan dia didalam Mahkamah!

Anwar gagal bela diri & beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah walaupun diberi peluang bela diri dgn diwakili peguam hebat! Kenapa?


2. MANA SAKSI ALIBI?

Sejak daripada awal antara dakwaan Anwar menafikan aduan Saiful diliwat beliau ialah dengan mendakwa beliau tiada ditempat kejadian; bahawa beliau ada saksi alibi untuk membuktikannya.

Dan apabila kes dibicarakan, peguam Anwar menyenaraikan beberapa orang saksi alibi untuk membuktikannya. Antara saksi yang disenaraikan ialah Wan Azizah, isteri beliau sendiri. Juga Mokhtar, adik iparnya yang juga pengawal peribadinya (yang namanya diguna sebagai password untuk masuk ke kondominium tersebut); dan Haji Hasanudin, seorang kenalan baik Anwar yang juga tuanpunya unit kondo tempat kejadian liwat berlaku.

Apa yang pelik ialah bukan sahaja Anwar gagal memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah, malah tiada seorang pun saksi alibinya hadir memberi keterangan!!!

Takkanlah Wan Azizah isteri dia sendiri tidak boleh datang? Takkan Mokhtar adik ipar dia sendiri tidak boleh datang? Takkan Haji Hasanudin rakan baik dia sendiri tidak boleh datang?

Bukannya Mahkamah larang mereka datang, malah Mahkamah sudah menerima dan menyenaraikan mereka sebagai saksi untuk Anwar. Pendakwaraya bukan sahaja tidak membantah, malah menunggu mereka datang memberi keterangan supaya boleh disoal balas. Tetapi tidak ada seorang pun yang datang!

Tidakkah anak-anak muda semua berasa pelik dan hairan? Tentu ada sesuatu yang tidak kena kalau saksi Anwar sendiri tidak datang hadir ke Mahkamah untuk membuktikan keterangan alibi mereka?


3. BUKTI DNA

Bukti utama kes Pendakwaraya ialah ujudnya DNA Anwar didalam dubur Saiful. Malah keterangan pakar kimia, pakar forensik dan pakar perubatan yang memeriksa Saiful dan spesimen DNA yang ditemui semua mengesahkan bahawa DNA Anwar (yang dikenali sebagai Lelaki-Y) ditemui 4 sentimeter didalam dubur Saiful.

Saya ingin memberi perbandingan kes DNA ini dengan kes Azizan dahulu. Didalam kes Azizan, Pendakwaraya juga mengemukakan DNA yang ditemui diatas tilam milik Sukma di Tivolli Villa. Si-Tompok 13 - itulah nama yang diberi kepada tilam itu kerana adanya 13 tompok DNA ditemui didatas tilam tersebut.

Bagaimanapun, Pendakwaraya gagal mengemukakan bukti sahih bahawa DNA yang ditemui diatas tilam Si-Tompok 13 ini bersumberkan daripada air mani Anwar. Apa yang ada hanyalah spekulasi ia mungkin daripada air mani, tetapi kemungkinan ia juga datang daripada rambut, darah, air liur dan lain-lain sumber tidak boleh diketepikan kerana setelah disoal-balas oleh peguam Anwar, saksi tidak dapat memerikan pengesahan 100% ianya bersumberkan daripada airmani Anwar!
 
Ini kerana usia tompok tersebut sudah lebih 6 tahun, kerana dakwaan liwat berlaku tahun 1992, sedangkan pemeriksaan hanya dilakukan pada tahun 1998. Dan lebih parah, ahli kimia yang terlibat telah memusnahkan kesemua spesimen 13 tompok itu. Sebab itulah Hakim Augustine Paul J (mendiang) memutuskan untuk meminda pertuduhan dengan membuang elemen liwat dan zina didalam pertuduhan, dan hanya membicarakan kes salahguna kuasa!

Sebaliknya dalam kes Saiful, keterangan semua pakar kimia, pakar forensik, dan pakar perubatan yang memeriksa sendiri dubur Saiful dan memeriksa sampel DNA yang ditemui mengesahkan bahawa DNA yang ditemui adalah bersumberkan daripada airmani Lelaki-Y iaitu Anwar. Ini kerana kejadian liwat berlaku pada 26 Jun 2008, dan pemeriksaan dilakukan pada 28 Jun 2008, maknanya dalam tempoh 48 jam sahaja.

Kumpula pro-pembangkang mendakwa Doktor Osman Abdul Hamid, seorang doktor biasa rakyat Myanmar yang bekerja di Pusrawi yang mula-mula memeriksa Saiful mendakwa konon tiada bukti penetrasi.

Pertama yang kita perlu tanya, kenapa Dr. Osman ini tidak datang Mahkamah memberi keterangan walaupun disenaraikan sebagai saksi? Kedua kenapa Anwar sendiri tidak memberi keterangan bersumpah dalam Mahkamah mengemukakan dakwaan Dr Osman ini? Ketiga, Doktor Osman bukannya pakar forensik atau pakar kimia. Tidak mungkin beliau boleh mengesahkan tidak berlaku penetrasi dengan hanya melihat dengan mata kasar tanpa membuat pemeriksaan terperinci sebagaimana yang dibuat oleh pakar forensik dan kimia!

Dan yang paling pelik ialah kenapa Anwar sendiri tidak mahu bekerjasama dengan memberikan sampel darah dia untuk dibuat ujian DNA. Kalau benar dakwaan Anwar ini semua konspirasi, bukankah untuk kepentingan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian perbandingan DNA dengan sampel DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful?

Tidakkan menguntungkan Anwar jika didapati DNA darah Anwar tidak sama dengan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful? Malah itulah tunggak kekuatan kes Pendakwaraya; yang jika terbukti tidak sama DNA darah Anwar dan DNA airmani yang ditemui, seluruh kes Pendakwaraya akan bungkus begitu sahaja!

Keengganan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian DNA memaksa pasukan penyiasat menggunakan sumber DNA Anwar yang lain iaitui air liur, peluh dan rambut yang ditemui didalam lokap tahanan.

Dan terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa DNA perbandingan itu bersamaan dengan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful. Pada saya, ini sekaligus membuatkan Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan berlakunya penetrasi; dan kegagalan Anwar memberi keterangan bersumpah sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.


4. SUMPAH MUBAHALAH

Apabila seorang agamawan bernama Dr Asri Zainal Abidin mencadangkan supaya Saiful dan Anwar mengangkat sumpah mubahalah untuk membuktikan dakwaan masing-masing, Saiful dengan jelas dan tanpa sebarang keraguan mengangkat sumpah laknat pada 14 Ogos 2008 dengan menegaskan beliau diliwat oleh majikannya sendiri iaitu Anwar Ibrahim. Saiful mengulangi sumpah tersebut pada 09 April 2012 dihadapan Ka'bah di Masjidil Haram, Mekah. Berikut adalah lafaz sumpah Saiful:
 
"Pada hari ini, Khamis 13 Sya'ban 1429, bersamaan 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687) dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minas syaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat.
Wallahualam".

Namun sehingga hari ini Anwar gagal, dan enggan mengangkat sumpah menafikan sumpah Saiful. Bukankah ini peluang terbaik Anwar untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk memberikan petunjuk kebenaran dakwaan Saiful atau dakwaan Anwar kononnya dia mangsa konspirasi Kerajaan.
 
Kumpulan pro-pembangkang dan anak-anak muda sekelian sepatutnya mencabar Anwar supaya mengangkat sumpah mubahalah menafikan dia telah meliwat Saiful! Keengganan Anwar mengangkat sumpah tersebut menimbulkan terlalu banyak persoalan; antaranya adakah Anwar takut dengan kebenaran daripada Allah?

 
5. LIWAT SUKA SAMA SUKA

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong menyatakan perlakuan liwat Anwar itu adalah atas dasar suka sama suka! Bagaimanakah seorang Presiden Majlis Peguam, sebuah badan yang pro-pembangkang dengan berani dan secara terbuka dan bertulis menegaskan bahawa perlakuan liwat Anwar terhadap Saiful adalah atas dasar suka sama suka.

Sudah pasti sebagai Presiden sebuah badan guaman, dan pro pembangkang akan berhati-hati dalam mebuat kenyataan seperti itu. Sudah pasti beliau akan menimbang segala keterangan, bukti dan fakta sebelum membuat rumusan seperti itu.

Persoalannya kalau penegasan Presiden Majlis Peguam itu tidak benar, mengapa sehingga ke hari ini Anwar tidak menyaman beliau atau Majlis Peguam; atau mendesak Christopher Leong atau Majlis Peguam menarik balik kenyataan itu?


6. AKUAN BERSUMPAH PALSU

Saya masih teringat kejadian pada 28 Jun 2008 di Quality Hotel Shah Alam. Pada masa itu kami wakil rakyat PKR ada seminar di Quality Hotel Shah Alam. Selepas mendapat maklumat petang 28 Jun 2008 bahawa Saiful telah membuat lapuran polis mengadu diliwat oleh Anwar Ibrahim, beberapa kejadian yang telah saya banyak kali ceritakan telah berlaku yang menimbulkan keraguan kepada diri saya secara peribadi. Namun apa yang saya ingin fokuskan disini ialah cubaan beberapa peguam dan tokoh pro-pembangkang pada malam itu untuk membuat surat Akuan Bersumpah daripada dua orang yang saya kenali sebagai Rahimi Osman dan Rasidi.
 
Rahimi adalah pegawai khas Anwar, manakala Rasidi adalah pembantu am Anwar. Kedua-dua mereka disuruh mengarang suatu surat Akuan Bersumpah palsu yang menuding jari menyalahkan Saiful Bukhari dan mengaitkan Dato' Sri Najib dengan Saiful.
 
Kedua-dua mereka kemudiannya telah membuat lapuran polis mengadu mereka dipaksa membuat surat Akuan Bersumpah palsu.
 
Sehingga kini tiada sebarang tindakan guaman atau saman diambil terhadap mereka jika benar mereka memfitnah atau membuat lapuran polis palsu!
 
Persoalannya, mengapa ada cubaan untuk memaksa mereka ini membuat surat Akuan Sumpah palsu menyalahkan Saiful Bukhari dan mengaitkan beliau dengan Dato' Sri Najib.



7. KETERANGAN DARIPADA KANDANG
 
Kumpulan pro-pembangkang mendakwa bahawa Anwar telah memberi keterangan dialam Mahkamah. Jadi tidak timbul persoalan Anwar tidak memberi keterangan.
 
Jelas mereka yang bercakap ini samada jahil muraqab tentang prosedur perbicaraan di Mahkamah, atau sengaja mahu memutar belit fakta dan mengelirukan orang ramai.
 
Apabila Anwar dipanggil oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri, ini bermakna Mahkamah secara prima facie yakin ada kes untuk dijawab oleh Anwar yang jika tidak dijawab boleh membawa kepada sabitan kesalahan.

Anwar memilih untuk membaca keterangan daripada kandang tertuduh, bukannya memberi keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi.

Apa maksudnya?

Apabila seseorang tertuduh dipanggil membela diri, dan dia memilih untuk membaca keterangan daripada kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah, maka pertama dia tidak boleh disoal-balas atau dicabar oleh Pendakwaraya untuk menentu-sahihkan keterangan dia.

Kedua, dia boleh bercakap apa sahaja tanpa membuktikan atau mengemukakan apa-apa bukti atau keterangan bagi menyokong dakwaan dia.

Sebab itu didalam undang-undang, membaca keterangan daripada kandang tertuduh tidak ada nilai sebagai bukti dan keterangan yang boleh diterima pakai. Ianya hampir sama macam tidak memberi keterangan pun. Dan Mahkamah pun tidak akan mencatatkan apa-apa daripada bacaan keterangannya itu.

Ini adalah kerana pihak Pendakwaraya tidak diberi peluang menyoal balas Anwar. Malah kalau dilihat daripada sudut hak bersuara dan demokrasi, Pendakwaraya telah dinafikan hak untuk menentu-sahihkan dan mencabar segala dakwaan Anwar.
 
Contohnya apabila Anwar mendakwa Mahkamah dipengaruhi oleh Kerajaan, atau membaca skrip yang disediakan, Pendakwaraya tidak dapat menyoal-balas Anwar apa asas dia membuat dakwaan itu? Apa buktinya? Apa keterangannya? Kalau ada skrip, siapa penulis skrip? Siapa mengarahkan Mahkamah? Ini semua tidak dapat dicabar oleh Pendakwaraya kerana tidak diberi peluang menyoal balas dan mencabar keterangan Anwar yang dibaut daripada kandang tertuduh.

Makna kata cakap kasarnya, membaca keterangan daripada kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan boleh disoal balas atau dicabar sama lah seperti bercakap dengan modal air liur sahaja; tanpa perlu membuktikan apa-apa, dan tanpa boleh dia dicabar dan disoal balas oleh Pendakwaraya. Sebab itu keterangan seperti ini tidak ada nilai dari segi perundangan.


RUMUSAN
 
Jadi anak-anak muda, para mahasiswa, para belia dan penyokong taksub pro-Anwar dan kumpulan pro-pembangkang sepatutnya menggunakan akal fikiran untuk menimbang segala dakwaan dan tohmahan pembangkang.
 
Janganlah diperlekeh akal fikiran yang Allah berikan.
 
Yang membezakan kita dengan haiwan ialah akal. Janganlah sama-tarafkan diri kita setaraf dengan haiwan yang hanya bertindak mengikut nafsu dan emosi tanpa menggunakan akal.
 
Sebenarnya kes Saiful ini adalah kes peribadi melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Ia adalah kes aduan seorang kakitangan yang mengadu majikannya telah meliwat beliau.
 
Dalam bahasa hak asasi manusia, ini adalah aduan kes pencabulan seksual oleh seorang majikan terhadap kakitangannya. Dinegara barat, ini adalah suatu kes yang serius dan boleh dikenakan hukuman berat!
 
Takkanlah kita nak percaya tohmahan kumpulan pro-pembangkang bahawa Najib terlibat!
 
Cuba tanya akal kita sendiri, menasabah kah untuk Najib terlibat?
 
Bagaimana caranya Najib mendapatkan sampel airmani Anwar? Bagaimana Najib memasukkan sampel airmani itu kedalam dubur Saiful? Perlu diingat DNA yang ditemui didalam dubur Saiful dan disahkan oleh pakar kimia, forensik dan perubatan iailah DNA bersumberkan airmani Anwar!
 
Takkanlah Najib yang memerangkap Anwar? Adakah Najib memerangkap Anwar supaya meliwat Saiful? Logik kah tohmahan itu?

Apa yang penting ialah kita memberikan ruang dan peluang kepada kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang untuk membuat keputusan dan penghakiman mereka.

Anwar telah diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan hujah dihadapan Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili oleh berbelas peguam, diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan seorang peguam veteran Datuk Gopal Sri Ram, selain anak-anak mendiang Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh, selain daripada beberapa peguam kanan dan senior yang lain.

Mereka diberi ruang dan peluang secukupnya, malah berlebih-lebihan, untuk mengemukakan hujah mereka.

Kini benarkan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan ini membuat keputusan dan penghakiman mereka tanpa sebarang tekanan, desakan atau ugutan. Jangan dipolitikkan kes ini. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah melibatkan seorang majikan yang didakwa meliwat kakitangannya!

Apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan hendaklah kita hormati dan terima. Walaupun saya memberikan hujah panjang lebar diatas, namun kata pemutusnya adalah ditangan Mahkamah dan Hakim-Hakim yang arif lagi bijaksana ini.

Kalau ditakdirkan mereka membuat keputusan menerima rayuan Anwar dan membebaskan dia, saya perlu akur menerima dan menghormatinya, walaupun saya mungkin tidak setuju. Dan jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara samada 5 tahun atau lebih, maka itu pun kita wajib menerima dan menghormatinya walaupun kita mungkin tidak bersetuju.

Ingatlah, keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful.

Dan yang lebih penting, keadilan adalah untuk kebenaran, insyallah!

Hormati Hakim-Hakim, institusi Mahkamah & keluhuran Undang-Undang Negara!

Yang baik datang daripada Allah, sebarang kelemahan atau kesilapan adalah daripada saya sendiri, dan kepada Allah kita mohon pengampunan.
 
Wallahua'lam dan Wassalam.
 
Adios amigos, grasias senor!
 
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Rabi'ul Akhir 1436
07 Februari 2015

28 January 2015

RAMPAS PASPOT ANWAR?


Apakah 10 Feb 2015 akan menebus maruah seorang anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat oleh majikannya Anwar Ibrahim?
Salam 2 all.

Saya merujuk kepada pemberitahuan Mahkamah Persekutuan bertarikh 26.02.2015 memaklumkan 10.02.2015 untuk keputusan kes rayuan Anwar Ibrahim yang disabit dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar Ibrahim telah disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 377B oleh Mahkamah Rayuan pada 07.03.2014 dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Anwar untuk penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan tidak mengenakan syarat supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya. Ini membolehkan Anwar untuk terus keluar-masuk negara tanpa sebarang sekatan atau halangan!

Kebiasaannya dalam memberikan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman, Mahkamah akan memerintahkan syarat antaranya jaminan dan paspot diserahkan kepada Mahkamah. Tujuannya ialah untuk mengelakkan seseorang yang telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman daripada melarikan diri.

Mengapa didalam kes ini tiada sebarang perintah sedemikian saya pun tidak pasti. Adakah Pendakwaraya tidak membuat sebarang permohonan? Atau Mahkamah sendiri yang menimbangkan tiada keperluan memandangkan status pesalah yang antara lain adalah sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia? Wallahua'lam!

Apa pun, saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvavin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar. Alvavin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.
Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvavin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia. Dan kita menghadapi masalah besar untuk mendapatkan perintah ekstradisi keatas kedua-duanya!

Atas alasan itulah saya mendesak supaya paspot antarabangsa dan semua kemudahan perjalanan antarabangsa Anwar dihalang serta merta sementara menunggu keputusan rayuan pada 10.02.2015.
Saya tidak menuduh Anwar akan melarikan diri, atau merancang untuk melarikan diri. Malahan ada kemungkinan beliau mungkin terlepas dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 10.02.2015 ini. Atau mungkin sahaja Mahkamah Persekutuan mensabitkan kesalahan dan menghukum beliau denganhukuman selayaknya.

Itu terpulang kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang akan membuat keputusannya pada 10.02.2015 nanti.

Apa yang penting ialah kehadiran Anwar pada 10.02.2015 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada pagi 10.02.2015 untuk menerima keputusan Mahkamah hendaklah dipastikan.
Dan mengambil iktibar kes Alvavin dan Sirul, saya mencadangkan supaya paspot Anwar dirampas dan kemudahan perjalanan antarabangsanya disekat sementara menunggu keputusan pada 10.02.2015 atas alasan berikut:

1. Berbeza dengan Alvavin dan Sirul, Anwar adalah seorang pesalah yang telah pun disabitkan dengan satu kesalahan jenayah berat dan dihukum penjara 5 tahun dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan;

2. Keputusan dan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 10.02.2015 ini adalah merupakan proses kehakiman yang terakhir dan muktamad dan tiada lagi sebarang proses kehakiman selepas itu;

3. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan termasuk kebarangkalian Anwar mungkin berada diluar bidangkuasa Mahkamah dan pihak berkuasa Malaysia pada atau sebelum 10.02.2015 kerana:

a. Anwar sendiri pernah membuat kenyataan sebelum ini bahawa ada beberapa rakannya yang merupakan pemimpin politik negara asing yang menawarkan beliau untuk mendapatkan perlindungan konon atas dakwaan beliau dizalimi melalui suatu konspirasi Kerajaan Malaysia;

b. Anwar pernah pada 28.06.2008 melarikan diri dan berlindung dirumah TYT Duta Turki selepas mendapat tahu Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis;

c. Pada umur 67 tahun, sekiranya hukuman 5 tahun penjara itu dimuktmadkan ianya adalah sesuatu yang sangat berat bagi Anwar kerana beliau hanya dijangka dibebaskan daripada menjalani hukuman pada tahun 2020 diwaktu berumur 72 tahun. Saya yakin kemungkinan untuk menghabiskan usia di penghujung nyawa ini didalam penjara adalah satu mimpi ngeri bagi Anwar;

d. Kita perlu faham bahawa sekiranya Anwar berada dinegara yang tidak menjadikan homoseks dan/atau seks sama jenis sebagai kesalahan jenayah maka kemungkinan untuk mendapat sebarang perintah ekstradisi adalah sangat sukar, jika tidak mustahil. Dan antara negara yang berkenaan adalah seperti Belanda, Australia, United Kingdom, India, Turki, Indonesia dan beberapa negara lagi;

e. Dan jika Anwar berada di negara yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, maka permohonan untuk ekstradisi adalah hampir mustahil.

Oleh itu, saya mendesak supaya beberapa tindakan seperti berikut diambil dengan serta merta:

1. Peguam Negara hendaklah memfailkan permohonan serta merta di Mahkamah Persekutuan untuk suatu perintah supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya;

2. Peguam Negara juga wajib memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan;

3. Sebagai alternatif, Peguam Negara wajib memohon Mahkamah mengenakan perintah tahanan reman keatas Anwar Ibrahim berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh keputusan diumumkan;

4. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah larangan keluar negara dan menyenarai-hitamkan Anwar atas alasan beliau adalah seorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah liwat menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dibaca dengan Kanun Acara Jenayah dan Akta Imigresen;

5. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah serta merta menghalang Anwar Ibrahim keluar daripada negara ini dan semua check-point hendaklah dimaklumkan mengenainya dan menguatkuasakannya dengan serta merta;

6. Sementara itu pihak Polis hendaklah meletakkan Anwar dibawah pemerhatian dan pemantauan 24-7 dengan serta merta untuk memastikan sekatan atau halangan dapat dikuatkuasakan jika ada sebarang usaha untuk melarikan diri keluar daripada bidangkuasa Mahkamah dan Polis Malaysia.

Semoga peristiwa Sirul Azhar Umar, Alvavin Tan dan lain-lain tidak berulang.
JUSTICE-4-SAIFUL

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Rabi'ul Akhir 1435
28 Jan 2015

26 June 2014

13-MEI 2.0?

'Not everyone who says to me 'Lord, Lord,' will enter the kingdom of heaven, but only he who does the will of my Father who is in heaven. Many will say to me on that day, 'Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and in your name drive out demons and perform many miracles? Then I will tell them plainly, 'I never knew you. Away from me, you evil doers!' Excerpt from Holy Bible New International Version at Matthew 07:21-23.*
Salam 2 all.

Adakah pihak pelampau dan extremis keagamaan dan juak-juak mereka tidak tahu menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan?

Setelah mendengar hujah panjang lebar daripada kesemua pihak pada 05 Mac 2014, Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun 2014 telah menolak permohonan Titular Archbishop Kuala Lumpur untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang kristian daripada menggunakan kalimah Allah didalam penerbitan The Herald mereka.

Ini adalah keputusan Mahkamah tertinggi didalam negara. Ini keputusan Mahkamah yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan kuasa-kuasa perundangan dan kehakiman yang tertinggi dan muktamad. Ini adalah keputusan Yang Arif Hakim-Hakim yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

Menolak keputusan Mahkamah Persekutuan bermakna menghina Perlembagaan!

Menolak keputusan Mahkamah Persekutuan bermakna menghina Mahkamah!

Menolak keputusan Mahkamah Persekutuan bermakna menghina Raja-Raja!

Melihat kepada komen-komen yang dibuat oleh para pelampau dan extremis keagamaan ini dan penyokong-penyokong mereka, adalah jelas mereka hanya akan menyokong keputusan Mahkamah yang menyebelahi mereka.

Lihat sahaja bagaimana bila Peguam Negara membuat keputusan tidak akan mendakwa Bible Society dalam isu bibel versi Melayu yang menyalah-gunakan kalimah Allah. Walaupun terang-terang bibel tersebut bercanggah dengan Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah Selangor, tetapi kita dapat melihat bukan main berkokok para pelampau dan extremis ini memuji keputusan Peguam Negara.

Mereka mendesak MAIS supaya menghormati keputusan tersebut. Malah dengan lebih biaDap mereka mendesak MAIS mengembalikan bibel-bibel dakyah tersebut.

Tetapi bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak permohonan rayuan mereka, sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah Allah bukan merupakan intipati integral kepercayaan kristianiti, tiba-tiba kaum ini menjadi sawan tak keruan.

Bukan sahaja mereka tidak tahu menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, malah mereka mencabar umat Islam dengan ugutan akan terus menggunakan kalimah Allah didalam gereja dan didalam amalan keagamaan mereka!

Kalau ini bukan kurang ajar dan biaDap, saya tidak tahu nak bagi label apa lagi kepada perangai pelampau keagamaan dan extremis liberalis ini.

Dan kalau melihat komen-komen yang dimuat-turun di laman-laman web mereka, terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa memang mereka ini kaum yang cukup biaDap, kurang ajar dan sudah menurun perangai dan kelakuan mereka ke tahap kehaiwanan; malah lebih rendah daripada haiwan!

Saya ingin memberi peringatan kepada kaum cauvinis dan pelampau agama ini, jangan kamu nak uji kesabaran umat Islam. Memang kami diajar supaya bersikap toleransi dan sabar, tetapi hanya kepada mereka yang tahu beradab dan saling menghormati.

Tetapi bila kamu melangkau ke dunia kebiaDapan dan kurang ajar melampau, sehingga menyerang Allah dan agama Islam, kamu kami anggap sebagai kafir harbi, dan rakan sekongkolan kamu yang mengaku Islam kami anggap adalah munafik.

Dan Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!

Kamu mendakwa Jesus mengajar kamu agama kristian berteraskan kasih-sayang. Tetapi cara kamu bertindak bukan sahaja tidak mengikuti ajaran agama kamu itu, malahan membuktikan kamu langsung tidak bertamaddun dan menunjukkan ciri-ciri manusia yang tiada punya kesedaran sivik!

Dan saya percaya ramai penganut kristian yang benar-benar mengikuti ajaran Jesus TIDAK bersetuju dengan tindak-tanduk dan kebiaDapan kamu ini! Mereka tahu dan mereka sedar bahawa kita selama ini hidup aman damai dan harmoni antara kaum dan agama kerana amalan toleransi dan saling hormat menghormati yang menjadi teras kepada perpaduan rakyat negara ini.

Satu soalan mudah yang saya minta kamu jawab:

Dalam Kings James Bible kamu menterjemahkan Matthew 27:46 daripada bahasa hebrew Jesus 'Eli, Eli lamma sabachthani' dengan ayat 'My God, My God, why have thy forsaken me'. Persoalannya mengapa dalam bahasa Melayu kamu terjemahkan ayat itu dengan 'Allahku, Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku'.

Sedangkan mana-mana rakyat Malaysia dan orang yang faham bahasa Melayu tahu terjemahan tepat dan betul bagi 'my God, my God' ialah 'Tuhanku, Tuhanku'. Sebab itu Rukunegara Pertama ialah 'Kepercayaan kepada Tuhan', bukan 'Kepercayaan kepada Allah' kerana kita meraikan kepercayaan agama-agama lain yang tidak mempertuhankan Allah.

Bermakna persoalan penggunaan kalimah Allah didalam bibel versi bahasa Melayu adalah soal salah-terjemahan, bukan soal kepercayaan!

Jadi tidak timbul soal hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan! Tidak timbul soal menyekat hak asasi penganut kristian mengamalkan agama mereka. Tidak timbul soal mencabul kebebasan kamu untuk beragama dan bertuhan.

Salah-terjemah perkataan bukan soal hak asasi tetapi persoalan bahasa!

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperbetulkan salah terjemahan tersebut, itu sahaja.

Dan itulah yang dilakukan oleh sebahagian penganut kristian di Indonesia bilamana sebuah pertubuhan kristian bernama Yayasan Lentera Bangsa menerbitkan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia dinamakan 'Kitab Suci - Perjanjian Baru & Lama' Edisi 2, Cetakan Pertama tahun 2008.

Contohnya bagi ayat Matthew 27:46 diatas, telah diterjemahkan seperti berikut (dimukasurat 40 Kitab Perjanjian Lama Matius 27:46):

Dan kira-kira jam kesembilan Yesus berteriak dengan suara nyaring, sambil berkata "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Yang artinya, "Elohimku, Elohimku, mengapa Engkau meninggalkan aku".

Ini bermakna penggunaan kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada keprecayaan penganut kristian - atau seperti yang diputuskan oleh Mahkamah - it is not an integral part of the christianity faith.

Bermakna keputusan Mahkamah bukan sahaja tepat dan betul dari segi undang-undang dan Perlembagaan, malahan tepat dan betul dari segi kepercayaan penganut kristian sendiri.

Oleh itu saya menyeru para pelampau dan extremis keagamaan ini supaya belajar menghormati keputusan Mahkamah, belajar menghormati Perlembagaan Malaysia, belajar menghormati undang-undang Malaysia, belajar menghormati sensitiviti agama lain termasuk Islam, belajar menghormati agama kristian sendiri.

Jika tidak, kamu memang kurang ajar! Jika tidak kamu memang biaDap!

Dan kalau kamu tidak menghentikan provokasi dan penghasutan berterusan ini, kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei supaya berulang. Bacalah buku "13th May: Before & After" karya Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan Lapuran Mageran 06 Oktober 1969 untuk kamu sedar bahawa apa yang kamu sedang lakukan sekarang adalah tindakan provokatif yang boleh mengundang berulangnya peristiwa 13 mei 1969.

Atau adakah kamu memang sengaja mahu 13-Mei 2.0 berlaku? Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian tidak mahu melihat peristiwa 13 Mei ini berulang, kerana kami tahu betapa sengsara dan menderitanya rakyat akibat perbuatan biaDap para cauvinis dan pelampau perkauman dan agama ini.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
28 Sya'ban 1435
26 Jun 2014

* Ini adalah petikan daripada bible kristian. Kita umat Islam menolak sebarang kepercayaan yang mensyirikkan Allah. Memaparkan petikan bible disini bukan bermakna saya menerima atau mengiktirafnya, apatah lagi mempercayainya. Sebaliknya tujuannya adalah untuk mengingatkan pendakyah kristian apa yang disebut oleh bible mereka sendiri!

23 June 2014

ALLAH-HU-AKBAR, ALLAH-HU-AHAD

Semasa berucap didalam Gereja Holy Family, Kajang, Selangor pada 16.02.2014, mengapa Anwar Ibrahim tidak mengingatkan para pendakyah kristian mengenai amaran Allah dalam Surah An-Nisaa' : 171 'Wahai kristian! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar! Sesunggunya Isa Al-Masih ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan kalimahNya yang telah disampaikan Nya kepada Maryam dan (dia juga tiupan) roh daripada Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul Nya serta janganlah kamu mengatakan "Allah itu tiga". Hentikanlah (daripada mengatakan yang sedemikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Allah jualah yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi. Dan cukuplah Allah menjadi wakil (atau saksi terhadap yang demikian itu)"*.
Salam 2 all.

Subhanallah! Alhamdulillah! Astaghfirullah!

Saya memanjatkan setinggi-tinggi syukor ke hadrat Allah swt atas keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersidang pagi ini yang menolak permohonan Archbishop Titular Kuala Lumpur (mewakili gereja dan pihak penerbitan The Herald) untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan KDN mempunyai kuasa untuk menghalang dan melarang mereka daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Permohonan pihak gereja telah didengar dihadapan korum 7 orang hakim yang bersidang sebagai panel Mahkamah Persekutuan pada 05 Mac 2014. Keputusan hari ini dibuat dengan majoriti 4-3.

Hakim yang menolak permohonan pihak geraja ialah YAA Tun Ariffin Zakaria (Ketua Hakim Negara), YAA Tan Sri Md. Raus Shariff (Presiden Mahkamah Rayuan), YAA Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (Hakim Besar Malaya) dan YA Tan Sri Suriyadi Halim Omar (Hakim Mahkamah Persekutuan).

Manakala 3 orang Hakim yang membenarkan permohonan gereja ialah YAA Tan Sri Richard Malanjum (Hakim Besar Borneo), YA Datuk Zainun Ali (Hakim Mahkamah Persekutuan) dan YA Datuk Jeffrey Tan Kok Wha (Hakim Mahkamah Persekutuan).

Untuk kefahaman, apabila mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam mana-mana kes sivil, ia boleh mengemukakan permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia). Kebiasaannya Mahkamah Persekutuan hanya akan membenarkan rayuan kepadanya bagi kes-kes melibatkan persoalan Perlembagaan atau isu-isu perundangan baru yang tidak pernah diputuskan sebelum daripada ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membuktikan bahawa sistem kehakiman kita masih lagi professional, berwibawa dan bebas daripada sebarang campurtangan politik. Kalau tidak masakan kita akan mendapat keputusan majoriti 4 dan yang menentang 3.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna semua proses perundangan dan kehakiman telah pun dilalui. Bermakna semua proses perundangan dan kehakiman sudah selesai dan muktamad.

Oleh itu saya menyeru semua pihak khususnya pihak gereja dan pendakyah kristian supaya menghormati keputusan tersebut dan menghentikan segala penyalah-gunaan kalimah Allah dalam apa bentuk sekalipun. Saya mendesak mereka supaya jangan lagi menimbulkan sebarang tindakan provokatif yang boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati keputusan Mahkamah dan tidak menghormati sensitiviti umat Melayu-Islam.

Kalau mereka beriya-iya benar menuntut MAIS supaya menghormati keputusan Peguam Negara yang tidak mahu mengemukakan pertuduhan terhadap Bible Society of Malaysia (BSM); maka sekarang kita mendesak mereka supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan mereka!

Malahan saya menyeru pihak gereja dan pendakyah kristian supaya bersama-sama kita memberi sumbangan positif dan bermakna kepada memupuk keharmonian demi perpaduan rakyat dan keamanan dan kemakmuran negara Malaysia tercinta ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna keputusan Mahkamah Rayuan kekal. Maksudnya keputusan Mahkamah Rayuan bahawa pihak gereja tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya kekal.

Bukan itu sahaja, memandangkan dalam keputusannya Mahkamah Rayuan menyentuh secara spesifik penggunaan kalimah Allah oleh kristian dalam bentuk yang bercanggah dengan tauhid Islammiyyah, ini bermakna secara amnya kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam bentuk yang mereka cuba tonjolkan - iaitu Allah itu tuhan triniti - tuhan bapak, tuhan anak dan ruh suci!

Apatah lagi Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah bukan merupakan intipati atau kepercayaan integral didalam agama dan kepercayaan kristian (not an integral part of the christianity belief).

Ini bermakna sebagai implikasi, keputusan Majlis Agama Islam Selangor terus menahan bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah yang dilarang penggunaannya menurut Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah tepat, betul dan menurut undang-undang walaupun Peguam Negara memutuskan tidak mahu mengemukakan pertuduhan terhadap BSM.

Malahan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini seharusnya membuatkan Peguam Negara mengambil tindakan untuk menyemak semula keputusannya dan meneruskan prosiding mengemukakan pertuduhan jenayah dibawah Seksyen 9 Enakmen terhadap BSM.

Oleh itu, saya dengan ini mendesak Peguam Negara supaya menarik balik keputusannya tidak mahu mengemukakan pertuduhan terhadap BSM; sebaliknya hendaklah Peguam Negara memperbetulkan keputusan tersebut dan meneruskan pertuduhan terhadap BSM menurut Seksyen 9 Enakmen (mungkin juga dibaca bersesama atau secara berasingan dengan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan).

Apa pun kita umat Melayu-Islam harus memanjatkan syukur kepada Allah swt atas keputusan Mahkamah Persekutuan ini. Malah kita juga bersyukur kerana masih mempunyai institusi yang masih berani mempertahankan dan membela kesucian Islam berdasarkan undang-undang negara seperti Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, YBhg Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, YBhg Pengerusi MAIS Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa dan ramai lagi.

Dan tidak lupa kepada kesemua mereka yang turut hadir di Kompleks Istana Kehakiman pagi tadi. Ada yang datang sejauh Kedah semata-mata untuk turut bersama dengan lain-lain umat Melayu-Islam mempersaksikan keputusan yang bersejarah ini. Kepada kesemua 'wira tak didendang' ini, tahniah buat kalian semua. Semoga Allah menambahkan nikmat keimanan dan ketaqwaan kepada kita semua insyallah.

Dan kepada semua umat Melayu-Islam, janganlah mengambil mudah dan berasa selesa dengan kemenangan ini. Kerana saya yakin dan percaya bahawa pihak pendakyah ini tidak akan berhenti untuk terus memprovokasi dan mencetuskan isu dan polemik kalimah Allah sehingga kita tunduk dan menurut kemahuan dan nafsu mereka.

Ingatlah pesan Allah didalam Al-Baqarah:120 bahawa sesungguhnya Yahudi dan Kristian ini tidak akan redha dengan kamu selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka.

Hendaklah kita terus berwaspada, dan istiqomah dalam perjuangan kita menentang dan mencegah kemungkaran ini. Berwaspadalah, kerana iblis telah berjanji dihadapan Allah akan terus menyesatkan kita. Dan Allah berjanji bahawa iblis boleh menyesatkan siapa sahaja yang dia mahu, kecuali hamba-hamba Allah yang beriman.

Kita sudah melihat betapa ada kalangan kita yang dahulunya berkobar-kobar semangat menentang usaha permurtadan dan kristianisasi ini, tetapi kini telah kecundang dan hancur didalam mengejar nafsu dan nikmat dunia yang terlalu sedikit walaupun mereka masih berserban berpurdah dan duduk didalam wadah yang mengaku Islam.

Moga Allah memberikan rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Semoga Allah memelihara iman dan aqidah kita dalam mengharungi zaman fitan ini. Amin.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
25 Sya'ban 2014
23 Jun 2014

* Translation of Surah An-Nisaa': 171 - O people of the scripture (Christian)! Do not exceed the limits in your religion, nor say of ALLAH but the truth. The Messiah 'Isa (Jesus), son of Maryam (Mary), was (no more than) a Messenger of ALLAH and His word, ("Be!" - and he was) which he bestowed on Maryam (Mary) and a spirit (Ruh) created by Him. So believe in ALLAH and His Messengers. Say not: "Three (Trinity)!" Cease! (it is) better for you. For ALLAH is (the only) One Ilah (God), Glorified is He (Far Exalted is He) above having a son. To Him belongs all that is in the heavens and all that is in the earth. And ALLAH is All-Sufficient as a Disposer of affairs.

** Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan Innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un atas pemergian mengejut Allahyarham Ustaz Datuk Abu Bakar Chik dalam kemalangan jalanraya awal pagi tadi. Ustaz Bakar Chik merupakan bekas ADUN Batu Rakit, bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu (zaman Kerajaan PAS 1999-2004), bekas Ketua Pemuda PAS, bekas Ahli Dewan Ulama PAS dan kini menjawat jawatan AJK PAS Pusat. Semoga Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada Allahyarham, dan meletakkan Allahyarham dalam golongan soleh. Al-Fatihah.

29 August 2013

SIAPA BUNUH ALTANTUYA?

Siapa Liwat Saiful Bukhari? Siapa Liwat Azizan Abu Bakar?

Salam 2 all.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat 23 Ogos 2013 membuat keputusan menerima rayuan dan membebaskan bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar yang disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas dakwaan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Mahkamah yang bersidang dengan panel hakim YA Lintoln Albert, YA Tengku Maimun Tengku Mat dan YA Apandi Ali membuat keputusan antara lain bahawa "walaupun mengakui bahawa satu pembunuhan telah berlaku, namun Mahkamah mendapati keterangan yang ada adalah tidak selamat untuk sabitan pembunuhan dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dikenakan terhadap mereka".

Pembunuhan didakwa berlaku diantara jam 10 malam 19 Okt 2006 dan jam 1 pagi 20 Okt 2006 di Puncak Alam, Shah Alam. Kebetulan tarikh itu ialah bulan Ramadhan.

Banyak teori dan andaian dilakukan atas kes pembunuhan Altantuya ini.

Kebetulan teman sendiri pernah terlibat didalam kes ini sebagai peguam bagi Cif Inspektor Azilah Hadri diperingkat awal  perbicaraan.

Teman tidak berminat nak mengulas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, apatah lagi Pendakwaraya telahpun memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Kita berilah ruang dan peluang untuk proses perundangan negara berjalan dan disempurnakan.

Apa yang teman nak komen ialah persoalan yang dibangkitkan oleh media termasuk akhbar The Star yang mengemukakan pertanyaan: "So who Kill Altantuya"?

Sudah pasti ada orang yang membunuh Altantuya. Melainkan ada yang otak sewel menyatakan Altantuya bom diri dia sendiri!

Teman bertanyakan soalan ini dalam konteks mengapa beriya-iya benar pihak tertentu membangkitkan persoalan ini. Sebagaimana mereka, teman juga mahu tahu siapa membunuh Altantuya.

Apa yang teman tahu berdasarkan maklumat dan keterangan yang teman terima semasa mengendalikan kes ini ialah kedua-dua Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul agak konsisten dalam penafian mereka terlibat membunuh Altantuya.

Mereka juga konsisten dalam menafikan penglibatan Dato' Sri Najib ataupun Datin Sri Rosmah dalam kes ini, walaupun ada segelintir pihak yang nampaknya begitu ghairah mahu mengaitkan Dato' Sri Najib dan isteri dengan pembunuhan itu (pada masa material, Dato' Sri Najib adalah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri masa itu ialah YABhg Tun Abdullah Badawi). Malah hingga sanggup bersumpah menafikan perkara tersebut.

Dan bila teman sendiri menyiasat, ternyata kenyataan mereka disokong oleh bukti dan keterangan yang ada. Malah Datin Sri Rosmah pada malam kejadian 19.10.2006 itu didapati sedang berbuka puasa dan bertarawih dengan anak-anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa anjuran PEYATIM di Menara Tabung Haji. Malah majlis itu disiarkan didalam berita secara meluas pada ketika itu.

Berbalik kepada persoalan yang ditanya 'siapa bunuh Altantuya', teman juga bertanya soalan yang senada:

Siapa yang meliwat Saiful?

Siapa yang meliwat Azizan?

Teman tanya persoalan ini kerana seperti juga kes Altantuya yang sudah meninggal, begitu juga dengan kes Saiful dan Azizan; kedua-duanya telah diliwat. Bukti mereka diliwat pun ada.

Dalam kes Azizan dimana Anwar Ibrahim dituduh meliwatnya, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan kesalahan meliwat terhadap Anwar Ibrahim dan menjatuhkan hikuman 9 tahun penjara. YA Dato' Ariffin Jaka dengan tegas menyatakan bahawa "keterangan Azizan sekukuh Gunong Gibraltar, dan Mahkamah mendapati keterangan tanpa sebarang keraguan Anwar Ibrahim telah meliwat Azizan".

Bagaimanapun didalam rayuan di Mahkamah Persekutuan, YAA Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersidang dengan YA Dato' Rahmah Hussain dan YA Dato' Tengku Baharuddin Shah dalam membebaskan Anwar berkata, "untuk merumuskan penghakiman kami, walaupun setelah membaca rekod rayuan kami mendapati ada bukti dan keterangan yang mengesahkan perayu Anwar Bin Ibrahim terbabit dalam aktiviti-aktiviti homoseksual, dan kami lebih cenderong untuk mempercayai bahawa insiden yang berlaku di Tivolli Villa itu, pada sesuatu masa sebenarnya berlaku, namun Mahkamah ini sebagai Mahkamah undang-undang hanya boleh mensabitkan perayu sekiranya pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan seperti mana yang tertera didalam pertuduhan" (rujuk [2004] 3 MLJ 405 mukasurat 448).

Bermakna walaupun Mahkamah percaya memang Azizan telah diliwat dan Anwar Ibrahim terlibat dengan akitiviti homoseksual termasuk meliwat Azizan, namun Mahkamah tetap membebaskan Anwar kerana kekangan perundangan!

Begitu juga didalam kes pertuduhan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhori Azlan, Hakim Mahkamah Tinggi YA Dato'  Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah memutuskan pada 09 Januari 2012 bahawa "keterangan yang ada (terutama berkaitan penjagaan spesimen DNA) tidak cukup selamat untuk Mahkamah mensabitkan kesalahan meliwat".

Walaupun Mahkamah mengakui ada bukti jelas Saiful Bukhari telah diliwat, namun kekangan undang-undang tidak membolehkan Mahkamah mensabitkan kesalahan meliwat terhadap Anwar Ibrahim.

(Nota: Pendakwaraya telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan kes ini akan didengar tidak lama lagi).

 Apa maksud teman menulis ini?

Maksudnya ialah ada kes dimana Mahkamah berpuashati kejadian berlaku, samada pembunuhan Altantuya, kes liwat Azizan, mahupun kes meliwat Saiful; tetapi kekangan undang-undang tidak membolehkan Mahkamah mensabitkan kesalahan terhadap mereka yang dituduh.

Ini bukan bermakna Mahkamah menafikan kejadian berlaku, tetapi undang-undang sedia ada tidak membenarkan Mahkamah mensabitkan kesalahan!

Altantuya tetap telah dibunuh!

Azizan tetap telah diliwat!

Saiful tetap telah diliwat!

Persoalannya ialah; Siapa yang telah melakukan jenayah-jenayah terkutuk itu?

Mungkin kita tidak akan mendapat jawapannya sehingga kiamat. Namun sebagai umat Islam kita percaya dan yakin; ALLAH Maha Mengetahui, mungkin pelaku jenayah akan terlepas daripada hukuman dunia, tetapi yakinlah mereka tidak akan terlepas daripada hukuman ALLAH nanti!

Yang baik dan benar datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memberikan petunjuk dan hidayah kebenaran kepada kita semua insyallah.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Syawal 1434
29 Ogos 2013