Showing posts with label 13 Mei. Show all posts
Showing posts with label 13 Mei. Show all posts

24 May 2014

NEO-MALAYU: MALAI-SI

Kuan Yew berjaya memperdaya orang Melayu dengan memelayukan diri! Akhirnya, walaupun benar tidak Melayu hilang di Singapura, tetapi Melayu hilang tanah pusaka!
Salam 2 all.

Kejayaan DAP meletakkan calon Melayu di PRK Teluk Intan sebenarnya mempunyai mesej halus yang cukup jelas kepada para cauvinis bukan sahaja di Teluk Intan, tetapi juga seluruh negara!

MELAYU SUDAH DALAM GENGGAMAN KAMI!

Bagi kaum cauvinis, sebenarnya kejayaan DAP menjadikan Dyana Sofya Daud sebagai calon PRK Teluk Intan adalah suatu penjajahan politik yang sangat memberangsangkan mereka.

Cuba bayangkan fakta berikut:

1. Namanya Dyana Sofya Binti Mohd. Daud kini berumur 27 tahun dan seorang graduan - daripada namanya kita boleh anggap dia berbangsa Melayu dan beragama Islam;

2. Ibunya YAMMY SAMAT juga dapat kita anggap sebagai orang Melayu beragama Islam;

3. Yammy Samat adalah bekas pimpinan Wanita UMNO Bahagian;

4. Yammy Samat juga adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama;

5. Dyana sendiri adalah graduan lulusan daripada UiTM;


Berdasarkan fakta diatas, sudah pasti rumusannya ialah Dyana mempunyai semua ciri yang tepat untuk menjadi pelapis kepimpinan muda dalam UMNO, PAS atau PKR, dan mungkin juga menyertai NGO Melayu seperti Perkasa atau NGO Islam seperti ISMA atau ABIM!

Tetapi sebaliknya Dyana memilih untuk menyertai DAP, menjadi Pegawai Khas Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah, dan menjadi calon mewakili DAP untuk PRK Teluk Intan!

Dyana tidak pilih UMNO! Dyana tidak pilih PAS! Dan Dyana tidak pilih PKR!

Dyana tidak sertai Perkasa! Dyana tidak sertai ABIM! Dyana tidak serta ISMA!

Dan Dyana membawa personaliti dan retorik politik berikut:

1. tidak memakai tudung;

2. menolak dan menentang perlaksanaan hudud;

3. mendesak UiTM dibuka kepada bukan Melayu;

4. mendesak supaya IPTA seperti UiTM ditubuhkan khas untuk kaum Cina (nasib kaum India langusng tidak ada);

5. mahu merobohkan tembok perkauman, maksudnya mahu hak istimewa Melayu & bumiputera dihapuskan atau disamaratakan untuk kaum Cina.

Cuba bayangkan apa perasaan kaum cauvinis ketika ini?

Sudah pasti mereka bertepuk tangan bersorak gegak gempita. Anak Melayu beragama Islam yang lahir daripada perut Melayu dan makan daripada tangan bangsa Melayu kini bangkit menentang bangsa dan syariat agamanya sendiri diatas pentas parti paling rasis, extremis dan pelampau perkauman!

Sebenarnya orang Melayu, tidak kira samada daripada UMNO, PAS mahupun PKR; samada daripada ISMA, ABIM mahupun Perkasa wajar bermuhasabah dan bertanya dengan jujur - dimana silap kita boleh lahirnya neo-Melayu seperti Dyana?

Kita mendabik dada konon Gen-Y sudah bersama kita. Konon cerita kita ada pemimpin-pemimpin muda UMNO yang menjadi ikon dan gilaan Gen-Y. Kita berbelanja berbillion ringgit untuk program-program Gen-Y: PLKN, IM4U, Hari Belia dan banyak lagi.

Tetapi yang lahir ialah neo-Melayu seperti Dyana - mengibar bendera DAP!

Saya cukup yakin Dyana bukan sahaja akan menang, malah akan menang dengan majoriti bertambah di PRK Teluk Intan. Antara alasannya:

1. Dalam PRU-12 dan PRU-13, calon DAP menang besar dikawasan yang dahulunya kubu kuat BN. Walaupun BN menawarkan pelbagai pakej pembangunan dan insentif, dengan pelbagai habuan dan tawaran, pengundi cauvinis tetapi menolak dan memenangkan calon DAP!

2. Ini bermakna majoriti pengundi Teluk Intan, terutama dikalangan kaum cauvinis tidak menjadikan pembangunan dan habuan sebagai kayu pengukur mereka dalam mengundi calon;

3. apakah yang menjadi kayu pengukur mereka? Mudah sahaja, asalkan bukan BN, bukan UMNO. Mereka mahukan kuasa politik dan pemerintahan. Yang ini MCA mahupun Gerakan tidak dapat tawarkan, sebaliknya DAP berjaya bukan sahaja menawarkan kuasa politik dan pemerintahan, malah dapat membuktikan mereka berupaya memperkaldaikan segelintir Melayu untuk mendapatkan kuasa politik dan pemerintahan itu;

4. Calon BN Datuk Mah memang hebat, tetapi bagi kaum cauvinis Datuk Mah masih duduk dibawah pemerintahan UMNO. Datuk Mah boleh tawarkan pembangunan, habuan, BR1M, jalan, lampu, rumah, beras, gula, minyak dan lain-lain; tetapi Datuk Mah tidak boleh tawarkan apa yang pengundi cauvinis mahu iaitu kuasa politik dan pemerintahan;

5. DAP bukan sahaja membawa calon Melayu yang menolak bangsa dan syariat agamanya, yang lebih penting DAP membawa mesej menolak hudud! Undang-undang kasi potong yang cauvinis cukup takut. Dan DAP menunjukkan kepada kaum cauvinis Teluk Intan, walaupun PAS cakap berdegar mengenai hudud, tetapi PAS masih membantu dan menyokong calonnya Dyana yang terang-terang telah menolak hudud dan berjanji akan menentang RUU Hudud PAS dalam Dewan Rakyat jika dibentangkan. Sudah pasti kaum cauvinis akan tertarik dengan pakej perkaldaian ini dan memberi undi kepada Dyana;

6. Manakala pengundi Melayu Teluk Intan yang menolak BN dalam PRU-12 dan PRU-13, sudah pasti tidak akan membuat sebarang perubahan kerana calon BN masih bukan Melayu. Jadi tidak ada sebab untuk mereka mengundi Datuk Mah. Manakala faktor Dyana menentang hudud tidak akan mempengaruhi mereka kerana pimpinan PAS masih menyokong dan membantu Dyana termasuk turun berkempen untuk calon DAP ini;

7. Manakala pengundi-pengundi daripada kategori Gen-Y pula sudah pasti akan tertarik dengan pencalonan Dyana. Mereka ini kebanyakannya pun bukan tahu sejarah cauvinisma dan pelampau perkauman DAP. Malah ada yang tak tahu pun apa dia Tragedi 13 Mei. Mereka tidak pernah dengar laungan malai-Si-Mampus Melayu yang pernah dilaungkan cauvinis. Apa yang mereka nampak seorang wanita Melayu muda lulusan UiTM pun mendapat peluang dan ruang didalam DAP sampai boleh menjadi calon Parlimen walaupun lebih ramai ahli dan pimpinan kanan di Teluk Intan dan DAP Perak yang boleh menjadi calon;

Jadi pada saya, strategi DAP memang mengena. Pakej politik mereka cukup hebat:

1. Melayu sudah dalam genggaman mereka dengan bukti orang macam Dyana pun boleh menyokong perjuangan DAP, dan PAS yang nak buat hudud pun menyokong Dyana walaupun dia menolak dan menentang hudud, dan Anwar bersedia melantik Kitisang sebagai TPM jika menang. Mesej kepada kaum cauvinis jelas, beri undi kepada kami untuk terus memperkaldaikan Melayu demi untuk mendapat kuasa politik dan pemerintahan;

2. Mengundi Dyana bermakna menolak hudud PAS. Dengan memberi kemenangan kepada Dyana, ianya satu bentuk referendum untuk menghalalkan tindakan DAP menolak hudud; kerana bukan sahaja calonnya Dyana menolak dan menentang hudud, parti PAS yang beriya-iya nak hudud pun sokong DAP;

3. Mengundi Dyana bermakna menolak parti Cina lain seperti MCA dan Gerakan kerana mereka ini dianggap oleh kaum cauvinis hanya seperti 'kaldai dicucuk hidung' oleh UMNO, sedangkan DAP membuktikan mereka yang berjaya 'menyucuk hidung Melayu menjadi kaldai DAP', satu impian yang sudah lama dipendam-idam oleh para cauvinis.

Nota khas kepada Dyana dan anak-anak muda Melayu, nasihat saya ialah:

1. Bacalah Lapuran Kertas Putih Mageran bertarikh 06 Okt 1969 mengenai punca rusushan kaum dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969;

2. Bacalah buku "13 Mei: Sebelum & Selepas" tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra;

3. Pergilah mendengar dan berbincang dengan orang lama dan pimpinan kanan DAP seperti YM Tunku Aziz, bekas Naib Presiden DAP dan Ahli Dewan Negara mewakili DAP;

Saya percaya 3 sumber ini sahaja sudah cukup untuk menyedarkan Dyana dan anak-anak muda Melayu siapa DAP sebenarnya; apa matlamat dan strategi mereka; dan mengapa DAP adalah parti paling merbahaya yang bukan sahaja wajib dijauhi, malah wajib ditentang habis-habisan.

Dan kepada Dyana, kalau masih merasakan institusi khas untuk anak Melayu dan bumiputera seperti UiTM tidak patut ujud, eloklah serahkan kembali Ijazah yang katanya diperolehi daripada UiTM. Itu bukti paling bermaruah bahawa Dyana memang mahu runtuhkan tembok keistimewaan bangsa Melayu & bumiputera; robohkan dahulu nikmat tembok keistimewaan Melayu yang telah Dyana perolehi dan kecapi terlebih dahulu!

Apa pun, kita bangsa Melayu perlu bermuhasabah dan melihat kembali survival dan kelangsungan kesinambungan talian-hayat politik bangsa Melayu.

Kalau orang seperti Dyana boleh menyertai DAP, kalau ibu Dyana bekas Ketua Wanita Perkasa dan pimpinan Wanita UMNO bahagian boleh menyokong DAP; kalau PAS yang terkiyal-kiyal nakkan hudud pun masih menyokong dan mendokong DAP yang terang-terang menolak hudud; kalau Anwar yang gila nak jadi PM bersedia melantik Kitisiang sebagai TPM; kita orang Melayu punya banyak sebab untuk khuatir dan risau dengan nasib masa depan bangsa Melayu.

Mungkin bangsa Melayu tidak akan hilang daripada dunia, tetapi bangsa Melayu mungkin akan hilang tanah pusaka! Adakah laungan Malai-si-mampus Melayu yang dilaungkan cauvinis dalam peristiwa 13 Mei 1969 sudah mereka capai? Renung-renungkan!

Semoga Allah memelihara agama dan bangsa kita, dan semoga Allah memberi kita kekuatan iman dan taqwa serta istiqomah dalam perjuangan kita insya Allah, ameen!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
24 Rejab 1435
24 Mei 2014 

08 December 2013

GENOSID-POLITIK UMNO?

UMNO perlukan Melayu. Tanpa Melayu tiada UMNO. Melayu perlukan Islam. Tanpa Islam tiada Melayu!
Salam 2 all.

Selesai sudah Perhimpunan Agong UMNO 2013. Satu perbezaan ketara tahun ini ialah kehadiran tokoh pejuang Palestin saudara Khaled Misy'al daripada Hamas. Hamas adalah singkatan kepada 'Harakat Al-Muqawwamah Al-Islamiyyah - Islamic Resistance Movement - Gerakan Pembela Islam'.

Khaled Misy'al tokoh penggerak Hamas setelah syahidnya Syeikh Yaasin dan Syeikh Rantisi yang dibunuh kejam oleh rejim zionis Israel. Malah Khaled Misy'al sendiri pernah menjadi mangsa rejim itu di Jordan - namun beliau terselamat daripada cubaan pembunuhan itu.

Sudah tentu kehadiran Khaled Misy'al bersama dengan perwakilan Al-Fatah daripada PLO didalam Perhimpunan Agong UMNO satu isyarat yang cukup jelas - bahawa UMNO boleh memainkan peranan penggerak penyatuan umat Islam di Palestin. Kegagalan bersatu menyebabkan umat Islam Palestin berpecah dan lemah - dan mereka mudah menjadi bahan rejaman rejim zionis yang sentiasa membaham mereka.

Dan sebenarnya itu jugalah masalah di Malaysia. Umat Melayu-Islam berpecah. PAS yang terlalu ghairah mahu menjatuhkan UMNO at all cost sehingga sanggup bersahabat dengan syaitan dan bersekongkol dengan kafir harbi, dan Anwar Ibrahim dengan nafsu serakah mahu menjadi Perdana Menteri at all cost telah menyebabkan umat Melayu-Islam berpecah.

Walaupun kalau diukur dari segi penguasaan Dewan Rakyat umat Melayu-Islam dan Bumiputera yang menguasainya dengan majoriti selesa iaitu berjumlah 138 kerusi terdiri daripada UMNO 88, PAS 21, PKR 15, PBB 14. Hanya 10 sahaja lagi kerusi menjadi 2/3.

Tetapi sangatlah mendukacitakan walaupun menguasai Parlimen dengan majoriti selesa menghampiri dua pertiga, tetapi mereka gagal memperjuang dan memartabatkan kedudukan dan hak serta keistimewaan umat Melayu-Islam sebagaimana yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kumpulan cauvinis. rasis, extremis yang berotak fasis berani naik tocang. Mereka kini bermaharajalela didalam dunia politik negara dengan pelbagai tuntutan dan desakan diluar kerangka Perlembagaan, anti-Melayu-Islam, ada yang diluar tabie, songsang dan dibawah tahap ketamadunan kemanusiaan, malah sehingga soal aqidah dan ketuhanan umat Melayu-Islam dicabar tanpa sedikit rasa hormat dan malu kepada kita.

Persepsi yang diberi seolah-olah tanpa mereka umat Melayu-Islam akan lingkup; seolah-oleh tanpa sokongan mereka maka umat Melayu-Islam akan terhapus! Seolah-olah tanpa undi mereka Kerajaan Melayu-Islam akan hilang kuasa!

Sebenarnya ini satu persepsi yang salah!

UMNO sebagai pelopor perjuangan Melayu-Islam perlu sedar bahawa kerusi Parlimen Melayu-Islam sahaja hampir dua-pertiga. Jumlah pengundi Melayu-Islam hampir mencecah 70%. Kedudukan demografi umat Melayu-Islam sudah melebihi 60% jumlah penduduk Malaysia dan semakin meningkat!

Umat Melayu-Islam adalah tunggak dan tulang belakang negara ini!

Dan UMNO perlu sedar dan insaf bahawa PRU-13 bukan tsunami cina, tetapi cubaan penghapusan UMNO!

PRU-13 adalah cubaan kaum cauvinis, rasis dan extremis mahu melakukan Genosid-Politik UMNO!

Kalau ini pun UMNO masih tidak sedar, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO! Setelah diberi pelbagai habuan, bantuan dan ganjaran, mereka tetap menolak UMNO. Mereka tetap terpedaya dengan janji palsu bahawa Putrajaya akan dapat mereka tawan! Putrajaya sudah dalam genggaman!

Kaum cauvinis, rasis dan extremis berotak fasis ini bukan mahu habuan, mereka bukan mahu ganjaran, mereka bukan mahu bantuan;  

MEREKA MAHU KEKUASAAN!!! MEREKA MAHU KERAJAAN!!!

Dan UMNO perlu sedar dan insaf bahawa yang menyelamatkan UMNO dalam PRU-13 ialah pengundi Melayu.

Malahan sebenarnya pengundi Melayu marhaen, Melayu luar bandar, Melayu peneroka, Melayu kampung, Melayu nelayan, Melayu penoreh, Melayu petani, Melayu drebar teksi, Melayu penjaja, Melayu kerani, Melayu penghuni PPR - Melayu miskin dan marhaen. Itulah penyelamat UMNO sebenarnya dalam PRU-13!

Mereka ini yang sepatutnya diperkasa! Mereka ini yang sepatutnya dibela! Mereka ini yang sepatutnya dimartabatkan! Mereka ini yang sepatutnya dibantu!

Sebenarnya sejarah pernah membuktikan Dasar Afirmatif untuk memperkasa, memartabat dan membela umat Melayu-Islam dan kaum bumiputera samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, pembangunan dan lain-lain bukan sahaja memastikan kegemilangan UMNO, malah membantu memacu negara mencapai pembangunan, keamanan, keharmonian dan perpaduan yang memberi menafaat kepada semua bangsa termasuk bukan Melayu dan bukan bumiputera.

Kita lihat sejarah pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua.

Semasa Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih pemerintahan negara Sept 1970, Almarhum berhadapan dengan beberapa masalah besar, yang mengancam survival umat Melayu-Islam:

1. kebangkitan gerakan cauvinisma Cina dengan slogan Malai-se;

2. ancaman pemberontakan bersenjata oleh anasir subversif kominis yang kebanyakkannya berbangsa Cina;

3. ancaman Tanah Besar Cina pimpinan Mao Ze Dong yang menyokong anasir subversif di Malaya;

4. negara baru sahaja melalui peristiwa berdarah rusuhan perkauman antara Melayu-Cina pada 13 Mei 1969;

5. Malaysia baru sahaja melalui peristiwa konfrontasi ganyang Malaysia oleh rejim Sukarno;

6. komponen bukan Melayu yang langsung tidak membantu;

7. kedudukan orang Melayu yang mundur dari segi pendidikan, ekonomi, perniagaan dan lain-lain;

8. UMNO dan Parti Perikatan mengalami kejutan dalam PRU 1969 apabila kehilangan banyak kerusi dan hilang Pulau Pinang dan hampir kehilangan Selangor kepada cauvinis Cina;

9. Allahyarham menghidap penyakit leukemia yang agak kritikal dan menghadapi kematian bila-bila masa;

10. Timbalan beliau Allahyarham Tun Dr. Ismail juga menghidap penyakit jantung yang kronik dan seperti Allahyarham, menghadapi kematian bila-bila masa.

Dalam keadaan seperti itu, apakah pelan tindakan Allahyarham Tun Razak?

Allahyarham menyedari dan menginsafi bahawa kekuatan UMNO datangnya daripada umat Melayu-Islam marhaen. Allahyarham sedar bahawa jika UMNO mendapat sokongan kuat dan padu umat Melayu-Islam, UMNO akan menjadi kuat, dihormati dan digeruni!

Jadi Allahyarham telah mengambil langkah memperkenalkan Dasar Afirmatif demi membantu umat Melayu-Islam samada dari segi politik, pendidikan, perumahan, kewangan, perniagaan, perbankan dan lain-lain, antaranya:

1. mendapatkan sokongan PAS (yang akhirnya menyertai UMNO didalam Barisan Nasional);

2. menubuhkan MARA, Felda, Felcra dan lain-lain;

3. menubuhkan Institut Teknologi MARA (ITM) untuk memberi peluang dan menyediakan pendidikan peringkat tinggi kepada pelajar Melayu-Islam dan Bumiputera;

4. menubuhkan Bank Bumiputra Malaysia Berhad sebagai sebuah bank milik penuh bumiputra;

5. memansuhkan Parti Perikatan dan sebaliknya menubuhkan gabungan politik baru dinamakan Barisan Nasional dengan memasukkan lebih banyak parti politik terutamanya daripada Sabah dan Sarawak;

6. membuka kawasan perumahan baru menggunakan agensi-agensi Kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri-Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar dengan sekim pembayaran yang dipermudahkan;

7. dan yang paling besar, melancarkan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan kuota khas untuk umat Melayu-Islam seperti biasiswa, lesen, permit dan lain-lain.

Serentak dengan itu, Allahyarham juga mengekang kebangkitan cauvinisma Cina dan anasir subversif kominis dengan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Tanah Besar Cina. Lawatan bersejarah Allahyarham ke Cina telah berjaya menghentikan talian hayat Parti Kominis Malaya dan gerakan cauvinisma apabila Mao Ze Dong memutuskan hubungan dengan mereka.

Diwaktu yang sama, Allahyarham menghidupkan kembali hubungan serumpun dengan Indonesia melalui pelbagai cara termasuk hubungan diplomatik, kebudayaan, pendidikan, ketenteraan seperti Latihan Malindo, keagamaan seperti membawa masuk ramai pendakwah Indonesia termasuk Pak Hamka, membawa masuk ramai tenaga pakar Indonesia seperti doktor, guru dan lain-lain.

Dari segi pembangunan, Allahyarham membina Lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Gerik dan Jeli, sekaligus menutup laluan anasir subversif kominis yang masih bergerak di Selatan Thai.

Dasar Afirmatif Allahyarham Tun Razak dibuat tanpa sedikit pun merasa apologetik. Malah ianya menyebabkan umat Melayu-Islam kembali bersatu, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, dan mempunyai harapan baru kepada Kerajaan UMNO yang memerintah!

Berbekalkan sokongan padu umat Melayu-Islam yang terhasil daripada Dasar Afirmatif tersebut, akhirnya Allahyarham berjaya memartabatkan UMNO ke persada politik yang sangat cemerlang.

Walaupun Allahyarham hanya sempat memimpin negara selama 5 tahun lebih sedikit, namun jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada umat Melayu-Islam dan negara harum sehingga ke hari ini. Dasar Affirmatif Allahyarham telah berjaya memperkasa dan memartabatkan umat Melayu-Islam sehingga ke hari ini!

Pemergian Allahyarham pada 14 Januari 1976 diratapi oleh umat Melayu-Islam; hilang sudah seorang aristokrat Melayu-Islam yang berjaya membawa bangsanya ke peringkat yang dihormati dan digeruni!

Jadi saya lihat tidak ada sebab dan alasan untuk UMNO tidak boleh melaksanakan Dasar Afirmatif bagi memperkasa dan memartabatkan umat Melayu-Islam.

Dan saya tidak nampak mengapa dan kenapa kita perlu bersikap apologetik dan defensif terhadap golongan cauvinis, rasis dan extremis ini! Mereka sudah tidak mahu duduk dibawah pemerintahan Kerajaan Melayu-Islam UMNO! Period!

Apa yang perlu dilakukan hari ini oleh UMNO ialah ialah menggubal dan melaksanakan Dasar Afirmatif Baru demi untuk memperkasa, memartabat dan memperkukuhkan kedudukan umat Melayu-Islam dan Bumiputera samada dari segi agama, politik, pendidikan, ekonomi, perdagangan dan lain-lain.

Bagaimana mahu melakukannya?

Itulah gunanya Perhimpunan Agong UMNO. Kerana didalam Perhimpunan Agong UMNO dahululah tempat lahirnya DEB, Felda, Felcra, UDA, BBMB, ITM, UKM, UIA dan banyak lagi. Disitulah medan untuk membawa suara hati akar umbi dan umat Melayu-Islam marhaen! Disitulah sepatutnya hasrat dan aspirasi umat Melayu-Islam dibahaskan!

Sebab itu saya berharap dimasa akan datang, para perwakilan terutamanya pembahas supaya mengurangkan retorik politik, berucap hanya untuk membodek kepimpinan dengan memberi gambaran salah aspirasi akar umbi. Bawalah suara hati rakyat marhaen!

Dan sudah-sudahlah membuat lawak yang kebanyakkannya pun lawak recycle aje. Berilah peluang kepada pembahas baru. Ni asyik-asyik muka tu juga yang nak bercakap, macam UMNO dah takde orang lain yang boleh berbahas. Takkan tidak ada pembahas berkualiti dan hebat daripada lebih 3 juta ahli UMNO?

Diwaktu yang sama, UMNO perlu melihat cermin realiti!

Realitinya pengundi Melayu-Islam bandar dan separa bandar tidak ada sense of belonging dengan UMNO! Mereka tidak boleh relate dengan UMNO. Kebanyakan mereka adalah golongan kelas pertengahan dan profesional yang mendapat menafaat daripada Dasar Afirmatif UMNO dahulu. Mereka belajar diluar negara. Mereka dapat peluang ke IPT, ada yang mendapat biasiswa dan bantuan penuh.

Tentu ada sebab perkara ini berlaku. Memang diakui UMNO yang telah berjasa kepada mereka. Jadi perlu dibuat kajian mendalam dan diatur strategi untuk mendapat semula sokongan mereka kepada UMNO! Satu task-force wajib ditubuhkan khas untuk memperhalusi isu ini. Dan ini wajib dibuat segera tanpa tangguh lagi!

Seperkara yang perlu diperjelaskan, saya bukan anti kaum lain. Saya bukan mencadangkan kita ambil atau rampas hak kaum lain. Saya bukan desak kita hapuskan kaum lain di Malaysia ini.

Saya tidak kata kita tidak perlukan undi mereka. Undi dan sokongan mereka juga memainkan peranan dalam memperkukuhkan kedudukan umat Melayu-Islam.

Apa yang saya maksudkan ialah kita tidak patut menjadi tebusan kepada undi mereka. We the Malay-Muslim should not be at their mercy, put at ransom! Kita tidak wajar membiarkan undi mereka menjerut leher kita. Malah saya cukup yakin, jika sokongan dan undi Melayu-Islam kembali kepada UMNO, jika umat Melayu-Islam kembali bersatu, kaum cauvinis ini dengan sendirinya akan kembali menyokong UMNO dan BN.

Dan saya tidak kata UMNO tidak boleh bantu kaum lain. Malah sebagai orang Islam yang menurut perintah ALLAH, kita wajib membantu mereka yang bukan Islam, yang tidak memerangi atau memusuhi kita. Ada antara mereka yang miskin, ada antara mereka yang sakit, ada antara mereka yang perlukan bantuan. Itu kita wajib bantu.

Tetapi jangan sampai kita ketepikan dan tidak ambil pusing hak dan tanggungjawab terhadap umat Melayu-Islam. Ini soal keutamaan. Dan apabila umat  Melayu-Islam diperkasakan dan diperhebatkan, sejarah membuktikan umat Melayu-Islam pasti akan melakukan kebaikan kepada kaum lain. Tidak pernah dalam sejarah umat Melayu-Islam menzalimi kaum atau penganut lain.

Dan umat Melayu-Islam marhaen telah membuktikan mereka tetap bersama UMNO dalam susah dan senang. Dan mereka buktikan didalam PRU-13 dengan memberi mandat terus kepada UMNO untuk terus memerintah. Budi dan jasa mereka wajib dihargai, dan dibalas dengan baik!

Apa yang saya sebut ini adalah menghadapi realiti. Realitinya pengundi Melayu-Islam marhaen yang telah menyelamatkan UMNO. Realitinya survival dan kesinambungan talian-hayat politik UMNO bergantung kepada sokongan dan undi umat Melayu-Islam!

UMNO perlukan Melayu-Islam - tiada Melayu-Islam hilanglah UMNO!

Itulah realitinya. Dan realiti itu boleh dibalas dengan satu tindakan - Dasar Affrimatif berteraskan Perlembagaan dan perundangan negara.

Ingatlah UMNO yang memerlukan bangsa Melayu; bangsa Melayu tidak memerlukan UMNO. Ingatlah bangsa Melayu itu Islam, dan tanpa Islam tidak ada bangsa Melayu!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
05 Safar 1435
08 Dis 2013

04 June 2013

TANDA PUTERA

Kuan Yew sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat undi Melayu termasuk bersongkok!
Adakah orang Melayu akan tertipu sekali lagi dengan mainan silapmata politik kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman di negara ini!

Salam 2 all.

Tahniah teman ucapkan kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Chik, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru kerana memberikan lampu hijau untuk filem 'TANDA PUTERA' arahan pengarah hebat Datuk Shuhaimi Baba ditayangkan dipawagam mulai 29 Ogos 2013.

Teman berkesempatan menonton preview filem 'TANDA PUTERA' tersebut hampir setahun lalu. Pada teman filem tersebut wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.

Ini adalah kerana ianya sebuah filem sejarah negara. Memang ada yang menyatakan subjek sejarah adalah subjek yang membosankan. Tetapi kebijaksanaan pengarah Datuk Shuhaimi Baba mengolah kisah sejarah tersebut daripada sudut yang sangat menarik berjaya menghidupkan kisah sejarah yang dipaparkan!

Filem 'TANDA PUTERA' sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan Malaysia - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail - bagaiman dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Negara yang baru 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu, kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi rintangan dan cabaran yang dihadapi pada masa itu.

Dan cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Kedua-duanya sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik.

Kedua-duanya tahu mereka berdepan dengan kematian pada bila-bila masa!

Tetapi kedua-dua mereka mengenepikan langsung masalah kesihatan mereka. Malah dirahsiakan daripada pengetahuan isteri dan anak-anak. Yang penting bagi mereka ialah masadepan agama, bangsa dan negara mesti diutamakan.

Keunikan filem ini ialah kejayaan Datuk Shuhaimi Baba mengolah kisah dua tokoh negara ini dengan berlatarbelakangkan sejarah negara pada masa itu.

Daripada peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menyebabkan pergaduhan antara orang Melayu dengan kaum Cina, kepada peristiwa banjir besar Kuala Lumpur 1971, kepada ancaman bersenjata komunis membawa kepada pembunuhan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman (Ketua Polis Negara) dan Ketua Polis Perak mendiang Datuk Khoo dalam tahun 1974, pengeboman Tugu Negara dan beberapa persitiwa penting lain.

Semua peristiwa bersejarah negara ini berjaya di olah dengan begitu menarik oleh pengarah Datuk Shuhaimi Baba, tanpa sedikit pun mengorbangkan nilai seni dan dan fakta sejarah. Malah Datuk Shuhaimi begitu berhati-hati memastikan fakta sejarah langsung tidak diusik ketulinannya!

Persoalannya kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beriya-iya menentang penayangan filem 'TANDA PUTERA' ini? Sebuah filem kenegaraan yang mengisahkan kehidupan dan pengorbanan dua tokoh negara sewaktu negara menghadapi cabaran dan konflik yang serius!

Sebenarnya kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman tidak mahu rakyat, terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu.

Memang ramai anak muda dan belia masakini tidak tahu sejarah sebenarnya.

Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik yang diberi label demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Mereka tidak tahu cerita bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si", 'Mampos Melayu'!

Mereka tidak tahu bagaimana Raja-Raja Melayu dan institusi Melayu saperti MARA dan lain-lain dihina dan diperlekehkan!

Mereka tidak tahu bagaimana hak istimewa Melayu-Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan dan cuba dihapuskan!

Mereka tidak tahu bagaimana negara Malaysia ini dahulunya adalah negeri orang Melayu dibawah kuasa mutlak Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu begitu tinggi sikap toleransi dan tolak ansurnya sanggup menerima dan memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang Cina dan India yang diimpot oleh penjajah British ke Tanah Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana kemudiannya kaum cauvinis mendakwa orang Melayu bukan anak watan dan peribumi Negeri Persekutuan Tanah Melayu ini!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga-peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana polis Melayu dimaki hamun dengan kata-kata 'polis Melayu lancau'!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan!

Mereka tidak tahu bagaimana orang-orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

Mereka tidak tahu bagaimana Mak Minah, pelakon terkenal zaman itu (saperti filem "Masam-Masam Manis, Anak Bapak" dan lain-lain) dibunuh kejam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur!

Mereka tidak tahu bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya dihina dan kemudian disimbah dengan cat merah!

Mereka tidak tahu bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan mereka ke Kampung Baru;

Mereka tidak tahu sejarah bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari;

Mereka tidak tahu bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa didalam kenderaan di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Banyak perkara yang golongan muda dan belia, yang dikenali sebagai Gen-Y tidak tahu mengenai sejarah kaum cauvinis, rasis dan berotak komunis ini!

Dan kalau mereka tahu, sudah pasti mereka akan bangkit menentang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang kini bertopengkan kononnya perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh orang Melayu!

Dan semua peristiwa ini telah dirakam dan di olah dengan begitu baik oleh pengarah Datuk Shuhaimi Baba dan dipaparkan didalam filem TANDA PUTERA.

Sebab itu teman cukup yakin kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini akan melakukan apa sahaja untuk memastikan filem 'TANDA PUTERA' tidak ditayangkan kepada umum.

Mereka bukan sahaja mahu menghalang filem itu, tetapi mereka mahu menghalang dan menutup kebenaran mengenai kurap dan sopak cauvinisma dan pelampau perkauman yang ada pada mereka yang dipaparkan dalam filem TANDA PUTERA.

Malah teman tidak akan terkejut kalau kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini akan berusaha untuk memadamkan sejarah Persekutuan Tanah Melayu ini; sebagaimana yang berlaku di Singapura sehingga anak bangsa tidak tahu bahawa Singapura dibuka oleh Raja Sang Nila Utama, bukannya Stamford Raffles saperti yang digembar-gemburkan!

Pada teman, filem TANDA PUTERA adalah sebuah filem kenegaraan. Menontonnya pasti membangkitkan semangat patriotisma yang tinggi.

Ia pasti akan menyedarkan semua rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian bahawa semangat persaudaraan, perpaduan, persefahaman antara agama dan kaum yang telah dibina atas titisan darah dan keringat generasi dahulu boleh hancur dalam sekelip mata akibat politik cauvinisma, rasis dan pelampau agama serta perkauman yang dimainkan segelintir kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri.

TANDA PUTERA juga akan menyedarkan kita bahawa apa yang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman gagal perolehi melalui politik perkauman sempit dan perjuangan bersenjata dahulu, kini cuba mereka perolehi dengan memperdayakan rakyat dengan mainan politik idealisma dengan berteraskan kononnya kepada perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi.

Sebenarnya mereka kekal serigala cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berselindung disebalik bulu ayam! Topeng mereka wajib dibongkarkan; dan filem TANDA PUTERA berjaya menjadi pembuka tirai terhadap pembongkaran itu!

Filem TANDA PUTERA adalah filem yang wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum yang cintakan perpaduan, keamanan dan keharmonian yang telah kita bina selama ini; yang kini diteruskan dan ditambah-baik dibawah Gagasan 1-Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.

Sebab itu siapa juga yang menonton filem TANDA PUTERA akan mendapati bahawa sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berlaku sejak peristiwa 13 Mei 1969 tidak berubah sehingga sekarang. Malah para aktor dan pelaku tersebut masih ada yang aktif sehingga ke hari ini!

Yang berubah hanyalah slogan dan retorik mereka; namun sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman masih menebal dalam jiwa mereka. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana mereka begitu menanti hari dan saat dimana Malai-si akan berlaku; saat kerajaan dan pemerintahan yang ditunjangi orang Melayu terhapus daripada muka bumi ini.

Dan sa'at dan ketika itu sudah nampak terbayang didepan mata mereka apabila ada segelintir Melayu yang bersedia menjadi kaldai tunggangan bagi kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini!

Hari ini, kita mendengar semula laungan, maki hamun, caci nista yang sama saperti yang bergema pada tahun 1969!

1. mereka memperlekeh, menghina dan memaki hamun Raja-Raja Melayu;

2. mereka mendesak hak samarata dan dihapuskan hak istimewa orang Melayu saperti yang diperuntukkan dibawah Artikel 153;

3. mereka mempertikai institusi pendidikan Melayu saperti UiTM dan mendesak institusi ini dibuka juga kepada mereka;

4. mereka mendesak pendidikan aliran bahasa mereka diperkasakan walaupun tidak menurut sistem pendidikan kebangsaan;

5. mereka memaki hamun institusi Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan negara saperti SPRM, KDRM dan lain-lain;

6. siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan kedudukan Melayu-Islam akan dilabel sebagai extremis dan teroris; sebaliknya perjuangan mereka dilabel sebagai hak asasi dan kebebasan;

7. begitu melampau dan biadapnya mereka sekarang, sehinggakan kedudukan Islam turut dipertikaikan; malah mereka mendesak kalimah ALLAH juga dibenarkan untuk non-Muslim gunakan;


Sebab itu filem TANDA PUTERA wajib ditayangkan kepada seluruh rakyat. Sebab itu filem-filem kenegaraan saperti TANDA PUTERA perlu diperbanyakkan. Sebab itu teman cadangkan kepada Kerajaan supaya:

1. membenarkan tayangan filem TANDA PUTERA dipawagam awam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak;

2. mewajibkan penayangannya disemua sekolah menengah semua aliran;

3. mewajibkan penayangannya di semua IPTA dan IPTS;

4. mewajibkan penayangannya di semua PLKN;

5. mewajibkan penayangannya di semua pusat pelajar Malaysia luarnegara;

6. mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menonton filem ini;

7. mewajibkan semua kakitangan kerajaan, samada beruniform atau awam menonton filem ini;

8. mewajibkan semua pengurusan dan kakitangan GLC menonton filem ini;

9. mencetak filem TANDA PUTERA dalan bentuk cakera padat dan disebarkan secara percuma kepada seluruh rakyat tidak kira latarbelakang agama dan bangsa;

10. menayangkan filem TANDA PUTERA disemua rangkaian televisyen arus perdana sapeti TV1, TV2, TV3, TV 9, NTV7, TV Al Hijrah, Astro dan lain-lain;

11. memuat-turun filem TANDA PUTERA ke You-Tube;

Selamat menonton filem TANDA PUTERA mulai 29 Ogos 2013.

Jangan lupa bawa anak isteri, kaum keluarga, adik beradik dan kawan-kawan sama menonton!

Adios amigos; grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
25 Rejab 1434
04 Jun 2013

13 November 2010

13 MEI: "HARI MAHABBAH"


Salam 2 all.

Singapura meraikan 21 Julai sebagai "Hari Harmoni Kaum". Ianya hari memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum dan agama yang berlaku pada 21 Julai 1964. Ianya berlaku pada hari sambutan Maulidur Rasul.

Jepun meraikan 6 dan 9 Ogos sebagai "Hari Keamanan". Ianya hari memperingati peristiwa pembunuhan ratusan ribu rakyat Jepun dan warga asing yang berlaku pada tarikh-tarikh tersebut dalam tahun 1945 bila Amerika meletupkan dua bom atom keatas bandar Hiroshima & Nagasaki.

Di Amerika Syarikat, peristiwa berdarah Boston dan Allamo juga diperingati dan diraikan sebagai hari kemanan. Sebenarnya kalau kita pergi ke banyak negara didunia ini, mereka menjadikan peristiwa berdarah dan hitam yang berlaku didalam sejarah negara mereka sebagai hari peringatan yang akan diraikan, malah ada menjadikannya perayaan antarabangsa dan dijadikan hari pelepasan umum.

Malahan semasa saya melawat kawasan Eropah Timur termasuk Budapest, Hungary, Vienna, Austria, Bosnia-Herzegovina termasuk Sarajevo, Mostar, Balagaj dan lain-lain, saya melihat didalam siaran televisyen peristiwa lapuk "Holocaust" dimainkan dan diputarkan begitu kerap. Malah kalau kita ke negara Amerika Syarikat dan Eropah Barat saperti German, Perancis, Itali, United Kingdom dan banyak negara lagi, peristiwa "Holocaust" disumbatkan kedalam telinga kita sampai nak muntah kita dibuatnya. Siap ada "Muzium Holocaust", "Holocaust Village" dan macam-macam lagi dilakukan, untuk memperingati sejarah hitam konon ceritanya 6 juta kaum Yahudi dibunuh dengan gas beracun oleh Adolf Hitler! Walaupun ramai sejarawan dan pengkaji perang meragui peristiwa itu berlaku, malahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menafikan berlakunya peristiwa "Holocaust" itu, namun ia tetap menjadi peristiwa yang sentiasa diperingati dengan ulangan cerita termasuk klip video yang entah berapa banyak kita pun tak terkira. Penulisan dan penerbitan peristiwa "Holocaust" boleh dibuat perpustakaan sendiri. Tengok sahaja siaran CNN, BBC dan lain-lain, kalau tidak ada cerita "Holocaust" ni macam tak cukup rempah garam bagi mereka!!

Jadi mengapa kita di Malaysia tidak menjadikan hari peristiwa berdarah "13 Mei" sebagai satu hari memperingati keamanan, keharmonian, perpaduan dan lain-lain? Semua warga Malaysia yang cintakan keamanan tahu apa yang berlaku pada tarikh keramat "13 Mei 1969". Hari dimana peristiwa berdarah berlaku. Umat Islam bangsa Melayu bertempur dengan kumpulan cauvinis dan pelampau ektremis Cina yang didalangi beberapa parti politik ekstremis dan cauvinis cina yang melakukan provokasi melampau kepada orang Melayu. Ramai yang mati terbunuh dan dibunuh. Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan beberapa tempat lagi bermandi darah pada hari itu.

Jadi persoalan besar yang saya mahu tanya, dan rakyat pelbagai kaum yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan mahu tanya: mengapa Kitsiang, anak lelakinya dan beberapa kepimpinan DAP, dengan sokongan 2-3 ekor Pak Jangoat, melenting marah apabila ada cadangan supaya hari "13 Mei" dijadikan dan dinobatkan sebagai "Hari Mahabbah", hari untuk kita warga Malaysia memperingati betapa pentingnya perpaduan, keharmonian dan tolak ansur agama dan perkauman yang telah kita nikmati begitu lama.

Mengapa Kitasiang, anak lelakinya dan segelintir kepimpinan DAP dan 2-3 ekor Pak Jangoat melenting tak tentu pasal, malahan menyebut perkataan "13 Mei" pun sudah menjadi satu fobia, satu dosa besar yang tidak terampun bagi mereka! Mereka yang memperingati "13 Mei" dilabel sebagi rasis, ekstremis dan pelampau!!

Jawapannya mudah. Kerana mereka tahu apa sebenarnya berlaku pada hari hitam 13 Mei itu. Mereka tidak mahu peristiwa itu didedahkan! Mereka tidak mahu pembunuhan dan pendarahan keatas bangsa Melayu hari itu diketahui umum! Kerana apa, kerana mereka tahu siapa dalang-dalang disebalik peristiwa itu! Mereka tahu siapa yang melakukan provokasi melampau terhadap orang Melayu pada masa itu! Mereka tidak mahu warna sebenar dan tembelang pekung dalang-dalang ini diketahui! Mereka tahu puak cauvinis celaka mana yang mendalangi peristiwa itu. Dan mereka tahu cauvinis-cauvinis celaka itu masih hidup, kini meneruskan perjuangan cauvinis, rasis dan pelampau mereka bertopengkan demokrasi dan hak asasi kemanusiaan!!

Kebenaran itu pahit, tetapi kepahitan itu adalah ubat. Kebenaran peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah sesuatu yang sangat pahit untuk kita telan, tetapi dicelah kepahitan peristiwa 13 Mei, terdapat ubat yang sangat mujarab untuk mengubati penyakit cauvinis, ekstremis, otak kominis dan pelampau yang boleh membawa rakyat dan warga yang cintakan keamanan dan keharmonian menyedari betapa sikap anti-agama, anti perkauman, rasis dan pelampau agama yang diamalakna segelintir poltikus rasis dalam negara ini boleh menghancurkan keamanan, keharmonian dan perpaduan yang kita nikmati sekian lama.

Apa sebenarnya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 13 Mei 1969? Apa yang ditakuti oleh puak-puak pelampau agama, perkauman, rasis, cauvinis dan berotak kominis ini? Apa yang mereka mahu sembunyikan!

Sebenarnya pada hari Khamis 20 Zul Qaedah 1431, bersamaan 28 Okt 2010, dalam membahas bajet 2011 yang dibentang YAB PM, saya telah menyentuh isu ini secara terperinci didalam Dewan Rakyat. Antara lain, saya sebut;

"Hari ini, dalam negara ini, seolah-olah umat Islam bangsa Melayu menjadi saperti warga kelas kedua., diketepikan. Hari ini seolah-olah satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu agama Islam, isu orang Melayu. Dah jadi satu dosa besar dalam negara ini. Sampai kata orang "Pak Jangoat pun sampai ketaq teloq hendak bercakap pasal Islam". Takut.

Sebab itu itu Dato' Yang DiPertua, saya berpendapat bahawa cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran sejarah penting supaya rakyat dapat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah lampau, supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar. Dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei.

Tetapi bila kita bercakap tentang '13 Mei', 'mereka' akan mengamuk. "Sudah historical, lapuk, tak boleh cakap ini cerita, sudah lama!". Pasal apa mereka takut sangat? Pasal apa?
Dato' YDP, saya melawat Eropah Timur baru-baru ini. Kawasan Bosnia Herzegovina, kawasan Slovak, kawasan Balkan, Vienna, Austria, Budapest, Hungary dan lain-lain. Tiap hari dalam TV dan media mereka saya tengok klip video peristiwa Holocaust, disiarkan berulang-ulang, everyday without fail (dengan izin). Peristiwa Holocaust ini dibangkitkan, diungkit, dicerita, ada videoklip.

Malahan bukan itu sahaja, penerbitan, penulisan berkenaan dengan Holocaust ini berlambak-lambak. Ada Muzium Holocaust, Perkampungan Holocaust dan macam-macam lagi. Malahan ada Mahkamah Jenayah Perang Antarabangsa untuk membicarakan mereka yang didakwa terlibat. Sampai ke hari ini, mereka yang dikatakan penjenayah-penjenayah Holocaust ini diburu sampai ke lubang cacing. Yang dah tua, merengkok, bertongkat, kaki terketar-ketar berjalan pun dia cari, dia buru. Dan diheret ke Mahkamah. Dihukum, dipenjarakan!!

Mengapa masyarakat Eropah masih lagi memainkan cerita Holocaust ini? Mengapa mereka raikan 'Holocaust Day?'. Cerita hitam, peristiwa hitam, sejarah hitam! Kerana mereka hendak mengingatkan generasi sekarang, kalau kamu buat perangai yang sama macam yang dibuat oleh tok nenek kamu dahulu, maka itulah yang akan berlaku. Jadi apa salahnya kita memperingatkan rakyat tentang peristiwa 13 Mei? Apa salahnya kita memperingati peristiwa 13 Mei?"**

Maka saya dengan ini mengusulkan supaya kita menjadikan hari 13 Mei sebagai "Hari Mahabbah", hari kasihsayang, hari memperingati sejarah hitam negara, peristiwa berdarah bumi bertuah ini demi untuk generasi sekarang dan akan datang menghargai keamanan, keharmonian, perpaduan dan kemakmuran yang kita nikmati begitu lama. Hari untuk warga dan rakyat yang cintakan keamanan, keharmonian, perpaduan dan kemakmuran bersatu hati menolak amalan dan politik rasis, perkauman, pelampau agama, cauvinis dan berfikiran ala kominis yang diamalkan oleh segelintir puak pelampau dalam negara ini!!

Semoga ALLAH terus melimpahkan rahmatNya kepada kita, memberikan keamanan, keharmonian dan perpaduan serta kemakmuran yang berterusan walaupun dicelah-celah kita ada puak yang tidak mahu melihat negara ini aman dan harmoni kerana politik sempit yang mereka agamakan!

Wassalam, adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Zulhijjah 1431
13 Nov 2010

**Sila layari www.parlimen.gov.my untuk Hansard ucapan saya pada tarikh tersebut.

* akan datang, ikuti kupasan apa sebenarnya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 13 Mei 1969 yang ditakuti oleh pelampau rasis dan agama ini!!